• Tidak ada hasil yang ditemukan

warisan kerajaan tradisional

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "warisan kerajaan tradisional"

Copied!
57
0
0

Teks penuh

(1)

Pengenalan

Laporan kumpulan kami bagi mata pelajaran UWS 10303 Kenegaraan dan Pembangunan Mutakhir Malaysia adalah bertajuk sebagai ‘Warisan Kerajaan Tradisional’. Dalam laporan ini, kumpulan kami akan membincangkan tentang warisan kerajaan tradisional di Alam Melayu yang telah banyak memberi sumbangan kepada agama, bahasa, budaya, dan peradaban negara zaman sekarang. Isu yang akan difokuskan dalam laporan kami ini adalah perkembangan ketamadunan tradisional dengan merujuk kepada pengasasan Empayar Kesultanan Melayu Melaka dan Empayar Kesultanan Melayu Johor-Riau. Hal ini penting kerana ketamadunan tradisional tersebut berpengaruh besar ke atas pembangunan negara moden iaitu Malaysia pada kini.

Secara khususnya, objektif- objektif bagi laporan ini adalah seperti berikut:

i. mengenalpasti dengan lebih lanjut tentang penempatan alam Melayu

ii. mengenalpasti hubungkait antara perkembangan kerajaan tradisional dan pembinaan negara moden (Malaysia)

iii. menilai keberkesanan sistem yang sedia ada dalam kerajaan tradisional yang telah dipraktikan dalam negara kini.

iv. memahami dan memperoleh iktibar dan pedoman dari sejarah kerajaan tradisional

v. memupuk semangat patriotism dalam diri dan setiap ahli kumpulan

Sesungguhnya, laporan ini diharapkan dapat memberi pengetahuan dan maklumat yang tersirat dalam pencapaian dan kegemilangan Alam Melayu kepada golongan ilmuwan, aktivis ekonomi serta masyarakat keseluruhannya bagi membantu melaksanakan strategi pembangunan dengan lebih berkesan. Kumpulan kami juga amat berharap hubungan dan semangat kerjasama antara ahli-ahli kumpulan dan juga pelajar-pelajar yang lain dapat dieratkan dan diperkuatkan lagi melalui pengalaman yang telah didedahkan kepada kami dalam laporan ini.

(2)

Topik 3.1: Pengenalan Alam Melayu

Alam Melayu dapat ditakrif sebagai kawasan geografi yang meliputi seluruh wilayah yang kaya dengan budaya Melayu-Polinesia.1 Istilah “Alam Melayu” juga boleh merujuk kepada pengaruh

kebudayaan dan linguistik orang Melayu yang merangkumi kawasan-kawasan kepulauan yang kini menjadi unit-unit geopolitik seperti negara Indonesia, Malaysia, Filipina, Langkasuka (selatan Thailand), kelompok-kelompok di Kampuchea, Campa (Vietnam), Funan (Kemboja) serta Taiwan, namun ia tidak melibatkan daerah Papua New Guinea. Istilah “Melayu” yang dipakai di sini juga dipakai dalam pengertian yang luas dan menggambarkan keserumpunan bahasa dan bangsa yang dikenali dengan pelbagai nama, iaitu Melayu, Melayu-Indonesia, Melayu-Polinesia, Nusantara dan Austronesia.2

Ilmu arkeologi, linguistik sejarawi dan antropologi membuktikan ketamadunan Alam Melayu dan jati dirinya telah berlaku selama lebih dari 5000 tahun dari zaman Neolitik. Kelompok manusia Mongoloid selatan, khususnya Malayo-Polinesia atau Austronesia, yang menguasai rantau kepulauan Asia Tenggara ini telah bermastautin dan membina sistem kemasyarakatan, kenegaraan serta ekonomi pertanian dan perdagangan yang mentakrifkan nama serta jati diri kepada alam ini sebagai ‘alam Melayu’.

Terdapat pelbagai teori yang dapat mengesahkan kewujudan alam Melayu: i. Teori dari India:

Terjumpanya makam Sultan Malik al-Salleh, pemerintah Pasai yang disebut dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-raja Pasai sebagai pemerintah pertama di Kepulauan Melayu telah mengukuhkan teori Islam yang hanya tersebar di rantau Melayu sekitar abad ke-13M. Selain itu, catatan Marco Polo dan Ibn Batutah yang pernah melawati Alam Melayu sekitar abad ke-13 dan 14 M telah mengukuhkan bukti kemunculan nusantara ini.1

(3)

1 P. Lunde, “The Indian Ocean and Global Trade,” Saudi Aramco World, Julai / Ogos 2005

2 D.G.E. Hall 1955. History of Southeast Asia;B. Harisson 1963; Pearl, B.R. 1963. An Introduction to The History of Southeast Asia; Prof. Dr. Slametmulyana 1975. Asal Bangsa dan Bahasa Nusantara.

ii. Teori dari China

Terdapat bukti dari batu nisan Syeikh Abdul Qadir di Langgar, Kedah, batu bersurat Phan-rang di Kemboja, batu nisan Pahang dan batu bersurat Terengganu 1303M. Pengaruh China juga dapat dibuktikan dengan bentuk kubah masjid di Melaka dan Jawa yang menyerupai Pagoda.3

iii. Teori dari Arab

Penggunaan tulisan jawi yang meluas di Alam Melayu di mana huruf jawi sama dengan huruf Arab dan Cuma berlaku penambahan seperti ga dan cha ialah pengaruh dari Parsi. Selain itu, terdapat Syed dan Syarifah yang merupakan keturunan Arab di Tanah Melayu. Bukti catatan sejarah pengislaman raja-raja di Alam Melayu dilakukan oleh pendakwah dari Timur Tengah, contohnya Maharaja Drebar II yang memerintah Kedah pada 1136M telah memeluk Islam dari S.Abdullah bin S. Ahmad dari Yaman dengan memakai nama baru iaitu Sultan Muzafar Syah. Begitu juga dengan Parameswara yang pula memeluk Islam dari

Sheikh Abdul Aziz dari Jeddah dan menukar nama kepada Sultan Muhammad Syah.3

Daripada segala gambaran di atas, jelasnya bahawa Alam Melayu mempunyai keistimewaan yang boleh dicontohi oleh rakyat negara kini. Sejarah, kebudayaan dan tamadun Melayu di Alam Melayu ini juga memainkan peranan penting sebagai daya penggerak untuk memperteguh pencapaian dan kemajuan Malaysia pada abad ke-21 ini. Oleh sedemikian, warisan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, Johor-Riau dan Kedah Lama dan kerajaan tradisional lain serta sumbangan kerajaan tradisional tersebut ke atas pembentukan negara moden kini akan dibincangkan dalam laporan yang seterusnya.

(4)

3 P. Lunde, “The Indian Ocean and Global Trade,” Saudi Aramco World, Julai / Ogos 2005 Topik 3.2: Petempatan dan Kerajaan Awal di Alam Melayu

Kerajaan awal di Asia tenggara boleh dibahagikan kepada dua bentuk kerajaan iaitu Kerajaan Agraria dan Kerajaan Maritim. Kerajaan Agraria didefinisikan sebagai sebuah kerajaan yang berasaskan pertanian. Ia berkembang di lembah sungai dan perkembangannya berkait rapat dengan keluaran hasil pertanian kerana mempunyai teknologi pertanian. Ciri-ciri lain yang terdapat dalam Kerajaan Agraria ialah kemahiran membina empangan dan saliran untuk tujuan kegiatan pertanian dan sistem pengaliran dikawal oleh pemerintah. Beberapa contoh kerajaan awal yang berkerajaan agraria ialah Kerajaan Funan, Kerajaan Angkor dan Kerajaan Dvaravati.4,5

Kerajaan Maritim ialah kerajaan yang berasaskan kegiatan perdagangan laut dan menjalankan kegiatan perdagangan. Kerajaan Maritim lazimnya berkembang di persisiran pantai dan muara sungai. Laut dan sungai menjadi laluan utama Kerajaan Maritim. Aktiviti utama Kerajaan Maritim adalah membina kapal dan menjalankan aktiviti perikanan. Pelabuhan amat penting bagi Kerajaan Maritim. Pelabuhan merupakan pusat perdagangan, pusat jual-beli, tempat menyimpan barang dagangan dan tempat persinggahan pelayar dan juragan. Pelabuhan membenarkan kedatangan para pedagang dari merata tempat. Ini juga menyebabkan Kerajaan Maritim berfungsi sebagai orang tengah untuk tempat pengumpulan dan pengedaran barangan mentah. Masyarakat Maritim mahir dalam membaiki kapal dan ilmu pelayaran. Contoh kerajaan awal yang berkerajaan Maritim ialah Kerajaan Srivijaya, Kerajaan Champa, Kerajaan Chih Tu, Kerajaan Kedah Tua, Kerajaan Majapahit dan Kerajaan Funan.4,6

Kerajaan awal di Malaysia merupakan Kerajaan Maritim dan melakukan aktiviti pelabuhan, perikanan dan pedagangan sejak awal lagi. Sejak dahulu lagi sebelum Malaysia dipersempadankan, Malaysia terletak di tanah Melayu yang mempunyai zaman prasejarah yang panjang dan berkembang secara perlahan-lahan menjadi Kerajaan Pemerintahan Beraja sebelum bertransformasi menjadi Kerajaan Melayu Islam Bersultan.7

(5)

4 Norazita Md Nor. (2011). Tamadun Awal Asia Tenggara – Kerajaan Agraria dan Kerajaan Maritim. Dipetik daripada http://mindazeta.blogspot.com/2011/03/tamadun-awal-asia-tenggara-kerajaan.html

5 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_agraria 6 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_maritim 7 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Malaysia

Sejarah Petempatan dan Kerajaan Awal di Malaysia (Asia Tenggara)

1. Prasejarah Malaysia (40,000 – 2,000 SM) – Zaman Prasejarah Malaysia dapat dijejaki seawal

200,000 tahun yang lalu berikutan penemuan alatan-alatan yang diperbuat daripada batu dan dijumpai di tapak arkeologi Kota Tampan, Lenggong. Rangka manusia terawal, Perak Man yang berusia 11,000 tahun juga turut dijumpai di Lenggong. Terdapat kawasan pembuatan peralatan-peralatan batu yang tidak terganggu yang dibuat menggunakan andas dan tukul-tukul batu. Di Gua Niah, Sarawak, terdapat bukti-bukti wujudnya penempatan manusia tertua di Malaysia yang berusia 40,000 tahun dahulu. Salah satu bukti yang terkenal ialah lukisan-lukisan Gua Tambun.8

Pengakhiran Zaman Prasejarah di Malaysia memulakan era baru yang berkerajaan Pemerintahan Beraja. Pemerintahan ini dapat didefiniskan sebagai institusi yang menggubal dasar dan peraturan serta melaksanakan keputusan-keputusan yang berkaitian dengan kepentingan awam. Terdapat pelbagai bentuk sistem kerajaan dan pemerintahan beraja yang muncul dalam kerajaan awal di Malaysia bertujuan untuk mengurus serta mentadbir hal-hal masyarakat dan menegakkan undang-undang dan perpaduan masyarakat. Alam Melayu di linkungan Malaysia kini yang mengamalkan sistem Kerajaan Pemerintahan Beraja adalah seperti Gangga Negara, Langkasuka, Pan Pan, Srivijaya, Kedah Tua, Majapahit dan Kesultanan Melaka sehinggalah Kesultanan Johor.

Kerajaan-kerajaan awal di Alam Melayu mengamalkan pemerintahan beraja sebelum abad ke-15M. Sistem beraja yang diamalkan merupakan gabungan sistem tempatan dan pengaruh agama Hindu serta Buddha. Raja yang berfungsi sebagai pemerintah mempunyai beberapa ciri yang unik membenarkan mereka mentadbir dan mengurus kerajaan mereka. Antara cirinya ialah raja sebagai simbol kosmos. Raja di alam Melayu sebelum abad ke-15M adalah berasaskan konsep kosmologi dan merupakan jelmaan dewa Shiva, Vishnu dan Buddha serta mempunyai kuasa suci dan berdaulat.

Selain itu, raja juga berkuasa mutlak. Kuasa ini menjadikan raja autoriti tertinggi dalam pemerintahan negara. Kuasa raja melebihi undang-undang dan hukuman yang ditangannya. Raja juga mempunyai kuasa untuk mengampun segala kesalahan mahupun kesalahan sendiri.9 Di samping

(6)

ketua agama, ketua eksekutif dan sebagainya. Raja merupakan ketua tertinggi dengan bantuan golongan bangsawan dan golongan kerabat diraja.9

8 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Prasejarah_Malaysia

9 Jumali. (2008). Pemerintahan Beraja Alam Melayu. Dipetik daripada http://fastnote.wordpress.com/pemerintahan-beraja-alam-melayu/

2. Gangga Negara (abad ke-2 – 11) - Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu yang hilang dan ada disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung masa kini dalam negeri Perak, Malaysia dengan Raja Gangga Shah Johan sebagai salah seorang rajanya. Penyelidik percaya bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola I dari Coromandel, India Selatan, antara 1025 dan 1026. Sebuah lagi sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa yang dikenali sebagai Hikayat Kedah, Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anak Merong Mahawangsa, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang dikatakan sebagai keturunan Iskandar Agung or atau keluarga diraja Khmer tidak lewat dari abad ke-2.10

3. Langkasuka (abad ke-2 – 14) - Langkasuka ialah sebuah kerajaan Hindu Melayu silam yang

terletak di Semenanjung Malaysia. Kerajaan ini bersama-sama dengan Kerajaan Kedah Tua berkemungkinan merupakan kerajaan yang terawal sekali di Tanah Melayu. Mengikut satu sumber, kerajaan ini diasaskan pada kurun ke-2 masihi. Lagenda orang Melayu mendakwa bahawa Langkasuka diasaskan di Kedah, dan kemudian berpindah ke Pattani. Adalah dipercayai yang Langkawi mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka. Sumber-sumber sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang China (500 M) merujuk kerajaan itu sebagai "Langgasu" yang diasaskan pada kurun pertama masihi.11

4. Pan Pan (abad ke-3 – 5) - Pan Pan ialah sebuah kerajaan Hindu kecil yang dipercayai wujud pada

kurun ketiga sehingga ketujuh masihi dan terletak di suatu kawasan di Kelantan atau Terengganu, Malaysia. Tidak banyak yang diketahui tentang kerajaan ini. Adalah juga dipercayai bahawa kerajaan ini ditakluk oleh empayar yang lebih besar iaitu Srivijaya.12

5. Srivijaya (abad ke-3 – 1400) -Kerajaan Srivijaya berpusat di daerah yang sekarang dikenali

sebagai Palembang di Sumatra. Pengaruhnya amat besar di atas Indonesia, Semenanjung Malaysia dan Filipina. Agama Islam memasuki Sumatra menerusi Aceh yang telah disebarkan menerusi perhubungan dengan pedagang Arab dan India. Pada tahun 1414, putera terakhir Srivijaya, Parameswara, memeluki agama Islam dan berhijrah ke Tanah Melayu di mana dia telah mengasas Kesultanan Melaka.13

(7)

10 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Gangga_Negara 11 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Langkasuka 12 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Langkasuka 13 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Srivijaya

6. Kedah Tua (abad ke-5 ) - Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-5. Pada peringkat awal,

Sungai Mas merupakan pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah ke Lembah Bujang. Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang.14

7. Majapahit (1293 – 1500) - Majapahit adalah sebuah kerajaan yang pernah ditubuhkan sekitar

tahun 1293 hingga 1500 M dan berpusat di Pulau Jawa timur. Kerajaan ini pernah menguasai pulau Jawa, Sumatera, Borneo, Sulawesi/Celebes, Madura, Bali, dan banyak wilayah lain di Nusantara termasuk negeri-negeri di semenanjung Malaysia. 15

Gambar 1

(8)

14 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Kedah_Tua 15 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Empayar_Majapahit

8. Kesultanan Melaka (1402 – 1500) - Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara,

seorang putera Srivijaya beragama Hindu yang berasal dari Palembang di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan yang beragama Islam. Hal ini berubah pada tahun 1414 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Shah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih kurang satu abad sehingga tewas di tangan armada Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24 Ogos 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan yang terakhir Kesultanan Melayu Melaka.16 Perkara-perkara dan

maklumat-maklumat yang lebih terperinci berkaitan dengan Kesultanan Melayu Melaka akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam bahagian topik 3.3 bagi laporan ini.

9. Kesultanan Johor (1528 – sekarang) - Sejarah Johor sudah pun bermula pada

tahun 800 M sebagai suatu petempatan perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) di mana negeri Johor menjadi pula salah sebuah jajahan pemerintahannya. Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Bentan di Johor. Kesultanan Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah, anakanda Sultan Mahmud Shah pada tahun 1528 dimana wilayah jajahan yang diperintah oleh kerajaan ini ialah Johor, Riau wilayah yang terbentang dari sungai Klang hingga ke Linggi danTanjung Tuan, Muar, Batu Pahat,Singapura, Pulau Tinggi dan pulau-pulau lain di pantai timur semenanjung Tanah Melayu serta Kepulau-pulauan Karimun, Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran, Kota Baru, Kampar dan Siak di Sumatera.17

(9)

16 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melaka 17 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Johor Topik 3.3: Pengasasan Kerajaan Kesultanan Melayu di Melaka

Melaka adalah sebuah negeri yang terletak di barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan Negeri Sembilan di utara, Johor di tenggara dan Selat Melaka di barat.18 Sejarah

Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang, pada tahun antara 1400 hingga 1403.19

Parameswara merupakan turunan ketiga dari Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana (Sang Nila Utama), seorang penerus raja Srivijaya.19 Selepas kejatuhan kerajaan

Srivijaya yang berpusat di Palembang, muncul pula kerajaan Majapahit yang bertindak mengambil-alih pucuk pemerintahan kerajaan Srivijaya dan kerajaan ini telah berjaya menguasai kawasan-kawasan Srivijaya termasuk Palembang dan Temasek. Penguasaan Majapahit ditentang oleh Parameswara dan baginda berusaha membebaskan Palembang daripada Kerajaan Majapahit. Walau bagaimanapun, raja Majapahit bertindak segera dengan menyerang Palembang. Parameswara bersama-sama dengan pengikutnya telah berundur ke Temasek.20

Di situ, Parameswara telah bertemu dengan pemerintah Temasek pada masa tersebut iaitu Temagi. Temagi ialah seorang wakil kerajaan Siam dan beliau telah menyambut Parameswara dengan baik. Parameswara berpandangan bahawa Temasek boleh berkembang maju kerana kedudukannya yang strategik. Temasek pernah menjadi naungan Srivijaya. Oleh itu, Parameswara telah menuntut hak pertuanannya. Parameswara bertindak membunuh Temagi dan seterusnya menguasia Temasek selama lima tahun. Baginda berusaha memulihkan semula kemilangan kerajaan Srivijaya. Namun, Siam akhirnya bertindak menyerang Parameswara dan baginda terpaksa berundur sekali lagi ke Muar untuk mencari perlindungan.21

Di Muar, Parameswara masih berasa tidak selamat untuk mendirikan kerajaan. Pada tahun 1400, Parameswara dan pengikutnya menuju ke utara melalui Sening Hujung dan Bertam. Akhirnya mereka tiba di sebuah perkampungan nelayan yang penuh dengan pohon api-api dan pokok bakau di persisiran pantai. Muara sungainya sangat dalam dan terlindung daripada tiupan angin monsun. Penduduk asal kampung tersebut terdiri daripada Orang Laut, Orang Melayu dan Orang Asli dan pekerjaan utama mereka ialah nelayan. Parameswara akhirnya membuat keputusan untuk menetap di kampung tersebut dan mendirikan kotanya.21

(10)

18 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Melaka 19 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Melaka

20 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://lucky100star.blogspot.com/2009/02/pengasasan-kesultanan-melayu-melaka.html 21 Zahari Rusdi. (2009). Sejarah Tingkatan Satu – Pengasasan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Dipetik daripada

http://sejarahtingkatansatu.blogspot.com/2009/01/pengasasan-kerajaan-kesultanan-melayu.html

Asal-usul Nama Melaka

Menurut catatan sejarah, nama Melaka telah lama wujud iaitu daripada nama kesultanan yang diasaskan oleh Parameswara atau Sultan Iskandar Syah. Daripada catatan pedagang Cina yang datang ke Melaka, sudah ada tempat dagangan bernama Melaka. Nama Melaka juga ada disebut dalam 'Syair Jawa' bertarikh 1324. Nama Melaka pertama kali dikesan penggunaannya adalah pada abad ke-14. Terdapat pelbagai cerita tentang bagaimana Melaka mendapat namanya. Walaubagaimanapun, cerita yang diterima umum ialah cerita yang mengaitkan nama itu dengan sebatang pokok yang disebut pokok Melaka.22

Menurut cerita sewaktu Parameswara sedang memburu, tiba-tiba seekor pelanduk putih dengan gagahnya menendang anjing baginda hingga jatuh ke laut. Baginda terpegun dengan peristiwa ganjil itu lantas berpendapat bahawa tempat itu sangat sesuai untuk dijadikan tapak negeri. Mengikut kepercayaan orang Melayu pada zaman itu, kejadian ganjil seumpama itu melambangkan permulaan suatu pekerjaan yang akan menghasilkan kejayaan. Baginda memerintahkan supaya sebuah negeri dibuka dan negeri itu dinamakan Melaka, mengambil sempena nama pokok tempat baginda sedang berteduh ketika berlakunya peristiwa ganjil itu.23

Selain itu, ada pendapat yang mengatakan bahawa Melaka berasal dari perkataan 'Malagas'. Menurut Gasper Correa, penulis sejarah pada tahun 1551 mengatakan bahawa Parameswara melarikan diri ke Melaka, didapati sudah ada penempatan orang Melayu asli dan orang Laut. Baginda mendapati di muara sungai itu ada sebuah perkampungan nelayan di mana penduduknya melakukan kerja membuat ikan masin untuk dijual kepada pedagang-pedagang yang datang dari luar. Tempat itu dikenali sebagai 'Malagas' atau 'Mulagas', sempena namanya sebagai pusat menjual ikan masin.22

Dalam buku 'Suma Oriental', nama Melaka dikatakan berasal daripada perkataan 'Malaya' yang bermaksud 'tempat perlindungan'. Menurut cerita, semasa Parameswara sampai ke Muar, sekumpulan Orang Selat telah bertemu dangan baginda dan memohon supaya baginda merajai mereka di suatu tempat yang lebih sesuai iaitu di Bertam lalu Parameswara bertitah kepada mereka, "kamu semua tahu dalam bahasa kita,seseorang yang melarikan diri itu dipanggil 'Melayo', oleh itu baiklah tempat ini dipanggil 'Malaya' kerana tempat ini tempat perlindungan kita". Selain itu,

(11)

kedudukan geografinya yang strategik iaitu di Selat Melaka menyebabkannya menjadi pusat tumpuan pedagang dari luar yang singgah di Melaka.22

22 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://www.perpustam.gov.my/tyt_portal/tyt_portal/bm/akhbar/akhbar6.html 23 Shukye Lisa Yip. (n.d.). Asal Usul Melaka. Dipetik daripada http://www.scribd.com/doc/46101418/ASAL-USUL-MELAKA Perkembangan Empayar Melaka

Bermula dari sebuah perkampungan nelayan yang kecil, Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan yang terkenal di gugusan Kepulauan Melayu. Kegemilangan Melaka banyak bergantung kepada faktor lokasinya yang strategik. Pelabuhan Melaka terletak pada laluan perdagangan antara negara India dan China. Pedagang-pedagang dari Negara India dan China menjadikan Melaka tempat persinggahan bagi mendapatkan bekalan makanan dan minuman. Terdapat beberapa faktor yang menjadikan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan yang paling penting di Asia Tenggara iaitu, Melaka merupakan sebuah pelabuhan semula jadi yang terselamat dari ancaman angin Monsun Timur Laut dan angin Monsun Barat Daya. Di samping itu, pelabuhan Melaka juga terletak berhampiran dengan kawasan pengeluaran bijih timah dan rempah ratus. Bahan- bahan ini merupakan bahan dagangan yang amat penting pada zaman itu.

Parameswara telah menjadikan Melaka sebagai pelabuhan entrepot, iaitu pusat membeli dan menjual barang dagangan. Untuk menjamin keselamatan Melaka, Parameswara membina kediaman baginda di atas bukit yang berdekatan dengan muara Sungai Bertam. Ini memudahkan baginda mengawasi kegiatan perdagangan di Selat Melaka. Baginda juga menubuhkan sebuah angkatan laut yang terdiri daripada orang-orang laut untuk mengawasi keselamatan para pedagang yang singgah di Melaka. Bagi menjamin keselamatan negeri Melaka, Parameswara telah mengambil langkah menjalinkan persahabatan dengan kuasa-kuasa luar seperti Kerajaan Siam. Bagi mengelakkan serangan Siam terhadap Melaka, Parameswara telah menghantar ufti tahunan ke Siam. Selain dari Kerajaan Siam, Parameswara menjalin hubungan persahabatan dengan Negara China. Langkah-langkah ini menjadikan Kerajaan Melaka sebagai pusat perdagangan yang semakin makmur.

Pada abad ke 15, Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan antarabangsa. Ia menjadi tumpuan dan minat pedagang-pedagang dari timur dan barat. Kemampuan Melaka menjadi sebuah pelabuhan yang penting di dunia pada zaman ini berdasarkan kepada beberapa faktor iaitu kedudukan yang strategik, perairan yang dalam dan sesuai bagi kemudahan berlabuh untuk kapal-kapal besar, pentadbiran yang cekap dan tersusun, pelaksanaan undang-undang yang kemas iaitu Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka, pelaksanaan sistem cukai yang teratur iaitu sistem cukai berkeutamaan, penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan, perluasan

(12)

Empayar Melaka meningkatkan lagi kemajuan perdagangan, dan penggunaan matawang dalam hal ehwal perdagangan.24

24 Shukye Lisa Yip. (n.d.). Asal Usul Melaka. Dipetik daripada http://www.scribd.com/doc/46101418/ASAL-USUL-MELAKA

Melaka Sebagai Pusat Pentadbiran

Dari segi struktur, raja merupakan individu penting dan menduduki kedudukan tertinggi di dalam hierarki pemerintahan Melaka. Kedudukan raja mempunyai pengaruh Hinduisme kerana raja dianggap sebagai anak tuhan di muka bumi. Namun, apabila Islam telah tersebar ke Melaka dan raja memeluk Islam, penggunaan konsep raja sebagai ketua kerajaan telah ditukar kepada sultan. Hal ini disebabkan oleh konsep sultan yang bertepatan dengan tuntutan bahawa setiap individu adalah khalifah Allah dan setiap individu itu juga merupakan hamba Allah. Rajah 1 di bawah menunjukkan senarai pemerintah Empayar Kesultanan Melayu Melaka dari Parameswara sehingga Sultan Ahmad Syah.25

Parameswara 1400-1414

Sultan Iskandar Syah 1414-1424

Sultan Muhammad Syah 1424-1444

Sultan Abu Syahid 1444-1445

Sultan Muzaffar Syah 1445-1458

Sultan Mansur Syah 1458-1477

Sultan Alauddin Riayat Syah 1477-1488

Sultan Mahmud Syah 1488-1510

Sultan Ahmad Syah 1510-1513

Rajah 1 25

Sistem pemerintahan Melaka yang diamalkan oleh raja/sultan adalah berbentuk raja berkuasa mutlak. Hal ini bermaksud kedudukan, hak dan segala keputusan yang dibuat oleh raja adalah tidak boleh dipersoalkan. Kedudukan raja/sultan sebagai pemerintah Melaka diperkuatkan lagi dengan beberapa konsep yang digunapakai iaitu taat setia, daulat, derhaka, tulah dan nobat. Setiap rakyat harus tunduk dan patuh bagi menunjukkan taat setia kepada kepimpinan raja/sultan yang berdaulat (berkuasa). Bagi mereka yang tidak berbuat demikian adalah dianggap menderhaka dan akan dikenakan tulah (pembalasan).25

Selain itu, raja/sultan juga bertindak sebagai ketua kehakiman dan mempunyai daulat dan kesaktian untuk mengukuhkan kedudukan raja seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang diketuai oleh sultan. Selain itu, raja/sultan juga merupakan ketua angkatan tentera.

(13)

Walaubagaimanapun, sultan tidak perlu berperang dan tugas peperangan dipertanggungjawabkan kepada bendahara.26

25 Zahrul Akmal Damin, etc. (2009). Kenegaraan dan Pembangunan Malaysia. Edisi 1. Johor. Penerbit Uthm. Hlm 12-13

26 Jumali. (2008). Pemerintahan Beraja Alam Melayu. Dipetik daripada http://fastnote.wordpress.com/pemerintahan-beraja-alam-melayu/

Di bawah raja/sultan, sistem pentadbiran kerajaan Melaka dibentuk oleh anggota-anggota sebuah Majlis Tertinggi. Anggota-anggota majlis ini mempunyai tugas dan tanggungjawab tersendiri bagi mentadbirkan negeri Melaka. Di bawah Majlis Tertinggi ini, terdapat 8 orang pembesar negeri yang bergelar Seri. Di bawah peringkat Seri pula, terdapat 16 orang pembesar rendah yang bergelar raja. Peringkat akhir dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka dianggotai oleh 32 orang pembesar kerajaan dan sistem ini dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan.27 Rajah 2 di

bawah menunjukkan susunan jawatan dalam Sistem Pembesar Empat Lipatan. Sultan

Pembesar Empat Pembesar Lapan Pembesar Enam Belas Pembesar Tiga Puluh Dua

Rajah 2 28

Melalui sistem ini, sultan mengetuai pemerintahan. Baginda dibantu oleh empat pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat. Pembesar utama ialah Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari. Setiap jawatan pembesar mempunyai tugas, tanggungjawab, peranan dan bidang kuasa yang berlainan. Antara peranan-peranan penting yang umumnya dipegang oleh pembesar-pembesar tersebut adalah seperti:

a) Bendahara

- Menteri utama

- Penasihat utama sultan dalam pentadbiran

- Ketua hakim untuk menyelesaikan kes yang besar - Ketua istiadat

- Pemangku sultan ketika sultan gering atau ke luar negara b) Temenggung

- Memelihara keamanan dan keselamatan dalam negeri - Penguasa bandar dan kota Melaka

(14)

- Mengawasi pedagang asing dan memastikan sukatan dan timbangan pedagang adalah betul - Hakim di darat

27 Shukye Lisa Yip. (n.d.). Asal Usul Melaka. Dipetik daripada http://www.scribd.com/doc/46101418/ASAL-USUL-MELAKA 28 Zahrul Akmal Damin, etc. (2009). Kenegaraan dan Pembangunan Malaysia. Edisi 1. Johor. Penerbit Uthm. Hlm 13

c) Laksamana

- Ketua angkatan laut

- Menjaga ketenteraman laut

- Mengawal keselamatan sultan atau pengawal peribadi sultan - Mengetuai utusan diraja ke seberang laut

- Ketua duta

d) Penghulu Bendahari - Pemungut hasil atau ufti - Menjadi ketua urusetia istana - Menjadi ketua segala bendahari 29

Pada zaman pemerintahannya, Parameswara telah menjalin hubungan persahabatan dengan Kerajaan China sebagai langkah keselamatan negeri itu. Kerajaan Ming di bawah pemerintahan Maharaja Yung Lo telah mengiktiraf Parameswara sebagai Raja Melaka. Pada tahun 1403, Maharaja China itu mengutuskan Laksamana Yin Ching ke Melaka. Hubungan erat antara Melaka dan China menyebabkan Kerajaan Srivijaya dan Kerajaan Siam tidak berani mengancam Kerajaan Melaka. Maharaja China telah mengurniakan alat-alat kebesaran seperti cap mohor, satu persalinan pakaian daripada sutera dan payung kuning kepada Parameswara sebagai tanda bahawa Kerajaan China bersedia melindungi Kerajaan Melaka dari ancaman musuh.30

Pada tahun 1409, Maharaja China telah mengutuskan laksamana Cheng Ho ke Melaka bagi mengeratkan lagi perhubungan Melaka-China dan juga bagi memperluaskan kawasan perdagangan China di Asia Tenggara. Parameswara juga turut menghantar rombongan persahabatan ke Negara China. Pada tahun 1414, Parameswara telah mangkat dan pemerintahan Melaka diambil-alih oleh putera baginda Sultan Mahkota Iskandar Syah. Selepas kemangkatan Parameswara, hubungan Melaka-China terus dijalin demi kepentingan dan kemajuan perdagangan Melaka. Hubungan antara Melaka-China bertambah erat apabila Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po,

(15)

anak Maharaja China. Di sinilah bermulanya kehadiran masyarakat imigrans di Semenanjung Tanah Melayu.30

29 Zahari Rusdi. (2009). Sejarah Tingkatan Satu – Pengasasan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Dipetik daripada http://sejarahtingkatansatu.blogspot.com/2009/01/pengasasan-kerajaan-kesultanan-melayu.html

30 Shukye Lisa Yip. (n.d.). Asal Usul Melaka. Dipetik daripada http://www.scribd.com/doc/46101418/ASAL-USUL-MELAKA

Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Melaka berkembang dengan pesat daripada sebuah perkampungan nelayan kecil menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah utama dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi pedagang Portugal bernama Duarte Barbosa yang berkata: “Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia”.31

Empayar Kesultanan Malayu Melaka menjadi terkenal sebagai pusat perdagangan kerana faktor kedudukan geografinya yang strategik iaitu terletak di tengah-tengah perjalanan perdagangan Timur dan Barat iaitu Selat Melaka yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing seperti China, India, Arab, dan Kepulauan Melayu sendiri. Iklim tiupan angin monsun Barat Daya dan Timur Laut turut membantu pedagang-pedagang China dan India untuk berlabuh di Melaka dan menjadikan Melaka sebagai tempat persinggahan mereka. Kedudukannya yang terletak di Selat Melaka menjadikannya sebuah negeri yang kaya dengan sumber asli seperti rempah ratus, kayu gaharu, kapur barus, rotan dan lain-lain.31

Selain daripada faktor geografi, kepesatan sesuatu perdagangan amat memerlukan sistem pemerintahan dan pentadbiran yang cekap, teratur dan stabil. Empayar Kesultanan Malayu Melaka contohnya mempunyai sistem pentadbiran yang cekap dengan wujudnya Sistem Pembesar Empat Lipatan dan sistem perundangan seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka untuk mewujudkan satu sistem pemerintahan yang adil, bermuafakat bermusyawarah dan persamaan taraf. Sistem-sistem ini melicinkan serta mengekalkan keamanan dan memajukan perdagangan. Kepesatan perdagangan di Melaka terbukti melalui catatan pedagang Portugis bernama Tom Pires yang mengatakan bahawa setiap tahun terdapat sekurang-kurangnya 100 buah kapal besar dan kira-kira 30 hungga 40 buah kapal kecil tiba di pelabuhan Melaka. Dikatakan juga pelabuhan Melaka begitu besar sehingga boleh menmpung hampir dua ribu buah kapal dalam satu-satu masa. Malahan lebih daripada 84 jenis bahasa dipertuturkan di pelabuhan Melaka, menunjukkan betapa sibuk dan pesatnya pelabuhan tersebut. 31

(16)

31 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://cgrohaida.blogspot.com/2011/04/bab-5-kegemilangan-melaka.html

Bagi menjaga keselamatan para pedagang luar di Selat Melaka, orang laut telah dijadikan sebahagian besar daripada angkatan laut Melaka dan merupakan sumber tenaga yang paling penting dalam bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kawasan perairan untuk membanteras kegiatan lanun. Kedudukan Selat Melaka yang strategik memudahkan usaha untuk menjaga perairan. Sultan juga menyediakan kemudahan-kemudahan di pelabuhan seperti tempat menginap, tempat perniagaan, gudang, sistem sukatan dan timbanga yang selaras, kemudahan membaiki kapal dan lain-lain kemudahan yang diperlukan oleh para pedagang yang singgah berdagang di Melaka.32

Selain itu, terdapat jawatan-jawatan seperti Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi yang menghantar dan menyebarkan barangan dagagan, dan menguruskan hal-hal perdagangan pada masa yang sama. Matawang logam digunakan dalam semua urusniaga dan ini memudahahkan lagi setiap pembelian atau urusniaga di pelabuhan Melaka. Pada masa yang sama juga, Melaka juga telah mengambil inisiatif dengan menjalankan hubungan diplomatik dengan kuasa luar dan besar, salah satunya adalah China (1403-1433). Hubungan Diplomatik tersebut dapat menjamin keselamatan Melaka supaya tidak menjadi sasaran dan diserang oleh negara-negara yang berdekatan. Malah, Melaka yang merupakan empayar Islam secara tidak langsung telah menarik ramai pedagang Islam dan golongan Islam pada masa tersebut merupakan satu masyarakat yang amat besar. Langkah-langkah tersebut telah menjadikan pelabuhan Melaka semakin berkembang pesat.33

Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang dagangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa dari Melaka ke tempat lain. Fungsi Melaka sebagai pelabuhan enterpot menjadikan Melaka sangat terkenal. Kepesatan perdagangannya telah menarik minat Portugis di bawah pimpinan Alfonso De Alburqueque untuk menakluk Melaka pada tahun 1511. Keagungan dan kemasyhuran Melaka sebagai pusat perdagangan pada awal abad ke-15 dan awal abad ke-16 memang tidak dapat dinafikan. Walaubagaimanapun, keagungan empayar perdagangan Melaka mulai merosot setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis dan digantikan oleh Acheh sebagai pusat perdagangan di Nusantara.33

(17)

32 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://cgrohaida.blogspot.com/2011/04/bab-5-kegemilangan-melaka.html

33 Gender and Society. (2009). Dipetik daripada http://atie-diaryseorangguru.blogspot.com/2009/04/perkembangan-melaka-sebagai-pusat.html Melaka Sebagai Pusat Kemasyarakatan

Rentetan daripada Melaka sebagai pusat perdagangan, empayar ini juga turut terkenal dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan (sosial). Penduduk Melaka yang bersifat majmuk ini telah menjadi asset utama di dalam pengembangan dan pertukaran kebudayaan. Istana Melaka telah dijadikan sebagai pusat pengembangan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan (rujuk Gambar 2). Di antara contoh penulisan yang terkenal ialah Hikayat Abu Nawas dan Hikayat Seribu Satu Malam iaitu karya sastera dan sejarah yang diterjemah daripada bahasa Arab menggunakan tulisan Jawi. Tulisan Jawi telah disenaraikan daripada tulisan Arab dan digunakan sepenuhnya dalam urusan rasmi. Selain itu aktiviti penulisan asal juga turut berkembang dengan penghasilan Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang.

Bagi tujuan berkomunikasi sama ada untuk bersosial dan urusan berjual beli, bahasa Melayu telah dijadikan bahasa lingua franca walaupun terdapat bahasa-bahasa lain. Hal ini telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa utama pertuturan dan bahasa perdagangan rakyat Melaka. Banyak perkataan Arab seperti ilmu, faedah, fardhu, sedekah, hikmat dan lain-lain lagi memperkayakan khazanah bahasa Melayu. Al-Quran juga telah menjadi asas sistem pengaruh yang besar dalam budaya kehidupan orang Melayu. Islam mempunyai pengaruh yang besar dalam budaya kehidupan orang Melayu seperti kesenian iaitu corak ukiran di kubah masjid mimbar mihrab,menara azan, tempat berwuduk, madrasah, batu nisan dan sebagainya. Tulisan dengan terdapatnya dalam ukiran berbentuk bunga, geometri, ayat al-Quran dan hadis Khat serta amalan-amalan iaitu khatam, al-Quran, majlis kesyukuran dan kenduri arwah yang masih dikekalkan sehingga kini dalam kehidupan masyarakat Melayu negara.34

(18)

Gambar 2

34 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://cgrohaida.blogspot.com/2011/04/bab-5-kegemilangan-melaka.html

Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Islam

Kedatangan agama Islam ke Melaka, antara cara agama Islam mula disebarkan ke Empayar Kesultanan Melayu Melaka ialah melalui perkhawinan Sultan Melaka, iaitu Megat Iskandar Shah dengan Puteri Raja Pasai. Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dengan Bustanus Salatin, Islam turut disebarkan di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar, dan rakyat Melaka. Selain daripada pedagang Islam dari Arab dan India menyebarkan agama Islam ke Melaka melalui kegiatan dakwah. Terdapat antara mereka yang berkhawin dengan masyarakat Melaka dan secara tidak langsung menyebarkan Islam kepada penduduk tempatan. Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi semua aspek kehidupan telah manarik golongan istana dan rakyat untuk menganuti agama Islam.

Pada abad ke-15, kedudukan Islam di Melaka semakin kukuh apabila ia diisytiharkan sebagai agama rasmi semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Hal ini telah menyebabkan Melaka menjadi pusat pengajian, pendakwahan, dan penyebaran Islam di Gugusan Kepulauan Melayu. Ulama dan pendakwah dari pelbagai tempat seperti Arab dan Pasai bertemu di Melaka untuk berdakwah. Ulama menjadi guru kepada sultan, pembesar dan rakyat Melaka. Sultan Melaka amat menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup menghantar pembesar ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal agama demi mendalami agama Islam.

Islam telah memberi impak yang besar dan berjaya memperkukuhkan kedudukan Melaka bukan sahaja di dalam aspek kehidupan individu (spiritual) malahan ia telah mempengaruhi aspek kelangsungan Melaka dari aspek undang-undang. Peraturan-peraturan Islam telah diterjemah

(19)

berdasarkan al-Quran dan diaplikasikan di dalam Hukum Kanun Melaka serta Undang-undang Laut Melaka. Sultan Melaka juga menerapkan nilai Islam seperti musyawarrah iaitu berbincang bersama pembesar dalam urusan pentadbiran. Pengajian al-Quran menjadi asas sistem pendidikan di Melaka.

Ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, masjid, madrasah dan surau diwujudkan untuk menjadi tempat mempelajari agama dan membaca al-Quran. Selain itu, Istana Melaka juga menjadi tempat menterjemah, menyadur, dan menyimpan kitab agama Islam. Kitab terkenal yang telah diterjemahkan ialah Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. Melaka juga merupakan pusat pengajian ilmu tasawuf yang terkenal. Ilmu tasawuf ialah ajaran untuk mengenali Tuhan serta mendekatkan diri kepada Tuhan. Abdul Karim al-Jili merupakan salah satu ahli tasawuf yang terkenal di Melaka. Beliau mengarang sebuah kitab iaitu Insan al-Kamil.35

35 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://cgrohaida.blogspot.com/2011/04/bab-5-kegemilangan-melaka.html

Cara-cara Melaka menyebarkan agama Islam

(i) Perkahwinan Diraja - Puteri-puteri Islam Melaka dikahwinkan dengan raja-raja yang bukan Islam. Contoh dengan raja negeri Kedah Pahang dan Kelantan. Puteri Sultan Mansor Shah telah dikahwinkan dengan putera Raja Siak. Perkahwinan Diraja menyebabkan agama Islam tersebar dengan mudah ke negeri-negeri tersebut. Selain itu, perkahwinan dengan rakyat juga membantu dalam menyebarkan agama Islam

(ii) Penaklukan – (Semasa Pemerintahan Sultan Mansur & Bendahara Tun Perak) Raja-raja di negeri-negeri yang ditakluk oleh Melaka akan memeluk agama Islam untuk mendapat kurniaan atau layanan yang lebih baik serta menunjukkan taat setia kepada Sultan Melaka. Rakyat jelata pula akan mengikut jejak langkah raja iaitu memeluk Islam secara sukarela. Contohnya di Terengganu, Johor, Kelantan,Pahang, Rokan dan Inderagiri.

(iii) Peranan pendakwah, ulama, dan ahli agama (Sufi) - Ulama ahli sufi dan mubaligh Melaka telah dihantar oleh kerajaan Melaka ke merata-rata tempat untukmenyebarkan agama Islam. Contoh ke Kalimantan, Kepulauan Sulu, Sulawesi dan Mindanao. Dakwah tersebut disampaikan dengan cara berhemah dan bukan paksaan.

(iv) Pedagang - Saudagar-saudagar yang datang berdagang di Melaka turut tertarik dengan Islam lalu memeluk agama Islam selain untuk mendapatkan keistimewaan dalam perdagangan. Kemudian, mereka menyebarkannya apabila balik ke tempat asal mereka.

(20)

(v) Usaha Pemerintah - Contohnya Sultan Alauddin Riayat Shah telah menghantar ahli agama untuk mengajar raja-raja dari Pahang, Kampar dan Inderagiri dalam hal ehwal agama. Galakan dan dorongan diberi oleh pemerintah kepada pendakwah untuk menyebarkan Islam.36

Walaubagaimanapun, Kerajaan Melaka yang kelihatan kuat dan teguh itu turut menemui saat-saat kejatuhannya. Sultan Melaka yang terakhir iaitu Sultan Mahmud Syah terpaksa berundur ke Muar dan akhirnya ke Johor kerana telah diserang oleh kuasa luar iaitu Portugis. Di situ, Sultan Mahmud Syah enggan menyerah kalah dan baginda telah berusaha untuk mengembalikan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Usaha baginda tersebut akhirnya membuahkan hasil dan membawa kepada tertubuhnya Kerajaan Kesultanan Melayu yang baru di Johor.

36 Gender and Society. (n.d.). Dipetik daripada http://cgrohaida.blogspot.com/2011/04/bab-5-kegemilangan-melaka.html

Topik 3.4: Penerusan Legitimasi Kesultanan Melayu di Johor Riau Pengasasan Kerajaan Johor dan Penerusan Warisan Melaka

Setelah kejatuhan Melaka di tangan Portugis pada tahun 1511-Masihi, Sultan Mahmud Syah telah berundur ke Hulu Muar, kemudian ke Pahang, Johor dan akhirnya ke Bentan. Pengunduran Sultan Mahmud Syah dan pengikutnya bukan bererti baginda mengaku kalah. Baginda masih berusaha untuk menawan kembali Melaka dengan melancarkan beberapa serangan tetapi semuanya gagal. Apabila orang Portugis menyerang Bentan, Sultan Mahmud Syah berundur ke Kampar di Sumatera. Pada tahun 1528, Sultan Mahmud Syah mangkat di Kampar dan meninggalkan dua orang putera iaitu Raja Muzaffar dan Raja Alauddin. Raja Muzaffar telah mendirikan ibu kotanya di tebing Sungai Perak dan menjadi Sultan Perak yang pertama bergelar Sultan Muzaffar Syah. Raja Alauddin berkahwin dengan puteri Sultan Pahang dan mendirikan ibu kotanya di tebing Sungai Johor Lama dan memajukan kawasan itu. Sultan Alauddin merupakan pengasas kerajaan Johor yang merupakan warisan Kerajaan Melayu Melaka. Baginda digelar sebagai Sultan Alauddin Riayat Syah II dan turut dikenali sebagai Raja Ujong Tanah. Baginda menubuhkan kerajaannya di Johor kerana Johor ialah negeri taklukan Melaka. Walaupun baginda telah bertapak di Johor, baginda ingin dan berusaha untuk mendapatkan semula Melaka daripada Portugis.

Pada awal pengasasannya, kedudukan kerajaan Johor masih belum kukuh. Pada ketika itu, Acheh telah muncul sebagai kerajaan Islam yang baru di Selat Melaka. Acheh menjadi sebuah kerajaan yang kuat selepas kejatuhan Melaka. Sultan Ali Mughayat Syah telah mengasaskan kerajaan di Acheh. Pedagang Islam dari India dan Asia Barat lebih gemar singgah di Acheh kerana

(21)

Acheh bebas daripada ancaman Portugis. Acheh berminat untuk mendapatkan Melaka kerana mahu menguasai perdagangan di Selat Melaka. Pada masa yang sama, Johor juga berminat dan berusaha untuk mendapatkan Melaka semula. Portugis mahu mempertahankan kedudukannya di Melaka serta memusuhi Acheh dan Johor yang menjadi pesaingnya dari segi ekonomi. Suasana yang tegang ini mencetuskan peperangan yang dikenal sebagai Perang Tiga Segi. Perang ini melibatkan tiga kuasa iaitu Johor, Acheh dan Melaka yang diwakili pihak Portugis. Peperangan Tiga Segi berlaku selama lebih kurang 100 tahun tetapi tidak secara berterusan. Dalam peperangan ini, Johor yang paling teruk menerima kesannya, manakala Acheh sentiasa menjadi pencabar utama kepada Johor dan Melaka. Peperangan ini berlarutan sehinggalah Johor dan Belanda bergabung buat kali ketiga untuk menyerang Portugis. Pada tahun 1641, Belanda dengan bantuan Johor berjaya menewaskan orang Portugis di Melaka.37

37 Yew Chee Wai (2000), Bantuan Studi Lengkap Formula Bestari PMR Sejarah, Sasbadi Sdn Bhd, Petaling Jaya, hlm. 63-64. Sejarah Kerajaan Johor-Riau

Pada tahun 1718, Raja Kecil daripada kerajaan Siak, yang mendakwa dirinya sebagai putera Almarhum Sultan Mahmud Shah yang mangkat pada tahun 1699, telah menyerang dan menguasai kerajaan Johor dan baginda kemudiannya berpindah ke Riau setahun kemudian. Setelah tiga tahun kemudian, Raja Sulaiman iaitu putera Sultan Abdul Jalil yang telah mangkat di Pahang, telah berjaya mengalahkan dan menurunkan Raja Kecil daripada takhta kerajaan Johor dengan bantuan putera Raja Bugis lima bersaudara. Raja Sulaiman kemudiannya telah ditabalkan sebagai Sultan dan Yang Dipertuan Besar, dan kerajaan Johor kini dikenali sebagai Kerajaan Johor - Riau. Sultan Sulaiman kemudiannya telah menabalkan seorang daripada putera Raja Bugis lima bersaudara iaitu Opu Daeng Merewah yang juga dikenali sebagai Kelana Jaya Putera untuk menjadi Yang Dipertuan Muda dengan gelaran Sultan Alauddin Shah, sebagai wakil baginda memerintah kerajaan Johor – Riau.

Kisah mengenai kejayaan putera Raja Bugis lima bersaudara yang telah membantu Sultan Sulaiman mendapatkan kembali takhta kerajaan Johor telah tersebar luas dirantau ini. Pada masa itu, dua daripada putera Bugis yang bernama Opu Daing Menambon dan Opu Daeng Kemasi telah pun meninggalkan Riau pergi ke Mempawah dan Sambas di Kalimantan dan masing masing menjadi raja disana. Pada 1723, Sultan Kedah telah menulis surat meminta bantuan daripada Opu Daeng Parani, saudara yang tua daripada putera Raja Bugis untuk mendapatkan kembali takhta kerajaan Kedah yang telah dirampas oleh adinda baginda Sultan Kedah. Tidak lama kemudian, dengan bantuan Opu Daeng Parani berserta adindanya, Yang Dipertuan Muda Daeng Merewah and Opu Daeng Celak, Sultan Kedah dapat semula menaiki takhta baginda.

(22)

Kekuatan kerajaan Johor – Riau dari segi ketenteraan telah berjaya melindungi serta mematahkan beberapa serangan daripada luar terhadap wilayah takluknya. Setelah beberapa tahun, kerajaan Johor – Riau yang berpusat di Riau telah bertambah makmur dan terkenal sebagai pelabuhan dagangan yang masyhur dirantau ini. Setelah mangkatnya Yang Dipertuan Muda Daeng Merewah, Sultan Sulaiman telah menabalkan adinda almarhum iaitu, Opu Daeng Celak untuk menjadi Yang Dipertuan Muda berikutnya dengan gelaran yang sama iaitu Sultan Alauddin Shah. Yang Dipertuan Muda Daeng Celak memerintah kerajaan Johor – Riau selama tujuh belas tahun, putera baginda yang sulong, Raja Lumu telah menjadi Sultan Selangor yang pertama pada 1766 dengan gelaran Sultan Salehuddin Shah. Manakala putera kedua baginda iaitu Raja Haji, kemudiannya menjadi Yang Dipertuan Muda didalam kerajaan Johor – Riau pada tahun 1777.38 38 Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam 1991, Ali al-Haji Riau (Raja),Virginia Matheson Hooker, M. A. Fawzi Mohd. Basri, Dewan Bahasa dan Pustaka

Johor Sebagai Pusat Perdagangan

Jajahan takluk yang luas meliputi Klang, Batu Pahat, Muar, Pahang, Bentan, Lingga, Bengkalis, Kampar dan Siak menyebabkan Johor dapat mengumpulkan hasil dagangannya. Tambahan pula, Johor juga dikenali sebagai pelabuhan entrepot bagi Kepulauan Melayu dengan adanya kapal dagang Johor yang berdagang hingga ke Maluku dan Makasar. Selain itu, ramai pedagang asing datang ke Johor seperti pedagang China dari Canton dan Amoy serta pedagang Eropah seperti Belanda dan Inggeris.

Pelabuhan Batu Sawar menjadi terkenal disebabkan oleh tampok pemerintahan Sultan Abdul Jalil Syah II yang cekap. Baginda telah belayar ke pantai Koromandel dan Teluk Benggala India untuk membeli pakaian dan menjualnya di Pelabuhan Batu Sawar. Aktiviti perdagangan ini telah diwarisi sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sebelum kejatuhannya lagi.

Di Pelabuhan Batu Sawar ini terdapat pelbagai hasil perdagangan dan kemudahan seperti gudang dan peralatan untuk membaiki kapal para pedagang. Malahan, baginda telah menentukan sistem ukuran dan timbangan yang tetap serta mengenakan cukai kastam yang berpatutan. Ketika itu, Syahbandar Johor diberikan tugas mengawasi perniagaan lada hitam di jajahan takluk seperti Bengkalis, Kampar, Siak, Rokan, dan Inderagiri.

Kepesatan perdagangan Johor berterusan sehingga zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah II (1685 – 1699). Pada masa itu, pelabuhan Johor telah berpindah dari Batu Sawar ke Riau. Pelabuhan Riau adalah pelabuhan yang sangat sibuk.39 Hal demikian adalah kerana pelabuhan ini

(23)

penjenayah. Setiap pedagang asing dilindungi oleh Bendahara, Raja Indera Bongsu, Temenggung, dan Laksamana. Manakala keselamatan pedagang dan kapal dibantu oleh Orang Laut yang bertugas sebagai pembantu pelabuhan, pengawal perairan Johor, penunda, dan penunjuk arah kepada pedagang.

Johor juga merupakan pembekal barangan tempatan dan luar negeri. Antara barang tempatan yang diperdagangkan ialah damar, tikar, bijih timah, sagu, munyak, lada hitam, pinang, ikan masin, garam, kayu gaharu, dan beras. Manakala, barangan dari luar negeri yang didagangkan seperti benang emas, kain sutera putih, teh, tembikar dan tembaga dari China.

39 Gambaran kesibukan pelabuhan riau digambarkan melalui kata-kata seorang Gabenor Melaka; “Bilangan kapal yang belayar ke Riau begitu banyak sehingga sungai itu sukar untuk dilalui kerana terlalu banyak kapal dagang…”(Gabenor Thomas Slicher, Gabenor Melaka)

Perdagangan di Johor dijalankan melalui sistem barter iaitu pertukaran barang dan mata wang. Sultan Alauddin Riayat Shah II yang memperkenalkan sistem mata wang. Terdapat tiga jenis mata wang iaitu emas dikenali sebagai mas, perak dikenali sebagai kupang, dan timah dikenali sebagai katun. Selain itu, mata wang asing juga digunakan seperti Dolar Sepanyol, Dolar Mexico dan mata wang Belanda.

Disamping itu, kedudukan yang strategik menjadi faktor pelabuhan Riau menjadi tempat tumpuan para pedagang. Sebagai contoh, pelabuhan ini terlindung daripada tiupan angin monsun. Jesteru itu, pelabuhan ini menjadi pintu masuk di selatan Selat Melaka dan sekaligus dapat mengawal lalu lintas kapal dagang dari Barat dan Timur.40

(24)

40 Yew Chee Wai (2000), Bantuan Studi Lengkap Formula Bestari PMR Sejarah, Sasbadi Sdn Bhd, Petaling Jaya, hlm. 65-68

Kejatuhan Empayar Johor

Secara kasarnya, abad ke-18 merupakan abad keruntuhan empayar Johor-Riau yang kehilangan peranannya samada sebagai pelabuhan utama di perairan Selat Melaka mahupun sebagai pusat kuasa politik di Tanah Melayu. Pelabuhan Riau yang merupakan pusat pelabuhan empayar Johor-Riau kehilangan fungsi penyumbang aktiviti ekonomi dan perdagangan rantau Asia apabila masyarakat melayu dan Bugis di bawah Sultan Mahmud keluar dari Riau. Fenomena ini berlaku sejak tahun 1787 apabila dunia Melayu yang diterajui oleh golongan Bendahara dan pentadbiran Yamtuan Muda Bugis mula kehilangan kuasa dan pengaruh disebabkan oleh persaingan kuasa dan keadaan politik yang tidak stabil.

(25)

Abdul Jamil dan Bendahara Sri Maharaja Tun Habib Abdul Majid. Disamping itu, sikap ganas dan zalim Sultan Mahmud telah menyebabkan negeri itu diabaikan oleh pedagang sehingga menyebabkan baginda dibunuh oleh seorang pembesar ketika baginda sedang dijulang dipasar.41

Kemangkatan Sultan Mahmud menyebabkan berakhirnya zuriat Kesultanan Melaka di Johor apabila Bendahara Abdul Jalil telah diangkat menjadi Sultan Johor pada 3 September 1699 dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah. Perlantikan seorang yang bukan daripada keturunan Bukit Seguntang Mahameru (Palembang) sebagai sultan telah menimbulkan pelbagai tentangan.

Penentangan pertama yang dihadapi oleh Sultan Abdul Jalil Riayat Syah adalah daripada Orang Laut yang menganggap perlantikan itu tidak sah. Bukan setakat itu sahaja, Orang Laut turut mengancam akan mengambil tindakan balas keatas orang Johor kerana pembunuhan Sultan Mahmud.42 Namun begitu, akhirnya mereka pasrah menyokong pemerintah Johor yang baru apabila

diberi pilihan samada menolak daripada memainkan peranan mereka dalam sebuah kerajaan Melayu dan mengikut cara mereka sendiri, atau mengambil sikap bertolak ansur dengan suatu keluarga baharu sebagai suatu cara mengekalkan kedudukan mereka dalam masyarakat Melayu.

41 Leonard Y. Andaya .Kerajaan Johor 1641- 1728 (Pembangunan Ekonomi dan Politik. Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s 249- 252. 42 O.W. Walters ,The Falls of Srivijaya in Malay History. Ithaca,1970. fol. 12

Dalam masa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Riayat Syah,orang bugis mula bertumpu ke semenanjung Tanah Melayu.43 Orang Bugis yang semakin ramai di wilayah-wilayah takluk Johor ini

kemudian menjadi masalah besar kepada kerajaan Johor. Berikutan dengan Perang saudara Kedah pada tahun 1715 Masihi, berlaku perselisihan faham antara pemimpin-pemimpin Bugis iaitu Daeng Merewah dan Daeng Manompok dengan Sultan Johor. Pertelagahan ini kemudian telah membawa kepada kehancuran Kesultanan Johor. Pertelagahan ini disebabkan oleh permintaan Raja Muda Tun Mahmud menghantar utusan menuntut setengah daripada harta rampasan negeri Kedah44 untuk

Sultan Abdul Jalil Riayat Syah. Namum begitu, orang bugis enggan menurut perintah tersebut

menyebabkan berlakunya peperangan antara Raja Muda Johor dengan orang Bugis di Selangor.45

Kekuatan angkatan tentera Johor yang mendapat bantuan daripada tentera Minangkabau tidak dapat menewaskan angkatan perang Bugis. Oleh kerana kekalahan-kekalahan yang dialami oleh tentera Johor, Raja Muda telah kehilangan pengaruh menyebabkan pembesar-pembesar Johor mendesak

(26)

Sultan supaya berpindah semula ke tanah besar Johor. Pada bulan Ogos 1717, tamatlah perang Johor-Bugis dengan terpisahnya Selangor daripada wilayah takluk Johor.

Tamatnya perang Johor-Bugis bukanlah penamat kepada permasalahan kerajaan Johor. Timbulnya masalah yang lebih besar menggolakkan kerajaan Johor apabila munculnya seorang ketua orang Minangkabau di Siak iaitu Raja Kecil. Beliau telah mendakwa bahawa dirinya adalah putera kepada Sultan Mahmud Syah (Mangkat Dijulang) dan mengisytiharkan beliau sebagai pewaris takhta Johor.46 Kekacauan dan serangan-serangan yang dilakukan oleh Raja Kecil ini telah menimbulkan

keadaan huru-hara dalam kerajaan Johor dan bertambah buruk dengan pertelegahan yang berlaku antara pembesar-pembesar Johor. Raja Kecil telah memanfaatkan situasi tersebut dengan mempengaruhi ramai pembesar Johor termasuk Bendahara Tun Abdullah dan panglima tentera Johor,Seri Bija Wangsa supaya berpihak kepadanya.47

43 Orang bugis ini telah keluar dari tanah air mereka kerana keadaan huru-hara yang timbul akibat daripada kekalahan kerajaan Gowa di tangan Belanda (1667- 1669 Masihi). Di samping itu mereka juga telah meninggalkan tanah air mereka untuk mengelakkan penindasan daripada pemerintah kerajaan Bone,Arung Palakka yang dibantu oleh Belanda (L.Y. Andaya; 1987:156-157).

44 KA 1760,AB 1716,Laporan oleh Syah Bandar Cornelis Hasselaer Melaka tentang temuramahnya dengan seorang peniaga bebas Belanda bernama Frans Harbier mengenai peristiwa-peristiwa di Kedah, April 1715, fol.117-18.

45 Leonard Y. Andaya .Kerajaan Johor 1641- 1728 (Pembangunan Ekonomi dan Politik. Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s 308-314. 46 Tuhfat al-Nafis ada mencatatkan beberapa cerita tentang asal keturunan Raja Kecil. Lihat Virginia Matheson; 1982:16-17.

47 Laporan daripada seorang kapten kapal bangsa Portugis,Tavares yang telah melihat sendiri kejadian itu menunjukkan bahawa Bendahara telah belot semasa pasukan Raja Kecil menyerang Pancor (L.Y. Andaya; 1987:341). Akan tetapi mengikut Tuhfat al-Nafis,yang belot itu bukannya Bendahara tetapi Laksamana (V.Matheson (ed); 1982:57). Kisah Bendahara belot itu mengikut Salasilah Melayu dan Bugis merupakan satu fitnah sahaja (Mohd Yusof Md. Nor(ed); 1984:32).

Justeru itu, Raja Kecil berjaya menguasai dan menaiki takhta Johor. Namun begitu, terdapat pelbagai dakwaan akan kejayaan Raja Kecil menaiki takhta Johor disebabkan oleh perasaan tidak puas hati Orang Laut dan Melayu terhadap perampasan takhta golongan Bendahara dan menyebabkan mereka menyokong Raja Kecil yang mendakwa dirinya sebagai waris Sultan Mahmud Syah.

Sultan Abdul Jalil telah melarikan diri ke Pahang apabila berlaku pertelagahan antara dirinya dengan Raja Kecil setelah dilantik sebagai Bendahara. Sementara Bendahara Tun Abdullah yang dapat melarikan diri ke Melaka telah meminta bantuan daripada orang Bugis untuk menyerang Raja Kecil yang telah kembali ke Siak pada waktu itu. Perjanjian damai antara Raja Kecil dengan Daeng Merewah dilaksanakan apabila tentera Minangkabau yang dipimpin oleh Raja Kecil telah dikalahkan.

Pada 1721 Masihi berlaku semula perang antara orang Bugis dengan orang Minangkabau di Linggi untuk merebut kawasan perlombongan timah disitu. Walaupun serangan Raja Kecil itu hebat,

(27)

namun dapat dipatahkan oleh tentera Bugis. Tentera Raja Kecil berjaya membunuh Sultan Abdul Jalil pada November 1721 dan menyerang kembali Linggi namun beliau tetap kalah dan terpaksa melarikan diri ke Lingga. Riau telah berjaya ditakluk oleh tentera Bugis yang dipimpin oleh putera Bugis lima bersaudara iaitu Daeng Parani, Daeng Menambun, Daeng Merewah, Daeng Celak dan Daeng Kumasi.

Setelah keadaan reda, orang Bugis telah menabalkan putera Sultan Abdul Jalil, Sultan Sulaiman sebagai Sultan Johor dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah namun tidak mendapat sokongan daripada Orang Laut yang masih menganggap Raja Kecil sebagai pewaris yang sah. Justeru itu, Sultan Sulaiman terpaksa bergantung kepada kekuatan orang Bugis dan bermulalah pengaruh Bugis di Johor-Riau. Peperangan antara orang Bugis dan Minangkabau masih terus berlaku sehinggalah mangkatnya Raja Kecil pada 1745.48 Dalam masa kekuasaan Bugis ini, Johor-Riau

terbiar langsung. Tidak ada usaha dijalankan untuk mengembalikan keagungan kerajaan Melayu itu. Justeru itu, Sultan Sulaiman telah membuat perhubungan terus dengan pihak Belanda di Melaka. Matlamat utama Baginda adalah untuk meminta bantuan Belanda menghapuskan kekuasaan Yam Tuan Muda Bugis di Johor dan sebagai balasan Siak diserahkan kepada Belanda. Namun begitu, Belanda gagal mengalahkan tentera Bugis dan menyebabkan orang Bugis kembali menduduki Johor dan akhirnya pada 1759 Masihi Sultan Sulaiman mangkat dengan perasaan kecewa.

48 Raja Kecil telah dapat menyerang dan mengalahkan orang Bugis dalam dua pertempuran iaitu pada tahun 1725 dan 1727 Masihi. Pada tahun 1728 Masihi, orang Bugis pula telah mengalahkan orang Minangkabau.

Belanda telah mencuba untuk menawan Riau pada tahun 1783 Masihi tetapi gagal. Orang Bugis kemudiannya telah menyerang Melaka dan mengepungnya dari 7 Januari hingga 24 Julai 1784 Masihi. Namun begitu,bantuan yang tiba dari Betawi telah menyelamatkan tentera Belanda yang terkepung di dalam A Famosa. Orang belanda kemudian mengikut mereka sampai ke Riau dan menghalau orang Bugis keluar dari wilayah Johor - Riau. Keluarnya Bugis dari Johor- Riau tidak membawa makna kepada kerajaan Johor kerana Sultan Johor tetap menjadi boneka kepada Belanda.

Sultan Mahmud yang merupakan pemerintah Johor ketika itu ingin mengembalikan kuasa rajanya dan telah meminta bantuan daripada pihak Illanum (Iranum) dari Kepulauan Sulu menyerang Belanda. Namun begitu, pihak Belanda telah bertindak balas menyerang Riau dan menyebabkan Sultan Mahmud melarikan diri. Baginda hanya dapat kembali setelah pihak Inggeris mengambil alih tempat Belanda di Melaka pada tahun 1795 Masihi.49

(28)

Semenjak kewujudannya, kerajaan Johor-Riau jarang sekali dapat melepaskan dirinya daripada pertelagahan dan peperangan. Serangan-serangan keatas ibu kotanya sejak dari zaman Sultan Mahmud Syah telah mengakibatkan tidak adanya monumen besar yang tinggal bagi menunjukkan keagungan malah kewujudan kerajaan itu. Selain itu, peperangan yang dihadapi oleh kerajaan Johor-Riau juga menyebabkan tiada tinggalan warisan sejarah yang dibawa dari Melaka. Perpindahan ibu kotanya berulang kali juga telah menyebabkan tumpuan terhadap perkembangan ilmu diabaikan. Sikap pemerintah-pemerintah dan pembesar-pembesar Johor-Riau yang tidak bermoral yang telah menyebabkan jatuhnya empayar Johor-Riau.

49 Melalui Surat-surat Kew, Prince of Orange, pemerintah Belanda yang lari ke England telah memberi kuasa kepada pihak Inggeris mentadbir wilayah takluknya di timur kerana ketika itu Belanda telah ditakluki oleh tentera Napoleon dari Perancis.

(29)

Pentadbiran

Konsep “kerajaan” telah diwujudkan semasa Alam Melayu. Alam Melayu telah melalui pelbagai corak kehidupan sosiopolitik, disebabkan oleh Alam Melayu melalui tiga zaman yang penting iaitu zaman prakolonial, kolonial dan pascakolonial.50 Persamaan yang terdapat dalam

ketiga-tiga zaman ialah kewujudan sistem berkerajaan, hanya konsep yang digunakan seperti ilmu dan asas sebagai latar belakang sistem pemerintahan dan pentadbiran terdapat perbezaan.

Sistem berkerajaan yang wujud pada zaman Alam Melayu telah menjadi satu praktik untuk membentukan sebuah negara. Kerajaan awal di Alam Melayu iaitu seperti kerajaan Melaka telah mewujud sistem pemerintah beraja yang cekap dan teratur seperti wujudnya sistem Pembesar Empat Lipatan. Kekuasaan baginda dikukuhkan dengan cara mengaitkannya dengan asal-usul keturunannya. Pada zaman Alam Melayu, Raja mempunyai autoriti yang tertinggi iaitu berbentuk sistem raja berkuasa mutlak dalam pemerintahan dan pentadbiran. Baginda juga mempunyai kuasa yang melebihi undang-undang iaitu boleh diampunkan daripada segala hukuman dan kesalahan dirinya sendiri. Pada masa itu, Raja dikenali sebagai ketua dalam semua bidang, seperti dalam bidang ketenteraan, Raja bertindak sebagai perancang, dan mengetuai pasukan tentera. Manakala dalam hal-hal keagamaan, Raja juga dikenali sebagai ketua agama dan bertanggungjawab dalam pengurusan rumah ibadat serta upacara keagamaan. Raja berkuasa penuh dalam bidang kewangan dan ekonomi seperti pungutan cukai, hasil pertanian, perniagaan dan semua perkhidmatan. Raja juga dikenali sebagai ketua eksekutif, dalam pentadbiran beraja di Alam Melayu, Raja merupakan ketua tertinggi dengan dibantu oleh golongan bangsawan. Sebagai contoh, dalam kerajaan Melaka, Raja dibantu oleh golongan kerabat diraja yang dilantik seperti bendahara, laksamana, temenggung, syahbandar dan lain-lain.

Namun begitu, kini, negara kita Malaysia telah memansuh bentuk pentadbiran yang dipamerkan oleh kerajaan tradisional dan menggantikannya dengan sistem Raja Berperlembagaan. Sistem Raja Berperlembagaan telah dimaktubkan di dalam Perkara 32 (1) Perlembagaan Persekutuan. Melalui peruntukan ini, Yang Di-Pertuan Agong akan dilantik sebagai ketua negara dalam kalangan sembilan orang Raja atau Sultan.50 Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah

Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri. Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua

50 MuBaroque (2009) Tamadun Dunia STPM. Dipetik daripada http://tamadundunia-stpm.blogspot.com/2009/03/tema-3-ketahanan-dan-pertahanan.html

(30)

Menteri. Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang ditadbir oleh Kerajaan Pusat.51 Malaysia juga mengamalkan

sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan pembahagian kuasa kepada tiga bahagian iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif. Selain daripada itu, rakyat telah diberi peluang untuk melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara iaitu melalui pilihan raya umum. Rakyat mempunyai hak untuk memilih wakil-wakil mereka melalui undian supaya memilih kerajaan yang akan memerintah negara kita. Sistem Demokrasi Berparlimen dan sistem pemerintahan raja merupakan lambang struktur demokrasi kepada negara kita dan mestilah dijunjung tinggi oleh semua rakyat Malaysia supaya ia akan berterusan melambang sistem pendemokrasian untuk selama-lamanya.

Pertahanan dan Ketenteraan

Pada zaman Alam Melayu, kerajaan-kerajaan Melayu telah mempunyai kesedaran tentang mempertahankan kerajaan sendiri serta pengetahuan untuk membuat peralatan senjata tentera. Tujuan terutamanya mempunyai pertahanan dan ketenteraan yang kuat dalam sesebuah kerajaan adalah untuk mempertahankan dan memelihara kerajaan sendiri daripada sebarang serangan dan ancaman musuh supaya tidak mudah dilunturkan dalam perjuangan serta memperluaskan wilayah dan empayarnya. Untuk mempertahankan kerajaan sendiri, mereka juga akan melalui hubungan luar seperti negara lain untuk mendapatkan perlindungan. Sebagai contoh, Kerajaan Melaka semasa pemerintahan Parameswara, telah menubuhkan organisasi tentera yang dipanggil Orang Laut. Tugasnya ialah untuk melindungi pedagang dari lanun. Melaka pernah diancam oleh Siam dan Majapahit pada peringkat awal Melaka ditubuhkan, Parameswara telah meminta perlindungan dari Negeri China untuk mempertahankan Melaka dari ancaman-ancaman luar. Sehubungan dengan itu, beberapa jawatan telah diwujudkan dalam pentadbiran Melaka untuk menjamin keselamatan negeri Melaka iaitu seperti jawatan Bendahara dalam kerajaan Melaka adalah berfungsi sebagai ketua angkatan tentera, sementara Laksamana pula merupakan ketua angkatan laut. Temenggong dipertanggungjawabkan menjaga keamanan dan keselamatan dalam negeri dengan bantuan pasukan keselamatan. Kekuatan tentera Melaka telah membolehkan Melaka meluaskan empayarnya meliputi beberapa kawasan di Tanah Melayu dan Sumatera.51 Selain daripada itu, Alam Melayu telah

51 MuBaroque (2009) Tamadun Dunia STPM. Dipetik daripada http://tamadundunia-stpm.blogspot.com/2009/03/tema-3-ketahanan-dan-pertahanan.html

(31)

mempunyai teknologi untuk membuat peralatan senjata sebagai pertahanan. Peralatan senjata tradisional digunakan dalam peperangan adalaah seperti keris, parang, badik, tombak, lembing, sumpitan dan sebagainya. Mereka juga mahir dalam menggunakan alatan-alatan letupan seperti meriam besi dan tembaga, rentaka, terkul, pemuras dan lotang. Dalam kes contoh yang atas telah mempamerkan kerajaan Melayu awal berjaya membina empayar kerana memiliki organisasi ketenteraan yang teratur dan sistematik untuk mengukuhkan keselamatan negeri sendiri. Hal ini telah menjadi satu iktibar yang sangat penting untuk menubuh sebuah negara yang aman dan stabil.

Pada hari ini, negara kita masih terdapat organisasi kententeraan yang kuat dan mempunyai peralatan perjuangan yang lebih moden. Kementerian Pertahanan telah ditubuhkan dan diterajui oleh Menteri Pertahanan dan dibantu oleh seorang Timbalan Menteri. Organisasi Kementerian Pertahanan pula mengandungi dua perhidmatan utama iaitu Perkhidmatan Awam yang diketuai oleh Ketua Setiausaha manaka Angkatan Tentera Malaysia(ATM) diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera.52

Terdapat juga beberapa jabatan ataupun agensi tentang pertahanan negara seperti Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE). Ia merupakan sebuah jabatan di Kementerian Pertahanan yang melaksanakan penyelidikan dan pembangunan teknologi pertahanan, memberi bantuan teknikal dan kepakaran saintifik kepada Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia dan industri pertahanan tempatan. Tidak boleh dinafikan dalam bidang ketenteraan, sokongan sains dan teknologi perlu diaplikasikan secara meluas dalam pelbagai bidang dan peringkat sama ada dalam keadaan aman ataupun semasa perang. Manakala Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) adalah untuk mengurus dan membayar faedah persaraan serta bayaran bantuan kebajikan dan perubatan pesara ATM. Ia juga bertindak sebagai perancang dan penyelaras dalam pelaksanaan skim bantuan kebajikan dan pendidikan, memberi ‘tambah nilai’ kemahiran sedia ada kepada bakal pesara dan Veteran ATM dalam persaingan pasaran guna tenaga negara. Jabatan lain yang terbabit dalan pertahanan negara adalah seperti Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Jawatankuasa Kabinet Mengenai Khidmat Negara (JKMKN), Jabatan Ketua Hakim Peguam dan lain-lain.53

Gambar

Gambar 1 di atas menunjukkan bekas tanah jajahan bagi Kerajaan Majapahit

Referensi

Dokumen terkait

Dipilih tema reinvigorating tradition pada perancangan ini karena melihat bangunan-bangunan yang ada di Sanan yang pada umumnya biasa saja dan kurang memiliki suatu

Hasil penelitian menunjukkan bahwa anggota koperasi dan aturan pemerintah berpengaruh positif terhadap permintaan jasa audit pada koperasi, sedangkan likuiditas,

2. Kongres Pemuda Kedua adalah kongres pergerakan pemuda Indonesia yang melahirkan keputusan yang memuat ikrar untuk mewujudkan cita-cita berdirinya negara Indonesia, yang

Keputusan Komisi Pemilihan Umum Kabupaten Karanganyar tentang Keputusan Komisi Pemilihan Umum Kabupaten Karanganyar Nomor 24/Kpts/KPU-Kab-012.329506/2013 tentang

Dengan ditetapkannya perubahan desa menjadi kelurahan sebagaimana dimaksud dalam Pasal 8 peraturan daerah ini, kewenangan desa sebagai satu kesatuan masyarakat hukum

Formulasi dari struktur aktiva adalah sebagai berikut: Struktur aktiva :  Aktiva Total Tetap  Aktiva Total (Syamsudin 2001:9) Perusahaan yang mempunyai aktiva tetap jangka panjang

Perhitungan Economic Dispatch ini menggunakan metode Quantum-behaved Particle Swarm Optimization (QPSO) yang kemudian akan dibandinngkan dengan metode Particle Swarm Optimization

Berdasarkan hasil yang diperoleh bahwa jumlah pemesanan produk susu dan rasanya yang optimal untuk susu indomilk dengan rasa coklat 10 pack, susu indomilk dengan rasa