• Tidak ada hasil yang ditemukan

KELEBIHAN DAN ADAB MENUNTUT ILMU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KELEBIHAN DAN ADAB MENUNTUT ILMU"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Kelebihan belajar/ menuntut ilmu Firman Allah Taala yang bermaksud:

“ Diangkat oleh Allah orang-orang yang beriman daripada kamu dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa tingkat (darjat)”

(Surah al-Mujadalah ayat 11)

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“ Suatu bab dari ilmu yang dipelajari seseorang, adalah lebih baik baginya dari dunia dan seisinya” (Dirawikan Ibnu Hibban dan Ibnu Abdul-Birri dari al-Hassan al-Basri)

“ Menghadiri majlis orang berilmu, lebih utama daripada mendirikan shalat seribu rakaat, mengunjungi seribu orang sakit dan menghantar seribu jenazah ke kubur”

(Diriwayatkan oleh Abu Dzar r.a.)

“ Barangsiapa meninggal dunia sedang menuntut ilmu untuk menghidupkan Islam, maka antara dia dan Nabi-Nabi dalam syurga sejauh satu tingkat”

Tuntutan berusaha bersungguh-sungguh Firman Allah Taala yang bermaksud:

“ Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami (Allah), sesungguhnya Kami akan pimpin mereka itu kejalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira dan serta beroleh keredaan), dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya”

(Surah al-‘Ankabut ayat 69)

Kata alim ulama’

“ Jika engkau mahukan kemenangan dan kekuatan tapi engkau berehat-rehat tidur sahaja pada setiap malam, maka jauhlah hasilnya dan tidak akan berjaya, keranan keduanya berlawanan.”

▸ Baca selengkapnya: pidato menuntut ilmu singkat dan jelas

(2)

Adab Sebagai Seorang Pelajar

Berikut adalah adab-adab seorang pelajar. Tugas Pertama

Menyucikan batin dari sifat-sifat yang tercela dan budi pekerti yang rendah. Menurut Imam Ghazali, ilmu pengetahuan adalah aktiviti dan satu ibadah hati, solat batin dan ia nya akan mendekatkan jiwa kepada Allah Ta’ala. Hati tidak akan makmur dengan ilmu pengetahuan jikalau ilmu itu dicemari dengan kekotoran budi dan sifat. Allah Ta’ala telah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 28 yang ertinya;

“Sesungguhnya orang musyrik itu najis”

Menurut Iman Ghazali, dari firman Allah Taala tersebut boleh diambil pengajaran bahawa, kesucian dan najis itu bukanlah bersifat zahir sahaja umpama orang musyrik yang pakaian serta badannya yang bersih. Namun mereka dikatakan najis sebab hati atau batinnya yang rosak.

Oleh kerana hati adalah rumah tempat malaikat membawa turun ilmu dari Allah. Sinar ilmu pengetahuan tidak diturunkan ke dalam hati melainkan melalui perantaraan Malaikat seperti firman-Nya dalam surah Asy-Syura ayat 51 yang ertinya;

“Tidak ada bagi manusia berkata-kata dengan Allah, selain dengan wahyu atau dibelakang hijab atau dengan mengirimkan rasul, lalu apa yang dikehendaki-Nya dengan keizinan-Nya.”

Malaikat yang qudus suci serta bersih dari segala sifat yang tercela akan memberikan perhatian kepada perkara yang baik sahaja. Oleh kerana itu, sifat-sifat rendah seperti marah, hawa nafsu, dengki, busuk hati, takabur, ujub dan sebagainya adalah penghalang kepada turunnya ilmu ke dalam hati.

Walaupun ada yang menyatakan bahawa ramai pelajar yang mempunyai budi pekerti yang rendah juga memperolehi ilmu pengetahuan. Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa ilmu yang diperolehi itu adalah jauh dari ilmu yang sebenarnya. ilmu yang sebenarnya menurut beliau adalah ilmu yang berguna di akhirat yang membawa kebahagiaan. Oleh itu ilmu yang diperolehi orang-orang seperti ini hanyalah perkataan-perkataan yang diucapkan oleh lidahnya dalam satu bentuk dan diulang-ulanginya dengan hatinya dalam bentuk yang lain. Dengan erti kata yang lain mereka hanya menyampaikan cerita dan kata-kata sahaja.

Tugas Yang Kedua

Seorang pelajar hendaklah mengurangkan hubungannya dengan urusan duniawi, menjauhkan diri dari kaum keluarga dan kampung halamannya. Hubungan tersebut boleh mempengaruhi dan memalingkan hati kepada yang lain. Menurut Allah s.w.t. dalam surah al-Ahzab ayat 4 yang ertinya; “Allah tidak menjadikan bagi seorang manusia dua hati dalam rongga tubuhnya”

Apabila seorang itu memikirkan dua perkara dalam satu-satu perkara, maka akan kurang lah kesanggupan mereka mengetahui hakikat dan mendalami ilmu pengetahuan. Imam Ghazali menyebut “ilmu itu tidak menyerahkan kepadamu sebahagian dari padanya sebelum kamu menyerahkan seluruh jiwa raga mu. Walaupun engkau telah menyerahkan seluruh jiwa raga mu, namun penyerahan ilmu yang sebahagian lagi itu masih juga dalam bahaya.”

(3)

Tugas Yang Ke Tiga

Seorang pelajar tidak menyombong dengan ilmunya dan tidak menentang gurunya. Seorang pelajar juga harus yakin dengan segala nasihat gurunya seperti yakin seorang pesakit kepada doktor yang berpengalaman serta pakar.

Seorang pelajar itu seharusnya tunduk kepada gurunya, mengharapkan pahala dan kemuliaan dengan berkhidmat kepada gurunya. Asy-Sya’bi pernah berkata; “Pada suatu hari Zaid bin Thabit bersolat jenazah. Setelah selesai solat, aku membawakan baghalnya (haiwan yang lebih kecil sedikit dari kuda) untuk ditungganginya”. Kemudian Zaid berkata; “Tidak usahlah wahai anak saudara Rasulullah s.a.w.” Berkata Ibnu Abbas; “Kami disuruh melakukan seperti ini terhadap ‘alim ulama dan orang-orang besar”. Lalu Zaid bin Thabit mencium tangan Ibnu Abbas seraya berkata; “Beginilah kami disuruh berbuat terhadap keluarga Nabi kami Muhammad s.a.w.”

Mengambil iktibar dari cerita di atas, maka tidak wajar seorang pelajar itu menyombong terhadap gurunya. Termasuk juga dalam kategori sombong adalah mereka yang tidak mahu belajar dari guru lain kecuali kepada guru yang terkenal alim dan ber kepakaran sahaja.

Menurut imam al-Ghazali, ini adalah satu tanda kebodohan kerana ilmu itu adalah ibarat jalan bagi pelepasan dan kebahagiaan. Seumpama orang yang mencari jalan untuk melepaskan diri dari di terkam oleh binatang buas, sudah tentu tidak akan membeza-bezakan di antara orang yang terkenal atau tidak. Apa yang lebih penting adalah terlepas dari bahaya diterkam binatang tadi.

Selain itu, ilmu pengetahuan adalah barang yang hilang dari tangan orang mukmin. Ia harus dipunggut kembali di mana sahaja diperolehinya. Dan perlu mengucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang membawakan kepadanya.

Ilmu pengetahuan juga tidak akan tercapai selain dari merendahkan diri dan memberikan sepenuh perhatian. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah Qaf, ayat 37 yang bererti;

“Sesungguhnya hal yang demikian itu menjadi pengajaran bagi siapa yang mempunyai hati (pengertian) atau mempergunakan pendengarannya dengan berhati-hati.”

Menurut Imam Ghazali, yang dikatakan tentang mempunyai hati itu adalah hati yang menerima kefahaman ilmu pengetahuan. Bagi mendapatkan kefahaman tadi, pelajar mesti menggunakan pendengaranya dengan berhati-hati dan sepenuh jiwa.

Apabila seorang guru mengajarkan suatu pelajaran, pelajar hendaklah meninggalkan pendapatnya sendiri. Menurut Iman Ghazali, walaupun guru itu tersalah, ia lebih berguna bagi seorang pelajar kerana pengalaman itu lebih baik walaupun kadang-kadang pelik didengar.

Allah s.w.t. telah mengingatkan manusia tentang perkara tersebut melalui kisah Nabi Khaidir a.s. dengan Nabi Musa a.s. melalui perbualan yang dirakamkan dalam al-Quran seperti yang ertinya seperti berikut;

Berkata Nabi Khaidir a.s. “Engkau (Musa) tidak sanggup bersabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas suatu, yang kamu belum belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal

itu?” (al-Kahfi 67-68)

Berkata Nabi Khaidir a.s juga berkata “Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepada ku tentang sesuatu apapun, sampai aku sendiri menerangkan kepada mu”. (al-Kahfi 70) Begitulah Nabi Musa a.s. yang tidak sabar dan selalu bertanya sehingga kedua-dunya berpisah antara satu dengan lain.

(4)

Memang benar dalam surah an-Nahl ayat 43, Allah s.w.t. ada berfirman yang ertinya; “Bertanyalah kepada ahli ilmu jika kamu tidak tahu” iaitu ayat yang menggalakkan untuk bertanya. Imam Ghazali menerangkan bahawa, perbuatan tersebut boleh dilakukan bagi soalan-soalan yang dibenarkan oleh gurunya. Bertanya tentang soal yang belum sampai tahap pelajar memahaminya haruslah dielakkan.

Tugas Ke Empat

Pelajar yang baru belajar hendaklah menghindarkan diri dari mendengar perdebatan-perdebatan tentang ilmu. Perbuatan tersebut boleh meragukan fikiranya, menghairankan hatinya, melemahkan pendapatnya dan membawanya kepada berputus asa dari mengetahui dan mendalaminya. Cara yang terbaik adalah mengikuti satu kaedah atau metod yang terbaik dan dia suka kepada gurunya. Kemudian barulah boleh melihat kaedah (atau mazhab-mahzab) yang mempunyai kesamaan dengan metodnya.

Oleh kerana itu menurut Imam Ghazali lagi, para pelajar harus berwaspada kepada guru-guru yang tidak bebas atau tidak neutral, iaitu guru-guru yang hanya memilih kaedah (mazhab) atau berpegang kepada satu pendapat tertentu sahaja.

Tugas Ke Lima

Seorang pelajar haruslah mempelajari semua ilmu yang baik dan terpuji sifatnya. Dengan perkataan lain tidak mengambil suatu ilmu dan meninggalkan yang lain. Kerana Menurut Iman Ghazali, ilmu itu saling bantu membantu malah sebahagiannya berkaitan antara satu dengan lain. Menurut beliau, jika panjang umur bolehlah mendalami lagi ilmu-ilmu itu tadi dan jika tidak mampu pelajar boleh mengambil mana-mana yang lebih penting serta menguasainya dengan mendalam dan boleh membiarkan yang lainnya.

Menurut Imam Ghazali, orang yang mempelajari ilmu itu akan mendapat feadahnya secara terus iaitu terlepas dari ‘musuh ilmu’ – kebodohan. Allah telah berfirman yang bererti;

“Ketika mereka tidak mendapat petunjuk dengannya, maka nanti akan berkata: ini adalah kepalsuan yang lama” ( al-Ahqaf, 11)

Ilmu pengetahuan mempunyai banyak tingkatan yang mungkin boleh menjadi jalan kepada manusia untuk mengenal Allah s.w.t atau membawa manusia ke jalan tersebut. Oleh kerana itu orang yang menegakkan ilmu pengetahuan itu juga mempunyai tingkatan dan mendapat pahala selagi tujuannya adalah kerana Allah Ta’ala.

Tugas Ke Enam

Seorang pelajar itu tidak mendalami banyak bidang dengan serentak tetapi menuntut ilmu mengikut tertib dan dimulai dengan ilmu yang lebih penting. Oleh kerana tidaklah mungkin seorang manusia itu mempelajari segala ilmu pengetahuan yang ada, maka pelajar hendaklah mempelajari ilmu yang terbaik kemudian mendalaminya. Setelah itu, pelajar hendaklah mengunakan ilmu tersebut dan mengumpulkan segala kekuatan dan kelebihannya untuk menyempurnakan ilmu pengetahuan yang termulia diantara ilmu-ilmu pengetahuan iaitu ilmu akhirat.

Menurut Imam Ghazali, yang dikatakan ilmu akhirat adalah ilmu mu’amalah dan Ilmu Mukasyafah. Ilmu Mu’amalah akan membawa kepada ilmu mukasyafah, menakala ilmu mukasyafah pula membawa kepada mengenal Allah s.w.t. Menurut beliau lagi, itulah lautan yang dalamnya tidak dapat terduga.

(5)

Tugas ke Tujuh

Pelajar tidak mempelajari suatu bidang ilmu pengetahuan sebelum menyempurnakan dan mendalami bidang yang sebelumnya. Kerana menurut Imam Gahzali, ilmu pengetahuan itu tersusun dengan tertib yang sebahagiannya menjadi jalan menuju kebahagiaan yang lain. Menurut Imam Ghazali, orang yang memelihara tata-tertib dan tatasusunan itu akan mendapat petunjuk. Allah s.w.t. telah berfiman dalam surah al-Baqarah ayat 121 yang bererti;

“Mereka yang kami datangkan Kitab kepadanya, dibacanya dengan sebaik-baiknya”

Beliau seterusnya menyatakan bahwa sesuatu ilmu itu perlu dikuasai dengan sebenar-benarnya dari segi ilmiahnya dan juga amaliahnya. Justru, jikalau seorang itu mendalami ilmu perubatan sudah tentu dia berkeyakinan bahawa ilmu perubatan itu benar walaupuan dia melihat satu kesalahan dari seorang doktor. Maka adalah dilarang untuk menghukum dengan kesalahan terhadap sesuatu ilmu terutama bagi yang tidak mendalaminya.

Tugas ke Lapan

Pelajar hendaklah mengenalpasti sebab menuntut sesuatu ilmu dan mana yang lebih mulia. Terdapat dua faktor bagi mengenalpasti perkara tersebut;

1. Kemuliaan hasilnya

2. Kepercayaan dan kekuatan dalilnya.

Sebagai contoh, ilmu agama dengan ilmu perubatan. Oleh kerana ilmu agama itu membawa kepada kehidupan abadi dan satu lagi lebih bersifat dunia. Maka ilmu agamalah yang lebih mulia.

Ilmu matematik dengan ilmu tilik. Sudah tentu ilmu matematik lebih mulia kerana kebolehpercayaan dan bukti-buktinya.

Tugas ke Sembilan

Tujuan seorang pelajar itu menuntut ilmu adalah untuk menghiasi rohaninya dan mencantikkan dengan sifat yang mulia. Dengan itu pelajar dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Imam Ghazali mengingatkan pelajar agar tidak menuntut ilmu kerana hendak menjadi ketua, pemimpin, untuk memperolehi harta dan kemegahan, untuk berbangga-bangga atau berlawan.

Semua pelajar akan mendapat ganjaran pahala jikalau tujuan belajar adalah untuk meninggikan kalimah Allah walau dalam apa juga bidang sekalipun. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-Mujadalah ayat 11, yang bererti;

“Ditinggikan Allah bagi mereka yang beriman di kalangan kamu dan mereka yang diberikan ilmu, dengan beberapa darjat”

Allah juga berfirman dalam surah Ali’Imran, ayat 163 yang bererti; “Mereka memperoleh beberapa tingkat dari Allah”

Pendek kata, menurut Imam Ghazali, sesiapa sahaja yang menuntut ilmu kerena Allah, walau apa pun bidang ilmunya, sudah tentu ia akan berguna kepada dirinya sendiri dan pasti meninggikan darjatnya.

(6)

Tugas ke Sepuluh

Mengetahui perkaitan di antara ilmu pengetahuan dengan tujuan (matlamat)nya. Pengetahuan ini penting agar ilmu pengetahuan yang sedang dituntut boleh memberi pengaruh kerana masa menuntut ilmu itu bukanlah singkat dan ianya berperingkat-peringkat. Setelah mengetahui, tujuan yang penting sifatnya boleh digunakan bagi mempengaruhi tujuan yang tidak penting.

Tujuan yang penting adalah tujuan di mana seseorang pelajar itu mempunyai kepentingan padanya samada urusan dunia atau akhirat.

Sepertimana kebahagiaan dunia dan akhirat, kebahagiaan akhirat adalah yang lebih utama. Apabila mengetahui tujuan kebahagiaan akhirat adalah utama, maka tujuan kebahagiaan dunia digunakan untuk tujuan kebahagiaan akhirat. Ketika itu, dunia menjadi tempat tinggal, badan akan menjadi seperti kenderaan, dan amal perbuatan menjadi jalan kepada tercapainya tujuan. Iaitu tujuan kebahagiaan utama- berjumpa Allah dan memandang kepada wajah-Nya Yang Mulia.

Bagi menerangkan perkaitan diantara ilmu pengetahuan dan tujuanya, Imam al-Ghazali membahagikan ilmu itu kepada tiga peringkat.

Pertama: ilmu yang berkaitan dengan kepentingan tubuh badan manusia seperti ilmu kedoktoran, ilmu Teknologi Maklumat dan ilmu fiqih.

Kedua: ilmu yang berkaitan dengan mensucikan batin dari sifat-sifat keji serta pembaikan budi pekerti.

Ketiga: ilmu pengetahuan tentang Allah dan sifat-sifat-Nya, para Malaikat-Nya, segala perbuatan-Nya serta yang berkaitan dengannya. Ilmu ini dipanggil ilmu mukasyafah iaitu ilmu orang-orang shiddiqin dan muqarrabin. Insan-insan ini dijanjikan oleh Allah dengan kegembiraan, kepuasan dan taman kesenangan sepertimana firman-Nya dalah surah al-Waq’ah, ayat 88-91 yang bererti;

“ Jika dia termasuk orang-orang yang dekat (kepada Tuhan), (dia memperolehi) kegembiraan, kepuasan dan taman kesenangan. Dan jika dia termasuk kaum kanan, (kepadanya diberikan penghormatan): Selamat (damai) untuk engkau, dari kaum kanan”.

Bagi seorang pelajar perubatan, mereka harus sedar bahawa ilmu itu pada asasnya adalah bertujuan untuk memelihara kesihatan badan dengan cara memelihara keseimbangan diantara organ-organ dan unsur-unsur dalam badan.

Bagi pelajar dalam bidang pertanian, pakaian, tempat tinggal serta alat-alatan serta ilmu-ilmu lain dalam kategori ilmu muamalah, ilmu-ilmu ini juga asasnya adalah bagi kepentingan badan.

Imam al-Ghazali mengingatkan bahawa, jalan menuju kepada dekat-Nya kepada Allah adalah dengan hati dan bukan badan. Hati yang juga disebut ruh dan an-nafsul muthmainnah (jiwa yang tenteram) inilah yang membawa amanah Allah dan unsur yang akan mendekati Allah. Oleh kerana itu, pelajar-pelajar dalam bidang-bidang ini perlu sedar bahawa ilmu-ilmu yang dipelajari adalah sebagai kenderaan bagi hati bagi mendekati Allah. Justru mereka mesti berjuang melawan hawa nafsunya dan berusaha memperbiki jiwanya.

Kertas ini ditulis berdasarkan kitab karangan Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad, Imam Besar Abu Hamid Al-Ghazali Hujjatul-Islam – Imam Al-Ghazali yang paling terkenal iaitu kitab besar Ihya’ Ulumiddin (Menghidupkan Kembali Ilmu-Ilmu Agama)

Referensi

Dokumen terkait

Figure l-3: Glucose sensor developed reference 4... 査用機器には精度と再現性が主に要求される。これに対して監視は連続的、あるい

Penelitian ini digunakan untuk mengetahui pengaruh tingkat pendidikan, upah, pertumbuhan ekonomi terhadap tingkat pengangguran terdidik secara simultan (semua

Dalam penelitian ini 4 (empat) tahapan penelitian yang dilaksanakan adalah sebagai berikut: pertama, tahap perencanaan, pada tahap perencanaan dilakukan persiapan penyusunan

Data diatas juga menunjukan bahwa model konseptual penelitian yang dibangun adalah layak karena terbukti bahwa Implementasi akuntansi berbasis akrual di Kota

Penggunaan headphone atau earphone yang berlebihan dalam waktu yang lama dengan volume suara yang tinggi dapat berbahaya jika output konektor headphone atau earphone tidak

Prediksi suatu penjalaran gelombang yang dibangkitkan oleh angin yang terjadi di daerah ekosistem terumbu karang sangat lah penting untuk dipelajari dari segi karakteristiknya..

Selain itu, dengan memandang kemiskinan bukan hanya sebagai fenomena yang bersifat unidimensional namun sebagai bentuk deprivasi dari berbagai dimensi serta beberapa

Pada biaya yang dikeluarkan di lapangan cukup besar pada section yang menggunakan Synthetic Oil Base Mud namun dengan lumpur ini dapat mengatasi semua permasalahan pada pemboran