• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGURUSAN BAYARAN (PERKHIDMATAN KERJA & FASILITI) BON PELAKSANAAN IZFARINA BINTI AB HALIM PENOLONG BENDAHARI KANAN UNIT KEWANGAN ZON 5

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENGURUSAN BAYARAN (PERKHIDMATAN KERJA & FASILITI) BON PELAKSANAAN IZFARINA BINTI AB HALIM PENOLONG BENDAHARI KANAN UNIT KEWANGAN ZON 5"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

PENGURUSAN BAYARAN (PERKHIDMATAN KERJA &

FASILITI)

BON PELAKSANAAN

IZFARINA BINTI AB HALIM

PENOLONG BENDAHARI KANAN

UNIT KEWANGAN ZON 5

(2)

Bon Pelaksanaan

Merupakan suatu aku janji tidak bersyarat

(unconditional undertaking) oleh sesuatu institusi

kewangan yang dibenarkan oleh Perbendaharaan

untuk membayar kepada Kerajaan suatu amaun

tertentu atas tuntutan (on demand) sekiranya

Kontraktor tidak atau gagal mematuhi dan

melaksanakan obligasinya di bawah kontrak.

(3)

Asas Pengiraan Bon Pelaksanaan

i. Dua setengah peratus (2.5%) daripada jumlah harga kontrak bagi kontrak bekalan/perkhidmatan yang bernilai melebihi RM200,000.00 hingga RM500,000.00;

ii. Lima peratus (5%) daripada jumlah harga kontrak bagi kontrak bekalan/perkhidmatan yang bernilai melebihi RM500,000.00; dan

iii. Bagi kontrak bermasa (periodic contract) yang berkuat kuasa dalam tempoh dua (2) tahun atau lebih, peratus dan pengiraan nilai Bon Pelaksanaan hendaklah dikira mengikut anggaran harga kontrak setahun sahaja. Walau bagaimanapun, Bon Pelaksanaan yang dikemukakan oleh kontraktor hendaklah meliputi keseluruhan tempoh kontrak bermasa.

(4)

Asas Pengiraan Bon Pelaksanaan

BP = 2.5% daripada Nilai Kontrak Keseluruhan (bagi kontrak bekalan dan perkhidmatan yang bernilai RM200,000 hingga RM500,000) atau

BP = 5% daripada Nilai Kontrak Keseluruhan

(bagi kontrak bekalan dan perkhidmatan yang

bernilai RM500,000 ke atas)

(5)

Asas pengiraan Bon Pelaksanaan

Contoh:

Tempoh Kontrak : 3 tahun Nilai Kontrak : RM 4.5 juta Kadar Bon : 5%

(berdasarkan anggaran nilai satu tahun RM1.5 juta) Jumlah (RM1.5 juta X 5%) = RM75,000.00

Contoh:

Nilai Kontrak : RM800,000.00 Tempoh Kontrak : 2 tahun

Kadar Bon : 2.5%

(berdasarkan anggaran nilai satu tahun RM400,000.00) Jumlah (RM400,000.00 X 2.5%) = RM10,000.00

(bukan RM800,000 X 5%=RM40,000 atau RM400,000 X 5% =RM20,000)

(6)

Asas pengiraan Bon Pelaksanaan

Bagi kontrak kerja yang bernilai melebihi

RM200,000.00, kontraktor hendaklah mengemukakan bersama-sama dengan Surat Setuju Terima, Bon

Pelaksanaan sebanyak 5% daripada jumlah harga

kontrak.

(7)

Bon Pelaksanaan hendaklah dikemukakan dalam Ringgit Malaysia (RM) dari bank-bank atau institusi-institusi kewangan yang dibenarkan oleh Perbendaharaan dan dikemukakan dalam bentuk:-

i. Jaminan Bank / Syarikat Kewangan yang dikeluarkan oleh bank-bank / syarikat kewangan berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013

ii. Jaminan Bank Islam yang dikeluarkan oleh bank-bank berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013

iii. Jaminan lnsurans yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat insurans yang berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013

iv. Jaminan Takaful yang dikeluarkan oleh Syarikat Takaful yang berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013

v. Jaminan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) dan Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia (SME Bank).

(8)

Tempoh Sah Laku

Tempoh sah laku jaminan bagi Bon

Pelaksanaan hendaklah dari tarikh ianya

dikeluarkan sehingga 12 bulan selepas tarikh

tamat kontrak atau selepas obligasi terakhir,

mengikut mana yang terkemudian.

(9)

Format

Lampiran II dan Lampiran III

F:\BP\BP BEKALAN DAN

PERKHIDMATAN.pdf

F:\BP\BP KERJA.pdf

(10)

Pengesahan Bon Pelaksanaan

Setiap Bon Pelaksanaan yang diterima perlu

disemak dengan Bank/ Syarikat Kewangan /

Bank Islam / Syarikat lnsurans / Syarikat

Takaful yang berkenaan tentang kesahihan Bon

Pelaksanaan yang dikemukakan kontraktor.

(11)

Pengesahan Bon Pelaksanaan

Contoh:-

Lampiran IV dan V

F:\BP\SURAT PENGESAHAN BON - BANK.pdf F:\BP\SURAT PENGESAHAN BON - KERAJAAN.pdf

(12)

Pemalsuan Bon Pelaksanaan

Sekiranya terdapat kes pemalsuan Bon Pelaksanaan,

Ketua Bahagian Pengurusan Cawangan / Kampus

hendaklah membuat laporan polis supaya tindakan

dapat diambil kerana kes pemalsuan sedemikian

adalah merupakan kes jenayah. Bagi kontrak bekalan

dan perkhidmatan, laporan segera perlu dibuat

kepada Perbendaharaan dan bagi kontrak kerja,

laporan perlu dibuat kepada Lembaga Pembangunan

Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

(13)

Kontrak Perkhidmatan

i.

Bon Pelaksanaan hendaklah dikemukakan dalam bentuk seperti di Lampiran II.

ii.

Tempoh sah laku jaminan tersebut hendaklah dari tarikh ianya dikeluarkan sehingga dua belas (12) bulan selepas tarikh tamat kontrak atau selepas obligasi terakhir, mengikut mana yang terkemudian.

iii.

Semua Jaminan Bank / Jaminan Syarikat

Kewangan / Jaminan Insurans / Jaminan Bank

Islam / Jaminan Takaful untuk Bon Pelaksanaan

hendaklah menggunakan format dan kandungan

seperti di Lampiran II.

(14)

Kontrak Kerja

i. Bon Pelaksanaan hendaklah dikemukakan dalam bentuk seperti Lampiran III atau dalam bentuk Wang Jaminan Pelaksanaan.

ii. Wang Jaminan Pelaksanaan (WJP) ialah satu kemudahan bagi memenuhi keperluan Bon Pelaksanaan. WJP bermaksud sejumlah wang yang dipegang oleh Kerajaan bagi memastikan kontraktor mematuhi dan melaksanakan obligasinya di bawah kontrak yang ditandatangani.

iii. Jumlah WJP adalah lima peratus (5%) daripada harga keseluruhan kontrak. Kemudahan ini hanya dibenarkan kepada kontraktor kerja tempatan sahaja. Walau bagaimanapun, Wang Jaminan Pelaksanaan tidak dibenarkan untuk Sub Kontraktor Dinamakan bagi Kerja.

(15)

Kontrak Kerja

iv.

Sekiranya kontraktor gagal mengemukakan Bon Pelaksanaan pada tarikh milik tapak, secara automatik kaedah Wang Jaminan Pelaksanaan akan diguna pakai. Kontraktor yang memilih / dikenakan kaedah Wang Jaminan Pelaksanaan akan dikenakan potongan sebanyak sepuluh peratus (10%) daripada kemajuan pertama dan seterusnya sehingga ia mencapai jumlah lima peratus (5%) daripada nilai keseluruhan kontrak.

v.

WJP yang dipotong daripada bayaran kemajuan

hendaklah dimasukkan ke dalam akaun deposit yang

dinamakan Wang Jaminan Pelaksanaan (Kod 83104).

(16)

Kontrak Kerja

vi.

Pada bila-bila masa di sepanjang pelaksanaan projek tersebut, kontraktor boleh mengemukakan Bon Pelaksanaan dan Bahagian Pengurusan Cawangan / Kampus berkenaan dikehendaki memulangkan WJP yang ditahan.

vii.

Tempoh sah laku Bon Pelaksanaan hendaklah dari tarikh kuat kuasa kontrak sehingga dua belas (12) bulan selepas tamat Tempoh Tanggungan Kecacatan.

viii.

Jika berlaku kelewatan dalam penyiapan projek,

tindakan serta-merta hendaklah diambil oleh

Bahagian Pengurusan Cawangan / Kampus untuk

memastikan tempoh sah laku Bon Pelaksanaan

dilanjutkan, tidak kira sama ada Kerajaan

mengenakan ganti rugi tertentu atau ganti rugi

ditetapkan atau lanjutan masa diluluskan.

(17)

Pelepasan Bon Pelaksanaan

Kontrak Bekalan/Perkhidmatan

i. Bon Pelaksanaan boleh dilepaskan setelah segala obligasi kontrak selesai. Surat Pelepasan (Letter of Discharge) bagi Jaminan Bank / Jaminan Syarikat Kewangan / Jaminan Bank Islam / Jaminan Insurans / Jaminan Takaful hendaklah dikemukakan kepada Bank / Syarikat Kewangan / Bank Islam / Syarikat Insurans / Syarikat Takaful. Salinan asal atau satu salinan yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan hendaklah disimpan oleh Pejabat Bendahari Cawangan / Kampus sebagai rekod.

ii. Bagi perkhidmatan dan barang guna habis (consumable item), Bon Pelaksanaan boleh dilepaskan lebih awal sekiranya Bahagian Pengurusan Cawangan / Kampus berpuas hati segala obligasi kontrak selesai dan tiada sebarang tuntutan yang akan dibuat.

(18)

Pelepasan Bon Pelaksanaan

Kontrak Kerja

i. Jaminan Bank / Jaminan Syarikat Kewangan / Jaminan Bank Islam / Jaminan Insurans / Jaminan Takaful

a. Sebaik sahaja Perakuan Siap Kerja dikeluarkan, Bahagian Pengurusan Cawangan / Kampus boleh mengurangkan nilai Bon Pelaksanaan yang asal sebanyak lima puluh peratus (50%).

b. Bahagian Pengurusan Cawangan / Kampus dikehendaki memaklumkan secara bertulis tentang perkara ini dan kontraktor berkenaan hendaklah menggantikan Jaminan yang asal dengan Jaminan baru yang nilainya bersamaan dengan lima puluh peratus (50%) dari Jaminan asal

c. Setelah Jaminan baru ini diterima, Pejabat Bendahari Cawangan / Kampus hendaklah melepaskan Bon Pelaksanaan yang asal kepada kontraktor berkenaan.

(19)

Pelepasan Bon Pelaksanaan

Kontrak Kerja

ii.

Wang Jaminan Pelaksanaan

a. Bahagian Pengurusan Cawangan / Kampus boleh memulangkan sebanyak lima puluh peratus (50%) daripada nilai Wang Jaminan Pelaksanaan yang ditahan setelah Sijil Perakuan Siap Kerja dikeluarkan.

b. Baki Wang Jaminan Pelaksanaan sebanyak lima

puluh peratus (50%) lagi boleh dipulangkan

sekiranya kontraktor dapat mengemukakan

Jaminan seperti Lampiran III yang sama nilai

dengan Wang Jaminan Pelaksanaan yang

ditahan.

(20)

Pelepasan Bon Pelaksanaan

Kontrak Kerja

iii. Baki Bon Pelaksanaan sebanyak lima puluh peratus (50%) lagi hendaklah dilepaskan / dipulangkan dua belas (12) bulan selepas tamat tempoh tanggungan kecacatan atau setelah Perakuan Siap Memperbaiki Kecacatan dikeluarkan, mengikut mana yang terkemudian.

iv. Setelah segala obligasi kontrak selesai, Surat Pelepasan (Letter of Discharge) bagi Bon Pelaksanaan hendaklah dikemukakan kepada Bank / Syarikat Kewangan / Bank

Islam / Syarikat Insurans / Syarikat Takaful. Salinan asal atau satu salinan yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan

hendaklah disimpan oleh Pejabat Bendahari Cawangan / Kampus sebagai rekod.

(21)

Peranan dan Tanggungjawab

Pejabat Bendahari Cawangan / Kampus

Penerimaan Bon Pelaksanaan

i. Memastikan Bon Pelaksanaan dikemukakan oleh Kontraktor mengikut tempoh yang ditetapkan;

ii. Menyemak dan mengesahkan kesahihan surat jaminan yang dikemukakan oleh Kontraktor dengan pihak Bank/ lnstitusi Kewangan yang berkenaan;

iii. Memastikan Bon Pelaksanaan didaftar dan dikemaskini serta disimpan di tempat yang selamat;

iv. Mewujudkan sistem maklumat pendaftaran Bon Pelaksanaan untuk mengumpul data berkenaan status Bon Pelaksanaan sebagai warning system bagi Bon Pelaksanaan yang belum diterima daripada Kontraktor serta memastikan Bon Pelaksanaan yang disimpan tidak terluput tanpa disedari; dan

v. Membentangkan status dokumen kontrak serta pengumpulan dan pelepasan Bon Pelaksanaan bagi kontrak Kerja Dan Perkhidmatan Fasiliti yang dilaksanakan oleh Cawangan / Kampus masing-masing.

(22)

Peranan dan Tanggungjawab

Pejabat Bendahari Cawangan / Kampus

Pelepasan/ Rampasan Bon Pelaksanaan

i. Bon Pelaksanaan boleh dirampas sekiranya Kontraktor tidak menyediakan Kerja Dan Perkhidmatan Fasiliti yang memuaskan serta melanggar mana-mana syarat sepertimana yang dipersetujui dalam dokumen kontrak;

ii. Membincangkan dan memutuskan isu berkaitan rampasan Bon Pelaksanaan bagi Kontraktor yang telah ditamatkan kontrak kerana gagal menjalankan obligasi seperti mana yang dipersetujui dalam dokumen kontrak;

iii. Memastikan Bon Pelaksanaan dikembalikan kepada Kontraktor setelah kontrak disempurnakan dengan memuaskan; dan

iv. Membentangkan status pelepasan/ rampasan Bon Pelaksanaan bagi kontrak Kerja Dan Perkhidmatan Fasiliti yang dilaksanakan oleh Cawangan / Kampus masing-masing.

(23)

SEKIAN

TERIMA KASIH

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui persentase mahasiswa yang mengalami miskonsepsi, tahu konsep, dan tidak tahu konsep pada pembelajaran konsep

Bagian atau unit yang akan diteliti adalah berita tentang pemasangan RFID (Radio Frequency Identification), yang diambil dari Kompas.com edisi 28 November 2013 dan

Pembuatan komposit karbon silika dilakukan dengan memadukan waterglass sebagai sumber Si dengan metode sol-gel dan sukrosa serta polyethylene glycol (PEG) sebagai sumber

Sarung tangan pelindung yang digunakan harus mengikuti spesifikasi pada EC directive 89/686/EEC dan standar gabungan d EN374, untuk contoh KCL 898 Butoject® (kontak penuh), KCL

Tampilan Kwitansi Rumah Sakit Budi Lestari...L1 Tampilan Slip Pembayaran MCU Rumah Sakit Budi Lestari...L2 Tampilan Bukti Pembayaran Obat Rumah Sakit Budi Lestari ...L3 Tampilan

Promosi kesehatan untuk meningkatkan pengetahuan dan keterampilan keluarga dalam tata laksana diare secara komprehensif dan rasional di tingkat rumah tangga

Hasil Kegiatan Pengabdian di SMP Muhammadiyah 6 Kabupaten Malang adalah: Guru- guru IPA di SMP Muhammadiyah 6 Kabupaten Malang, yang pada awalnya belum memahami dan belum

(b) Pendahuluan pelbagai hendaklah diselaraskan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh bayaran pendahuluan diberikan, dengan mengemukakan resit-resit perbelanjaan yang