• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengawalan dan Pencegahan Pengaruh Hally (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pengawalan dan Pencegahan Pengaruh Hally (1)"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

PENGAWALAN DAN PENCEGAHAN PENGARUH HALLYU OLEH IBUBAPA TERHADAP ANAK-ANAK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Adiba Munira Mohamad Amin, Fazuriyati Mohd Hamidin, Muhammad Firdaus Sujaini, Md Rozalafri Johori

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

ABSTRAK

Evolusi media membolehkan maklumat disebar dengan cepat sehingga mempengaruhi sosiobudaya masyarakat dunia.Kesan ini dapat dilihat dalam pelbagai aspek terutamamelalui hiburan.Jika dahuluhiburan dari Hollywoodmenjadi ikutan masyarakat dunia, namun kini masyarakatdunia mula cenderung untuk mencari hiburan yang lebih segar mengikut arus semasa. Kecenderungan inilah yang direbut media Korea dengan mengetengahkan program televisyen dan fenomena K-Pop atau lebih dikenali sebagai Hallyu untuk menjadi hiburan pilihan masyarakat dunia. Dalamkonteks Malaysia, ternyata pengaruh Hallyu yang diketengahkan oleh media Korea sangat menonjol sehingga berjaya menyerap masuk ke dalam institusi kekeluargaan.Penyerapan Hallyu yang sebenarnya bertopengkan gaya hidup bebas dan Hedonismemengiktiraf pelencongan-pelencongan akhlak dari garis pandangan Islam. Kertas kerja ini ingin melihat pengaruh Hallyu di terhadap anak-anak muslim dan membincangkan solusi menurut Al-Quran dan as-Sunnah yang boleh diaplikasikan oleh ibubapa dalam pendidikan keluarga Islam sejati untuk membendung pengaruh-pengaruh negatif media.

(2)

Hallyu Dan Pengaruhnya

Korea merupakan sebuah negara homogeneus yang memfokuskan kepada pembentukan jati diri, pengukuhan bahasa serta budaya kebangsaan sehingga lahirlah satu budaya yang dinamai Hallyu(Nor Hashimah Jalaluddin & Zaharani Ahmad, 2010). Hallyu atau Korean Wave (Gelombang Korea) adalah istilah yang diberikan untuk menyebarkan budaya pop Korea (K-Pop dan drama) secara global di peringkat antarabangsa.Kejayaan utama Hallyu adalah apabila drama bersiri Winter Sonata (2002) diterima dengan baik di Jepun, Cina, Taiwan dan negara ASEAN.Sejak itu istilah Hallyu muncul.Kesannya, sejak awal 2002 dengan kejayaan drama bersiri Winter sonata (2002), Hallyu telah mempengaruhi penduduk Asia hingga serata dunia terutama dalam kalangan anak-anak untuk meniru artis-artis Korea yang menjadi kegilaan mereka.

(3)

Eropah. Persembahan mereka mendapat sambutan yang menggalakkan dari peminat di Perancis (hmetro, 2011).

Antara elemen yang mempengaruhi anak-anak yang menyumbang kepada kejayaan Hallyu adalah tarikan pada selebriti-selebriti Korea.Para selebriti inimempunyai tubuh badan langsing, wajah jelita atau tampan dan bergaya.Fesyen berpakaian juga menjadi ikutan anak-anak, sedangkan pemakaian tersebut hanyabersesuaian dengan budaya dan suasana empat musim di Korea.Malah elemen yang mempengaruhi anak-anak yang menjadi kebimbangan ibubapa adalah pengaruh nilai budaya, kehidupan sosial dan nilai kekeluargaan yang terkandung dalam drama Korea yang bertentangan dengan Islam.Menurut Nor Hashimah Jalaluddin & Zaharani Ahmad, (2010) mesej yang sarat dengan nilai kekeluargaan Korea turut membuka minda masyarakat Asia Timur mengenai budaya popular Korea sehinggakan makanan (hansik), pakaian (hanbok), bahasa (hangul) turut mendapat tempat dihati peminat.

(4)

anak-anak tanpa pengawasan ibubapa akan mendedahkan diri dengan Hallyu secara terus-menerus tanpa kawalan. Medium komunikasi massa yang merupakan bahan perantaraan ini boleh memberi kesan terhadap anak-anak yang mana merujuk kepada perubahan perilaku dan pemikiran seseorang setelah menerima maklumat daripada media massa yang digunakannya dari segi emosi dan pemikiran.Akhirnya anak-anak akan terpengaruh dengan cara hidup dan pergaulan bebas, sikap mementingkan kecantikan dan diri sendiri dalam mengejar gaya hidup terkini serta adab tutur kata yang kurang sopan dan mengaibkan satu sama lain.

Menurut (Gerbner, 2000), medium ini sangat mempengaruhi cara hidup manusia. Beliau berpendapat, mereka yang mendedahkan diri kepada suatu medium komunikasi melebihi 4 jam sehariakan dipengaruhi dari segi idea dan gambaran realitinya oleh maklumat yang diperolehi. Kesannya terhadap pendedahan kepada maklumat yang sama ini dianggap sebagai kesan penanaman (cultivation theory, 1973) iaitu akan mempengaruhi pembentukan nilai, peranan

dan “world view” mereka.Ini menunjukkan elemen hiburan yang dibawa oleh

Hallyu bukan hanya merupakan suatu produk ekonomi bagi Korea, tetapi juga merupakan wahana pembentukan nilai dan sosial acuan Korea.Ini kerana menerusi hiburan yang dibawa oleh Hallyu dengan mudah mendekati dan mempengaruhi masyarakat terutamanya anak-anak remaja.

(5)

ia telah membantu Korea mengekspot bukan sahaja muzik bahkan bahasa dan budaya mereka sekali (Nor Hashimah Jalaluddin & Zaharani Ahmad, 2010).

Situasi ini, jelas sekali memerlukan ibubapa memainkan peranan dalam mengawal pengaruh Hallyu terhadap anak-anak.Oleh itu, dapat melihat betapa pentingnya ilmu keibubapaan yang perlu diterapkan dalam institusi kekeluargaan masa kini demi mengawal dan menghalang pengaruh negatif Hallyu meracuni pemikiran dan sikap anak-anak umat Islam.

Ibubapa Sebagai Pemegang Amanah

Anak adalah amanah yang Allah s.w.t tentukan kepada setiap ibubapa supaya mereka menjaga dan memelihara mereka dengan baik mengikut landasan Islam.Ibubapa memainkan peranan penting dalam mencorakkan halatuju hidup anak-anak mereka bukan sahaja di dunia malah juga di akhirat sewaktu berhadapan dengan Allah s.w.t. Ibubapa perlu bersungguh-sungguh menjaga amanah ini dengan melaksanakan didikan agama.

(6)

sabda Rasullah s.a.w: “Setiap anak dilahirkan di atas fitrahnya. Kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani”.

Menjadi amanah dan tanggungjawab ibubapa untuk mendidik anak-anak supaya

mempunyai akidah dan jati diri yang kukuh. Ini kerana, antara faktor yang menyokong

kepada penyerapan pengaruh Hallyu dalam kalangan anak-anak adalah (1) kurangnya

pengetahuan, pegangan asas dan kebergantungan pada agama, (2) pengabaian ibu bapa

terhadap anak-anak yang kian menginjak usia, (3) pengaruh rakan sebaya yang turut

meminati Hallyu, (4) kebebasan tanpa kawalan kepada anak-anak dalam mencari hiburan,

(5) perkembangan teknologi media baru dalam menyebar budaya Hallyu dan (6) peranan

masyarakat yang longgar dalam membentuk persekitaran mesra jasmani, rohani dan

minda.

Institusi Kekeluargaan Masa Kini

(7)

Mutakhir ini, keterbatasan masa antara ibubapa dengan anak-anak menjadikan proses mendidik mereka semakin mencabar. Pelbagai konflik dan salah faham timbul menyebabkan terbentuknya jurang antara perhubungan ibubapa dengan anak-anak. Anak-anak didedahkan dengan corak pendidikan secara tidak langsung melalui ledakan teknologi masa kini antaranya ialah media massa. Ia memberikan pengaruh yang cukup kuat. Anak-anak menonton televisyen dan melayari internet berjam-jam lamanya melebihi masa yang diluangkan dengan ibubapa. Tambahan pula, anak-anak lebih terpengaruh dengan apa yang disajikan di kaca televisyen yang membenarkan andaian teori penanaman (1973). Antara perkara yang membimbangkan bahawa kini, pelbagai permasalahan sosial ditonjolkan dalam media massa seumpama ia merupakan budaya hidup masyarakat seperti pasangan bercinta(couple), merempit, gangsterisme dan keruntuhan institusi keluarga. Anak-anak pula sekadar menerima sahaja apa yang dipertonton. Malah, mereka mula-mula terikut dengan budaya tersebut (Ahmad Sarji Abdul Hamid, 2007).

(8)

Ledakan kemunculan media baru menambahkan lagi kesan negatif terhadap komunikasi ibubapa dengan anak-anak.Anak-anak lebih gemar meluahkan rasa dengan kawan-kawan melalui medium ini.Kesannya, komunikasi dalam keluarga menjadi semakin sepi.Walaupun semua ahli keluarga berada dalam ruang yang sama, mereka berkomunikasi tetapi sepi. Ini kerana, keluarga ini berkomunikasi melalui medium (gadget) dengan orang yang berada di luar daripada ruang tersebut.Situasi ini, menjadikan masa berharga sepatutnya berbual dengan ahli keluarga dihabiskan dengan bersembang di laman sosial.

Cabaran ini seharusnya memerlukan ibubapa menggunakan pendekatan yang kreatif dalam berkomunikasi dengan anak-anak.Salah satu corak komunikasi yang boleh diterapkan adalah dengan menunaikan solat secara berjemaah, riadah, melancong dan makan bersama.Ini sudah tentu dapat mengurangkan anak-anak menghabiskan masa bersendirian.Ibubapa dan anak-anak perlu luangkan masa bersama-sama dan eratkan kembali hubungan dalam keluarga melalui pendekatan komunikasi secara kreatif dan berkesan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w dalam sunnahnya.

(9)

Cabaran Keibubapaan Kini

Mendidik anak-anak pada era ini adalah satu cabaran yang besar para ibubapa. Kesuntukan masa untuk mendidik anak-anak dengan nilai-nilai Islam yang sepatutnya menyebabkan anak-anak lebih terdedah kepada pelbagai pengaruh luar yang lebih dominan seperti Hallyu. Kadang-kadang pengaruh Gelombang Korea ini juga wujud di rumah mereka sendiri melalui rancangan-rancangan televisyen yang ditonton bersama, lagu-lagu K-pop di radio mahupun bahan-bahan yang diperoleh di internet yang disogok dengan budaya Hallyu yang sememangnya bertentangan dengan ajaran Islam.

(10)

Institusi Keibubapaan Menurut Kaca Mata Islam

Apabila berbicara tentang keibubapaan, ia melibatkan sebuah institusi yang terdiri daripada individu-individu yang berperanan memenuhi keperluan anak-anak untuk menjadi insan yang bertakwa kepada Allah s.w.t. Dalam Islam, institusi keibubapaan sememangnya satu institusi yang penting dan ia sudah tentu memerlukan penelitian yang cukup meluas dari pelbagai pihak. Kedua-dua ibubapa bertanggungjawab membesarkan anak sehingga dewasa dan mendidiknya menjadi khalifah di bumi Allah s.w.t. Tanggungjawab pendidikan anak-anak memerlukan ibubapa mengambil peranan yang aktif. Antara tanggungjawab mereka menurut Islam ialah (1) pendidikan keimanan, (2) pendidikan moral, (3) pendidikan jasmani, (4) pendidikan mental, (5) pendidikan rohani, (6) pendidikan sosial dan (7) pendidikan seks.

Kemahiran keibubapaan perlu berasaskan Al-Quran dan Hadis yang memberi garis panduan umum berhubung dengan kemahiran keibubapaan dalam pendidikan anak-anak. Ibu bapa adalah pemimpin dalam rumahtangga. Sebagai pemimpin dalam rumahtangga, mereka perlu mengetahui dan menguasai kemahiran tertentu. Antara panduan kemahiran keibubapaan yang digariskan oleh Islam ialah:

(11)

ii. Bersikap lemah lembut dan memberi pertolongan dan bimbingan. Kalau kekerasan digunakan, maka orang akan menjauhkan diri daripada kita. (Surah Ali-Imran:159)

iii. Ibubapa jangan menjadi kecewa dengan tingkahlaku anaknya dan anak pula jangan menjadi sengsara kerana perbuatan ibu bapanya. (Surah Al-Baqarah:233)

iv. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seorang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang berakhlak mulia dan berlemah lembut dengan ahli keluarganya. (Riwayat Al-Tirmizi dan Al-Hakim)

Ibubapa yang menginginkan anak-anak mereka memiliki akhlak yang baik seharusnya bertakwa kepada Allah s.w.t. Ibubapa tidak akan sesekali menggunakan cara yang berlawanan dengan perintah Allah s.w.t. dalam mendidik anak. Hal sedemikian, ibubapa akan dapat menghalang anak-anak daripada terpengaruh dari gejala hedonisme dan meterialisme yang dibawa oleh Hallyu. Ini sekaligus dapat menyelamatkan mereka daripada tergolong dalam kalangan orang yang tidak berpegang agama dan memiliki sifat mazmumah.

(12)

maka anak-anak akan menjadi orang-orang yang berakhlak dan begitulah sebaliknya. Sesungguhnya berdoa setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam mendidik anak-anak dan meyakini Allah s.w.t. adalah tempat bergantung. Jadi, sebagai ibubapa yang berusaha memperbaiki akhlak anak-anak seharusnya bertawakal kepada Allah s.w.t. kerana hanya Allah s.w.t. jualah yang menentukan sifat-sifat yang baik terbit di dalam hati mereka (Saedah Siraj, 2003).

Prinsip mendidik anak-anak menurut Islam tertakluk kepada peraturan ataupun syariat Allah s.w.t.Kefahaman dalam mendidik anak-anak mengenai rukun Islam dan rukun iman serta hukum-hukum syariat amat penting dalam membina sahsiah diri yang mantap.Antara perkara yang perlu ditanam dalam diri mereka

ialah kalimat “La ilaha illa Allah”.Ia merupakan asas-asas akidah serta prinsip

tauhid dan iman. Sebagai umat Islam, berilah pengenalan kepada hukum-hukum halal dan haram dari masa ke semasa sejak kecil lagi supaya anak-anak celik mata dan minda melihat segala larangan Allah s.w.t memberi manfaat yang besar dalam kehidupan mereka seharian.

(13)

Selain itu juga, ibubapa seharusnya memupuk rasa kasih sayang dalam diri anak-anak khususnya dalam mencontohi junjungan besar Rasullah s.a.w serta keluarganya dan mendapatkan manfaat daripada kitab suci al-Quran melalui sirah-sirah baginda s.a.w dan juga mukjizat al-Quran. Sebagai ibubapa, mereka sepatutnya menjadi role model kepada anak-anak dalam menghadapi cabaran-cabaran masa kini dengan menunjukkan jalan-jalan keimanan kepada anak-anak dan menyemai dalam diri anak-anak perasaan khusyuk, takwa dan kehambaan kepada Allah s.w.t. (Abdullah Nasih Ulwan, 1998).

Mengambil kira aspek-aspek rohani dan fizikal yang boleh dibuktikan secara empirical (Saedah Siraj, 2003), Islam berkehendakkan kepada perkara yang baik.Perkara yang perlu diberi perhatian pada diri anak-anak adalah badan yang sihat dan kuat, berilmu pengetahuan yang luas sama ada ilmu-ilmu sunnatullah mahupun syariatullah serta bercita-cita tinggi. Cita-cita seorang anak-anak muslim perlu diasuh dengan ilmu yang banyak, kasih sayang yang melimpah ruah, kekuasaan yang tinggi, akhlak yang mulia dan badan yang kuat dan sihat dan mencapai hidup yang bahagia zahir dan batin di dunia dan akhirat. Selain itu juga, Islam menyeru ibubapa mengajar akhlak yang baik dan mulia yang harus dimiliki dan diamalkan seperti disarankan para ulama iaitu jujur, sabar, syukur, rajin, tawakal, ingatkan mati, merendahkan diri kepada Allah s.w.t dan berbuat baik semasa manusia.

(14)

mentaati aturan Allah s.w.t. dan RasulNya di dalam segala aspek kehidupan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud “Hai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan kepada Rasul-Nya.” (Surah al-Anfal: 20).

Walau bagaimanapun ibubapa haruslah melihat tanggungjawab mendidik anak-anak dihubungkan dengan meraih keberkatan Allah dan balasan di Syurga nanti.Sebagai pendidik, ibubapa perlu mentarbiah anak-anak dengan nilai-nilai ketuhanan sejak mereka masih kecil lagi. Antara contoh nilai yang baik ialah seorang bapa yang membawa anak-anaknya ke masjid sebenarnya sedang dalam proses mendidik anak-anaknya seperti menyemai kecintaan kepada masjid, mempraktikkan solat berjemaah, memperdengarkan azan, iqamah serta bacaan ayat-ayat suci al-Quran ketika solat berjemaah dan paling penting mengalami dan menghayati suasana solat berjemaah dan suasana masjid.Ini dapat merapatkan hubungan antara bapa dengan anak.Selain mengurang dan mengawal waktu anak-anak mendedahkan diri dengan hiburan daripada gelombang Korea.

Jika dikaitkan dengan aspek komunikasi, ia merangkumi dua corak komunikasi. Ibubapa yang sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak menggunakan

„komunikasi keduniaan‟ melahirkan tindakan halatuju keduniaan semata

(15)

Oleh sebab itu, pemantapan diri dari segi ilmu duniawi dan ukhrowi dalam diri setiap ibubapa perlu seimbang dalam memainkan peranan penting dalam melayari kehidupan berkeluarga.Ia merupakan medium penting dalam pembangunan nilai-nilai islamiah dalam diri anak-anak. Penekanan sebegini yang telah diterapkan oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna dalam kehidupan keluarga beliau.Hasan Al-Banna di mata anak-anaknya adalah orang tua yang telah memberikan cinta tulusnya kepada mereka semua. Segala apa yang dilakukan beliau hanya untuk kebaikan mereka sama ada di dunia mahupun di akhirat. Ini menjadikan mereka mudah diatur dan menurut apa yang diperintah olehnya. Di antara kebiasaan Imam Hasan Al-Banna rahimahullah adalah berlandaskan pembinaan melalui kaedah secara tidak langsung iaitu kaedah menyampaikan tanpa meminta. Ini banyak dilakukan pada bulan Ramadan. Beliau akan memanggil anak-anaknya untuk memperdengarkan bacaan ayat-ayat al-Quran yang dibacakannya. Mereka memegang mushaf masing-masing dengan menyemak bacaan ayah mereka. Oleh sebab itu, mereka secara tidak langsung dapat memperbaiki cara bacaan mereka. Ini adalah cara mendidik yang paling indah dirasakan oleh anak-anak dengan belajar melalui contoh secara tidak langsung daripada ibubapa mereka (M. Lili Nur Aulia, 2008).

Namun begitu, jika ibubapa menyedari peranan mereka dan bagaimanakah

mempraktikkan nilai „komunikasi ketuhanan‟ dalam diri anak-anak, generasi

(16)

berliku.Matlamat utama anak-anak sudah tentulah mendapat keredaan Allah s.w.t.

Peranan Al-Quran Sebagai Sumber Utama Dalam Mendidik Anak-Anak

Al-Quran merupakan sebuah kitab yang mengandungi begitu banyak hikmah dan pengajaran.Setiap hikmah tersebut disampaikan kepada kita melalui pelbagai teknik seperti perumpamaan, kisah pengajaran, dialog, hukum-hakam dan sebagainya (Mohammad Ashraff Ayob, 2010). Hal ini dapat dibuktikan menerusi firman Allah s.w.t dalam ayat 50, surah Al-Anbiya yang bermaksud: “Inilah peringatan (al-Quran) yang telah Kami turunkan yang diberkati, apakah kamu mengingkarinya”.

Justeru jelas bahawa Al-Quran merupakan sumber terbaik dan utama dalam mendidik anak-anak dari aspek pembinaan akidah, ibadah, akhlak, kemasyarakatan, perasaan, jasmani, keilmuan dan pemikiran, kesihatan dan juga tarbiyah jinsiyah (pembinaan dorongan syahwat).

(17)

oleh ibubapa bagi mengawal perilaku disamping menerapkan akhlak-akhlak yang mahmudah dalam diri anak-anak melalui percakapan dan perbuatan. Ibubapa perlu melengkapkan diri dengan ilmu Al-Quran yang banyak memberi panduan dalam mendidik anak-anak antaranya:

Larangan ibubapa terhadap anak-anak daripada berbuat syirik &perintah menetapi tauhid

Larangan ini dapat dilihat pada firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah, ayat

132 yang bermaksud: “Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Yaakub. (Ibrahim berkata): “Hai anak-anakku!

Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam.”

Ayat ini mengisahkan keadaan Nabi Ibrahim ketika sakit menghampiri wafat, baginda telah memanggil putera-puteranya iaitu Nabi Ismail dan Nabi Ishak untuk menyampaikan wasiatnya.Baginda berpesan dengan penuh berhikmah tentang suruhan berbuat baik ketika menjalani kehidupan dan berpegang teguh pada agama Allah s.w.t.

Kaedah yang sama digunakan seperti firman Allah s.w.t dalam surah Luqman, ayat 13, maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya di waktu ia memberi pelajaran kepadanya, “Wahai anakku, janganlah engkau

menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)”.Jelas di sini bahawa dalam

(18)

sendiri, penerapan secara berhikmah tentang larangan syirik dan tauhid kepada Allah sangat dititikberatkan dalam Islam.

Saranan anak-anak dididik mencintai Allah s.w.t. ini perlulah diajar seawal ketika anak mulai berbicara dengan mengajarkan kalimah tauhid beserta terjemahannya supaya anak-anak memiliki gambaran dan keyakinan yang jelas tentang kekuasaan dan keesaan Allah s.w.t. Ibubapa perlu menanamkan keyakinan yang hakiki kepada anak-anak bahawa Allah s.w.t. adalah Pencipta dan Pemelihara segala sesuatu. Anak-anak perlulah diberitahu bahawa apabila mereka mengamalkan sesuatu yang baik, mereka akan disayangi Allah, mereka akan memperoleh kebaikan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Insya Allah dengan cara sedemikian, ketakwaan akan tertanam dalam diri anak-anak(Sheikh Musa Ahmad Olga, 2012).

Bercakap dengan lemah lembut

Jelas bagaimana pendekatan gaya yang digunakan dalam menyampaikan pesanan kepada anak-anak di dalam al-Quran. Terdapat enam kali perkataan

ىَنُبَي

” atau “anakku” diulang dalam situasi yang berbeza-beza dengan

menggunakan uslub yang mengagumkan dalam konteks mendidik anak-anak berdasarkan manhaj Allah s.w.t.

Penggunaan “

ىَنُبَي

” adalah kata yang menggambarkan keelokan. Asal perkataan

(19)

menunjukkan kasih sayang.Kata “

ىَنُبَي

” juga adalah bentuk tashghir atau

perkecilan dari kata “

ىنبإ

” iaitu anakku. Bentuk ini antara lain digunakan untuk

menggambarkan kasih sayang kerana kasih sayang biasanya dicurahkan kepada anak apalagi yang masih kecil. Perkecilan itu juga digunakan untuk menggambarkan kemesraan.Di sini, penggunaan perkataan tersebut memberi isyarat bahawa mendidik anak-anak hendaklah didasari dengan rasa kasih sayang terhadap anak-anak sehingga mereka merasa dekat dan rapat dengan ibu bapa(Sheikh Musa Ahmad Olga, 2012).

Nasihat yang baik

Teladan yang baik adalah faktor penting dalam proses pendidikan dan sebaik-baik teladan ialah Rasullah s.a.w. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al-Ahzab, ayat 21 yang bermaksud: “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”

(20)

kepada anak-anak agar mereka tidak mudah berasa bosan dan jemu lalu mencari alternatif lain seperti hedonisme pengaruh Hallyu(Mohd. Fadzilah Kamsah & Muhammad Zakaria, 2005).

Diskusi ibubapa dengan anak-anak

Diskusi ibubapa dengan anak-anak perlulah dengan cara berhikmah dan penuh kasih sayang. Antara tujuan berdiskusi dengan anak-anak ialah untuk mencari atau menjelaskan kebenaran, untuk menggerakkan minda anak-anak, menggerakkan kemahiran berfikir dalam kalangan anak-anak, untuk anak-anak mendapatkan maklumat, mengeratkan hubungan ibubapa dengan anak-anak, tonjolkan diri anak-anak dan melatih anak-anak cekap berhujah.

Antara contoh ayat al-Quran adalah firman Allah s.w.t dalam surah ash-Shafaat, ayat 102 yang bermaksud: Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku Sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi bahwa Aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" dia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".

(21)

meninggikan suara, jangan keluar dari tajuk perbahasan, jangan sindir-menyindir di antara kedua-dua belah pihak.Sebagai teladan kepada anak-anak, ibubapa jangan sesekali jangan menunjuk jari ke muka, menunjukkan simbol pergaduhan seperti genggaman penumbuk atau mengenakan tindakan fizikal atau deraan seperti memukul, mencubit dan sebagainya.Apa yang paling penting ialah isi perbincangan yang diketengahkan.

Kesimpulan

Pengaruh Hallyu menjadi satu keruncingan masalah sosial anak-anak masa kini yang seharusnya ditangani dengan baik oleh ibubapa dengan mengambil inisiatif mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Antara cara mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. ialah dengan memahami ayat-ayat yang diturunkanNya. Sesungguhnya al-Quran diturunkan kepada manusia sebagai petunjuk dalam menghadapi cabaran hidup di dunia ini.Apa yang paling menakjubkan di dalam al-Quran ialah ia mengandungi pelbagai kisah masa lampau, masa kini dan juga masa hadapan yang sangat realistik dengan kehidupan manusia supaya dapat dijadikan pengingatan dan pengajaran kelak.

(22)
(23)

Rujukan

Abdullah Nasih Ulwan. 1998. Pendidikan Anak-Anak Menurut Pandangan Islam.Jil. 1. Kuala Lumpur. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Ahmad Sarji Abdul Hamid, sunt. Azrina Sobian. 2007. Cabaran Semasa Dalam Membentuk Keluarga Islam Berkualiti. Kuala Lumpur. MPH Group Publishing Sdn. Bhd. Agung. Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Mustread Sdn. Bhd.

Mohd.Fadzilah Kamsah &Muhammad Zakaria. 2005. 21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang. Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur. Telaga Biru Sdn. Bhd.

Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid. Farid Abdul Aziz Qurusy, terj.Yusuf Maulana, sunt. 2010. Propehetic Parenting; Cara Nabi s.a.w Mendidik Anak.Yogyakarta.Pro-Media.

Nor Hashimah Jalaluddin & Zaharani Ahmad. (2010). Hallyu Di Malaysia : Kajian

Sosiobudaya. Jurnal Komunikasi, 27(2), 203–219.

Saedah Siraj. 2003. Pendididikan Anak-Anak. Selangor Darul Ehsan. Alam Pintar Enterprise.

Samsuddin A. Rahim. (2005). Communication, Globalization and National Agenda: Policies, Parables and Paradoxes for Youth Development in Malaysia. Jurnal Komunikasi, Jilid 21: 17-27Sheikh Musa Ahmad Olga. 2012. Pesona Didik Anak Cara Sunnah. Johor Bahru, Johor. PUSTAKA AZHAR.

Referensi

Dokumen terkait

manusia metode.. Pengendalian kualitas produk dapat dipertahankan sesuai dengan spesifikasi yang ditetapkan, walau kualitas segala sesuatu dalam proses produksi telah direncanakan

Sesuai visi IIGF Institute, un- tuk menjadi lembaga berbasis riset kelas dunia dalam pengembangan sumber daya manusia dan ilmu pengetahuan dengan kompetensi uta- ma di

Berdasarkan pembahasan tersebut maka dapat disimpulkan bahwa secara umum kondisi keuangan sudah cukup baik. 1) Debt to total asset ratio dari tahun 2017 sampai

Dewasa ini banyak lontaran kritik terhadap sistem pendidikan yang pada dasarnya mengatakan bahwa perluasan kesempatan belajar cenderung telah menyebabkan bertambahnya

Cara pembayaran bonus dapat dilakukan dengan empat cara, yaitu: (1) bonus saat ini yang biasanya diberikan setiap tahun; (2) bonus tertangguh yang diperoleh saat

4.3 Menyajikan hasil analisis tentang konsep interaksi antara manusia dengan ruang sehingga menghasilkan berbagai kegiatan ekonomi (produksi, distribusi, konsumsi, permintaan,

Untuk melengkapi persyaratan administrasi Penerimaan Peserta Didik Baru Seminari Menengah Santo Petrus Canisius Mertoyudan Magelang tahun pelajaran 2020/2021 maka

Kemudian ia merasa iri terhadap Ma Iyang yang ia refleksikan sebagai figur ibu yang telah mendapatkan cinta yang begitu besar dari sang ayah yang ia refleksikan pada Ma