• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERANAN DAN CABARAN PENGGUNAAN BAHASA ME

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERANAN DAN CABARAN PENGGUNAAN BAHASA ME"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

PERANAN DAN CABARAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KOLEJ KOMUNITI

Oleh:

YUSMARIA MOHD YUSOFF SITI NOR LAILIYAH IBRAHIM yusmaria10@gmail.com snlailiyah@gmail.com

PENGENALAN

Bahasa Kebangsaan sesebuah negara merupakan tunjang kekuatan untuk membina negara dan bangsa. Sejak bahasa Melayu dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia, ia dijadikan bahasa pengantar utama di pusat-pusat pengajian samaada dari peringkat rendah seperti sekolah kebangsaan hingga ke peringkat pengajian tinggi. Tidak terkecuali juga kolej komuniti sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dalam latihan teknikal dan vokasional (TVET) serta hab pembelajaran sepanjang hayat. Melalui pembelajaran dan pengajaran yang menggunakan bahasa melayu, kolej komuniti bertekad untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran insaniah untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Sistem pendidikan kolej komuniti mampu membentuk pelajar yang berkemahiran teknikal dalam kebolehpasaran global seterusnya menjadi sebuah institusi TVET yang dihormati dalam memainkan peranan penting untuk melonjakkan Malaysia ke arah negara maju seiring dengan visi penubuhan kolej komuniti. Malah, bahasa Melayu juga dikenali sebagai bahasa Sains dan Teknologi. Kesedaran penggunaan bahasa melayu dalam sistem pendidikan TVET peranannya ‘terbukti berjasa’ selama kira-kira 30 tahun dalam dunia pendidikan di negara ini. Ini akan memberi kesan kepada pensyarah untuk lebih yakin mengajar pelajar mereka kerana menggunakan bahasa ibunda tersebut. Menurut Kamal Shukri (2007), Bahasa Melayu mampu membicarakan apa saja bidang ilmu termasuklah kejuruteraan elektronik.

Pelaksanaan Bahasa Melayu Di Kolej Komuniti

(2)

melibatkan tiga aspek penting iaitu guru, murid dan bahan. Jika dilihat dari aspek itu ianya juga sesuai diimplementasikan di kolej komuniti dimana:

1. Peranan seorang pensyarah adalah sebagai model kepada pelajar, oleh itu pensyarah perlu meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalam berbahasa melayu supaya dapat menyampaikan pengajaran dengan bahasa yang bermutu, tepat menggunakan gaya dan laras yang betul.

2. Peranan pelajar pula adalah melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik kuliah dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Apabila pelajar dapat menggunakan bahasa Melayu dengan seluas-luasnya dalam percakapan dan pertuturan ini akan meningkatkan penampilan ilmu pengetahuan, nilai sahsiah diri dan mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa.

3. Penggunaan bahan yang sesuai juga berkait rapat dengan pensyarah dan pelajar dimana bahan yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlulah menggunakan bahasa Melayu yang sesuai dengan modul pengajaran yang diajar.

Melalui penubuhan kolej komuniti yang kini mempunyai 81 kolej komuniti di seluruh negara ianya mempunyai beberapa objektifnya untuk memastikan bahasa Melayu dapat digunakan sebagai pengantar utama sebagai modul pengajaran dan pembelajaran iaitu:

1. Menyediakan laluan alternatif kepada pelajar lepasan menengah dan pelajar yang tercicir daripada pendidikan formal untuk mengikuti latihan dan pengajian dalam bidang-bidang teknikal dan vokasional.

2. Menyediakan pendidikan seumur hidup kepada individu dan masyarakat setempat bagi meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat.

3. Memberi khidmat nasihat/kaunseling kepada masyarakat setempat bagi mempertingkatkan tahap pengetahuan dan perkembangan kerjaya mereka.

(3)

matlamat untuk mempertingkatkan tahap pengetahuan dan perkembangan kerjaya juga akan musnah. Sewajarnya penggunaan bahasa melayu sebagai modul pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan sepenuhnya agar melahirkan modal insan yang bertaraf dunia dengan penggemblengan usaha yang berterusan dan bersepadu daripada sektor awam dan swasta.

Menurut Penyata Razak (1956, perenggan 12)

“..tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan diperbuat dengan beransur.”

Ia juga turut dihasratkan oleh mantan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yang menyatakan pembinaan dan kemajuan bahasa Melayu akan memperkukuhkan perpaduan dan melahirkan bangsa Malaysia yang berjati diri yang beracuan Malaysia dan bukannya beracuan Barat atau Timur. Contohilah negara-negara lain yang masih teguh menjunjung dan menggunakan bahasa ibunda walaupun mempelajari bahasa lain seperti Jepun, Korea, China dan banyak lagi yang kini hebat dalam bidang teknologinya.

2. CABARAN

Melalui bidang pendidikan, bahasa Melayu mampu merentangi segala cabaran untuk dinobatkan sebagai bahasa yang dapat diterima dan digunakan di peringkat dunia. Apabila penggunaan bahasa Melayu menjadi medium pengantaraan dalam pengajaran dan pembelajaran di kolej komuniti cabaran pensyarah adalah untuk memastikan pelajar-pelajarnya mampu berdaya saing, bertanggungjawab dan bijak serta dapat memartabatkan bangsa dan negara. Antara cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu dalam sistem pendidikan sejak 56 tahun merdeka

(4)

sains dan teknologi terbantut serta merta (Kamal Shukri, 2007).Sehinggalah Menteri Pelajaran ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI/PPSMTI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012. Maka modul-modul pengajaran kolej komuniti yang digunakan ketika itu bersifatdwibahasa ditukar sepenuhnya dalam bahasa Melayu.Penggunaan dwibahasa tersebut bagi membantu pelajar-pelajar kolej komuniti yang lemah dalam bahasa Inggeris memahami pembelajaran mereka dengan mudah. Tambahan pula mereka adalah pelajar yang tercicir daripada pendidikan formal.

2.2 Pelajar kolej komuniti menghadapi kesukaran untuk memahami istilah kejuruteraan yang kebanyakannya adalah dalam bahasa Inggeris. Malah, buku-buku rujukan luar untuk teknikal juga sukar didapati dalam bahasa Melayu.

2.3 Saingan terhadap pelajar lulusan kolej komuniti dalam menghadapi era pekerjaan. Lulusan kolej komuniti yang berasaskan bidang TVET ini lebih mahir berbahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris. Anggapan dan pandangan masyarakat yang mengatakan jika disebut sahaja sains dan teknologi maka bahasa Inggerislah sebagai bahasa pengantarnya.Perkara ini perlulah ditangani dalam masyarakat kita. Walhal lihat sahaja negara maju seperti Perancis yang terkenal dengan bahasa French, Korea dengan bahasa Korea, Belanda dengan bahasa Dutch, Jepun dengan bahasa Nihongo, Denmark dengan bahasa Denmark, dan Sweden dengan bahasa Swedishnya. Negara-negara maju tersebut mampu mencipta serta menghasilkan pelbagai teknologi tinggi seperti kereta jenama dan telefon bimbit negara sendiri walaupun menggunakan bahasa ibunda mereka.

Maka, apa yang penting disini, pengalaman pembelajaran secara 90% amali yang dititikberatkan oleh kolej komuniti mampu melahirkan lulusan yang kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja serta berkualiti. Sehubungan dengan itu, ianya bertepatan dengan misi penubuhan kolej komuniti iaitu “Membangun komuniti setempat sebagai tenaga kerja berpengetahuan dan terlatih untuk memenuhi tuntutan dunia pekerjaan melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional dan Pembelajaran Sepanjang Hayat.” Ini kerana mereka adalah anak bangsa yang akan mewarisi kepimpinan negara di semua peringkat di kemudian hari.

(5)

Oleh itu cabaran yang akan diambil oleh kolej komuniti adalah untuk memastikan semua modul pengajaran dan pembelajaran dalam program sijil dan diploma menggunakan bahasa melayu sepenuhnya serta dwibahasa bagi membantu pelajar memahami pembelajaran semasa bekerja (WBL).

CADANGAN/HALATUJU

3.1Dalam memperkasakan bahasa Melayu, seiring dengan kepesatan bidang sains dan teknologi Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan kamus istilah iaitu Kamus Kejuruteraan: Mekanik. Kerjasama Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) ini dapat membantu pelajar bidang sains gunaan khususnya kejuruteraan meningkatkan kefahaman disamping dapat memperoleh penjelasan tentang konsepyang digunakan dalam istilah kejuruteraan tersebut. Kamus ini membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu mengungkapkan pelbagai bidang ilmu dalam era globalisasi (Diarani, 2012). Justeru itu, pengurusan sumber bahan dan penerbitan seperti modul pengajaran, cakera padat, kaset dan video samada digunakan secara langsung atau tidak langsung perlulah diolah secara kreatif dalam bahasa melayu. Selari dengan itu, para pelajar di kolej komuniti tidak lagi mempunyai masalah untuk mencari dan membuat rujukan istilah-istilah kejuruteraan dalam bahasa melayu.

3.2 Dalam proses memertabatkan bahasa Melayu, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Pelan Tindakan Strategik 2011-2015 antaranya ialah Kajian Semula Pendidikan Kebangsaan, Pelancaran seperti Pekeliling Bilangan 9 Jabatan Perkhidmatan Awam yang mempertegaskan penggunaan bahasa Melayu pada 28 Oktober 2011, penyuburan budaya ilmu, peluasan media sosial, dan teknologi maklumat dan komunikasi yang kian canggih (Awang Sarian, 2013 ).Oleh itu penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran di kolej komuniti digunapakai seluas-luasnya. Ini bagi membolehkan para pelajar lebih berkemampuan memahami isi kandungan dalam modul pembelajaran mereka.

3.3 Perubahan arus semasa dalam era globalisasi yang tiada sempadan, bahasa Melayu berkeupayaan digunakan dalam bidang sains dan teknologi.Walaupun kemajuan dan perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi menggunakan bahasa Inggeris, bahasa Melayu pun mampu bertanding serta bersaing dengan bahasa asing. Jika dikaitkan dengan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains, matematik dan teknologi dalam bahasa Melayu, lulusan Kolej Komuniti mampu memperolehi pekerjaan yang baik setanding dengan lulusan institusi lain.

(6)

Salah satu strategik perlaksanaan pendidikan prasekolah yang mensasarkan kanak-kanak berumur 4+ hingga 5+ yang terkandung di dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan (Edisi Ketiga) ialah menyediakan buku-buku dalam bahasa Melayu yang sesuai untuk mereka. Maka disini kita dapat melihat bahawa penekanan bahasa Melayu itu telah bermula sejak prasekolah lagi dan seharusnya bahasa Melayu itu boleh pergi ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, bahasa Melayu dalam pendidikan teknik dan vokasional terutama di kolej komuniti tidaklah asing penggunaannya.

4. PENUTUP

4.1 Dalam zaman perkembangan ICT, Bahasa Melayu adalah setanding dengan bahasa asing. Penggunaannya di dalam TVET termasuk kolej komuniti sebagai satu usaha bagi membantu pelajar yang tertinggal dalam pendidikan formal mendapat peluang pendidikan yang menekankan kepada kemahiran.

4.2 Teras budaya adalah bahasa. Jika dilihat di negara lain contohnya Jepun sudah maju dan terus maju menggunakan bahasa ibunda mereka dalam dunia teknologi kini. Maka tidak mustahil jika bahasa Melayu digunakan secara intensif untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran serta dapat mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi ke arah pemantapan jati diri bangsa Malaysia. Keupayaan kolej komuniti sebagai pusat TVET dapat melahirkan pelajar yang menggunakan bahasa rasmi dan kebangsaan negara adalah setaraf dengan pelajar pusat pengajian yang lain.

4.3 Bahan pengajaran dan pembelajaran mestilah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Bahasa ibunda ini boleh menjadi wadah penyampaian yang berkesan dan meningkatkan pembelajaran dan prestasi pelajar kolej komuniti. Apabila penggunaan bahasa yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ianya akan melahirkan pelajar minda kreatif maka terhasillah saintis yang berwibawa. Hakikatnya untuk membangunkan sains dan teknologi dalam acuan kita, perlulah menggunakan bahasa kita dengan budaya dan cita rasa kita, Malaysia.

(7)

Awang, S. (2013).Hala tuju DBP dalam memertabatkan bahasa Melayu. [Online] Available: http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=4039 (Oktober 2, 2013)

Diarani, M. A.(2012), Pelbagai istilah Kejuruteraan Mekanik dalam kamus kejuruteraan: Mekanik. [Online] Available: http://dwnbahasa.dbp.my/? p=687(Oktober 2, 2013).

Dasar Pendidikan Kebangsaan (2012).(Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Kamal, S. A. S (2007). Bahasa Melayu: Apa Sudah Jadi? PTS Professional.

Pemerkasaan kolej komuniti 2013-2015 (2012). Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Kolej Komuniti.

Suhaila, S. A. (2013). PPPM pelengkap halatuju pendidikan. [Online]

Referensi

Dokumen terkait

per unit dihitung dengan cara membagi total biaya pesanan tertentu dengan jumlah satuan pesanan yang dihasilkan pada pesanan yang bersangkutan. Untuk mengetahui

bagi perkembangan 1lmu pengetahuan.. barisan adalah fungsi pada himpunan bilangan asli N. Jika range dari fungsi lersebut berada di dalarn bilangan real R , maka

(3) Usulan kebutuhan tenaga paramedik dan nonmedik yang jenis kepegawaiannya Pegawai Negeri Sipil Daerah diajukan Gubernur Kepala Daerah Tingkat I kepada Menteri Dalarn

 b) Working model, Working model, dibuat tidak dibuat tidak harus mempresentasikan fungsi harus mempresentasikan fungsi produk produk secara keseluruhan dan dibuat pada skala

Sebelum sampai pada masa penyerahan jabatan sebagai Keuchiek Gampong Lamdom, Keuchiek Fauzan mengundurkan diri karena beliau terlibat dalam pendaftaran bakal caleg (calon

D. Kendaraan yang digunakan untuk pergi dan pulang beraktivitas disebut alat transportasi. Alat transportasi disebut pula sarana pengangkut. Saran pengangkut sangat

Kerugian ( capital loss ) dapat terjadi apabila Investor menjual Obligasi Negara FR di Pasar Sekunder sebelum jatuh tempo pada harga jual yang lebih rendah dari

hidr drog ogena enasi si ber berta taha hap p da dala lam m pe pemb mben entu tukan kan HM HMD. Pr Pros oses es kom komer ersi sial al de deng ngan an bah bahan an