• Tidak ada hasil yang ditemukan

BRITISH MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "BRITISH MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

BRITISH MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM PERKEMBANGAN

EKONOMI KOMERSIAL DI TANAH MELAYU SEJAK ABAD KE 19.

Semenjak wujudnya kerajaan Sriwijaya, alam Melayu menjadi terkenal akibat daripada perdagangan yang berlaku di Selat Melaka. Walaupun kerajaan itu dimusnahkan namun sikap berdagang dan kemunculan pusat-pusat perdangangan baru di Alam Melayu membuktikan bahawa ekonomi sentiasa berkembang walau dimana ia berada. Kemunculan Melaka beberapa abad kemudiannya telah memakmurkan semula rantau Alam Melayu dengan pelbagai hasil dagangan dari seluruh dunia yang menyebabkan ekonomi serantau meningkat dengan lebih maju malah tidak mampu digugat lagi oleh negara-negara sempadan. Namun sejak kedatangan Barat terutama sekali British seolah-olah memperlihatkan bahawa merekalah yang telah memajukan Tanah Melayu dari pelbagai aspek.

Kedatangan British di Tanah Melayu ini adalah akibat daripada desakan Revolusi Industri yang berlaku di Eropah namun penguasaan mereka di sini agak lewat walaupun mereka berjaya membentuk sebuah empayar yang hampir meliputi 1/3 dunia. Kegagalan Belanda mengembangkan kuasa di Asia Tenggara dan menempatkan pengaruhnya di China menyebabkan British mengambil alih peranan tersebut malah berjaya meluaskan pengaruhnya hingga ke China melalui dua siri peperangan yang dinamakan

Perang Candu pada tahun 1824 dan 1842.

Perjanjian Nanking pada tahun 1842 yang telah menghapuskan monopoli China terhadap perdangangan di Timur yang pada masa itu berpusat di Canton dengan terserahnya Hong Kong kepada British. Kesannya British telah berjaya membuka 5 pelabuhan utama di selatan China iaitu Canton, Amoy, Foochow, Ningpo dan Shanghai bagi memastikan usaha untuk mengurangkan kekuasaan monopoli kaum Cina ini1. Hong Kong di serahkan kepada British dan Kerajaan China perlu membayar ganti rugi sebanyak $

21 juta kepada British.2 Perjanjian Nanking (1842) dan Perjanjian Bogue (1843) telah membuka China

seluas – luasnya kepada Barat dan memberikan kebebasan sepenuhnya kepada British di dalam dan diluar

1 Robert Llyod George, 1997, Ayunan Timur Barat, Dewan Bahasa dan Pustaka, , hlm 33.

(2)

China. Peristiwa ini berlanjutan pula didalam Perang Lorcha Arrow yang akhirnya membawa kepada Perjanjian Tientsin pada tahun 1858.3

Tidak seperti Portugis dan Belanda yang melihat komuniti kaum Cina sebagai suatu ancaman kepada kedudukan mereka di Melaka, Batavia dan Maluku dan cuba mengawal kaum Cina dengan berhati – hati.4

Inggeris telah memberi galakan bagi kemasukan orang-orang Cina supaya memasuki Tanah Melayu sejak pembukaan Pulau Pinang pada tahun 17865 dengan tujuan utamanya adalah untuk memajukan

perlombongan bijih timah. Penaklukan Kedah oleh Thai telah menyebabkan Pulau Pinang menjadi cemas memandangkan Pulau Pinang sangat mengharapkan bahan makanan daripada Kedah. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk membawa bekalan makanan dari tempat lain namun gagal dan akhirnya British telah membuat beberapa rundingan sulit yang menguntungkan kedua belah pihak memandangkan Pulau Pinang mempunyai hubungan perniagaan bijih timah di semua wilayah taklukan Thai iaitu Kedah, Perak, Patani dan Jong Salang.

Pada waktu ini juga Jong Salang merupakan pengeluar bijih terbesar di negeri Melayu. Jesteru itu Gabenor Calcutta telah menghantar Crawfurd bagi membincangkan soal ini.6 Bagi Pulau Pinang

negeri-negeri Melayu yang bersempadan dengannya merupakan aset terpenting baginya dari segala segi terutamanya makanan. Oleh itu Majlis Gabenor Pulau Pinang telah merancang untuk memperbaiki hubungan dagangnya dengan Bangkok. Hubungan ini telah bermula sejak 1817 lagi dan nilai dagang pada tahun 1821 adalah bernilai sebanyak $ 207,750 dan meningkat sehingga 39% pada tahun 1825.

Perusahaan bijih timah juga adalah faktor utama kepada hubungan dagang ini disebabkan kawasan taklukan Thai iaitu Jong Salang, Perak, Patani dan lain-lain kawasannya menghasilkan bijih timah yang banyak. Oleh itu British telah merancang untuk menghantar wakilnya iaitu Crawfurd dan Burney ke Bangkok bagi membincangkan perkara ini.7 Selain itu pihak British berharap agar cukai kapal dan eksport

dapat dikurangkan terutamanya di pelabuhan Jong Salang. British juga cuba untuk melarang sebarang 3 P.C Lim, 1982, Sejarah China Moden, hlm 27.

4 Wang Gangwu, 1991, China and The Chinese Overseas, Times Academic Press, hlm 88.

5 Victor Purcell, 1975, The Chinese In Malaya, Oxford University Press, hlm 39

6 D.G.E Hall, 1973, Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa Pustaka, hlm 615.

(3)

monopoli ke atas sektor ladang dan memberi permit secara percuma kepada semua kapal British yang akan memasuki semua sungai di kawasan Barat Semenanjung Tanah Melayu dan semua sungai di Patani, Ligor dan Singgora yang berada di sebelah timur. British juga cuba untuk melarang sebarang monopoli ke atas sektor ladang dan memberi permit secara percuma kepada semua kapal British yang akan memasuki semua sungai di kawasan Barat Semenanjung Tanah Melayu dan semua sungai di Patani, Ligor dan Singgora yang berada di sebelah timur. Earl Grey mengatakan sekiranya kedudukan Pulau Pinang terjamin dari sebarang gangguan sudah tentu pihak kompeni akan mempunyai kelebihan untuk mengawal perniagaan bijih timah di dari Patani hingga ke Gunung Jerai 8 Kira- kira tahun 1800 terdapat percubaan saudagar Inggeris di Pulau

Pinang yang cuba untuk menguasai lombong bijih timah di Jong Salang yang pada ketika itu masih lagi didalam negeri Kedah namun tidak berjaya hingga hari ini.9

Selepas termetrinya perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, imigran-imigran dari China telah dibawa masuk secara besar-besaran bagi memenuhi sektor-sektor perladangan dan perlombongan. Munculnya Negeri-negeri Selat pada tahun – tahun berikutnya hasil daripada pembukaan Terusan Suez, penemuan bijih timah serta sektor perladangan di Tanah Melayu merupakan antara faktor terpenting bagi kemasukan imigran ke Asia Tenggara khususnya Tanah Melayu. Menjelang tahun 1840 terdapat seramai 17,000 orang Cina menetap di Tanah Melayu dan menjelang akhir abad ke 19 jumlah mereka adalah sebanyak 70% daripada suku juta penduduk di Singapura. Sejak pembukaan Singapura pada tahun 1819 dan 2 tahun kemudiannya 2,883 buah kapal yang membawa 2 ¼ juta pound nilai dagang telah singgah kesana. Dua tahun kemudiannya nilai perdagangan Singapura menjadi 4½ juta pound dan secara tidak langsung ia menjadikan Singapura sebagai pusat perdagangan di Asia Tenggara yang terbaru dan termaju bagi menggantikan Pulau Pinang.10 Nilai dagangan ke Pulau Pinang merosot dari 6,5000,000 juta pound pada

tahun 1821 ke 708,559 juta pound pada tahun 1830.11 Kegagalan Pulau Pinang dan Melaka adalah terhad

untuk memenuhi keperluan British akibat daripada kemunculan Singapura yang berada betul-betul di tengah Selat Melaka dan Laut China Selatan yang pada masa sama turut menjatuhkan kepentingan pelabuhan Bencoolen

8 JIAEA, 1856, (ed) J.R Logan, Vol 1, Singapore, hlm 308-309.

9 D.J.M Tate, 1981, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid 2, Fajar Bakti, hlm 217.

10 John Bastin dan Harry J.Benda,1972, Sejarah Asia Tenggara Moden, DBP, hlm 45.

(4)

Sebelum 1874, para pelabur British telah cuba berusaha untuk mendapatkan bijih timah dari negeri-negeri lain namun pergeseran politik tempatan menyebabkan usaha itu gagal yang akhirnya menyebabkan British mula menjalankan idea kolonialisme ke Tanah Melayu sebagai contohnya di Perak , pada tahun 1850 Che Long Jaafar merupakan orang yang pertama mengetahui akan kepentingan bijih timah telah berjaya

menguasai kawasan Larut dan pada masa itu hanya terdapat 3 orang sahaja orang Cina yang tinggal disitu12.

Hasil penemuannya itu telah menyebabkan kemasukan beribu-ribu orang Cina ke kawasan Larut dan Kelian

Pauh. Selepas kematian beliau 5 keluarga ini telah bekerjasama dengan anaknya iaitu Ngah Ibrahim. Chung

Keng Kwee seorang Hakka yang merupakan pelombong dan Ketua kumpulan Hai San dan mempunyai kuli

seramai 15,000 orang serta menguasai hampir keseluruhan lombong bijih timah di kawasan Larut.13 Musuh

utama kumpulan Hai San ialah Gee Hin (berketurunan Kantonis) yang menguasai kawasan Kelian Baharu

(Larut Matang). Kedua-dua kongsi ini berasal daripada dua kumpulan besar yang dikenal sebagai Si-Kuan

(Penduduk Empat Jajahan) dan Go-Kuan (Penduduk Lima Jajahan) yang kemudiannya membentuk

kumpulan Hai San dan Gee Hin.14 Pada pertengahan tahun 1890an. Lim Kek Chuan, Chung Keng Kwee dan

beberapa ahli berpengaruh Hakka serta Kapitan Kantonis Kedah dan Perak telah berjaya menguasai

perniagaan ganja di Kulim Kedah dan seluruh Perak dengan hasil pendapatan sebanyak 2.8juta untuk 7

tahun dan telah memajak tanah-tanah untuk penanaman popi dengan jumlah bayaran sebanyak 1.4 juta di

Kedah selama 15 tahun.15 Walaubagaimana pun masalah mula timbul setelah kemasukan beramai-ramai

orang-orang Cina ke kawasan tersebut. Antara masalah yang wujud ialah masalah judi,candu,

penyelewengan bijih timah dan lain-lain.16 Akibat daripada itu kerajaan negeri Kedah kehilangan pendapatan

kerana cukai yang sepatutnya dikutip tidak sampai ke tangan mereka. Selain daripada itu kebanyakan buruh

Cina ini menjadi penagih tegar dan akibatnya bekalan untuk perdagangan menjadi kurang. Kekacauan

mudah timbul akibat daripada masalah ini. Pergaduhan tersebut bukan sahaja berlaku di Larut Matang tetapi

telah melebar sehingga ke Seberang Perai dan Pulau Pinang.17 Candu ini dijual oleh majikan mereka dan

12 C.S Wong, 1963, A Gallery of Chinese Kapitans, Dewan Bahasa dan Kebangsaan, Ministry of Culture, Singapore ,hlm 70.

13 Khoo Kay Kim, 1972, The Western Malay States 1850-1873:The Effects of Commercial Development of Malay Politics, Oxford University Press, hlm 209

14 Abdullah Haji Musa (Lubis), 1965, Sejarah Perak Dahulu dan Sekarang, Penerbit Qalam Singapura, hlm 53.

15 Yeetuan Wong, 2007, The Big Five Families in Penang 1830s-1890s, Chinese Southern Diaspora Studi, Volume 1,hlm 109

16 Khadri Bin Mohd Salleh, 1988/89, Masalah Kongsi Gelap dan Pergaduhan Orang-orang Cina Di Kulim Kedah Pada Tahun 1888, Latihan Ilmiah UKM, hlm 10

(5)

dianggarkan 2/3 pendapatan buruh ini dihabiskan untuk membeli candu kerana pernigaan ini sangat

menguntungkan bagi para peniaga Cina yang telah diberikan hak penjualan oleh British. Namun akibat

kesan buruk daripada candu ini telah menyebabkan British menghapuskannya pada tahun 1901.

Kejayaan kapitalis Cina dalam sektor ini adalah disebabkan kos tenaga buruh yang murah yang pada mulanya mengikut sistem “tambang hutang” iaitu penghutang akan dibebaskan setelah selesai membayar hutang kepada British dan sistem ini telah dimansuhkan pada tahun 1914.18 Secara umumnya pihak British

menyanjung tinggi akan sumbangan yang diberikan oleh kaum Cina didalam sektor pembangunan Tanah Melayu namun mereka (Cina) menerima sedikit perhatian daripada pihak kolonial yang hanya tertumpu kepada soal tenaga kerja sahaja manakala soal-soal kebajikan kaum Cina telah diserahkan kepada Kapitan-kapitan yang telah dilantik mereka. Kemudian British telah menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Orang Cina di Singapura akibat daripada kewujudan kumpulan Kongsi Gelap yang menyebabkan berlakunya beberapa kekacauan di seluruh Tanah Melayu. Pegawai British yang dilantik ini mestilah boleh berbahasa Cina bagi memudahkan urusan diantara British dan Kapitan – kapitan Cina tadi. Di China sistem ini dikenali sebagai

“perniagaan babi” dimana para imigran ini telah ditipu dan dipaksa oleh kongsi gelap tempatan untuk menjadi buruh paksa diseluruh dunia dan kebanyakkan imigran ini mengalami pelbagai masalah, tekanan dan kesengsaraan untuk meneruskan kehidupan.19

Gerakan mara British melalui Perjanjian Pangkor merupakan petanda bermulanya tempoh 24 tahun kemakmuran bagi industri bijih timah di Tanah Melayu.20Antara tahun 1851-1860 eksport timah Tanah

Melayu ke Britain adalah sebanyak 23 peratus. Dalam masa 10 tahun kemudian jumlah eksport keseluruhan adalah sebanyak 34,180 tan kemudiannya menjelang 1871-1875 jumlah eksport timah ke Britain adalah sebanyak 29,257 tan atau puratanya 6,000 tan setahun.21 Perak sebagai negeri pengeluar timah utama di

Tanah Melayu pada waktu itu telah menghasilkan 18,810 tan timah yang dieksport ke luar negara pada

18 Jomo, 1988, Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial Di Semenanjung Malaysia, DBP, hlm 187.

19 Rupert Emerson, 1993, Malaysia Kita, DBP, hlm 32.

20 D.J.M Tate, 1981, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid 2, hlm 217.

(6)

tahun 1893 berbanding 650 tan timah pada tahun sebelumnya. Manakala negeri Melayu yang lain pula menghasil 18,390 tan timah pada tahun yang sama.

Perjanjian Pangkor itu turut memberi kesan lain kepada ekonomi negeri Perak khususnya dimana pentadbir British telah mengambil alih pemungutan cukai yang dibuat oleh pembesar Melayu, pada tahun 1870an dianggarkan pendapatan seorang pembesar adalah sebanyak $6,000 setahun hasil daripada pelbagai kutipan cukai terutama sekali dalam sektor bijih timah. Selepas 1874 para bangsawan ini dibayar $ 600 hingga $2400 setahun sebagai ganti kepada kutipan yang pernah mereka lakukan.22 Sistem Torrens iaitu

sistem pendaftaran hakmilik tanah telah mula diperkenalkan ke Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang menyebabkan lambakan pelaburan asing dan juga untuk mengawal kebun kecil milik Melayu sehinggakan tanah-tanah pada waktu itu semakin berkurang yang menyebabkan tanah boleh dijual beli yang turut menghapuskan sistem pertanian pindah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu tradisional.23

Selepas kejayaan British memajukan sektor perlombongan, jalan perhubungan mula dibangunkan dari kawasan ini ke pelabuhan-pelabuhan utama pada waktu itu terutama sekali di Pulau Pinang, Klang dan Singapura.24 Pembinaan jalan raya dan jalan keretapi telah menyebabkan ekonomi di negeri-negeri Melayu

terutamanya di pantai barat menjadi lebih berkembang. Selepas 1894 dengan pemusatan kuasa negeri Melayu yang membentuk Negeri Melayu Bersekutu pula dianggarkan sebanyak 49,529 tan timah telah dihasilkan dan di eksport ke luar negara.25

Kemerosotan industri bijih timah akibat daripada persaingan dari tempat-tempat lain menyebabkan pihak British mula mengambil perhatian dalam sektor pertanian walaupun pada awal abad ke 19 orang-orang Cina sudah mula menanam tebu, lada hitam dan gambir namun komoditi ini tidak begitu mendapat sambutan di Tanah Melayu akibat daripada penguasaan Belanda di Kepulauan Rempah di Indonesia. Pertanian komersil bukanlah perdagangan utama bagi British di Tanah Melayu kerana persaingan bahan tersebut dengan negeri-negeri jajahannya yang lain. Penanaman tebu di Pulau Pinang terutamanya di kawasan Seberang Perai untuk pembuatan gula secara komersial berjaya pada tahun 1846 apabila ia 22 JM Gullick,1978, Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat, DBP, hlm 184.

23 Jomo, 1988, Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial Di Semenanjung Malaysia, DBP, hlm 99.

(7)

diimport ke London besama dengan gula dari India namun usaha tersebut tidak kekal lama. Begitu juga dengan penanaman buah pinang, lada hitam dan gambir yang walaupun seakan-akan menampakkan impak besar terutama sekali di Johor namun usaha ini juga turut gagal kerana pesaingan di antara British dengan Belanda.26

Begitu juga tanaman tebu di Perak yang tidak begitu berjaya dan merosot pada tahun 1914. Begitu juga tanaman kopi yang ditanam secara komersial pada tahun 1896 dengan keluasan 35 ribu ekar tidak berjaya pada pada tahun 1911 walaupun pasaran eksportnya mencapai kira-kira $1juta pada awal abad ke 20.27

Walaupun begitu sistem kangcu yang diperkenalkan di Johor telah memberi impak ekonomi terhadap negeri tersebut pada tahun 1830an yang telah menarik minat orang-orang Cina daripada Singapura untuk datang bekerja di ladang gambir dan lada hitam di sepanjang sungai-sungai Johor. Pemodal British telah menanam kopi,koko dan teh secara besar-besaran melalui syarikat Stock Rochford, Letty Brooke dan Farmosa di Batu Pahat bersama-sama 18 buah ladang kopi lain di Batu Pahat pada tahun 1883.28Akibat

daripada permintaan yang tinggi terhadap barangan itu di Britain dan Amerika Utara penanaman hasil pertanian ini terus berkembang. Kedua-dua tanaman ini menjadi eksport utama negeri tersebut sehinggalah penanaman getah mula diperluaskan sehinggalah sistem kangcu dihapuskan pada tahun 1917.29 Walaupun

begitu sistem kangcu ini telah memberi kesimbangan politik bagi Sultan Johor dan kekuasaan ekonomi kepada kapitan-kapitan Cina kerana bagi Johor mereka dapat mengawal imigran dan imigran Cina ini tidak perlu dikawal yang secara tidak lansung mengekalkan kedaulatan mereka manakala bagi kapitan Cina mereka dapat bekerja mengikut sistem mereka sendiri dan memudahkan proses mengambil imigran baru untuk ladang-ladang mereka tanpa sekatan.30 Manakala di Kelantan pada tahun 1838 dianggarkan 12 ribu

26 L.A Mills, 2012, British Malaya, MBRAS, hlm 220-222.

27 INTAN, Malaysia Kita, 1991, hlm 383.

28 Fawzi Basri dan Hasrom Haron, 1978, Sejarah Johor Moden1855-1940, Muzium Negara, hlm 113.

(8)

pikul lada hitam telah dieksport ke Singapura dan secara keseluruhan hasil eksport pantai timur ke Singapura adalah sebanyak 1,019,733 juta pada tahun 1846.31

Pada abad ke 19 ini peranan pihak British lebih tertumpu ke dalam sektor perlombongan. Jika dilihat secara teliti walaupun seakan-akan British yang mengusahakan pelbagai sektor ekonomi komersial namun hakikatnya ia lebih terarah kepada usaha orang-orang Cina yang datang ke sini dengan kemasukan mereka melalui sektor perlombongan yang kemudiannya merebak ke sektor pertanian. British lebih menumpukan kepada KNK manakala KDNK Tanah Melayu diserahkan kepada orang-orang Cina. Walaupun kerajaan British menyediakan pelbagai kemudahan seperti jalan perhubungan dan pelabuhan namun ia tidaklah mencapai ke seluruh kawasan di Tanah Melayu terutama sekali negeri pantai timur. Ternyata pada abad ini kerajaan British lebih gemar menumpukan sektor perdagangan dan pelabuhan memandangkan ia lebih mudah di urus oleh kerajaan tanpa melibatkan mana-mana pihak luar. Kegagalan orang Melayu dalam sektor bijih timah adalah disebabkan pemerintah Melayu tidak begitu gemar mengambil pekerja Melayu dalam pekerjaan lombong bijih disebabkan masyarakat Melayu hidup secukup sara diri dan tidak mempunyai kemahiran yang tinggi dalam perlombongan. Selain itu teknik perlombongan juga ketinggalan jauh dari pelombong Cina dan pembahagian kerja yang tidak teratur dimana kos pengeluaran ditentukan oleh tradisi bukannya tertakluk kepada pasaran.32 Para pelabur Eropah pula gagal menguasai sepenuhnya ekonomi

Tanah Melayu akibat dari dalam negara akibat persaingan orang-orang Cina yang nampaknya mempunyai hubungan lansung dengan negara China yang telah memudahkan lagi urusan mereka dalam pelbagai sektor perniagaan dan perladangan.Walaupun usaha-usaha pertanian dibuat sebagai bahan eksport sampingan Tanah Melayu namun kewujudannya tidak lama akibat pelbagai faktor yang merugikan para pelabur namun penanaman getah pada abad ke 20 telah sama sekali meruntuhkan semua komoditi eksport Tanah Melayu pada abad ke 19. Penanaman getah pula telah menyebabkan kemasukan buruh India sepertimana yang pernah dibuat kepada orang-orang Cina yang kemudiannya menimbulkan pelbagai interaksi sosial di kalangan masyarakat Tanah Melayu pada pertengahan abad ke 20.

31 Ishak Shaari, 1991, Keadaan Ekonomi dan Struktur Masyarakat Melayu (eds) Masyarakat Melayu Abad ke 19, DBP, hlm 29.

(9)

Bibliografi Jurnal

(10)

Buku

Abdullah Haji Musa (Lubis), 1965, Sejarah Perak Dahulu dan Sekarang, Penebit Qalam, Singapura. D.G.E Hall, 1973, Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa Pustaka.

D.J.M Tate, 1981, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid 2, Fajar Bakti.

J.M Gullick, 1978, Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat, Dewan Bahasa dan Pustaka. Fawzi Basri dan Hasrom Haron, 1978, Sejarah Johor Moden1855-1940, Muzium Negara.

Institut Awam Tadbiran Negara Malaysia, Malaysia Kita, 1991.

John Bastin dan Harry J.Benda,1972, Sejarah Asia Tenggara Moden, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jomo, 1988, Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial Di Semenanjung Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khoo Kay Kim, 1972, The Western Malay States 1850-1873:The Effects of Commercial Development of Malay Politics, Oxford University Press.

L.A Mills, 2012, British Malaya, Malaysian Branch Asiatic Society.

P.C Lim, 1982, Sejarah China Moden, International Book Service.

Robert Llyod George, 1997, Ayunan Timur Barat, Dewan Bahasa dan Pustaka. Rupert Emerson, 1993, Malaysia Kita, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Victor Purcell, 1975, The Chinese In Malaya, Oxford University Press.

Wang Gangwu, 1991, China and The Chinese Overseas, Times Academic Press.

Kertas Kerja

Khadri Bin Mohd Salleh, 1988/89, Masalah Kongsi Gelap dan Pergaduhan Orang-orang Cina Di Kulim Kedah Pada Tahun 1888, Latihan Ilmiah UKM.

Referensi

Dokumen terkait

Penerbitan buku ini dimaksudkan untuk menyediakan pedoman bagi perusahaan tentang hak dan kewajiban mereka yang berkaitan dengan pemagangan dan mempromosikan good practices

Kenyataannya di lapangan berdasarkan pengamatan yang dilakukan penulis April-Mei 2016 menunjukkan bahwa: (1) pembelajaran membaca pemahaman di SD cenderung diabaikan

Hasil validasi buku siswa untuk setiap aspek diperoleh data antara lain untuk aspek ma- teri pembelajaran memperoleh skor 4,17 dengan kategori sangat baik, aspek

Untuk reaksi yang melibatkan gas tetapan kesetimbangan dapat dinyatakan dari harga tekanan parsial masing-masing gas pada saat setimbang, sebab konsentrasi gas dalam suatu ruangan

Menurut Perry & Potter (2005) nyeri dapat diklasifikasikan berdasarkan sumbernya, berdasarkan penyebab, berdasarkan lama durasi dan berdasarkan lokasi

Dan kami mengharapkan agar undang-undang ini dapat menjadi pedoman bagi lembaga Kemahasiswaan yang ada di kampus Poltekkes Kemenkes Surabaya dalam

Alkena asiklik yang paling sederhana, yang membentuk satu ikatan rangkap dan tidak berikatan dengan gugus fungsionalmanapun, maka akan membentuk suatu kelompok

Pedon P3 termasuk Great Group Fulvudand karena batas atas pada, lebih dalam dari 30 cm dari permukaan tanah mineral atau lapisan organik dengan sifat-sfat tanah andik,