Isi Kandungan
Bil Perkara Halaman
1 Abstrak 2
2 Pengenalan 3
3 Latar Belakang Masalah 4
4 Pernyataan Masalah 5
5 Objektif Kajia 6
6 Kepentingan Kajian 7
7 Skop dan Batasan Kajian 8
8 Perbincangan 9 - 12
9 Cadangan 13
10 Penutup 14
11 Bibiliografi 15
12 Lampiran 16 - 33
Penulisan jurnal ilmiah merupakan salah satu cara yang amat berkesan dalam sesi pembelajaran yang memerlukan para pelajar menguasai sesuatu mata pelajaran yang dipelajari serta struktur yang menyokong kekurangan yang dalam strategi belajar .Di dalam penyelidikan yang dilakukan kepada pelajar sekolah menengah seramai 70 orang , dapat dianalisis kesan daripada dua perkara berdasarkan arahan ialah memaklumkan dorongan dan contoh pembelajaran jurnal sepanjang permintaan tersebut .
1.2 Pengenalan
Penulisan merupakan wadah yang selalu digunakan oleh sesiapa yang bergelar pelajar ataupun tenaga pengajar . Para pelajar kerap menggunakan kaedah penulisan untuk mempersembahkan tugas penulisan yang memerlukan mereka menulis nota , karangan , peperiksaan awam , pembelajaran jurnal , rumusan daripada laporan kajian saintifik atau sebagainya .
Dalam kes ini , cikgu mengajar pelajar berdasarkan perkara yang tersirat dan hanya berdasarkan andaian dan mereka juga berpendapat bahawa daripada penulisan minat belajar di dalam kalangan pelajar akan meningkat dan mempercepatkan proses pembelajaran dan pengajaran ( P & P ) . Daripada penulisan juga pelbagai cara pembelajaran akan muncul seperti peta minda dan sebagainya . Walaubagaimanapun , ianya tidak boleh digunakan sepenuhnya .
Penyelidikan tentang kemahiran menulis ini saling berhubung – kait dan bukannya sumbangan yang automatik . Tambahan pula , kesan daripada pembelajaran daripada penulisan memberi kesan yang positif berdasarkan aspek strategi kognitif dan metakognitif yang dapat menyokong tugasan yang diberikan . Hal ini penting untuk memastikan pelajar lebih produktif dalam mempelajari terutamanya pelajar sekolah menengah .
Selain itu , sepanjang sesi pembelajaran berlangsung pelajar seharusnya sentiasa mengamalkan atau mempraktikkan kerja penulisan supaya dapat mempertingkatkan kemahiran serta dapat menyerlahkan atau menguatkan ingatan semasa belajar . Banyak cara untuk meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar . Hal ini amat bertepatan dengan keperluan masa kini yang memerlukan para pelajar yang berkemahiran tinggi terutamanya dalam bidang penulisan ilmiah .
Berdasarkan kajian yang dilakukan ,pelbagai masalah yang dikesan melalui proses pembelajaran melalui penulisan ilmiah . Hal ini kerana penulisan ilmiah seperti ini bukan sahaja penting semasa belajar sahaja tetapi ianya juga boleh menjadi pengukur kepada tahap kemahiran sesetiap pelajar. Menurut Fitzgerald & Shanahan , 2000 ; Hidi &Buscolo ,2006 ) proses penulisan ilmiah ini sukar difahami oleh pelajar . Selain itu , pembelajaran dan pengajaran berdasarkan penulisan ilmiah ini amat sukar di ajar kepada mereka ( Huot , 2002 ) . Hal ini penting untuk pelajar meneroka arahan yang diberikan dengan lebih baik .
Masalah yang timbul sepanjang sesi ini memerlukan perhatian yang serius untuk memastikan setiap perjalanan pendidikan yang berlanggsung akan mencapai kualiti yang terbaik untuk memastikan kelancaran pencapaian akademik . Dalam sektor pendidikan , wujud kepercayaan yang kuat untuk menyumbang bahan penulisan ilmiah kepada pembelajaran .
Dalam kajian ini , didapati masalah yang akan timbul sepanjang pembelajaran berdasarkan penulisan ilmiah . Berdasarkan permasalahan yang wujud , telah dapat mengenal pasti bahawa terdapat banyak masalah yang muncul semasa merealisasikannya ialah tenaga pengajarnya sendiri tidak menjadi contoh dalam bidang penulisan ini selain itu ketiadaan garis panduan yang khusus dan sesuai sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran ( P & P ) seterusnya kekanggan masa untuk memastikan proses ini berjalan seperti yang dirancang .Selain itu tanggapan guru yang masih menggunakan kaedah P & P yang bercorak tradisional disamping cara mengajar yang masih menggunakan kaedah lama dan ketiadaan strategi yang sesuai untuk proses pembelajaran penulisan ilmiah ini .
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti permasalahan yang timbul dengan cara pembelajaran menggunakan kaedah penulisan ilmiah dalam kalangan pelajar sekolah menengah . Kaedah ini amat penting kepada mereka agar menjadi latihan yang efektik untuk menghadapi kaedah pembelajaran di universiti .
Selain daripada itu , melalui kaedah pembelajaran menggunakan penulisan ilmiah ini para pelajar akan lebih cenderung untuk membaca . Secara tidak langsung ianya akan meningkat minat pelajar untuk menerokai ilmu untuk memastikan mereka mendapat apa yang mereka cari sepanjang sesi pembelajaran .
Penerokaan ilmu akan bermula daripada penulisan ilmiah dari penulis – penulis terdahulu ianya akan menjadi batu loncatan kepada para pelajar untuk mencontohi karya – karya yang akan membantu mereka dalam menyelesaikan permasalahan yang muncul semasa proses pembelajaran di langsungkan .
Kajian ini penting untuk memberi pendedahan kepada pelajar untuk mendalami ilmu penulisan ilmiah ini . Selain itu kepentingan daripada kajian yang dilakukan untuk penambahbaikkan teknik pembelajaran ini.
Pendedahan kepada pelajar untuk mendalami ilmu ini penting untuk memberikan pengalaman awal untuk penulisan ilmiah ini .Pelajar harus diberi bayangan kerja apabila berada diperingkat yang lebih tinggi . Hal ini amat bertepatan dan perlu dilaksanakan segera untuk memastikan pelajar tidak terkejut dengan tugasan yang akan pensyarah berikan . Hal ini kerana , walaupun pelajar sudah diterima masuk ke penempatan pendidikan seperti university , kolej dan lain – lain masih tidak menguasai dengan baik teknik untuk penulisan ilmiah . Hal ini amat membimbangkan kerana keperluan kerja kini memerlukan pekerja yang mempunyai pelbagai kelebihan untuk meningkatkan prestasi kerja atau sesebuah organisasi .
Bagi penambahbaikkan teknik atau proses pembelajaran pula lebih kepada guru untuk memikirkan cara yang terbaik untuk menyelesaikan permasalahan ini . Zaman sekarang memerlukan guru yang proaktif dan agresif untuk memastikanmatlamat pendidikan tercapai dengan jayanya . Guru hendaklah selalu melakukan penambahbaikan ilmu dalam penulisan ilmiah walaupun guru itu hanya mengajar dia sekolah menengah .
Kajian ini dilakukan dalam kalangan pelajar sekolah menengah kerana isu ini amat berpotensi kepada mereka . Hal ini kerana dari tahap ini mereka masih buntu dengan cara penulisan yang baik . Bermula disekolahlah pembelajaran atau ilmu harus diketengahkan di beri pandangan yang serius untuk memastikan semua berjalan dengan lebih lancer . Selain tu , daripada pelajar di peringkat ini lah harus di beri penekanan khusus mengenai cara penulisan ilmiah ini .
Melalui cara ini diharapkan para guru dapat mempraktikkan setiap ilmu penulisan ilmiah yang ada untuk membantu anak murid mereka dalam meningkatkan minat serta pemahaman yang tinggi bagi memastikan kelancaran pembelajaran mereka apabila di universiti amat berguna . Selain itu mereka juga dapat mengunakan kemahiran yang ada apabila mereka sudah memasuki alam profesion yang mereka ceburi .
Seperti yang kita tahu , penulisan ilmiah merupakan teknik pembelajaran yang amat membantu para pelajar bermula dari peringkat awal lagi . Dari bermulanya perjalanan seseorang individu itu mengenali dunia pembelajaran , penulisan la media utama yang mengetengahkan kemahiran yang mereka miliki . Banyak juga yang tidak sedar bahawa persepsi atau tanggapan dan pemikiran kita tentang dunia dipengaruhi dan dibentuk melalui bahasa dan penulisan ilmiah itu sendiri .
I. Tenaga Pengajar yang Tidak Mewujudkan Contoh yang Terbaik
Tenaga pengajar yang mahir amat diperlukan untuk mengajar anak murid cara – cara yang betul untuk menghasilkan penulisan ilmiah yang berkualiti disamping memberikan tunjuk ajar yang amat berkualiti tinggi bagi memastikan setiap yang diajar pelajar dapat mempergunakan ilmu itu sebaik mungkin sama ada ketika belajar mahupun sudah bekerja . Hal ini kerana mereka (guru) itu sendiri tidak mempunyai ilmu yang mantap untuk mendidik pelajarnya . Mereka tidak dididik dari awal cara menulis bahan ilmiah dengan betul oleh guru mereka semasa mereka belajar . Ketiadaan kepakaran ini merumitkan lagi keadaan dimana setiap pelajar harus didedahkan dengan cara menulis bahan ilmiah yang baik .
Para pelajar mempunyai ingatan yang kuat untuk mengingat apa yang diajar oleh tenaga pengajar . Justeru itu setiap guru harus peka dengan kelebihan yang mereka ada untuk mengajar ilmu penulisan ilmiah ini dengan berkesan . Pelajar dapat memproses maklumat dengan cepat dan mudah ini juga memudahkan tenaga pengajar .
Masalah ini merupakan masalah yang amat kritikal jika tidak ditangini segera . Walau sibuk dengan aktiviti akademik yang lain para pelajar harus diajar dengan baik untuk cara penulisan ilmiah (Brown et al. 1983 ; Winne , 2005 ) . Walaupun penulisan berilmiah ini merupakan perkara yang harus dilakukan oleh pelajar universiti atau kolej tetapi ianya juga mesti dilatih sejak sekolah menengah lagi untuk memastikan ianya akan memudahkan pelajar semasa ke universiti nanti . Perancangan pengajaran dan pembelajaran mengenai penulisan ilmiah ini memerlukan garis panduan yang khusus dan memberikan kebaikan kepada semua pihak kelak. Para pelajar berhak untuk mempelajari apa yang patut dipelajari oleh mereka . Ini merupakan sebahagian daripada proses akademik mereka . Melalui penulisan ilmiah ini juga para pelajar dapat mengaplikasikan proses kognitif dan metakognitif . Kebiasaannya para pelajar tidak menunjukkan tahap konitif mereka dalam ilmu penulisan ilmiah ini .
Pengalaman guru juga penting untuk memastikan ilmu yang disampaikan mengikut spesifikasi yang ditetapkan ( Coker & Lewis , 2008 ) . Guru harus selalu melakukan penyelidikan untuk mengajar ilmu tersebut ( Graham & Perin ,2007 ; Kiuhara ) . Guru juga mesti bersetuju untuk menaik taraf sedikit demi sedikit pengetahuan mereka dalam penulisan ilmiah ini .
Masa yang akan diambil untuk menyelesaikan isu pembelajaran penulisan ilmiah ini akan mengambil masa yang amat panjang . Hal ini kerana , pihak yang bertanggungjawab masih mencari alternatif yang sesuai untuk memastikan proses ini dapat menerima baik cara pembelajaran yang berkesan ini . Untuk memastikan proses ini berjaya ianya akan mengambil masa yang lama untuk memastikan keberkesanannya. Ianya memerlukan pelbagai pandangan daripada pelbagai pihak ( Graham & Perin , 2007 ) . Proses penulisan ilmiah ini memegang falsafah di mana setiap penulisan harus disemak oleh orang yang berpengetahuan sebelum melakukan tindakan – tindakan yang seterusnya . Hal ini amat rumit , kerana pelajar – pelajar masih menggunakan cara lama dalam penulisan ilmiah mereka .
IV. Guru Masih Menggunakan Kaedah Tradisioanal dalam Sesi Pengajaran
Guru masih terikut – ikut cara pembelajaran mereka dahulu amatlah merisaukan . Dalam matapelajaran bahasa Inggeris selalunya memerlukan pemerhatian yang lebih daripada guru matapelajaran supaya para pelajar dapat menambah ilmu penulisan ilmiah ( Coker & Lewis , 2008 ) . Pada masa kini , guru harus bergerak seiring dengan peredaran masa untuk memastikan pelajar tertarik untuk mendalami lagi penulisan ilmiah ini .
1.9 Cadangan
Cadangan saya untuk meningkatkan semangat pelajar untuk meminati penulisan ilmiah ini ada la dengan melakukan penambahbaikan dalam proses pembelajaran . Ianya bermaksud pihak yang berwajib harus memberi kelonggaran kepada para tenaga pengajar dan pelajar mempelajari perkara baharu yang bertujuan memberikan mereka menguasai secara semula jadi tanpa paksaan . Selain daripada itu , pihak kementerian juga harus memikirkan alternative yang sesuai untuk menggurangkan beban guru yang terpaksa melakukan pelbagai kerja yang mungkin tidak sepatutnya dilakukan oleh guru . Hal ini akan menyebabkan guru tiada masa untuk meluangkan masa bersama dengan pelajar . Jika hal ini berlarutan berlaku pelajar akan jauh ketinggalan untuk memperbaiki kemahiran penulisan mereka .
1.10 Penutup
1.11 Bibiliografi
Syed Ismail bin Syed Mustapha dan Ahmad Subki bin Miskon (2010) , Kemahiran Belajar , Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia
Suppiah Nachiappan , Kamarulzaman Kamaruddin , Abd. Aziz . Abd . Shukor ,Ramlah Jantan , Roslinda Mustapha , Hazalilah Hamzah (2009,) , Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar
Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia
Md. Sidin Ahmad Ishak dan Mohd Salleh Rahamad (1998) , Strategi Bahasa Panduan Nahu dan Retorik untuk Penulisan ,
Kuala Lumpur , Universiti Malaya
Maria Nichols ,(2009) ,Talking About Text , Huntington Beach , U. S. A
Instructional Support to Overcome Learning – Strategy Deficts , Learning and Instruction (2010) 18 – 19 .Diperoleh di Perpustakaan Tuanku Bainun U.P.S.I pada 30. September . 2013