• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pendidikan Akidah Rasulullah s.a.w Terha

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pendidikan Akidah Rasulullah s.a.w Terha"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

PENDIDIKAN AKIDAH RASULULLAH S.A.W TERHADAP KANAK-KANAK BERDASARKAN HADITH KE SEMBILAN BELAS AL-ARBA‘IN

AL-NAWAWIYYAH

Oleh : Rosni Wazir

Jabatan al-Quran dan al-Sunnah, Akademi Islam,

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Al-Arba’in al-Nawawiyyah adalah sebuah karya hadith yang terkenal sehingga mendapat perhatian luar biasa dari khalayak pembaca. Sering menjadi pilihan sebagai bahan bacaan sama ada secara formal atau tidak formal. Salah satu daripada hadis-hadisnya ditujukan khusus kepada golongan muda, iaitu mengandungi unsur-unsur akidah tauhid uluhiyyah yang sangat penting. Penulisan ini akan melihat pendidikan akidah yang telah diserapkan oleh baginda berdasarkan hadis tersebut terhadap golongan muda.

PENDAHULUAN

Penyusunan karya berbentuk al-Arba‘un (himpunan 40 buah hadith) ini mendapat perhatian yang luar biasa di kalangan masyarakat Islam sehingga bilangannya tidak mampu ditentukan secara jelas dan tepat. Inilah isyarat yang dapat difahami daripada kata-kata al-Nawawi di dalam mukaddimahnya yang berbunyi : “Telah menyusun Ulama’-ulama’ berkaitan bab ini deretan karya yang tidak mampu ditentukan bilangannya…”.1 Ia bukan sahaja sangat banyak

bilangannya, bahkan berbeza-berbeza pendekatan dan tumpuannya menjadikan ia sangat menarik untuk dikaji.

Paling menarik perhatian adalah karya al-Arba’in yang disusun oleh al-Nawawi sehingga dikenali sebagai al-Arba’in al-Nawawiyyah. Ia amat terkenal dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa serata dunia. Ia mempunyai pelbagai keistimewaan yang membuatkannya

1 Yahya bin Sharaf al-Din al-Nawawi (t.t), Matn al-Arba‘in al-Nawawiyyah fi al-Ahadith al-Sahihah bi Sharh

(2)

menjadi utama setiap golongan. Ia sama ada berkaitan dengan metodologi, kriteria pemilihan hadis serta topik utamanya.

Sebagaimana yang diketahui baginda Rasul adalah tokoh pendidik yang amat hebat. Baginda telah berjaya melahirkan generasi yang telah mewarnai dunia ini dengan nur Islam dan ini bukanlah satu tugas yang mudah. Pengajaran-pengajarannya yang mulia dan penuh hikmah dapat dilihat dengan jelas di dalam hadis-hadis baginda serta sirahnya yang mulia.

Melalui pendekatan yang hebat, metodologi yang mengkagumkan, baginda adalah tokoh pendidikan yang terbilang.

AL-ARBA’IN AL-NAWAWIYYAH.

Tajuk sebenar bagi karya ini adalah “al-Arba‘in fi Mabani al-Islam wa Qawa‘id al-Ahkam”2, tetapi ia lebih dikenali sebagai al-Arba‘in al-Nawawiyyah nisbah kepada

pengarangnya al-Nawawi 3, dan ia hampir-hampir tidak dikenali kecuali dengan nama ini4.

Karya ini telah disempurnakan oleh al-Nawawi pada malam Khamis, 27 Jamadil Awal tahun 668 Hijrah bersamaan 24 Januari 1270 Masihi.5 Ia mengandungi 42 buah hadis tetapi

dinamakan “al-Arba‘in” yang bermaksud “empat puluh”. Penjelasan tentang hal ini boleh difahami daripada kata-kata Sheikh al-‘Uthaymin di dalam mukaddimahnya :

“al-Nawawi telah mengarang banyak karya dan di antara yang terbaik adalah karya ini al-Arba‘in al-Nawawiyyah. Ia sebenarnya bukan 40 tetapi 42 buah. Namun begitu, orang Arab telah menghazafkan yang

2 Ini adalah nama yang disebut oleh al-Nawawi di dalam syarah Sahih Muslim. Sila lihat Yahya bin Sharaf al-Din al-Nawawi (1984), al-Minhaj fi Sharh al-Muslim li al-Nawawi, j.7, c.2, Beirut : Dar al-Ihya’ al-Turath, h.100.

3 Ibn Mulqini (2005), al-Mu‘in ‘ala Tafahhum al-Arba‘in, ‘Abd al-‘Al Mus‘ad (tahqiq), cet.1, Kaherah :

al-Faruq al-Khaditihiyyah, h. 13.

4 Ahmad ‘Abd al-‘Aziz Qasim al-Hadad (1992), al-Imam al-Nawawi wa Atharuh fi al-Hadith wa ‘Ulumuh,

Beirut : Dar al-Basya’ir al-Islamiyyah, h.340.

5 Al-Sheikh ‘Abd al-‘Aziz Ibrahim bin Qasim (2000), al-Dalil al-Mutun al-‘Ilmiyyah, Riyad : Dar al-Somi‘i li

(3)

sukar disebut dan memanggilnya “al-Arba‘in”. Tidak menjadi isu sekiranya lebih satu atau dua mahupun kurang satu atau dua.”6

Terdapat 4 faktor utama yang mendorong al-Nawawi menyusun al-Arba‘innya :

1. Mendapat inspirasi daripada hadis Nabi Muhammad  berkenaan kelebihan orang yang menghafaz 40 buah hadis.

2. Mengikut jejak langkah ulama’-ulama’ terdahulu yang menyusun al-Arba‘un. 3. Menyampaikan hadis-hadis Nabi kepada umat manusia untuk dihafaz, dihayati,

difahami dan diamalkan.

4. Melakukan khidmat pada Islam dan umatnya.

Al-Arba’in al-Nawawiyyah mempunyai banyak keistimewaan, tetapi yang paling ketara adalah sifat jawami’ al-kalimnya.

Jawami’ al-Kalim adalah satu keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah kepada sabda-sabda Nabi Muhammad . Ia pada asasnya adalah sebagai yang disabdakan oleh baginda Rasulullah  :

يبنلا نع هنع هللا ىضر ةريره يبأ نع

ملكلا عماوجب تثعب : لاق

7

Jawami’ al-Kalim sebagaimana pendapat Imam al-Zuhri bahawa : “ Ia adalah bagaimana Allah 

mengumpulkan bagi Nabi Muhammad  urusan-urusan yang banyak tertulis dalam kitab-kitab

sebelumnya hanya dengan satu atau dua urusan sahaja.” Sesetengah ulama lain pula mentakrifkannya sebagai “Kalimat yang ringkas, namun mengandungi makna yang banyak, padat dan mendalam.”

Hadis-hadis yang dipilih oleh al-Nawawi di dalam al-Arba‘innya adalah yang berbentuk jawami’ al-kalim, ringkas tetapi padat dan mengandungi maksud yang penting. Bukan itu sahaja, malahan sanad-sanad hadith ini dihazafkan dan jelas dinyatakan oleh al-Nawawi bahawa ia untuk memudahkan

6 Al-Sheikh Muhammad Salih li al-‘Uthaymin (2011), Sharh al-Arba‘in li al-‘Uthaymin, halaman

mukaddimah, www.ibnothaimeen.com, 21 September 2011.

7 Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim. Sila lihat Al-Hafiz Abi ‘Abd Allah Muhammad bin Isma‘il bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Bukhari(2000), Sahih al-Bukhari, Mausu‘ah Hadith Sharif Kutub Sittah, Salih bin ‘Abd ‘Aziz Muhammad bin Ibrahim ‘Ali Sheikh (ed.), Kitab Ta‘bir, Bab al-Mafatih bi al-Yad, no.7013, Saudi Arabia : Dar al-Salam, h.585.

al-Imam al-Hafiz Abi al-Husayn Muslim bin al-Hajaj bin Muslim al-Qushairi al-Naysaburi (2000), Sahih Muslim, Mausu‘ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, Salih bin ‘Abd al-‘Aziz Muhammad bin Ibrahim ‘Ali Sheikh (ed.), Kitab al-Masajid wa al-Mawadi’, Bab al-Masajid wa al-Mawadi’ al-Solah, no.1167, Saudi Arabia : Dar al-Salam, h.759.

(4)

hafazan. Pendekatan hadis sebegini amat mesra pembaca, senang difahami dan jitu maksudnya. Sekiranya diperhatikan hanya 7 daripada 42 buah hadis yang sedikit panjang, manakala selebihnya adalah pendek-pendek sahaja. Bagi masyarakat awam, ia ternyat amat senang untuk dipelajari, difahami dan dihafaz, terutama bagi mereka yang baru berjinak dengan hadis Nabi .

PENDIDIKAN ISLAM.

Dasar bagi sesuatu perkara adalah amat penting kerana dari situlah wujudnya paradigm terhadap perkara itu yang membawa kepada pengaruh yang besar terhadap sesuatu sistem. Maka, dasar bagi pendidikan Islam adalah jelas, iaitu al-Quran dan al-Sunnah.

Pendidikan, sama ada dalam masyarakat Barat ataupun Islam, bertujuan untuk menyebarkan pengalaman dan kebudayaan manusia daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Dalam pendidikan Islam, penyebaran pengalaman ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu : pengalaman dalam bentuk kemahiran serta pengetahuan teknikal yang keadaannya sentiasa berubah dari masa ke semasa; dan pengalaman berasaskan nilai-nilai yang tetap yang terdapat dalam agama. Pengalaman ini tidak berubah dan boleh didapati daripada al-Quran dan al-Sunnah.8

Pada asasnya tujuan pendidikan Islam ialah untuk melahirkan insan kamil yang berketrampilan dari tiga aspek : kognitif (intelektual), efektif (pengalaman) dan psikomotor (indera).9

Kognitif berkait dengan akal. Pembinaan minda atau akal dengan pengisian pelbagai ilmu wahyu dan akli yang mampu menyiapkan individu untuk berfikir, mentaakul, merenung, menyimpulkan dan memandu akliah ke arah paksi ketuhanan sehingga menyampaikan segala ilmu kepada keagungan dan kebesaran Ilahi.10

Efektif berkait dengan hati. Ia adalah satu proses memberi individu pengalaman dan penghayatan terhadap sesuatu ilmu Efektif berkaitan dengan kesedaran pemilikan fitrah, roh,

8 Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa (1994), Falsafah dan Konsep Pendidikan, Shah Alam : Penerbitan Fajar

Bakti, hlm. 55.

(5)

jiwa dan perasaan sehingga ke tahap “insan sedar” akan kepentingan, tanggungjawab dan kewajipan.11

Psikomotor berkait dengan pancaindera. Ia adalah pergerakan indera dan pancaindera anggota manusia agar terbiasa secara natural bermula dari aspek pertumbuhan, tumbesaran, perkembangan dan pematangan.12

Pendidikan Islam juga bermatlamat untuk mewujudkan perkembangan yang seimbang di dalam diri individu dengan nilai-nilai keislaman. Kesimbangan ini dapat diwujudkan dengan akal fikiran. Pemaduan seperti ini dapat menghasilkan seorang individu yang beriman, berpengetahuan, berakhlak tinggi dan beramal soleh.13

BENTUK DAN METODOLOGI PENDIDIKAN RASULULLAH.

Pendidikan Rasulullah terhadap anak-anak dan remaja dapat dilihat daripada sabda baginda :

اوملع : ملسو ميلع هللا ىلص هللا لوسر لاق : هنع هللا ىضر سابع نبا نع

هاور) تكسيلف مكدحأ بضغ اذإو ،اورفنت لو اورشبو ،اورسعت لو اورسيو

(يراخبلا

Maksudnya : Dari Ibnu ‘Abbas r.hu berkata, ia Rasulullah s.a.w bersabda : “Ajarilah, permudahlah, jangan engkau persulitkan, berilah khabar gembira, jangan engkau beri

ancaman. Apabila salah seorang dari kalian marah, hendaklah diam.

Pesanan baginda ini dapat kita lihat sepanjang sirah hidupnya yang mulia dan dituruti pula oleh para sahabat, tabi’in dan salafussoleh.

Secara umumnya, metodologi pengajaran Rasulullah dapat dinyatakan sebagaimana berikut : a) Kuliah dan khutbah atau pidato.

b) Dialog atau perbincangan c) Halakah

d) Soal jawab

11 Ghazali Darusalam (2004), Pedagogi Pendidikan Islam, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors

Sdn.Bhd, hlm.20

12 Ibid.

(6)

e) Hafalan

f) Mujadalah (perdebatan) g) Menggunakan lukisan

h) Pengajaran secara praktikal atau demonstrasi

Namun, asas utama kepada pendidikan baginda adalah qudwah hasanah iaitu metode “contoh dan tauladan” yang diiringi dengan kasih sayang atau mahabbah. Gabungan kedua-dua metod ini membuatkan pengajarannya mudah diterima dan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap murid-murid baginda.

Kedua-dua metode yang diamalkan oleh baginda menghala kepada dua sasaran pendidikan iaitu aspek kognitif dan psikomotor. Baginda mengajar akidah dengan memberi penekanan kepada aspek kognitif iaitu menanam rasa keimanan kepada Allah s.w.t diakal dan jiwa umatnya. Setelah matlamat itu dicapai, baginda menumpukan pula kepada pembentukan akhlak. Aspek yang berkaitan degan sistem nilai (internal), tingkah laku dan pergerakan (external/psikomotor) murid dibimbing agar sesuai dengan keyakinan (iman) akidah yang dipegang oleh mereka.14

Kisah tentang sifat kasih-sayang baginda amat banyak dan tiiada manusia yang mampu menunjukkan tahap kasih sayang sebegitu tinggi terhadap kanak-kanak sebagaimana baginda. Kasih-sayang yang ditunjukkan oleh seorang pesuruh Allah ini membuatkan mereka sungguh bersemangat dan gembira dengan kehidupan.

Baginda seringkali melakukan sentuhan kasih sayang seperti memeluk dan menggenggam tangan mereka. Seringkali baginda menggosok-gosok pipi mereka dengan tangannya yang suci sehingga meninggalkan bauan yang sangat wangi. Budak suruhan baginda, Anas pernah menyatakan bahawa tiada yang selembut tangan baginda mengusap pipinya dan tiada bauan sewangi badan baginda.

Baginda juga suka berjenaka dan menggembirakan mereka dengan kelucuannya. Pernah diceritakan bagaimana seorang kanak-kanak yang mengambil buah tamar dari kebun jirannya dibawa berjumpa Rasulullah. Nabi Muhammad bertanya kepadanya : “Wahai kanak-kanak

(7)

yang kusayangi, kenapa kamu melempar batu kepada pokok-pokok itu?” Dengan lurusnya kanak-kanak menjawab ; “Saya mahukan buahnya.”. Baginda memberi nasihat : “Jika kamu nak makan buahnya, ambillah buah yang telah jatuh dari pokoknya.” Baginda menggosok-gosok kanak-kanak itu dengan kasih sayang dan berkata : “Moga Allah memberkati mu dengan perut yang penuh dengan tamar ini.”

Perbuatan nabi yang penuh kasih-sayang dan doanya yang mengandungi sedikit kelucuan ini akan menjadi salah satu dari bentuk pendidikan tidak formal baginda.15

Kanak-kanak juga sangat gembira dengan kehadiran baginda kerana sifatnya yang suka memberi hadiah pada mereka. Menjadi amalan sahabat, buah-buahan yang pertama sekali masak dan yang paling elok sekali akan dihadiahkan kepada Rasulullah s.a.w dan selalunya baginda akan hadiahkannya pula kepada kanak-kanak yang paling kecil yang berada di situ. Dari segi psikologinya, pelajar belajar dengan baik apabila dapat galakan dan ganjaran.16

Baginda juga memilih jalan yang lebih mudah dalam beribadah demi kerana kanak-kanak. Contohnya, sekiranya baginda mendengar suara kanak-kanak menangis dalam masjid seawaktu solat berjamaah, baginda akan memendekkan bacaan supaya ibu-ibu dapat segera mendapatkan anak-anak itu setelah selesai solat.

Pernah diceritakan bagaimana baginda mengajar seorang kanak-kanak tentang adab dan cara makan yang betul. Kanak-kanak itu dididiknya dengan penuh kasih-sayang, diajarinya doa sebelum makan, dijelaskan tentang kelebihan menggunakan tangan kanan semasa makan dan memulakan makan dengan hidangan yang berada dihadapan kita terlebih dahulu. Hal ini dapat dilakukan baginda secara langsung kerana kanak-kanak itu makan sepinggan dengannya. Nah, bagaimana seorang pesuruh Allah yang mulia tidak segan untuk berkongsi makanan dengan seorang kanak-kanak! Inilah rahsia kejayaan baginda melahirkan insan rabbani dan unik.

15 M.R.K Afridi & Arif Ali Khan (Ed.) (2007), Educational Of Philosophy, New Delhi : Pentagon Press,

hlm.314.

(8)

Pendidikan Rasulullah s.a.w Berdasarkan Hadith Sembilan Belas daripada al-Arba’in

Maksudnya : Daripada Abu Al-Abbas Abdullah bin Abbas r.a, beliau berkata : “Pada suatu hari aku berada di belakang Rasulullah s.a.w lalu baginda bersabda : “Wahai budak! Sudilah kiranya aku mengajarkan kepadamu beberapa kalimah : Peliharalah Allah, nescaya Dia akan memeliharamu. Peliharalah Allah, kamu akan mendapatiNya bersamamu. Apabila kami meminta pertolongan maka mintalah pertolongan daripada Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya jika seluruh manusia berhimpun untuk memberi sesuatu manfaat kepadamu, mereka sesekali tidak akan dapat memberi manfaat itu kepadamu kecuali sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah Taala kepadamu. Dan sekiranya mereka berhimpun untuk mendatangkan bencana kepadamu, mereka tidak akan dapat mendatangkannya kecuali sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah ke atasmu. Telah diangkat kalam dan telah keringlah lembaran (Hadits riwayat al-Tirmidhi).

Di dalam hadith riwayat selain dari al-Tirmidhi disebut :

(9)

(mengingatimu) ketika kamu berada dalam kesusahan. Dan ketahuilah sesungguhnya sesuatu yang telah ditetapkan tidak mengenaimu, tidak sekali-kali akan menimpamu. Dan apa-apa yang telah ditetapkan akan mengenaimu, kamu sesekali tidak akan terlepas daripadanya. Ketahuilah sesungguhnya kemenangan bersama kesabaran dan kelapangan bersama kesusahan. Sesungguhnya beserta kesusahan itu ada kesenangan.

Pendidikan Pada Umur Yang Sesuai :

Identiti “budak” yang disebut di dalam hadis tersebut adalah sepupu baginda, Abdullah bin Abbas yang pada waktu itu masih kanak-kanak berusia tidak lebih dari 12 tahun.

Menurut teori Osward Kroh, usia sebegini adalah period dan tingkat kritis (10-12 tahun) di mana pengamatan dan tanggapan mereka bersifat kritis dan realistik. Mereka mampu memberikan sintesis logik dan sudah mampu menghubungkan bahagian-bahagian tertentu kepada satu bahagian sahaja, hal tersebut kerana wawasan dan intelektual kanak-kanak sudah mencapai tingkat kematangan.17

Tempoh umur sebegini juga pemikiran mereka sudah mula berkembang secara beransur-ansur, kanak-kanak ketika ini betul-betul berada dalam situasi pembelajaran. Selain dari keluarga, persekitaran dapat memberikan pengaruh yang sistematik terhadap pembentukan akal budi kanak-kanak dan pengetahuan secara pantas.

Baginda sangat menginginkan Abdullah serta pemuda dan pemudi muslim supaya memanfaatkan masa muda mereka dengan baik kerana Allah s.w.t akan mengurniakan nikmat pendengaran, penglihatan dan akal dalam usia tuanya18.

Seorang pemuda atau pemudi yang membesar dengan hatinya dekat dengan syariat Allah akan mendapat lindungan ‘arasy pada ketika tiada lindungan lain selain lindungan Allah Taala di Akhirat kelak.

17 Shahrin Hashim dan Yusof Boon (2008), Psikologi Perkembangan,, Azizi Yahya : Zaman Kanak-Kanak,

Skudai : Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, hlm.94.

18 Dr.Mustafa al-Bugho dan Muhy al-Din Masto (1996), al-Wafi fi Sharh al-Arba’in al-Nawawiyyah, Dar Ibn

(10)

يف أشن باشو لداعلا اماملا هلظ لإ لظ ل اموي هلظ يف هللا مهللظي ةعبس

لجوزع هللا ةدابع...

Maksudnya : Tujuh golongan yang Allah s.w.t berikan perlindungan kepada mereka pada hari yang tidak ada lindungan selain lindungan-Nya : Imam yang adil, pemuda yang hidup

beribadat kepada Allah Taala..

Baginda inginkan Abdullah menggunakan tenaga muda yang ada padanya sebaik mungkin dan tidak dicurahkan kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Baginda memilih utuk menasihati Abdullah yang masih mentah itu kerana baginda tahu inilah masa yang paling sesuai untuk menerapkan nilai-nilai murni sebagai bekalan sepanjang hidupnya.

Kesesuaian Masa :

Kisah antara baginda dan Abdullah bin Abbas ini berlaku sewaktu baginda dan sepupu kecilnya itu sedang menunggang kuda.

Kanak-kanak pada usia ini adalah sangat aktif dan segala sesuatu yang aktif dan bergerak akan menarik perhatian kanak-kanak. Semakin banyak yang dilakukan, semakin berguna aktiviti tersebut dalam meningkatkan perkembangan peribadi kanak-kanak.19

Rasulullah sangat memahami emosi seorang kanak-kanak yang mudah seronok, teruja dan positif dengan aktiviti fizikal. Pada waktu inilah baginda menyampaikan pengajarannya dan sudah pasti Abdullah akan menyerap maklumat tersebut dan memanfaatkan sebaiknya.

Kebijaksanaan baginda memilih masa melambangkan ketinggian jiwa pendidik yang dimilikinya.

Menarik Perhatian Pendengar:

(11)

Sebelum memulakan pesanannya, baginda menarik perhatian Abdullah dengan memanggilnya “wahai budak!” supaya fikirannya tertumpu sepenuhnya kepada nasihat yang ingin baginda sampaikan.

Nasihat tersebut bermula dengan suatu perangsang, bagi mendapatkan perhatian yang lebih dan persediaan yang cukup untuk ditanamkan akidah tauhid yang sebaiknya bermula dari kecil. Kata-kata perangsang yang dimaksudkan adalah كملـعا ينإ yang bermaksud “sudikah kiranya aku mengajarmu beberapa kalimah”. Kata-kata ini pada lahirnya merupakan pertanyaan, tetapi ia tidak bermaksud mendapatkan jawapan, hanya sebagai persediaan bagi mendapatkan perhatian yang cukup kepada pengajaran yang berikutnya.20

PENDIDIKAN AKIDAH RASULULLAH TERHADAP ABDULLAH BIN ABBAS.

Abdullah bin Abbas adalah sepupu baginda yang masih dalam usia kanak-kanak sewaktu beliau menerima mutiara-mutiara hikmah daripada Nabi Muhammad s.a.w. Usia yang dinyatakan sebagai kawasan yang paling subur untuk pembangunan pendidikan kerana ia merupakan masa terpanjang dibandingkan makhluk hidup yang lain. Masa kanak-kanak manusia memliki kelebihan berupa aktif, polos dan fitrah.21

Pada usia sebegini, ingatan kanak-kanak mencapai kesungguhan paling tinggi dan kuat. Daya menghafal dan daya ingatan adalah paling kuat dan mampu mengingat dalam kuantiti yang banyak.22

Melihat kepada makna hadis yang berkaitan, dapat dikenalpasti bahawa perkara utama yang ditekankan oleh baginda adalah kecintaan terhadap Allah s.w.t. Kecintaan yang jitu seperti ini akan menjamin kehidupan kanak-kanak ini apabila dewasa kelak. Mereka akan takut untuk

20 Abdul Hayei Abdul Sukor (1995), Ulasan dan Terjemahan Hadith 40, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan

Pustaka, hlm.221.

21 Dr.Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid (2010), terj. Farid Abdul Aziz Qurusy, Prophetic Parenting : Cara

Nabi s.a.w Mendidik Anak, Yogyakarta : Pro-U Media, hlm.302.

22 Shahrin Hashim dan Yusof Boon (2008), Psikologi Perkembangan, Azizi Yahya : Awal Persekolahan, Skudai :

(12)

melakukan dosa dan menyerahkan segala pergantungan kepada Allah semata-mata dan tidak tahu pada kuasa lain selain-Nya.

Sekiranya kita meneliti huraian ulama’ terhadap makna hadith ini, antara kalimah yang penting di sini adalah هللا ظفحا yang bermaksud “peliharalah Allah” iaitu kenalilah batas-batas yang telah digariskan oleh Allah Taala, jagalah ia dan jangan melampauinya. Beriltizamlah dengan perkara yang difardukan dan sentiasa bertakwalah kepada-Nya, iaitu dengan melakukan perkara yang diperintahkan dan meninggalkan perkara yang dilarang.23

Nasihat-nasihat yang diberikan oleh Rasulullah ini sebagai tanda keseriusan baginda untuk membimbing dan melahirkan generasi mukmin contoh. Baginda ingin berpesan kepada Abdullah secara jelas iaitu sentiasa menjaga batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah Taala kerana itu adalah sumber kekuatan kita sebagai manusia.

Asas yang ingin diterapkan oleh banginda sedari usia yang muda sebagai persediaan dalam mendepani ujian yang bakal mendatang.

Segala ketundukan kepada batas-batas Allah ini bukan datang secara percuma kerana “bonus” yang diperolehi adalah sangat besar iaitu kita berhak memperolehi bantuan dan pertolongan daripada kuasa yang Maha Tinggi iaitu Allah Taala. Firman Allah s.w.t :























Maksudnya : Bagi setiap orang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapan dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya daripada sesuatu yang bahaya dengan perintah

Allah (Surah al-Ra’d ayat 11)

Baginda ingin nyatakan bahawa segala permohonan, doa dan permintaan hanya kepada Allah s.w.t. Hanya Dia tempat kita meminta tolong dan bukan makhluk yang serba lemah dan kekurangan.

Apabila mereka sedar tentang hakikat ini, akan lahirkan satu generasi yang mantap akidahnya, berani dan tidak takut pada mana-mana kuasa lain selain dari Allah Taala. Ini adalah akidah yang perlu diterapkan dalam jiwa mukmin sedari muda lagi. Inilah generasi

(13)

yang kita ingini dan mampu mengangkat Islam ke tempatnya yang paling mulia. Mereka yang meyakini bahawa tiada kuasa lain sehebat kuasa-Nya. Firman Allah s.w.t :





























Maksudnya : Jika Allah menolong kamu, maka tidak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu. Jika Allah membiarkan kamu (tidak memberikan pertolongan) maka siapakah yang

akan dapat menolong kamu selain Allah sesudah itu…(Ali Imran : 159)

































Maksudnya : Apa sahaja yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorangpun yang dapat menahannya, dan apa sahaja yang ditahan oleh Allah

maka tidak ada seorangpun yang sanggup melepaskannya sesudah itu (Fatir : 2)

Baginda juga amat menyedari ujian, cabaran, tribulasi yang bakal dihadapi oleh golongan muda ini dalam hidup mereka yang mendatang. Mereka memerlukan satu motivasi dan kata-kata nasihat yang boleh dijadikan bekalan kehidupan mereka nanti. Baginda menegaskan bahawa segala perjuangan, tidak kira apa bentuknya, perlu dilalui dengan kesabaran kerana di situlah lahirnya kemenangan.

Kata kunci di sini adalah “sabar” yang ditakrifkan oleh ulama sebagai menahan dan mendisiplinkan diri supaya mengikut atau melaksanakan apa yang dituntut oleh akal dan syara’. Termasuk dalam pengertian ini adalah menahan diri daripada melakukan perkara yang ditegah oleh akal dan syara’.24

Sesiapa sahaja yang sabar dengan musibah dan kesulitan, akan memperolehi kemenangan dan kemudahan. Itu adalah sesuatu yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. Nasihat yang sebegini hebat pastinya akan melahirkan anak muda yang positif dan sentiasa bersangka baik dengan Allah Taala.

(14)

Nasihat ini amat penting diberikan kepada golongan muda kerana mereka bakal berdepan dengan kehidupan yang lebih panjang dan pastinya akan diuji oleh Allah Taala. Penawar kepada liku dan ranjau ini perlu disedari sedari awal. Firman Allah Taala :



















Maksudnya : Dan sesungguhnya kami benar-benar akan menguji kamu agar kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu dan agar kami menyatakan

(baik-buruknya) hal ehwal kamu (Muhammad : 31)

Dalam pengakhiran hadis ini Nabi Muhammad s.a.w menyebut”

، املــــقلا تـعـفر

فـحـصـلا تـفـجو”

yang bermaksud “telah diangkat kalam dan keringlah lembaran.” Ini adalah penekanan pada keimanan terhadap qada’ dan qadar yang secara jelasnya bukan bermaksud berserah dan tidak berusaha. Allah s.w.t sentiasa melihat apa yang kita kerjakan dan Dia menyuruh kita berusaha dan bekerja. Firman-Nya :











Maksudnya : Dan katakanlah : Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaan kamu itu. (al-Taubah : 105)

Baginda juga ingin menerangkan bahawa setiap muslim wajib mengambil asbab (sebab-sebab yang boleh mencapai sesuatu yang diingini) iaitu dengan beramal, berusaha dan mencurahkan kesungguhan. Sesiapa yang meninggalkan asbab dan berhujjah dengan takdir maka sesungguhnya dia melakukan maksiat terhadap Allah s.w.t.25

Baginda menginginkan agar Abdullah menjadi seorang manusia yang berusaha bersungguh-sungguh dan tidak menjadikan takdir sebagai alasan untuk malas dan berserah begitu sahaja.

KESIMPULAN

Baginda Rasulullah adalah seorang pendidik yang hebat, memulakan proses didikannya dengan qudwah hasanah yang membuatkan sesiapa sahaja mudah menerima pengajarannya.

(15)

Baginda, dengan keperibadian penuh kasih sayang telah menyampaian untaian nasihat dan hikmahnya berkaitan tauhid dan akidah kepada Allah s.w.t kepada Abdullah bin Abbad yang masih kanak-kanak pada waktu itu.

Pemilihan masa yang tepat, metod yang menarik serta pendekatan yang penuh kasih sayang telah membuatkan Abdullah bin Abbas dapat menerima wasiat itu dengan baik dan berkesan.

Kisah baginda dan Abdullah bin Abbas ini dapat dijadikan panduan pendidikan akidah kepada kanak-kanak di Malaysia. Baginda menanam benih kecintaan yang jitu kepada Allah Taala sedari awal kerana baginda tahu dan mengerti apa yang bakal dihadapi oleh kanak-kanak ini di masa hadapan.

Mereka tidak akan mampu untuk menjadi seorang muslim yang cemerlang jika mereka tidak menjaga batasan dan syariat yang telah digariskan oleh Allah Taala.

Mereka tidak akan mampu untuk menjadi seorang muslim yang berani jika mereka tidak yakin bahawa segala pertolongan, permohonan dan permintaan hanya untuk Allah Taala yang tidak pernah jemu memberi.

Mereka tidak akan mampu untuk menjadi seorang muslim yang kebal dengan ujian hidup jika mereka tidak yakin bahawa Allah s.w.t pasti akan menguji hamba-Nya dan Dia mengurniakan bersama-samanya kesenangan, kemenangan dan kemudahan.

(16)

RUJUKAN :

1) ‘Abd al-‘Aziz Ibrahim bin Qasim (2000), al-Dalil al-Mutun al-‘Ilmiyyah, Riyad :

Daral-Somi‘i li al-Nasyr wa al-Tawzi‘.

2) Abdul Hayei Abdul Sukor (1995), Ulasan dan Terjemahan Hadith 40, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

3) Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa (1994), Falsafah dan Konsep Pendidikan, Shah Alam : Penerbitan Fajar Bakti.

4) al-‘Uthaymin, Muhammad Salih (2011), Sharh al-Arba‘in li al-‘Uthaymin, halaman mukaddimah, www.ibnothaimeen.com, 21 September 2011.

5) al-Bukhari, Al-Hafiz Abi ‘Abd Allah Muhammad bin Isma‘il bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah (2000), Sahih al-Bukhari, Mausu‘ah Hadith Sharif al-Kutub al-Sittah, Salih bin ‘Abd al-‘Aziz Muhammad bin Ibrahim ‘Ali Sheikh (ed.),

Kitab al-al-Ta‘bir, Bab al-Mafatih bi al-Yad, no.7013, Saudi Arabia : Dar al-Salam.

6) al-Hadad, Ahmad ‘Abd al-‘Aziz Qasim (1992), al-Imam al-Nawawi wa Atharuh fi

al-Hadith wa ‘Ulumuh, Beirut : Dar al-Basya’ir al-Islamiyyah.

7) al-Misto, Mustafa al-Bugho dan Muhy al-Din (1996), al-Wafi fi Sharh al-Arba‘in al-Nawawi, c.9, Beirut : Dar Ibn Kathir.

8) al-Nawawi, Yahya bin Sharaf al-Din (1984), al-Minhaj fi Sharh al-Muslim li al-Nawawi, j.7, c.2, Beirut : Dar al-Ihya’ al-Turath.

(17)

10) Naysaburi, Imam Hafiz Abi Husayn Muslim bin Hajaj bin Muslim al-Qushairi (2000), Sahih Muslim, Mausu‘ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, Salih bin ‘Abd al-‘Aziz Muhammad bin Ibrahim ‘Ali Sheikh (ed.), Kitab al-Masajid wa al-Mawadi’, Bab al-Masajid wa al-Mawadi’ al-Solah, no.1167, Saudi Arabia : Dar al-Salam.

11) Ghazali Darusalam (2004), Pedagogi Pendidikan Islam, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.

12) Ibn Mulqini (2005), al-Mu‘in ‘ala Tafahhum al-Arba‘in, ‘Abd al-‘Al Mus‘ad (tahqiq), cet.1, Kaherah : al-Faruq al-Khaditihiyyah.

13) M.R.K Afridi & Arif Ali Khan (Ed.) (2007), Educational Of Philosophy, New Delhi : Pentagon Press.

14) Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid (2010), terj. Farid Abdul Aziz Qurusy,

Prophetic Parenting : Cara Nabi s.a.w Mendidik Anak, Yogyakarta : Pro-U Media.

15) Shahrin Hashim dan Yusof Boon (2008), Psikologi Perkembangan, Azizi Yahya : Zaman Kanak-Kanak, Skudai : Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

kang utama, kang asor kang luhur padha, miwah lakuning nagara, pan kabeh aneng carita, ala becik sira wruha. 12 Yen durung mangarti sira, caritane takokena, ya marang wong

• Sebaiknya jumlah anggota PPIH yang lebih lama bisa hadir dan memberikan sambutan kepada anggota baru, kedepannya dapat dipertimbangkan untuk hari atau waktu dimana sebagian

Persiapan yaitu langkah-langkah yang harus dilakukan sebelum melakukan pemeliharaan, agar pemeliharaan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, meliputi : Persiapan perintah

Skripsi yang berjudul “ Analisis Hukum Islam Terhadap H{ad{a<nah Anak Pasangan Skizofrenia Di Dusun Peluk Desa Pacarpeluk Kecamatan Megaluh Kabupaten Jombang” adalah

Klasifikasi Kemampuan Lahan dilakukan dengan Metode Pengharkatan (Scorring) berdasarkan Satuan Lahan yang ada di DTA Danau Toba.Dilakukan pengharkatan faktor-faktor

Dengan mengucapkan puji syukur kehadirat Allah SWT yang telah melimpahkan rahmat serta hidayah-Nya sehingga penulis dapat menyelesaikan Skripsi yang berjudul ”

Tujuan penelitian ini adalah untuk: (1) mengembangkan perangkat pembelajaran kimia SMA kelas XI materi asam basa untuk meningkatkan hasil belajar dan pembentukan karakter

Berdasarkan Tabel 4 diatas, dapat diketahui besarnya pengaruh Motivasi Kerja terhadap Kinerja Karyawan di Perum BULOG Divre Jabar ditunjukan oleh koefisien determinasi