• Tidak ada hasil yang ditemukan

kertas kerja konvensyen pendidikan nasional.zip

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "kertas kerja konvensyen pendidikan nasional.zip"

Copied!
102
0
0

Teks penuh

(1)

PENGUKUHAN JATI DIRI DAN PATRIOTISME

DALAM SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN MALAYSIA

Oleh

ABDUL LATIFF ABU BAKAR1

Kerajaan Malaysia telah merangka satu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 Pendidikan Prasekolah hingga lepasan Menengah pada 2013. Sebelum itu, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran, telah menerbitkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 - 2025) pada September 2012 dan laporan ini dibukukan untuk memberi pandangan daripada rakyat Malaysia dan maklum balas tentang Laporan Awal pelan ini sebelum peringkat akhir pelan ini dihasilkan pada Disember 2012.

Sejak bulan Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula Sistem Pendidikan Negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baru berdasarkan standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara dan harapan ibubapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21.

Dokumen awal Pelan Pembangunan Negara dalam sistem pendidikan Malaysia dengan mengambil kira secara objektif pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa. Pelan ini melakarkan visi sistem pendidikan dan murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan. Pelan ini telah mencadangkan sebelas anjakan strategik dan operasi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan. Usaha ini telah dirangka dan akan dilaksanakan untuk mentransformasi Sistem Pendidikan Negara.

11. Berdasarkan artikel Gagasan Memartabatkan Kesusasteraaan Melayu Dalam Pembinaan Peradaban Malaysia Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 yang diubahsuai/tambahan yang diterbitkan dalam Buku Memartabatkan Kesusasteraan Melayu Dalam Peradaban Malaysia, Institut Peradaban Melayu, UPSI, 2013

(2)

Bagi menyahut gagasan Kementerian Pelajaran ini, Gabungan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) bersama 21 badan kerabatnya dan lebih kurang 30 wakil badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah mengambil daya usaha mengadakan seminar dan menyiapkan resolusi yang diputuskan dengan cara mengumpul pandangan-pandangan dari NGO, bersama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka. Di samping itu, wakil-wakil GAPENA telah hadir di pertemuan-pertemuan yang diadakan di setiap negeri dan memberi maklum balas dan cadangan agar kerajaan tetap meneruskan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Akta Pendidikan Kebangsaan 1996 dan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Di samping itu GAPENA tetap mencadangkan agar Kerajaan tegas melaksanakan dan memartabatkan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu untuk meningkatkan semangat kebangsaan, sebagai agenda utama membentuk dan menguatkan jati diri serta semangat patriotisme dalam pembinaan negara bangsa Malaysia yang kukuh dan bersatu padu dalam peradaban Malaysia. Ini selaras dengan usaha Kerajaan Malaysia bagi melahirkan pewaris dan warganegara Malaysia yang setia dan berpaksikan kepada Satu Negara, Satu Bahasa dan Satu Bangsa yang berpandukan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Ini juga dijelaskan dalam gagasan 1 Malaysia yang menjadi perjuangan Kerajaan Malaysia.

Pada umumnya, kita menyokong konsep dan gagasan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, terutama yang tetap berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, yang digubal pada tahun 1996 (berdasarkan Akta Pendidikan Kebangsaan 1996) yang menjadi visi Kementerian dan Kerajaan yang berhasrat melahirkan generasi holistik dari segi intelektual, kerohanian, emosi dan jasmani.

(3)

berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”.

Antara masalah dan cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan Dasar dan Falsafah Pendidikan Negara bagi setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk kerjaya dalam kehidupan. Berdasarkan pengiktirafan di peringkat global, kemahiran murid adalah tidak mencukupi sekadar menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) apabila mereka meninggalkan persekolahan. Tumpuan bukan hanya kepada kepentingan pemerolehan ilmu pengetahuan, tetapi juga pembangunan kemahiran berfikir aras tinggi.

Prestasi murid Malaysia telah meningkat sejak beberapa dekad yang lalu, namun pencapaian yang membanggakan itu menghadapi risiko dari segi relatif dan mutlak. Hal ini disebabkan sistem pendidikan negara lain dapat meningkatkan prestasi murid dengan lebih cepat dan mampu mengekalkan momentum tersebut secara berterusan. Jurang pencapaian antara Sistem Pendidikan Malaysia dan negara lain semakin melebar. Keduanya, pentaksiran antarabangsa menunjukkan prestasi murid Malaysia semakin merosot dari segi mutlak. (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, halaman 54-61, Prestasi Akademik Murid Berbanding Standart Antarabangsa).

(4)

kemahiran minimum dalam Matematik dan Sains pada tahun 2007, iaitu peningkatan dua hingga empat kali ganda daripada 7% dan 5% masing-masing pada tahun 2003. Keputusan PISA juga tidak memberangsangkan kerana kedudukan Malaysia terletak dalam kelompok sepertiga terbawah dalam kalangan 74 negara peserta. Pencapaian ini juga meletakan Malaysia bawah pencapaian purata antarabangsa dan OECD (Ekshibit-3). Hampir 60% murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik, manakala 44% dalam Bacaan dan 43% dalam Sains tidak mencapai tahap kemahiran minima. Perbezaan skor sebanyak 38 mata dalam PISA adalah bersamaan dengan satu tahun persekolahan. Secara perbandingan, pencapaian murid berumur 15 tahun di Singapura, di Korea Selatan, di Hong Kong dan di Shanghai seolah-olah mempunyai tiga atau lebih tahun persekolahan berbanding dengan murid berumur 15 tahun di Malaysia.

Cabaran yang serius juga wajar diberi perhatian oleh setiap rakyat Malaysia. Dalam Laporan Awal ini kewujudan pelbagai jenis sekolah kebangsaan dan swasta di peringkat rendah dan menengah dalam sistem pendidikan menyediakan peluang kepada ibu bapa untuk memilih jenis sekolah bagi anak-anak mereka. Walau bagaimanapun kewujudan persekitaran etnik yang homogen di sekolah menimbulkan kebimbangan tentang kurangnya peluang utuk berinteraksi di kalangan murid. Demi pengukuhan identiti dan perpaduan nasional, interaksi dalam kalangan murid perlu dipertingkatkan bagi membolehkan mereka berkongsi pengalaman dan aspirasi masa depan Malaysia. Situasi kepelbagaian jenis sekolah yang wujud dalam sistem pendidikan pada masa ini tidak menyumbang kepada interaksi yang dihasratkan (PPM 2013-2013 halaman 8). Program rancangan Intergrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) menerusi aktiviti kokurikulum bagi mengukuhkan interaksi dalam pelbagai jenis sekolah dalam usaha mencapai perpaduan. Pentingnya bagi setiap murid berinteraksi dan belajar bersama-sama rakan sebaya dan guru daripada pelbagai etnik, agama, budaya dan latar belakang sosio-ekonomi.

(5)

berdaftar di SJKC telah meningkat daripada 92% pada tahun 2000 kepada 96% pada tahun 2011. Peningkatan bagi murid India yang berada di SJKT adalah lebih ketara, iaitu 47% kepada 56%. Keadaan yang sama wujud SK kerana 90% enrolmen murid adalah Bumiputera. Di peringkat menengah pula, walupun laluan persekolahan adalah satu sahaja iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), namun keadaan terpisah dan homogen masih wujud. Hal ini berdasarkan pemerhatian bahawa terdapat murid yang masih terbatas untuk terdedah kepada kepelbagaian, misalnya murid SJKC cenderung untuk ke Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) sementara itu terdapat murid SK menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).

Bagi menghadapi cabaran ini, Kementerian telah menyediakan Program Rancangan Intergrasi Murid untuk perpaduan menerusi aktiviti kokurikulum dan berinteraksi dalam (RIMUP) usaha mencapai kesepakatan bagi setiap murid berinteraksi dan belajar bersama-sama rakan sebaya bersama guru daripada pelbagai etnik dan latar belakang sosio-ekonomi. Berdasarkan kajian semula yang dijalankan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) mendapati program RIMUP berjaya mengwujudkan pergaulan antara etnik di dalam dan di luar bilik darjah. Oleh sebab kekurangan peruntukan, telah berlaku penurunan yang ketara dari sudut pengisian dan bilangan aktiviti untuk program RIMUP.

(6)

Di samping itu Laporan ini telah mengwujudkan enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global iaitu Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin, Kemahiran Dwibahasa, Etika dan Kerohanian dan Identiti Nasional. Ini selaras dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi membangunkan pendidikan seimbang sebagai asas pencapaian aspirasi setiap murid. Pelan ini merujuk sistem pendidikan berprestasi tinggi yang dicapai oleh negara lain bagi mengenal pasti kemahiran khusus yang boleh diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka meneraju pembangunan ekonomi global (ekshibit8).

Bagi melaksanakan Gagasan Pendidikan Kebangsaan ini, Kementerian Pelajaran telah mengenal pasti sebelas anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia, iaitu:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

2. Memastikan setiap murid mahir dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan.

3. Melahirkan rakyat Malaysia menghayati nilai.

4. Mentranformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan.

5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. 8. Mentranformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian kementerian. 9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. 10.Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

11.Meningkatkan ketulusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung.

(7)

i. Memperkukuh Pendidikan agama Islam dan pendidikan moral dengan lebih tumpuan kepada perpaduan memberi fokus ke atas teras nilai dan memupuk persefahaman yang erat antara murid.

ii. Membangunkan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1 sukan, 1 kelab dan 1 badan beruniform.

iii. Mengukuhkan dan memperluaskan RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi antara jenis sekolah (PPM 2013 – 2012, hal. E15).

Bagi menyokong dan melahirkan rakyat Malaysia mempunyai penghayatan nilai yang tinggi, GAPENA tetap mencadangkan subjek Kesusasteraan Melayu turut dijadikan subjek wajib kerana ia dapat memainkan peranan penting untuk membina perwatakan rakyat dan pewaris bangsa Malaysia yang mempunyai kekuatan jati diri, patriotik, hormat-menghormati, di samping memantapkan warisan peradaban Malaysia.

Ini selaras dengan salah satu aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia yang meletakkan perpaduan sebagai satu ciri sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepelbagaian. Subjek Kesusasteraan Melayu dapat membantu sekolah memainkan peranan penting untuk memupuk perpaduan melalui interaksi dengan individu dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomi, agama dan menghargai kepelbagaian. Dengan cara ini, perkongsian nilai dan pengalaman dapat dibina untuk masa depan Malaysia melalui nilai dan pengalaman ini, maka terbentuk jati diri kebangsaan (identiti nasional) yang sama dan terjalinnya perpaduan negara. (PPM 2013-2016, hal. Bab 2 (2-4) – Visi dan Aspirasi).

(8)

pengetahuan dan kemahiran, tetapi juga kreatif dan inovatif, kemahiran memimpin, kemahiran dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, sahsiah dan nilai serta semangat jati diri kebangsaan (identiti nasional) yang kuat, di samping memberikan sumbangan yang bermakna kepada keluarga, masyarakat dan negara (PPM 2013-2015, hal. Bab 2 (2-5), Visi dan Aspirasi).

Berdasarkan Laporan PPM 2013 – 2025, kita berharap agar dapat dibuat perbincangan dan pertukaran idea serta mengemukakan cadangan yang membina bagi melahirkan pewaris dan generasi rakyat Malaysia yang mempunyai kekuatan jati diri dan patriotik dalam usaha membina negara bangsa Malaysia yang kukuh dan bersatu padu serta membina peradaban Malaysia yang setaraf dengan peradaban dunia.

Laporan pelan ini telah dirancang mengikut tiga tahap iaitu Gelombang 1 (2013 - 2015) – pembaikan Kokurikulum sedia ada dan persediaan untuk perubahan struktur, Gelombang 2 ( 2016-2020) dan Gelombang 3 (2021-2025) – melaksana Kokurikulum baru dan kokurikulum semak semula. Berdasarkan perancangan ini setiap rakyat terutama NGO seperti GAPENA melalui Konvensyen Memartabatkan Kesusasteraan Melayu Dalam Peradaban Malaysia tetap dan berperanan membuat cadangan yang membina bagi mengemaskini dengan menyediakan maklumbalas dari segi persuratan Melayu terutama dalam usaha melahirkan pelajar yang mempunyai kekuatan jati diri dan semangat patriotisme dalam usaha membina sebuah negara bangsa Malaysia yang kukuh dan bersatu padu. Ia dilihat bukan sahaja dari segi pembangunan negara bangsa sahaja tetapi ia sebagai meneruskan dan memantapkan lagi warisan peradaban Malaysia yang berteraskan kepada peradaban Melayu yang setaraf dengan warisan peradaban dunia yang lain.

(9)

untuk penaksiran bagi memastikan kesepaduan yang lebih mantap antara kedua-duanya. Bagi tujuan ini , pelan ini berusaha mengenalpasti dan menyusun perancangan dengan (i) memurnikan dan menilai semula kandungan kokurikulum sejajar dengan standard antarabangsa, (ii) mempergiat sistem sokongan bagi guru untuk meningkatkan pencapaian kokurikulum, (iii) penambahbaikan kerangka pentaksiran bagi meningkatkan jumlah soalan kemahiran berfikir aras tinggi, (iv) merintis International Baccalaureate (IB) Middle Years Programmer (MYP) sebagai pendekatan alternative kepada pembelajaran, (v) memperkenalkan LINUS 2.0 dan meluaskan skop untuk literasi bahasa Inggeris (untuk mengatasi isu literasi dan numerasi).

Gelombang 2 (2016 - 2020) akan memperkenalkan Perubahan Struktur dan kejayaan pelaksanaan inisiatif dalam Gelombang 1 (2013 - 2015) yang merupakan prasyarat penting bagi melaksanakan perubahan struktur dalam Gelombang 2. Adalah diharapkan dalam tempoh Gelombang 1, Kementerian Pelajaran Malaysia memberi perhatian dan merancang bagi memartabatkan subjek Kesusasteraan Melayu dengan memperkenalkan dan mewajibkan subjek Kesusasteraan Melayu sejak di sekolah rendah hingga ke tingkatan. Buku ini memartabatkan Kesusasteraan Melayu yang mengandungi kertas kerja, penyelidikan, pandangan daripada sasterawan negara, para sarjana dan pendidik, pemimpin akademik dan politik serta resolusi berdasarkan Seminar Memartabatkan Kesusasteraan Melayu Dalam Peradaban Malaysia anjuran Institut Peradaban Melayu (UPSI), GAPENA dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kita akan membuat penilaian melalui Gelombang 3 (2021-2025) mengenai keberkesanan hasil dari pelaksanaan memartabatkan Kesusasteraan Melayu setelah mewajibkan subjek tersebut dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan mulai tahun 2016.

(10)

Usaha murni ini adalah asas kepada pembinaan dan teras jati diri kebangsaan setiap rakyat Malaysia dan ia berhubung rapat dalam melahirkan rakyat Malaysia yang patriotik yang cinta dan gembira menjadi rakyat Malaysia. Ini bermakna bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan diutamakan dalam semua peringkat manakala bahasa asing tetap bebas digunakan dengan niat tidak memencilkan dan mendaulatkan bahasa kebangsaan. Kita mestilah mempunyai niat dan berhajat menjiwai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara Malaysia dengan madah hikmat ‘Bahasa Jiwa Bangsa’.

GAPENA tetap menyokong usaha Kementerian Pelajaran Malaysia ingin memantapkan lagi Sistem Pendidikan Negara mengikut perkembangan semasa melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dengan berpandukan Falsafah dan Dasar Pendidikan Negara, Akta Pendidikan Kebangsaan 1996 dan Perkara 152 yang memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan Malaysia dalam usaha membina negara bangsa Malaysia yang kukuh dan bersatu padu serta membina peradaban Malaysia yang berteraskan peradaban Melayu. Melalui sistem ini, kita dapat melahirkan warganegara Malaysia yang mempunyai kekuatan jati diri, patriotik, mempunyai nilai murni dan menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan.

(11)

bangsa Malaysia dengan mengukuhkan lagi penggunaan bahasa Melayu dikalangan pelajar dan masyarakat Cina.

Berdasarkan sebelas anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan dalam sistem pendidikan negara seperti yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), Kementerian Pelajaran Malaysia menekan dan mengutamakan satu sistem pendidikan yang mempunyai pendidikan yang bertaraf antarabangsa, kemahiran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai. Begitu juga dengan 6 ciri utama yang diperlukan setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global dan mempunyai kemahiran berfikir, kemahiran memimpin dan identiti nasional yang berpaksikan kekuatan jati diri kebangsaan dan patriotik kepada negara dan pemimpin. Bagi mencapai matlamat ini, GAPENA mencadangkan

agar:-i) Mata pelajaran sastera Melayu diperkenalkan dan diwajibkan sejak tingkatan 1 hingga tingkatan 6 dan dipusat pengajian tinggi awam dan swasta. Sehubungan ini, buku – buku karya Agung Melayu seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Munshi Abdullah diwajibkan kepada setiap pelajar. Manakala puisi Melayu wajib dihayati yang membolehkan setiap pelajar faham, mencipta dan dapat mendeklamasikan dengan baik. Secara tidak langsung, setiap pelajar dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik. Guru – guru yang mengajar mata pelajaran sastera Melayu hendaklah menghayati dan berlatarkan kepakaran tentang sastera Melayu atau terlatih dengan menghadiri kursus – kursus yang dirancangkan.

(12)

iii) Subjek Kesusasteraan Melayu hendaklah diwajibkan bagi setiap pelajar bagi mengukuhkan lagi penguasaan bahasa Melayu dan membina perwatakan pelajar yang mempunyai kekuatan jati diri serta semangat patriotisme di samping melahirkan pelajar yang bermutu, menghargai perpaduan, kemahiran memimpin dan kemahiran berfikir.

iv) Meningkatkan pengajaran dan mutu subjek Kesusasteraan Melayu dengan menyediakan pebagai kemudahan termasuk ICT dan dijadikan subjek penting bagi melahirkan pelajar yang berkemahiran berfikir aras tinggi disamping melahirkan pelajar yang dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik, (pandai berkomunikasi secara oral dan menulis), penuh berkeyakinan, lancar dan tidak pelat serta fasih menggunakan bahasa Melayu baku dan bukan bahasa rojak.

v) Sikap pengetua dan pemimpin serta ibu bapa yang merendahkan subjek kesusasteraan Melayu sebagai mata pelajaran yang tidak penting dan tidak komersial hendaklah dihindarkan dengan merancang satu gagasan memartabatkan kesusasteraan yang kreatif dan inovasi bagi melahirkan pelajar yang mempunyai mutu modal insan yang mempunyai kekuatan jati diri dan semangat patriotisme yang dapat melahirkan warga dan pewaris bangsa Malaysia yang dapat memartabatkan peradaban Malaysia yang berteraskan kepada peradaban Melayu.

vi) Kementerian Pelajaran Malaysia boleh memikirkan subjek moral dan sivik dititik beratkan atau diserapkan dalam subjek Kesusasteraan Melayu bagi menggantikan subjek wajib tersebut.

(13)

viii) Persatuan atau Kelab Bahasa dan Kesusasteraan Melayu hendaklah diperkukuhkan dengan bekerjasama dengan GAPENA atau persatuan-persatuan yang berkaitan.

ix) Subjek Sejarah yang diwajibkan di sekolah menengah hendaklah menggunakan kaedah pedagogi yang bersistematik. Pelajar hendaklah didedahkan dengan membuat tafsiran, memberi pengajaran, membangkitkan rasa patriotik kepada Negara dan membina jati diri yang kukuh. Kajian lapangan terhadap pengalaman pemimpin berdasarkan sejarah tempatan hendaklah diutamakan. Pengalaman dan perjuangan pemimpin berdasarkan sejarah kebangsaan dan tempatan hendaklah dititikberatkan. Bagi mencapai matlamat ini, Institut Pendidikan guru (IPG) dan universiti hendaklah melatih bakal guru sejarah yang boleh menghayati dan mendidik sejarah tanah air dengan baik dan professional.

x) Dalam usaha melahirkan pelajar yang mempunyai kekuatan jati diri kebangsaan dan patriotik, Kerajaan hendaklah tegas dengan menjadikan bahasa sastera dan kebudayaan Melayu sebagai bahasa pengantar dan subjek utama dan dihayati oleh semua warga Negara Malaysia dengan baik. Bagi mencapai matlamat ini, IPT dan IPG seperti Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu di Lembah Pantai, Kuala Lumpur hendaklah kekal menjadi pusat kecemerlangan pendidikan Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu peringkat antarabangsa. Misinya ialah memperkasakan program pendidikan guru untuk melahirkan guru Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu yang kompetens manakala hal atujunya adalah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu.

(14)

:-1. Menyokong kuat usaha Kerajaan merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 berteraskan Perlembagaan, Laporan Razak (1956), Laporan Abdul Rahman Talib (1960) dan Akta Pendidikan 1996 dengan meneruskan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 - 2010 (PIPP). Membina asas dengan menetapkan 5 teras utama bagi merealisasikan Wawasan 2020 dalam usaha Membina Negara Bangsa, Pembangunan Modal Insan, Merapatkan Jurang Pendidikan, Memperkasakan Profesionalisme Keguruan dan Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pembinaan Negara Bangsa Malaysia dengan melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, penguasaan (profisiensi) dwi-bahasa, kemahiran kepimpinan, Jatidiri Kebangsaan (identiti nasional), kekuatan etika dan kerohanian.

2. Menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk melahirkan rakyat yang mempunyai Jatidiri Kebangsaan dan patriotik berteraskan kepada Perlembagaan, Rukun Negara, Sejarah dan Kesusasteraan Kebangsaan dalam Peradaban Malaysia.

3. Mendokong kuat segala usaha kerajaan memperkasa sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan dengan menggunakan satu kurikulum dan satu sistem peperiksaan dalam bahasa Melayu untuk mewujudkan negara bangsa Malaysia yang bersatu padu di samping memberi peluang kepada murid untuk belajar bahasa - bahasa asing.

4. KPPK mendesak dan menyokong Kerajaan melahirkan rakyat yang menghayati peradaban Melayu dan Islam yang menjadi teras kepada peradaban

(15)

5. KPPK membantah tindakan pimpinan IPT yang memperkecilkan peranan Pusat Pengajian Melayu dan Islam di Institusi masing - masing, sebaliknya IPT wajar memartabat dan memantapkannya.

6. KPPK mendesak Kementerian Pelajaran tidak berganjak melaksanakan bahasa Melayu sebagai pengantar utama di IPTA / IPTS. KPPK juga menuntut pihak Kementerian Pelajaran membayar elaun insentif guru bahasa Melayu; di samping mempertingkatkan dana penyelidikan serta syarat-syarat kenaikkan pangkat mengutamakan penyelidikan dan karya ilmiah dalam bahasa Melayu.

Kita juga menyokong Resolusi Kongres Profesor Negara Kedua yang telah bersidang pada 9 – 10 November 2013 yang bersetuju dengan tujuh (7) resolusi berikut yang perlu dijadikan asas dalam proses pembentukan penyatupaduan nasional antaranya ;

1. Mengangkat konsep bangsa Malaysia sebagai tunjang kepada proses pembentukan semangat integrasi dan perpaduan nasional.

2. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia hendaklah diteruskan dan diperkukuhkan sebagai bahasa penyatupaduan nasional, bermula dengan pendidikan.

3. Menjadikan institusi pendidikan sebagai arena pembentukan budaya perpaduan dalam kalangan generasi muda bermula dengan menjenamakan semula semua sekolah rendah dan menengah masing – masing sebagai ‘ Sekolah Rendah Malaysia’ dan ‘Sekolah Menengah Malaysia’

(16)

memartabatkan Bahasa, Kebudayaan dan Kesusasteraan Melayu di peringkat perguruan di samping berkembang di Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia.

MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU

(17)

Datuk Dr. Awang Sariyan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka

Pendahuluan

Bahasa Melayu sebagai Unsur Kontrak Sosial dalam Pembinaan Negara

Istilah kontrak sosial yang digunakan dalam hubungannya dengan proses pembinaan negara Malaysia tidak ada kaitannya secara langsung dengan istilah social contract yang diperkenalkan oleh ahli falsafah Perancis Jean-Jacques Rosseau (1712-1778). Gagasan yang dikemukakan oleh Rousseau timbul dalam konteks perubahan sistem pemerintahan daripada golongan bangsawan kepada golongan borjuis atau kelas menengah dan gagasan itu rapat kaitannya dengan kebersamaan nilai serta kehendak individu-individu dalam masyarakat atau negara secara sedar dan sengaja. Kebersamaan nilai dan kehendak itulah yang menjadi asas kontrak sosial menurut gagasan Rosseau.

Dalam konteks pembinaan negara Malaysia sesudah mencapai kemerdekaan, kontrak sosial merujuk kepada persetujuan anggota-anggota masyarakat atau warganegara tentang asas-asas tertentu yang diputuskan dalam proses membina negara. Gagasan “pembinaan negara” (nation building) merupakan gagasan yang timbul di negara-negara dunia ketiga yang baru lepas daripada belenggu penjajahan. Negara kita yang dijajah oleh Inggeris memerlukan orientasi dan perancangan untuk muncul dan wujud secara mandiri dalam segenap bidang, termasuklah pemerintahan, undang-undang, ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan pertahanan.

(18)

timah. Dengan penerimaan syarat Inggeris bahawa kemerdekaan hanya diberikan jika prinsip jus soli diterima dan dilaksanakan (semua penduduk yang bermastautin di Tanah Melayu pada waktu kemerdekaan diterima sebagai warganegara), maka timbul keperluan untuk merancang pembentukan (pembinaan) negara yang menitikberatkan perpaduan kebangsaan. Hal ini demikian, kerana polarisasi rakyat yang berasaskan kelainan etnik, bahasa, budaya, sistem nilai, tradisi dan amalan kehidupan sehari-hari dengan sendirinya menjadi masalah pokok yang perlu diselesaikan untuk memungkinkan negara membangun dengan lancar.

Untuk tujuan itulah maka dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin bangsa utama yang mewakili rakyat negara ini beberapa asas kenegaraan yang kemudian dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebagai imbangan pelaksanaan jus soli, iaitu pemberian taraf kerakyatan secara automatik kepada semua orang Cina dan orang India yang bermastautin di Persekutuan Tanah Melayu pada waktu kemerdekaan diisytiharkan, pemimpin tiga bangsa utama itu bersetuju menjadikan empat perkara pokok sebagai kontrak sosial rakyat negara ini.

Empat perkara pokok itu ialah kedudukan Raja-raja Melayu (Perkara 32(1) Perlembagaan), agama Islam sebagai agama Persekutuan (Perkara 3(10) Perlembagaaan, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi (Perkara 152 (1) Perlembagaan dan hak istimewa orang Melayu (kemudian meliputi hak istimewa kaum-kaum Bumiputera yang lain, terutama di Sabah di Sarawak, apabila terbentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963) (Perkara 153 Perlembagaan).

(19)

pemelajaran bahasa-bahasa lain. Yang dikatakan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera pula tidak mengurangkan hak rakyat daripada bangsa lain menikmati kekayaan dan kemakmuran negara. Keempat-empat perkara pokok kontrak sosial itu senantiasa disertai jaminan tiadanya penghapusan dan pengurangan hak orang bukan Melayu dan Bumiputera, dalam Perlembagaan Persekutuan itu juga.

Maka itu, proses pembinaan negara dalam zaman kemerdekaan memerlukan perancangan yang holistik atau menyeluruh untuk menerjemahkan dasar-dasar negara yang sebahagian besarnya berasaskan kontarak sosial itu tadi. Gambaran perancangan pembinaan negara yang menyeluruh itu dapat digambarkan dengan gambar rajah yang berikut:

(20)

dirangka dengan jelas oleh Jawatankuasa Razak 1956 dan Jawatankuasa Rahman Talib 1960). Bagi bidang kebudayaan, digubal Dasar Kebudayaan Kebangsaan, sebagai susulan Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971 yang menetapkan tiga asas penting, iaitu kebudayaan asal rantau ini, unsur-unsur kebudayaan lain yang wajar dan sesuai, dan Islam sebagai unsur teras.

Bidang bahasa tidak ketinggalan dalam skema perancangan pembinaan negara Malaysia, selaras dengan teori perancangan bahasa yang meletakkan bahasa sebagai salah satu unsur pembinaan negara. Sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putera, bahasa kebangsaan umpama roh atau jiwa negara. Negara tanpa bahasa kebangsaan ialah negara tanpa roh atau jiwa. Maka itu, digubal Dasar Bahasa Kebangsaan sebagai salah satu dasar negara. Bersama-sama dengan “dasar-dasar kenegaraan” yang lain, Dasar Bahasa Kebangsaan memainkan peranan penting dalam proses pembinaan negara.

Peranan Bahasa Melayu dalam Pembinaan Negara

Peranan bahasa Melayu dalam pembinaan negara pascamerdeka sebenarnya merupakan kesinambungan peranan yang telah berlangsung dalam tempoh lebih daripada dua alaf sebelum itu. Hakikat ini dapat difahami dengan menyedari bahawa bahasa Melayu telah menjadi salah satu asas penting dalam pembentukan konsep negara, paling lewat sejak abad ke-7 Masihi. Pada abad itu, muncul kerajaan Sriwijaya yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perdagangan dan bahasa pengajian agama (Buddha).

(21)

merupakan kerajaan Melayu yang paling berpengaruh dan luas jajahan takluknya serta luas pula hubungannya dengan kuasa-kuasa dan bangsa asing.

Jika dalam zaman Sriwijaya bahasa Melayu memainkan peranan dalam tiga ranah, iaitu pentadbiran, perdagangan dan pengajian agama, maka dalam dalam zaman kesultanan Melayu bahasa Melayu memainkan peranan yang amat luas, meliputi seluruh aspek tamadun. Peranannya dalam bidang pentadbiran kian meluas, terutama dengan sistem pemerintahan yang jauh lebih canggih dan maju daripada sistem pemerintahan dalam zaman Sriwijaya. Wujudnya sistem pembesar yang menyokong institusi raja, seperti bendahara, temenggung, laksamana, syahbandar dan penghulu bendahari dengan sendirinya memperluas konsep-konsep baharu dan peranan bahasa Melayu dalam konteks yang lebih luas. Demikian juga, sistem perdagangan yang jauh lebih canggih dan lebih luas interaksinya dengan pelbagai bangsa asing menjadikan bahasa Melayu bahasa yang dihormati dan dipelajari oleh pelbagai bangsa.

Sebagai bahasa ilmu pula, bahasa Melayu menjadi wasilah pengungkapan dan pengembangan ilmu yang cukup luas cakupannya, khususnya ilmu yang berkaitan dengan agama Islam, seperti akidah, fiqah dan tasawuf, selaras dengan proses pengislaman yang sedang pesat berlangsung pada waktu itu. Dalam bidang sastera, pada zaman kesultanan Melayulah bahasa Melayu benar-benar menjadi bahasa sastera yang mekar, meliputi pelbagai bentuk prosa dan puisi. Di samping itu, bahasa Melayu telah menjadi bahasa undang-undang bagi hampir setiap kesultanan Melayu; antaranya yang amat masyhur ialah Hukum Kanun Melaka. Di peringkat antarabangsa pula, bahasa Melayu telah menjadi bahasa perhubungan diplomatik apabila digunakan dalam warkah dan perutusan serta perjanjian dengan kuasa-kuasa dan pihak-pihak asing.

(22)

bersinonim dengan bangsa Melayu itu merupakan istilah yang merujuk kepada semua bangsa yang ada di Kepulauan Melayu.

Lebih daripada tahap itu, bahasa Melayu malahan telah menjadi bahasa yang diterima oleh bangsa-bangsa lain yang datang bermastautin di rantau ini. Kewujudan kaum Baba Cina di negeri-negeri yang dahulu di kenal sebagai Negeri-negeri Selat (Melaka, Pulau Pinang dan Singapura), dengan ciri jati dirinya yang amat rapat dengan kebudayaan Melayu, termasuk penggunaan bahasa Melayu kreol Baba Cina, membuktikan bahawa bahasa Melayu secara alamiah dapat menjadi wasilah perpaduan dan persefahaman antara bangsa yang berlainan. Selain kaum Baba Cina, di Melaka terdapat kaum Ceti India yang juga mengasimilasikan jati dirinya dengan budaya Melayu, termasuk dalam hal penggunaan bahasa Melayu kreol Ceti. Dengan peranannya yang merentas etnik atau supraetnik dan juga merentas bangsa itu, bahasa Melayu memang telah benar-benar menjadi asas pembinaan negara.

Bahasa Melayu Asas Pembinaan Negara Bangsa

Dalam zaman pascamerdeka, bahasa Melayu mengalami peluasan peranan, bukan sahaja sebagai asas pembinaan tamadun bangsa Melayu, sebagaimana yang berlangsung dalam zaman kesultanan Melayu, tetapi juga sebagai asas pembinaan tamadun bangsa Malaysia. Peranannya telah merentas etnik yang berbagai-bagai, selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.

Konsep yang menjadi salah satu ideologi negara ialah “negara bangsa”. Istilah “bangsa” (nation) dalam konteks ini merujuk kepada makna yang lebih luas daripada istilah “ras” (race), walaupun memang ada pertindanan makna antara bangsa dan ras. Dengan mengambil inti pati takrif “bangsa” dalam Webster’s New Twentieth Century Dictionary Unabdrigded (1983), bangsa berkaitan dengan wilayah tertentu, khususnya negara yang ditadbirkan oleh sebuah kerajaan, sementara ras lebih berkaitan dengan kelompok yang ditandai oleh hubungan biologi dan ciri-ciri persamaan yang berkaitan dengan hubungan keturunan.

(23)

-sekitar 65%, Cina - -sekitar 25%, India - -sekitar 8%, kumpulan etnik seperti Orang Asli, lebih 50 kumpulan etnik peribumi di Sabah dan lebih 30 kumpulan etnik peribumi di Sarawak). Konsep “bangsa” yang dikaitkan dengan “negara bangsa” lebih tinggi tahapnya daripada konsep “bangsa” yang merujuk kepada sesuatu kumpulan manusia yang mempunyai beberapa ciri persamaan.

Konsep “pembinaan negara bangsa” yang menjadi cita-cita utama negara bererti pembinaan negara yang berasaskan semua ras yang ada, dengan bertunjangkan beberapa dasar, antaranya termasuklah Dasar Bahasa Kebangsaan. Dalam kaitannya dengan Dasar Bahasa Kebangsaan itulah relevannya usaha “memperkasakan bahasa” untuk membina negara bangsa, dan bahasa yang perlu diperkasakan itu ialah bahasa yang menjadi asas pembinaan negara yang terdiri daripada pelbagai ras itu, iaitu bahasa Melayu, sebagaimana yang dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Upaya meneliti jejak pemerkasaan bahasa Melayu setengah abad yang silam, iaitu dengan bertitik tolak dari tahun kemerdekaan Malaysia (yang sebelum 1963 dikenal sebagai Persekutuan Tanah Melayu) dan rencana membaharui babak untuk tempoh yang mendatang berhubungan secara langsung dengan ehwal pembinaan negara Malaysia sebagai negara bangsa. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu memang cukup erat hubungannya dengan pembinaan konsep kebangsaan dan kenegaraan entiti politik yang dikenal sebagai Malaysia. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi menjadi salah asas kontrak sosial rakyat Malaysia, di sisi kedudukan raja-raja Melayu, agama Islam sebagai agama Persekutuan dan hak-hak istimewa bangsa Melayu dan Bumiputera (Awang Sariyan, 2006 dan 2007). Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 menetapkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

(24)

laras bahasa), meskipun aspek itu memang penting dalam hal penentuan sosok bahasa yang menjadi sendi tamadun. Perkembangan korpus bahasa Melayu itu baru menggambarkan sebahagian hakikat, sedang perkembangan yang lebih mendasar ialah yang berkaitan dengan pemenuhan dan pengisian dasar bahasa negara. Sesungguhnya perkembangan bahasa Melayu mempunyai kaitan yang langsung dengan roh bangsa, dengan asas jati diri dan citra bangsa serta dengan cita-cita luhur bangsa dan negara. Sia-sialah pembicaraan yang tidak mengaitkan bahasa Melayu dengan cita-cita besar membina tamadun bangsa dan negara, kerana dari tahap awal pertumbuhan dan perkembangannya, bahasa Melayu senantiasa menjadi petunjuk dan kayu ukur kemajuan bangsa.

Kebangkitan semangat kebangsaan yang berlangsung di Malaysia merupakan kebangkitan semangat yang holistik sifatnya. Cita-cita membebaskan tanah air tidak terhad pada pembebasan daripada sudut politik dan ekonomi semata-mata, bahkan turut merangkum aspek bahasa, pemikiran, pendidikan dan kebudayaan juga. Maka itu, masuklah dalam kosa kata bahasa Melayu frasa nasionalisme bahasa atau nasionalisme linguistik, dengan pengertian nasionalisme atau semangat kebangsaan yang berteraskan perjuangan memartabatkan bahasa Melayu sebagai salah satu asas kebangsaan dan kenegaraan. Gerakan nasionalisme sebagaimana yang berlangsung dalam kalangan nasionalis di Maktab Sultan Idris Tanjung Malim (yang ditubuhkan pada tahun 1922), wartawan, sasterawan, bahasawan dan bahkan agamawan yang tampak nyata berkobar dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Pertama (1952), Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kedua (1954) dan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga (1956) membuktikan penghayatan yang bersepadu tentang erti kemerdekaan tanah air. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1956 sebagai badan perancangan bahasa Melayu itu pun merupakan hasil perjuangan rakyat, khususnya melalui Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga.

(25)

diperkukuh oleh Jawatankuasa Rahman Talib (1960) itulah yang kemudian menjadi asas Akta Pendidikan 1961 dan diperteguh pernyataannya dalam Akta Pendidikan 1996, yang malangnya tidak dihormati apabila asas itu diketepikan dengan keputusan pengajaran sains dan matematik serta subjek-subjek teknikal dalam bahasa Inggeris, bermula pada tahun 2003. Syukurlah sesudah enam tahun berlangsung, dasar yang bertentangan dengan Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan serta mendatangkan musibah kepada majoriti generasi muda negara ini telah diputuskan untuk dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 dan digantikan dengan MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris) dan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, peranan bahasa kebangsaan dalam bidang pendidikan diberi penegasan.

Tempoh sebahagian setengah abad silam sebenarnya dapat dikatakan diwarnai oleh kejayaan tertentu dasar negara dalam hampir semua ranah. Meskipun masih jauh perjalanan untuk mencapai cita-cita luhur sebagai negara yang benar-benar bersatu padu rakyatnya, tercapainya keadilan ekonomi yang sesungguhnya dan jelas sendi kebudayaan kebangsaannya, namun kita telah bermula dengan perancangan yang bersepadu antara pembangunan fizikal dengan pembangunan dalaman. Kisah kejayaan negara kita dalam tempoh setengah abad sebenarnya berkaitan rapat dengan adanya dasar-dasar kenegaraan yang jelas dan terarah, termasuk dalam soal bahasa, pendidikan dan kebudayaan. Negara kita terbentuk atas landasan kontrak sosial yang jelas.

(26)

Sebagaimana kata Khoo Kay Kim (2005), hingga tahun 2020 sekalipun kontrak sosial tidak mungkin dapat diabaikan begitu sahaja.

Dalam soal bahasa, jelas bahawa penobatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi sebagaimana yang dimaktubkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah menjadi asas kenegaraan dan kebangsaan yang penting. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu menjadi lambang yang signifikan bagi kewujudan entiti politik yang dikenal sebagai negara Malaysia, menjadi asas jati diri bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan menjadi wahana perpaduan bangsa melalui komunikasi dalam pelbagai ranah. Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu menjadi salah satu unsur penggerak jentera pentadbiran negara, dengan peranannya sebagai wahana komunikasi rasmi dalam pelbagai urusan pentadbiran sehingga kecekapan pentadbiran sebahagiannya bergantung pada kecekapan bahasa yang ada pada penjawat awam pada pelbagai peringkat.

(27)

Aspek yang kurang diperhatikan dan kurang disedari kebanyakan orang tentang kejayaan sistem pendidikan negara yang berbahasa penghantar bahasa Melayu ialah terbentuknya kesatuan sikap, pemikiran, sistem nilai dan pandangan sarwa dalam kalangan generasi muda di Malaysia, selain terbentuknya budaya berbahasa yang relatif seragam. Orang yang bergerak dalam bidang pendidikan dan memperhatikan kehidupan di alam persekolahan pasti dapat menyaksikan bagaimana bahasa Melayu berhasil menjadi wahana yang membentuk sikap, pemikiran, sistem nilai dan pandangan sarwa anak didik di institusi pendidikan. Ternyata bahawa prasangka perkauman dapat diatasi sebahagiannya oleh faktor bahasa. Pasti menarik hasilnya jika kajian empiris tentang aspek itu dapat dilakukan.

Ibu segala masalah dalam pelaksanaan dasar bahasa yang berkaitan erat dengan proses pembinaan negara itu ialah ketidaktekalan sikap, pendirian dan pelaksanaan, yang sebahagiannya disebabkan oleh faktor tidak atau kurang memahami peranan bahasa sebagai salah satu asas pembangunan. Pasti pula ketidakfahaman itu disebabkan oleh pemahaman yang silap tentang konsep dan falsafah pembangunan, yang umumnya lebih dipertalikan kebanyakan orang dengan pembangunan fizikal, sehingga faktor bahasa dan budaya dianggap tidak penting dalam usaha mengejar kemajuan. Dalam pada itu, kalangan bukan Melayu, meskipun ribuan langkah di hadapan dalam bidang ekonomi, ternyata begitu perihatin terhadap bahasa dan budayanya dan sanggup mati bergalang tanah untuk mempertahankannya. Sebilangan orang Melayu yang baru agak celik dalam bidang ekonomi tiba-tiba menjadi orang yang angkuh dan memandang hina pula akan bahasa dan budayanya.

(28)

Canselor pertama Universiti Teknologi Malaysia amat tepat menggambarkan diagnosis yang silap itu, iaitu “Lain yang luka lain yang dibebat”.

Penyakit yang dikatakan kelemahan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan lepasan sekolah dan universiti tidak diatasi dengan pembaikan dalam pengajaran bahasa itu tetapi dengan menjadikan bahasa Inggeris bahasa penghantar subjek-subjek teknikal. Kajian yang telah dilakukan (misalnya Juriah Long et al., 2004 dan Norhashimah, 2004) menunjukkan bahawa bukan sahaja pencapaian pelajar dalam subjek bahasa Inggeris tidak meningkat, bahkan subjek matematik dan sains merudum dengan nyatanya. Lebih malang lagi, pencapaian dalam subjek bahasa Melayu pun terkena tempiasnya. Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman pemansuhan PPSMI (pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris), antara lain menekankan bahawa salah satu asas pemansuhan PPSMI ialah disebabkan pencapaian dasar tersebut hanya sekitar 3%, berbanding dengan beberapa bilion wang yang dibelanjakan. Alhamdulillah kerajaan pada tahun 2009 mengumumkan pemansuhan PPSMI meskipun melalui proses “pendaratan lunak” (softlanding) dan menggantikannya dengan Program Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang menegaskan semula penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar pendidikan dan pada masa yang sama meningkatkan usaha penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dan juga pengajar.

Pemantapan dan Kemantapan Korpus Bahasa Melayu sebagai Prasyarat

(29)

bahasa Melayu telah mencapai kemantapan korpusnya dan kemantapan korpus atau sistem bahasa menjadi prasyarat kekuatan bahasa Melayu dalam pembinaan negara bangsa. Kemantapan korpus bahasa Melayu itu telah dimanafaatkan dengan agak meluas dalam pelbagai ranah.

Pemantapan korpus bahasa Melayu, biarpun dengan pelbagai istilah dan tafsiran, seperti adanya istilah pembakuan, penstandardan, penyelarasan atau yang lain, mempunyai erti yang penting dalam rangka pembinaan tamadun bangsa dan negara. Perancangan korpus bahasa berperanan mengisi erti taraf atau kedudukan bahasa Melayu yang dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi umum. Apatah ertinya taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (yang bermakna bahasa negara) jika sistemnya tidak keruan sehingga tidak dapat dikenal sosok bahasa Melayu yang menjadi bahasa negara itu? Apatah ertinya taraf bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi jika untuk menjadi wahana pelaksanaan pentadbiran negara bahasa itu tidak mempunyai sistem yang kemas dan relatif seragam dalam hal ejaan, sebutan, istilah, kosa kata umum, tatabahasa dan laras bahasanya sehingga tidak dapat menjadi wahana komunikasi pentadbiran yang cekap dan berkesan? Demikian pula, apatah eritnya taraf bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu jika sistem bahasanya tidak mencapai tahap teratur, baku atau standard dan berdaya mengungkapkan hal-hal ilmu?

Dalam kaitannya dengan semua keperluan itulah maka usaha pemasyarakatan bahasa yang baik, teratur dan santun perlu terus-menerus dilaksanakan. Mana-mana bangsa yang bertamadun memiliki ragam bahasa yang baku atau standard, di sisi ragam bahasa basahan atau bahasa sehari-hari, untuk menjadi wahana penzahiran idea, ilmu konsep dan budaya tinggi. Sehubungan dengan itu, pembudayaan berbahasa dengan santun (dengan pengertian berbahasa menurut peraturan linguistik, peraturan sosiolinguistik dan peraturan pragmatik) memerlukan perancangan dan pelaksanaan strategi yang lebih berkesan, khususnya melalui institusi pendidikan, pentadbiran dan media massa.

(30)

jika diukur daripada sudut penggunaan “bahasa Melayu tinggi”. Dengan tidak bermaksud menafikan peranan bahasa sehari-hari, tampaknya bahasa Melayu tinggi yang dapat juga diistilahkan sebagai “bahasa terbina” (elaborated code menurut istilah Bernstein), sebagai lawan “bahasa terhad” (restricted code) belum membudaya dengan mantap dalam kalangan yang seharusnya menguasainya. Masih banyak karya ilmiah yang belum mencapai tahap bahasa Melayu tinggi yang sewajarnya. Masih ketara penggunaan bahasa Melayu yang tidak baku di tempat awam (iklan, nama tempat, bangunan, syarikat dan sebagainya). Demikian juga masih menjadi impian untuk kita menyaksikan pidato, ucapan, syarahan dan perbahasan yang mencerminkan bahasa Melayu tinggi, dengan kekecualian sejumlah orang yang masih agak kecil bilangannya. Seringkali harapan untuk menikmati wawancara atau ucapan yang bermutu penyampaiannya (termasuk dalam hal penggunaan bahasa) tidak tercapai, malahan perbahasan di Parlimen kadang-kadang tidak pula mencerminkan kemurnian dan taraf Parlimen itu sendiri, disebabkan bahasa Melayu tinggi yang seharusnya digunakan bertukar menjadi bahasa Melayu rendah, kadangkala dengan carutan dan maki hamun. Dalam pada itu, sebarang langkah berundur daripada ketetapan dan pelaksanaan yang telah berlangsung disebabkan keraguan yang timbul dalam diri sendiri tidak membantu keutuhan bahasa Melayu. Sebagai contoh, pelaksanaan sebutan baku yang bertujuan untuk membentuk bahasa lisan formal sebagai salah satu cirinya, telah diputuskan pada tahun 1980-an, dan pelaksanaannya diterapkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah (KBSM dan KBSR) bermula pada tahun 1988. Dengan keputusan Kabinet pada tahun 2000, sebutan baku dihadkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja, tidak lagi merentas kurikulum seperti selama 12 tahun sebelumnya. Dengan keputusan pengenduran pelaksanaan sebutan baku itu, ada asasnya untuk kita ragui pelaksanaannya hatta dalam mata pelajaran Bahasa Melayu itu sendiri!

(31)

Malaysia (RTM) berusaha melaksanakan beberapa aspek sebutan baku, terutama bagi kosa kata ambilan daripada bahasa asing. Citra DBP, iaitu program radio DBP selama setengah jam setiap hari (kecuali pada hari Ahad) menjadi contoh penggunaan sebutan baku. Sayangnya program yang dimulakan pada tahun 2002 itu hanya dapat bertahan beberapa tahun sahaja dan telah dihentikan atas alasan yang tidak dapat dipastikan (menurut sumber dalaman, disebabkan faktor kewangan).

Merenung dan Merancang Pemerkasaan Bahasa Melayu pada Waktu Mendatang

Pastilah usaha merancang bahasa Melayu sebagai bahasa tamadun bangsa dan negara untuk waktu mendatang memerlukan waktu dan kaedah yang serapi-rapinya. Perlu ada sesi khas untuk sumbang saran pelbagai pihak dan perlu ada pendokumentasian strategi perancangan itu, sebagai pelan tindakan yang menerjemahkan Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Namun, dalam syarahan ini saya sekadar mencatat beberapa fikiran umum yang mudah-mudahan dapat membantu sedikit banyaknya perancangan bahasa Melayu dalam tempoh setengah abad mendatang.

1. Perancangan yang berkaitan dengan taraf dan peranan bahasa Melayu i. Peruntukan undang-undang tentang taraf dan peranan bahasa Melayu

(32)

yang lain. Amatlah ironis halnya apabila penguatkuasaan undang-undang pembuangan sampah yang tidak menentu dan kesalahan lalu lintas, misalnya, diberi perhatian, tidak ada pula undang-undang melanggar peruntukan Perlembagaan negara yang berkaitan dengan dasar bahasa atau akta pendidikan yang memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama.

ii. Taraf dan peranan bahasa Melayu perlu diperluas ranah penggunaannya. Mana-mana pengecualian yang tidak munasabah tidak harus wujud lagi dalam Akta Bahasa Kebangsaan atau akta-akta lain, misalnya pengecualian penggunaan bahasa Melayu dalam sistem kehakiman. Demikian juga, kedudukan bahasa Melayu dalam bidang ekonomi (termasuk perdagangan). Beberapa undang-undang yang berkaitan dengan bidang perdagangan yang selama ini ‘menyekat’ penguatkuasaan penggunaan bahasa Melayu disebabkan akta yang berkaitan telah ‘luput tarikh’ (sebilangannya diaktakan sebelum atau pada awal kemerdekaan) hendaklah segera dipinda dan dimasukkan unsur penguatkuasaan penggunaan bahasa Melayu ke dalam akta pindaan itu.

(33)

iv. Pengayaan khazanah ilmu dalam bahasa Melayu untuk pelbagai lapisan khalayak perlu dijadikan agenda negara. Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Terjemahan dan Buku Negara, Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (Mappim) yang menggemblengkan penerbit institusi pengajian tinggi dan insitusi penyelidikan dan badan-badan lain digerakkan secara bersinergi agar untuk dapat benar-benar memenuhi tanggungjawab sosial dalam penyediaan dan penerbitan karya ilmu untuk kelompok dewasa, remaja dan kanak-kanak, dalam bentuk cetakan mahupun elektronik. Perlu ada dana yang khusus untuk menjayakan agend memperkaya khazanah ilmu dalam bahasa Melayu.

v. Perlu ditubuhkan jabatan atau unit audit bahasa yang memantau penguatkuasaan dasar bahasa, terutama dalam bidang pentadbiran. Sebagai langkah proaktif, Dewan Bahasa dan Pustaka telah memulakan Program Audit Bahasa Melayu di semua kementerian kerajaan pusat dan kerajaan negeri dengan menilai dua aspek utama, iaitu peratusan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa urusan rasmi sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 152 Perlembagaan persekutuan dan aspek mutu bahasa yang digunakan.

(34)

2. Perancangan yang berkaitan dengan pemupukan bahasa Melayu tinggi i. Sebagai bahasa tonggak tamadun, usaha bersepadu melalui semua

kementerian, jabatan dan agensi kerajaan serta swasta perlu dirancang untuk membudayakan atau memasyarakatkan bahasa Melayu tinggi. Langkah Kerajaan mengadakan Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni merupakan langkah positif yang dapat dimanfaatkan untuk turut membudayakan penggunaan bahasa yang baik dan santun. Mudah-mudahan komponen “bahasa Melayu tinggi” dapat diintegrasikan dalam pelaksanaan kempen tersebut. Konsep bahasa sebagai “warisan tidak tampak” atau “warisan tidak ketara” sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 perlu dikembangkan dan direalisasikan dalam kehidupan masyarakat.

ii. Media, baik media cetak mahupun media elektronik perlu meningkatkan peranannya dalam pembudayaan bahasa Melayu tinggi. Kita barangkali memang tidak dapat membendung fenomena bahasa rojak, slanga dan segala bentuk bahasa yang mewakili realiti sosial yang ada. Namun, dengan mengupayakan penyajian program-program yang dapat memasyarakatkan bahasa Melayu tinggi, bahasa Melayu dapat bertahan sebagai bahasa yang mewakili budaya tinggi. Dengan demikian tidaklah menular fenomena “sekerat ular sekerat belut” (seperti yang diistilahkan oleh Tan Sri Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim) dalam penggunaan bahasa bagi tujuan yang rasmi. Yang sungguh-sungguh kita bimbangi ialah kegagalan masyarakat menempatkan ragam bahasa yang betul pada konteks dan situasinya. Sebagaimana kita tidak mengharapkan bahasa yang baku digunakan dalam komunikasi sehari-hari tidak rasmi, maka tidak harus kita terima penggunaan bahasa ragam kolokial dalam urusan rasmi dan ilmiah.

3. Langkah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa supranasional

(35)

Oleh itu, dalam upaya memperkuat bahasa Melayu di peringkat negara, segala upaya memadukan kerjasama dengan negara-negara berbahasa Melayu yang lain dan mana-mana sahaja pihak yang dapat membantu melonjakkan citra dan kedudukan bahasa Melayu hendaklah dilaksanakan. Sekali lagi kita perlu belajar daripada rakan bukan Melayu kita yang mempunyai rangkaian yang cukup erat dalam pakatan Cina antarabangsa. Sekretariat Melayu Antarabangsa perlu digerakkan semula. Kongres Dunia Melayu Dunia Islam perlu disemarakkan terus. Dewan Bahasa dan Pustaka yang memperoleh kelulusan Kabinet pada tahun 1997 untuk menggerakkan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) (yang sudah mula beroperasi sejak tahun 2000 hingga 2004) sedang digerakkan semula untuk memenuhi keperluan pengantarabangsaan bahasa dan persuratan Melayu.

Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa antarabangsa, khususnya dalam zaman bahasa Melayu klasik pada sekitar abad ke-15 dan beberapa abad berikutnya. Pada masa ini bahasa Melayu belum sampai ke tahap bahasa antarabangsa yang dominan sebagaimana halnya dengan bahasa Inggeris yang telah menjadi bahasa ibunda atau bahasa pertama lebih 45% penduduk 10 buah negara di dunia seperti United Kingdom, Ireland, Australia, New Zealand, Barbados, Jamaica, Trinidad, Amerika Syarikat, Kanada dan Guyana (Fishman et al., 1977), menjadi bahasa rasmi atau bahasa kedua di Botswana, Cameroon, Fiji, Gambia, Ghana, India, Lesotho, Liberia, Malawai, Malta, Mauritius, Namibia, Nauru, Nigeria, Filipina, Zimbabwe, Sierra Leone, Singapura, Afrika Selatan, Swaziland, Tanzania, Tonga, Uganda, Saomoa Barat dan Zambia (Richards, 1991). Dengan kedudukannya sebagai bahasa dunia yang dominan dan kini dipercayai antara bahasa dunia yang berperanan besar dalam proses globalisasi, perbincangan tentang pengajaran bahasa Inggeris kepada penutur asing menjadi tema yang mendapat perhatian besar sehingga perbincangan tentang pengajaran bahasa Melayu kepada penutur asing mungkin dianggap oleh sesetengah orang sebagai kurang relevan.

(36)

potensi bahasa Melayu sebagai bahasa dunia yang dominan, antaranya seperti pernyataan David Graddol, Pengarah The English Company (UK) Ltd dalam jurnal The Future of Language (27 Februari 2004) bahawa bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang amat pesat berkembang. Yang penting ialah bahawa atas dasar adanya keperluan bahasa Melayu diajarkan kepada dan dipelajari oleh penutur asing itu, perlu ada perencanaan yang rapi untuk memenuhi keperluan tersebut.

Penutup

Usaha memartabatkan dan memerkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu dan bahasa ranah-ranah lain hendaklah dilihat sebagai amanah besar yang perlu dilaksanakan oleh semua peringkat warganegara. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu merupakan salah satu kontrak sosial yang perlu senantiasa dipertahankan dan ditingkatkan oleh segenap lapisan warganegara, daripada penggubal dasar kepada pelaksana dasar dan masyarakat awam.

Yang paling utama ialah ketekalan sikap dan pendirian para pemimpin negara agar peranan bahasa Melayu sebagai salah satu pancang pembinaan negara bangsa terus ditingkatkan dan diperkukuh. Bahasa kebangsaan, yang diungkapkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putera sebagai roh bangsa dan negara yang merdeka tidak seharusnya dikorbankan atas nama pembangunan dan kemajuan, kerana kemajuan yang hakiki turut meliputi keupayaan kita maju dalam bahasa dan landasan budaya kita sendiri.

Bibiliografi

Abdullah Hassan (Ed.). 1999. Perancangan Bahasa di Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(37)

Abdul Rahim Bakar dan Awang Sariyan (Ed.). 2005. Suara Pejuang Bahasa. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia dan Dawama.

Asmah Hj. Omar. 1993. Language and Society in Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asraf (Ed.). Manifesto Budaya: Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Melayu.

Awang Sariyan. 2002. Ceritera Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan. 2005. Hakikat Bahasa dan Realisasi Fungsinya dalam Pembinaan dan

Penakatan Tamadun. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Awang Sariyan. 2006. Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. 2006. “Analisis Beberapa Isu Utama Sosiobudaya Bangsa”, kertas kerja Dialog Susulan Kongres Kepentingan Bangsa Peringkat Wilayah Persekutuan, Dewan Al-Malik Faisal, Petaling Jaya (15 April 2006). Terbit dlm. Abdullah Hassan. Mengapa Kami Bantah! Penggunaan Bahasa Inggeris bagi Mengajarkan Sains dan Matematik. 2006. Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia.

Awang Sariyan. 2007. “Keunggulan Bahasa, Persuratan dan Tamadun Melayu”. Ucap Utama Kolokium Pasca-Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-7, anjuran Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), GAPENA, Persatuan Penulis Pulau Pinang dan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara (27 Mac 2007) di Dewan Seri Pinang, Pulau Pinang. Terbit dalam Jurnal Persatuan Linguistik Malaysia 2007.

Awang Sariyan. 2009. Mencari Makna Diri Melayu: Renungan untuk Bangsaku. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Awang Sariyan. 2010. Asas Falsafah dan Pemikiran Melayu Berteraskan Islam. Kuala Lumpur: IKDAS dan ABIM.

(38)

GAPENA dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kumpulan Kertas Kerja Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-7 (6-8 November 2006).

Juriah Long et al. 2004. “Laporan Kajian Kesediaan Guru dan Pelajar dalam Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (tidak diterbitkan).

Hassan Ahmad. 2000. Imbasan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim et al.. 2003. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norhashimah Jalaluddin. 2006.“Penerimaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris: Konflik antara Dua Darjat” dlm. Abdullah Hassan (Ed.). Mengapa Kami Bantah! Penggunaan Bahasa Inggeris bagi Mengajarkan Sains dan Matematik. Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia.

Persatuan Linguistik Malaysia. 2002. Keranda 152: Bahasa Kita, Air Mata dan Maruah Kita. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Pantun Bahasa

Suasa bukan sebarang suasa, Suasa saduran emas tempawan; Bahasa sendi tamadun bangsa, Dihina jangan dileburkan jangan.

Sriwijaya, Samudera, Aceh, Melaka, Pusat gemilang tamadun kita;

Majukan bahasa majukan bangsa, Baru negara terhormat di dunia.

~Kembara Bahasa (Awang Sariyan)~ 17 Januari 2011

(39)

Biodata

(40)

MERITOKRASI DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

AB.RAHIM SELAMAT

INTERNATIONAL INSTITUTE OF MANAGEMENT AND TECHNOLOGY (IIMAT)

SINOPSIS

Kertas kerja ini mengulas tentang definisi, konsep, model, rasional, kriteria dan strategi serta implikasi pelaksanaan meritokrasi khususnya dalam konteks Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan Panduan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM 1, 2 dan 3)

Meritokrasi didefinisikan sebagai keadaan, situasi, spesifikasi, piawaian, mekanisme atau standard kualiti. Ia juga adalah kekuatan, kuasa, perlantikan dan tugas yang terdapat dan diamanahkan kepada seseorang individu berasaskan kepada bakat sama ada bakat intelek atau fizikal.

Konsep utama dalam meritokrasi ialah kecemerlangan melalui penilaian atau peperiksaan dan prestasi yang terbukti dalam bidang ia melaksanakannya. Konsep IQ, EQ dan SQ (etika dan teologi) juga terlibat secara bersepadu. Dengan itu ia tidak bergantung kepada prestasi atau pencapaian akademik semata-mata.

Modelnya bermula dengan kecemerlangan akademik (ilmu), ditambah dengan prestasi akademik perlu ditambah dengan kuasa pengupayaan atau empowerment dan otoriti. Tiga prasyarat ini penting dalam dunia meritokrasi.

Apabila ia dikaitkan dengan pendidikan, ia bermaksud standard kualiti prestasi akademik yang tidak merupakan tapisan meritokrasi yang utama seperti peperiksaan awam SPM, STPM dan juga ijazah bahkan juga TIMSS dan PISA (UNESCO)

(41)

pelajar, guru, Guru Besar/Pengetua dan Ibubapa serta sistem pendidikan terutama Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan. Prestasi yang cemerlang menepati keperluan pelanggan disatu masa dan disepanjang masa.

Strategi dan implikasi pelaksanaan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan Panduan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM 1, 2 dan 3) ialah dengan meningkatkan posisi sepertiga di atas untuk TIMSS dan PISA menjelang 2020. Juga mengadakan program pembaharian seperti KBSR/KSSR/KBSM, penghantar pelajar pilihan ke luar negara, projek Sekolah Bestari, Sekolah Klaster, Sekolah Berprestasi Tinggi dan Pengurusan Berasaskan Sekolah selain daripada Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains MARA dan Prasekolah (Pintar) untuk golongan yang cemerlang.

Akhirnya apakah metos dan paradoks meritokrasi dalam pendidikan?

ISI-ISI UTAMA

1. DEFINISI

 Meritokrasi=Yang Terbaik Secara Keseluruhan  Meritokrasi=Cemerlang/Elitis

 Meritokrasi- Kuasa Dan Kekuatan Yang Ada Pada Individu Seperti Pelajar

 Dalam Pendidikan=Pencapaian Peperiksaan Awam (Spm Dan Stpm) Dari Segi Akademik

 Tapisan Akademik/Bukan Akademik

 Cemerlang Dari Segi Kokurikulum, Pencapaian Dalam Sukan/Permainan/Ko-Akademik.

 Bakat/Kebolehan/Sahsiah/Personaliti/Etika.  Diukur Melalui Peperiksaan Yang Kompetitif  Berasaskan Pencapaian

 Selepas Berjaya Di Lantik Untuk Kesesuatu Jawatan  Atau Memasuki Program Khas Pendidikan

 Konsep Yang Sangat Idealistik/Satu Utopia

(42)

 Kenyataan/Hakikatnya: Keadaan Sama Rata Masih Belum Dicapai Dalam Pendidikan Di Malaysia.

 an elite group of people whose progress is based on ability and talent rather than on class privilege or wealth.

 a system in which such persons are rewarded and advanced: The dean believes the educational system should be a meritocracy.

 leadership by able and talented persons.

2. KONSEP

3. HASIL KAJIAN Lampiran 1

Functionalists have argued that educational systems in modern industrial societies are meritocratic. Provision of equal opportunity towards education in different group helps to realize potentials and invoke the ability to be upwardly mobile, thus

changing the structure of social inequality.

However, the Marxists approaches have argued that the idea of a meritocratic educational system is a myth and has in fact reproduced social inequality. Educational attainment thus, to a large extent depends on ascribed status. Middle class pupils were more likely to achieve success in schools as they were labelled “good-ideal” students. Furthermore, Marxists criticized the educational system for failing to observe the lower class for being materially deprived.

The British education system is an example of a less meritocratic education system proving that there is no equal opportunity as the system only enables those who were able to afford university to attend university, including those whom were

most talented.

(43)

talent and ability is thus criticized as this method only enabled the pupils who were most talented to fill the most important roles in the economic system. Although both the Functionalist and Marxist have different view on education system both have called upon empirical evidence to support their arguments. Saunders have supported the arguments made by functionalist whereby he found evidence in which children were tested at the age of 11 whether or not they would succeed in their adult life. On the other hand, Hasley, Heath and Ridge’s study of 8.529 boys born from different social class concluded that social class backgrounds determined

4. MODEL 5. RASIONAL

6. KRITERIA/PRASYARAT

 Perlu Mengambilkira Juga Latarbelakang Yang Mempengaruhi Pencapaian Peperiksaan Seperti Status Sosio-Ekonomi Keluarga, Tempat Bersekolah, Kemudahan Pembelajaran Yang Dinikmatinya.

 Sudahkah Ada Keadaan Sama Rata Dalam Pendidikan Negara?

 Sudahkah Ada Input/Proses/Output Pendidikan Yang Sama Yang Tidak Ada Banyak Perbezaan (Disparity).

 Mengikut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pppm) 2013-2025, Isu Samarata Atau Ekuiti Dalam Pendidikan Masih Belum Dapat Diselesaikan.

 Ini Disebabkan Tidak Ada Samarata Dalam Aksesibiliti Di Sektor Pendidikan.  Jurang Aksesibiliti Dan Ekuiti Dalam Pendidikan Diantara Bandar Dan Luar

Bandar Masih Besar

 Fenomena Ini Melibatkan Kaum Bumiputera Terutama Di Sabah Dan Sarawak.  Masih Perlu Diberikan Keutamaan Untuk Membolehkan Mereka Berada Setaraf

Dengan Golongan/Kaum Yang Sudah Mampu Dan Berjaya Mencapai Meritokrasi Terutama Di Bandar

 Golongan Yang Perlu Diberikan Keutamaan Melalui Skim Subsidi Ini Memang Wajar Diberikan Keutamaan

 Salah Satu Skim Subsidi Ialah Keutamaan/Kelebihan Atau Preference Ialah Memasuki Ipt Dengan Diberikan Biasiswa Atau Pinjaman (Ptptn).

(44)

 Jika Aksesibiliti Dan Ekuiti Masih Tidak Ada Dalam Pendidikan Dimalaysia, Bagaimana Meritokrasi Dengan Adilnya/Saksama Dapat Dilaksanakan?

 Definisi Kemasukan (Bergraduat Secara Ekuiti)

Mula Masuk Ipt Dan Hingga Bergraduat Diperingkat Tertinggi (Ph.D/Ed.D/Dba,Ir.) Jangan Ketika Masuk Sahaja Ada Meritokrasi.

Program Pendidikan Berteraskan Meritokrasi Khas Untuk Pelajar Bumiputera Melayu

 SMC

 PERALIHAN  MRSM  SBP  SBT

7. Strategi Pelaksanaan Dalam PPPM 2013-2025

Meritokrasi Dalam Sistem Pendidikan Negara”Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pppm) 2013-2025

 Tiada Perkataan Meritokrasi Dicatatkan Dengan Panjang Lebar  Perkataan Kualiti Sama Dengan Meritokrasi-Meritokrasi

Murid,Guru,Kepimpinan,Kurikulum, Pentaksiran,Kepimpinan Dan Pengajaran Dan Pembelajaran=Meritokrasi Prestasi Murid (Ms.E-4-6:Prestasi Kognitif Murid Berbanding Standard Antarabangsa-Timss Dan Pisa .Kedudukan Malaysia (Ms.E-6) Tidak Tinggi Meritnya (Posisi 54,57 Dan 52)Tingkatkan Merit/Kualiti Anjakan 1 Ms. E 12

 Kualiti/Meritokrasi Murid (Ms.E 14)  Meritokrasi=Pemikiran Tinggi (Hots)  Dalam Ujian Awam

 Kualiti/Meritokrasi Sekolah-(Rujuk Ms.E-13)Anjakan 1  Kualiti/Meritokrasi Guru (Rujuk E-16-Anjakan 4)

(45)

8. Implikasi

 Meritokrasi Sebagai Dorongan

 Berciri Demokratik/Bercanggah Dengan Demokratik?  Meritokrasi Vs. Kesamarataan (Equity)

 Begitu Unggul

 Sesuai Dilaksanakan Dalam Suasana Yang Sudah Samarata/Sudah Ada Ekuiti Dikalangan Masyarakat

 Ia Juga Boleh Sebagai Halangan/Tidak Adil Dalam Keadaan Ekuiti Masih Belum Dicapai

 Kurang Sahih Jika Asas/Kriteria Pemilihan Itu Sendiri Tidak Sama  Tidak Realistik

 Akan Membesarkan Lagi Jurang Perbezaan Antara/Sesama Kaum  Dasar Diskriminasi Yang Positif Dan Konstruktif Masih Relevan  Bukan Sahaja Antara Kaum (Inter)

 Juga Dalam Kaum Yang Sama (Intra)

 Menyebabkan Perbezaan Antara Klas Bukan Antara Kaum

 Kemasukan Dan Pemberiaan Biasiswa Yang Berdiskriminasi Masih Relevan Walaupun Dinegara Maju

 Yang Memberikan Keutamaan Kepada Yang Kurang Bernasib Baik (Culturally Dan Economically Disadvantaged) Dikalangan Semua Kaum

 Kejayaan Kemajuan Sosioekonomi Bumi Putera Selama 50 Tahun Sejak Merdeka Adalah Lebih Baik Dari Dahulu Kerana Adanya Dasar Pendidikan Yang Diskriminasi/Bukan Sama Rata.

 Dasar Meritokrasi/Kuota Yang Berperingkat Adalah Lebih Relevan Dan Realistik  Kemajuan Ekonomi Negara Yang Tidak Seimbang Sekarang Juga Telah

Disebabkan Secara Meluas Oleh Dasar Yang Berdisriminasi (Tidak Adil Kepada Golongan Bumiputera) Kepada Kaum Bumiputera Sejak Inggeris Menjajah Tanah Melayu.Kaum Bumiputera Dijadikan Golongan ‘Makan Gaji’/Pentadbir/Birokrat (Bukan Teknokrat/Teknopreneur) Dan Tidak Digalakkan Terlibat Dalam Perniagaan Yang Berpendapatan Tinggi.Pihak Pentadbir Ini Direncana Oleh Penjajah Untuk Memberikan Sokongan Birokrasi Yang Kuat Agar Sektor Perniagaan Dapat Berkembang Dengan Lancar.

 Dasar Diskriminasi Sejak Penjajahan Telah Menyebabkan Perbezaan Sosio-Ekonomi Antara Kaum Pada Hari Ini

Gambar

gambar rajah yang berikut:
Table 2: Share of Total Available Household Net Worth,

Referensi

Dokumen terkait

1) Mengadakan evaluasi terhadap program pelayana okupasi terapi yang diprogramkan oleh dokter spesialis rehabilitasi medik atau dokter spesialis lainnya yang bekerja di

Aspek-aspek yang mempengaruhi kepuasan kerja yang diungkapkan oleh Luthans (2006) meliputi aspek kepuasan terhadap pekerjaan itu sendiri, yakni dimana persyaratan

Dari definisi di atas dapat disimpulkan bahwa Tujuan Laporan Keuangan adalah menyediakan informasi yang menyangkut posisi keuangan, kinerja, serta perubahan posisi

Padahal kalau melihat dari jumlah Link yang ada, cukup banyak halaman pada situs sehingga akan jauh lebih baik jika terdapat Link yang menuju site map.. 2.2 Analisis Halaman

Dengan adanya stock opname maka akan diperoleh laporan rill koleksi perpustakaan yang akan dijadikan bahan pertimbangan pengembangan koleksi selanjutnya sehingga

Pembelajaran berdasarkan masalah tidak di desain dalam membantu guru untuk menyampaikan informasi yang lebih banyak terhadap siswa, akan tetapi dirancang agar

Moralitas hanya terdapat pada manusia dan tidak terdapat pada makhluk hidup lain. Makhluk yang paling dekat dengan manusia tentunya biantang. Karena itu dalam

Sebelum kesimpulan hasil penelitian dikemukakan, terlebih dahulu di utarakan keterbatasan maupun kelemahan-kelemahan yang yang ada pada penelitian ini. Hal ini