• Tidak ada hasil yang ditemukan

Cukai Pendapatan. Garis Panduan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Cukai Pendapatan. Garis Panduan"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

AMWAY (Malaysia) Sdn. Bhd. (AMSB) ingin berkongsi pelbagai garis panduan dengan Pengedar AMWAY berkaitan Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP) untuk membantu anda menjalankan perniagaan anda dengan cara yang teratur dan sewajarnya sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab.

Sila ambil perhatian bahawa adalah menjadi

TANGGUNGJAWAB ANDA sebagai Pengedar

AMWAY untuk mengisytiharkan keuntungan perniagaan AMWAY anda setiap tahun kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). LHDN menghendaki AMSB untuk membekalkan mereka dengan maklumat tentang semua pendapatan yang Pengedar perolehi dan setiap tahun AMSB melaporkan maklumat tersebut kepada LHDN.

Kami berkongsi dengan anda amalan-amalan terbaik bagi Senggaraan Rekod Perakaunan dan beberapa garis panduan penting yang anda harus tahu. Sila berunding dengan akauntan profesional yang bertauliah untuk membantu anda dengan selanjutnya dalam perancangan cukai dan memahami tanggungjawab anda sebagai pembayar cukai.

KEUNTUNGAN DARIPADA PERNIAGAAN AMWAY ANDA ADALAH BOLEH DICUKAI

Pendapatan boleh dicukai diperoleh daripada perniagaan, pekerjaan, faedah/dividen/diskaun dan sewa/royalti/premium. Keuntungan daripada perniagaan AMWAY anda adalah di bawah definisi ‘perolehan atau keuntungan daripada perniagaan’ seperti yang ditetapkan dalam Akta Cukai Pendapatan (ACP) dan oleh itu boleh dicukai. Anda wajib di bawah Akta ini untuk mengisytiharkan keuntungan perniagaan anda dalam penyata cukai tahunan yang biasanya dihantar kepada anda oleh LHDN. AMWAY mengisytiharkan semua bonus yang dibayar kepada setiap Pengedar setiap tahun kepada LHDN sebagai mematuhi Akta.

Berhubung dengan sumber pendapatan dari luar negara, sebagai contoh pendapatan anda yang diperoleh dari Singapura, adalah diingatkan bahawa pendapatan anda yang diperoleh dari negara asing boleh dikenakan cukai oleh pihak berkuasa cukai negara tersebut. Oleh itu, amatlah penting untuk mendapatkan nasihat yang betul daripada akauntan profesional yang bertauliah untuk membantu anda dalam memenuhi tanggungjawab anda sebagai pembayar cukai di dalam dan luar negara.

SISTEM TAKSIRAN SENDIRI

Sistem Taksiran Sendiri untuk individu yang bergaji, perniagaan dan perkongsian telah dilaksanakan berkuat kuasa mulai 2004. Sistem Taksiran Sendiri adalah cara di mana pembayar cukai mengira dan membayar cukai pendapatannya sendiri. Ia adalah suatu sistem di mana pembayar cukai diberi tanggungjawab untuk mengira liabiliti cukai beliau sendiri.

Di bawah Sistem Taksiran Sendiri yang berdasarkan konsep ‘Fail dan Bayar’, pembayar cukai dikehendaki untuk:

• Memfailkan borang penyata cukai pendapatan mereka yang lengkap ke LHDN bersama dengan bayaran baki cukai perlu dibayar (jika ada). • Membayar liabiliti cukai pendapatan mereka

melalui potongan gaji bulanan bagi individu yang memperoleh pendapatan melalui pekerjaan atau melalui ansuran dwibulanan bagi individu yang memperoleh pendapatan melalui perniagaan. Tiada ‘Notis Taksiran’ (Borang J) akan dikeluarkan oleh LHDN.

Bagi pembayar cukai, Taksiran Sendiri akan membolehkan pembayar cukai menguruskan urusan cukainya dengan lebih baik. Untuk berbuat demikian beliau perlu menyimpan rekod, mengisi penyata dengan betul, mengira cukainya dan akhirnya mengyerahkan Borang Penyata dengan bayaran akhir cukai (jika ada).

Anda boleh menghubungi cawangan LHDN yang terdekat untuk maklumat lanjut tentang Sistem Taksiran Sendiri. Untuk pertanyaan tentang Sistem Taksiran Sendiri, anda juga boleh layari laman web LHDN di www.hasil.org.my atau hubungi talian di 1-800-88-5436.

BAGAIMANAKAH ANDA MENGISYTIHARKAN KEUNTUNGAN ANDA DARIPADA PERNIAGAAN AMWAY?

Pada awal setiap tahun kalendar, anda akan menerima Borang Penyata Cukai Pendapatan dari LHDN, iaitu Borang B untuk individu yang memiliki perniagaan (seperti Pengedar AMWAY) atau Borang BE jika individu bergaji. Isytiharkan keuntungan anda daripada Perniagaan AMWAY dengan mengisi borang tersebut. Jika anda tidak menerima borang selewat-lewatnya pada bulan Mac setiap tahun, anda harus memintanya dari LHDN. Penyata Cukai yang lengkap mesti dihantar kepada LHDN selewat-lewatnya 30 Jun pada tahun berikutnya untuk individu yang memiliki perniagaan dan selewat-lewatnya 30 April pada tahun berikutnya untuk individu yang bergaji. Anda boleh memilih untuk menghantar borang penyata cukai anda melalui pemfailan elektronik. Untuk pertanyaan tentang pemfailan elektronik (e-Filing), sila hubungi LHDN di 03-77136655 atau 1-800-88-5436.

Kegagalan untuk menyerahkan Penyata Cukai akan dianggap satu Kesalahan di bawah ACP dan jika didapati bersalah boleh dikenakan denda dari RM200 hingga RM2000 dan/atau dipenjarakan selama enam bulan. LHDN dibenarkan untuk mengenakan penalti sehingga tiga kali jumlah cukai perlu dibayar jika tiada tindakan pendakwaan diambil terhadap pembayar cukai.

SERAHKAN PENYATA CUKAI TAHUNAN LEBIH AWAL

Adalah menjadi tanggungjawab Pengedar AMWAY untuk memastikan mereka memfailkan Penyata Cukai dengan segera dan LHDN ada menerimanya. Bukti surat-menyurat tidak menjamin penerimaan oleh LHDN.

SKIM BAYARAN ANSURAN DAN POTONGAN GAJI BULANAN

Bagi individu yang memiliki perniagaan, LHDN akan mengeluarkan borang yang ditetapkan (Borang CP 500) yang menyatakan anggaran cukai perlu dibayar di bawah skim ansuran yang ditentukan oleh LHDN berdasarkan cukai yang ditaksir dalam tahun sebelumnya. Pembayar cukai dikehendaki membayar anggaran cukai perlu dibayar dalam enam ansuran dwibulanan seperti yang diarahkan oleh LHDN.

AMALAN-AMALAN TERBAIK UNTUK SENGGARAAN REKOD PERNIAGAAN YANG BAIK BAGI

MEMUDAHKAN AUDIT OLEH LHDN

Amatlah penting dalam mana-mana perniagaan untuk menyimpan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan. Anda dikehendaki mengekalkan rekod dan dokumen perniagaan anda sehingga tujuh tahun selaras dengan Akta Cukai Pendapatan 1967.

Jualan

• Invois Jualan >> Runcit

>> Borong (Permintaan Pengedar) • Pendapatan Lain

>> Penyata bonus

>> Yuran-yuran lain: resit bayaran elaun harian, dll.

Belian

• Permintaan pembelian, Borang Pesanan SA-2, dll.

• Invois pembekal • Keratan cek

Belian lain

• Invois daripada pembekal, tempat mesyuarat, resit makanan dan minuman, petrol, dll.

• Penyata bank

Jika atas sebab-sebab tertentu anda tidak berupaya mendapatkan sama ada resit atau invois, anda hendaklah mencatatkan hari tersebut dalam diari anda termasuk maklumat berkenaan tujuan dan untuk siapa perbelanjaan itu dibuat. Diari janji temu anda juga boleh dianggap sebagai rekod sokongan yang bagus untuk disimpan.

Inventori

Rekod dan kemaskinikan pergerakan stok dengan teliti kerana catatan kunci kira-kira dikehendaki pada kos atau nilai pasaran yang lebih rendah pada akhir tempoh perakaunan.

Akaun bank

• Anda digalakkan membuka akaun bank berasingan khusus untuk perniagaan AMWAY anda. Ini untuk memudahkan pengasingan dana peribadi anda dan aliran tunai perniagaan anda.

• Semua aliran masuk tunai daripada jualan harus dibankkan untuk mencipta jejak audit sebelum mengeluarkannya untuk perbelanjaan perniagaan. Elakkan melakukan tolak selesai dan kontra daripada jualan tunai dengan

Garis Panduan

Cukai Pendapatan

>

>

>

>

>

>

(2)

perbelanjaan perniagaan kerana ini boleh mewujudkan kekeliruan dalam perakaunan.

• Sebarang sumber aliran masuk tunai selain jualan, sebagai contoh pinjaman, harus didepositkan dan dikekalkan dalam akaun bank yang berasingan untuk memudahkan simpan kira dan perakaunan yang mudah.

• Semua perbelanjaan harus dibayar dengan cek dari akaun bank perniagaan. Buat baucar bayaran bagi setiap bayaran dengan butiran invois pembekal dan nombor cek yang diguna untuk membayar invois. Baucar bayaran kemudiannya boleh difailkan mengikut kronologi. Jika bayaran tunai mesti dibuat, pastikan kedua-dua resit dan invois diperoleh. Kemudian bayar balik kepada diri anda dari akaun bank dalam cara yang sama dan kemas kini baucar bayaran dengan sewajarnya. Baucar bayaran yang standard ada dijual di mana-mana pusat membeli-belah atau kedai buku.

• Maklumat di bawah harus ditulis pada keratan cek anda:

• penerima • tarikh • jumlah • tujuan

• Senggara rekod perakaunan anda dengan tetap. Amalan yang baik adalah dengan melakukannya setiap bulan ketika anda masih mengingati segala yang berlaku dengan jelas.

• Lakukan penyelarasan akaun bank kepada akaun bank anda dalam rekod perakaunan setiap bulan.

REKOD PERNIAGAAN YANG LAIN

Diari Harian

Catat janji temu dan pelbagai bayaran tunai seperti bayaran letak kereta, panggilan telefon, makan tengah hari dengan rakan perniagaan, dll.

Buku Tamu

Catat nama mereka yang menghadiri mesyuarat perniagaan di rumah anda (yakni mesyuarat penajaan, mesyuarat motivasi dan mesyuarat penggunaan produk, dll) dan nombor telefon mereka.

Buku Log

Simpan buku ini dalam kenderaan bermotor atau van anda, dll dan catat bacaan meter pada awal dan akhir setiap tahun perniagaan bersama bahagian perniagaan bagi perjalanan itu yang menunjukkan tarikh, tempat dan perbatuan.

Rekod Bayaran Bonus

Catat bayaran bonus pencapaian kepada semua Pengedar bawahan (dengan no. KP dan alamat) dan dapatkan perakuan mereka bagi setiap bayaran bonus yang dibuat kepada mereka. Ini akan menjelaskan semua bonus pencapaian yang dibayar oleh Pengedaran anda. Jumlah dalam rekod-rekod ini hendaklah sama dengan jumlah Penyata Untung Rugi anda bagi bonus pencapaian yang dibayar.

MEMAHAMI PERBELANJAAN PERNIAGAAN Perbelanjaan perniagaan boleh dikelaskan kepada 2 kategori iaitu:

1. Perbelanjaan Modal

Perbelanjaan Modal ialah perbelanjaan yang ditanggung untuk mendapatkan barang-barang yang diguna secara tetap dalam perniagaan dan memberi faedah yang bertahan lama.

Contohnya ialah perakam pita peribadi, kamera, komputer, peralatan pejabat, kereta (peraturan khas dikenakan untuk kereta dan hanya satu peratus daripada tuntutan biasanya dibenarkan kecuali kenderaan yang diguna adalah semata-mata untuk perniagaan AMWAY anda), dll. Berhubung dengan barang-barang ini, potongan

sejumlah peratusan tertentu daripada kos (diistilahkan sebagai elaun modal [CA]) diberikan setiap tahun dalam mencapai untung boleh cukai. Peratusan-peratusan ini ditentukan oleh undang-undang dan ditunjukkan di bawah:

Kadar Biasa Elaun Modal Elaun Permulaan (‘IA’): - Ditetapkan pada 20% - Tahun Belian Sahaja Elaun Tahunan (‘AA’): Kenderaan Bermotor# 20% Perabot, kelengkapan & peralatan pejabat 10% Komputer dan

Peralatan ICT* 80% # Perhatian:

• Jika dibeli dengan sewa beli, faedah dibenarkan sebagai potongan; CA dikira ke atas bahagian utama daripada bayaran ansuran yang perlu dijelaskan sahaja.

• Tertakluk pada had ambang RM100,000 untuk kenderaan bermotor baru yang dibeli pada atau selepas 28/10/2000, dengan syarat harga di atas jalan tidak melebihi RM150,000.

• Tertakluk pada pengagihan, jika digunakan juga untuk tujuan peribadi.

* Perhatian:

• Elaun Model Dipercepat bagi Kelengkapan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dilanjutkan ke TP 2016.

2. Perbelanjaan Hasil

Perbelanjaan ini bersifat berulang-ulang yang ditanggung dalam mengendali dan menyenggarakan perniagaan, dan tidak termasuk perbelanjaan modal. Perbelanjaan ini boleh ditolak cukai dalam mengira keuntungan anda. Contohnya ialah perbelanjaan perjalanan yang layak, perbelanjaan pejabat, bayaran pos, yuran profesional tertentu (cth. audit dan perakaunan), telefon, alat bantu jualan, perbelanjaan promosi jualan, membaiki peralatan, dsbnya.

Jumlah potongan yang boleh dituntut adalah berubah-ubah dan bergantung kepada beberapa faktor. Oleh itu, anda hendaklah berunding dengan akauntan anda atau dapatkan penjelasan dari LHDN. Apabila menaksir sama ada suatu barangan perbelanjaan layak bagi pelepasan cukai, rujuk kepada peraturan asas ‘ditanggung keseluruhannya dan secara eksklusif di dalam pengeluaran pendapatan’.

CARA MENGIRA KEUNTUNGAN DAN CUKAI PENDAPATAN HASIL DARIPADA PERNIAGAAN AMWAY ANDA

Di sebelah kanan ialah contoh Penyata Untung Rugi yang biasa bagi perniagaan AMWAY. Guna format ini untuk mengira untung sebelum cukai yang diperoleh daripada perniagaan AMWAY anda.

Untung sebelum cukai yang didapati dari penyata ini tidak semestinya pendapatan kena cukai kerana pelarasan tertentu akan dibuat untuk mendapatkan pendapatan kena cukai, misalnya, ke atas susut nilai perbelanjaan modal anda atau bahagian perniagaan bagi perbelanjaan yang anda tuntut.

PENYATA

UNTUNG RUGI

Bagi tahun yang berakhir 31 Disember 2014

JUALAN RM RM

Borong (Antara kumpulan) 24,000

Runcit (Jualan persendirian) 37,500 61,500

KOS JUALAN

Inventori, awal tahun 3,000 Belian produk 53,500

Tolak: Inventori, akhir tahun (2,500) 54,000 Margin Kasar 7,500 Pendapatan Lain

Bonus Pencapaian - diterima 42,000

- dibayar (1,440) 40,560 Bonus Lain 7,000 Lain-lain 500

JUMLAH PENDAPATAN 55,560

PERBELANJAAN (BAHAGIAN PERNIAGAAN)

Caj bank 200 Susut nilai 4,000 Perbelanjaan kenderaan bermotor 3,600 Mesyuarat perniagaan 1,500 Hiburan 300 Insurans 200 Lesen, bayaran/yuran & langganan 200 Pencetakan dan alat tulis pejabat 600 Bayaran pos dan penghantaran 400 Sewa 3,600 Pembaikan dan penyenggaraan 500 Alat bantu jualan dan demonstrasi 600 Telefon 1,200

Perjalanan 1,200 18,100

UNTUNG SEBELUM CUKAI 37,460

Pengiraan pendapatan boleh dicukai untuk TP 2014 - Individu bujang

RM RM

Untung sebelum cukai 37,460 Tambah: Perbelanjaan yang tidak dibenarkan

Susut nilai 4,000 Telefon (katakan 2/3) 800 Perjalanan (katakan 2/3) 800

Hiburan 300 5,900 Tolak: Elaun modal

Katakan kereta yang dibeli secara tunai selepas 1/1/2012, kos 60,000 CA pada 20% 12,000 Diandaikan 1/3 untuk kegunaan

perniagaan (4,000) JUMLAH 39,360 PELEPASAN DIRI (9,000) PENDAPATAN BERCUKAI 30,360 CUKAI PENDAPATAN PERLU DIBAYAR PADA KADAR BERSKALA TP 2014 (Asas tahun semasa)

Cukai Perlu Dibayar

PENDAPATAN BERCUKAI RM RM

Yang pertama 20,000 300 Yang seterusnya 10,360 (10,360 x 6%) 622 Jumlah cukai perlu dibayar 922 Rebat (400)

Cukai Pendapatan Bersih Perlu Dibayar 522

>

>

(3)

Memandangkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

dilaksanakan pada bulan April 2015, kami telah menyediakan

soalan lazim dan jawapannya untuk membantu anda dalam

peralihan ke arah menjadi Pengedar dan syarikat yang patuh GST.

Menuju Ke Arah Pelaksanaan GST

1. Bilakah tarikh akhir untuk ITCCAS?

Semua penyerahan ITCCAS mesti sampai ke Ibu Pejabat

AMWAY

, Petaling Jaya atau Kedai AMWAY sebelum

12.00 tgh pada 30 Mac 2015.

2. Bilakah tarikh akhir untuk penyerahan dalam

talian?

Tarikh akhir untuk penyerahan dalam talian ialah 29 Mac

2015 selewat-lewatnya 11.59 mlm.

3. Bolehkah saya menggunakan cek untuk

membayar ITCCAS pada 31 Mac 2015?

Tidak boleh. Pembayaran menggunakan cek/kiriman

wang mestilah sampai ke Ibu Pejabat AMWAY, Petaling

Jaya sebelum 12.00 tgh pada 30 Mac 2015. Kegagalan

berbuat demikian akan mengakibatkan pembayaran

tersebut dianggap sebagai transaksi pada 1 April 2015

iaitu termasuk GST.

4. Bolehkah Pengedar menyerahkan ITCCAS

dalam talian dan membayar melalui Get Laluan

e-Pembayaran pada 31 Mac 2015?

Tidak boleh. Tarikh akhir untuk penyerahan dalam talian

ialah 29 Mac 2015 selewat-lewatnya 11.59 mlm.

5. Bolehkah saya serahkan ITCCAS untuk

pengedar(-pengedar) bawahan saya melalui faks

pada 31 Mac 2015 dan caj pembayarannya ke kad

kredit saya?

Ia akan dianggap sebagai transaksi pada 1 April 2015

termasuk GST.

PENYERAHAN NIAT UNTUK MENERUSKAN MERANGKAP LANGGANAN AMAGRAM

(ITCCAS)

ITCCAS melalui

Tarikh Akhir

Hari Akhir

Masa

Dalam talian

29 Mac

Ahad

11.59 mlm

Datang ke kaunter

30 Mac

Isnin

Sebelum 12 tgh

Cek/Kiriman wang

30 Mac

Isnin

Bayaran mesti sampai ke

Ibu Pejabat AMWAY

,

Petaling Jaya sebelum

12 tgh pada

30 Mac 2015

(4)

>>

1. Semua Kedai AMWAY (kecuali Brunei) dan

Kaunter Pemprosesan Pesanan, Ibu Pejabat

AMWAY, Petaling Jaya akan dibuka dari 8.30 pg

– 12.00 tgh pada Isnin, 30 Mac 2015.

2. Semua Kedai AMWAY akan ditutup pada

31 Mac 2015.

3. TIDAK dibenarkan sama sekali membuat

pesanan awal untuk promosi April 2015

pada Mac 2015.

PENYERAHAN NIAT UNTUK MENERUSKAN MERANGKAP LANGGANAN AMAGRAM

(ITCCAS)

TARIKH DAN MASA AKHIR

CATATAN:

1. Pemprosesan Pesanan akan dibuka pada Sabtu, 28 Mac 2015 dan Ahad, 29 Mac 2015.

2. Semua kedai akan dibuka pada Ahad, 29 Mac 2015 (termasuk Kedai Pantai Timur).

3. Semua pesanan mesti diambil selewat-lewatnya pada 7.00 mlm pada Isnin, 30 Mac 2015.

4. Semua pesanan yang belum dibayar pada masa akhir akan dibatalkan dan PV/BV akan diselaraskan

dengan sewajarnya.

5. Semua Kedai AMWAY (kecuali Brunei) dan Kaunter Pemprosesan Pesanan, Ibu Pejabat AMWAY,

Petaling Jaya akan dibuka dari 8.30 pg – 12.00 tgh pada Isnin, 30 Mac 2015.

6. TIADA PEMESANAN langsung pada Selasa, 31 Mac 2015 (hari pengiraan stok).

7. Semua kedai akan ditutup pada Selasa, 31 Mac 2015.

8. TIADA pesanan UNDUR TARIKH langsung untuk Mac 2015.

Keterangan

Tarikh Akhir

Hari Akhir

Masa

Pesanan Penghantaran

Penghantaran dalam talian

29 Mac

Ahad

11.59 mlm

Penghantaran dengan datang ke kaunter

29 Mac

Ahad

4.30 ptg

Penghantaran melalui faks

29 Mac

Ahad

4.30 ptg

Penghantaran melalui telefon

29 Mac

Ahad

4.30 ptg

Pesanan Ambil Sendiri

Ambil Sendiri dalam talian

29 Mac

Ahad

11.59 mlm

Ambil Sendiri dengan datang ke kaunter

30 Mac

Isnin

12.00 tgh

Ambil Sendiri melalui faks

30 Mac

Isnin

12.00 tgh

Ambil Sendiri melalui telefon

30 Mac

Isnin

12.00 tgh

Pemulangan Produk & Servis

Penggantian produk

27 Mac

Jumaat

4.30 ptg

Pemulangan untuk bayaran balik kredit

25 Mac

Rabu

4.30 ptg

Pembaikan

25 Mac

Rabu

4.30 ptg

Untuk memastikan peralihan yang lancar ke arah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada

bulan April 2015, sila rujuk kepada tarikh dan masa akhir berikut.

(5)

Untuk maklumat lanjut, log masuk ke laman web rasmi

http://gst.customs.gov.my

atau rujuk

www.amway.my

untuk

laporan GST yang sentiasa dikemas kini. Anda juga boleh menulis kepada

myhelpdesk@amway.com

atau hubungi

Pusat Panggilan di talian 03-7946 2800 jika anda ada sebarang pertanyaan.

Maklumat lanjut akan datang dalam AMAGRAM

seterusnya.

BAYARAN BARU UNTUK KIT PERNIAGAAN DAN ITCCAS

Berkuat kuasa 1 April 2015, harga baru termasuk GST untuk Kit Perniagaan dan Niat Untuk Meneruskan

Merangkap Langganan AMAGRAM (ITCCAS) adalah seperti berikut:

LATIHAN/BENGKEL AMWAY

1. Adakah GST dikenakan ke atas latihan/bengkel

AMWAY?

Ya, latihan/bengkel AMWAY adalah perkhidmatan

yang diberikan dan tertakluk kepada GST.

2. Apakah bayaran baru untuk latihan/bengkel

AMWAY?

Sila rujuk kepada bayaran yang baru di bawah.

3. Apabila latihan/bengkel tersebut dibatalkan,

adakah saya akan memperoleh jumlah yang sama

seperti yang saya dibayar untuk latihan/bengkel itu?

Ya, anda akan dibayar balik jumlah yang sama dalam

bentuk nota kredit.

4. Adakah terdapat apa-apa perubahan kepada cara

pendaftaran?

Tidak ada. Anda masih boleh mendaftar secara dalam

talian atau di Kedai/RDC AMWAY yang terdekat.

Bil

Bayaran

(sebelum GST)

GST

(6%)

Bayaran

(termasuk GST)

Catatan

1

RM12.00

RM0.72

RM12.70

Bengkel 2 jam, daftar satu bulan

sebelum tarikh bengkel

2

RM15.00

RM0.90

RM15.90

Bengkel 2 jam, daftar kurang satu bulan

sebelum tarikh bengkel

3

RM50.00

RM3.00

RM53.00

Bengkel SEHARI SUNTUK

4

RM120.00

RM7.20

RM127.20

Bengkel Kecantikan dan Berhias Diri

ARTISTRY

2 HARI SUNTUK

Catatan: Bayaran latihan/bengkel tertakluk kepada perubahan.

KIT PERNIAGAAN AMWAY

Berkuat kuasa 1 April 2015

RM

Kit Perniagaan dan Borang

Permohonan

90.00

GST (6%)

5.40

Jumlah (termasuk GST)

95.40

NIAT UNTUK MENERUSKAN MERANGKAP LANGGANAN AMAGRAM (ITCCAS)

Berkuat kuasa 1 April 2015

AMAGRAM Bercetak

(RM)

e-Perpustakaan Digital

(RM)

Pakej

(Bercetak & Digital)

(RM)

ITCCAS

43.00

30.00

63.00

GST (6%)

2.58

1.80

3.78

Bayaran ITCCAS tepat

masa termasuk GST

45.60

31.80

66.80

Bayaran pemberitahuan lewat

5.00

5.00

5.00

Bayaran ITCCAS lewat

termasuk GST

Referensi

Dokumen terkait

Lantikan dibuat bagi cadangan perniagaan yang diterima terus daripada syarikat untuk penyewaan ruang dan kadar sedia ada yang diluluskan oleh JKTK. Tatacara

Pakaian Darjah perlu dipakai secara lengkap serta hanya boleh dipakai bagi mereka yang berhak memakainya iaitu individu yang telah dikurniakan Darjah Kebesaran

Kemudahan AKMA di bawah insentif ini layak diberikan kepada pegawai di PTJ yang menjana pendapatan dengan syarat pegawai tidak berada di bawah kemudahan

khidmat atau manfaat tidak dinikmati oleh ahli keluarga Pemegang Amanah atau mana-mana pihak yang berkepentingan kepada pengasas/ Ahli Lembaga Pemegang Amanah/ Ahli

8.2 Permohonan penubuhan Tabung Relif COVID-19 hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan mulai 30 April 2020 sehingga 30 Jun 2021 atau sehingga wabak COVID-19

Adanya perbedaan antara rata-rata pendapatan petani tembakau sebelum dan setelah perubahan tarif cukai hasil tembakau disebabkan oleh faktor yang paling dominan yaitu harga jual