• Tidak ada hasil yang ditemukan

GARIS PANDUAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "GARIS PANDUAN"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

1 G A R I S P A N D U A N S K I M G A L A K A N S I S W A Z A H U N IM A S ( U - C G E S )

GARIS PANDUAN

UNIMAS COURSEWORK GRADUATE ENCOURAGEMENT SCHEME (U-CGES) SKIM GALAKAN SISWAZAH KERJA KURSUS UNIMAS

1.0 PENGENALAN

1.1 Skim ini menghadiahkan wang tunai kepada mana-mana individu (staf, pelajar atau orang awam) yang memperkenalkan dan akhirnya membawa kepada pendaftaran mana-mana siswazah tempatan atau antarabangsa untuk melanjutkan pengajian siswazah mereka di peringkat sarjana secara sepenuh masa dalam mod kerja kursus di UNIMAS.

2.0 KRITERIA ASAS

2.1 Skim ini bermula dari ambilan tahun 2014 secara berterusan atau sehingga makluman penamatan yang akan dikeluarkan oleh Pusat Pengajian Siswazah atas arahan dari Jawatankuasa Pengurusan UNIMAS Holding Sdn Bhd atau mana-mana Jawatankuasa Tertinggi UNIMAS.

2.2 Mana-mana individu (staf, pelajar atau orang awam) yang berjaya membawa masuk pelajar lain yang kemudiannya ditawar, menerima tawaran dan mendaftar sebagai siswazah di peringkat sarjana secara sepenuh masa dalam mod kerja kursus, adalah layak menerima ganjaran ini.

3.0 KADAR BAYARAN

3.1 Kadar bayaran yang diberikan adalah seperti di dalam Jadual 1 bagi setiap pelajar baru yang berjaya mendaftar di UNIMAS.

Jadual 1: Kadar bayaran

Program Pelajar Baru

Tempatan

(RM) Asing (RM) Sarjana Pentadbiran Perniagaan Korporat

Corporate Master in Business Administration 200.00 300.00 Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia)

Master of Science (Human Resource Development) 200.00 300.00 Sarjana Sains (Sains Pembelajaran)

Master of Science (Learning Sciences) 200.00 300.00

Sarjana Teknologi Maklumat Lanjutan

Master of Advanced Information Technology 200.00 300.00 Sarjana Pengurusan Alam Sekitar (Perancangan

Pembangunan)

Master of Environmental Management (Development Planning)

200.00 300.00

Sarjana Sains Sekitaran (Pengurusan Sumber Air dan Guna Tanah)

Master of Environmental Science (Land Use and Water Resource Management)

200.00 300.00

(2)

2 G A R I S P A N D U A N S K I M G A L A K A N S I S W A Z A H U N IM A S ( U - C G E S )

4.0 SYARAT-SYARAT PEMBERIAN GANJARAN

4.1 Mana-mana individu (staf, pelajar atau orang awam) atau ‘Introducer’ bagi pelajar yang mendaftar bagi program sarjana secara sepenuh masa dalam mod kerja kursus baru mesti memenuhi kriteria berikut:

i. ‘Introducer’ perlu memohon dengan mengisi borang permohonan skim ini, dengan butiran lengkap pelajar yang diperkenalkannya seperti di Lampiran 1 (Borang U-CGES).

ii. Satu borang diperuntukkan bagi setiap pelajar yang diperkenalkan.

iii. Seseorang ‘introducer’ boleh membawa lebih dari seorang pelajar pada bila- bila masa.

iv. Sekiranya terdapat lebih daripada seorang individu yang memperkenalkan seorang bakal pelajar yang sama, maka ganjaran hanya akan diberikan kepada

‘introducer’ yang terawal (‘first come first served basis’).

v. Bayaran hanya akan diuruskan kepada ‘introducer’ setelah pelajar yang diperkenalkan itu berjaya ditawarkan untuk melanjutkan pengajian dan kekal berada di UNIMAS untuk sekurang-kurangnya 1 semester dari tempoh pelajar tersebut melaporkan diri.

5.0 PROSES PELAKSANAAN (Lampiran 2: Carta Alir U-CGES) 5.1 Proses pelaksanaan skim ini adalah seperti berikut :

i. Mana-mana individu (staf, pelajar atau orang awam) yang bercadang untuk memperkenalkan dan membawa pelajar baru perlu mengisi borang permohonan skim U-CGES ini.

ii. Pihak PPS akan menerima, menyemak maklumat dan mengesahkan penerimaan borang ini bagi mengelakkan pertindihan tuntutan dengan siswazah lain.

iii. Mana-mana individu (staf, pelajar atau orang awam) yang memohon skim ini perlu menghubungi dan membantu mendapatkan semua maklumat/dokumen lengkap untuk pendaftaran pelajar yang dicadangkan di UNIMAS - seperti sijil dan transkrip, resumé, keputusan TOEFL/IELTS dan Surat Jaminan Kewangan.

(3)

3 G A R I S P A N D U A N S K I M G A L A K A N S I S W A Z A H U N IM A S ( U - C G E S )

iv. Permohonan pelajar baru yang lengkap akan dihantar ke PPS untuk semakan yang kemudiannya akan menguruskan permohonan itu ke F/I/P yang terlibat untuk pertimbangan dan kelulusan.

v. Surat tawaran akan dikeluarkan oleh PPS kepada pelajar yang diperkenalkan itu setelah mendapat perakuan penerimaan dari F/I/P.

vi. Pelajar baru yang diperkenalkan itu perlu mendaftar sebagai pelajar program sarjana secara sepenuh masa dalam mod kerja kursus di UNIMAS dan mesti berstatus aktif bagi tempoh sekurang-kurangnya 1 semester.

vii. Selepas tempoh berkenaan PPS akan mengadakan Mesyuarat JK Penilai U-CGES dan membuat pertimbangan untuk kelulusan. Ahli Mesyuarat adalah terdiri dari Dekan PPS, Penolong Pendaftar, Pembantu Akauntan dan mana-mana ahli lain jika perlu, yang dilantik oleh Dekan PPS.

viii. PPS akan mengemukakan senarai kelulusan ini kepada UNIMAS Holdings Sdn. Bhd. bagi tujuan pembayaran ganjaran. UNIMAS Holdings Sdn. Bhd.

akan menguruskan bayaran ganjaran terus kepada ‘introducer’ tersebut dengan member salinan bukti pembayaran kepada PPS.

ix. Keputusan Mesyuarat JK Penilai U-CGES adalah muktamad dan sebarang bantahan dari mana-mana individu (staf, pelajar atau orang awam) (‘introducer’) tidak akan diberi perhatian.

x. Pihak UNIMAS berhak sepenuhnya untuk membatalkan skim ini pada bila- bila masa jika difikirkan perlu.

Referensi

Dokumen terkait

2.1.2 Pengerusi-pengerusi bagi setiap Jawatankuasa akan memperakukan permohonan projek yang telah dinilai kepada Jawatankuasa Induk Skim Geran

b) Lengkapkan Borang Permohonan Pasca Doktoral, Senarai Semak Pelantikan Pasca Doktoral dan Felo Penyelidik dan Borang Penilaian Prestasi Penyelidik dan hantar kepada Urus setia

CARTA ALIR PERMOHONAN FAEDAH PENGURANGAN 30% BAYARAN BALIK PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN BAGI ANAK-ANAK PENEROKA FELDA. PELAJAR Mohon

(i) Pekerja, pelajar dan kontraktor dikehendaki mempamerkan Kad Staf, Putra VID, Pas Pekerja atau Pelekat Kenderaan dan pelawat dikehendaki mengisi Borang Kebenaran

a) Pelajar dikehendaki memperolehi maklumat umum tentang sekolah di mana mereka menjalani setiap PBS berdasarkan Lampiran 1-7A. b) Pelajar juga dikehendaki melaksanakan

Suatu permohonan untuk bertukar daripada perkongsian konvensional atau syarikat persendirian kepada PLT boleh dibuat kepada Pendaftar dalam borang yang berkenaan

PROSEDUR MENGEMUKAKAN PERMOHONAN PELANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2012

KOPERASI BERDAFTAR Koperasi Berdaftar Jenis Dokumen Mod Penghantaran Pemohon Kolaborator jika berkenaan 1 Borang permohonan AIF yang ditandatangani dengan pernyataan