• Tidak ada hasil yang ditemukan

UNTUK PELAJAR GARIS PANDUAN AMALAN PROFE

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "UNTUK PELAJAR GARIS PANDUAN AMALAN PROFE"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

UNTUK PELAJAR

GARIS PANDUAN

AMALAN PROFESIONAL

PENGALAMAN BERASASKAN

SEKOLAH (PBS)

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

(2)

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

1. KONSEP

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelaksanaan PBS dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. PBS juga memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan, peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah. Melalui PBS pelajar dapat memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru.

2. OBJEKTIF

Melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), pelajar dapat

(i) memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah; (ii) menghayati kerjaya seorang guru;

(iii) memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah; (iv) mendapat pendedahan awal tentang pembelajaran murid; (v) memahami pengurusan dan strategi pengajaran pembelajaran;

(vi) membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah;

(vii) mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, iklim pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah;

(viii) membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal; (ix) membina sikap positif terhadap profesion keguruan;

(x) membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru; dan

(xi) mendokumentasikan pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa sesi refleksi selepas PBS dilaksanakan.

3. STRATEGI PELAKSANAAN

(i) Tempoh

Tempoh pelajar menjalani PBS adalah seperti dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Pelaksanaan Pengalaman Berasaskan Sekolah

Program Semester Tempoh Penempatan

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

(3)

c) IPGM akan menguruskan taklimat pengurusan dan pelaksanaan PBS untuk pelajar. d) IPGM menyediakan borang dan dokumen yang berkaitan untuk tindakan pelajar. e) Jabatan Ilmu Pendidikan, mata pelajaran major/elektif memberikan panduan

pelaksanaan aktiviti PBS kepada pelajar untuk disempurnakan sepanjang tempoh pelaksanaan PBS.

f) Hasil aktiviti PBS akan dibincang bersama pensyarah yang berkenaan semasa sesi interaksi kuliah dan sesi refleksi. (rujuk Jadual 2.2).

Jadual 2.2:Pengalaman Berasaskan Sekolah Mengikut Semester

Semester Mata Pelajaran

1 Pengajian Profesional

2 Major

3 Elektif 1

4 Elektif 2

(iv) Aktiviti Semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah

a) Pelajar dikehendaki memperolehi maklumat umum tentang sekolah di mana mereka menjalani setiap PBS berdasarkan Lampiran 1-7A.

b) Pelajar juga dikehendaki melaksanakan aktiviti PBS berdasarkan semua aspek yang dtetapkan oleh Jabatan Ilmu Pendidikan dan jabatan mata pelajaran major / elektif masing-masing berdasarkan semester yang ditetapkan..

c) Jabatan Ilmu Pendidikan, jabatan mata pelajaran major dan jabatan mata pelajaran elektif hendaklah merancang aktiviti PBS berdasarkan format dan tema aktiviti yang dicadangkan di dalam Lampiran 1-7B

4. KEHADIRAN

a) Kehadiran pelajar dalam PBS adalah wajib. Pelajar yang tidak hadir kerana sakit atau cedera memerlukan pengesahan doktor/pegawai perubatan.

b) Ketidakhadiran semasa PBS atas sebab-sebab tertentu perlu mendapat kebenaran daripada Pengarah/Timbalan Pengarah IPGK.

c) Pelajar yang tidak cukup kehadiran perlu melengkapkan tempoh PBS yang ditetapkan.

5. STATUS PELAKSANAAN PBS

Pelajar yang telah menjalani PBS perlu memenuhi keperluan berikut:

a) Kehadiran pelajar dalam PBS (Lampiran 1-8) b) Menyempurnakan aktiviti PBS (Lampiran 1-7)

c) Melengkapkan Portfolio individu (Lampiran 1-2 dan 1-3) d) Laporan Perkembangan Pelajar (Lampiran 1-8 dan dan 1-9)

6. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

(i) Pelajar:

a. Menghadiri taklimat PBS; b. Memahami objektif PBS; c. Melaksanakan aktiviti PBS;

d. Hadir ke sekolah pada tarikh yang ditetapkan sepanjang tempoh PBS;

e. Mematuhi dan mengamalkan etika keguruan, peraturan IPGM dan peraturan sekolah;

f. Membuat pemerhatian terhadap iklim pembelajaran di bilik darjah, persekitaran dan kelengkapan sekolah;

(4)

h. Memerhati dan mengumpul maklumat tentang pengajaran guru serta pengurusan kelas sebagai bahan refleksi;

i. Mendokumentasikan segala hasil aktiviti dan hasil refleksi secara berterusan dalam portfolio individu;

j. Mengadakan sesi perbincangan dengan rakan sebaya dan pensyarah tentang pengalaman yang diperoleh semasa menjalani PBS;

k. Menyerahkan hasil aktiviti PBS kepada pensyarah mata pelajaran Ilmu Pendidikan, major/elektif masing-masing pada masa yang ditetapkan untuk perbincangan bersesuaian dengan objektif PBS;

(ii) Sekolah

a) Memberi taklimat kepada pelajar tentang sejarah, struktur organisasi, pengurusan, peraturan, disiplin dan budaya sekolah

b) Bekerjasama dengan pihak IPGM dalam menjayakan PBS

c) Memberi peluang kepada pelajar membuat pemerhatian persekitaran sekolah/pengajaran/aktiviti guru

d) Membantu pelajar untuk mengumpul maklumat sekolah yang diperlukan bagi melaksanakan aktiviti PBS

e) Membantu pelajar menyesuaikan diri dalam komuniti sekolah

f) Mengawasi disiplin dan kehadiran pelajar sepanjang tempoh PBS dan mengesahkan Borang Kehadiran PBS

g) Melaporkan kemajuan pelajar dengan menggunakan Borang Laporan Perkembangan Pelajar (rujuk Lampiran 1-8 dan 1-9)

h) Memberi bimbingan dan maklum balas yang berterusan kepada pelajar

i) Memastikan segala tindakan berkaitan dengan pelaksanaan PBS dilaksanakan dengan sempurna

j) Membantu pelajar meningkatkan perasaan cinta terhadap alam persekolahan dan profesion keguruan.

(iii) IPGK (Unit Praktikum, Penyelaras PISMP dan Jabatan Ilmu Pendidikan/Major/Elektif)

a) Memahami, menghayati dan melaksanakan PBS mengikut Garis Panduan Pelaksanaan PBS b) Merancang dan mengenal pasti sekolah serta mengurus penempatan pelajar untuk PBS c) Menghantar surat makluman pelaksanaan PBS ke sekolah-sekolah yang terlibat.

d) Memastikan aktiviti PBS disediakan pada masa yang ditetapkan dan masa yang mencukupi diberikan kepada pelajar

e) Memberikan taklimat kepada pelajar berhubung dengan konsep, objektif dan aktiviti dalam pelaksanaan PBS

f) Mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat kes-kes yang memerlukan tindakan g) Memastikan pelajar hadir ke sekolah mengikut tarikh yang ditetapkan

h) Memastikan pelajar melaksanakan aktiviti PBS dan menyerahkan hasil aktiviti kepada pensyarah mata pelajaran yang berkenaan

i) Mengadakan sesi refleksi selepas PBS tamat (Jabatan yang terlibat)

j) Mewujudkan kerjasama dan hubungan profesional antara IPGM dengan sekolah

(5)

LAMPIRAN 1-1

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/KONTRAK AKTIVITI

1. Pengenalan

Pernyataan profesional/kontrak aktiviti merujuk kepada harapan/aktiviti yang ditetapkan sendiri oleh pelajar untuk dilaksanakan dalam tempoh PBS. Fokus tertentu perlu ditetapkan oleh pelajar dalam melaksanakan aktiviti tersebut bagi mencapai objektif yang diharapkan. Setiap fokus aktiviti hendaklah dapat diukur dan dinilai sendiri oleh pelajar di peringkat akhir.

2. Tujuan Penyataan Profesional

2.1 Menyatakan fokus aktiviti yang hendak dilaksanakan dengan jelas

2.2 Membantu pelajar merancang strategi pelaksanaan aktiviti yang difokuskan dengan sistematik

2.3 Membolehkan pelajar mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti yang difokuskan

2.4 Menjadi asas dan panduan kepada pelajar untuk membuat tindakan susulan/ penambahbaikan

3. Pernyataan Profesional

3.1 Sebelum PBS

Kenal pasti fokus utama aktiviti Tujuan aktiviti

Merancang strategi pelaksanaan Instrumen penilaian kendiri

3.2 Semasa PBS

Melaksanakan aktiviti/strategi yang dirancang Mengumpul data

Merekod

3.3 Selepas PBS (refleksi) Menganalisis data Menilai

Melapor

i. Penilaian Kendiri Terhadap Penyataan Profesional

Pencapaian objektif

(6)

LAMPIRAN 1-2

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PANDUAN PENYEDIAAN PORTFOLIO

1. Pengertian Portfolio

1.1 Portfolio atau profil profesional merupakan koleksi dokumen yang memberi gambaran tentang seorang profesional dari segi:

1.1.1 Pengetahuan 1.1.2 Kemahiran 1.1.3 Pengalaman 1.1.4 Kelayakan

1.1.5 Matlamat dan pencapaian

1.2 Satu bentuk sejarah pencapaian pelajar yang didokumentasikan dan diperkukuhkan dengan bukti-bukti hasil kerjanya dan kesedaran baru melalui penulisan reflektif.

(Shulman, 1992).

2. Tujuan Portfolio

2.1 Mendokumentasikan kemahiran dan pengetahuan melalui pengalaman dalam PBS 2.2 Sebagai landasan komunikasi antara pelajar, pensyarah dan mentor untuk menilai 2.3 Perkembangan profesionalisme pelajar.

2.4 Memberi ruang kepada pelajar membuat refleksi dan mendapat pengetahuan dan pengalaman baru.

2.5 Membudayakan proses pengumpulan maklumat dan dokumen secara sistematik dan profesional.

3. Ciri-Ciri Portfolio

3.1 Hasil akhir portfolio mestilah menunjukkan pelajar telah terlibat dengan refleksi kendiri.

3.2 Hasil yang dibuat sendirioleh pelajar – menghargai usaha dan diri sendiri.

3.3 Mempunyai maklumat yang berbeza dan mesti dikemaskinikan pada setiap masa.

3.4 Mengandungi maklumat yang menggambarkan proses pelaksanaan, perkembangan dan penilaian dalam melaksanakan setiap tugasan.

4. Tanggungjawab Pelajar Dalam Penyediaan Portfolio

(7)

LAMPIRAN 1-3

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

SENARAI SEMAK PENYEDIAAN PORTFOLIO

Bil Tajuk Item Tandakan

2.1) Penyataan sebelum PBS

2.2) Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus

3

4.1) Perbincangan dengan pengurusan sekolah

4.2) Perbincangan dengan mentor

4.3) Perbincangan dengan guru-guru lain

4.4) Perbincangan dengan kakitangan sekolah

4.5) Interaksi dengan murid

5 Ilmu/Pengetahuan Baru

Melalui

_________________________________________________________________

(8)

LAMPIRAN 1-4

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH REKOD KOLABORASI/INTERAKSI/PERBINCANGAN

Tarikh : ________________________ Masa : _______________________

Nama Guru Yang Ditemui: _________________________________________________

Tajuk/Perkara : __________________________________________________________

Isi Perbincangan Cadangan Tindakan

(9)

LAMPIRAN 1-5

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH PENULISAN REFLEKSI

1. Definisi Refleksi

Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. (Hanipah, 1999)

Amalan refleksi merupakan perlakuan memikirkan semula pengalaman pelajar. Ia memerlukan penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat. Proses ini

membuat andaian sebab musabab berasaskan fakta – pemerhatian, temu bual

dan soal selidik.

Refleksi dalam PBS membolehkan pelajar dibimbing untuk menaakul, memilih strategi pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian kendiri. Amalan refleksi ini membolehkan pelajar menghayati dan meningkatkan profesionalisme keguruan secara efektif.

2. Tujuan Refleksi

Pelajar dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan yang dilaksanakan.

Pelajar dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti setiap tugasan secara berterusan.

Memperkembangkan keupayaan celik akal pelajar bagi melahirkan kreativiti dan inovasi dalam setiap tugas yang dijalankan.

Meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu profesional keguruan

3. Ciri-ciri Refleksi

Bermula dengan mengingat kembali

Melibatkan perasaan (domain afektif) terhadap sesuatu Menentukan usaha secara sedar (conscious effort)

Bersedia mengubah sikap, kesedaran diri, amalan dan tingkah laku positif

4. Amalan Refleksi/Penilaian Kendiri Dalam PBS

Refleksi ialah proses mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan PBS oleh pelajar sendiri untuk mempertingkatkan kemahiran keguruan. Antara garis panduan yang boleh dilaksana ialah:

4.1 Hendaklah dibuat selepas setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar seperti membincangkan:

Sejauh manakah objektif aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan tercapai?

Apakah kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti ?

Apakah langkah-langkah yang boleh difikirkan untuk membaiki pelaksanaan aktiviti tersebut ?

Apakah faktor-faktor yang dapat membantu dalam meningkatkan atau menambah baikkan pelaksanaan aktiviti tersebut ?

(10)

LAMPIRAN 1-6

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH AMALAN REFLEKSI

( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu/Perkara yang difokuskan:

2. Analisis Isu/Perkara yang difokuskan:

2.1 Kekuatan:

2.2 Kelemahan:

(11)

LAMPIRAN 1-7

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH AKTIVITI PROFESIONAL

1. ARAHAN: Lengkapkan maklumat umum mengenai sekolah yang disenaraikan di

dalam borang berikut

Bil Perkara Catatan / data

1 Nama dan Alamat

Sekolah

2 No. telefon sekolah

3 Alamat e-mail/web

Sekolah

4 Lokasi

5 Nama Guru Besar

6 Nama GPK 1

7 Nama GPK HEM

8 Nama GPK Kokurikulum

9 Nama Penyelia Petang

10 Gred Sekolah

11 Bilangan Guru Lelaki:

Perempuan:

12 Kelayakan Profesional

Guru Siswazah:

Bukan Siswazah:

13 Bilangan Kelas

14 Purata Saiz Kelas

15 Jumlah Murid Melayu Cina India Lain-lain

Lelaki

Perempuan

(12)

2. Persekitaran dan Iklim Bilik Darjah (Gunakan helaian tambahan jika perlu)

2.1 Lukiskan pelan bilik darjah yang anda bersama membantu mentor

melaksanakan pengajaran pembelajaran.

2.2 Huraikan bagaimanakah bahan dan sumber pengajaran pembelajaran

dipamerkan di bilik darjah tersebut digunakan secara berkesan.

2.3 Catatkan bahan dan sumber pengajaran pembelajaran yang mudah

digunakan oleh murid?

2.4 Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang

berasaskan ICT ?

2.5 Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam

setiap aktiviti pembelajaran?

2.6 Kenal pasti cara murid-murid dibahagikan dalam kumpulan-kumpulan

(13)

LAMPIRAN 1-7B

FORMAT AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

1 Tajuk aktiviti – berdasarkan topik di dalam kurikulum kursus yang

ditawarkan pada setiap semester

2 Menyatakan objektif aktiviti yang hendak dicapai dengan jelas

3 Kandungan aktiviti yang dicadangkan

3.1 Aktiviti yang diberikan mestilah melibatkan tugasan

harian yang perlu dijalankan semasa PBS

3.2 Fokus aktiviti ialah :

berkaitan sukatan pelajaran

ada unsur pemerhatian terhadap P & P

melibatkan aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah

mengenai persekitaran sekolah (termasuk iklim

dan budaya sekolah)

meliputi sumber pengajaran dan pembelajaran

meliputi strategi pengajaran dan pembelajaran/

kemahiran mengajar

4. Format Penulisan Laporan Aktiviti PBS

4.1 Format penulisan aktiviti PBS adalah seperti berikut : (cth)

- font Arial

- saiz huruf ialah 12

- langkau satu setengah baris

- rujukan mengikut format A.P.A.

- lampiran

4.2 Panjang penulisan aktiviti antara 500 hingga 1000 patah perkataan

( 3 hingga 5 muka surat)

4.3 Tarikh penyerahan penulisan aktiviti

(2 minggu selepas tamat tempoh PBS)

(14)

LAMPIRAN1-8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

BORANG KEHADIRAN

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Sekolah : ____________________________________________________

Alamat Sekolah : ____________________________________________________

Tarikh PBS : ______________________ hingga ________________________

Bil Nama Pelajar No. KP Major Tarikh

1

2

3

4

5

6 Catatan:

* Ketua kumpulan diminta menghantar borang kehadiran ini kepada

Ketua Unit Praktikum IPGKRM selepas tamat Pengalaman

Berasaskan Sekolah

* Ketidakhadiran mesti disertakan dengan sijil/kenyataan cuti sakit

atau surat kebenaran Pengarah/ Timbalan Pengarah IPGKRM

Tandatangan Pelajar : _____________________

Nama : _____________________________________________

(15)

LAMPIRAN1-9

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH LAPORAN PERKEMBANGAN PELAJAR

(Diisikan oleh Pengurus Sekolah)

Nama Pelajar : _______________________________ No. K.P. : __________

Major : ______________________________________ Ambilan : __________

Tandakan

a) Penampilan diri

b) Pekerti

a) Berinteraksi secara beretika

b) Keupayaan memerhati, berbincang dan

a) Berupaya membina hubungan positif dengan warga sekolah b) Sentiasa berusaha

untuk mendapatkan ilmu, bimbingan dari mentor dan guru-guru lain

c) Komited terhadap tugasan yang diberikan oleh IPGK

Referensi

Dokumen terkait

a) Permohonan boleh dibuat secara dalam talian merujuk kepada iklan yang dikeluarkan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar. b) Permohonan akan disaring oleh Jawatankuasa

5.2.3 Mencetak Borang A: Penilaian Penyelia Luar Ke atas Prestasi Pelajar (akan diemelkan) seminggu sebelum menjalani Latihan Amali/Industri) untuk diberi kepada

Sejarah dapat membentuk identitas pelajar menjadi yang lebih baik, dari sejarah tersebut mereka dapat menilai mana yang baik untuk mereka dan mana yang tidak baik melalui media

(a) Mana-mana dana penyelidikan yang telah diperolehi oleh penyelidik tidak dibenarkan untuk digunakan atas manfaat peribadi seperti bayaran honorarium kepada Ketua

Garis Panduan Untuk APC UKM 3 LAMPIRAN A PENCALONAN APC TIMBALAN PENGARAH PENTADBIR AKADEMIK BAGI PUSAT PERKHIDMATAN MENGIKUT PORTFOLIO TNC HAL EHWAL AKADEMIK & ANTARABANGSA HEAA

Garis Panduan Untuk APC UKM 3 LAMPIRAN A PENCALONAN APC TIMBALAN PENGARAH PENTADBIR AKADEMIK BAGI PUSAT PERKHIDMATAN MENGIKUT PORTFOLIO TNC HAL EHWAL AKADEMIK & ANTARABANGSA HEAA