• Tidak ada hasil yang ditemukan

SIJIL SME FLEXI COVER PLUS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SIJIL SME FLEXI COVER PLUS"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd.

(No. Syarikat 731530-M)

SIJIL

SME FLEXI – COVER PLUS

(2)

KANDUNGAN

BIL. TOPIK MUKA SURAT

1. Penyata Maklumat Sijil 4

2. Dana Risiko Am dan Agihan Lebihan 5

3. Definisi 6

4. Bahagian I Jadual Manfaat 7

5. Bahagian II Fasal 15

6. Bahagian III Pengecualian Am 16

(3)

Pelan ini adalah Pelan Takaful Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd.

Takaful ialah skim bantuan bersama berasaskan semangat persaudaraan dan perpaduan di mana peserta seperti anda bersetuju untuk membantu satu sama lain dari segi kewangan mengikut keperluan yang ditentukan. Dengan matlamat ini, sebahagian daripada sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Dana Risiko Am atas dasar Tabarru’ (derma). Pelan Takaful Am diuruskan berlandaskan prinsip Syariah berasaskan garis panduan Jawatankuasa Syariah.

Sebagai pertimbangan kerana penyertaan dan sumbangan anda, kami dengan ini mengikat kontrak dengan anda berasaskan terma, syarat dan manfaat seperti yang tertera dalam Sijil ini. Tiada perubahan atau pertukaran kepada syarat Sijil ini akan berkuatkuasa melainkan dilaksanakan menerusi pengendorsan yang kami keluarkan. Hubungan antara semua peserta dan HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. ditadbir di bawah Sijil ini atas dasar Wakalah. Sijil yang dilampirkan menyatakan syarat pelan ini secara sepenuhnya. Sila baca dengan teliti untuk memastikan ia memenuhi keperluan anda.

Untuk dan bagi pihak

HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd.

(4)

A. Penyata Maklumat Sijil

1. Anda boleh membayar sumbangan anda kepada kami: 1.1 di mana-mana cawangan HSBC Bank

Malaysia Berhad (“HSBC Bank”); atau 1.2 menerusi kad kredit atau kemudahan debit

automatik – perjanjian untuk kemudahan ini boleh dibuat di mana-mana cawangan HSBC Bank.

2. Anda boleh menolak Sijil ini dengan memulangkannya kepada kami dalam masa 15 hari dari tarikh Sijil ini dihantar kepada anda. Jika anda berbuat demikian, kami akan membatalkan Sijil ini dan memulangkan sumbangan anda.

3. Anda perlu memaklumkan kami dan memberi kami

dokumen yang berkaitan dengan serta-merta untuk memastikan perkhidmatan kami kepada anda tidak terganggu jika terdapat pertukaran alamat atau nombor hubungan anda.

4. Anda perlu mematuhi sepenuhnya syarat berikut sebelum kami membayar atau terus membayar manfaat di bawah Sijil ini:

4.1 Anda perlu memberitahu kami secepat mungkin tetapi tidak lewat daripada Tiga Puluh (30) hari dari tarikh sebarang kejadian yang melayakkan anda membuat tuntutan di bawah Sijil ini; dan

4.2 Anda mesti menghantar semua dokumen berkaitan yang diperlukan dalam masa Tiga Puluh (30) hari dari tarikh kejadian yang menimbulkan tuntutan.

5. Anda boleh, jika anda mahu, mempertikaikan

sebarang keputusan kami yang timbul daripada Sijil ini dan merujuk sesuatu perkara kepada:

5.1 Unit Aduan HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn.Bhd.

Peti Surat 13343, 50806 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 1-800-88-9659, Faks: 03-20310833 5.2 Biro Timbang Tara Kewangan

Tingkat 25, Dataran Kewangan Darul Takaful

No. 4 Jalan Sultan Sulaiman 50000 Kuala Lumpur Tel: 03-2272 2811 Faks: 03-2274 5752

5.3 Jabatan Pengguna & Amalan Pasaran Bank Negara Malaysia

Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur Tel: 03 – 2698 8044 Faks: 03 – 2691 4086

Kami menasihatkan anda menghubungi mereka sebelum membuat aduan bertulis tentang perkara tersebut.

6. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang Takaful, anda boleh menghubungi BNMLINK dan BNMTELELINK. Maklumat hubungan BNMLINK dan BNMTELELINK adalah:-

6.1 BNMLINK

Jabatan Komunikasi Korporat Bank Negara Malaysia Peti Surat 10922 50929 Kuala Lumpur Tel: 03-26988044 sambungan 8950/8951 Faks: 03-21741515 6.2.1 BNMTELELINK Tel: 1-300-88-5465 (LINK) Faks : 03-21761515 E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my Waktu operasi BNMLINK dan BNMTELELINK adalah dari:

Isnin – Jumaat, 9.00 pg hingga 5.00 ptg

7. Kami boleh dihubungi di 1-800-88-9659. Anda juga boleh faks kepada kami di 03-2031 0833 atau menulis surat kepada kami di Peti Surat 13343, 50806 Kuala Lumpur. Kami komited untuk memberikan tahap kualiti perkhidmatan tertinggi. Kami mengalu-alukan sebarang komen mengenai perkhidmatan kami dan akan menangani maklum balas anda dengan segera.

(5)

B. Dana Risiko Am dan Agihan Lebihan

1. Sumbangan yang dibayar (ditolak Yuran Wakalah)

untuk Sijil ini akan diperuntukkan kepada Dana Risiko Am.

2. Dana Risiko Am adalah untuk manfaat bersama

semua peserta dan menyediakan perlindungan kewangan berlandaskan prinsip Takaful.

3. Kami akan menguruskan Dana Risiko Am mengikut

prinsip Syariah dan akan mengelakkan daripada melaburkan aset Dana Risiko Am dalam sekuriti dan aset yang dilarang di bawah Syariah.

4. Semua kos, belanja, caj dan levi bagi

menyenggarakan dan melabur aset Dana Risiko Am dan sebarang belanja lain yang berkaitan hendaklah ditanggung dan dibayar daripada Dan Risiko Am. Duti setem yang perlu dibayar akan ditolak daripada Dana Risiko Am.

5. Kami diberi kuasa dan boleh mendapatkan takaful semula / insurans semula yang kami anggap wajar berhubung dengan perlindungan Takaful / Dana Risiko Am yang diberikan di bawah Sijil ini. Semua hasil (jika ada) daripada perjanjian takaful semula / insurans semula akan dikreditkan ke dalam Dana Risiko Am. 6. Menurut peraturan Syariah, kami bertanggungjawab

terhadap sebarang kerugian Aset Risiko Am jika kerugian tersebut terbukti disebabkan kegagalan kami untuk mematuhi peruntukan Sijil ini.

7. Aset dan liabiliti Dana Risiko Am akan dinilai pada akhir setiap tahun kewangan dan prinsip aktuari akan diguna pakai untuk menilai lebihan yang timbul. Bayaran tuntutan dan peruntukan, kos takaful semula / insurans semula, rizab teknikal, rizab penstabil dan sebarang defisit yang dibawa ke hadapan akan diambil kira apabila mengira sebarang lebihan yang timbul.

8. Kami akan berusaha menguruskan Dana Risiko Am

untuk meminimumkan risiko asas sambil memaksimumkan lebihan dengan mengguna pakai amalan taja jamin yang teliti.

9. Sebagai ganjaran bagi menguruskan dan

mentadbirkan Dana Takaful Am, kami layak menerima yuran insentif yang merangkumi 80% daripada lebihan yang timbul. Baki 20% atas lebihan yang timbul akan diagihkan kepada peserta yang layak.

10. Sekiranya Dana Risiko Am berada dalam defisit, kami akan memberikan pembiayaan tanpa faedah (Qard al-Hassan) daripada dana pemegang saham untuk menampung defisit. Lebihan masa depan yang timbul daripada Dana Risiko Am akan digunakan untuk membayar balik kami bagi pembiayaan tersebut sebelum pengagihan sebarang lebihan dibuat kepada peserta dan kami.

11. Jika lebihan yang perlu dibayar kepada Peserta yang Dilindungi adalah kurang atau bersamaan RM10, ia akan didermakan kepada pertubuhan kebajikan terpilih yang diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah Pengendali Takaful.

12.Di bawah pelan ini, Yuran Wakalah ditetapkan pada peratus yang digariskan di bawah untuk setiap sumbangan.

a) JENAYAH DAN ASET -Seksyen 1 Peningkatan Kos Kerja – 35% b) JENAYAH DAN ASET – Seksyen 2 Pecah Masuk – 40%

c) JENAYAH DAN ASET – Seksyen 3

Wang – 40%

Serangan Peribadi - 45%

d) JENAYAH DAN ASET – Seksyen 4

Kaca Keping – 40% e) LIABILITI – Seksyen 5 Liabiliti Awam – 40% f) LIABILITI – Seksyen 6 Liabiliti Majikan – 40% g) KEBAKARAN 35%

(6)

SME Flexi-Cover Plus / Takaful Kebakaran*

* di mana berkenaan

C. Definisi

Dalam Sijil ini, melainkan terdapat sesuatu yang tidak konsisten dengan subjek atau konteks, perkataan dalam huruf tebal di bawah mempunyai maksud yang sama:

Perniagaan

Kerja dan aktiviti biasa yang anda jalankan seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

Premis Perniagaan

Tempat kerja biasa anda dan lokasi di mana aktiviti perniagaan anda dijalankan, seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

Sumbangan

Jumlah yang dinyatakan sebagai sumbangan dalam Jadual.

Kakitangan

Sesiapa yang berada di bawah kontrak perkhidmatan atau perantis dengan anda.

Lebihan

Jumlah pertama yang perlu anda bayar untuk menanggung setiap tuntutan.

Dana Risiko Am

Dana Risiko Am yang diuruskan oleh HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd. untuk manfaat semua peserta yang layak.

Insiden

Sebarang kejadian yang boleh menimbulkan tuntutan.

Tempoh Takaful

Tempoh masa di mana perlindungan Takaful berkuatkuasa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

Cadangan atau Penyata Fakta

Cadangan yang telah anda tandatangani atau penyata fakta yang mengandungi maklumat yang anda beri dan sebarang maklumat lain yang telah diberikan kepada kami. Ini termasuk maklumat yang diberikan bagi pihak anda.

Jadual

Jadual adalah sebahagian daripada perjanjian Takaful dan antara lain mengandungi maklumat anda dan sebarang perkara lain yang termasuk dalam Jadual, Tempoh Perlindungan Takaful dan pengendorsan, fasal dan waranti susunan kata Sijil ini, yang mana berkenaan.

Stok Dagangan

Bahan mentah, komponen dan alat ganti, barangan separa siap dan barangan siap.

Kandungan

Peranti dan peralatan perniagaan, tidak termasuk apa jua bentuk Peralatan Telekomunikasi Mudah Alih, tetapi termasuk perabot, lekapan dan kelengkapan yang anda miliki, atau yang mana tanggungjawab anda di bawah undang-undang.

“Peralatan Telekomunikasi Mudah Alih hendaklah bermakna komputer riba, telefon bimbit, PDA, alat kelui dan yang seumpamanya.

Jumlah Dilindungi

Jumlah maksimum yang perlu dibayar di bawah Sijil ini bagi manfaat yang berkenaan seperti yang ditetapkan dalam Jadual.

Tabarru’

Perkataan Arab yang bermaksud “derma, hadiah atau sumbangan”. Dalam Sijil ini, ia bermakna sumbangan untuk tujuan menyertai Dana Risiko Am.

Takaful/Perjanjian Takaful

Skim berasaskan semangat persaudaraan, setia kawan dan bantuan bersama kepada yang memberikan pertolongan dan bantuan kewangan bersama kepada anda sekiranya anda memerlukannya, di mana anda bersetuju untuk menyumbang untuk tujuan tersebut.

Wakalah

Pelantikan satu pihak oleh pihak yang satu lagi untuk bertindak bagi pihaknya. Dalam konteks Sijil ini, anda dianggap telah melantik kami untuk menguruskan Dana Risiko Am bagi pihak anda.

Kami, Pengendali Takaful

HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn. Bhd.

Anda

Peserta yang dinamakan dalam Jadual. Sebarang perkataan yang menandakan seseorang termasuk orang sebenar, syarikat, perbadanan, pakatan, persatuan, atau dua atau lebih orang yang mempunyai kepentingan bersama atau umum atau mana-mana entiti atau perjanjian komersil yang sah.

(7)

SME Flexi-Cover Plus

Sijil, Jadual dan sebarang pengendorsan di dalamnya hendaklah dianggap sebagai satu dokumen dan apa-apa perkataan atau pernyataan di mana maksud khusus telah diberikan bagi mana-mana satu daripadanya akan mempunyai maksud yang sama secara keseluruhan.

Sekiranya anda, menerusi Cadangan dan Perakuan, yang akan menjadi asas Sijil ini, telah memohon untuk Takaful dan kami bersetuju untuk menyediakan perlindungan Takaful tersebut.

Sebagai pertimbangan pembayaran Sumbangan, kami berjanji dan bersetuju, tertakluk kepada peruntukan Sijil ini, untuk menanggung rugi anda bagi Perniagaan di Premis Perniagaan anda setakat mana dan dengan cara yang ditetapkan dalam seksyen Sijil yang berkenaan untuk kejadian yang berlaku dalam tempoh Takaful.

Jika anda dilindungi di bawah Takaful Kebakaran seperti yang dinyatakan dalam Jadual, maka Sijil SME Flexi Cover Plus mesti dibaca bersama dengan Sijil Takaful Kebakaran. Jika terdapat percanggahan antara Sijil ini dan Sijil Takaful Kebakaran, Sijil Takaful Kebakaran akan diguna pakai.

BAHAGIAN 1 JADUAL MANFAAT

JENAYAH DAN ASET

Seksyen 1: Peningkatan Kos Kerja

Seksyen ini berkuatkuasa jika Premis Perniagaan dilindungi bagi Takaful Kebakaran seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

Perlindungan

Jika Perniagaan anda di Premis Perniagaan terganggu disebabkan kerugian atau kerosakan hartanah yang dilindungi di bawah Sijil Takaful Kebakaran, kami akan membayar ganti rugi kepada anda kerana Peningkatan Kos Kerja yang disebabkan oleh Gangguan, sehingga Jumlah Dilindungi yang ditetapkan dalam Jadual

Definisi

1. ‘Peningkatan Kos Kerja’ hendaklah bermakna perbelanjaan tambahan yang diperlukan dan ditanggung dengan sewajarnya oleh pihak anda dalam Tempoh Indemniti, dengan matlamat mengekalkan perolehan dalam tempoh tersebut yang tidak melebihi perolehan dalam tempoh dua belas (12) bulan sejurus sebelum gangguan.

2. ‘Tempoh Indemniti’ hendaklah bermakna tempoh yang bermula dengan kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh gangguan dan tidak lewat daripada dua belas (12) bulan selepas itu di mana peningkatan Kos Kerja ditanggung kerana gangguan tersebut.

3. ‘Lebihan Masa’ hendaklah bermakna tempoh

kerugian awal yang perlu anda tanggung untuk setiap tuntutan.

Fasal Lanjutan bagi Seksyen 1 1. Fasal Yuran Akauntan

Walau apa pun peruntukan perenggan 4 Syarat Am, kami akan membayar caj akauntan profesional sehingga RM25,000 bagi mana-mana kejadian yang perlu dan wajar ditanggung bagi menjana maklumat yang kami perlu untuk tujuan menjelaskan tuntutan di bawah Seksyen 1.

2. Halangan Masuk

Kami akan menanggung Peningkatan Kos Kerja disebabkan oleh halangan sepenuhnya untuk memasuki dan menggunakan Premis Perniagaan kerana kerugian atau kerosakan kepada hartanah yang bersebelahan Perniagaan yang disebabkan secara langsung oleh sebarang bahaya yang dilindungi di bawah Sijil Kebakaran Takaful dengan syarat sekatan atau halangan tersebut adalah untuk tempoh berterusan selama lebih dari 48 jam.

Liabiliti maksimum kami tidak akan melebihi RM15,000 bagi mana-mana satu kejadian.

3. Kegagalan Utiliti Awam

Kami akan menanggung Peningkatan Kos Kerja yang disebabkan oleh gangguan atau halangan kepada Perniagaan kerana kerugian atau kerosakan kepada harta benda yang dilindungi yang disebabkan secara langsung oleh sebarang bahaya yang dilindungi di bawah Sijil Takaful Kebakaran yang dikeluarkan oleh pihak kami kepada anda. Ia akan dianggap sebagai kerugian yang disebabkan oleh kerosakan kepada harta benda yang dilindungi, jika kerugian tersebut disebabkan oleh kegagalan yang berikut:

1) stesen penjana atau pencawang pengusaha

bekalan elektrik awam yang membekalkan kuasa elektrik kepada anda;

2) premis pengusaha bekalan gas awam daratan yang membekalkan gas kepada anda; atau

(8)

3) kerja air atau stesen pam pengusaha bekalan air awam yang membekalkan air kepada anda.

Untuk tujuan perenggan di atas, kegagalan tersebut:

i) hendaklah berlaku untuk tempoh berterusan

lebih 48 jam; dan

ii) mestilah bukan disebabkan oleh tindakan

sengaja yang disengajakan pihak kerajaan atau pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa bekalan yang tidak dilakukan semata-mata untuk melindungi nyawa atau melindungi mana-mana bahagian sistem bekalan atau menerusi pelaksanaan kuasa sedemikian untuk menahan atau menyekat atau mencatu bekalan yang tidak disebabkan semata-mata oleh kerosakan kepada peralatan penjanaan atau pembekalan pengusaha bekalan daripada bahaya yang dilindungi.

Liabiliti maksimum kami hendaklah tidak melebihi RM15,000 bagi mana-mana satu kejadian.

4) Peningkatan Bermusim

Perlindungan di bawah Seksyen 1 dilanjutkan untuk menyediakan perlindungan tambahan secara automatik bagi Stok Dagangan, jika ada, yang ditetapkan di bawah Seksyen Takaful Kebakaran dalam Jadual untuk perayaan yang berikut:

a) Hari Raya Aidil Fitri; b) Hari Raya Aidil Adha; c) Tahun Baru Cina; d) Deepavali; dan e) Krismas

Dengan syarat semua peruntukan Sijil Kebakaran Takaful dipatuhi, liabiliti kami di bawah Seksyen 1 hendaklah terhad kepada tambahan 25% daripada Jumlah Dilindungi yang ditetapkan dalam Jadual bagi Stok Dagangan.

Tambahan lagi, dengan ini difahamkan dan dipersetujui bahawa perlindungan yang diberikan hanya berkuatkuasa dalam tempoh khusus berikut:

i) Tiga puluh (30) hari sebaik sebelum tarikh

permulaan perayaan yang disiarkan;

ii) Tarikh perayaan; dan

iii) Sepuluh (10) hari sebaik selepas

berakhirnya tarikh perayaan yang disiarkan.

5. Fasal Pameran

Perlindungan di bawah Seksyen 1 dilanjutkan untuk meliputi Kandungan dan Stok Dagangan, jika ada, semasa berada di mana-mana tempat pameran di Malaysia termasuk transit langsung pergi atau balik dari lokasi pameran tersebut.

Liabiliti kami tidak akan melebihi RM100,000 bagi mana-mana satu tempat pameran.

Perlindungan di bawah fasal ini hanya berkuatkuasa

bagi Kandungan dan Stok Dagangan yang disimpan dalam bangunan binaan batu atau konkrit yang tertutup sepenuhnya.

Syarat yang dikenakan ke atas Seksyen 1

Jika Perniagaan anda dibubarkan atau diambil alih oleh pembubar atau penerima atau ditamatkan secara kekal pada bila-bila masa selepas Sijil ini mula berkuatkuasa, perlindungan in akan tamat dan kami tidak akan bertanggungjawab.

JENAYAH DAN ASET

Seksyen 2: Pecah Masuk

Perlindungan

Sijil ini akan melindungi anda dalam Tempoh Takaful terhadap kehilangan atau kerosakan Kandungan, Stok Dagangan dan Barangan Peribadi disebabkan oleh kecurian dan sebarang usaha melakukannya disebabkan pecah masuk menggunakan kekerasan dan keganasan ke dalam atau dari premis oleh orang yang melakukan kecurian tersebut. Kami akan menanggung kerugian anda dengan membuat pembayaran atau atas pilihan kami, membaiki, membetulkan atau menggantikan mana-mana harta benda sehingga Jumlah Dilindungi yang ditetapkan dalam Jadual.

Definisi:

1. ‘Kandungan’ hendaklah bermakna peranti dan peralatan Perniagaan, tidak termasuk apa jua bentuk Peralatan Telekomunikasi Mudah Alih, tetapi termasuk perabot, perhiasan dalaman, lekapan, kelengkapan, kaca dan cermin terpasang yang terkandung dalam Premis Perniagaan yang anda miliki, atau yang mana menjadi tanggungjawab anda di bawah undang-undang.

“Peralatan Telekomunikasi Mudah Alih hendaklah bermakna komputer riba, telefon bimbit, PDA, alat kelui dan yang seumpamanya.

2. Stok Dagangan hendaklah bermakna bahan mentah, komponen dan alat ganti, barangan separa siap dan barangan siap.

3. “Barangan Peribadi” hendaklah bermakna barang untuk kegunaan peribadi yang direka untuk dipakai atau dibawa tetapi tidak termasuk:

a) wang (seperti ditakrifkan dalam Seksyen 3); b) kanta lekap;

c) teropong dan teleskop; dan

d) peralatan muzik, radio, televisyen, video, peralatan audio dan apa jua bentuk Peralatan Telekomunikasi Mudah Alih.

(9)

Lanjutan bagi Seksyen 2

1.Kehilangan atau kerosakan kepada Barangan Peribadi yang dimiliki oleh pengarah, pemilik, rakan kongsi atau Kakitangan anda di Premis Perniagaan:

Sehingga RM1,000 seorang dan sehingga RM5,000 bagi mana-mana satu kejadian.

2.Kehilangan atau kerosakan kepada Kandungan apabila ia dikeluarkan buat sementara waktu dari Premis Perniagaan ke mana-mana tempat di Malaysia;

Sehingga 10% daripada Jumlah Dilindungi yang ditetapkan dalam Jadual di bawah Seksyen 2 bagi mana-mana satu kejadian.

3.Kos memperolehi atau menghasilkan semula mana-mana dokumen, surat ikatan, peta, pelan dan rekod tetapi bukan nilai asas atau nilai lain sekiranya dokumen tersebut hilang atau rosak semasa dalam transit dari Premis Perniagaan ke mana-mana lokasi di Malaysia.

Sehingga 10% daripada Jumlah Dilindungi yang ditetapkan dalam Jadual di bawah Seksyen 2 bagi mana-mana satu kejadian.

4.Kerosakan kepada bidai gulung yang anda miliki, atau yang mana menjadi tanggungjawab anda di bawah undang-undang, yang terletak di Premis Perniagaan;

Sehingga 25% daripada Jumlah Dilindungi yang ditetapkan dalam Jadual di bawah Seksyen 2 bagi mana-mana satu kejadian.

5.Kehilangan atau kerosakan sistem dan rekod komputer. Perlindungan terhad kepada nilai kos bahan dan juga buruh perkeranian yang digunakan untuk menghasilkan semula rekod yang hilang: Sehingga 10% daripada Jumlah Dilindungi yang ditetapkan dalam Jadual di bawah Seksyen 2 bagi setiap item bagi mana-mana satu kejadian.

6. Fasal Pameran

Perlindungan di bawah Seksyen 1 dilanjutkan untuk meliputi Kandungan dan Stok Dagangan semasa berada di mana-mana tempat pameran di Malaysia termasuk transit langsung pergi atau balik daripada lokasi pameran tersebut.

Dengan syarat liabiliti kami terhad kepada 25% daripada Jumlah Dilindungi yang dinyatakan dalam Jadual pada mana-mana satu tempat pameran Perlindungan di bawah fasal ini hanya berkuatkuasa bagi Kandungan dan Stok Dagangan yang disimpan dalam bangunan binaan batu atau konkrit yang tertutup sepenuhnya.

7. Peningkatan Bermusim

Perlindungan di bawah Seksyen 2 dilanjutkan untuk menyediakan perlindungan tambahan secara automatik bagi Stok Dagangan, jika ada, yang ditetapkan di bawah Seksyen Takaful Kebakaran dalam Jadual untuk perayaan yang berikut:

a) Hari Raya Aidil Fitri;

b) Hari Raya Aidil Adha;

c) Tahun Baru Cina; d) Deepavali; dan e) Krismas

Dengan syarat semua peruntukan Seksyen Pecah Masuk dipatuhi, liabiliti Kami bagi Peningkatan Bermusim di bawah Seksyen 2 hendaklah terhad kepada tambahan 25% daripada Jumlah Dilindungi yang ditetapkan dalam Jadual bagi Stok Dagangan. Tambahan lagi, dengan ini difahami dan dipersetujui bahawa perlindungan yang diberikan hanya berkuatkuasa dalam tempoh khusus berikut:

i) Tiga puluh (30) hari sebaik sebelum tarikh

permulaan perayaan yang disiarkan;

ii) Tarikh perayaan; dan

iii) Sepuluh (10) hari sebaik selepas berakhirnya tarikh perayaan yang disiarkan.

Syarat yang dikenakan ke atas Seksyen 2

1.Semua kunci hendaklah dikeluarkan daripada premis perniagaan oleh anda atau orang yang diberi kuasa oleh anda dan dikekalkan di bawah pegangannya sehingga Premis Perniagaan dibuka semula untuk perniagaan.

2.Untuk tujuan perlindungan ini, Sijil ini berkuatkuasa hanya untuk Perniagaan yang ditetapkan dalam Jadual dan bukan sebarang perniagaan lain.

Pengecualian bagi Seksyen 2

Kami tidak bertanggungjawab terhadap:

1. kehilangan atau kerosakan kepada surat ikatan, bon, bil pertukaran, nota janji, wang atau sekuriti untuk wang, setem, syiling atau koleksi setem, pelan, paten, model, acuan, rekaan, dokumen hak milik hartanah, kontrak atau dokumen lain atau buku atau manuskrip perniagaan melainkan ia dilindungi secara khusus.

2. kehilangan atau kerosakan kepada harta benda yang dilindungi:

(a) oleh anda secara bersubahat dengan mana-mana ahli keluarga atau kakitangan anda

(b) atau mana-mana orang yang diambil bekerja secara sah di Premis Perniagaan

(10)

3. kehilangan atau kerosakan mesin perjudian dan/atau hiburan yang menggunakan syiling atau dikendalikan sepertinya;

4. sebarang kekurangan yang timbul daripada kesilapan atau kegagalan bertindak di pihak anda dan/atau Kakitangan anda;

5. pencurian barang kedai

6. kerugian yang disebabkan oleh ketidaksetiaan atau ketidakjujuran Kakitangan;

7. kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau berlaku akibat kebakaran, letupan, banjir atau ribut;

8. sebarang kerugian turutan; atau

9. jumlah RM250 pertama yang merupakan lebihan setiap satu kerugian atau kerosakan

Had Liabiliti

Liabiliti maksimum kami di bawah Seksyen 2 dan lanjutan dan fasal lanjutannya hendaklah tidak melebihi Jumlah Dilindungi yang ditetapkan dalam Jadual. Bagaimanapun, liabiliti maksimum kami akan ditambah kepada 25% daripada Jumlah Dilindungi yang ditetapkan dalam Jadual, dalam tempoh yang dinyatakan di bawah lanjutan Peningkatan Bermusim dalam Seksyen 2 Sijil ini.

JENAYAH DAN ASET

Seksyen 3: Wang dan Serangan Peribadi

Perlindungan

Kami akan menanggung kerugian anda terhadap kehilangan Wang dan kehilangan atau kerosakan kepada peti besi, laci dan kabinet dalam Tempoh Takaful sehingga Jumlah Dilindungi di bawah Seksyen 3, seperti yang ditetapkan dalam Jadual ini.

Definisi:

Untuk tujuan Sijil ini:

1. ‘Wang’ hendaklah bermakna tunai, wang kertas dan mata wang kertas, cek, wang pos dan kiriman wang, setem pos dan hasil semasa yang menjadi hak milik anda atau yang mana anda bertanggungjawab terhadapnya.

2. ‘Dalam Transit’ hendaklah bermakna Wang

dalam transit langsung yang dipegang oleh anda atau Kakitangan yang anda beri kuasa.

3. ‘Waktu Perniagaan’ hendaklah bermakna waktu biasa di mana anda berurus niaga atau dibuka untuk perniagaan di Premis Perniagaan.

4. ‘Kehilangan Upaya Penuh dan Kekal’ hendaklah bermakna ketidakupayaan penuh Kakitangan selepas satu tahun dari tarikh kejadian untuk

melakukan sebarang pekerjaan atau tugas yang bergaji, tanpa harapan untuk sembuh.

5. “Kehilangan anggota” hendaklah bermakna kehilangan akibat pemisahan secara fizikal pada atau di atas pergelangan tangan atau buku lali. 6. ”Kehilangan Penglihatan” hendaklah bermakna

kehilangan penglihatan sepenuhnya dan tidak boleh dipulihkan sebelah atau kedua-dua belah mata menyebabkan orang yang tercedera buta sepenuhnya tanpa peluang pulih menerusi rawatan pembedahan atau rawatan lain.

Perlindungan termasuk: 1. Kehilangan Wang semasa:

a) dalam Transit pada waktu perniagaan;

b) di Premis Perniagaan pada waktu

perniagaan;

c) di Premis Perniagaan di luar waktu

perniagaan di dalam peti besi berkunci atau bilik kebal;

d) di Premis Perniagaan di luar waktu

perniagaan dan bukan di dalam bilik terkunci atau bilik kebal;

terhad kepada 20% daripada Jumlah Dilindungi yang ditetapkan dalam Jadual di bawah Seksyen 3 bagi mana-mana satu kejadian; dan

e) dalam Transit pergi dan balik dari luar negara semasa berada di kediaman Kakitangan anda yang diberi kuasa;

terhad kepada 10% daripada Jumlah Dilindungi yang ditetapkan dalam Jadual di bawah Seksyen 3 bagi mana-mana satu kejadian.

2. Kerosakan kepada peti besi disebabkan oleh kecurian atau percubaan mencuri:

terhad kepada 25% daripada Jumlah Diinsuranskan yang ditetapkan dalam Jadual di bawah Seksyen 3 bagi mana-mana satu kejadian.

Lanjutan bagi Seksyen 3

Selain perlindungan yang dinyatakan di atas, Seksyen 3 menyediakan perlindungan untuk:

1. Ketidakjujuran Kakitangan

Kehilangan sehingga 10% daripada Jumlah Dilindungi di bawah Seksyen 3 setiap kejadian akibat penipuan atau ketidakjujuran mana-mana Kakitangan anda yang ditemui dalam masa tiga (3) hari kerja selepas kejadian dengan syarat had jumlah keseluruhan bagi mana-mana satu Tempoh Takaful adalah terhad kepada RM5,000.

2. Serangan Peribadi

Kami akan memberikan pampasan bagi kecederaan yang dialami oleh mana-mana kakitangan yang berusia antara 18 dan 65 tahun yang disebabkan

(11)

secara khusus oleh rompakan sebenar atau percubaan merompak atau penahanan yang berlaku semasa Kakitangan terlibat dalam Perniagaan, mengikut Jadual manfaat berikut:

Perlindungan Pampasan

a. Kematian RM50,000

b. Kehilangan Upaya Penuh

dan Kekal RM50,000 c. Kehilangan kedua-dua anggota badan RM50,000 d. Kehilangan penglihatan

kedua-dua belah mata

RM50,000

e. Kehilangan 1 anggota

badan dan penglihatan pada sebelah mata

RM50,000

f. Kehilangan anggota

badan atau penglihatan sebelah mata

RM25,000

Syarat yang dikenakan ke atas Seksyen 3

1. Anda hendaklah mengambil segala langkah

yang sewajarnya untuk mencegah kehilangan dan kerosakan.

2. Kunci untuk semua peti besi di mana Wang disimpan hendaklah dikeluarkan daripada Premis Perniagaan anda oleh orang yang anda beri kuasa dan disimpan dalam pegangannya sehingga Premis Perniagaan dibuka semula untuk perniagaan.

3. Anda hendaklah menyimpan rekod bertulis sewajarnya bagi semua Wang yang dilindungi dan kami berhak untuk menyemak rekod sedemikian.

4. Pampasan dibayar untuk kecederaan yang

dialami mana-mana satu Kakitangan tidak akan melebihi RM50,000.

5. Sekiranya berlaku kecederaan, orang yang cedera mesti mendapatkan dan mematuhi nasihat pengamal perubatan yang berdaftar dan berkelayakan yang ditetapkan oleh kami. 6. Kami berhak untuk mengenakan syarat kepada

anda atau Kakitangan anda untuk diperiksa pada bila-bila masa oleh pengamal perubatan yang berkelayakan dan berdaftar yang ditetapkan oleh pihak kami.

Had Liabiliti

Liabiliti maksimum kami di bawah Seksyen 3 hendaklah tidak melebihi Jumlah Dilindungi yang ditetapkan dalam Jadual.

Pengecualian bagi Seksyen 3

Kami tidak bertanggungjawab terhadap:

1. sebarang kerugian yang disebabkan oleh susut nilai, turun naik mata wang, cek tendang atau penggunaan wang palsu;

2. kekurangan kerana kesilapan atau ketinggalan perakaunan atau perkeranian dan tidak berkaitan dengan kejadian khusus yang

dilindungi di bawah syarat Seksyen 3;

3. sebarang kehilangan daripada kenderaan yang tidak berkunci dan/atau tidak dijaga;

4. sebarang kehilangan atau kerosakan yang berlaku di luar Malaysia;

5. sebarang kehilangan Wang yang diamanahkan kepada mana-mana pihak selain daripada anda atau Kakitangan anda;

6. sebarang kekurangan Wang kerana kesilapan atau ketinggalan;

7. sebarang kehilangan semasa atau disebabkan transit melalui pos;

8. sebarang kehilangan Wang yang terkandung dalam mesin perjudian dan/atau hiburan yang menggunakan syiling atau sepertinya;

9. sebarang kerugian yang timbul akibat penipuan atau ketidakjujuran mana-mana Kakitangan yang tidak disedari dalam masa tiga (3) hari kerja selepas kejadian; atau

10. jumlah RM250 pertama yang merupakan Lebihan untuk setiap satu kehilangan Wang.

JENAYAH DAN ASET Seksyen 4: Kaca Keping

Perlindungan

Sijil ini akan membayar ganti rugi kepada anda sekiranya berlaku kaca keping pecah di Premis Perniagaan dalam Tempoh Takaful dan tertakluk kepada peruntukan yang terkandung di dalam ini atau diendors kepadanya, kami akan membayar untuk atau membayar ganti rugi kepada anda bagi kaca yang pecah dan akan membayar kos sewajarnya untuk menutup lubang sebagaimana yang perlu berikutan kepecahan tersebut.

Had Liabiliti

Liabiliti maksimum kami di bawah Seksyen 4 hendaklah tidak melebihi RM5,000 untuk setiap satu kerugian atau kerosakan dan RM20,000 bagi mana-mana satu Tempoh Takaful.

Pengecualian bagi Seksyen 4

Kami tidak bertanggungjawab terhadap:

1. gangguan atau kelewatan perniagaan atau apa jua bentuk kerosakan dalam tempoh antara kejadian kaca pecah dan penggantiannya; 2. sebarang kos atau caj yang ditanggung untuk

membersihkan serpihan atau sebarang tanda, tulisan atau perhiasan pada kaca yang rosak;

3. kepecahan kaca yang tidak dipasang dan

dilekapkan dengan kukuh dan sepenuhnya dalam keadaan baik di lokasi yang ditetapkan dalam Jadual;

4. kepecahan atau kerugian yang disebabkan oleh atau berlaku kerana banjir, gempa bumi, kebakaran bawah tanah, letusan gunung berapi, taufan, puting beliung, siklon atau gegaran lain

(12)

atau gangguan atmosfera atau alam;

5. kepecahan atau kerugian yang berlaku akibat letupan;

6. kepecahan atau kerugian yang dilindungi oleh polisi insurans Kebakaran atau Sijil Takaful Kebakaran; atau

7. jumlah RM250 pertama yang merupakan Lebihan bagi setiap satu kerugian atau kerosakan.

LIABILITI

Seksyen 5: Liabiliti Awam

Perlindungan

Kami akan menanggung kerugian anda terhadap liabiliti bagi kecederaan badan yang tidak disengajakan yang disebabkan oleh mana-mana orang selain daripada Kakitangan dan untuk kerugian akibat kemalangan atau kerosakan kepada hartanah yang tidak dimiliki atau dipegang atas amanah oleh anda atau mana-mana Kakitangan anda atau dalam penjagaan, pegangan atau kawalan anda yang disebabkan oleh kecuaian anda atau Kakitangan anda yang berlaku di dalam Malaysia berhubung dengan Perniagaan yang disediakan dengan syarat liabiliti kami untuk semua pampasan yang perlu dibayar berhubung dengan atau yang timbul daripada mana-mana satu kejadian atau berhubung dengan atau timbul daripada semua kejadian atau siri kejadian berkenaan atau dikaitkan dengan satu sumber atau punca asal hendaklah tidak melebihi Jumlah Dilindungi seperti yang ditetapkan dalam Jadual.

Selain itu, bagi tuntutan di mana indemniti yang dinyatakan dalam Seksyen 5 berkuatkuasa, kami akan membayar:

a) semua kos dan belanja munasabah yang

diperolehi oleh mana-mana pihak yang membuat tuntutan daripada anda; dan

b) semua kos dan belanja munasabah yang anda tanggung dengan kebenaran bertulis daripada kami.

Kos dan belanja sedemikian perlu dibayar di samping had liabiliti yang dinyatakan dalam Jadual.

Definisi

1. “Kecederaan” hendaklah bermakna kematian,

kecederaan badan dan termasuk kecederaan minda, kesakitan, kejutan dan termasuk kecederaan yang disebabkan oleh penahanan salah, menceroboh hak peribadi, penahanan, penahanan salah dan pengusiran salah.

2. ‘Kerosakan’ hendaklah termasuk kerugian. 3. ‘Harta Benda’ hendaklah bermakna harta benda

fizikal

4. ‘Perniagaan’ hendaklah termasuk, untuk tujuan

Seksyen 5 sahaja, penyediaan dan pengurusan kantin, pertubuhan sukan sosial dan kebajikan untuk Kakitangan dan bantuan kecemasan dalaman, kebakaran dan perkhidmatan ambulans.

5. ‘Pemastautin’ hendaklah bermakna warga

tempatan Malaysia dan ekspatriat dengan permit kerja berterusan selama enam (6) bulan di Malaysia.

Lanjutan bagi Seksyen 5

1. Fasal Keracunan Makanan dan/atau Minuman

Kami akan menanggung liabiliti anda yang timbul daripada sebarang tuntutan yang dibuat bagi apa jua bentuk keracunan akibat daripada makanan dan/atau yang anda jual atau bekalkan kepada mana-mana pelanggan atau pengunjung dengan syarat anda sentiasa mengambil setiap langkah berjaga-jaga untuk mencegah sebarang makanan dan/atau minuman daripada rosak, untuk memastikan makanan dan minuman bebas daripada pencemaran dan sesuai untuk pengambilan manusia.

Had liabiliti kami bagi mana-mana satu kejadian dan secara keseluruhan bagi mana-mana Tempoh Takaful hendaklah tidak melebihi Jumlah Dilindungi seperti yang ditetapkan dalam Jadual.

2. Fasal Liabiliti Kontraktor Bebas

Kami akan melindungi semua jumlah yang anda akan tanggung di bawah undang-undang sebagai pampasan kerana kecederaan badan atau kerosakan kepada harta benda yang timbul daripada atau disebabkan oleh atau berhubung dengan perubahan dan/atau penambahan kepada Premis Perniagaan, dengan syarat nilai kontrak perubahan dan/atau penambahan tidak melebihi RM50,000. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan yang boleh diperoleh semula di bawah mana-mana insurans atau Takaful liabiliti pihak ketiga lain atau daripada mana-mana polisi insurans atau sijil Takaful Semua Risiko Kontraktor yang dipegang oleh pihak anda atau kontraktor anda.

3. Fasal Kunjungan Luar Negara

Ganti rugi yang diberikan di bawah Seksyen 5 hendaklah dilanjutkan untuk merangkumi liabiliti undang-undang yang disebabkan oleh kecuaian Kakitangan yang timbul daripada kunjungan perniagaan di luar Malaysia berhubung dengan Perniagaan anda dengan syarat kakitangan tersebut adalah Pemastautin di Malaysia.

(13)

4. Fasal Liabiliti Papan Tanda

Kami akan melindungi semua jumlah yang anda tanggung di bawah undang-undang sebagai pampasan kerana kecederaan badan atau kerosakan kepada harta benda yang timbul daripada atau disebabkan oleh atau berhubung dengan papan tanda neon atau papan iklan, di mana-mana lokasi, dengan syarat papan tanda diletakkan di kedudukan yang diluluskan di bawah undang-undang dan disenggarakan dalam keadaan selamat.

5. Fasal Liabiliti Penyewa

Kami akan menanggung liabiliti anda sebagai penyewa bagi tuntutan yang dibuat terhadap anda bagi kerugian di Premis Perniagaan yang disebabkan oleh:

a) letupan kebakaran;

b) air yang bocor, melimpah atau dikeluarkan daripada mana-mana sistem air yang dipasang di Premis Perniagaan;

c) pecah secara tidak sengaja (tidak termasuk goresan, serpihan atau kemik) bagi kaca yang dipasang, besen cuci, singki, pam atau tangki tandas; dan

d) kecurian atau percubaan mencuri dengan pecah masuk menggunakan kekerasan dan keganasan ke dalam Premis Perniagaan.

Pengecualian bagi Seksyen 5

Kami tidak bertanggungjawab terhadap:

1. Liabiliti bagi kecederaan kepada mana-mana orang di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan dengan anda apabila kecederaan timbul daripada dan berhubung dengan pekerjaan atau perkhidmatan orang tersebut dengan anda atau untuk pampasan atau tuntutan terhadap anda oleh orang yang cedera atau tanggungannya di bawah Akta Pampasan Pekerja atau pindaan padanya;

2. Liabiliti yang anda tanggung menerusi sesuatu perjanjian melainkan liabiliti tersebut akan menjadi liabiliti anda tanpa sebarang perjanjian sedemikian;

3. Liabiliti yang berkenaan dengan atau timbul

daripada kerosakan kepada mana-mana tanah atau harta benda atau bangunan yang disebabkan oleh gegaran atau penyingkiran atau gelinciran atau kelemahan sokongan; 4. Kecederaan atau kerosakan disebabkan oleh

pencemaran melainkan disebabkan oleh kejadian yang berlaku secara tiba-tiba, tidak disengajakan dan tidak dijangka;

5. Denda, penalti atau ganti rugi teladan atau punitif;

6. Liabiliti yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada kemahiran kerja yang tidak sempurna atau kurang baik;

7. Liabiliti berkenaan dengan mana-mana

kecederaan atau kerosakan akibat kemalangan yang berlaku di Amerika Syarikat atau Kanada; 8. Liabiliti berkenaan dengan kerugian atau

kerosakan kepada harta benda;

(i) yang anda miliki atau di bawah kuasa anda atau di bawah kawalan anda atau kawalan pekerja atau ejen anda; atau

(ii) yang merupakan bahagian mana-mana

harta benda atau tanah atau bangunan atau struktur di mana anda atau mana-mana pekerja atau ejen anda sedang atau telah bekerja melainkan dinyatakan dalam Lanjutan No.2 Seksyen 5.

9. Liabiliti berkenaan dengan kecederaan, kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau menerusi atau berhubung dengan;

a) pemilikan atau pegangan atau penggunaan oleh atau bagi pihak anda:

i) sebarang kenderaan (atau mesin) yang mempunyai kuasa dorongan sendiri atau disambung kepada kenderaan pacuan sendiri dan digunakan dalam keadaan di mana Akta Pengangkutan Jalan berkuatkuasa;

ii) sebarang kenderaan (atau mesin) yang dilindungi demi manfaat anda di bawah apa jua bentuk polisi insurans kenderaan atau sijil Takaful kenderaan; atau

iii) sebarang kapal marin dan/atau kenderaan bermotor, lokomotif, kenderaan, lancang, kren pengangkat atau mesin pengangkat lain yang tidak dinyatakan dalam Jadual; atau

b) nasihat atau rawatan pemulihan atau

profesional atau lain (selain daripada rawatan bantuan kecemasan) yang diberi atau dilaksanakan atau tidak diberikan oleh anda; atau

c) tuntutan yang timbul berhubung dengan mana-mana produk yang dibekalkan selain daripada makanan dan minuman yang dibekalkan kepada mana-mana pelanggan atau pengunjung dan/atau di kantin, kelab sukan dan sosial yang anda sediakan untuk kegunaan Kakitangan anda;

10. Liabiliti yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada libel dan/atau fitnah di pihak anda atau mana-mana Kakitangan; atau

(14)

11. Jumlah RM250 pertama yang merupakan Lebihan bagi setiap satu kerugian atau kerosakan harta benda pihak ketiga sahaja.

LIABILITI

Seksyen 6: Liabiliti Majikan

Perlindungan

Sijil ini akan menanggung rugi anda terhadap liabiliti undang-undang, membayar pampasan serta kos dan belanja pihak yang membuat tuntutan. Jika mana-mana Kakitangan mengalami kecederaan badan akibat kemalangan atau penyakit yang dialami dalam Tempoh Takaful dan timbul daripada dan dalam urusan pekerjaan dalam Perniagaan, kami akan membayar semua kos dan belanja yang ditanggung dengan kelulusan bertulis kami sehingga Jumlah yang ditetapkan di dalam Jadual.

Definisi

Untuk tujuan Seksyen 6 Sijil;

a) ‘Kemalangan’ bermakna kemalangan atau siri kemalangan yang timbul daripada satu kejadian.

b) ‘Penyakit’ bermakna penyakit yang dialami oleh Kakitangan anda kerana jenis pekerjaannya dengan anda. Pendedahan tersebut mesti dilanjutkan untuk tempoh masa tertentu dan mungkin melewati Tempoh Takaful di bawah Seksyen 6 Sijil ini.

Fasal Lanjutan bagi Seksyen 6 a) Fasal Kemudahan Katering

Sijil ini memberikan perlindungan kepada Kakitangan semasa menggunakan kemudahan katering yang anda sediakan.

b) Fasal Pengangkutan Kecemasan

Kami akan membayar kos bagi penilaian perubatan dan pengangkutan kecemasan yang diperlukan disebabkan kecederaan serius yang dialami oleh Kakitangan yang timbul daripada dan dalam urusan pekerjaan dengan syarat had liabiliti hendaklah tidak melebih RM25,000 bagi mana-mana satu kemalangan.

c) Fasal Kegiatan Sukan, Sosial & Kebajikan Kakitangan

Jika Kakitangan anda tercedera secara tidak sengaja semasa menyertai mana-mana kegiatan luar yang anda anjurkan dan taja, kecederaan ini hendaklah dianggap timbul daripada dan dalam urusan pekerjaan anda.

Syarat yang dikenakan ke atas Seksyen 6

1. Penghindaran Syarat Tertentu dan Hak Perolehan Semula

Jika kami diwajibkan di bawah undang-undang untuk membayar jumlah yang tidak menjadi tanggungjawab kami di bawah Sijil ini, anda seterusnya hendaklah membayar balik jumlah tersebut kepada kami.

2. Pelepasan Tuntutan

Anda tidak harus menjadi pihak mana-mana perjanjian, yang kesannya ialah anda melepaskan sebarang tuntutan yang sepatutnya boleh anda buat dengan mana-mana orang berkenaan dengan atau timbul daripada mana-mana kejadian yang menyebabkan liabiliti di pihak anda di mana indemniti diberikan di bawah Sijil ini atau apabila tuntutan tersebut dihadkan atau dikenakan sebarang bentuk syarat.

3. Langkah Berjaga-Jaga

Anda hendaklah mengambil segala langkah berjaga-jaga untuk mencegah Kemalangan dan Penyakit dan hendaklah mematuhi semua keperluan dan kewajipan berkanun.

4. Hak Membuat Pemeriksaan

Kami berhak dan berpeluang pada setiap masa yang sewajarnya untuk memeriksa kerja, mesin, kilang dan peralatan yang digunakan dalam Perniagaan.

5. Perakuan Liabiliti

Tiada perakuan, tawaran, janji atau bayaran akan dibuat oleh anda bagi pihak anda tanpa kebenaran bertulis kami. Kami berhak, jika kami mahu untuk mengambil alih dan mengendalikan atas nama anda, pembelaan atau penjelasan mana-mana tuntutan atau untuk mengambil tindakan atas namanya bagi manfaatnya sebarang tuntutan bagi indemniti atau kerosakan atau selainnya dan mempunyai budi bicara penuh dalam sebarang prosiding dan dalam penjelasan sebarang tuntutan dan anda hendaklah memberikan maklumat dan bantuan yang mungkin kami perlukan.

(15)

Pengecualian bagi Seksyen 6

Kami tidak bertanggungjawab di bawah Sijil ini terhadap:

a) liabiliti anda kepada kakitangan kontraktor

anda;

b) sebarang liabiliti anda yang mungkin dialami kerana sesuatu perjanjian yang tidak akan ditanggung tanpa perjanjian sedemikian;

c) sebarang jumlah yang layak anda terima tetapi disekat oleh perjanjian antara anda dan pihak tersebut;

d) liabiliti anda kepada mana-mana pihak yang bukan merupakan Kakitangan anda di bawah maksud undang-undang;

e) sebarang bayaran lewat, surcaj, denda, penalti atau pampasan punitif, tambahan atau teladan yang menjadi tanggungjawab anda di bawah undang-undang;

f) sebarang kecederaan akibat Kemalangan atau Penyakit yang disebabkan oleh peperangan, serangan, tindakan musuh asing, permusuhan atau operasi seperti perang (sama ada peperangan diisytiharkan atau tidak), perang saudara, dahagi, kebangkitan, revolusi, pemberontakan atau kuasa tentera atau rampasan kuasa;

g) sebarang liabiliti dalam apa jua bentuk sama ada disebabkan secara langsung atau tidak langsung daripada;

(i) bahan senjata nuklear; atau

(ii) radiasi pengionan atau pencemaran menerusi radioaktiviti daripada apa-apa bahan api nuklear atau daripada apa-apa bahan buangan nuklear daripada pembakaran bahan api nuklear dan untuk tujuan Pengecualian ini, pembakaran hendaklah termasuk sebarang proses nuklear atau pembelahan nuklear yang berkekalan.

h) sebarang kecederaan menerusi kemalangan atau penyakit yang dialami di Amerika Syarikat atau Kanada; atau

i) sebarang liabiliti anda untuk membayar

pampasan kepada Kakitangan atau wakil peribadi yang sah di sisi undang-undang atau orang tanggungan Kakitangan menurut mana-mana Undang-Undang Pampasan Pekerja.

BAHAGIAN II FASAL 1. Waranti Sumbangan

Sumbangan perlu dibayar mesti dibayar dan diterima oleh pihak kami dalam masa enam puluh (60) hari dari tarikh permulaan Sijil / pengendorsan / sijil pembaharuan, supaya anda dapat menikmati perlindungan di bawah Sijil ini.

Jika ini tidak dipatuhi, maka Sijil ini akan dibatalkan secara automatik dan kami akan layak menerima Sumbangan prorata bagi tempoh di mana anda menghadapi risiko.

2. Penjelasan Kerosakan Harta Benda

Kerosakan harta benda yang dilindungi di bawah Sijil ini hendaklah bermakna kerosakan fizikal kepada bahan harta benda.

Maka itu, perkara berikut dikecualikan daripada Sijil ini:

a) Kehilangan atau kerosakan kepada data atau perisian, tetapi tidak terhad kepada perubahan yang merosakkan data, perisian atau program komputer yang disebabkan oleh pemadaman, pencemaran atau kecacatan struktur asal dan sebarang kerugian gangguan perniagaan yang berlaku akibat kehilangan atau kerosakan tersebut. Walau apa pun yang terkandung dalam pengecualian ini, kehilangan atau kerosakan data atau perisian, yang merupakan kesan langsung kerosakan fizikal terlindung kepada bahan harta benda, hendaklah dilindungi; dan

b) Kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh kerosakan fungsi, ketersediaan, julat penggunaan atau kebolehcapaian data, perisian atau program komputer dan sebarang kerugian akibat gangguan perniagaan yang timbul daripada kehilangan atau kerosakan tersebut.

3. Pecah Amanah Jenayah

(Bagi Seksyen 2 dan 3 Sahaja)

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau dikaitkan dengan tindakan Pecah Amanah Jenayah (CBT) oleh mana-mana pihak mengikut maksud definisi terkini jenayah CBT yang ditetapkan dalam Kanun Keseksaan. CBT buat masa ini ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan sebagai:

Sesiapa, yang diamanahkan dengan harta benda atau sebarang kawalan ke atas harta benda sama ada secara sepenuhnya atau bersama dengan mana-mana pihak lain, yang secara tidak jujur melesapkan atau menukar harta benda kepada kegunaan sendiri atau menggunakan atau menjual

(16)

harta benda itu mencabuli sebarang arahan undang-undang yang menyatakan cara di mana amanah tersebut harus dilaksanakan, atau mana-mana kontrak undang-undang, sama ada tersurat atau tersirat yang telah dibuat berhubung dengan pelaksanaan amanah tersebut, atau sengaja meminta orang lain untuk melakukan “pecah amanah jenayah”.

4. Kecurian Menerusi Helah (Penipuan)

(Bagi Seksyen 2 dan 3 Sahaja)

Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh atau dikaitkan dengan tindakan menipu oleh mana-mana pihak mengikut maksud definisi terkini jenayah penipuan yang ditetapkan dalam Kanun Keseksaan Malaysia. Penipuan ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan Malaysia sebagai:

Sesiapa yang, dengan memperdayakan seseorang, tidak kira sama ada helah tersebut merupakan pendorong utama atau tunggal:

a) secara menipu atau tidak jujur mendorong seseorang yang ditipu untuk membekalkan sebarang harta benda kepada mana-mana pihak, atau membenarkan orang tersebut untuk menyimpan apa jua harta benda; atau

b) sengaja mendorong orang yang ditipu untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu yang tidak akan dilakukan atau tidak dilakukan oleh orang tersebut jika dia tidak ditipu di mana tindakan atau kegagalan bertindak tersebut menyebabkan atau mungkin menyebabkan kerugian atau bahaya kepada mana-mana orang sama ada dari segi badan, minda, reputasi atau harta benda.

5. Bidang Kuasa

(Bagi Seksyen 5 dan 6 Sahaja)

Kami tidak bertanggungjawab di bawah Sijil ini berkenaan dengan keputusan terhadap anda yang tidak dibuat oleh atau diperolehi daripada mahkamah dengan bidang kuasa yang sewajarnya di Malaysia. Dengan syarat selanjutnya bahawa ganti rugi tidak akan diberikan bagi keputusan atau perintah yang diperolehi di Malaysia bagi penguatkuasaan keputusan yang diperolehi di tempat lain.

Indemniti yang diberikan di dalam ini tidak akan berkuatkuasa ke atas:

a) Pampasan bagi ganti rugi berkenaan dengan keputusan yang tidak dibuat oleh atau diperolehi daripada mahkamah dengan bidang kuasa sewajarnya di Malaysia; atau

b) Kos dan perbelanjaan litigasi yang diperolehi semula daripada mana-mana pihak yang membuat tuntutan daripada anda, yang tidak ditanggung di dan diperolehi semula di Malaysia.

BAHAGIAN III PENGECUALIAN AM

(Bagi semua bahagian melainkan dinyatakan sebaliknya)

Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap: 1. Apa jua bentuk liabiliti sama ada disebabkan

secara langsung atau tidak langsung oleh atau diakibatkan oleh atau timbul daripada:

a) bahan senjata nuklear; atau

b) radiasi pengionan atau pencemaran menerusi radioaktiviti daripada apa-apa bahan api nuklear atau daripada apa-apa bahan buangan nuklear daripada pembakaran bahan api nuklear dan untuk tujuan Pengecualian ini, pembakaran hendaklah termasuk sebarang proses nuklear atau pembelahan nuklear yang berkekalan;

2. Sebarang kemalangan, kerugian, kerosakan,

perbelanjaan, liabiliti atau kecederaan badan yang disebabkan oleh atau menerusi atau akibatnya secara langsung dan tidak langsung timbul daripada:

a) peperangan, serangan, tindakan musuh

asing, permusuhan atau operasi seperti perang (sama ada peperangan diisytiharkan atau tidak) atau perang saudara; atau b) dahagi, rusuhan, kebangkitan tentera atau

awam, pemberontakan, penentangan, revolusi, kuasa tentera atau rampasan kuasa, pemerintahan tentera atau pengepungan atau apa-apa kejadian atau sebab yang menentukan perisytiharan atau pengekalan undang-undang tentera atau pengepungan.

Dalam sebarang tindakan, saman atau prosiding lain di mana kami mendakwa bahawa menerusi peruntukan Pengecualian Am No.2, sebarang kemalangan, kerugian, kerosakan, perbelanjaan, liabiliti atau kecederaan badan tidak dilindungi di bawah Sijil, beban membuktikan kemalangan, kerugian, kerosakan, perbelanjaan, liabiliti atau kecederaan badan dilindungi adalah terletak di tangan anda.

3. Sebarang kemalangan, kerugian, kerosakan,

perbelanjaan, liabiliti atau kecederaan badan yang disebabkan oleh atau kerana atau diakibatkan secara langsung atau tidak langsung oleh penyitaan, rampasan, tuntutan atau pemusnahan atau kerosakan harta benda

yang dilindungi menerusi arahan Kerajaan de

jure atau de facto atau mana-mana pihak

berkuasa awam, perbandaran atau tempatan di negara atau kawasan di mana Premis Perniagaan ditempatkan;

(17)

4. Sebarang liabiliti dalam apa jua bentuk sama ada disebabkan secara langsung atau tidak langsung atau berlaku kerana atau timbul daripada gelombang tekanan yang disebabkan oleh pesawat dan peralatan udara lain;

5. Kerugian turutan atau apa jua bentuk kerosakan melainkan dinyatakan dalam Bahagian 1: Seksyen 1 Sijil ini;

6. Keganasan – walau apa pun peruntukan yang menyatakan sebaliknya di dalam Sijil ini atau sebarang pengendorsan kepadanya, adalah dipersetujui bahawa Sijil ini tidak termasuk apa jua bentuk kerugian, kerosakan, kos atau perbelanjaan yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, berhubung dengan sebarang tindakan keganasan walaupun terdapat apa-apa sebab atau kejadian lain yang berlaku pada masa yang sama atau berlaku mengikut sebarang turutan lain kepada kerugian;

Untuk tujuan Pengecualian ini, sebarang tindakan keganasan bermakna tindakan, termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan kekerasan atau keganasan and/atau ancamannya, terhadap mana-mana orang atau kumpulan orang, sama ada bertindak secara sendiri atau bagi pihak atau berhubung dengan mana-mana pertubuhan atau kerajaan, yang dilakukan untuk tujuan politik, agama, ideologi atau tujuan serupa, termasuk dengan hasrat untuk mempengaruhi mana-mana kerajaan dan/atau menakutkan orang awam atau mana-mana kumpulan orang awam.

Sijil ini juga tidak termasuk kerugian, kerosakan, kos atau perbelanjaan dalam apa jua bentuk sama ada secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh, akibat daripada atau berhubung dengan sebarang tindakan yang diambil untuk mengawal, mencegah, mengekang atau berkaitan dalam apa jua cara dengan tindakan keganasan.

Jika kami mendakwa bahawa disebabkan oleh Pengecualian ini, sebarang kerugian, kerosakan, kos atau pengecualian tidak dilindungi oleh Sijil ini, beban untuk membuktikan perkara sebaliknya terletak di tangan anda.

Sekiranya mana-mana bahagian Pengecualian ini didapati tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, selebihnya hendaklah berkuat kuasa dan dikuatkuasakan sepenuhnya.

7. Semua tuntutan dan kerugian yang berkenaan dengan Seksyen 5 dan 6 yang berasaskan, timbul daripada secara langsung atau tidak langsung atau disebabkan atau dengan apa jua cara melibatkan:

a) asbestos, atau

b) sebarang kecederaan sebenar atau

didakwa berkaitan asbestos membabitkan penggunaan, kehadiran, kewujudan, pengesanan, pembuangan atau penyingkiran atau pengelakan asbestos atau pendedahan atau potensi pendedahan kepada asbestos.

Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang bayaran untuk penyiasatan atau pembelaan kerugian, kecederaan atau kerosakan atau sebarang kos, denda atau penalti atau bagi sebarang belanja atau tuntutan atau saman yang berkaitan dengan mana-mana perkara di atas.

Jika kami mendakwa bahawa disebabkan oleh pengecualian ini, sebarang kerugian, kerosakan, kos atau perbelanjaan tidak dilindungi di bawah Sijil, beban membuktikan sebaliknya adalah terletak di tangan anda.

BAHAGIAN IV SYARAT AM

1. Sijil ini dan Jadual dan sebarang spesifikasi yang (membentuk sebahagian penting daripada Sijil) hendaklah dibaca bersama sebagai satu kontrak dan mana-mana perkataan dan pernyataan di mana maksud khusus telah diberikan di mana-mana Bahagian Sijil atau Jadual hendaklah mempunyai makna khusus di mana jua ia muncul.

2. Anda hendaklah mengambil segala langkah

berjaga-jaga sewajarnya bagi menyenggarakan dan menjamin keselamatan harta benda yang dilindungi.

3. Sijil ini boleh dibatalkan oleh pihak kami

sekiranya berlaku salah nyata, keterangan salah atau kegagalan pendedahan mana-mana butiran bahan oleh anda.

4. Sekiranya sebarang kejadian berlaku yang

menimbulkan atau mungkin menimbulkan tuntutan di bawah Sijil ini, anda:

a) hendaklah mengambil langkah untuk

mengurangkan kehilangan atau kerosakan dan memperoleh semula harta benda yang hilang;

b) hendaklah memberikan notis secepat

mungkin secara bertulis kepada kami dan atas perbelanjaan anda sendiri membekalkan kami butiran lengkap secara bertulis tentang kehilangan atau kerosakan tersebut;

c) hendaklah mengemukakan semua

dokumen tuntutan yang diperlukan dalam masa tiga puluh (30) hari;

d) jika terdapat sebarang kecurian atau

(18)

hendaklah melaporkannya kepada Polis secepat mungkin;

e) jika satu tuntutan timbul di bawah Seksyen 5 dan/atau Seksyen 6, hantarkan kepada kami sebarang writ, saman atau prosiding undang-undang lain yang dikeluarkan atau dimulakan terhadap dan diterima oleh anda dan anda hendaklah memberikan semua maklumat dan bantuan yang diperlukan untuk membolehkan kami menjelaskan atau menentang sebarang tuntutan atau memulakan tindakan undang-undang;

f) tidak harus menanggung sebarang

perbelanjaan atau membayar ganti rugi bagi sebarang kerosakan atau kerugian tanpa kebenaran bertulis daripada kami dan hendaklah tidak merunding, membayar, menjelaskan, mengakui atau menolak sebarang tuntutan tanpa kebenaran tersebut; dan

g) hendaklah atas perbelanjaan sendiri

memberikan kami semua rekod, buku akaun atau dokumen atau maklumat lain yang mungkin kami perlukan untuk menyiasat dan mengesahkan tuntutan. 5. Kami atau wakil kami yang telah dilantik berhak:

a) memasuki mana-mana bangunan di mana kerugian atau kerosakan telah berlaku dan mengambil dan mengekalkan hak milik hartanah yang dilindungi dan menguruskan keselamatan dengan cara yang sewajarnya jika terdapat sebarang kerugian atau kerosakan di mana indemniti diberikan di bawah Bahagian 1: Seksyen 1, 2 dan/atau 3. Sijil ini dan sebarang salinannya yang disahkan oleh pihak kami hendaklah menjadi bukti pelepasan dan lesen untuk tujuan sedemikian tetapi tiada hartanah boleh ditinggalkan sahaja kepada kami;

b) untuk mengendalikan atas nama anda dan bagi pihak anda pelaksanaan, kawalan dan penjelasan mutlak sebarang prosiding yang dimulakan oleh pihak ketiga terhadap anda atau wakil peribadi anda berkenaan dengan sebarang liabiliti yang dilindungi oleh Sijil ini;

c) untuk melaksanakan prosiding atas

perbelanjaan kami sendiri dan untuk manfaat kami sendiri, tetapi atas nama anda, untuk mendapatkan pampasan atau mendapatkan indemniti daripada mana-mana pihak ketiga berkaitan dengan apa jua yang dilindungi di bawah Sijil ini; dan

d) untuk pada bila-bila masa membayar

kepada anda had liabiliti di bawah Bahagian I, Seksyen 5 atau sebarang jumlah yang lebih kecil di mana sebarang tuntutan boleh

dijelaskan dan apabila bayaran tersebut dibuat, kami akan melepaskan pelaksanaan dan kawalan dan tidak lagi menanggung sebarang liabiliti di bawah Bahagian 5 berhubung dengan tuntutan tersebut kecuali bagi kos dan perbelanjaan yang boleh diperolehi daripada anda atau ditanggung dengan kebenaran bertulis daripada kami berkenaan dengan pelaksanaan tuntutan sebelum tarikh pembayaran tersebut. 6. Sekiranya berlaku kejadian yang menimbulkan

sebarang kerugian, kerosakan, perbelanjaan atau liabiliti di mana indemniti diberikan di bawah Sijil ini, dan terdapat sebarang insurans atau Takaful yang melindungi kerugian, kerosakan, perbelanjaan atau liabiliti sedemikian atau mana-mana bahagian daripadanya, kami tidak bertanggungjawab terhadap lebih daripada bahagian sekadarnya.

7. Jika sebarang tuntutan di bawah Sijil ini didapati melibatkan penipuan dalam segala hal atau jika sebarang kaedah dan alat penipuan digunakan oleh anda atau sesiapa yang bertindak bagi pihak anda untuk mendapatkan manfaat di bawah Sijil ini, semua manfaat di bawah ini akan ditarik balik.

8. Melainkan dinyatakan secara tersurat, tiada apa yang terkandung di dalam ini akan memberikan hak kepada mana-mana orang selain daripada anda terhadap kami. Tambahan lagi, kami tidak terikat kepada sebarang pemindahan kepentingan anda melainkan menerusi kematian atau tindakan undang-undang melainkan dan kecuali jika kami, menerusi pengendorsan, mengisytiharkan sijil diteruskan. Lanjutan liabiliti kami berhubung dengan harta benda mana-mana pihak selain daripada anda tidak memberikan hak tuntutan di bawah ini kepada orang tersebut, dengan tujuan bahawa dalam apa jua keadaan anda bertindak untuk dan bagi pihak orang tersebut, dan penerimaan oleh anda dalam apa jua keadaan melepaskan sepenuhnya liabiliti kami di bawah ini.

9. Sijil ini boleh dibatalkan pada bila-bila masa atas permintaan anda dan Sumbangan anda hendaklah dilaraskan atas dasar kami menerima dan mengekalkan Sumbangan jangka pendek lazim atau Sumbangan minimum. Sijil ini juga boleh dibatalkan oleh pihak kami dengan memberi notis tiga puluh (30) hari secara bertulis kepada anda di alamat terakhir anda yang diketahui dan Sumbangan hendaklah dilaraskan atas dasar kami menerima Sumbangan secara prorata.

10. Semua pertikaian yang timbul daripada Sijil ini, hendaklah dirujuk kepada keputusan penimbangtara yang perlu dilantik oleh kedua-dua pihak atau jika mereka tidak boleh bersetuju untuk melantik seorang penimbangtara, kepada dua penimbangtara, seorang dilantik secara bertulis oleh kedua-dua pihak, dan dalam kes

(19)

perjanjian antara dua penimbangtara, seorang dilantik secara bertulis oleh setiap pihak, dan dalam kes ketidaksetujuan antara penimbangtara, kepada keputusan pengadil yang akan dilantik secara bertulis oleh penimbangtara sebelum membuat rujukan dan keputusan penimbangtara adalah syarat sebelum timbulnya liabiliti atau hak untuk bertindak terhadap kami.

11. Jika kami mendapati atau mengesyaki dengan bahawa Sijil ini dieksploitasi untuk kegiatan pengubahan wang dan/atau untuk membiayai keganasan, kami berhak untuk menamatkan Sijil ini dengan serta-merta. Kami akan mengendalikan semua sumbangan yang dibayar dan semua manfaat/jumlah yang perlu dibayar berkenaan dengan Sijil ini dengan apa jua cara yang kami anggap wajar, termasuk tetapi tidak terhad kepada menyerahkannya kepada pihak berkuasa yang berkenaan.

12. Dalam apa jua keadaan, kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan selepas tamat tempoh dua belas (12) bulan setelah berlakunya kerugian atau kerosakan melainkan tuntutan tertakluk kepada

tindakan yang akan diambil atau

penimbangtaraan.

13. Sebarang perkataan yang melambangkan seseorang termasuk manusia biasa, syarikat, perbadanan, perkongsian, persatuan, mana-mana dua atau lebih orang yang mempunyai kepentingan bersama atau umum atau sebarang entiti guaman atau komersil lain.

14. Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegah Pembiayaan Keganasan

Jika kami mendapati atau mempunyai sebab

untuk mengesyaki dengan bahawa Sijil ini dieksploitasi untuk kegiatan pengubahan wang haram, untuk membiayai keganasan atau jika

arahan / permintaan Anda menjurus kepada

perbuatan yang melanggar sebarang sekatan / undang-undang Pengendali Takaful berhak untuk menamatkan Sijil Induk ini dengan serta-merta.

Kami kemudiannya boleh menguruskan semua

sumbangan yang dibayar dan semua manfaat / jumlah perlu dibayar berkenaan dengan Sijil ini dengan apa jua cara tetapi tidak terhad kepada menyerahkannya kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

15. Kebenaran untuk Mendedahkan Maklumat Peribadi

a) Anda memberi kebenaran yang tidak boleh

ditarik balik dan mengesahkan bahawa Kami boleh menggunakan, mendedahkan, memindahkan atau menyalin-tukar semua

maklumat peribadi yang diberikan kepada

Kami menurut skim Takaful ini;

· kepada mana-mana syarikat atau ejen

Kumpulan HSBC;

· kepada mana-mana pihak ketiga untuk

memudahkan perjalanan perniagaan kami atau operasi prosedur dalaman kami;

· kepada Bank Negara Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa lain yang berkenaan;

· kepada mana-mana pihak ketiga berkenaan dengan insurans atau industri Takaful untuk penyenggaraan pangkalan data;

· analisis statistik, anti-penipuan, pengesahan tuntutan atau hal-ehwal operasi;

· Untuk mencegah atau memudahkan penyiasatan atau kegiatan jenayah untuk mengesan penipuan; dan

· Untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkenaan

b) Anda hendaklah memastikan Kami diberi

maklumat terkini tentang sebarang Maklumat Peribadi secepat yang munasabah. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian langsung atau tidak langsung disebabkan oleh Maklumat Peribadi yang tidak tepat dan tidak lengkap.

Referensi

Dokumen terkait

Kewenangan pengujian berkala kendaraan bermotor di Kota Denpasar secara yuridis berdasarkan atas Undang-Undang No 32 tahun 2004 tentang Pemerintahan Daerah,

diharapkan mampu mengoptimalkan posisi titik pusat klaster yang mengarah pada suatu solusi global optimal... 

Maka alasan peneliti memilih judul “Prospek Pengembangan Usaha Tani Jeruk Sebagai Pendukung Desa Wisata di Desa Gadingkulon Kecamatan Dau” karena perkembangan

Peserta membawa teks Story Telling yang telah dipersiapkan dan diserahkan kepada panitia sebanyak 3 rangkap (1 rangkap untuk panitia dan 2 rangkap untuk juri) saat technical

alasan tersebut, “Strategii Retorika Verbal dan Nonverbal Najwa Shihab dalam talk show “Mata Najwa” di Metro TV” sangat penting dan menarik untuk diteliti.

Untuk semua pihak yang telah membantu penulis baik dari segi moril maupun materil dalam penyusunan skripsi ini, penulis mengucapkan banyak terima kasih, mohon maaf jika saya

Bagi suatu organisasi visi memiliki peran dan fungsi sebagai berikut: memberikan arah, menciptakan kesadaran untuk mengendalikan dan mengawasi (sense of control),

Pada penelitian ini, polimer elektrolit dihasilkan dari blending selulosa asetat dengan selulosa suksinat dan blending selulosa asetat dengan polivinil alkohol (PVA) yang