• Tidak ada hasil yang ditemukan

KONSEP muzik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KONSEP muzik"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

KONSEP-KONSEP MUZIK

DEFINISI MUZIK: D

KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH SEKOLAH RENDAH

( KPLI-SR)

KURSUS DALAM CUTI (KDC) PENDIDIKAN KHAS

AMBILAN NOVEMBER 2010

PENDIDIKAN MUZIK

KONSEP-KONSEP MUZIK

NAMA PENYARAH: WAN HASZELILI BT WAN HASSAN

NAMA

: SITI AMIZA BT MD RESADI

KUMPULAN : KPLI GSTT AMBILAN NOV 2010

OPSYEN : PENDIDIKAN KHAS

NO MATRIK : IPGKB: A37B - 1011 - 0691

NO IC

: 851219- 07 - 5580

(2)

ISI KANDUNGAN

BIL ITEM MUKA

SURAT

1 Pengenalan kepada Konsep Muzik 2

2 Konsep 1 : Irama 1.1 Detik 1.2 Meter 1.3 Tekanan

1.4 Tempo

1.5 Nilai not dan tanda rehat

3 3 Konsep 2: Melodi 2.1 Pic 2.2 Skel 2.3 Frasa 7 4 Konsep 3: Harmoni 3.1 Lagu Pusingan 3.2 Lagu berkembar 10

5 Konsep 4: Warna Ton 11

6 Konsep 5: Tekstur 12

7 Konsep 6: Bentuk

6.1 Bentuk Binari AB 6.2 Bentuk Tenari ABA

13

8 Konsep 7:Ekspresi 7.1 Mud 7.2 Dinamik

(3)

Konsep Muzik

Irama

Melodi

Harmoni

Warna

ton

Tekstu

r

Bentu

k

Ekspre si KONSEP- KONSEP MUZIK

PENGENALAN

Muzik adalah diakui sebagai satu seni yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semulajadi atau rekaan dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran dan emosi manusia yang mencerminkan ketinggian dan ketamadunan sesuatu budaya bangsa tertentu

Seni muzik merupakan satu seni hasil daripada luahan manusia yang menggambarkan identiti dan kemajuan sesuatu bangsa. Malaysia turut mempunyai seni muzik mereka yang tersendiri dan unik memandangkan negara Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa, etnik, kaum, agama dan kepercayaan.

KONSEP MUZIK

Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti tersendiri. Penghasilan muzik yang berkualiti mempunyai penyusunan konsep muzik yang betul dan terperinci. Konsep muzik merangkumi 7 elemen iaitu irama, melodi, harmoni, warna ton, tekstur, bentuk dan ekspresi.

(4)

Konsep 1: IRAMA

Irama ialah gabungan pelbagai not muzik yang berbeza yang akan menghasilkan not irama yang berbeza. Ukuran masa atau tempo pada muzik, serta panjang pendek bunyi yang teratur, turun naik bunyi yang teratur pada lagu akan menghasilkan irama yang berbeza.

Irama merangkumi detik, meter, tekanan, tempo dan nilai not dan tanda rehat.

1.1 DETIK:

 Detik bermaksud bit konsisten atau denyutan. Denyutan yang berulang dan berterusan merupakan elemen yang fundamental yang penting dalam muzik .Dalam muzik terdapat bunyi berkala iaitu bunyi yang tetap yang boleh ditepuk sepanjang muzik tersebut. Jangka masa satu etik ke detik yang lain diukur dengan nilai not muzik.

Meter

Tekanan

Tempo

Nilai not & tanda

Detik

IRAMA

(5)

1.2 METER

 Meter ialah kiraan masa dalan sesuatu muzik. Ia dikumpulakan dalam kumpulan 2,3,4 dan seterusnya. Terdapat pelbagai kiraan masa dalam muzik. Biasanya jumlah detik adalah sama banyak dalam setiap bar.

 Pengumpulan detik dikenali sebagai pembahagian meter. Ia dinyatakan dalam skor lagu dalam bentuk tanda masa. Jadual berikut menunjukan contoh kiraan meter dalam muzik.

2 3 4 2 3 4 3 3

4 4 4 2 2 2 8 8

o Nilai angka di atas mewakili bilangan detik dalam satu bar atau unit manakala nilai angka di bawah mewakili jenis detik/not yang digunakan samada not krocet (4), minim (2), Kuaver (8) dan sebagainya

 Meter boleh dikelaskan kepada meter lazim dan meter tidak lazim.

i) Meter Lazim

Meter 2 , 3 , dan 4 dikenali sebagai meter lazim. Dalam 4 4 4

meter lazim duaan 2 , setiap bar mengandungi dua 4

detik krocet

(♪).

Setiap detik krocet bersamaan dengan 2 nilai kuaver

(♪ = ♪ ♪ )

(6)

Contoh 1 - nilai : 2 4

Huraian: 2 mewakili detik dalam setiap bar,

4 mewakili jenis not yang digunakan ( krocet)

ii) Meter tak lazim

Meter 6 merupakan meter tak lazim duaan. Setiap detik mempunyai nilai 8

yang sama dengan nilai masa 3 kuaver (♪). Dalam suatu bar terdapat dua detik yang ditulis sebagai “♪. ♪.” dimana setiap krocet bertitik ♪.. mewakili 3 kuaver (♪♪♪)

Contoh 2 - nilai 6 8

Huraian: 6 mewakili detik dalam setiap bar,

8 mewakili jenis not yang digunakan (kuaver)

1.3 TEKANAN

 Tekanan bermaksud detik yang dirasai lebih kuat dan diberikan penegasan. Semasa menyanyi sesuatu corak irama seringkali dapat didengar detik yang dirasakan lebih kuat atau diberikan penegasan daripada detik-detik yang lain. Penegasan atau menguatkan detik tertentu diertikan sebagai memberi tekanan.Terdapat detik yang dibunyikan kuat dan ada yang dibunyikan kurang.

(7)

Detik yang kuat dikenali sebangai tekanan dan disimbolkan sebagai tanda “ >” atau “ ^ ”

 Contoh tekanan:

1.4 TEMPO

 Tempo biasanya merujuk kepada kelajuan detik sesuatu lagu atau corak irama muzik. Setiap lagu mempunyai tempo yang berbeza samada cepat, sederhana atau lambat.

 Antara jenis-jenis tempo ialah:

 ALLEGRO (Rancak, Cepat)  AN DAN TE (Sederhana Cepat)  ALLA MARCIA (March, Patriotik)  DAL CAPO (D.C) Irama diulang

 Tempo juga boleh dinyatakan dalam unit digit iaitu ♪ = 114 atau ♪ = 60

1.5 NILAI NOT DAN TANDA REHAT

 Panjang atau pendek sesuatu bunyi dilambangkan dalam bentuk not. Nilai sesuatu not dapat dipnjangkan dengan meletakan satu titik di tepi not tersebut. Titik tersebut mewakili separuh daripada not asal. Contohnya minim bertitik. Berikut adalah bentuk-bentuk not yang terdapat di dalam seni

(8)

muzik.:-Bentuk-bentuk not dan tanda rehat

Konsep 2: MELODI

 Melodi bermaksud susunan seni kata berirama yang disusun mengikut turutan pic yang sama ada secara menaik, menurun atau mendatar. Susunan pic ini terdiri daripada bunyi panjang atau pendek yang membenuk irama melodi yang berkontur. Melodi berubah apabila pic dan not berubah. Ia biasanya merujuk kepada irama sesuatu lagu.

 Contoh melodi : lagu Lenggang Kangkung

 Antara elemen yang terdapat dalam melodi ialah pic, skel dan frasa.

2.1 PIC

MELODI

(9)

 Pic adalah berkaitan dengan aras sesuatu bunyi samada bunyi tinggi atau bunyi rendah. Setiap aras pic mempunyai bunyi yang berbeza. Pic aras tinggi berbunyi nyaring manakala pic aras rendah berbunyi besar.

 Ton-ton dalam satu siri pic yang ada kaitan antara satu sama lain membentuk satu kumpulan atau rangkaian pic. Gabungan beberapa rangkaian pic membentuk sebuah melodi lagu. Pic boleh disusun secara berurutan. Pic-pic yang berkaitan antara satu sama lain boleh membentuk sebuah melodi lagu

 Pic bergerak secara bertangga, melompat dan mendatar. o Pergerakan bertangga

o Pergerakan melompat

(10)

 Skel bermaksud pic yang disusun secara menaik atau menurun mengikut jea tertentu dan mewujudkan kesan nada atau tonalti.

 Tangga nada seperti nada skel major dan nada skel minor. o Skel major menaik

o Skel minor menaik

2.3 FRASA

 Frasa bermaksud sekumpulan not yang membentuk satu penyataan muzik yang signifikan atau satu keratan lagu. Frasa disimbolkan dengan:

 Contoh :

(11)

 Adalah bunyi muzikal yang dihasilkan melalui kombinasi dua atau lebih not yang dibunyikan bersama atau serentak. Gabungan not-not ini membenuk kord yang digunakan untuk mengiringi melodi.Kord mempunyai tiga not yang dikenali sebagai triad. Not yang digunakan untuk membentuk triad ialah not asas (not tonik), not ketiga dan not kelima dari satu skel.

 Contoh:

 Nyanyian secara harmoni merujuk kepada 2 lagu iaitu: - Lagu pusingan

- Lagu berkembar

3.1 LAGU PUSINGAN

 Maksud:Lagu pusingan merujuk kepada lagu yang dinyanyikan secara berkumpulan dan bergilir-gilir.

Contoh lagu : Rasa Sayang

- kumpulan pertama menyanyikan lagu pada bar yang pertama “ ra-sa sa-yang eh”

- Kumpulan kedua mula menyanyi dari mula hingga akhir apabila kumpulan 1 sampai ke bar yang ke 3. “ra-sa sa-yang sa-yang eh”

(12)

 Kesemua kumpulan tidak akan berhenti serentak kecuali diarahkan untuk berhenti pada tempat yang sesuai.

 Sebelum menyanyikan lagu, murid harus mengetahui pic, ritma dan tempo lagu tersebut.

 Contoh lagu yang dinyanyikan secara berpusingan ialah: Muzik is Fun ( Kate Baxter), A Thousand hairy Savages ( Ken Lee/ Spike Miligan) dan Something Inside Me ( Kenneth Simpson)

3.2 LAGU BERKEMBAR

 Lagu berkembar bermaksud dua lagu yang berbeza tetapi dinyanyikan serentak. Kedua-dua lagu ini mempunyai kord yang sama dan harmoninya tidak bercanggah antara satu sama lain.

 Contoh lagu berkembar ialah “ Baa Baa Black Sheep” dan Are You Sleping.  Kedua-dua lagu ini dinyanyikan serentak dalam tempoh yang sama.

KONSEP 4: WARNA TON

 Warna ton merupakan karekter atau kualiti bunyi yang dihasilkan oleh sesuatu alat muzik atau suara, sama ada bunyi berat atau bunyi ringan.

 Contoh :

o Dram bes - bunyi berat o Kastanet - bunyi ringan  Vocal merujuk kepada suara manusia

 Perkusi merujuk kepada alatan muzik yang dimainkan secara diketuk, dipukul atau dipalu.

 Perkusi badan merujuk kepada bunyi yang dihasilkan melalui pergerakan bahagian badan manusia seperti tepukan, hentakan dan sebagainya. Contoh dapa dilihat melalui bunyi hentakan kaki, tepukan tangan, petik jari dan sebagainya.  Perkusi vocal merujuk kepada bunyi perkusi tiruan yang dihasilkan melalui mulut

(13)

KONSEP 5: TEKSTUR

 Definisi: tekstur bermaksud jalinan antara lapisan-lapisan suara yang terdapat dalam sesebuah lagu. Tekstur lagu boleh jadi nipis atau tebal bergantung kepada bilangan lapisan suara atau bunyi yang yang terdapat dalam sesebuah gubahan.  Tekstur terbahagu kepada 4 iaitu Monofoni, Homofoni, Haterofoni dan Polifoni.

o Monofoni bermaksud satu baris melodi atau muzik satu suara yang dimainkan tanpa sebarang iringan muzik. Contohnya apabila kita menyanyi sebuah lagu tanpa iringan,kita sebenarnya sedang menyanyi secara monifoni.

o Hemofoni bermaksud sistem interpretasi yang berharmoni dalam siri muzik polifoni. Ia mempunyai satu bars melodi yang dinyanyi atau dimainkan dengan iringan kord. Contohnya apabila seorang penyanyi menyanyikan sebuah lagu dan mengiringi nyanyiannya dengan petikan gitar. Tumpuan utama apabila kita mendengarnya ialah kepada melodinya yang disokong dan diwarnai oleh bunyi-bunyi iringan kord oleh alatan muzik atau suara nyanyian.

o Heterofoni bermaksud berbilang suara

o Polifoni bermaksud gaya improvisasi dalam muzik polifoni. Ia membawa maksud dua atau lebih lapis muzik yang dinyanyikan bersama. Setiap lapisan bunyi mempunyai cirri dan kepentingannya yang tersendiri tetapi menyokong antara satu sama lain dan memperkayakan ekspresi muzik tersebut.

(14)

KONSEP

6:

BENTUK

 Bentuk dalam bahasa muzik merujuk kepada susunan idea atau satu corak melodi yang mempunyai cirri-ciri yang kjusus. Bentuk sesebuah karya ditentukan oleh gabungan beberapa segmen muzik. Segmen muzik ini boleh terdiri daripada motif, frasa dan seksyen.

 Segmen-segmen muzik ini biasanya diulang dan dipelbagaikan untuk membentuk sesebuah karya muzik.

 Sesebuah lagu biasanya mempunyai intro, rangkai dan korus. Bahagian akhir lagu dinamakan “coda”.Dalam muzik, seksyen ini biasanya ditulis sebagai A B C dan seterusnya.

 Antara bentuk yang terkenal ialah Bentuk AB ( Binari) dan Bentuk Tenari (ABA). Terdapa juga bentuk-bentuk lain seperti Ronda, Perlude dan Fugue.

6.1 Bentuk AB ( Binari)

o Bentuk binari merujuk kepada muzik yang hanya mempunyai 2 bahagian yang utama. Setiap bahagian dilebelkan sebagai A dan B. Bentuk binari biasanya berunsurkan soal jawab dimana bahagian A marujuk kepada unsur menyoal manakala bahagian B merujuk kepada unsur menjawab.  Terdapat juga bentuk Binari AB yang mempunyai bahagian- kecil di dalamnya.  Contoh lagu yang berbentuk Binari ialah: “ Can Mali Can”

Bahagian A : Dimana dia anak kambing saya,

Anak kambing saya da di tepi sawah, Dimana dia adik comel saya,

Adik comel saya yang pakai baju merah,

Bahagian B: Can mali can, can mali can,

A B A B A B

(15)

Can mali can ketipung paying, Can mali can, can mali can, Can mali can ketipung payung,

6.2 Bentuk Teneri (ABA)

 Teneri membawa maksud tiga, ini bermakna lagu-lagu yang berbentuk Teneri atau ABA mempunyai bentuk yang utama dimana bahagian pertama dilebelkan sebagai A, bahagian yang kedua dilebelkan sebagai B , manakala yang ketiga dilebelkan sebagai A kerana bahagian ini adalah ulangan daripada bahagian yang pertama.

 Bahagian B dicipta bagi memberi sedikit kelainan atau variasi dari sedi corak irama dan melodi lagu tersebut. Bahagian ini dikenali sebagai “bridge”

 Antara lagu yang menggunakan bentuk Teneri ABA ini ialah lagu kanak-kanak

“Lagu Jong Jong Inai”

Bahagian A :Jong jong inai mak ipong waja wali, Bahagian B : Jong jong inai mak ipong waja wali

Sepak tunggul inai berdarah ibu kaki Semangkuk jerluk sepinggan dagang Tak cukup pulut tambah nasi dagang

Bahagian A: Jong jong inai Mak ipong waja wali

KONSEP 7: EKSPRESI

 Ekspresi adalah berkaitan dengan pernyataan perasaan dan fikiran yang ditonjolkan oleh sesebuah lagu atau karya muzik. Ia merupakan cirri muzikal yang mempengaruhi sesuatu persembahan vocal atau instrumental. Gabungan aplikasi ciri muzikal boleh menghasilakan interpretasi tersendiri. Pernyataan perasaan dan fikiran ini dapat disampaikan melalui mud dan dinamik apabila muzik diperdengarkan.

(16)

Mud membentuk sifat atau suasana sesebuah karya muzik. Ia selalu dilahirkan dalam bentuk perasaan ketika karya muzik dipersembahkan samada riang, bersemangat, sedih dan sebagainya.

7.2 Dinamik

Dinamik adalah berkaitan dengan sifat kuat atau lembut bunyi muzik yang dihasilkan. Dalam skor Iagu, dinamik dinyatakan dalam bentuk tanda isyarat dan istilah seperti beransur lembut ( > ) dan beransur kuat ( < ).

Referensi

Dokumen terkait