• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tugasan 1 - EDU3083

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Tugasan 1 - EDU3083"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 TUGASAN 1 : ULASAN KRITIS

Menurut Kamus Dewan (2005), ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. Suatu profesion ialah suatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan. (Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010,m.s: 2-3). Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki satu lagi era baharu. Peranan guru pada masa dahulu hanya tertumpu sebagai penyampai ilmu. Berbanding sistem pemudah pendidikan kini, guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah cara pengetahuan yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahirkan dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Selaras dengan perubahan peranan pendidik, guru harus lebih inovatif, kreatif dan efektif dalam penyampaiannya serta sentiasa memikirkan pendekatan baharu untuk mengadaptasikan amalan mereka dengan kehendak pelajar sebagai “ knowledge worker” dalam era revolusi maklumat abad ke-21.

Berhadapan dengan globalisasi menuntut kita untuk sentiasa peka dengan perkembangan yang berlaku seperti aspek ekonomi dan teknologi. Memasuki abad ke-21 memberi tekanan kepada kita untuk memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan dan memerlukan sahsiah yang tinggi agar dapat berdaya saing dengan negara maju yang lain. Tahap ekonomi negara yang semakin mencabar sejak kebelakangan ini, memerlukan satu anjakan yang dapat membantu dan menyokong agar ekonomi negara sentiasa berada dalam keadaan stabil dan terus maju seiring dengan ekonomi negara membangun yang lain. Suhaidah (2011), berpendapat terdapat beberapa keperluan bagi memenuhi trend persekitaran semasa jika negara ingin seiring untuk bersaing dengan ekonomi sedunia. Tenaga kerja khususnya generasi muda perlu melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran asas dan profesional untuk menghadapi perubahan ke arah ekonomi yang berpaksikan pengetahuan k-ekonomi. Tambahan pula, ledakan inovasi, tuntutan tempat kerja, jangkaan majikan dan kemajuan globalisasi sememangnya menuntut tenaga manusia memiliki kemahiran dan tidak kekok dengan penggunaan teknologi semasa serta memerlukan kemahiran insaniah yang tinggi.

Selain daripada ekonomi yang semakin mencabar dan teknologi mengalami perubahan yang pesat, sistem pendidikan negara juga memerlukan anjakan paradigma agar tidak ketinggalan di belakang. Mastura (2011), sistem pendidikan pada abad ke-21 perlu

(2)

menyediakan pelajar yang bukan sahaja tinggi pengetahuan dalam akademik malah, pelbagai kemahiran dalam aspek lain perlu diterapkan seperti aspek pemikiran inventif, komunikasi berkesan, rohani, literasi era digital dan, kreatif serta inovatif. Kemahiran-kemahiran ini mampu untuk membantu pelajar bagi menangani cabaran-cabaran yang mendatang selain daripada menjadi nilai kemahiran kebolehan pasaran kerja. Oleh itu, guru-guru perlu membantu pelajar di sekolah untuk membentuk generasi yang kreatif dan inovatif dalam aspek kepimpinan bagi menghadapi cabaran abad ke-21.

Berdasarkan petikan akhbar yang diberikan guru-guru menghadapi pelbagai cabaran dalam memperkasa profesionalisme keguruan era k-ekonomi. Antaranya cabaran ialah guru perlu melahirkan golongan pelajar yang berpengetahuan, kemahiran, berketerampilan, mengamalkan nilai dan sikap positif serta dinamik dan dapat menyumbang kepada kemajuan k-ekonomi. Guru ialah seorang yang mengajar ilmu pengetahuan yang memberi manfaat, mendidik murid, membentuk budi pekerti dan peribadi agar murid berakhlak mulia, menunjukkan jalan yang benar yang diredhai oleh Allah. Guru menjadi contoh yang berkesan, ikutan yang berpengaruh, membimbing murid-muridnya agar dapat membuat penilaian yang betul mengenai bnuruk dan baik, batil dan haq. Inilah sebabnya guru di dalam Islam bukan hanya menjadi pengajar tetapi pendidik, contoh dan ikutan. Demikian secara ringkas pandangan Islam mengenai guru dan peranannya. ( Peranan Guru dalam Pendidikan menurut perspektif Islam: 23 September 2002: M.s: 2 )

Seseorang guru mempunyai peranan yang diharapkan oleh masyarakat dan dalam memainkan peranan ini, guru mempunyai tanggungjawab. Guru diharapkan bukan sahaja setakat mengajar atau memberikan ilmu pengetahuan tetapi juga mendidik, iaitu membentuk sikap, nilai dan akhlak manusia: memberikan contoh yang boleh menjadi ikutan segala lapisan masyarakat: membawa pandangan-pandangan baharu yang boleh membawa kepada perubahan dan kemajuan atau dengan lain perkataan menjadi agen perubahan. Guru menerapkan nilai-nilai murni/moral/akhlak – nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara.

Oleh sebab pentingnya tugas guru dan besarnya harapan rakyat mereka, maka amatlah perlu penyediaan guru dilakukan dengan teratur dan bersistematik. Ada orang mengatakan bahawa sifat guru itu dilahirkan, bukannya dipelajari. Pendapat ini mengutarakan seolah-olah sifat-sifat guru itu sedia ada semenjak seseorang yang menjadi guru itu dilahirkan dan bukan dipelajari dengan cara-cara yang tertentu. Pendapat ini ada benar dan ada salahnya. Sifat-sifat sahsiah yang sesuai atau sebaliknya untuk menjadi guru

(3)

yang baik mungkin telah diwarisi tetapi seseorang guru yang berkesan, disamping mempunyai sahsiah yang sesuai sebagai seorang guru, perlu juga mempunyai sikap yang sesuai, mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam tentang bidang ilmu pengetahuan yang hendak diajarkannya dan mempunyai pengetahuan tentang murid-murid yang hendak dibimbingnya di dalam pelajaran. ( Atan Long : 1980: M.s: 1-2 )

Kesimpulannya, terbukti guru sebegini menampilkan kualiti-kualiti seperti hormat, menyayangi, empati dan adil dalam hubungannya dengan pelajar, ibu bapa dan rakan sekerja. Mereka lebih demokratik, mudah berhubung dengan pelajar, lebih terbuka dan mudah menyesuaikan diri terhadap perubahan. Guru yang membentuk pelajar, memperkukuh kekuatan pelajar dan mengenal pasti masalah pelajar. Guru sentiasa berpandangan positif dalam segala cabaran yang dihadapi dan ikhlas dalam membina modal insan yang berpersonaliti terunggul.

Selain itu, guru perlu membentuk generasi pelajar yang kreatif dan inovatif untuk menghadapi kemajuan dan cabaran k-ekonomi. Bagi membentukkan pelajar yang kreatif dan inovatif guru perlu memiliki ciri-ciri tersebut. Guru yang inovasi dan kreatif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sesuai dengan misi dan visi sekolah serta mampu memenuhi matlamat pendidikan negara ke arah meningkatkan kualiti pendidikan seiring dengan cabaran dunia globalisasi. Cabaran global kini memerlukan guru mempunyai keunggulan hasil inovasi dalam pedagogi yang ditentukan oleh cara kurikulum yang dilaksanakan dan disesuaikan dengan konteks budaya yang diwakili oleh setiap murid yang berlainan bangsa.

Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim menegaskan bahawa untuk melonjak transformasi pendidikan, kerajaan perlu melakukan perubahan terhadap guru terlebih dahulu. Dalam mencapai taraf negara maju pada abad ke 21, Malaysia memerlukan warganegara yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sains dan Matematik. Antara peranan guru dalam melonjak transformasi pendidikan negara ini adalah dengan mempersiapkan diri untuk membangunkan kemahiran dalam menjadi seorang yang kreatif dan berinovasi. Guru sebagai sumber manusia dalam bidang pendidikan yang bertanggungjawab membina kreativiti dan inovasi dalam setiap program pendidikan secara terancang dan sistematik. Sehubungan dengan itu, latihan perguruan yang dipraktikkan di institusi pengajian tinggi mesti menyediakan tenaga guru yang dapat menonjolkan peranan mereka dengan lebih efisien dan berdaya saing dalam menempuh dunia moden di samping melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran insaniah yang diperlukan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

(4)

Dalam melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran, guru harus dilengkapi oleh pakej latihan yang dianjurkan oleh Jabatan pelajaran Negeri atau Jabatan Pelajaran Daerah. Melalui pakej latihan yang dianjurkan ini, guru dapat dilatih untuk mengkaji semula, mengenal pasti dan menyelesaikan masalah dalam proses pembelajaran di kelas secara kritis dan kreatif. Pakej latihan dicadangkan menyediakan idea dan aktiviti yang berguna untuk menyokong peningkatan kualiti pembelajaran melalui sumbangan idea daripada guru yang berpengalaman, guru yang berprestasi cemerlang dan guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu. Selain menyertai pakej latihan, guru yang berinovasi juga perlu menghadiri bengkel mengenai e-pembelajaran yang dianjurkan oleh badan kerajaan mahupun swasta. Melalui bengkel ini juga, guru akan didedahkan kepada persepsi umum yang berkaitan dengan kualiti dalam e-pembelajaran. Selain membangunkan dan mempersiapkan diri menjadi guru yang kreatif dan berinovasi, guru berperanan menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat dimanfaatkan dalam bilik darjah. Dengan ini jelaslah bahawa guru dapat membantu pelajar di sekolah untuk membentuk generasi yang kreatif dan inovatif dalam aspek kepimpinan bagi menghadapi cabaran abad ke-21.

Cabaran ketiga dalam merealisasikan masyarakat k-ekonomi adalah kemampuan untuk menyediakan golongan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan revolusi maklumat atau ICT. Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada era digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat.

Kemahiran berfikir aras tinggi melebihi pengimbasan kembali fakta atau informasi. Kemahiran berfikir melibatkan interaksi berfikir mengikut strategi kognitif, meta kognitif dan pengetahuan semasa menghuraikan masalah (Young 1997). Menurut OECD (2006), salah satu pendekatan yang dicadangkan ialah sekolah-sekolah memberikan wadah agar kemahiran abad ke-21 diasah supaya murid-murid lebih bersedia untuk menghadapi cabaran ekonomi pengetahuan. Kemahiran ini berkaitan dengan pengurusan pengetahuan seperti pemilihan, penyesuaian, analisis dan perkongsian dalam alam web. Kemahiran ini disokong oleh teknologi maklumat dan komunikasi.

Pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) adalah satu pendekatan P&P yang boleh memupuk kemahiran tersebut. Topik-topik tertentu dalam mata pelajaran Sejarah dan Sains contohnya boleh diberi sebagai tugasan projek di mana pelajar perlu mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber. Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan komunikasi interaktif. Pelajar berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek bersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat media sosial seperti e-mel, Facebook atau blog.

(5)

Perubahan diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang yang banyak dipengaruhi oleh dunia yang dicorakkan oleh pembangunan teknologi. Pemikiran ini merujuk pada pandangan bahawa pembelajaran patut memanfaatkan teknologi untuk pedagogi terkini yang lebih prihatin kepada ciri-ciri pelajar sekarang. Penekanan perubahan pendidikan yang dimaksudkan mengaitkan kemahiran abad ke 21 dengan peranan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Sehubungan dengan proses pembestarian sekolah yang dibuat oleh KPM memerlukan pelajar berkemahiran dalam bidang ICT. Kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan pelajar yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kada kendiri (self-placed).

Sumber terbaik bagi membina kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar, connectivity (penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin carian seperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube. Jelas sekali bahawa pembangunan abad ke-21 dalam kalangan pelajar memerlukan perubahan pada pendekatan pendidikan. Perubahan ini boleh berlaku di peringkat sekolah atau bilik darjah. Walau bagaimanapun, perubahan di peringkat sekolah atau bilik darjah memerlukan kesedaran dan kemahiran di kalangan guru dan pentadbir. Program pengurusan perubahan dan kajian semula program latihan guru adalah perkara-perkara asas yang perlu disediakan ke arah pendidikan, persekolahan dan kemahiran abad ke-21.

Teknologi dan perkomputeran – para pendidik seharusnya mengorak langkah dan menggembleng peluang untuk melengkapkan diri berketerampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan harian. Perkembangan dunia aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadi indikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patiotis dan memelihara perpaduan rakyat sebagai bangsa Malaysia, dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21. Kesimpulannya, jelaslah bahawa guru perlu memainkan peranan penting untuk membantu pelajar di sekolah untuk membentuk generasi yang kreatif dan inovatif dalam aspek kepimpinan bagi menghadapi cabara abad ke-21.

(6)

Cabaran seterusnya adalah menyediakan generasi pelajar yang berkemampuan dan berdaya saing untuk menghadapi persaingan globalisasi. Pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Negara juga menghadapi cabaran untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi. Oleh itu, KPM menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia. KPM juga meneliti semula program dan projek yang dirancang bagi penyegaran, pembaharuan, pengukuhan, penyusunan semula dan penggubalan baru. Semua ini adalah hasil perancangan yang terkandung dalam dokumen Pembangunan Pendidikan (2001-2010) KPM.

Ohmae (1995) menyatakan bahawa perkembangan dalam teknologi maklumat dan arus globalisasi telah menyebabkan berlakunya kecairan sempadan nasional yang telah melahirkan paradigma baru kepada semua organisasi, termasuk institusi pendidikan. Seperti mana-mana negara di seluruh dunia, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran tersebut sebagai kesan daripada arus globalisasi. Hallinger (1998) menegaskan globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan. Ini disebabkan kebimbangan akan kehilangan daya saing dalam persekitaran dunia global sekiranya penyemakan dan perubahan terhadap kurikulum tidak dilakukan. Dalam konteks ini, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami transformasi yang agak radikal bermula sekitar tahun 1990-an sebagai reaksi kepada perubahan di peringkat global tersebut.

Beberapa perubahan kurikulum terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan seperti Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia. Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran.Seterusnya, Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru.

(7)

Di samping perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat, kurikulum di Malaysia juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah supaya kurikulum tersebut adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka melepasi alam persekolahan. Trend yang agak ketara dikenal pasti dalam perkembangan kurikulum di Malaysia adalah ke arah melahirkan warganegara global, selaras dengan perkembangan jaringan informasi dalam era globalisasi kini. Ini seiring dengan pendapat Hallinger (1998) bahawa langkah yang proaktif diperlukan supaya sekolah berupaya melahirkan pelajar yang mempunyai ciri tertentu bagi persediaan menghadapi persaingan global iaitu dari segi mempunyai budaya pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antara bangsa, menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan seharian, bersedia dari segi kognitif untuk tugasan yang kompleks dan mencabar, menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru dan menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi sosial, politik dan budaya.

Seiring dengan perubahan pada persekitaran global juga, kurikulum di Malaysia telah melalui satu era transformasi dari segi penggunaan bahasa Inggeris dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran sains dan matematik di sekolah rendah dan di sekolah menengah. Ini bertujuan untuk memberikan persediaan kepada pelajar bagi menghadapi persekitaran global terutama berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi di mana bahasa Inggeris adalah begitu penting dikuasai bagi mengakses ilmu dan maklumat dalam bidang tersebut. Naisbitt (1982) pula menegaskan dalam abad ke-21, salah satu aliran mega di peringkat global ialah kepakaran pendidikan secara global (global educational expertise) selain daripada hubungan dalam bentuk rangkaian (networking). Bagi Rohaty Majzub (2000), ini dianggap sebagai sifat antarabangsa (international character) yang perlu ada pada guru kerana ini adalah avenue baru yang perlu diteroka dan diperkembangkan.

Pelaksanaan pengajaran dalam bahasa Inggeris adalah selari dengan arus globalisasi. Guru-guru perlu menyahut cabaran ini kerana generasi yang hidup pada abad ke-21 ini perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi hingga ke peringkat antarabangsa. Selain itu, kebanyakan sumber maklumat adalah berasaskan kepada bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris. Wan Liz Ozman, (2000); Hasan Langgulung, (1997); dan Ghazali Basri, (1984) melihat guru adalah sebagai penyampai ilmu (mua’lim), pendidik (murabbi), pembentuk adab (mu’addib), pembentuk ciri kepimpinan (mursyid) dan pemberi kemahiran (mudarris). Oleh yang demikian kriteria guru adalah dilihat dari segi pengetahuannya, kemahirannya serta nilai dan keperibadiannya. Bahasa antara bangsa yang lain seperti bahasa Arab, Perancis, Jepun, Jerman dan lain-lain turut diperkenalkan juga di sekolah yang

(8)

bertujuan menyediakan pelajar untuk menghadapi dunia global dan menjadi global player secara lebih berkesan.

Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario yang mencabar dalam pendidikan alaf baru di Malaysia kerana ia memberikan sumbangan yang besar kepada pencapaian Pendidikan Bertaraf Dunia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial, serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan mengabungkan serta memberikan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Serta pengurusan sekolah yang efektif.

“DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat”.

Mukadimah Akta Pendidikan 1996

ICT dilihat berpotensi baik sebagai penguat dan pemangkin dalam mencapai proses pengajaran dan pembelajaran yang unggul (Davitt, 2005). ICT dianggap berperanan sebagai alat untuk mengajar dan belajar, sambungan serta media pertukaran. Justeru itu, peluang yang ada perlu diraih melalui penggabungan pengetahuan dan pembelajaran dengan kekuatan alat teknologi pendidikan, dan menggunakan sinergi ini bagi menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

Cabaran profesionalisme keguruan dalam era k-ekonomi memerlukan guru memainkan peranan yang lebih progresif bagi menentukan pembentukan masyarakat yang berpengetahuan. Pelajar abad ke-21 perlu sentiasa menjana idea mereka selaras dengan perkembangan zaman yang ada. Contohnya, pelajar di negara Jepun sentiasa menjana idea baru selaras dengan tahap pendidikan dalam negara mereka. Tahap pendidikan dan pelajar mereka adalah jauh mendahului kita. Oleh itu, untuk bersaing dengan negara-negara maju yang lain pelajar guru haruslah sentiasa menjana idea mereka. Tambahan pula, berkemahiran kritis juga sangat perlu kepada seorang pelajar. Seorang pelajar tidak harus menerima sahaja sesuatu perkara tanpa menilainya terlebih dahulu. Era teknologi ini, maklumat sangat mudah diperoleh tetapi tidak semua maklumat adalah benar. Oleh itu, berkemahiran berfikir dengan kritis adalah penting supaya pelajar dapat menapis dan menilai kebenaran sesuatu perkara yang diperoleh. Bagi memupuk ciri menjana idea dan meningkatkan kemahiran kritis murid-murid guru-guru perlu meneroka kepada pendekatan pengajaran terkini dan sesuai dengan tahap kognitif, kepelbagaian pelajar, kesesuaian tajuk

(9)

yang diajar dan sebagainya. Antara pendekatan terkini yang boleh digunakan ialah pendekatan masteri, kontekstual, konstruktif, koperatif, kolaboratif, penyebatian kemahiran, penggabungjalinan pelbagai displin ilmu dan pembelajaran berasaskan masalah. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif – pelajar-pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.

Pelajar abad ke-21 perlulah bijak dalam menyoal. Kita sudah sedia maklum bahawa pelajar abad ke-21 terdedah kepada keterbukaan teknologi. Oleh itu, pelajar akan lebih bijak untuk menyoal kepada guru. Pelajar abad ke-21 juga yakin berkomunikasi ini boleh terbentuk hasil daripada usaha guru. Pelajar akan sentiasa aktif dan yakin berkomunikasi jika guru sentiasa memberi kepada mereka untuk bercakap. Manakala guru yang tidak memberi peluang untuk pelajar bercakap akan membuat pelajar mereka pasif. Oleh itu, pelajar abad ke-21 perlulah diberi peluang oleh guru untuk lebih berkomunikasi di dalam kelas. Di dalam kelas kepelbagaian pelajar, kaedah mengajar berpusat pelajar seharusnya diberi penekanan oleh guru untuk membentuk pelajar abad ke-21 yang bijak menyoal dan yakin berkomunikasi. Antaranya ialah kaedah perbincangan, main peranan, penyelesaian masalah, pembelajaran atas talian, inkuiri, sumbang saran dan sebagainya.

Selain itu, pelajar abad ke-21 sentiasa mencari ilmu. Sebelum ini, semua isi pelajaran diberi oleh guru sepenuhnya tetapi pada masa kini pelajar perlu sentiasa meneroka ilmu mereka sendiri. Persaingan bagi setiap orang pelajar pada abad ke-21 adalah tinggi dan mereka perlu bijak dalam mencari ilmu baru. Guru boleh menggunakan pelbagai teknik pengajaran untuk mengajar pelajar abad ke-21 yang dahaga ilmu. Teknik pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbang saran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Guru yang baik yang dapat membantu pelajar untuk membentuk generasi yang kreatif dan inovatif dalam aspek kepimpinan bagi menghadapi cabaran abad ke-21 ialah seorang guru yang bukan sahaja mempunyai kepelbagaian kemahiran mengajar, tetapi juga mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap setiap anak pelajar yang di dalam kelas yang diajarnya. Pengetahuan berkaitan ciri pelajar adalah amat diperlukan untuk membantu guru memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai

(10)

dengan setiap ciri pelajarnya. Pengetahuan guru tentang ciri pelajarnya boleh menjadikan pengajaran guru menyeronokkan dan meninggalkan kesan positif dalam diri pelajar berkenaan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, pengetahuan guru tentang pelajar-pelajarnya dilihat dari aspek maklumat umum tentang pelajar berkenaan, pengetahuan tentang tahap kognitif pelajar dan pengetahuan tentang sikap pelajar. Dengan ini, jelaslah bahawa guru-guru perlu memainkan peranan yang penting dalam membantu pelajar di sekolah untuk membentuk generasi yang kreatif dan inovatif dalam aspek kepimpinan bagi menghadapi cabaran abad ke-21.

Kesimpulan

Abad ke-21 begitu sinonim dengan era digital bertunjangkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menyebabkan kemahiran tersebut menjadi semakin penting kini. Kepentingan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi ini selaras dengan keperluan kemahiran abad ke-21 yang sememangnya penting untuk diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Profesionalisme guru perlu dipertingkatkan memandangkan mereka adalah tunjang kepada pelopor kemahiran abad ke-21 dalam melahirkan modal insan kreatif dan inovatif. Tanpa kesediaan yang tinggi di dalam diri guru, segala reformasi pendidikan yang dijalankan bagi melahirkan generasi muda sejajar dengan perkembangan dunia akan menemui jalan kegagalan.

Disebabkan perubahan ini, warga pendidik mempunyai cabaran yang lebih besar dalam menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran berteraskan teknologi seiring dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi zaman kini. Dengan peningkatan penggunaan ICT di kalangan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka adalah merupakan sesuatu yang perlu bagi meningkatkan dan memajukan lagi tahap penggunaan ICT terhadap guru seiring dengan keperluan kemahiran abad ke-21 yang perlu diterapkan di kalangan guru dan pelajar.

2.0 BIBLIOGRAFI

(11)

Farisha (2012). Pembelajaran Abad Ke-21. http://www.slideshare.net/farisha85/pembelajaran- abad-ke21. Dilayari pada 30 Jun 2016. Kaori Okano & Motonori Tsuchiya. 2007. Pendidikan Moden Jepun: Ketaksamaan dan

Kepelbagaian. Terj. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Lima, M., Koehler, M., & Spiro, R. 2004. Collaborative Interactivity and Integrated Thinking in

Brazilian Business Schools Using Cognitive Flexibility Hypertexts: The Panteon Project. Jurnoul Educational Computing Research, 31(4), 371-406.

Masyuniza Yunos (2015). Hubungan Sikap Dan Persepsi Murid Terhadap Pembelajaran

Bahasa Melayu Dengan Kemahiran Abad Ke-21.

http://journalarticle.ukm.my/9858/1/94-186-1-SM.pdf. Dilayari pada 30 Jun 2016. Mohd Salleh Lebar. 1993. Bimbingan & Kaunseling: Tugas Guru dan Kemahiran Asas.

Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Mohd. Sharani Ahmad & Zainal Madon. 2004. Tip Pandai Belajar: Panduan Teknik-Teknik Berkesan Semasa Belajar dan Mengajar. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, & Wong Kiet Wah, (2010). Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru. Shah Alam : Oxford Fajar.

Ramlee Mustapha & Ramziah Husin (2002), Jurnal teknologi : Perancangan pendidikan untuk pembangunan sumber manusia dalam era globalisasi dan k-ekonomi, Universiti Teknologi Malaysia

Rosie Turner-Bisset. 2007. Pengajaran Pakar. Terj. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Suara Marhaenis (2012). Profesion Perguruan Dan Cabaran-Cabaran. cabaran.html. Dilayari pada 1 Julai 2016.

Sufean Hussin (2004) Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Surambi (2011). Profesionalisme Perguruan.

https://surambi.wordpress.com/2011/04/27/profesionalisme-perguruan/. Dilayari pada 30 Jun 2016.

Wood, J.W. 2002. Adapting instruction to accommodate students in inclusive setting: Including all students. New York: Pearson Education Inc.

Widad Othman & Faridah Mariani Johari (2007) Curriculum Planning in Technical and Vocational Education, Kuala Lumpur, Open University Malaysia.

Zamri Mahamod. 2011. Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

(12)

Referensi

Dokumen terkait

Dalam konteks pembelajaran abad ke 21, kolaboratif menekankan aspek kerjasama yang berlaku antara guru dengan pelajar secara aktif bagi membolehkan pertukaran idea dan maklumat

Negara kita menghadapi cabaran dalam aspek politik keselamatan dan pertahanan dan diselesaikan dengan (AMDA iaitu perjanjian antara Malaysia dengan Britain yang ditamatkan pada

Kesedaran gaya kognitif perlu untuk membantu siswa guru, menggunakan strategi pembelajaran kendiri dengan lebih baik agar selari dengan generasi abad ke-21 yang

Selaku contoh, pada proses pembelajaran universitas, kemampuan di abad ke-21 bisa diaplikasikan pada seluruh aspek pendidikan serta aspek studi, dan pula bisa

Selama kurun waktu 5 (lima) tahun kedepan, Pemerintah Kecamatan Banjaran Kabupaten Bandung dituntut lebih responsif, kreatif dan inovatif dalam menghadapi

Pengetahuan metakognitif menjadi penting dalam mempersiapkan peserta didik untuk menghadapi abad ke-21 karena pengetahuan ini berkaitan dengan bagaimana cara peserta didik

Implementasinya pada pendidikan abad 21 di antaranya 1 mengetahui bahwa, dapat membantu pebelajar memperoleh landasan pengetahuan yang relevan untuk menghadapi tantangan masa depan; 2

Dengan membantu generasi muda mengembangkan karakter yang kuat dan bijaksana dalam menggunakan teknologi, kita dapat membentuk individu yang tangguh dan siap menghadapi tantangan masa