• Tidak ada hasil yang ditemukan

Emas. Bauksit. Bijih besi. Ilmanit. Perkembangan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Emas. Bauksit. Bijih besi. Ilmanit. Perkembangan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Langkah-Langkah Bagi Menstabilkan Harga Getah Rancangan Stevenson

(1922-1928)

Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa (1934)

 Tujuan : Mengurangkan pengeluaran dan meningkatkan harga getah.

 Anggota : Tanah Melayu dan Sri Lanka.

 Kesan : Gagal kerana Belanda di Indonesia tidak menyertai dan teruskan pengeluaran.

 Tujuan : Mengurangkan pengeluaran dan menstabilkan harga getah.

 Anggota : Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Sri Lanka, India, Myanmar, Indonesia dan Thailand.

 Strategi : Mengurangkan pengeluaran mengikut kuota yang telah disediakan.  Kesan : Berjaya meningkatkan harga getah

Galian Huraian

 Emas

 Emas dilombong secara komersil di Raub, Pahang.  Raub merupakan kawasan perlombongan emas yang

terbesar di Tanah Melayu.

 Arang batu  Arang batu dilombong di Batu Arang, Selangor.

 Bauksit

 Bauksit merupakan sejenis logam yang digunakan untuk membuat aluminium.

 Galian ini dilombong di Bukit Pasir dan Teluk Ramunia di Johor serta Teluk Emas, Melaka.

 Bijih besi

 Bijih besi dilombong di Bukit Besi, Terengganu, dan Rompin, Pahang.

 Lombong bijih besi dibuka di Kedah, Perak dan Johor.

 Ilmanit

 Merupakan galian yang dikeluarkan sebagai hasil sampingan perlombongan bijih timah.

 Ilmanit dihasilkan di Batang Padang, Perak. Kemelesetan ekonomi dunia menjejaskan perusaan getah

 Pada tahun 1920-an dan 1930-an, telah berlaku kemelesetan ekonomi dunia.  Harga getah telah jatuh.

 Kerajaan British mengambil langkah untuk menyelamatkan perusahaan getah.

 Selepas Perang Dunia Kedua, pengeluaran getah asli negara mendapat cabaran apabila Amerika Syarikat memperkenalkan getah tiruan.  Namun begitu, mutu getah asli negara kita yang tinggi dapat menandingi

mutu getah tiruan.

6.4 Perkembangan Perusahaan Perlombongan

Perkembangan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu

ORANG MELAYU  Orang Melayu usahakan secara tradisional.

 Mereka menggunakan cara mendulang dan melampan.

MENDULANG MELAMPAN

 Biasanya dilakukan oleh orang perempuan. Mereka berdiri di dalam anak sungai dengan memegang sejuenis dulang yang diperbuat daripada kayu jelutung.

 Mereka mencedok pasir yang mengandungi bijih timah dan membasuhnya dengan air yang mengalir sehingga bijih timah sahaja tertinggal dalam dulang.

 Pekerja akan meamasukkan longgokan tanah yang mengandungi bijih timah ke dalam air semual jadi atau palung yang diperbuat daripada kayu.

 Penyodok kayu digunakan untuk menolak dan mengacau longgokan tanah mengikut aliran air.

 Tanah akan hanyut dan meninggalkan bijih timah yang lebih berat.

ORANG CINA

 Orang Cina mula dibawa masuk bekerja di lombong bijih timah yang dimiliki oleh pembesar Melayu di daerah Lukut, Sungai Ujong, Larut dan Klang.

 Orang Cina kemudiannya dibenarkan membuka lobong bijih timah dengan memajak daripada pembesar Melayu.

 Penglibatan orang Cina menyebabkan kegiatan perlombongan menjadi rancak.  Lombong-lombong bijih timah yang baru telah dibuka di Ampang, Kuala Lumpur

dan Lembah Kinta, Perak.

 Orang Cina memperkenalkan kaedah pam kelikir dan palung.

 Sehingga akhir kurun ke –19, orang Cina menguasai kegiatan perlombongan ini.

PAM KELIKIR PALUNG

 Pam digunakan untuk memancutkan air yang kuat bagi memecah tanah yang mengandungi bijih timah.  Lumpur dipam naik ke palung untuk

mendapatkan bijih timah.

 Palung yang dibina mempunyai sekatan-sekatan kayu.

 Apabila lumpur dialirkan, bijih timah akan tersangkut pada sekatan-sekatan tersebut.

ORANG INGGERIS

 Syarikat-syarikat Eropah mula menguasai perlombongan biijh dengan memperkenalkan kaedah kapal korek.

(2)

9

Kapal Korek

 Pada awal abad ke-20, syarikat-syarikat Eropah memperkenalkan kaedah kapal korek.

 Melalui kaedah ini, orang Eropah telah menguasai perusahaan bijih timah pada tahun 1930-an.  Kapal korek yang pertama digunakan oleh Syarikat

Malayan Dredging di Batu Gajah, Perak (1912)

Faktor Perkembangan Perlombongan Bijih

Timah

Revolusi Perindustrian  Revolusi Perindustrian yang

berlaku di Eropah menyebabkan permintaan terhadap bijih timah meningkat.

 Bijih timah digunakan dalam perusahaan mengetin makanan.

• Pada akhir kurun ke-19, Tanah Melayu menjadi pengeluar bijih timah terbesar di dunia. Tenaga buruh

 Tenaga buruh untuk mengusahakan bijih timah dibawa dari negara Cina Sistem Perhubungan

 Landasan kereta api dan jalan raya dibina untuk memudahkan bijih timah dieksport.

Modal

 Syarikat-syarikat Eropah melabur dala perlombongan bijih timah.

 Contohnya Syarikat Malayan Dredging.

Kemelesetan Ekonomi Dunia (1930-an) • Harga bijih timah jatuh ketika kemelesetan ekonomi ini.

• Bagi memulihkan semuala harga bijih timah, Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa ditandatangani.

Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa (1931) • Negara Anggota : Tanah Melayu, Bolivia, Nigeria dan Indonesia.

• Semua negera bersetuju mengurangkan pengeluaran bijih timah.

• Hasilnya Majlis Bijh Timah Antarabangsa ditubuhkan pada tahun1934 untuk menyelaraskan pengeluaran bijih timah. • Perjanjian ini dapat menstabilkan semula harga bijh timah.

10

6.5 Pengeluaran Hasil Hutan

• Hasil hutan dikeluarkan secara tradisional melalui kegiatan meramu (kegiatan mencari hasil hutan untuk pelbagai kegunaan)

• Semasa British kegiatan ini diusahakan secara komersial.

• British mengeksport hasil hutan ke China, Amerika Syarikat dan Eropah. Damar

• Damar diperolehi daripada getah pelbagai pokok hutan • Damar digunakan untuk menutup rengganggan pada papan

perahu.

• Damar banyak dieksport untuk menjadikannya varnish. (mengilap rotan dan papan)

Getah perca • Getah perca diperolehi daripada pokok perca.

• Batang pokok ditetak dan susunya dijadikan bebola atau jongkong. • Gatah digunakan untuk membuat;

i. alatan bedah

ii. bahan penebat kabel telegraf dasar laut iii. bola golf

Getah jelutung

• Getah jelutung duikumpul dengan menggunakan tabung buluh. • Kegunaan getah jelutung adalah;

ii. ramuan getah pengunyah. iii. pelekat dalam industri gigi

palsu.

Rotan

• Rotan dikeluarkan untuk kegunaan negeri dan dieksport ke China. • Kegunaannya adalah;

i. bakul ii. tangkai payung iii. tikar iv. perabot v. tongkat Pembalakan

• Gajah digunakan untk menarik keluar kayu balak dari hutan.

• Hasil balak dieksport ke China dan Britain. • Jenis kayu balak yang diusahakan adalah; i. cengal ii. meranti iii. keruing • Kayu balak digunakan untuk membuat

perabot, perahu dan sebagainya.

• British memperkenalkan pelesenan kilang papan untuk mengawal kegiatan

(3)

Dasar Ekonomi British

• British memberi tumpuan kepada kegiatan ekonomi dagangan. • Kegiatan perlombongan, perladangan dan perdagangan telah dimajukan. • British memberi tumpuan kepada pantai Barat Semenanjung.

• British telah mengabaikan kegiatan ekonomi tradisional seperti penanaman padi, menangkap ikan yang diusahakn oleh orang Melayu.

• Dasar ini melahirkan dwiekonomi.

Dwiekonomi Ekonomi Tradisional 1. _____________________________ _____________________________. 2. _____________________________ _____________________________ _____________________________. 3. _____________________________ _____________________________. 4. _____________________________ _____________________________. 5. _____________________________ _____________________________. 6. _____________________________ _____________________________. Ekonomi Dagangan 1. _______________________________ _______________________________. 2. _______________________________ _______________________________ _______________________________. 3. _______________________________ ______________________________. 4. _______________________________ _______________________________. 5. _______________________________ _______________________________. 6. _______________________________ _______________________________.

Pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi dan tempat tinggal

Kaum Tempat tinggal Kegiatan ekonomi

Melayu Cina India

6.6 Perkembangan Ekonomi Membawa Perubahan

6.6.1 Penggunaan Buruh Luar

Sistem Kangani

• Kangani merupakan penyelia di ladang getah.

• Mereka dihantar ke India untuk mencari tenaga buruh.

• Kangani akan menguruskan tambang dan perjalanan buruh-buruh.

• Kangani akan dibayar komisen berdasarkan jumlah buruh yang dibawa masuk.

• Buruh-buruh ini diletakkan di bawah jagaan Kangani yang membawa mereka masuk dan dibayar gaji tetap.

• Mereka dikehendaki bekerja sehingga hutang tambang mereka ini selesai.

Sistem Kontrak • Orang Cina dibawa masuk oleh

pihak majikan.

• Tambang perjalanan mereka dibayar oleh majikan. • Makanan, pakaian dan tempat

tinggal disediakan.

• Mereka dikehendaki bekerja dengan majikan sehingga hutang tambang mereka selesai. • Setelah tamat kontrak, mereka

bebas untuk bekerja dengan majikan lain.

• British membawa masuk imigran Cina dan India untuk memastikan bekalan buruh cukup.

• Buruh Cina dibawa untuk mengusahakan lombong bijih timah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Mereka dibawa masuk melalui sistem Kontrak dan ada yang masuk secara persendirian.

• Orang India dibawa untuk mengusahakan ladang-ladang getah, membina jalan kereta api, jalan raya dan menjadi buruh di bandar dan pelabuhan. Mereka dibawa masuk melalui Sistem Kangani.

Kesan kemasukan buruh

• Kemasukan buruh asing membentuk masyarakat berbilang kaum.

• Mereka terdiri daripada pelbagai keturunan mengamalkan cara hidup, bahasa dan agama yang berbeza.

(4)

14

6.6.2 Perkembangan sistem pengangkutan i. Perkembangan landasan kereta api

Fasa Pertama (1885-1896)

• Landasan kereta api dibina bagi memenuhi keperluan perlombongan bijih timah. • Beberapa landasan kereta api pendek

dibina bagi menghubungkan kawasan lombong dengan pelabuhan.

• Contohnya;

 Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang).

 Kuala Lumpur ke Port Swettenham (Pelabuhan Klang).

 Seremban ke Port Dickson.

 Ipoh dan Batu Gajah ke Teluk Anson (Teluk Intan).

Tiga fasa perkembangan landasan kereta api

Fasa Kedua (1897-1909) • Landasan kereta api dibina bagi

menghubungkan kawasan utara dengan selatan apabila Negeri Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) ditubuhkan. • Landasan memenuhi keperluan

ekonomi kerana perusahaan bijih timah dan getah berkembang pesat.

• Perkhidmatan ini juga memudahkan pentadbiran British.

• Landasan ini menghubungkan Seberang Perai dan Johor Bahru.

Fasa Ketiga (1910-1931)

• Landasan kereta api dibina selepas British berjaya meluaskan pengaruh di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB).

• Landasan ini menghubungkan semua negeri di Tanah Melayu kecuali Terengganu.

• Landasan ini mememenuhi keperluan ekonomi, pentadbiran British dan pengangkutan awam.

 Pada tahun 1903, Kereta api Negeri-Negeri Tanah Melayu telah ditubuhkan.  Pada tahun 1948 namanya telah ditukar kepada Kereta api Tanah Melayu

(KTM) dan kini dikenali sebagai Kereta api Tanah melayu Berhad (KTMB).

 Landasan kereta api Kuala Lumpur – Klang dirasmikan oleh Sultan Abdul Samad dan Frederick Weld (Gabenor NNS).

(5)

6.6.2 Perkembangan sistem pengangkutan (sambungan)

ii. Perkembangan jalan raya

PERINGKAT AWAL

• Jalan raya menghubungkan kawasan perlombongan bijih timah dan pertanian dengan stesen kereta api. Contoh: Jalan raya antara Kuala Lumpur dengan Ipoh dan Seremban.

KEMUDIAN

• Kenderaan bermotor seperti kereta, lori dan bas mula meningkat. • Langkah-langkah yang diambil:

i. Pembinaan rangkaian jalan raya menjadi semakin pesat. ii. Jalan-jalan sedia ada berturap.

iii. Jalan raya menghubungkan kawasan ekonomi dengan pelabuhan.

KESANNYA

• Menjelang tahun 1939, terdapat satu jaringan jalan raya yang menghubungkan seluruh Tanah Melayu

• Pembinaan jalan raya memenuhi dua keperluan British, iaitu; i. kepentingan ekonomi

ii. memudahkan pentadbiran

iii. Kemajuan pengangkutan laut dan udara

Pengangkutan laut • Syarikat Straits Steamship

ditubuhkan di Singapura untuk memberi perkhidmatan kapal wap. • Kapal susur pantai membawa

keperluan untuk perlombongan bijih timah seperti;

i. bekalan makanan ii. jentera

iii. buruh

Pengangkutan udara

• Penerbangan awam diperkenalkan oleh Syarikat Wearne Air Service.

• Syarikat ini beribu pejabat di Singapura. • Penerbangan ini antara Singapura, Kuala

Lumpur dan Pulau Pinang.

• Selepas Perang Dunia Kedua, syarikat ini dikenali sebagai Syarikat

Penerbangan Tanah Melayu.

iv. Perkembangan perhubungan

 Sistem perhubungan diperkenalkan di kawasan kegiatan ekonomi, pusat pentadbiran, pelabuhan dan seterusnya berkembang ke kawasan petempatan.  Contohnya;

i. sistem pos dan telegraf (Memperkenalkan setem) ii. telefon

iii. radio

6.6.3 Kemajuan perkhidmatan kesihatan dan kemudahan asas lain

Kesihatan

Faktor-faktor yang menyebabkan kemudahan kesihatan merosot

Pertambahan penduduk

Pembukaan kawasan hutan untuk kegiatan ekonomi

Petempatan baru

Jenis-jenis penyakit

Taun Malaria

Beri-beri

Langkah-langkah untuk mengatasi masalah kesihatan • Hospital kerajaan didirikan di Kuala Lumpur, Taiping dan Pulau Pinang.

• Pusat-pusat kesihatan kecil didirikan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. • Lembaga kesihatan ditubuhkan pada tahun 1890 untuk memastikan kebersihan bandar. • Institut Penyelidikan Perubatan telah ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 1901.

Tenaga lektrik

• Tenaga elektrik disalurkan ke Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

• Pada tahun 1930, Empangan Hidroletrik Chenderoh dibuka dan dikendalikan oleh The Perak River Hydro-Electric Power Company Limited.

(6)

Jabatan Parit dan Tali Air

• Ditubuhkan untuk memajukan tanaman padi.

• Ini membantu membuka kawasan padi yang luas di Sg. Manik, Perak dan Tanjong Karang, Selangor.

Selepas British

Terusan Wan Saman • Wan Mat Saman B Wan Ismail telah

membina terusan ini.

• Terusan ini sepanjang 32 km dari Alor Setar ke Gurun.

• Terusan ini dibina dengan mengunakan tenaga manusia dan cangkul.

• Unggun api dinyalakan untuk memastikan terusan digali dengan lurus.

Sebelum British

6.6.4 Kemunculan dan perkembangan bandar

IPOH

• Pokok ipuh dikaitkan dengan asal usul nama Bandar Ipoh.

• Bandar Ipoh terletak di Lembah Kinta. • Bandar ini didiami oleh orang Melayu. • Lembah Kinta menjadi tumpuan

pelombong Cina apabila pengeluaran bijih timah mulai merosot di Larut. • Pada tahun 1935, Ipoh menjadi ibu negeri Perak yang menggantikan Taiping.

TAIPIN G

• Taiping terletak dalam daerah Larut. • Nama asalnya Kepian Pauh. • Ramai orang Cina ke Larut untuk

mengusahakan bijih timah. • Selepas Perang Larut, British

menyusun pentadbiran di Larut. • Nama Kelian Pauh ditukar kepada

Taiping yang bermakna “ Kedamaian yang abadi”.

• Taipng berkembang dan menjadi ibu negeri Perak.

KUALA LUMPUR

• Raja Abdullah , pembesar Klang telah meneroka kawasan berhampiran Sg. Gombak dan Sg. Klang untuk membuka lombong bijih timah.

• Kawasan yang Lumpur ini dikenali sebagai Kuala Lumpur.

• Padan tahun 1960-an, ramai orang Cina dibawa masuk dan menjadi perkampungan perlombongan dan pusat perdagangan.

• Yap Ah Loy orang bertanggungjawab membangunkan Kuala Lumpur.

• Pada tahun 1880, Kuala Lumpur dijadikan ibu negeri Selangor menggantikan Klang. • Pada tahun 1896, Kuala Lumpur menjadi pusat pentadbiran Negeri-Negeri Melayu

Bersekutu.

• Pada hari ini, Kuala Lumpur menjadi ibu negara.

Jumlah Pelajar di Sekolah Inggeris di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1920-1932 Tahun Jumlah Pelajar Peratus Pelajar Melayu Peratus Pelajar Cina Peratus Pelajar India Peratus lain-lain 1920 9208 10 48 30 12 1924 12 806 18 48 24 10 1928 16 185 17 49 26 8 1932 17 477 15 50 27 8

6.6.5 Kepelbagaian pendidikan dalam masyarakat berbilang kaum

• British mewujudkan sistem pendidikan Vernakular (menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar) kerana terdapat pelbagai kaum di negara kita.

Sekolah Melayu

 Sekolah Melayu didirikan untuk memberi pendidikan sekular (pendidikan yang berkaitan dengan ilmu keduniaan).

 Diajar menulis, membaca dan mengira serta geografi, seni pertukangan dan perkebunanan.

 Sekolah Melayu hanya memberi pendidikan rendah sehingga darjah enam.  Sekolah Melayu awal dibina di Negeri-Negeri Selat, iaitu;

i. Sekolah Melayu Gelugor – Pulau Pinang ii. Sekolah Melayu Bayan Lepas – Pulau Pinang

 Pihak British tidak berhasrat memajukan orang Melayu dalam pendidikan.  Mereka mahukan anak orang Melayu menjadi petani dan nelayan lebih pandai

berbanding dengan ibu bapa mereka.  Lulusan sekolah Melayu layak menjadi;

i. guru ii. polis

iii. menjawat jawatan rendah di jabatan kerajaan.

 Lulusan sekolah Melayu berpeluang melanjutkan pelajaran di makatab, seperti; i. Maktab Perguruan Melaka (1900)

ii. Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak (1922) iii. Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (1935)

Kata-kata Arthur Kenion (Ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan)

“Awak boleh mengajar orang-orang Melayu awak itu supaya mereka tinggal terus di sawah-sawah padi dan supaya mereka tidak hilang kemahiran dan kesenian dalam kerja-kerja menangkap ikan dan kerja-kerja hutan. Ajarkan mereka supaya tidak semua mereka menjadi kerani, dan saya yakin awak tidak akan menghadapi kekacauan seperti yang terjadi di India akibat pendidikan yang berlebihan”.

(7)

Sekolah Cina

 Sekolah Cina diusahakan sendiri oleh masyarakat Cina.  Sekolah Cina bertumpu di bandar.

 Pada peringkat awak sekolah Cina menggunakan pelbagai loghat bahasa Cina, seperti;

i. Teochew iii. Kantonis

ii. Hokkien iv. Hakka

 Pendidikan di peringakt rendah diajar sehingga darjah enam.

 Ada juga sekolah menyediakan pendidikan sehingga sekolah menengah.  Sekolah Cina menggunakan buku, sukatan pelajaran dan guru dibawa dari negara

China.

 Pada tahun 1920, British memperkenalkan Enakmen Pendaftaran Sekolah untuk mengawal sekolah Cina.

Sekolah Tamil

 Sekolah Tamil diusahakan oleh orang perseorangan dan pertubuhan masyarakat India.

 Kebanyakan sekolah dibina di ladang-ladang getah.  Sukatan pelajaran, guru dan buku dibawa dari negara India.

 Ada kalanya penyelia ladang ataupun Kangani mengajar di sekolah tersebut.  Pada tahun 1912, British memperkenalkan Undang-undang Buruh yang mewajibkan

pengusaha ladang menyediakan sekolah dan guru.  Ini menyebabkan bilangan sekolah Tamil mula bertambah.  Sekolah Tamil yang didikan di Bandar adalah seperti;

i. Sekolah Thamboosamy Pillai di Kuala Lumpur ii. Sekolah Vivekananda di Kuala Lumpur

Sekolah Inggeris

 Sekolah Inggeris mula didirikan di Negeri-Negeri Selat, seperti; i. Penang Free School (1866)

ii. Malacca Free School (1826)  Sekolah-sekolah Inggeris bertumpu di bandar.  Sekolah Inggeris dituhkan oleh Mubaligh Kristian.

 Sekolah Inggeris menyediakan pendidikan sehingga peringkat menengah.  Sukatan pelajaran dibawa dari England.

 Lulusan sekolah Inggeris berpeluang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang, seperti;

i. Perubatan iii. guaman

ii. Kejuruteraan iv. pentadbiran

 Pada tahun 1905, Kolej Melayu Kuala Kangsar memeberi pendidikan Inggeris kepada anak-anak raja dan golongan bangsawan Melayu untuk berkhidmat dengan kerajaan British.

2005

27

Negara Cara Kemasukan Buruh ke Tanah Melayu China Sistem Kontrak

India Sistem Kangani

Apakah persamaan antara kedua-dua sistem di atas? I Tambang dibayar

II Majikan ditetapkan III Latihan kemahiran diberi IV Tempoh bekerja ditentukan

A I, II dan III C I, III dan IV

B I, II dan IV D II, III dan IV

28

Tahun Pelombong Cina Pelombong Eropah

1910 78% 22%

1937 32% 68%

Berdasarkan jadual di atas, mengapakah penguasaan orang Eropah dalam perusahaan bijih timah meningkat pada tahun 1937?

A Penggunaan tenaga mahir B Penggunaan teknologi moden C Pembinaan landasan kerata api D Perhubungan baik dengan pembesar

29 34.48 19.31 9.96 7.01 0 5 10 15 20 25 30 35 40 1929 1930 1931 1932

Graf di atas menunjukkan kedudukan harga getah antaa tahun 1929-1932. Mengapakah harga getah menurun sekitar tahun 1930-an?

A Persaingan getah tiruan B Pengenalan tanaman baru C Kekurangan tenaga buruh D Kemelesetan ekonomi dunia

Harga getah dalam sen sepaun

Referensi

Dokumen terkait

Program Pencegahan adalah upaya pencegahan agar penyakit menular tidak menyebar didalam masyarakat, yang dilakukan antara lain dengan memberikan kekebalan kepada host

Kompas.com membingkai isu hukuman mati Freddy Budiman sebagai gembong narkoba kelas wahid. Dimana Kompas.com membingkai isu ini dengan sudut pandang dari satu sisi

Pada sistem ini terdiri dari dua server yaitu server CLA, server CTF. Server CLA akan mengautentikasi siswa menggunakan NISN dan password. Sedangkan server CTF

Hasil penelitian ini menunjukkan bahwa (1) kemampuan pemecahan masalah pada kelompok siswa yang memperoleh pembelajaran berbasis masalah lebih baik daripada

Menurut Perry & Potter (2005) nyeri dapat diklasifikasikan berdasarkan sumbernya, berdasarkan penyebab, berdasarkan lama durasi dan berdasarkan lokasi

Rerata dari proporsi sikap responden tentang kesediaan orang lain di dalam desa/dusun untuk mengorbankan waktu proyek yang tidak bermanfaat langsung bagi keluarganya sendiri

Berdasarkan pendapat di atas, dapat ditarik kesimpulan bahwa disiplin kerja adalah sikap, tingkah laku atau perbuatan pada karyawan untuk melakukan aktifitas-aktifitas

Dengan adanya sistim ayahan desa tersebut makan akan mengakibatkan warga dari luar desa enggan untuk memiliki tanah kalaupun nant mau melakuakan ayah-ayah