• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENINGKATAN KEMAHIRAN DAN KUALITI KERJA AMIL MELALUI PEMBANGUNAN MODEL KOMPETENSI AMIL ZAKAT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENINGKATAN KEMAHIRAN DAN KUALITI KERJA AMIL MELALUI PEMBANGUNAN MODEL KOMPETENSI AMIL ZAKAT"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

1

PENINGKATAN KEMAHIRAN DAN KUALITI KERJA AMIL

MELALUI PEMBANGUNAN MODEL KOMPETENSI AMIL ZAKAT

[IMPROVING THE SKILLS AND QUALITY AMIL THROUGH THE DEVELOPMENT OF THE MODEL OF AMIL ZAKAT COMPETENCY]

AMMAR BADRUDDIN ROMLI1&MOHD NOOR DAUD2

1* Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA. E-mail: brofat10@gmail.com

2 Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA

Received: 03 March 2021 Accepted: 22 March 2021 Published: 29 March 2021

Abstrak: Isu kegagalan institusi zakat dalam pembasmian kemiskinan sering dikaitkan dengan tahap kompetensi amil zakat menjalankan tugas. Hal ini menyebabkan pembayar zakat lebih selesa menyumbangkan zakat terus kepada asnaf. Masyarakat kurang yakin dengan kredibiliti pusat zakat untuk menguruskan sumbangan mereka. Terdapat keperluan untuk mewujudkan satu garis panduan yang membantu amil zakat menjalankan tugasan seperti yang diharapkan oleh masyarakat. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti elemen-elemen yang dapat meningkatkan kompetensi amil zakat, sekali gus menyumbang kepada pembangunan model yang bersepadu dan komprehensif. Dapatan kajian dikumpulkan melalui tinjauan literatur dan temubual temu bual separa berstruktur. Seramai empat orang amil zakat dan dua orang pegawai zakat daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menyertai kajian ini. Data-data dianalisis secara manual dengan menggunakan pendekatan deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat lima elemen kompetensi amil zakat yang membentuk Model Kompetensi Amil Zakat, iaitu; keperibadian, keilmuan, kemahiran, inovasi dan konsultasi. Penghasilan model ini merupakan usaha menambah baik tadbir urus pengurusan zakat di negara ini agar memenuhi peranannya seperti yang ditetapkan oleh syarak serta dijadikan sebagai rujukan dan panduan bagi institusi zakat di Malaysia.

Kata Kunci: Kompetensi, Amil Zakat, Kutipan dan Agihan Zakat

Abstract: The issue regarding the failure of zakat institutions to eradicate poverty among the community is associated with the competency level of the amil zakat in performing tasks. It causes the zakat payers to feel more comfortable contributing zakat directly to the asnaf. The community is less confident in the credibility of the zakat institutions to manage their contributions. There is a need to create a guideline that helps amil zakat to carry out tasks as expected by the community. Therefore, this study was conducted to identify the elements of competency among amil zakat, thus contributed to the development of an integrated and comprehensive model. The findings of the study were collected through semi-structured interviews. A total of four amil zakat and two zakat officers from Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) participated in this study. The data were analyzed using a descriptive approach. The results of the study found that there are five elements of amil zakat competency which have formed the Model of Amil Zakat Competency; personality, knowledge, skills,

(2)

2

innovation, and consultation. The development of this model is an effort to improve the governance of zakat management in this country so as to fulfill its role as prescribed by the syarak and to be used as a reference and guide for the management of zakat in Malaysia

Keywords: Competency, amil zakat, zakat collection and distribution..

Cite This Article:

Ammar Badruddin Romli & Mohd Noor Daud (2021). Peningkatan Kemahiran dan Kualiti Kerja Amil melalui Pembangunan Model Kompetensi Amil Zakat [Improving the Skills and Quality Amil through the Development of the Model of Amil Zakat Competency]. TIJARI International Journal of Islamic Economics,Business and

Entrepreneurship 1(1), 01-17. PENGENALAN

Kompetensi secara umumnya dianggap sebagai kemampuan untuk melakukan sesuatu tugasan dengan cekap dan berkesan. Perbincangan mengenai kompetensi telah melatari kajian dalam pelbagai bidang kerjaya seperti psikologi, pendidikan, kewangan, perubatan, perundangan dan perkhidmatan awam secara umumnya. McClelland (1973) merupakan individu terawal yang mengemukakan teori kompetensi dengan menyatakan bahawa kepintaran dalam akademik bukan jaminan untuk seseorang mempunyai prestasi yang baik di tempat kerja. Rentetan itu, model kompetensi telah menjadi komponen utama dalam pengurusan sumber manusia yang digunakan secara meluas untuk meningkatkan kecekapan individu dan organisasi sejak lebih empat dekat yang lalu (Chouhan & Srivastava, 2014).

Kompetensi amil zakat merujuk kepada tahap kecekapan amil dalam melaksanakan urusan kutipan zakat serta mengagihkannya kepada golongan yang berhak (al-Qaradawi, 2000). Konsep lokalisasi zakat yang diperkenalkan di masjid-masjid dan institusi-institusi pendidikan telah merancakkan lagi perbincangan mengenai kompetensi dan professionalisme amil zakat di Malaysia (Azman, Hairunnizam & Mahazan, 2019). Melalui konsep ini, amil diberi peranan besar untuk mentadbir urusan zakat melalui unit pengurusan yang dibentuk di lokaliti masing-masing sesuai dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap dimiliki mereka. Justeru pengamalan aspek kompetensi dapat membentuk budaya kerja yang cemerlang seterusnya meningkatkan keberkesanan organisasi (Hoge, Tondora & Marrellu, 2005).

Sungguh pun begitu, terdapat pelbagai isu yang timbul berkenaan dengan kompetensi amil zakat di Malaysia. Isu mengenai integriti amil seperti penyelewengan dan tahap kemahiran amil terus mendapat perhatian ramai pengkaji walaupun pendapatan zakat meningkat saban tahun (Azizi, Ram & Md Hairi, 2011; Azman, Ahmad Anis & Abdulsoma, 2016; Akhyar, 2017; Azman et al., 2019). Hal ini sangat membimbangkan kerana boleh menghakis kepercayaaan masyarakat terhadap amil sehingga mewujudkan kelompok masyarakat yang lebih selesa membayar zakat secara terus kepada asnaf. Dari aspek kajian pula, pengkaji mendapati bahawa sumber rujukan terhadap model kompetensi individu Muslim yang dikemukakan oleh sarjana adalah terhad. Kebanyakan model yang dihasilkan lebih berfokuskan bidang kepimpinan.

Oleh itu, kajian ini sangat penting bagi membantu institusi zakat meningkatkan prestasi terutamanya dalam aspek pembasmian kemiskinan melalui pemerkasaan kompetensi amil zakat, sepertimana yang dikehendaki oleh masyarakat.

(3)

3

DEFINISI KOMPETENSI

McClelland (1973) mendefinisikan kompetensi sebagai suatu set sifat peribadi atau tabiat yang membawa kepada prestasi kerja yang lebih berkesan dan unggul. Ia merupakan ukuran terpenting yang membentuk sebuah organisasi berjaya. Oleh itu, nilai kompetensi yang sesuai perlu dipadankan dengan jawatan bagi memastikan kualiti perkhidmatan adalah terjamin seperti yang diharapkan oleh pemegang taruh dan pelanggan (Chouhan & Srivastava, 2014).

Kompetensi juga dilihat sebagai kemahiran dan kebolehan yang diperolehi melalui pengalaman kerja, pengalaman hidup, pembelajaran dan latihan (Spancer & Spancer, 1993). Berlainan pula dengan pandangan Gilbert (1996) yang mendefinisikan kompetensi sebagai kemampuan untuk menghasilkan tugasan yang diperlukan secara konsisten dengan pencapaian yang efisien dan berkesan sesuai dengan matlamat organisasi.

MODEL KOMPETENSI

Model Kompetensi adalah senarai pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang dapat diamati, dan diukur melalui tingkah laku yang menghasilkan prestasi terbaik dalam konteks kerja tertentu (Chouhan & Srivastava, 2014). Ramai pengkaji membangunkan model kompetensi bagi menangani isu sebenar pekerjaan yang kompleks dengan menunjukkan hubung kait antara prestasi individu dengan ciri peribadi yang perlu dihayati oleh pekerja. Terdapat banyak jenis model yang dikembangkan mengikut pelbagai bidang seperti model yang berorientasikan tingkah laku, model berasaskan generik, model berasaskan tugas, model gabungan tugas dan tingkah laku, dan model alternatif (Adsule & Badrinarayan, 2014). Beberapa model kompetensi yang relevan untuk pembinaan kerangka kajian ini telah dikenal pasti, iaitu, Model Iceberg (Spencer & Spencer, 1993), Model Docking (2006), Hellriegal et al. (2005), Al-Attas & Wan Mohd Nor (2014), dan Azman et al. (2016).

MODEL ICEBERG (SPENCER & SPENCER, 1993)

Terdapat dua komponen dalam Model Iceberg, iaitu; komponen Pengetahuan dan Kemahiran, serta Komponen Keperibadian (yang terdiri daripada nilai, peranan sosial, sifat dan motif). Secara umumnya, komponen Pengetahuan dan Kemahiran yang diletakkan di atas permukaan air merupakan dua ciri yang mudah dilihat dan boleh dikembangkan melalui program latihan (Spencer & Spencer, 1993). Walau bagaimana pun, komponen elemen keperibadian yang kelihatan lebih besar, merupakan teras tersembunyi dan sangat penting dalam pelaksanaan tugas. Malah ia lebih berupaya membezakan individu cemerlang (outstanding performer) dengan individu biasa (average performer).

(4)

4

Rajah 1: Model Iceberg (Adaptasi dari sumber: Spencer & Spencer, 1993)

MODEL DOCKING (2006)

Model kompetensi Docking (2006) dibina dengan memberi tumpuan terhadap organisasi perniagaan. Namun, ia tetap sesuai digunakan dalam organisasi lain yang tidak berteraskan keuntungan (Nik Mutasim, Nur Atiqah, Khairul Akmaliah, & Norazila, 2014). Secara umumnya, model ini telah mengembangkan elemen kemahiran yang terdapat dalam model Spencer & Spencer (1993). Dua jenis kemahiran yang dikemukakan oleh Docking (2006) iaitu pertama, kemahiran berfikir yang merangkumi aspek menganalisis dan menyelesaikan masalah, membuat perancangan, serta menulis laporan. Kemahiran kedua pula ialah kemahiran pergerakan yang melibatkan aktiviti fizikal seperti kepantasan menulis, mengira atau melakukan kerja pertukangan.

MODEL HELLRIEGAL ET AL. (2005)

Dua elemen kompetensi iaitu kemahiran dan kualiti peribadi dihuraikan secara mendalam melibatkan enam ciri utama yang sesuai dengan keperluan tugasan individu dalam organisasi iaitu komunikasi, perancangan dan pentadbiran, tindakan strategik, pengurusan diri, kesedaran global, dan kerja berpasukan. Secara perbandingan, dengan model Spencer & Spencer (1993) dan Docking (2006), model yang dibina oleh Hellriegal et al. (2005) lebih menekankan aspek hubungan dengan individu lain seperti rakan sekerja dan pihak berkepentingan dalam pembentukan elemen kompetensi. Tambah beliau lagi, individu perlu bersikap peka dan sedar mengenai persekitaran, budaya dan keperluan sekeliling bagi membentuk kompetensi mereka (Hellriegal et al., 2005).

MODEL AL-ATTAS & WAN MOHD NOR (2014)

Model yang dicadangkan oleh Al-Attas & Wan Mohd Nor (2014) telah menyentuh mengenai kompetensi Muslim secara umum yang menekankan terhadap kepatuhan kepada hukum

(5)

5

Syariah melalui proses dan penghasilan sesuatu tugas. Elemen keperibadian atau akhlak menjadi asas terpenting model ini. Selain itu, mereka turut menekankan aspek keilmuan dan kemahiran yang berteraskan prinsip syariah seperti yang ditetapkan dalam Quran dan al-Sunnah. Walaupun begitu, aspek kreatif dan inovatif tetap menjadi keutamaan dalam aspek kompetensi bagi menggalakkan penggunaan kaedah baharu dalam penyelesaian masalah. Sama seperti model yang dibangunkan oleh Hellriegal et al. (2005), pembangunan model Al-Attas & Wan Mohd Nor (2014) turut memberi penekanan terhadap sikap dengan memberi dorongan kepada pihak berkepentingan untuk melaksanakan perubahan serta mengutamakan kesejahteraan masyarakat.

MODEL AZMAN ET AL. (2016)

Model yang dibangunkan oleh Azman et al. (2016) seperti dalam rajah 2 di bawah adalah model pertama yang berasaskan modul pembangunan amil bersepadu sebagai syarat perolehan pensijilan amil professional di Malaysia. Selain menekankan aspek kemahiran dan konsep asas zakat, Azman et al. (2016) telah memberikan perspektif umum terhadap tugas sebenar amil dalam masyarakat dengan memberi penekanan terhadap peranan mereka sebagai pendakwah dan pemimpin. Peranan ini sangat diperlukan amil bagi mendidik masyarakat agar sentiasa menunaikan zakat serta prihatin terhadap golongan asnaf.

Rajah 2: Model Amil Bersepadu (Adaptasi dari sumber: Azman et al., 2016)

Kesalinghubungan antara amil dengan masyarakat perlulah berfokus terhadap komitmen asal mereka iaitu membasmi kemiskinan serta memenuhi keperluan melalui aktiviti konsultasi dan jalinan kerjasama yang pintar (Hairullfazli & Azman, 2011). Namun perkara tersebut tidak disentuh oleh Azman et al. (2016). Berdasarkan sorotan literatur, pengkaji merasakan bahawa aspek tersebut amat penting untuk turut diberi penekanan dalam pelaksanaan kajian ini. Malah, Hellriegal et al. (2005) dan Al-Attas & Wan Mohd Nor (2014) turut mengakui akan kepentingan kemahiran konsultasi dengan memberi keutamaan terhadap kualiti perundingan bagi mencapai matlamat organisasi. Dalam konteks pengurusan zakat, kemahiran konsultasi diterapkan melalui bimbingan amil dalam meningkatkan kesejahteraan hidup asnaf. Selain itu, konsultasi amil juga diperlukan semasa membimbing pembayar zakat

(6)

6

membuat pengiraan zakat mereka bagi memastikan item dan jumlah yang dizakatkan tepat dan telus.

Elemen-elemen yang dibincangkan oleh model-model di atas dapat dilihat dengan jelas dalam jadual yang berikut.

Jadual 1: Perbandingan Elemen-Elemen Kompetensi Mengikut Model Kompetensi

Spencer & Spencer (1993)

Docking (2006) Hellriegal et al. (2005)

Al-Attas & Wan Mohd Nor (2014) Azman et al. (2016) 3 elemen kompetensi Model Iceberg 4 elemen kompetensi Model Docking 3 elemen kompetensi individu dalam organisasi 4 aspek kompetensi seimbang individu muslim 2 elemen kompetensi model profesionalisme amil • Kemahiran • Keilmuan • Keperibadian • Keilmuan • Kualiti Peribadi • Kemahiran Berfikir • Kemahiran Pergerakan • Kualiti Peribadi • Kemahiran Merancang dan Mengurus • Konsultasi • Keperibadian/Akhlak • Keilmuan • Kemahiran berteraskan al-Quran & al-Sunnah. • Inovasi • Pengetahuan Konsep asas • Kemahiran Pengurusan Zakat

Beberapa kesimpulan dapat dibuat daripada elemen-elemen kompetensi daripada kelima-lima model ini. Pertama, terdapat tiga elemen asas yang membentuk kompetensi individu iaitu kemahiran, pengetahuan dan kualiti keperibadian. Kedua, setiap elemen asas ini boleh dikembangkan bergantung kepada ciri-ciri organisasi. Contohnya, elemen kemahiran yang diperlukan oleh amil zakat ialah membuat perancangan, membuat kutipan dan agihan, perakaunan zakat. Selain itu, inovasi dan khidmat konsultasi adalah elemen pelengkap yang sangat penting dalam pembentukan kompetensi individu. Berdasarkan kelima-lima model ini, satu kerangka konseptual kajian dibina bagi memberi gambaran yang jelas seperti rajah 3.

(7)

7

Kajian ini akan meneliti lima elemen kompetensi individu iaitu keperibadian, keilmuan, kemahiran, inovasi dan konsultasi yang diperolehi daripada Spencer & Spencer (1993), Docking (2006), Hellriegal et al. (2005), al-Attas & Wan Mohd Nor (2014), dan Azman et al. (2016) bagi menghasilkan sebuah model kompetensi amil zakat yang dikaji menurut perspektif amil dan pegawai zakat.

METODOLOGI

Kajian dijalankan secara kualitatif iaitu melalui tinjauan literatur dan temu bual separa berstruktur. Seramai empat orang amil zakat dan dua orang pegawai zakat daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menyertai kajian ini. Mereka dipilih berdasarkan pengalaman lebih lapan tahun dalam pengurusan zakat. Data temu bual ditranskrip secara verbatim dan dianalisis secara manual dengan menggunakan pendekatan deskriptif. Bagi memudahkan analisis dibuat dan menjaga kerahsiaan, nama peserta kajian akan dikodkan sebagai AK1 hingga AK4 yang mewakili amil kompeten. Manakala kod PZ1 dan PZ2 mewakili pegawai zakat.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Berdasarkan analisis yang telah dibuat, kajian ini telah mengenal pasti enam elemen yang diperlukan sebagai satu panduan komprehensif dan bersepadu bagi meningkatkan tahap kompetensi amil zakat di Malaysia, seterusnya menyumbang kepada pembinaan Model Kompetensi Amil Zakat yang terdiri daripada keperibadian, keilmuan, kemahiran, inovasi dan konsultasi. Elemen kemahiran dibahagikan kepada dua iaitu kemahiran kutipan dan agihan dan perakaunan zakat bagi memperincikan lagi perbezaan dua jenis kemahiran yang sangat signifikan dalam perlaksanaan tugas amil.

ELEMEN KEPERIBADIAN

Keperibadian merupakan jati diri seseorang yang dibentuk melalui cara berfikir dan cara berperilaku (Ghozali, 2015). Islam telah menggariskan panduan keperibadian yang lengkap meliputi aspek fizikal dan spiritual dengan menjadikan akidah sebagai landasan untuk berfikir dan bertindak (Silahudin, 2019). Sebagai individu yang berkhidmat untuk kesejahteraan masyarakat, amil perlu menerapkan kualiti keperibadian yang kukuh bagi membentuk sikap dan prestasi yang cemerlang. Dalam konteks seorang amil, keperibadian ini boleh dikelaskan kepada aspek sahsiah dan komunikasi.

Sahsiah atau akhlak kepada Allah SWT mencerminkan ciri kompetensi yang paling tinggi bagi seorang amil. Ia merangkumi segala bentuk ketaatan kepada Allah seperti bertakwa kepada Allah dengan melaksanakan ibadah dengan bersungguh-sungguh serta mematuhi perintah dan menjauhi laranganNya (Azizi et al., 2011). Selain itu, sahsiah terhadap diri sendiri seperti berusaha menambah ilmu dan bekerja dengan tekun juga penting bagi meningkatkan kualiti hidup serta mendapatkan rezeki yang halal dan berkat (Ghozali, 2015). Bagi menjamin kelangsungan pendapatan zakat, amil juga perlu membentuk nilai kepercayaan yang kukuh daripada muzakki.

(8)

8

Selain itu, amil perlu memiliki keperibadian yang luhur terhadap asnaf seperti menjaga kerahsiaan mereka, amanah, mesra dan bersopan santun (Azizi et al., 2011). Mereka perlu lebih adil ketika membanci dan mengagihkan zakat bagi memastikan nasib asnaf sentiasa terbela. Perkara ini dijelaskan oleh informan kajian AK1 seperti berikut:

“Saya percaya kerja amil ni amanah Allah. Akhlak kita dengan muzakki dan asnaf bukan setakat tunjuk-tunjuk tapi ikhlas buat dari hati. Tak boleh nak buat baik terhadap muzakki saja, atau asnaf saja. Kena santuni dua-dua. Kadang-kadang saya temuduga asnaf, depa cerita masalah keluarga kat saya walaupun tau saya bukan boleh selesaikan masalah keluarga depa pun. Tapi kita dengar, masalah peribadi tu kita simpan, dan kita tunaikan hak depa sebagai asnaf.”

(AK1, 2020) Amalan komunikasi yang baik dapat menyerlahkan ciri-ciri keperibadian yang unggul serta membantu dalam melancarkan tugasan amil seharian. Amil perlu mempunyai sikap, cara berfikir, kepercayaan dan kemampuan untuk menganalsis persekitaran agar tidak gugup, mampu menyelesaikan konflik dan hanya menyampaikan maklumat yang jelas dan tepat semasa berurusan dengan muzakki dan asnaf. Amalan ini selari dengan pandangan informan kajian AK2 yang menyatakan:

“Amil ni memang kena sentiasa berkomunikasi dengan orang. Bukan setakat dengan

asnaf dan pembayar zakat ja. Dengan ahli jemaah lain, dengan tok siak, dengan tok bilal. Kena ada ilmu kemahiran komunikasi yang sesuai jugak. Contoh cara bercakap dengan orang tua, tak sama dengan cara cakap dengan budak, pelajar. Kena tau bezakanlah.”

(AK2, 2020) Justeru, amil seharusnya bijak dalam berkomunikasi dengan menghadkan maklumat mengikut kesesuian masa, relevan, berobjektif serta menggunakan kaedah penyampaian yang sesuai dan berkesan.

ELEMEN KEILMUAN

Al-Ghazali (1990) menyatakan menuntut ilmu adalah satu kewajipan dalam meningkatkan kompetensi individu. Malah, kemajuan seseorang dalam pekerjaan adalah terletak kepada tahap keilmuan dan bakat yang kembangkannya (Mohd Fauzi & Mohd Khairul Naim, 2012). Bagi memastikan konsep ilmu difahami dan dihayati secara menyeluruh, para ulama seperti Imam Syafie telah membahagikan ilmu kepada dua bahagian iaitu ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah (Ahmad Hassan, 1970). Ilmu fardu ain ialah ilmu yang memandu manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah melalui perbuatan, percakapan, tindakan, dan pemikiran yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah (Ridzuan, Arman, & Razlina, 2018). Manakala ilmu fardu kifayah pula ialah ilmu yang dituntut untuk melengkapi persoalan duniawi serta

(9)

9

memenuhi keperluan manusia sehari-harian seperti ilmu perubatan, matematik, pertanian, bahasa dan teknologi (Mukhlas, 2017).

Ilmu fardu ain amat penting bagi seorang amil kerana dapat membentuk nilai, pemikiran dan sikap yang positif melalui penerapan prinsip-prinsip Iman, Islam, Takwa dan Ihsan sepanjang perkhidmatan mereka (Azizi et al., 2011). Manakala pengamalan ilmu fardu kifayah pula boleh membentuk tingkah laku profesional amil yang melibatkan tugasan seperti mentaksir harta muzakki, menyiasat kelayakan asnaf, mengurus bantuan serta menyimpan dan merekodkan segala urusan (Hairullfazli & Azman, 2011). Kedua-dua jenis ilmu ini dapat membantu amil mengharungi cabaran dalam melaksanakan tugas mereka seharian.

Hal ini berdasarkan pandangan informan AK1 dan AK3 yang menyatakan:

“Beramal dengan ilmu fardu ain ni boleh lembutkan hati kita. Solat, puasa, berzakat, haji semua tu tanggungjawab kita kepada Allah. Dia pemilik hati kita. Bila kita buat, Dia akan bagi ketenangan kat kita. Kalau ditimpa masalah berat macam mana pun, kita rasa tenang kan. Macam fardu kifayah pun penting. Yang tu antara kita dengan manusia. Kita tau cara kira zakat, buat laporan, agih dengan adil maka mudahlah kerja kita sebagai amil. Orang pun suka, kita pun senang, kan.”

(AK1, 2020)

“Ramai orang anggap kerja amil ni mudah. Sebenarnya tak mudah jugak. Kena ada ilmu, kena ada kemahiran, hati kena kental. Sebab tu tak semua orang mampu dan layak jadi amil. Orang belajar agama mungkin dia tau secara umum tentang zakat. Tapi amil ni kena tau cara kiraannya, haul, nisab, jenis2 zakat tak sama. Nak mengurus pula kena tau teknik pengurusan yang betul. Contoh cara nak agih, nak kenal pasti asnaf, nak buat rekod untuk MAIPk, yang tu semua kena tau, kena belajar.”

(AK3, 2020) Oleh itu, pengamalan ilmu yang sangat penting dalam membentuk kompetensi amil sesuai dengan fungsi mereka yang sentiasa menjadi rujukan masyarakat berkenaan dengan zakat.

ELEMEN KEMAHIRAN KUTIPAN DAN AGIHAN

Urusan kutipan dan agihan zakat merupakan tanggungjawab asas yang perlu dilaksanakan sebaiknya oleh amil kerana sekiranya gagal, ia akan memberi kesan buruk kepada perjuangan memperkasakan masyarakat khususnya golongan yang berpendapatan rendah dan memerlukan bantuan. Justeru, peningkatan kemahiran mengutip dan mengagih zakat oleh amil perlu dilakukan secara berterusan seiring dengan peningkatan kutipan zakat dan perkembangan teknologi semasa. Di antara kemahiran dalam kutipan zakat ialah kemahiran mempromosikan zakat dan penggunaan aplikasi teknologi untuk memudahkan urusan kutipan (Muhsin, 2014, Mohd Faisol, 2014). Perkara ini diakui oleh PZ1, PZ2 dan AK1 yang menyatakan:

(10)

10

“Zaman sekarang ni dah makin canggih. Amil sepatutnya bijak ambil peluang. Kalau dulu nak suruh orang bayar zakat harta, kena pergi rumah ke rumah. Sekarang dah boleh guna facebook, twitter, whatsapp. Contoh, sekarang kan dah ada group promote jual barang ikut kawasan, Ipoh, Gopeng, Taiping. ada lagi ikut taman-taman pula. masuk je iklan zakat kita kat situ. Tapi kena buat selalulah baru orang ingat,. Jangan buat sekali je, diam.”

(PZ1, 2020)

“Nak promote kutipan zakat pun kena ada ilmu. Kalau amil tu advance, dia tak bergantung kepada promosi MAIPk sahaja. Memang kita tau ada amil yang kreatif, dia belajar adobe photoshop, buat banner sendiri, promote dalam Facebook, Twitter, Instagram. Ada juga yang buat video pendek pasal zakat nak promote orang bayar. Memang bagus tu, saya ada simpan lagi video tu.”

(PZ2, 2020) “Kaedah pembayaran sekarang pun dah pelbagai. Zakat pendapatan memang guna potongan gaji terus masuk ke dalam akaun MAIPk. Tapi, untuk orang bayar zakat harta, zakat perniagaan, ada yang masih jumpa kita. Mula-mula hanya nak minta kita kirakan sahaja, lepas tu berubah fikiran nak terus bayar tapi tak bawa cash. Jadi kita ready dengan pembayaran secara online atau boleh guna kad.”

(AK2, 2020) Menurut Muhsin (2014) kebanyakan isu yang timbul dalam pengurusan zakat adalah berkisar mengenai kecekapan agihan zakat. Isu seperti bantuan yang tidak selaras dan data asnaf yang tidak dikemaskini dapat diselesaikan sekiranya mereka mempunyai perancangan agihan yang rapi dan berkesan. Penggunaan data asnaf yang tepat sangat diperlukan bagi memastikan bantuan yang diberikan adalah mencukupi serta sesuai dengan purata garis kemiskinan zakat (had kifayah) semasa (Ahmad Fahme & Mohd Faisol, 2014). Hal ini disokong oleh pernyataan daripada informan AK2 dan AK4:

“Saya perlu selalu update maklumat asnaf. Kena ada jangka masa tertentu untuk update, contoh setahun sekali, dua tahun sekali. Kalau macam kami kat sini, saya akan update setiap semester. Lagipun student sini pun tak lama, sekejap ja belajar dah habis. Jadi lepas satu sem kita tanggung yuran dia, dia perlu isi semula borang untuk sem-sem seterusnya. Bukan nak susahkan dia, cuma nak tau keberadaan dan prestasi akademik dia.”

(AK2, 2020)

“Setiap tahun asnaf perlu kemaskini maklumat keluarga mereka. Kita dapati ada asnaf yang dulu layak memohon, tapi sekarang tak layak pula sebab dah melepasi had kifayah.”

(11)

11

Selain itu, pengurusan sumber yang efisyen turut membantu dalam membina kemahiran kutipan dan agihan yang baik. Menurut Dessler (2000) pengurusan sumber yang efisyen dapat menjimatkan kos serta meminimumkan jumlah guna tenaga manusia. Oleh itu, bagi memastikan tugas agihan zakat dilakukan dengan efektif, amil perlu merancang kos operasi yang melibatkan pengangkutan dan operasi pejabat dengan sebaiknya bagi mengelakkan pembaziran terutama melibatkan wang zakat yang diperuntukkan kepada mereka.

“Perbelanjaan pejabat ni sebahagiannya datang daripada institusi, sebahagian lagi daripada portion amil sendiri. Sebab institusi tak mampu nak tanggung semua kan.. Jadi walaupun guna duit peruntukan amil, kami tetap uruskan macam perolehan kerajaan, kena berjimat, beli apa yang patut sahaja.”

(AK2,2020) Elemen kemahiran kutipan dan agihan merupakan kemahiran utama yang diperlukan oleh amil. Kedua-dua elemen ini perlu ditekuni dengan sebaiknya melalui kursus atau seminar yang dianjurkan oleh pihak institusi zakat.

ELEMEN KEMAHIRAN PERAKAUNAN ZAKAT

Kemahiran perakaunan zakat ialah kemahiran dalam mentaksir harta yang diwajibkan zakat menurut kaedah yang ditetapkan oleh syarak (Husain Shahatah, 2003). Keperluan untuk amil mahir dalam perakaunan zakat telah dijelaskan Allah SWT dalam al-Quran (al-Taubah 9:60) yang secara terperinci mewajibkan amil untuk meneliti, mengira, mengaudit, merekod serta membuat laporan bagi kegunaan pihak yang berkepentingan. Kajian Astuti & Asrori (2016) mendapati kecekapan dalam perakaunan zakat amat mempengaruhi kualiti pengurusan zakat secara umumnya. Malah Akhyar Adnan (2017) mencadangkan agar ujian pensijilan kemahiran perakaunan zakat dibuat ke atas amil bagi memperakui kemahiran mereka adalah menepati tahap yang dikehendaki institusi zakat. Malah isu kelestarian dalam perakaunan zakat seperti disentuh oleh Nurul Ilyana et al. (2020) dapat di atasi apabila amil menguasai kemahiran ini dengan baik. Hal ini diakui oleh PZ 1:

“Kalau nak lihat kecekapan amil, kena tengok bagaimana dia mampu kira zakat perniagaan, zakat saham dan zakat pendapatan. Sebab bagi saya, jenis-jenis zakat tadi ni rumit nak kira. Ada sebahagian amil di masjid tak berani nak kira sebab susah. Sedangkan ramai pembayar zakat ni peniaga, petani, pekerja kerajaan yang jumpa depa di masjid nak bayar zakat ni.”

(PZ1, 2020) Berdasarkan pernyataan di atas, amil perlu menerapkan perakaunan zakat yang yang betul dengan mengambil kira keperluan dan keadaan setempat. Bagi mencapai maksud tersebut, mereka perlu menganalisis latar belakang masyarakat berdasarkan kepada jenis pekerjaan dan jenis zakat yang kerap dibayar seterusnya mendalami kemahiran perakaunan zakat mengikut kaedah yang ditetapkan oleh institusi zakat masing-masing.

(12)

12

ELEMEN INOVASI

Pengurusan zakat telah melalui proses inovasi sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Ini dapat dilihat melalui perkembangan item zakat, panduan pengiraan dan penciptaan pelbagai aplikasi yang dapat memudahkan urusan kutipan agihan zakat dilakukan. Hasil inovasi dan penyelidikan ini adalah sebahagian daripada inisiatif para amil dan penyelidik untuk merancakkan lagi usaha kutipan zakat serta memudahkan agihannya kepada golongan asnaf. Oleh itu, amil perlu memanfaatkan perkembangan teknologi untuk mencipta idea dan kaedah yang mampu menyelesaikan masalah dalam pengurusan zakat. Pandangan ini diakui oleh informan AK2 yang menyatakan:

“Macam orang bisnes juga lah, kalau nak pendapatan meningkat, kita kena create cara baru, sesuai dengan customer sekarang. Kena guna IT. Zakat pun macam tu juga. Orang sekarang semuanya nak cepat, bayar zakat nak cepat, nak kita agih cepat. Kita pun create sesuatu yang boleh percepatkan proses.”

(AK2, 2020) Langkah institusi zakat yang melaksanakan konsep lokalisasi kutipan dan agihan zakat telah memberi peluang kepada amil untuk meningkatkan daya kreativiti dan inovatif masing-masing (Muhammad Rizal, Hairunnizam & Sanep, 2017). Misalnya, inisiatif amil di beberapa institusi pendidikan mewujudkan laman sesawang yang menyediakan pelbagai kemudahan pembayaran serta agihan zakat merupakan di antara inovasi yang memudahkan pelbagai pihak untuk berurusan dengan mereka (Mohd Faisol, 2014). Selain maklumat asas mengenai hukum dan jenis zakat, pengguna dapat mengakses aktiviti terkini amil, kalkulator zakat, nisab semasa, statistik kutipan dan agihan dengan paparan yang ringkas dan menarik. Cara ini walaupun dilihat hampir sama dengan laman sesawang yang dibangunkan oleh institusi zakat, namun ia lebih bersasar serta mempunyai kreativiti dan pengikut yang tersendiri.

ELEMEN KHIDMAT KONSULTASI

Menurut Patton (2005) konsultasi atau perundingan merupakan suatu pendekatan bagi mempengaruhi dan memujuk seseorang untuk melakukan sesuatu mengikut kehendak atau keperluan tertentu. Keupayaan amil untuk melakukan konsultasi bersama muzakki amat diperlukan dalam memastikan urusan kutipan zakat berjalan lancar dan berterusan sepanjang tahun.

Khidmat konsultasi turut melibatkan golongan asnaf khususnya golongan fakir dan miskin dengan memberikan nasihat kepada mereka untuk memanfaatkan sumbangan yang diterima dengan kaedah yang betul. Malah, Mantle & Backwith (2010) menekankan akan keperluan individu berkhidmat untuk membimbing masyarakat bagi membasmi kemiskinan melalui jalinan hubungan rapat dengan kumpulan miskin. Tanggungjawab membasmi kemiskinan dalam kalangan asnaf bukan sekadar mengagihkan dana zakat sahaja, tetapi mereka juga perlulah dibimbing untuk terus berusaha bagi memperoleh rezeki yang halal. Perkara ini turut disokong oleh informan AK3 dan AK2 yang menyatakan:

(13)

13

“Memang ada dalam perancangan kami untuk sediakan peruntukan zakat bagi program keusahawanan asnaf. Kat sini kita ada ramai pensyarah bidang keusahawanan yang boleh jadi pembimbing. Jadi bukan sekadar kita bagi ikan, kita bagi juga kail untuk dia pancing ikan. Amil pun perlu bimbing asnaf ni sampai dia keluar dari kemiskinan.”

(AK3, 2020)

“Saya ni jenis peramah, suka ambil tau hal orang, kadang-kadang saya terserampak dengan pelajar asnaf yang pernah ditemuduga dulu, saya akan tanya pasal family dia, pelajaran dia, macam mana dengan duit zakat yang dapat dulu. Haa, memang nak kena tanya tu. Pernah satu ketika kita panggil semula pelajar asnaf ni, kita bagi taklimat khas macam mana nak guna duit zakat dengan betul. Bagi kita nampak macam simple ja, ustaz. Tapi bagi budak-budak ni ada yang tak tau cara. Lepas dapat zakat beli telefon baru, belanja kawan, ubahsuai ekzos motor. haha. memang ada.”

(AK2, 2020) Oleh itu, amil perlu berupaya mendidik asnaf untuk meningkatkan taraf hidup sesuai dengan keupayaan dan kemahiran mereka seperti melibatkan diri dengan jahitan pakaian, memasak, berniaga dan bertani.

Selain itu, amil perlu bertindak lebih komprehensif dengan menjalinkan hubungan bersama badan-badan kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) atau masyarakat bagi menyalurkan maklumat zakat disamping menerima input-input mengenai keperluan dan jenis bantuan asnaf. Kenyataan ini dipersetujui oleh informan PZ2 yang berpandangan:

“Perlu ada hubungan dengan pihak-pihak luar yang sudi bantu tugasan agihan zakat. Contohnya macam NGO, persatuan, kelab-kelab. Memang kami di sini pun sentiasa berhubung dengan NGO-NGO Islam untuk agihkan sumbangan kepada asnaf. Mereka beri kita maklumat, kita buat siasatan, kemudian kita berikan sumbangan kepada mereka untuk disampaikan kepada asnaf kita pantaulah. Memang biasa macam tu. Amil di institusi pun sama juga. Kena berbicang dan berundinglah dengan sesiapa yang boleh bantu kita.”

(PZ2, 2020)

Oleh itu kemahiran konsultasi yang baik diperlukan bagi menyelesaikan masalah kekurangan data asnaf yang sering dihadapi oleh amil. Malah melalui hasil kerjasama ini, amil akan dibantu melalui aktiviti turun padang yang dianjurkan pelbagai pihak bagi menyampaikan bantuan kepada asnaf khususnya yang tinggal di kawasan pedalaman.

(14)

14

CADANGAN MODEL KOMPETENSI AMIL ZAKAT

Sebuah model kompetensi amil zakat yang bersifat konklusif dan komprehensif diperlukan sebagai penanda aras dalam penilaian prestasi, keperluan latihan, dan perkembangan skop tugas agar para amil zakat menjadi lebih efektif dan produktif semasa memikul tanggungjawab. Model ini dapat membantu pihak institusi zakat menjelaskan deskripsi tugas serta mengenal pasti jurang kemahiran semasa dan kemahiran yang diperlukan oleh amil pada masa hadapan.

Rajah 4: Model Kompetensi Amil Zakat Malaysia

Sebanyak lima elemen kompetensi yang sesuai dengan tugas amil telah dikenalpasti dalam model kompetensi amil seperti dalam Rajah 4. Elemen tersebut ialah keperibadian, keilmuan, kemahiran, inovasi dan konsultasi. Keperibadian dan keilmuan merupakan elemen tunjang yang membentuk kompetensi amil zakat. Sebagai contoh, seorang amil yang mempunyai sahsiah dan kemahiran komunikasi yang baik akan lebih dipercayai oleh masyarakat. Malah mereka akan lebih dihormati apabila mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terutama berkenaan zakat serta kaedah pengurusannya.

Kemahiran kutipan dan agihan yang baik adalah penentu kepada keberkesanan tugas amil. Namun ia tidak lengkap tanpa kemahiran perakaunan zakat yang cekap dan efektif. Kedua-dua elemen ini menjamin kelangsungan pendapatan zakat serta meningkatkan kualiti tadbir urus zakat.

Amil zakat yang cemerlang ialah mereka yang mempunyai sikap inovatif, kreatif dan berdedikasi. Mereka akan mencipta pelbagai inovasi bagi mengoptimumkan pendapatan zakat serta berusaha menyantuni asnaf dan pembayar zakat melalui aktiviti konsultasi yang lebih berkesan dan dekat dengan golongan tersebut.

(15)

15

Aspek keperibadian, keilmuan, kemahiran kutipan dan agihan, dan kemahiran perakaunan zakat adalah berkait rapat dengan kriteria utama yang ditetapkan dalam syariat Islam. Oleh itu ia menjadi kualiti asas yang perlu dipenuhi untuk menjadi seorang amil. Manakala aspek inovasi dan konsultasi pula menjadi kualiti pelengkap yang memberi nilai tambah dalam pembentukan kompetensi amil.

KESIMPULAN

Kompetensi amil zakat merupakan isu yang perlu dipandang berat oleh semua pihak terutama institusi pengurusan zakat. Usaha ini perlu dimulakan dengan perancangan yang rapi merangkumi aspek pemilihan amil, latihan, penilaian dan pemantauan secara berterusan. Oleh itu, penghasilan model kompetensi amil zakat ini diharapkan dapat memandu institusi zakat dengan menyediakan asas yang kukuh bagi melahirkan amil zakat yang berkualiti dan berprestasi tinggi. Natijahnya, masyarakat akan sentiasa yakin dengan kemampuan institusi zakat dalam menyelesaikan isu kemiskinan dan seterusnya meningkatkan hasil kutipan dari semasa ke semasa.

RUJUKAN

Al-Quran Al-Karim.

Adsule, K., & Badrinarayan, S. R. 2014. Analysing Competency Based Models with its Industrial Application. International Journal of Organizational Behaviour & Management Perspectives, 3(2), 936–946.

Ahmad Fahme Mohd Ali, Mohd Faisol Ibrahim, M. R. A. A. & F. J. 2014. Konsep dan Isu Had Kifayah, Kemiskinan Bandar dan Jantina dalam Pengagihan Zakat. Labuan E-Journal of Muamalat and Society, 14–26.

Ahmad Hasan. 1970. The Early Development of Islamic Jurisprudence, Islamabad Islamic Research Institute, 74

AK1. 2020. Teks Temubual Bersama Amil 1. Ipoh. Bilik Mesyuarat Masjid Sultan Azlan Shah. 22 Februari 2020

AK2. 2020. Teks Temubual Bersama Amil 2. Ipoh. Pejabat Unit Zakat dan Wakaf Politeknik Ungku Omar. 15 September 2020

AK3. 2020. Teks Temubual Bersama Amil 3. Tanjung Malim. Pejabat Amil Politeknik Sultan Azlan Shah. 25 Februari 2020

AK4. 2020. Teks Temubual Bersama Amil 4. Ipoh. Bilik Mesyuarat Masjid Sultan Azlan Shah. 2 September 2020

Akhyar Adnan, M. 2017. The Need of Establishment of Professional Amil Zakat to Enhance the Future Zakat Development. International Journal of Zakat, 2(1), 71–79. https://doi.org/10.37706/ijaz.v2i1.16

Al-Attas, M. N., & Wan Mohd Nor, W. D. 2014. The ICLIF Leadership Competency Model (LCM): An Islamic Alternative. Kuala Lumpur: IBFIM.

(16)

16

Al-Ghazālī, Abū Hamid Muḥammad bin Muhammad. 1990. Iḥyā’ Ulūm al-Dīn, Jilid 3. Damsyik: Dār al-Khayr.

Al-Qardawi, Yusuf. 2000. Fiqh Zakah: Dirasah Muqaranah li Ahkamiha wa Falsafatiha Fi Daw’ al-Quran wa al-Sunnah. (Edisi 24). Beirut: Mu’assasat al-Risalah.

Astuti, S., & Asrori. 2016. The Analysis of Amil Competency and Its Effects on The Implementation of Zakat on Amil Zakat Institution. Accounting Analysis Journal, 5(3), 248–255. https://doi.org/10.15294/aaj.v5i3.12744

Azizi @ Hamizi, H., Ram Al Jaffri, S., & Md Hairi, M. H. 2011. Kod Etika Amil Zakat: Satu Cadangan. The World Universities 1st Zakat Conference 2011 (WU1ZC 2011), PWTC, Kuala Lumpur, 22-24 November 2011.

Azman Ab Rahman, A., Najib, M., Wakil, A., Mohd, S., Syed, N., Hashim, H., Junaidi, M. 2019. Kutipan Zakat di Negeri Lain oleh Ejen dan Amil Tidak Bertauliah Menurut Syarak. Azman Ab Rahman, Ahmad Anis, M. F., & Abdulsoma, T. 2016. The Development of an Intergrated Model for Amil Zakat in Malaysia. International Journal of Islamic Business Ethics, 1(2), 131. https://doi.org/10.30659/ijibe.1.2.131-142

Azman Ab Rahman, Hairunnizam Wahid, & Mahazan Abdul Mutalib. 2019. Tadbir Urus Pengurusan Zakat bagi Institusi Masjid di Malaysia. Nilai: Penerbit USIM.

Chouhan, V. S., & Srivastava, S. 2014. Understanding Competencies and Competency Modeling: A Literature Survey. IOSR Journal of Business and Management, 16(1), 14–22. https://doi.org/10.9790/487x-16111422

Docking, R., A Guide to Competency-Based Management CBM, Skill Resource Management Systems

Dessler, G,. 2000. Human Resource Management. New Jersey: Prentice Hall, pp. 204.

Ghozali, M. 2015. Keperibadian Islam dan Profesionalisme Dalam Pekerjaan: Satu Analisis Teoritis. Jurnal Syariah, 23(2), 255–286.

Gilbert, T. 1996. Human Competence. Silver Spring, MD: International Society for Performance Improvement

Hairullfazli, M., & Azman Ab Rahman. 2011. Konsep Amil dan Peranannnya dalam Pengurusan Zakat. In I. M. Subri (Ed.), Kajian Syariah dan Undang-Undang (3rd ed.). Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Hairunnizam, W., & Sanep, A. 2005. Lokalisasi Pengagihan Zakat dan Cadangan Khidmat Sosial: Satu Tinjauan Awal di Malaysia.

Hellriegel, D., Jackson, S.E. & Slocum, J.J. 2005. Management: A Competence-Based Approach. Singapore: Thomson South Western.

Hoge, M.A., Tondora, J. & Marrelli, A.F. 2005. The Fundamentals of Workforce Competency: Implications for Behavioral Health. Administration and Policy in Mental Health 32(5/6):509-531.

Husain Shahatah. 2003. Kaedah Agihan Zakat Harta, Pengertian, Sistem dan Agihannya. Terj. Hamid Fahmy Zarkasyi & Harun Ar-Rashid Hj. Tuskan. Kuala Lumpur: Pustaka Al-Shafa. Mantle, G., & Backwith, D. 2010. Poverty and Social Work. British Journal of Social Work,

40(8), 2380–2397. https://doi.org/10.1093/bjsw/bcq068

McClelland, D.C. 1973. Testing for Competency Rather Than Intelligence. American Psychologist, Vol. 28 No. 1, pp. 1-40.

(17)

17

Mohd Faisol, I. 2014. Sistem pengurusan zakat di Malaysia: Analisis Strategi Penyebaran Maklumat Menerusi Laman Sesawang. Jurnal Pengurusan, 42(2014), 119–130.

Mohd Fauzi Hamat, & Mohd Khairul Naim Che Nordin. 2012. Tinjauan Kepentingan Pembangunan modal Insan Di Malaysia. Journal of Al-Tamaddun, 7(1), 75-89. doi:10.22452/jat.vol7no1.5

Muhammad Rizal Jalil, Hairunnizam Wahid, & Sanep Ahmad. 2018. Lokalisasi Unit Zakat Institusi Pengajian Tinggi Sebagai Model One Stop Center Agihan Zakat Pendidikan.

Journal of Fatwa Management and Research, 10(1), 51-72.

doi:10.33102/jfatwa.vol10no1.28

Muhammad Syukri Salleh. 2006. Lokalisasi Zakat: Satu Cadangan Teoritis. In Abdul Ghafar Ismail & Hailani Muji Tahir (Eds.), Zakat: Pensyariatan, perekonomian, dan perundangan (P. 213). Bangi: Penerbit UKM.

Muhsin, N. P. 2014. Perlaksanaan Zakat di Wilayah Persekutuan: Satu Pemerhatian Terhadap OPerasi Kutipan & Agihan Zakat. Jurnal Hadhari, 6(2), 97–111.

Mukhlas Nugraha. 2017. Konsep Ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah dan Kepentingan Amalannya dalam Kurikulum Pendidikan Islam. TAFHIM: IKIM Journal of Islam and The Contemporary World, Vol 10, 103–149.

Nik Mutasim Nik Ab. Rahman, Nur Atiqah Abdullah, Khairul Akmaliah Adham, & Norazila Mat. 2014. Managerial Competencies: Comparing Conventional and Islamic Perspectives. Jurnal Pengurusan, 41, 91-100. doi:10.17576/pengurusan-2014-41-08

Nurul Ilyana, M. A., Zahri, H., Noor Izzati, A. R., & Azlin alisa, A. (2020). Kelestarian Perakaunan Zakat di Malaysia. 42(1), 75–84.

Patton, B. 2005. Negotiation. In Michael L. Moffitt and Robert C. Bordone. (Eds). The Handbook of Dispute Resolution. San Francisco, CA, USA: Jossey-Bass. 279 - 303. PZ1. 2020. Teks Temubual Bersama Pegawai Zakat 1. Bilik Mesyuarat Bahagian Pemasaran

MAIPk. 10 Jun 2020

PZ2. 2020. Teks temubual Bersama Pegawai Zakat 2. Bilik Mesyuarat Bahagian Pemasaran MAIPk. 13 Julai 2020

Ridzuan Masri, Arman Ahmad, & Razlina Abd Rani. 2018. Teori Maslow dalam Konteks Memenuhi Keperluan Asas Pekerja dan Peranannya dalam Meningkalkan Prestasi Organisasi: Kajian dan Perspektif Islam. Jurnal Hadhari, 10(1), 1-27.

Silahudin, A. 2019. Perbandingan Konsep Kepribadian Menurut Barat Dan Islam. Al-Fikra: Jurnal Ilmiah Keislaman, 17(2), 249. https://doi.org/10.24014/af.v17i2.6343

Spencer, L.M. and Spencer, S. 1993. Competence at Work: Models for Superior Performance, Wiley, New York.

Referensi

Dokumen terkait

Tabel diatas menjelaskan mengenai klaifikasi teknologi manufaktur yang digunakan untuk pembangunan kapal baru dengan tingkatan yang manual. Teknologi ini sebagian besar

menggunakan metode ilmiah yang terdapat pada buku pegangan peserta didik atau pada lembar kerja yang disediakan dengan cermat untuk mengembangkan sikap teliti, jujur, sopan,

Setiap perusahaan tentu mempunyai visi dan misi yang harus dijalankan sesuai dengan tujuan perusahaan butuh waktu untuk mencapai semua itu, begitu juga pada Perusahaan Daerah

Tunjangan Khusus Pengelola Keuangan Daerah Provinsi Papua, yang selanjutnya disebut dengan TKPKD Provinsi Papua adalah tunjangan yang diberikan sebagai insentif

Pakan yang mengandung campuran minyak jagung, minyak ikan dan minyak kelapa atau hanya minyak kelapa memberikan laju pertumbuhan tinggi dan konversi pakan

Orang pertama yang memasuki pelataran Kabah sejak saat itu, tidak peduli dari kabilah mana , harus memutuskan siapa yang akan mengangkat baru itu. Begitu keputusan

kenakalan remaja di antaranya adalah faktor di dalam diri anak itu sendiri, faktor yang berasal dari keluarga, faktor dari lingkungan masyarakat, dan faktor yang berasal dari

Penyusunan skripsi ini sebagai persyaratan untuk menyelesaikan pendidikan di Program Studi Diploma 4 Keselamatan dan Kesehatan Kerja Fakultas Kedokteran Universitas Sebelas