• Tidak ada hasil yang ditemukan

Konsep Hifz Mal Dalam Pengurusan Harta Pusaka Di As-Salihin Trustee Berhad

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Konsep Hifz Mal Dalam Pengurusan Harta Pusaka Di As-Salihin Trustee Berhad"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Konsep Hifz Mal Dalam Pengurusan Harta Pusaka Di As-Salihin Trustee Berhad

Nurul ‘Ain Nadiah binti Abd Razak

Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam,

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor.

nurulainnadiahar@yahoo.com

ABSTRAK: Konsep hifz mal adalah salah satu daripada maqasid syariah yang wajib dilaksanakan dalam setiap pengurusan harta. Syarikat-syarikat yang menguruskan harta pusaka seharusnya menekankan konsep hifz mal dalam pengurusan mereka. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah organisasi yang tidak menerapkan konsep hifz mal ini sehingga menyebabkan berlakunya kes-kes ahli waris tidak dapat menuntut harta si mati. Hal ini menjadi satu permasalahan dalam masyarakat apabila meningkatnya harta yang tidak dituntut di Malaysia. Objektif kajian ini memfokuskan kepada mengenalpasti kaedah pengurusan harta pusaka di as-Salihin Trustee Berhad dan mengkaji pelaksanaan konsep hifz mal di dalam organisasi tersebut. Oleh itu, artikel ini membincangkan mengenai kepentingan pengaplikasian konsep hifz mal dalam pengurusan harta pusaka. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi reka bentuk analisis kandungan yang diperolehi daripada data tekstual dan metode temu bual tidak berstruktur. Hasil kajian mendapati bahawa organisasi pengurusan harta pusaka yang dikaji iaitu as-Salihin Trustee Berhad telah menerapkan dan mengaplikasikan konsep hifz mal dalam menguruskan harta orang Islam. Konsep hifz mal yang diterapkan oleh syarikat as-Salihin Trustee Berhad membantu pengurusan harta pusaka orang Islam menjadi lebih teratur dan sistematik serta mengikut syariat yang telah ditetapkan.

Kata kunci: Konsep hifz mal, harta pusaka, as-Salihin Trustee Berhad

Pengenalan

Maqasid syariah bermaksud tujuan atau matlamat yang dikehendaki oleh syariat melalui sumber dalil al-Quran dan al-Sunnah. Dr. Ahmad Raisuni telah membahagikan maqasid syariah kepada dua bahagian iaitu maqasid ammah dan maqasid khusus. Maqasid ammah merupakan maqasid syariah yang bersifat umum di mana penurunannya adalah bertujuan untuk memelihara manusia daripada sebarang keburukan dan memastikan wujudnya keamanan dalam kehidupan (Ahmad Wifaq 2012: 43).

Antara perkara yang diletakkan di bawah perbincangan maqasid ammah oleh para ulama serta banyak dibicarakan di dalam bidang pengajian Usul al-Fiqh adalah al-Dharuriyyat al- Khams iaitu memelihara lima perkara. Lima perkara tersebut termasuklah memelihara agama (hifz al-din), jiwa (hifz nafs), keturunan (hifz nasl), akal (hifz aql), dan harta (hifz mal).

Penjagaan ini adalah diwajibkan ke atas setiap

individu kerana ia merupakan keperluan bagi meneruskan kehidupan seseorang manusia samada di dalam perkara yang berbentuk keagamaan mahupun keduniaan. Justeru, Islam menetapkan agar konsep hifz mal diaplikasikan dalam pengurusan harta. Konsep hifz mal adalah berkenaan dengan cara bagaimana manusia memperolehi harta, menguruskannya dan membelanjakannya. Islam telah menggariskan kaedah umum dan kaedah khusus tentang bagaimana seharusnya pengurusan harta itu dilakukan. Antaranya adalah melalui pembahagian harta pusaka.

Walau bagaimanapun, masih terdapat kepincangan dari sudut pembahagian harta pusaka kepada ahli waris. Sehingga tahun 2007, sebanyak RM38 bilion nilai hartanah dan jumlah wang milik orang Islam tidak dituntut setelah berlakunya kematian (Utusan Malaysia 2007: 5).

Permasalahan ini timbul disebabkan beberapa faktor yang akhirnya menyebabkan timbulnya mudarat terhadap ahli waris setelah pemilik harta

(2)

meninggal dunia. Antaranya adalah pengabaian terhadap kepentingan menguruskan harta serta membuat wasiat penyerahan harta kepada ahli waris sekaligus menjadikan harta tidak dituntut kerana kekurangan maklumat. Terdapat juga waris yang tidak tahu proses untuk menyelesaikan masalah harta pusaka dan tidak tahu untuk memulakan pengurusan menyelesaikan masalah pusaka (Md Ghazali Ibrahim 2008: 97).

Selain itu, kesilapan orang Islam apabila memilih pihak atau syarikat yang tidak berkemampuan untuk menguruskan harta mereka turut menyebabkan berlakunya lambakan harta yang tidak dapat diserahkan kepada ahli waris.

Tidak dinafikan juga terdapat syarikat-syarikat yang hanya mengaut keuntungan dan tidak melaksanakan pengurusan harta dengan sebaiknya. Hal ini akan menjadi masalah sehingga menyebabkan proses pembahagian mengambil masa yang lama akibat daripada pengabaian tentang hukum syarak daripada syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab.

Pada masa kini, orang Islam mendapat banyak kemudahan dari sudut pengurusan dan pembahagian harta pusaka. Hal ini kerana terdapat banyak syarikat yang beroperasi di Malaysia berperanan khusus dalam pengurusan harta pusaka orang Islam. Namun begitu, seharusnya mereka melihat dan meneliti terlebih dahulu syarikat-syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan harta agar setiap aspek pengurusan itu mengikut syariat Islam yang telah ditetapkan.

As-Salihin Trustee Berhad merupakan salah satu daripada syarikat yang memegang amanah dalam menguruskan harta pusaka orang Islam di Malaysia. Syarikat tersebut telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949. As-Salihin adalah sebuah syarikat amanah yang ditubuhkan untuk memenuhi keperluan umat Islam untuk memelihara, melindungi dan mengagihkan harta hasil titik peluh mereka untuk manfaat orang-orang tersayang apabila mereka meninggal dunia kelak. As-Salihin Trustee Berhad cukup sinonim sebagai pakar perancang harta pusaka Islam yang mampu menguruskan segala masalah pembahagian harta dan lain-lain.

OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN Objektif Kajian

1) Untuk mengenalpasti kaedah pengurusan harta pusaka di as-Salihin Trustee Berhad.

2) Untuk mengkaji pelaksanaan konsep hifz mal di as-Salihin Trustee Berhad.

Persoalan Kajian

1) Apakah kaedah pengurusan harta pusaka di as- Salihin Trustee Berhad?

2) Bagaimanakah pelaksanaan konsep hifz mal di as-Salihin Trustee Berhad?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian adalah kajian deskriptif. Reka bentuk kajian deskriptif selalunya dijalankan bertujuan untuk memberi penerangan yang sistematik mengenai fakta-fakta dan ciri-ciri sesuatu populasi atau bidang yang diminati secara fakta dan tepat (Sidek Mohd Noah 2002: 42). Data dikumpul dengan menggunakan kaedah temu bual. Kaedah temu bual dijalankan untuk mengenal pasti kaedah pengurusan harta pusaka orang Islam dan pelaksanaan konsep hifz mal yang digunakan oleh as-Salihin Trustee.

Pengumpulan dan Analisis Data

Bagi pengumpulan data, pengkaji akan melakukan beberapa kaedah untuk mendapat hasil kajian yang memuaskan. Metode utama yang akan digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan data adalah:

1. Metode temu bual: Temubual dilakukan terhadap salah seorang perunding harta pusaka yang terlibat secara langsung dalam organisasi as- Salihin Trustee Berhad. Dalam kajian temu bual ini, pengkaji menggunakan bentuk soalan tidak berstruktur, kerana menurut Sidek Mohd Noah (2002) soalan yang dikemukakan semasa temu bual tidak berstruktur tidak disusun dan dijadualkan secara tetap (Sidek Mohd Noah 2002:

76). Responden bebas memberi maklum balas dengan caranya sendiri dan masa untuk responden memberi respons tidak ditetapkan. Melalui kaedah ini, penemubual mungkin akan

(3)

memperolehi maklumat-maklumat lain yang penting selain daripada apa yang telah ditetapkan yang boleh membantu pengkaji lebih memahami aspek yang dikaji.

2. Analisis dokumen (analysis documents):

Kajian seterusnya yang akan digunakan oleh pengkaji bagi mendapatkan data ialah melalui analisis dokumen. Melalui kaedah ini pengkaji akan merujuk kepada sumber rujukan bahan- bahan yang berautoriti dalam bidang harta pusaka dan Maqasid Syariah, termasuklah penggunaan buku-buku rujukan, jurnal, majalah, kertas penyelidikan dan lain-lain lagi.

TINJAUAN LITERATUR

Konsep Hifz Mal dalam Maqasid Syariah Perkataan maqasid berasal dari perkataan maqsud (دوصقم) yang membawa erti sesuatu kehendak, matlamat atau tujuan. Manakala maqasid al- syariah (ةعيرشلا دصاقم( bermaksud tujuan yang dikehendaki oleh syariat dengan bersumberkan kepada dalil al-Quran dan al-Sunnah. Maqasid merupakan matlamat yang ingin dicapai dalam melakukan sesuatu. Dalam konteks ini, maqasid dimaksudkan dengan maqasid atau objektif yang diletakkan dalam syariat Islam dalam mensyariatkan sesebuah hukum (Mohd Fiqri 2012: 8).

Ilmu maqasid merupakan ilmu yang mengkaji tentang lima aspek kehidupan iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta berdasarkan ketetapan di dalam al-Quran (Mahadzirah et.al. 2014: 21). Manfaat yang boleh diperolehi daripada mempelajari maqasid syariah ini adalah kerana ilmu ini merupakan unsur penting dalam mengeluarkan hukum serta fatwa.

Hal ini kerana maqasid adalah tonggak yang dapat memastikan setiap hukum itu seiring dengan kehendak dan matlamat yang telah disyariatkan. Lagipun, perkara penting adalah dalam setiap hukum yang dikeluarkan dan difatwakan dapat mencapai piawaian maqasid dan selari dengan objektif syarak kepada umum masyarakat. Hal ini juga melibatkan soal menentukan hukum bagi seorang mujtahid untuk betijtihad dan bagi seorang mufti untuk berfatwa adalah memahami konsep utama maqasid syariah sebagai syarat terpenting.

Konsep hifz mal atau lebih dikenali sebagai penjagaan harta adalah bermaksud apa- apa yang dimiliki oleh sesuatu (Abdul Monir &

Mohd Fauzi 1999: 1). Harta juga merupakan sebahagian daripada perhiasan hidup yang membolehkan manusia menikmatinya dengan lebih baik dan bukan secara berlebih-lebihan. Hal ini kerana harta adalah amanah Allah untuk membantu manusia menggunakannya dengan mentadbir, mengurus dan menjaga alam. Justeru, setiap harta yang dimiliki perlu diuruskan dengan baik dan penuh kejujuran bagi menghapuskan kemiskinan dan memenuhi keperluan manusia sejagat tanpa mencampuri perkara-perkara yang haram.

Harta merupakan antara perkara penting dalam kehidupan manusia. Jadi, Islam telah menggalakkan pencarian harta dan rezeki dengan jalan dan cara yang betul. Harta juga adalah salah satu syariat yang perlu dipelihara dan terkandung dalam maqasid syariah. Aspek dharuriyyat dalam menjaga harta merujuk kepada penghasilan, perlindungan dan pengagihan harta mengikut syariah. Islam amat bertegas dengan umatnya dengan melarang manusia daripada mendapatkan harta dengan cara yang tidak halal seperti mencuri, merompak, berjudi dan merasuah. Oleh itu, manusia dituntut supaya melindungi harta daripada kerosakan atau kemusnahan seperti perbelanjaan secara membazir, ataupun hutang.

Aspek dharuriyyat dalam pengagihan harta adalah membahagikan harta pusaka mengikut faraid (Mahadzirah et. al. 2014: 26).

Kewajipan menjaga harta juga penting kerana ianya melibatkan beberapa keutamaan iaitu harta menjadi sebahagian sumber ibadah dalam melaksanakan perintah Allah S.W.T.

Selain itu, harta juga dapat digunakan untuk mengembangkan dan menegakkan ajaran Islam selain daripada peningkatan kualiti hidup dan membantu masyarakat ke arah melahirkan kehidupan yang lebih harmoni. Penjagaan harta yang digariskan oleh maqasid syariah iaitu dari pemilikan, pengurusan dan pengagihan adalah untuk melahirkan keadaan prihatin dan tanggungjawab sosial dalam keluarga dan masyarakat.

Konsep Pengurusan Harta Pusaka Pengurusan mempunyai pelbagai definisi yang diberikan oleh sarjana-sarjana pengurusan.

Terdapat pendapat yang menyatakan pengurusan adalah proses yang merupakan usaha pengurus untuk merancang dan melaksanakan dengan segala keupayaan untuk mencapai matlamat organisasi. Pengurusan dirujuk sebagai manusia

(4)

dan organisasi yang mana terdapat orang yang mengurus organisasi dan orang yang diurus.

Selain itu, pengurusan juga dirujuk sebagai ilmu apabila memperkatakan satu disiplin pengetahuan dalam memperkayakan diri mengenai cara-cara melakukan proses pengurusan (Asmadi 2008:

37).

Pengurusan bertitik tolak daripada kewujudan matlamat yang dirancang oleh sesuatu organisasi untuk mencapainya melalui kemampuan yang ada. Justeru, menurut pendapat Asmadi juga, pengurusan disimpulkan sebagai pengurusan dari pelbagai sudut termasuklah ianya adalah satu proses, satu kerjaya, satu disiplin ilmu, atau sebagai manusia dalam konteks hubungannya dengan organisasi. Walau bagaimanapun, pengurusan barat berbeza dengan pengurusan Islam yang mencakupi kesempurnaan dunia dan akhirat yang menekankan aspek reka cipta sumber-sumber, cara-cara dan falsafah pengurusan moden (Asmadi 2008: 43). Hal ini termasuklah dalam organisasi yang menguruskan harta pusaka orang Islam.

Perlaksanaan sistem pusaka adalah suatu sistem yang wajib kerana berdasarkan nas-nas al- Quran, sunnah dan ijtimak ulama’. Hukum melaksanakan pusaka ini tidak harus diubah atau diabaikan walaupun ia telah lama disyariatkan kerana tujuan utamanya adalah untuk memelihara kepentingan semua waris dan mereka yang berhak. Antara sebab- sebab diharuskan untuk melaksanakan sistem pusaka ini adalah hubungan keturunan, pernikahan, wala’ dan Islam (Mustofa Al-Khin et. al. 2003: 849).

Konsep harta pusaka orang Islam menurut mazhab Syafie di dalam buku pewaris jutawan yang ditulis oleh Ahmad Tarmizi ialah segala apa yang menjadi kepunyaan si mati masa hidupnya, kemudian ditinggalkan untuk warisnya sama ada dalam bentuk harta dan hak kepunyaan, termasuklah apa yang dimilikinya setelah dia mati (Ahmad Tarmizi 2009: 37). Manakala bagi pendapat Zamro (2008), harta pusaka dikenali sebagai al-tarikah yang bermaksud segala apa yang ditinggalkan atau dibiarkan oleh si mati.

Definisi al-tarikah dari segi syarak pula berlaku perselisihan fuqaha’ dalam menentukan maknanya. Walau bagaimanapun, istilah ini hanya berbeza dari segi lafaz atau perkataan sahaja yang berkaitan dengan istilah al-tarikah.

Kesimpulannya, harta pusaka ialah segala yang ditinggalkan oleh si mati dan hak-hak kebendaan atau bukan hak kebendaan (Zamro et. al. 2008:

71). Manakala, bagi pandangan Md Ghazali

Ibrahim (2008), harta pusaka ialah segala apa yang ditinggalkan oleh si mati samada harta yang berbentuk alih dan tak alih (Mohd Ghazali Ibrahim 2008: 44).

Pengurusan harta pusaka orang Islam kebiasaanya dilakukan oleh syarikat-syarikat tertentu yang membantu menguruskan harta-harta orang Islam dari permulaan seseorang itu meninggal dunia sehingga selesai pengurusannya.

Segala pengurusan yang ingin dilakukan perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh sesuatu syarikat bagi melancarkan perjalanan sepanjang proses pengurusan sedang berlaku.

Walau bagaimanapun, masalah orang Islam kini tidak menyedari akan kepentingan berwasiat dan kepentingan pengurusan harta ini sehingga menimbulkan masalah dalam kalangan saudara dan adik-beradik.

Justeru, setiap harta pusaka orang Islam yang telah meninggal dunia perlu mengikut pembahagian yang telah ditetapkan oleh Allah dalam proses pembahagiaannya. Setiap muslim perlu mempelajari dan memahami hukum faraid, khususnya menghayati konsep dan falsafah di sebalik hukum perkaitan pembahagian harta pusaka kerana dengan penghayatan yang baik dapat membantu dalam proses pembahagian harta dengan sempurna. Faraid pada pengertian syarak ialah bahagian yang ditentukan oleh syarak bagi orang yang berhak menerimanya ataupun bahagian yang ditetapkan kepada ahli waris (Mohd Fitri 2007: 101).

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN Perbincangan bersama seorang responden berpandukan kepada set panduan soalan dan soalan tidak berstruktur telah dijalankan bagi mendapatkan hasil yang diperlukan. Hasil temubual yang telah dilaksanakan bagi menjayakan kajian ini melibatkan seorang responden iaitu perunding harta pusaka daripada syarikat as-Salihin Trustee Berhad yang berpengalaman dalam bidang pengurusan harta pusaka selama hampir dua tahun, Nur Hanida bt Abd Razak. Hasil perbincangan dalam kajian ini adalah responden memberikan jawapan kepada persoalan yang dikemukakan berkaitan dengan pengurusan harta pusaka di as-Salihin. Kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa terdapat beberapa kaedah yang digunakan oleh as-Salihin dalam menguruskan harta pusaka orang Islam yang telah diamanahkan kepada syarikat tersebut.

As-Salihin telah menggunakan beberapa

(5)

instrumen pengurusan harta yang dibenarkan dalam Islam dengan menawarkan produk-produk yang bersifat sistematik dan mengikut syariat.

Selain itu, daripada hasil kajian yang diperolehi juga mendapati bahawa syarikat as-Salihin telah berjaya melaksanakan dan menerapkan konsep hifz mal di dalam pengurusan harta pusaka orang Islam.

Kaedah Pengurusan Harta Pusaka

Syarikat as-Salihin Trustee Berhad telah menggunakan beberapa kaedah dalam menguruskan harta pusaka orang Islam. Kaedah- kaedah tersebut adalah berdasarkan kepada beberapa instrumen perancangan harta yang telah ditentukan di dalam Islam sebagai suatu garis panduan pengurusan harta pusaka yang semestinya menjamin kebahagian manusia di dunia dan di akhirat. Antara instrumen yang digunakan adalah wasiat, hibah dan wakaf.

i) Wasiat

Wasiat adalah pemberian sesuatu secara sukarela yang disandarkan kepada selepas berlaku kematian atau suatu pemberian harta kepada seseorang yang lain dengan sukarela melalui perkataan wasiat ataupun perkataan lain yang membawa maksud wasiat di mana pemindahan hak milik tersebut berlaku selepas kematian pewasiat (Mohd Zamro 2008: 110).

Perancangan harta melalui instrumen wasiat amat digalakkan di dalam Islam. Antara hikmah pelaksanaannya adalah bagi mengelakkan berlakunya perebutan harta di kalangan ahli waris. Justeru itu, as-Salihin Trustee menawarkan perkhidmatan penulisan wasiat mengikut kepada kehendak pelanggan. Sepertimana pandangan Nur Hanida (2015),

“Di sini kami tawarkan pelbagai perkhidmatan dan produk. Salah satunya wasiat. Wasiat ni penting untuk orang Islam. Kalau tak ada wasiat ni, kita boleh tengok macam-macam kes yang berlaku. Kes perebutan hartalah yang paling banyak sekali berlaku kalau kita tengok. Sesama adik-beradik boleh berebut harta pusaka”.

Pada kebiasaannya setelah seseorang telah membuat keputusan untuk menulis wasiat, langkah seterusnya adalah pemilihan wasi yang amanah. Wasi merupakan orang yang dilantik di dalam wasiat untuk melaksanakan hasrat dan arahan pewasiat setelah pewasiat meninggal dunia. Pengurusan wasiat perlu dilakukan dengan

teliti terutamanya apabila memilih wasi atau pentadbir harta yang menguruskan wasiat. Ini kerana tidak semua wasi boleh dipercayai. Hati manusia boleh berubah-ubah apabila berhadapan dengan harta yang banyak. Kejujuran yang dimiliki pada awalnya mungkin hilang hingga sampai satu tahap sanggup mengabaikan amanah yang diberikan semata-mata ingin mengaut harta yang telah diserahkan kepadanya untuk ditadbir.

Nur Hanida (2015) menyokong bahawa pemilihan wasi perlulah dilakukan dengan berhati-hati kerana ia merupakan tanggungjawab yang berat.

“Dalam membuat wasiat ni, pewasiat kena tengok betul-betul siapa yang dia nak lantik sebagai wasi. Sebabnya tugas wasi ni sebagai pemegang amanah ataupun pentadbir harta pusaka sangat berat. Jadinya pemilihan wasi yang salah tak mustahil akan datangkan kemudaratan pada benefisiari”.

Hal ini disokong oleh Ahmad Tarmizi Jusoh (2009) yang mengatakan bahawa wasi bukanlah satu tugas yang mudah dan glamor.

Tugas sebagai wasi ini memerlukan seseorang itu untuk bertanggungjawab dan mempunyai sikap amanah yang tinggi dengan apa yang telah diserahkan kepadanya. Oleh itu, hanya pihak atau individu yang benar-benar layak serta sanggup berkorban sahaja boleh memikul peranan sebagai wasi (Ahmad Tarmizi 2009: 54). Namun begitu, wasi yang dilantik tidak dijamin dapat menyampaikan hasrat pewasiat oleh kerana kemungkinan untuk berlaku perubahan keadaan itu ada seperti wasi jatuh sakit atau meninggal dunia.

Justeru itu, as-Salihin mengambil pendekatan dengan memberi pilihan kepada pewasiat samada ingin melantik wasi daripada kalangan ahli keluarga atau menyerahkan urusan pengurusan wasiat secara langsung kepada as- Salihin. Sekiranya wasi pertama adalah daripada kalangan ahli keluarga, pewasiat adalah digalakkan untuk meletakkan as-Salihin sebagai wasi yang kedua supaya jika berlaku kejadian yang tidak diingini, maka as-Salihin boleh mengambil alih urusan pembahagian harta pusaka agar harta yang telah dipertanggungjawabkan dapat diserahkan kepada penerima wasiat dengan adil dan saksama. Nur Hanida (2015) menerangkan kelebihan menggunakan khidmat di as-Salihin terutamanya berkenaan dengan tanggungjawab seorang wasi iaitu:

“As-Salihin akan uruskan secara total semua perkara dari a to z kalau pewasiat lantik kita jadi

(6)

wasi, start dari pembuatan wasiat sampailah pada pembahagian harta. Sebab tulah kalau ada pewasiat yang nak lantik wasi dari kalangan adik-beradik atau saudara mara yang dia boleh percaya tak ada masalah. Tapi kita akan nasihatkanlah supaya dia lantik as-Salihin juga sebagai wasi kedua supaya senang. Sebab kita tak boleh jangka apa akan berlaku masa depan samada wasi pertama tu akan kekal jujur atau tak. Tak pun kalau dia meninggal sebelum pembahagian harta pusaka berlaku, itu akan jadi masalah. Jadi pewasiat tak payah risau selepas dia dah meninggal nanti, proses pembahagian harta pusaka dia akan tergendala atau jadi lambat. Memang tak boleh nak nafilah, tugas sebagai wasi ni memang berat. Tapi dengan kepakaran yang kita ada, segala pentadbiran yang berkait dengan harta pusaka boleh diselesaikan. Wasi di as-Salihin ni tugas dia banyak dan antaranya kenalpasti harta si mati samada dalam atau luar negara. Kenalpasti orang yang berhak dapat harta pusaka. Dapatkan sijil faraid. Dapatkan surat kuasa tadbir.

Bayarkan hutang si mati. Agihkan harta pusaka.

Secara keseluruhannya, wasi yang akan uruskan semua perkara sepanjang proses nak bahagi harta pusaka. Ini salah satu kelebihan yang ada di as-Salihin”.

Di dalam kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini, masih ada di antara mereka yang tidak memahami konsep wasiat dan cara pelaksanaannya mengikut sebagaimana yang telah disyariatkan. Mereka menyangka bahawa wasiat boleh dibuat untuk siapa sahaja termasuklah untuk ahli waris. Malah ada juga yang ingin hartanya dimiliki oleh orang tertentu sahaja selepas beliau meninggal dunia (Abdul Monir 1999: 76).

Wasiat diberikan kepada ahli keluarga atau sesiapa yang terkeluar daripada senarai ahli waris yang menerima pusaka. Antaranya adalah anak angkat atau saudara jauh. Dengan membuat wasiat, pemilik harta boleh memberikan sebahagian daripada hartanya kepada mereka yang tidak menerima pusaka. Manakala kadar wasiat yang ditetapkan dan dibenarkan oleh syarak adalah sebanyak 1 3⁄ sahaja daripada harta. Bagaimanapun, wasiat boleh dibuat melebihi kadar tersebut tetapi hanya dengan izin ahli waris yang lain. Hujah ini disokong oleh Cik Nur Hanida (2015), yang menyatakan bahawa perlunya bimbingan kepada masyarakat yang tidak tahu membuat wasiat.

“Ada antara orang Islam yang tak tahu cara nak buat wasiat. Jadi kita terangkan pada mereka cara yang sepatutnya. Lagipun wasiat bukan boleh dibuat sebarangan. Ramai orang yang bela anak angkat tapi tak tahu pun anak angkat boleh merasa sekali harta dia. Mereka cuma tahu hukum faraid, anak angkat dah terkeluar. Tapi sebenarnya ada cara lain lagi nak bagi bahagian pada anak angkat. Lagi satu tak semua harta dia boleh bagi ke anak angkat atau buat wakaf.

Hanya 1 3⁄ je yang dibenarkan dalam Islam. Tu pun as-Salihin akan tengok pada hak-hak ahli waris samada terganggu atau tak. Sebab itu, pelanggan yang nak buat wasiat kita akan guide mereka dulu tentang apa-apa yang berkaitan dengan wasiat baru boleh proceed”.

ii) Hibah

Hibah adalah pemberian aset daripada pihak yang memberi (penghibah) kepada pihak yang menerima (penerima hibah) tanpa mengharapkan sebarang balasan. Oleh itu, pemilikan dalam hibah berbeza dengan pemilikan dalam wasiat, di mana hak milik dalam wasiat berkuatkuasa selepas kematian sedangkan dalam hibah hak miliknya berkuatkuasa serta merta (Mohd Zamro et. al. 2008: 134). Perkara ini turut dinyatakan oleh responden, Nur Hanida (2015).

“Hibah ni berbeza dengan wasiat. Kalau wasiat kita bagi lepas pemilik harta dah meninggal, tapi hibah ni pemberian masa pemilik harta tu hidup lagi. Ianya pemberian yang tanpa harapkan balasan. Maknanya tak diwajibkan untuk penerima bagi balasan pula pada pemberi lepas dah dapat hibah”.

As-Salihin Trustee menjadikan hibah sebagai salah satu produk syarikat tersebut yang dinamakan sebagai Pri-Hibah dalam usaha untuk menjamin hak anak-anak setlor. Produk tersebut merupakan deklarasi hibah yang dilakukan oleh pemilik aset atau harta dan dalam pengertian yang lain, ia merupakan suatu pemberian. Melalui Pri- Hibah, penghibah secara jelas menyatakan bahawa beliau memberi aset atau harta kepada benefisiari atau penerima hibah dan beliau memegang harta tersebut untuk kepentingan benefisiari itu sendiri.

“Kalau di as-Salihin, kita tawarkan produk yang menggunakan instrumen hibah yang kita namakan sebagai Pri-Hibah. Melalui Pri-Hibah ni, setlor atau pemilik harta boleh deklarasi harta yang akan dia bagi pada benefisiari. Ianya dalam

(7)

bentuk dokumen bertulis. Dalam tu ada syarat, ada terma”.

Nur Hanida (2015) menambah bahawa segala produk yang ditawarkan di as-Salihin adalah berlandaskan syariah dan ini termasuklah produk yang menggunakan instrumen hibah iaitu Pri-Hibah. Pembatalan atau penarikan semula hibah ditetapkan sebagai sesuatu yang tidak boleh dilakukan bersandarkan dalil Nabi Muhammad s.a.w serta melihat kepada pandangan-pandangan fuqaha.

“Hibah yang dibuat di as-Salihin adalah mengikut pada syarak. Antaranya, hibah yang dah sempurna rukun, terus berkuatkuasa.

Maknanya penghibah tak boleh nak tarik balik pemberian dia tu”.

iii) Wakaf

Wakaf adalah suatu perbuatan menahan sesuatu harta yang boleh digunakan tanpa susut nilai fizikalnya dengan cara menyerahkan hak miliknya kepada seorang pengguna yang harus dan wujud. Dari sudut tujuan, wakaf dilihat berbeza dengan perbuatan sedekah. Perkara ini dijelaskan oleh Nur Hanida (2015) sebagaimana berikut:

“Wakaf tak sama dengan sedekah. Sedekah ni kita bagi untuk orang miskin, orang yang memerlukan. Tapi wakaf ni kita bagi harta atau aset kita untuk kegunaan seluruh masyarakat secara umum”.

Syarikat as-Salihin menyediakan dua jenis perkhidmatan dalam urusan penyediaan wakaf oleh pemilik harta atau pewakaf.

Perkhidmatan yang pertama adalah khidmat nasihat yang diberikan dalam cadangan pembentukan wakaf oleh pegawai as-Salihin sendiri. Pelanggan boleh meminta pandangan berkenaan dengan cara yang betul untuk mewakafkan harta menurut syariat Islam.

Seterusnya, jika pewakaf bersetuju dengan pelan wakaf yang disediakan oleh pegawai as-Salihin, mereka boleh memilih samada untuk meneruskan ke peringkat seterusnya atau tidak. Khidmat atau peringkat yang kedua adalah, pegawai akan menyediakan perjanjian atau dokumen berkenaan wakaf supaya proses wakaf dapat diteruskan.

Peringkat pengurusan wakaf ini dijelaskan oleh responden, Nur Hanida (2015) di dalam temubual yang telah dijalankan.

“Di as-Salihin ada dua jenis perkhidmatan yang kita tawarkan. Yang pertama, kita bantu

pelanggan yang nak wakafkan sebahagian harta mereka. Bantu tu bantu dari sudut nasihatlah.

Tentang macam mana cara nak buat wakaf.

Harta mana yang dia boleh wakafkan. Dan seterusnya, kalau pelanggan nak proceed untuk buat wakaf, dah setuju dan sebagainya, kita akan sediakan dokumen perjanjian wakaf”.

Pelaksanaan Konsep Hifz Mal di As-Salihin Trustee Berhad

Pengurusan harta pusaka di syarikat as-Salihin Trustee adalah mengikut kepada kehendak syarak. Hal ini boleh dilihat pada sudut penggunaan instrumen-instrumen yang dibenarkan di dalam Islam seperti wasiat, hibah dan wakaf. Ketiga-tiga perkara ini digalakkan di dalam Islam agar umat manusia menguruskan dan menggunakan harta yang mereka miliki ke arah yang diberkati dan diredhai Allah s.w.t.

Sesungguhnya Allah s.w.t menguji manusia dalam dua bentuk iaitu sebelum dan selepas memiliki harta. Allah s.w.t menduga keimanan seseorang itu dengan melihat cara yang bagaimana dia lalui untuk memperolehi harta, samada dengan cara yang halal atau haram.

Setelah itu, Allah s.w.t memberi ujian sekali lagi dengan melihat ke mana harta tersebut dibelanjakan (Mahadzirah Mohamad 2014: 103).

Pendekatan yang digunakan oleh as- Salihin dalam menguruskan harta pusaka orang Islam adalah menurut kepada konsep penjagaan harta (hifz mal) di dalam maqasid syariah.

Penerapan unsur-unsur penjagaan harta yang berlandaskan syarak dapat dilihat dalam produk- produk yang ditawarkan di as-Salihin Trustee Berhad yang mana kesemua produk tersebut adalah perkara yang digalakkan untuk dilaksanakan di dalam Islam. Antaranya adalah perkhidmatan menguruskan wasiat, hibah dan wakaf yang mana ketiga-tiga aspek ini menggunakan saluran yang ditetapkan oleh syarak.

Wasiat seumpamanya merupakan suatu perbuatan yang digalakkan oleh syarak dan kedudukannya adalah di peringkat hajiyyat dalam maqasid syariah. Orang Islam tidak diwajibkan untuk melakukan wasiat kerana kewajipan tersebut telah dimansuhkan dengan ayat-ayat al- Quran yang berkaitan dengan pusaka. Tetapi hukum tersebut boleh bertukar menjadi wajib sekiranya terdapat keperluan lain seperti pemulangan barang dan pembayaran hutang yang tidak diketahui oleh ahli waris (Akmal Hidayah

(8)

2013: 2). Disebabkan itu, as-Salihin Trustee memberi galakan penuh kepada orang Islam untuk membuat wasiat sebelum meninggal dunia selain daripada mengharapkan pembahagian harta pusaka melalui hukum Faraid semata-mata. Oleh itu, aspek wasiat ini penting dalam setiap organisasi atau syarikat yang menguruskan bahagian harta pusaka ini.

Selain wasiat, hibah juga merupakan salah satu instrumen yang boleh digunakan oleh pemilik harta untuk memberi aset atau sebahagian hartanya kepada sesiapa yang diingini. Konsep hibah ini mendatangkan banyak manfaat pada diri penghibah seperti membebaskan diri dari belenggu haloba, kedekut, lemah jiwa serta mementingkan diri sendiri.

Peranan as-Salihin dalam menekankan konsep hifz mal untuk menguruskan harta pusaka adalah dengan memastikan bahawa perjanjian hibah yang telah dibuat mengikut kepada syariat Islam. Antara perkara yang ditekankan adalah mewujudkan satu produk yang menggalakkan orang Islam untuk membuat hibah iaitu Pri- Hibah. Salah satu ciri dalam produk tersebut menggunakan dasar daripada syariat Islam misalnya di dalam kes penarikan atau pembatalan hibah, Pri-Hibah menggunakan dasar daripada sabda Nabi Muhammad s.a.w yang melarang hibah yang telah diberikan kepada penerima ditarik balik oleh pemberi atau penghibah, kecuali bagi hibah yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak.

Konsep hifz mal yang diterapkan oleh as- Salihin juga dapat dilihat melalui pelaksanaan wakaf. Perbezaan di antara wakaf dan hibah adalah wakaf diberikan untuk kegunaan oleh keseluruhan masyarakat yang berbentuk kekal seperti tanah atau bangunan. Manakala hibah pula dihadiahkan kepada individu atas dasar kasih sayang. Amalan wakaf bertujuan untuk membantu masyarakat dari sudut pembangunan sosial, ekonomi dan ibadat yang dapat meningkatkan keimanan seseorang Islam (Mahadzirah Mohamad 2014: 122).

Menolong sesama Islam adalah suatu keperluan (hajiyyat). Disebabkan itu, mewakafkan harta atau aset termasuk di dalam apa yang disuruh oleh Islam. Hal ini adalah kerana salah satu kelebihan wakaf adalah membantu masyarakat secara amnya dengan menggunakan harta ke jalan yang diredhai.

Mewakafkan harta yang ada juga menjadikan diri seseorang mensyukuri apa yang dimiliki dengan berkongsi bersama masyarakat. Oleh itu, Islam

menggalakkan agar umatnya mewakafkan mengikut kemampuan demi untuk keharmonian dalam masyarakat dan berkongsi sesama insan.

Justeru itu, dapat disimpulkan bahawa pengurusan yang dijalankan oleh as-Salihin menjurus kepada salah satu daripada maqasid syariah iaitu konsep penjagaan harta (hifz mal) yang disyariatkan oleh Islam. Pengurusan seperti wasiat, hibah dan wakaf dalam menguruskan harta orang Islam perlu dititikberatkan agar setiap harta tersebut boleh menjadi syafaat kepada si mati kelak. Pengurusan berlandaskan hifz mal ini juga mampu membawa Islam sebagai contoh kepada agama lain dalam aspek pengurusan harta pusaka.

KESIMPULAN

Berdasarkan perbincangan berkaitan dengan pengurusan harta pusaka di atas, jelas menunjukkan bahawa kepentingan hifz mal dalam setiap pengurusan harta pusaka orang Islam di Malaysia adalah wajar dilaksanakan bagi memastikan setiap harta orang Islam itu bersih daripada unsur-unsur syubhah dalam pengendaliannya. Justeru, as-Salihin Trustee Berhad dalam pengurusannya berusaha untuk memastikan agar kehendak matlamat syarak dapat dipenuhi terutamanya dalam konsep penjagaan harta.

Maka setiap perkara yang disyariatkan dalam Islam ada tujuan yang tertentu untuk melindungi setiap aspek kehidupan manusia terutamanya perihal harta pusaka orang Islam.

Hal ini bagi mengelakkan berlakunya masalah- masalah pada masa akan datang seperti perebutan harta pusaka, harta yang tidak dituntut serta kewujudan unsur-unsur syubhah dalam penggunaan harta yang merupakan hak milik ahli waris. Jelas di sini bahawa, Islam amat mementingkan aspek penjagaan harta pusaka kerana ia melibatkan hukum halal dan haram.

Syarikat as-Salihin Trustee Berhad sangat menekankan aspek kepentingan orang Islam apabila menjadikan perkhidmatan pengurusan harta di syarikat tersebut khusus ditawarkan hanya untuk pelanggan yang beragama Islam sahaja. Syarikat-syarikat pengurusan harta seperti ini seharusnya diperbanyakkan lagi di Malaysia supaya bilangan orang Islam yang menguruskan harta mereka melalui perkhidmatan golongan yang berautoriti dan amanah bertambah dari semasa ke semasa. Hal ini secara tidak langsung dapat mengelakkan kes harta beku atau

(9)

tertunggak di Malaysia daripada berlaku atau bertambah kepada kes yang sedia ada.

RUJUKAN

Abdul Monir Yaacob & Mohd Fauzi Mustaffa.

1999. Pentadbiran Harta Menurut Islam.

Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Ahmad Tarmizi Jusoh. 2009. Pewaris Jutawan:

Kaedah Merancang & Menguruskan Harta Pusaka Islam. Serdang: True Wealth Sdn Bhd.

Akademi Pengurusan Yapeim. 2011. Pengurusan Islam Menghayati Prinsip dan Nilai Quran. Kuala Lumpur: Akademi Pengurusan Yapeim Sdn. Bhd.

Akmal Hidayah Halim. 2013. Wasiat dan Hibah:

Hukum dan Prosedur. Seminar Wanita dan Syariah: Mengurus Harta Bukan Sekadar Merancang Kewangan.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Asmadi Mohd Naim. 2008. Maqasid Syariah dan Pemikiran Pengurusan Islam. Sintok:

Universiti Utara Malaysia.

Engku Rabiah Adawiah Engku Ali. 2013.

Maqasid Syariah dalam Produk Kewangan Patuh Syariah dalam Sektor Pengurusan Dana Islam. Muktamar Kewangan Islam Brunei Darussalam 2013.

Mahadzirah Mohamad, Nor Azman Mat Ali, Nasir Mohamad, Wan Mohd Yusof Wan Chik, Nor Hilmi Muhammad & Fazida Karim. 2014. Kualiti Hidup Pendekatan Maqasid Syariah. Terengganu: Universiti Sultan Zainal Abidin.

Md Ghazali Ibrahim. 2008. Urus Harta Sebelum Mati. Kuala Lumpur: Mustread Sdn. Bhd.

Md Ghazali Ibrahim. 2008. RM38 Billion Pusaka Belum Dituntut. Tanjong Malim: Tijarah Network.

Mohd Fitri Abdul Rahman. 2007. Bagaimana Mengurus Harta Pusaka. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Mohd Fiqri Che Hussain. 2012. Pengenalan Maqasid Syariah. Johor: Percetakan Impian Sdn. Bhd.

Mohd Zamro Muda, Mohd Ridzuan Awang, Abdul Basir Mohamad & Md. Yazid Ahmad. 2008. Pengantar Undang- undang dan Pentadbiran Pusaka, Wasiat dan Wakaf Orang Islam di Malaysia.

Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mustofa Al-Khin, Mustofa Al-Bugho & Ali Asy- Syarbaji. 2003. Kitab Fekah Mazhab Syafie. Kuala Lumpur: Pusaka Salam Sdn. Bhd.

Sidek Mohd Noah. 2013. Rekabentuk Penyelidikan Falsafah, Teori dan Praktis.

Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Utusan Malaysia. 26 September 2013.

Utusan Malaysia. 11 Julai 2007.

Referensi

Dokumen terkait

Penyesuaian APBN dengan perkembangan dan/atau perubahan keadaan dibahas bersama DPR dengan Pemerintah Pusat dalam rangka penyusunan prakiraan perubahan atas APBN tahun anggaran

Apakah faktur penjualan, nota penjualan dan surat pemesanan barang yang digunakan pada saat ini mudah dimengerti oleh karyawan?. Pengendalian fisik atas aktiva dan catatan

Surat Penolakan yang sudah ditandatangani oleh Kepala Bidang disampaikan oleh staf pengelola gaji kepada Kepala SKPD yang bersangkutan melalui Bendahara Pengeluaran

Second master didapatkan setelah proses permesinan membuat master baik dengan 3d printing ataupun mesin CNC. Second master mempunyai kegunaannya supaya perhiasan

Dengan penggunaan alat hand mixer maka pada proses pengadukan adonan tersebut tidak dapat digunakan pada kapasitas wadah yang besar dan sulitnya saat pengadukan pada

Diklat Teknis Agribisnis jamur bagi petugas adalah suatu langkah strategis dan mutlak dilaksanakan untuk pengembangan dan ketersediaan sumberdaya manusia pertanian

Atje Wiriadinata, Proses Pembentukan Pasukan Gerak Tjepat (PGT) sebagai bagian dari pengembangan organisasi Angkatan Udara, Bagaimana kontribusi Pasukan Gerak

Maka, sejajar dengan pernyataan tersebut, penciptaan suatu hasil kesenian sebagai kearifan tempatan dalam kalangan masyarakat Melayu Islam menjadi cerminan martabat