• Tidak ada hasil yang ditemukan

JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN JILID 11, 2016

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN JILID 11, 2016"

Copied!
152
0
0

Teks penuh

(1)

JURNAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

JILID 11, 2016

(2)

J

urnal

P

enyelidikan

P

endidikan

Jilid 11, 2016

Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri

Teacher Education Institute Sarawak Campus, Miri

(3)

ii

PENYELARAS (COORDINATOR)

Dr HU LAEY NEE

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan

Panel Editor (Panel of Editors)

Mendiang SIA PONG WON, Jabatan Pengajian Melayu TING SIU GIN, Jabatan Bahasa

Dr BALKISNAH bt SHAHARUDDIN, Jabatan Sains

AZHAR b ABD WAHAB, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral NORSARIHAN b AHMAD, Jabatan Bahasa

Editor Grafik (Graphic Editor)

Dr HU LAEY NEE, Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan TING SIU GIN, Jabatan Bahasa

Jurnal Penyelidikan Pendidikan, IPG Kampus Sarawak menerbitkan hasil-hasil penyelidikan

pendidikan staf akademik, bekas staf akademik, para peserta kursus dalam perkhidmatan, dan para pelatih guru pra dan dalam perkhidmatan di IPG Kampus Sarawak. Satu salinan manuskrip mengikut gaya yang dispesifikasikan dalam Publication Manual of the American Psychological Association (APA) boleh dialamatkan ke Sidang Editor, Jurnal Penyelidikan Pendidikan, IPG Kampus Sarawak, Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak, Malaysia.

The IPG Kampus Sarawak Journal of Education Research publishes educational research works of the academic staff, ex-academic staff, in-service course participants, and pre-service teacher trainees of IPG Kampus Sarawak. A copy of each manuscript conforming to the style specified by the Publication Manual of the American Psychological Association (APA) can be addressed to the Editorial Board, Jurnal Penyelidikan Pendidikan, IPG Kampus Sarawak, Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak, Malaysia.

Hak Cipta Terpelihara © 2016 oleh IPG Kampus Sarawak, Miri

Copyright © 2016 by IPG Kampus Sarawak, Miri

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan jurnal ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau cara-cara lain sebelum mendapat kebenaran secara bertulis daripada Pengarah, IPG Kampus Sarawak.

Partial reproduction of article/s, illustrations and contents in any form and means, be it electronically, photocopying, mechanically, recordings or any other means is prohibited before written permission is requested from the Director, Teacher Education Institut Sarawak Campus, Miri.

Segala surat-menyurat boleh dialamatkan kepada:

All correspondence can be addressed to:

Sidang Editor

Jurnal Penyelidikan Pendidikan

Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak Jalan Bakam, 98009 Miri

(4)

iii Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tahniah dan syabas kepada semua penulis, Penyelaras, Sidang Editor IPG Kampus Sarawak 2016 kerana telah memberikan sumbangan dan berjaya menerbitkan Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 11, Tahun 2016.

Penyelidikan pendidikan merupakan usaha yang dijalankan oleh para pendidik untuk lebih mengetahui sesuatu fenomena atau gejala untuk tujuan penambahbaikan. Dalam pada itu, penyelidikan tindakan sebagai salah satu daripada penyelidikan pendidikan telah diusulkan dan digerakkan sebagai usaha penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru. Penyelidikan tindakan memerlukan guru, sebagai pengamal reflektif, membuat refleksi secara kritikal-emansipatori selain secara teknikal-rasionalisasi agar siri tindakan boleh dirancang seterusnya dilaksanakan untuk menambah baik alaman PdP. Refleksi dan siri tindakan ini berlingkaran kerana proses PdP bersifat dinamik dan kontekstual serta dipengaruhi oleh pelbagai faktor luar kawalan guru. Maksudnya, guru akan sentiasa mengikhtiarkan inovasi dalam kaedah, teknik dan strategi PdP demi meneguhkan usaha perubahan dan pembaharuan dalam amalan profesional untuk membuahkan pembelajaran optimum dalam kalangan anak didik.

Jurnal Penyelidikan Pendidikan ini merupakan jurnal ke-11 yang memuatkan pelbagai inovasi PdP Sains, Bahasa Cina, dan Pendidikan Agama Islam yang telah dilaksanakan dan didapati berkesan untuk menyelesaikan pelbagai masalah pembelajaran dalam kalangan murid sekolah rendah. Replikasi dengan pengubahsuaian terhadap inovasi yang telah dilaksanakan oleh penyumbang artikel, boleh digarapkan oleh guru lain demi kecemerlangan pencapaian anak didik masing-masing. Sekiranya, penyelidikan tindakan ini dijadikan sebahagian amalan rutin PdP, nescaya akan semakin berkesan dan berkualitilah setiap PdP yang dilaksanakan. Akhir kata, guru yang berkesan akan sentiasa berusaha mengoptimunkan keberkesanan PdP-nya. Untuk mencapai matlamat ini, guru perlu berusaha menjadi pengamal reflektif yang berani mengkritik amalan diri secara jujur. Kritikan ini kemudiannya dijadikan asas untuk melakukan perubahan dan pembaharuan dalam amalan PdP.

Semoga artikel dalam jurnal ini memberi inspirasi dan menunjukkan beberapa cara praktik untuk mengorak langkah ke arah kecemerlangan PdP.

(JAMIRAN BIN SALAM) Pengarah,

IPG Kampus Sarawak Sekian, terima kasih.

(5)

iv

Penerbitan Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPG Kampus Sarawak Jilid 11 ini merupakan kesinambungan usaha yang diambil untuk membudayakan penyelidikan dalam kalangan guru. Falsafah yang dipegang ialah semua penyelidikan, khasnya penyeldidikan tindakan memanfaatkan semua masyarakat pendidik.

Dalam jilid ini, 13 artikel penyelidikan tindakan berkaitan amalan profesionalisme dalam bilik darjah telah dimuatkan. Daripada 13 artikel ini, satu artikel berkiatan dengan konsep penyelidikan tindakan, tiga berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran (PdP) Sains, lima PdP Bahasa Cina, dan empat PdP Pendidikan Agama Islam. Semoga artikel-artikel ini memberi celik akal kepada guru-guru untuk melaksanakan penyelidikan tindakan untuk menambah baik amalan PdP diri sendiri yang nescaya membawa peningkatan pembelajaran dalam kalangan anak didik masing-masing.

Artikel yang termuat dalam jilid ini dipaparkan berdasarkan disiplin ilmu, bermula dengan Sains, diikuti bidang bahasa Cina, dan diakhiri dengan Pendidikan Agama Islam. Walau apapun, kesemuanya memerihalkan inovasi (tindakan pengubahsuaian atau pembaharuan teknik dan kaedah) yang telah dilaksanakan oleh penyumbang dalam usaha menangani masalah PdP yang dihadapi ke arah mengoptimumkan pembelajaran dalam kalangan anak didik masing-masing.

Sesungguhnya penyelidikan dalam bilik darjah, sama ada yang dilaksanakan secara besar-besaran atau hanya sekadar melakukan sesuatu pembaharuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi menjayakan sesi PdP selepas membuat refleksi, sewajarnya dijadikan amalan rutin guru. Amalan rutin ini sekiranya dilaksanakan secara terancang, bukan sahaja akan memanfaatkan pembelajaran anak didik, tapi juga akan menjadikan guru seorang pengamal reflektif yang seterusnya meningkatkan amalan profesionalisme masing-masing.

Sidang Editor ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada para penyumbang dan berharap usaha yang baik ini tidak terhenti dengan terbitnya artikel mereka dalam jurnal ini. Teruskan usaha dan jadikan penyelidikan tindakan sebahagian amalan profesionalisme rutin.

Sekian, terima kasih.

Sidang Editor,

(6)

v

IPG KAMPUS SARAWAK

JILID 11

TAHUN 2016

Halaman

Semadah Kata, Semanis Pembuka Bicara iii

Prakata iv

Isi Kandungan v

Kajian Tindakan : Model, Teknik Pengumpulan Data dan Cara Menganalisis Data

Balkisnah Shaharuddin dan Sia Pong Won 1

Membantu Meningkatkan Kemahiran Menghubung Kait Pemboleh Ubah Menggunakan Kotak SeCoPem-JiM

Atekah Taer dan Tracy Mensan 15

Penggunaan Jadual Bahpersa Untuk Membantu Meningkatkan Kemahiran Mengenal Pasti Pemboleh Ubah Dan Menulis Hipotesis

Jariah Mohamad Dawi dan Tracy Mensan 25

Penggunaan Puzzle Haiwan Membiak Dapat Meningkatkan Prestasi Murid Tahun 2 Bijak Dalam Topik Haiwan Membiak

Jelia Kanang dan Mohamad Zailani Jaya 35

通过情境创设来帮助二年级学生写话

(Pembelajaran Murid Tahun Dua Dalam Menulis Ayat Melalui Kaedah Kontekstual)

Amy Wong Chai Lim dan Hu Laey Nee 47

“以情优教,直映童心” 运用情感教学法改善写话教学

(Penggunaan Kaedah “Emotional Scaffolding” Untuk

Memperbaiki Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Penulisan)

Chua Lim Lim dan Lee Tiew Siong 59

如何透过画写结合来帮助三年级学生写话

(Penggunaan Kaedah Kombinasi Melukis Dan Menulis Bagi Membantu Murid Tahun TigaDalam Penulisan Ayat)

Yii Ming Hock dan Ting Siu Gin 71

运用思维地图提升二年级学生对记叙文的认知能力

(Penggunaan Peta i-Think Untuk Meningkatkan Aras Kognitif Dalam Pemahaman Jenis Naratif Bagi Murid Tahun 2)

(7)

vi

(Penggunaan Strategi Menulis Berdasarkan Petikan Teks Untuk Membantu Murid Dalam Penulisan Perenggan)

Liew Chiat Ing dan Hu Laey Nee 93

Aplikasi Kaedah Bercerita Berbantukan Model 3D Dalam Meningkatkan Ingatan Murid Bagi Tajuk Wahyu Pertama

Anim Jabur dan Mohd Yusri Yusoff 105

Penggunaan Kaedah “Grid & FYN” Untuk Menghafaz Surah Al-Qari’ah Dalam Kalangan Murid Tahun 4

Wan Munauwirah Wan Suaidi dan Mohd Yusri Yusoff 113 Penggunaan Kaedah TERIAN Dalam Meningkatkan Kemahiran

Murid Mengingat Perkara Sunat Ab’ad

Nur Shakinah Mohamad dan Firdaus Abdullah 123 Penggunaan Slaid Akrostik Dalam Meningkatkan

Kebolehan Menghafaz Perkara Sunat Ab’ad

(8)

vii

In memory of late Mr. Francis Sia Pong Won

(9)
(10)

KAJIAN TINDAKAN : MODEL, TEKNIK PENGUMPULAN DATA DAN CARA MENGANALISIS DATA

BALKISNAH SHAHARUDDIN dan SIA PONG WON ABSTRAK

Artikel ini membincangkan mengenai model, teknik pengumpulan data dan cara menganalisis data dalam kajian tindakan. Lima model penyelidikan tindakan dikemukakan iaitu Model Somekh, Model Lewin, Model Kemmis & McTaggart, Model McKernan dan Model Johnson. Bagi tujuan pengumpulan data, artikel ini mengemukakan lima asas teknik pengumpulan data dalam kajian tindakan iaitu penggunaan instrumen soal selidik, temu bual, pemerhatian, ujian dan bahan dokumen. Seterusnya artikel ini mengemukakan beberapa cadangan bagaimana data yang dikumpul melalui penggunaan instrumen di atas dianalisis untuk tujuan mendapatkan keputusan kajian tindakan yang dilakukan.

Kata kunci: model penyelidikan tindakan, asas teknik pengumpulan data, instrumen,

analisis

ABSTRACT

This article discuss about model, technique of collecting data and how to analyze data in action research. Five models of action research propose by Somekh, Lewin, Kemmis & McTaggart, McKernan and Johnson were propose in this article. For the data collection, this article propose five instruments sucha as questionare, interview, observation, test and materials document. Next this article proposed how the above data were analyze to get the result of the action research

Keywords:action research model, data collection, instrument, analyze

PENDAHULUAN

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan rutin asas yang dilalui oleh guru dan pendidik guru dalam aktiviti harian mereka. Dalam mendepani rutin asas ini mereka sering berhadapan dengan pelbagai situasi samada bersifat positif atau sebaliknya. Antaranya adalah situasi yang melibatkan kegagalan pelajar, kejayaan yang tidak mencapai sasaran, permasalahan minat dan kecenderungan pelajar, serta lain-lain. Guru atau pendidik guru yang prihatin akan sentiasa memikirkan apakah tindakan yang boleh diambil untuk memberi perubahan atau penambahbaikan kepada situasi yang dihadapi

Sesuai dengan ungkapan guru sebagai agen perubahan, maka di sana usaha untuk merubah situasi yang negatif menjadi lebih positif dan situasi yang positif menjadi semakin positif maka budaya penyelidikan yang dibangunkan dalam kalangan pendidik pasti dapat memberi impak dan membantu meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, setiap permasalahan, kekangan atau kerumitan yang berlaku pada peringkat sekolah sewajarnya dapat diselesaikan secara bijaksana oleh warga pendidik di sekolah melalui pendekatan yang lebih professional.

Kajian Tindakan dicadangkan sebagai wahana pengamal untuk menambahbaik amalan kendiri berdasarkan situasi dan konteks fenomena itu berlaku. Pengamal reflektif terzahir jika dan hanya jika, penyelidikan tindakan ini telah dihayati dan menjadi satu rutin dalam amalan para pendidik, terutamanya dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Secara amnya kajian tindakan merujuk kepada penyelidikan ke atas amalan oleh pengamal, baik secara individu mahupun bersama pengamal lain; untuk mengubah dan

(11)

2

menambah baik amalan sedia ada. Dalam bidang pendidikan, pengamal boleh terdiri daripada seorang guru, pentadbir atau seseorang kaunselor sekolah, atau individu lain yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, lazimnya kajian tindakan merujuk kepada penyelidikan yang dijalankan oleh guru untuk memperbaiki amalan dalam pengajaran dan pembelajaran.

DEFINISI KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan boleh didefinisiksn melalui pelbagai definisi mengikut pengamalnya. Antaranya ialah

a. Kemmis & McTaggart (1988) 


Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif, oleh seseorang dalam sesuatu situasi sosial bagi meningkatkan kerasionalan dalam amalan di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan 


b. Ebbut (1985) 


Kajian tindakan merupakan suatu kajian yang sistematik untuk isu yang mereka sukai. Ianya juga menyediakan satu kaedah yang formal bagi menjadikan pengetahuan guru sebagai sebahagian daripada sumber maklumat dalam pengajaran serta mendekatkan guru dalam struktur kuasa dalam pendidikan.

c. Elliot ( 1991)

Kajian Tindakan dilihat sebagai satu kajian dalam situasi sosial samada di bilik darjah atau di sekolah dengan hasrat untuk memperbaiki kualiti sesuatu tindakan dalam konteks sosial yang berkaitan.

d. Kember dan Gow (1992),

Kajian tindakan melibatkan pengamal (guru) untuk mencuba membaiki pengajaran mereka melalui kitaran yang melibatkan proses perancangan, pelaksanaan, pemerhatian dan refleksi.

Berasaskan kepada pelbagai definisi yang diberikan dapat dirumuskan bahawa kajian tindakan adalah satu kajian saintifik yang membolehkan seseorang membuat refleksi terhadap permasalahan yang dihadapi, melakukan pungutan dan analisis terhadap data yang diperolehi dan seterusnya melaksanakan perubahan terhadap amalan mereka berdasarkan dapatan-dapatan yang diperolehi. Kesemua ini menjurus kepada matlamat asas menjalankan penyelidikan tindakan, iaitu untuk mengubah dan menambahbaik amalan mereka. Selain dari matlamat asas membuat penambahbaikkan dalam amalan kendiri, terdapat juga pandangan yang melihat penyelidikan tindakan dilaksanakan berasaskan empat sebab iaitu penyelidikan untuk tujuan penerokaan, penyelidikan untuk tujuan penghuraian, penyelidikan untuk tujuan penerangan dan penyelidikan untuk tujuan ramalan (University of Texas, 2011).

JENIS KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kajian tindakan teknikal (technical action research), kajian tindakan praktikal (practical action research) dan kajian tindakan bebas (emancipatory action research) (Carr & Kemmis 1986; Grundy 1982). Menurut Carr & Kemmis (1986); Grundy (1982), kajian tindakan jenis teknikal telah dimulakan oleh pakar dari luar sebagai fasilitator dan pengamal-pengamal banyak bergantung pada fasilitator tersebut. Kajian tindakan teknikal lebih memfokuskan kepada keberkesanan dan kecekapan pendidikan yang tertumpu kepada produk.

(12)

3

Kajian tindakan praktikal pula adalah melibatkan fasilitator dan pengamal menyelidik secara bersama dan mengalakkan penglibatan serta refleksi kendiri pengamal-pengamalnya. Sementara kajian tindakan bebas adalah masih melibatkan fasilitator dan pengamal penyelidik bersama secara kolaboratif. Kajian tindakan bebas menggalakkan tanggungjawab dikongsi sama rata oleh pengamal dan pengamal bebas daripada mengikut cara tradisi dan membuat keputusan demokrasi.

Bagi Calhoun (1993) pula, beliau membahagikan kajian tindakan kepada tiga keadaan iaitu kajian tindakan individu (individual action research), kajian tindakan kolaboratif (collaborative action research) dan kajian tindakan seluruh sekolah (school wide action research). Kajian tindakan individu adalah kajian yang dilaksanakan secara individu manakala kajian tindakan kolaboratif pula dilaksanakan oleh kumpulan guru secara sukarela dengan pensyarah universiti. Kajian tindakan seluruh sekolah adalah kajian yang melibatkan seluruh kakitangan dan guru sekolah secara bersama melaksanakan kajian McNiff, Lomax dan Whitehead (2003) membahagikan kajian tindakan kepada tiga pendekatan iaitu, pertama, pendekatan interpretif (interpretive approaches) iaitu pendekatan yang mengakui kewujudan pengamal sebagai peserta kajian yang sebenar di dalam kajian; kedua, pendekatan teoritik kritikal (critical theoritic approaches) iaitu pendekatan yang membolehkan orang menjadi sedar tentang kekuatan sejarah dan budaya yang telah mempengaruhi mereka dan situasi serta proses membuat teori adalah terhad pada kenyataan secara retorik daripada wujud dalam amalan mereka sendiri; dan ketiga, pendekatan teori hidup (living theory approaches) iaitu pendekatan yang menggalakkan pengamal sendiri yang mengemukakan penghuraian dan penjelasan mereka bagi pembelajaran mereka sendiri

Creswell (2005) pula membahagikan kajian tindakan kepada dua jenis iaitu kajian tindakan amalan (Practical Action Research) dan kajian tindakan penyertaan (Participatory Action Research . Kajian yang melibatkan tinjauan tentang amalan pengajaran guru dalam bilik darjah. Kajian Ini boleh dijalankan sama ada oleh guru itu sendiri sendiri ataupun melibatkan rakan sejawat yang mengajar matapelajaran yang sama

Kajian Tindakan Penyertaan merupakan kajian yang melibatkan tentang isu-isu sosial yang menghalang perkembangan positif pelajar. Bagi melihat isu seperti ini, guru perlu meninjau latar belakang sosial pelajar dan persekitaran sekolah. Guru perlu mengadakan kolaborasi dengan komuniti atau pihak berkepentingan bagi membolehkan mereka mengenalpasti mengapa berlaku masalah dalam kalangan pencapaian pelajar. Selepas faktor tersebut dikenalpasti, guru boleh merancang dan melaksanakan program “c ” M c

“emancipated researcher” y

masalah yang menghalang perkembangan mereka secara positif.

MODEL-MODEL KAJIAN TINDAKAN

Terdapat pelbagai model Kajian Tindakan. Kesemua model ini berasaskan kepada dua unsur utama iaitu (a) amalan reflektif yang perlu ada pada pengamal bidang, dan (b) lingkaran penyelidikan yang dijalankan secara berterusan.

a. Model Somekh (1989)

Model kajian tindakan Somekh melibatkan lapan fasa, iaitu mengenal pasti masalah atau fokus kajian yang diminati, mengumpul data, menganalisis data dan membina hipotesis, merancang pelan tindakan, melaksana pelan tindakan, mengumpul data untuk mengesan perubahan, menganalisis dan menilai

(13)

4

serta mengenal pasti folus penyelidikan yang baru.

b. Model Lewin (1946)

Lewin (1946), memperlihatkan kajian tindakan sebagai suatu kitaran langkah-langkah. Terdapat empat langkah iaitu merancang (planning), memerhati (observing) dan mereflek (reflecting). Kitaran ini akan berterusan ke kitaran seterusnya yang melibatkan tindakan atau bertindak (melaksanakan), merancang semula, bertindak, memerhati dan mereflek bagi menghasilkan kitaran baru. Model kajian tindakan Lewin ini ditunjukkan dalam Rajah 1.

Rajah 1. Model Kajian Tindakan Lewin

c. Model Kemmis & McTaggart (1988)

Kemmis dan McTaggart (1988) mengemukakan cadangan untuk penyelidikan tindakan diperingkat awal dengan melakukan refleksi bagi membuat tinjauan awal (initial reconnaissance) terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk merancang dan bertindak. Model ini ditunjukkan dalam Rajah 2.

Rajah 2. Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart

d. Model McKernan (1991)

Menurut model McKernan, kajian tindakan melibatkan sekurang-kurangnya dua lingkaran penyelidikan, di mana setiap lingkaran mempunyai enam peringkat, iaitu mengenal pasti masalah, meninjau, menentukan fokus penyelidikan, pelaksanaan rancangan, penilaian dan refleksi, dan membuat keputusan. Model ini ditunjukkan seperti di Rajah 3. merancang bertindak mereflek memerhati satu kitaran kajian kajian seterusnya Tinjauan awal merancang tindakan mereflek melaksana tindakan & memerhati satu kitaran kajian kajian seterusnya

(14)

5

Rajah 3. Model Kajian Tindakan McKernan

Kekuatan model adalah berdasarkan ketetapan bahawa sesuatu penyelidikan itu diklasifikasikan sebagai kajian tindakan hanya jika penyelidikan tersebut melalui sekurang-kurangnya dua lingkaran. Pendekatan yang dikemukakan oleh McKernan (1990) sangat menekankan proses membentuk perancangan dan proses penilaian semula perancangan serta membentuk semula perancangan untuk tujuan penambahbaikan

e. Model Johnson (2002)

Johnson (2002) menyenaraikan lima langkah utama dalam melaksanakan kajian tindakan . Langkah-langkah tersebut ialah (i) mengenal pasti masalah, (ii) membuat perancangan berhubung data yang akan dipungut dan cara pemungutan (iii) memungut dan menganalisis data, (iv) merumus serta (v) berkongsi dapatan dan pelan tindakan dengan pihak lain yang berkaitan. Satu kelainan model ini ialah pada angkah terakhir, penyelidik membincangkan persoalan penyelidikan dalam konteks teoritikal. Rajah 4 di bawah menggambarkan model.

Rajah 4. Model Kajian Tindakan Johnson

membuat keputusan kenal pasti masalah masalah

Tindakan untuk penambahbaikan

kitaran 1 penilaian & refleksi perancangan pelaksanaan membentuk perancangan tinjauan penentuan fokus penyelidikan membuat keputusan kenal pasti masalah kitaran 2 penilaian & refleksi perancangan pelaksanaan membentuk semula perancangan tinjauan penentuan fokus penyelidikan Isu / masalah merancang & pungut data tinjauan literatur membuat pelan tindakan satu kitaran kajian kajian seterusnya memungut & analisis data berkongsi dapatan & pelan tindakan

(15)

6

PENGUMPULANDATA

Bagi membolehkan sesuatu fenomena dan permasalahan yang dikaji diselesaikan, ianya memerlukan kepada proses pentafsiran dan penterjemahan kepada data yang diperolehi. Dalam menjayakan kajian tindakan ini, ia juga perlu melalui proses mengumpul dan menterjemah data bagi memudahkan fenomena yang dikaji difahami. Terdapat pelbagai instrumen yang boleh digunakan dalam mengumpul data kajian tindakan. Antara instrumen yang popular adalah seperti soal selidik, temu bual, pemerhatian, ujian dan dokumen.

a. Soal Selidik

Soal selidik adalah instrumen yang paling popular dan menjadi pilihan dalam kalangan guru dan pendidik guru yang menjalankan kajian tindakan. Instrumen soal selidik sering menjadi pilihan kerana soal selidik merupakan alat yang paling mudah untuk membantu guru atau pendidik guru mendapatkan data bagi mereka menyelidiki sesuatu isu berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Dalam menghasilkan instrumen soal selidik, pengkaji boleh membina soalan soal selidik sendiri berasaskan objektif dan masalah yang dikaji ataupun menggunakan soal selidik yang sedia ada dipasaran yang sesuai dengan masalah dan objektif kajian mereka.

Jika penyelidik berhasrat membina soal selidik mereka sendiri mereka perlu memastikan soal selidik yang mereka bina mestilah relevan dengan tujuan kajian mereka, soalan mereka perlulah jelas dan tidak menyusahkan respondan, soalan juga perlu bersifat mudah dan tepat dengan maklumat yang dicari. Berikutnya setiap instrumen yang disediakan haruslah dilakukan ujian rintis keatas instrumen itu bagi menentukan kesahan instrumen tersebut.

Namun begitu bagi pengkaji yang menjalankan kajian menggunakan instrumen kajian sedia ada, yang paling baik adalah mendapat kebenaran daripada individu yang menyediakan instrumen tersebut. Inilah antara etika yang kurang diamalkan dalam kalangan penyelidik yang seharusnya di beri perhatian oleh para penyelidik.

Seterusnya melihat kembali mengenai penyediaan instrumen soal selidik terdapat beberapa cara instrumen soal selidik disediakan. Kebiasaannya penyediaan instrumen ini adalah mengikut jenis soalan yang ditanya atau digunakan dalam soal selidik tersebut.

i. Jenis soalan dikotomus (soal selidik berdasarkan dua pilihan sampel keatas soalan penilaian yang diberi iaitu samada Ya (/) dan Tidak (×) atau Betul (/) dan Salah (×). Bagi soal selidik jenis ini, pengkaji menyediakan pernyataan soalan dan responden cuma perlu menandakan (/) atau (×) pada pernyataan yang diberi.

ITEM Ya Tidak

1. Saya suka kepada aktiviti A.

2. Saya suka apabila aktiviti A dibimbing.

ii. Jenis soalan berikutnya adalah soalan yang bertujuan untuk mendapatkan

penilaian/persepsi/persetujuan responden tentang sesuatu persoalan. Soalan jenis ini boleh dibuat mengikut pilihan responden berdasarkan skala likert atau mengikut aras skala pilihan 3/4/7/9/10. Jika soal selidik berdasarkan skala likert maka ia menyediakan 5 pilihan jawapan bagi seiap pernyataan soalan yang disediakan, di mana responden akan membuat pilihan mengikut 5 aras skala yang disediakan. Contohnya

(16)

7

ITEM 1 2 3 4 5

1. Saya suka kepada aktiviti eksperimen yang dijalankan.

2. Saya suka apabila aktiviti eksperimen

dikukuhkan dengan perbincangan kumpulan.

Jika soal selidik berdasarkan skala pilihan mengikut aras skala pilihan 10 maka skala berikut disediakan.

ITEM 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

1. Saya suka kepada aktiviti eksperimen yang

dijalankan.

2. Saya suka apabila aktiviti eksperimen dikukuhkan dengan perbincangan kumpulan.

iii. Jenis soalan dalam soal selidik berikutnya adalah soalan mengikut sususnan pangkatan (ranking order). Dalam soal selidik jenis ini penilaian responden kepada semua item yang disenaraikan adalah mengikut susunan pilihan keutamaan. Sebagai contoh pilih kaedah pengajaran yang paling anda suka dan susun mengikut keutamaan: Kuliah, Eksperimen, Latihan, Lakonan, Lawatan.

Walau bagaimana pun dalam menentukan jenis soalan soal selidik yang disediakan, penyelidik boleh menentukan pilihan mereka mengikut kesesuaian kajian tindakan mereka. b. Temu Bual

Kaedah pengumpulan data yang kedua adalah temu bual. Kaedah pengumpulan data melalui temu bual melibatkan interaksi bersemuka antara mereka yang menjalankan kajian dengan respondan yang ditemu bual. Kaedah pengumpulan data melalui temu bual membolehkan pengkaji meneroka dan mendapatkan maklumat yang mendalam dari respondan secara langsung. Melalui kaedah ini pengkaji lebih senang untuk memperolehi data langsung dari responden jika ada maklumat yang diperolehi kurang difahami. P “probe” “provoke” y ditanya tidak dijawab dengan tepat atau mencukupi. Melalui kaedah ini juga ia membantu pengkaji untuk memperolehi maklumat secara langsung mengenai persepsi, pendapat dan sikap responden secara mendalam terhadap maklumat yang dikaji.

Dari segi pilihan melaksanakan temu bual ini terdapat beberapa jenis temu bual yang boleh dilaksanakan. Antaranya ialah temu bual berstruktur iaitu soalan disediakan terlebih dahulu dan temu bual adalah berasaskan soalan yang disediakan secara teratur. Temu bual separa berstruktur dengan soalan utama disediakan dan soalan tambahan disediakan sebagai susulan bila diperlukan. Manakala temu bual tidak berstruktur, soalan tidak disediakan secara teratur, hanya konsep soalan sahaja dicatatkan, dan soalan boleh berubah mengikut situasi dan keperluan.

Bagi memastikan kaedah temu bual ini berjaya, pengkaji perlu membuat persediaan awal dengan mencari maklumat asas yang berkaitan tajuk kajian serta elemen-elemen yang berkait dengan kajiannnya samada teori atau faktor-faktor yang mempengaruhi serta fenomena yang berkaitan. Pengetahuan asas ini akan membantu pengkaji untuk membina instrumen kajian yang dikenali sebagai protokol temu bual. (Hill, Knox, Thompson,

(17)

8

Williams, Hess, Ladany, 2005). Protokol temu bual ini perlu disediakan oleh pengkaji sebagai garis panduan untuk mencari jawapan kepada soalan kajiannya. Protokol temu bual boleh disusun mengikut susunan berikut :

i. Soalan pengenalan - soalan membina rappor atau hubungan dengan responden seperti memperkenalkan diri dan mewujudkan hubungan.

ii. Soalan transisi - bagi memperkenalkan topik yang hendak dikaji dan mendapat respon asas pengetahuan yang ada pada responden

iii. Soalan utama - soalan yang berbentuk soalan-sosalan penting dan utama yang berfokus kepada hasil utama yang hendak dicari.

iv. Soalan penutup - soalan tambahan jika ada aspek yang tertinggal atau ada maklumat tambahan yang hendak dikongsi oleh responden

Selain dari protokol temu bual pengkaji juga perlu mempunyai kemahiran menemubual supaya ianya dapat membantu responden untuk rasa terdorong berkongsi jawapan dan pandangan. Untuk itu antara perkara yang penting dalam membina kemahiran menemubual ini adalah kemahiran berikut :

i. kemahiran membina hubungan yang baik dengan responden dengan menggunakan pendekatan yang sesuai dengan budaya respondennya ii. mengurus sesi temu bual agar responden tahu bahawa temu bual ini

membolehkan mereka mengeluarkan pandangan atau menjawab soalan iii. memberi keutamaan pada pandangan responden walaupun pendapat peserta

agak berbeza

Akhir sekali kaedah temu bual ini amat baik jika dilaksanakan dengan bantuan rakaman pita suara, dan juga video. Penggunaan teknologi ini akan membantu pengkaji

semasa mengurus data yang ditranskipsi bagi tujuan analisis dapatan. c Pemerhatian

Pemerhatian merupakan proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal. Pemerhatian sesuai digunakan bagi mengamati tingkah laku murid berdasarkan pemboleh ubah atau aspek yang dikenal pasti. Pemerhatian perlu dijalankan secara sistematik. Terdapat dua jenis pemerhatian yang boleh dilakukan iaitu pemerhatian berstruktur dan pemerhatian tidak berstruktur.

Dalam pemerhatian berstruktur aspek yang hendak diperhatikan dikenal pasti terlebih dahulu. Penyelidik memerhati, mendengar dan merekod maklumat berdasarkan set aktiviti yang telah dikenal pasti. Pemerhatian berstruktur dilakukan dengan menggunakan senarai semak seperti yang jelas ditunjukkan pada bab penganalisaan data.

Pemerhatian tidak berstruktur dilakukan tanpa merujuk kepada set aktiviti atau aspek yang telah dikenal pasti. Penyelidik perlu menentukan fokus pemerhatian. Fokus ini termasuk tingkah laku murid, body language semasa pengajaran dan pembelajaran seorang murid atau sekumpulan murid dan pergerakan dalam bilik darjah. Guru juga perlu menentukan tingkah laku murid yang ada kaitan dengan isu yang dikaji.

Kedua-dua bentuk pemerhatian di atas boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak atau catatan pemerhatian dalam bentuk tulisan atau gambaran yang direkodkan melalui penggunaan dairi, jurnal, lukisan, peta konsep, peta minda dan sebagainya. Selain itu penggunaan bantuan pita rakaman video, pita rakaman audio, kamera ataupun penggunaan telefon bimbit yang mempunyai fungsi merakam suara dan video boleh membantu merekod pemerhatian secara lebih teratur dan tersusun. Dalam semua pemerhatian bersifat rakaman digital pemerhatian tersebut masih memerlukan instrumen yang dinyatakan di atas.

(18)

9 d. Ujian

Ujian juga boleh digunakan sebagai satu kaedah yang sesuai untuk mengutip data bagi menilai dan mengesan kefahaman murid terhadap sesuatu pelajaran yang telah dipelajari. Ujian boleh dijalankan secara lisan atau bertulis, menggunakan kertas atau menggunakan komputer secara langsung

Terdapat pelbagai bentuk ujian yang boleh dijalankan samada dalam bentuk ujian bertulis ataupun ujian lisan. Ujian yang dijalankan boleh dilaksanakan sebagai ujian pra dan ujian pos, bergantung kepada keperluan kajian kita. Jika ujian pra dan pos digunakan ia boleh digunakan untuk membandingkan prestasi murid sebelum dan selepas sesuatu rawatan atau program intervensi dijalankan. Jika keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan yang signifikan berbanding ujian pra, maka objektif kajian tercapai.

Namun begitu ujian yang dilaksanakan tidak semestinya berbentuk ujian pra dan ujian pos, ia boleh dalam bentuk ujian biasa untuk mengukur pencapaian responden yang dikaji terutama yangmelibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Keputusan yang diperoleh daripada ujian boleh menjadi satu indikator yang baik tentang pencapaian atau penguasaan terhadap sesuatu kemahiran atau pengetahuan yang telah diajar kepada murid. e. Bahan Dokumen

Pengumpulan data melalui pelbagai dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji. Dokumen adalah sumber yang paling mudah untuk digunapakai oleh pengkaji dalam melakukan satu kajian tertentu. Dokumen boleh diperolehi dalam pelbagai bentuk samada dokumen sedia ada atau dokumen yang menjadi instrumen khusus kepada sesuatu kaedah.

Menurut Bogdan dan Biklen (1998) istilah dokumen merujuk kepada bahan-bahan seperti fotograf, video, filem, memo, surat, diari, rekod kes klinikal serta memo dalam pelbagai bentuk dan jenis yang boleh digunakan sebagai maklumat sokongan kepada temu bual dan pemerhatian. Oleh itu istilah dokumen merangkumi bahan-bahan bertulis yang pelbagai, bahan visual dan bahan fizikal yang relevan dengan kajian.

Contoh-contoh dokumen yang boleh digunakan dalam kajian tindakan seperti sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, buku teks dan buku rujukan, buku rekod mengajar guru, kertas peperiksaan atau ujian, tugasan atau buku latihan pelajar, buku rekod pencapaian pelajar, minit mesyuarat panitia berkaitan, buku jadual kedatangan pelajar, gambar atau rekod-rekod bergambar. Manakala bahan dokumen dari instrumen lain merangkumi senarai semak, catatan jurnal, catatan dairi, catatan nota peribadi, rekod pemerhatian dan peta konsep.

Lincoln dan Guba (1985) pula melihat dokumen dan rekod berbeza berdasarkan sama ada teks yang disediakan itu ada unsur-unsur formal atau tidak. Menurut mereka rekod termasuklah sijil perkahwinan, lesen memandu, perjanjian binaan dan kenyataan perbankan dan lain-lain, manakala dokumen pula disediakan untuk kegunaan peribadi dan bukan untuk tujuan rasmi, seperti diari, memo, surat, nota lapangan dan lain-lain

PENGANALISAANDATA

Proses menganalisis data adalah penting dalam proses kajian tindakan kerana ia melibatkan satu prosedur yang sistematik dan berterusan bagi menyediakan asas untuk memberi makna kepada data tersebut. Oleh itu proses analisis data merupakan satu proses meringkas, merumus dan mempersembahkan data yang telah dikumpul dalam cara yang tepat dan boleh dipercayai. Dengan menganalisis data, seorang guru dapat menyediakan dapatan kajian diperingkat awal, berdasarkan bukti-bukti yang diperoleh daripada responden. Data yang dianalisis biasanya diperoleh, dalam bentuk data bernombor dan data

(19)

10

dalam bentuk teks. Kedua-dua jenis data ini boleh dianalisis secara manual atau secara berkomputer. Bagi menjalankan analisis kepada data yang diperolehi terdapat beberapa peringkat yang perlu dilaksanakan. Ianya dapat digambarkan seperti berikut:

a. Peringkat pra-analisis : Semua nota lapangan yang telah disediakan semasa proses pengumpulan data dikumpulkan semula dibaca semula, disemak, ditingkat dan diengkapkan. Semua nota dilabelkan menurut jenis.

b. Peringkat kemasan data : Semua data yang ditranskripsikan adalah sangat baik jika dapat dibuat dalam format analisis tekstual menggunakan komputer, samada pemprosesan perkataan dan sebarang perisian yang sesuai

c. Peringkat mempamerkan data : Data yang ditranskripsikan boleh dipamirkan dan diterjemah dalam bentuk jadual, tandaan lembaran dan juga rumusan.

d. Peringkat verifikasi atau pengesahan data : Semua prosedur yang membawa kepada kesimpulan dinyatakan dengan tepat

Menganalisis Dalam Bentuk Soal selidik

a. Analisis data dalam bentuk soal selidik ini boleh dibuat dalam beberapa bentuk. Analisis output yang pertama boleh ditentukan berdasarkan jumlah kekerapan dan peratusan pemilihan kepada item yang dinyatakan. Sebagai contoh dalam soal selidik yang melibatkan soalan Ya (/) dan Tidak (×) maka analisis boleh dilihat berdasarkan kekerapan /peratusan yang memilih ya dan tidak. Sebagai contoh seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1:

Analisis peratus kekerapan

ITEM Ya Tidak

1.Saya suka kepada aktiviti A 33.3% 66.7%

2.Saya suka apabila aktiviti A di bimbing 77.8% 22.2%

b. Bagi soal selidik yang melibatkan skala Likert dan skala mengikut ranking analisis boleh dibuat mengikut item dengan menentukan peratusan sangat setuju, setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju bagi setiap item dalam soal selidik berkaitan. Sebagai contoh seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 2:

Analisis Output Kekerapan Item Skala

ITEM 1 2 3 4 5

1. Saya suka kepada aktiviti eksperimen

yang dijalankan 33.3% 66.7% - - -

2. Saya suka apabila aktiviti eksperimen dikukuhkan dengan perbincangan kumpulan

66.7% 22.2% 11.1% - -

Menganalisis Data Dalam Bentuk Temu bual

Transkripsi temu bual amat baik dilakukan sebaik sahaja sesi rakaman temu bual selesai dijalankan bagi memastikan data masih segar dalam ingatan. Bagi data dalam bentuk temu bual, perlu didengar dengan teliti dan transkripsi data dibuat ayat demi ayat, termasuklah pernyataan seperti keluhan, penceritaan dan sebagainya diteliti dengan tepat tanpa meninggalkan sebarang pernyataan walaupun dalam bentuk perasaan gembira,

(20)

11 kecewa dan sebagainya. Adalah tidak memadai jika penyelidik hanya mentranskripsi ringkasan daripada rakaman temubual sahaja. Ia boleh menyebabkan penyelidik bias terhadap perkara-perkara yang dikira relevan dan menarik sahaja. Perkara-perkara yang berbentuk petunjuk bukan lisan yang boleh memberi makna seperti tekanan perasaan atau malu; ketawa atau gerak badan perlu dimasukkan ke dalam transkrip. 


Selepas transkripsi dibuat, jika ada maklumat yang tidak jelas dari temu bual tersebut, pengkaji perlu berjumpa semula responden untuk mengesahkan kebenaran pernyataannya dalam temu bual tersebut. Selepas temu bual siap ditranskripsi, transkrip tersebut perlu dibaca bagi memperolehi gambaran umum tentang teks temu bual. Maklumat penting dari transkrip digariskan dan boleh diberi label yang tertentu. Analisis dilakukan boleh membentuk beberapa tema yang sesuai. Tema yang mempunyai maksud yang sama boleh dikelompokkan dalam satu kategori, seterusnya kesimpulan dari analisis data dapat dilakukan.

Menganalisis Data Dalam Bentuk Pemerhatian

Data yang dicatat sebagai catatan pemerhatian mungkin berupa catatan pemerhatian langsung atau catatan dari rakaman video dan sebagainya Dalam bentuk apa sekalipun pemerhatian tersebut perlu dibuat analisis dan dirumuskan dalam bentuk catatan teks. Rumusan dalam bentuk teks ini boleh diberi label tertentu. Berikutnya analisis dilakukan bagi membentuk dan mengenalpasti beberapa tema yang sesuai. Tema yang mempunyai maksud yang sama dan maksud yang berbeza dikelompokkan dalam satu kategori yang sesuai, seterusnya kesimpulan dari analisis data pemerhatian dapat dilakukan.

Menganalisis Dalam Bentuk Ujian

Bagi data ujian jika ia melibatkan ujia pra dan ujian pos maka analisis kepada pencapaian ujian pra dan ujian pos boleh dilakukan dengan menentukan pencapaian responden semasa ujian pra dan pencapaia semasa ujian pos. Hasil dapatan ujian pra dan ujian pos di buat bandingan dari segi peratus peningkatan pencapaian dan peratus peningkatan kelulusan responden yang terlibat dalam kajian. Ujian yang dijalankan juga boleh dibuat analisis berdasarkan analisis statistik secara deskriptif iaitu melalui penentuan min dan kekerapan

Menganalisis Dalam Bentuk Dokumen

Data yang dikumpul dianalisis dan disediakan menjadi bentuk teks. Teks dilabel dan dibuat kategori. Daripada label dan kategori yang dibuat, beberapa tema akan dimunculkan dan dibentuk. Daripada pelbagai dokumen yang digunakan, bahan-bahan akan dipilih mengikut kategori dengan mengenal pasti bentuk-bentuk frasa yang sama dan berbeza berdasarkan label, kategori serta tema yang dimunculkan. Kenal pasti tema yang sama dan tema yang berbeza dari setiap dokumen yang digunakan.

Berikutnya, dalam penyelidikan berbentuk kualitatif ini analisis data dengan menggunakan pelbagai sumber membantu kepada proses kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu dapatan kajian. Kebolehpercayaan dan kesahan boleh dilihat dari segi alat yang digunakan dalam kajian, proses yang digunakan semasa mengutip data dan penggunaan pelbagai kaedah semasa menganalisis data. Proses ini dipanggil triangulasi iaitu kombinasi pelbagai sumber data, tenaga penyelidik, teori dan kaedah dalam melakukan penelitian kepada suatu kajian. Denzin (1978) membahagikan triangulasi kepada empat jenis iaitu yang diperkenalkan dalam kajian kualitatif iaitu :

(21)

12

a. Triangulasi data yang melibatkan pengutipan pelbagai jenis data untuk menyelidik fenomena yang sama.

b. Triangulasi teori yang melibatkan penggunaan lebih daripada satu teori untuk menyelidik fenomena yang sama.

c. Triangulasi kaedah yang melibatkan penggunaan pelbagai kaedah untuk menyelidik fenomena yang sama.

d. Triangulasi penyelidik iaitu melibatkan penglibatan beberapa penyelidik yang mempunyai perbezaan disiplin ilmu dalam melakukan suatu penyelidikan yang sama

MENGINTERPERTASI DATA YANG TELAH DIANALISIS

Semua data yang telah dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk yang sesuai, perlu diinterpertasi bagi menjelaskan makna serta menunjukkan implikasi dan kesannya. Interpretasi data adalah proses menjelaskan dapatan melangkaui deskripsi dan penyelidik cuba memberi pernyataan mengenai makna data yang dianalisis melalui pelbagai persepsi dan seterusnya cuba mencadangkan perhubungan antara data. Proses interpretasi ini melibatkan penyelidik membuat tafsiran kepada data, yang mungkin tidak tepat daripada makna atau maksud asalnya. Untuk itu bagi tujuan interpertasi data Mills (2003) telah mencadangkan langkah-langkah berikut:

a. Melanjutkan analisis - boleh dilaksanakan dengan mencadangkan beberapa soalan tambahan yang mungkin tidak ditanya dalam persoalan awal kajian. Analisis lanjutan ini boleh dilaksanakan dalam kitaran atau lingakran yang kedua dalam satu penyelidikan tindakan.

b. Mengaitkan dapatan dengan pengalaman peribadi - sebagai contoh jika penyelidik seorang guru pengalaman sebenar penyelidik dalam bilik darjah dan proses PdP boleh membantunya memberi interpertasi ke atas data yang diperolehi

c. Mendapatkan pandangan dari rakan - sebagai penyelidik kita mungkin terlepas pandang perkara-perkara tertentu yang mungkin penting, maka pandangan alternatif bolehlah didapati daripada rakan sekerja yang boleh memberikan pandangan dari sudut yang berbeza. Rakan boleh terdiri daripada mereka yang bekerja bersama dalam kajian, atau mereka yang berminat dalam penyelidikan. Selain itu penyelidik juga boleh menjadikan pelajar, ibubapa, guru-guru, atau pentadbir di sekolah sebagai pandangan dari rakan jika ianya relevan.

d. Mengaitkan dapatan dengan literatur - dapatan kajian menjadi lebih bermakna jika ianya dapat dikaitkan dengan bahan-bahan literatur yang relevan dengan topik kajian.

e. Mengaitkan dengan teori - teori membantu penyelidik mengaitkan kajiannya dengan isu-isu yang lebih luas. Teori juga membolehkan penyelidik mencari tahap abstraks yang lebih tinggi. Di samping itu, teori juga menyediakan rasional atau asas makna kepada kajian yang dilakukan. Maka adalah lebih bermakna sekiranya data yang dianalisis itu dapat diinterpretasikan dalam konteks teori yang berkaitan.

PENUTUP

Berdasarkan huraian di atas , dapat dirumuskan bahawa bagi menjayakan kajian tindakan ini pengkaji perlu bersedia di peringkat awal lagi untuk merancang dan mengumpul data secara sitematik. Meskipun pengambilan maklumat yang intensif terjadi ketika pengkaji berada di lapangan, namun keperluan untuk pengkaji mengenal pasti, merancang dan menyusun gerak kerja sebelum terjun ke lapangan adalah sangat penting bagi memastikan

(22)

13 penyelidik tidak lemas dalam lambakan data yang banyak. Seterusnya ketiga-tiga peringkat pengumpulan data, penganalisaan data dan penginterpertasian data perlu dilakukan dengan teliti dan sebaiknya bagi memastikan kajian tindakan tersebut dapat mencapai objektif yang disasarkan.

Rujukan

Bogdan, R.C. & Biklen, S.K., (1998) Qualitative Research for Education, An Introduction to Theory and

Methods, 3rd Ed., Boston:Allyn & Bacon.

Calhoun, E.F. (1993). Action research: Three approaches. Educational Leadership, 51(2), 62-65.

Carr, W. and Kemmis, S. (1986) Becoming critical: education knowledge and action research. London: Falmer Press.

Creswell, J. W. (2005). Educational research: planning, conducting, and evaluating quantitative and

qualitative research. Columbus: Pearson Merril Prentice Hall.

Denzin, N. K. (1978). Sociological methods. New York: McGraw-Hill.

Grundy, S. (1982). Three modes of action research. Curriculum Perspectives, 2(3): 23–34.

Hill, C. E., Knox, S., Thompson, B. J., Williams, E. N., Hess, S. A., & Ladany, N. (2005). Consensual qualitative research: An update. Journal of Counseling Psychology, 52, 196-205.

Johnson, A. (2002). A short guide to action research, Needham Heights, MA: Allyn and Bacon.

Kember, D. & Gow, L. (1992) Action research as a form of staff development in higher education. Higher

Education, 23(3), 297-310.

Kemmis, S. & McTaggart, R. (eds) (1988) The action research planner - 3rd ed. Belmont, Victoria: Deakin University.

Lincoln S. Y., Guba E. G. (1985). Naturalistic inquiry. Thousand Oaks, CA: Sage.

McNiff, J., Lomax, P. & Whitehead, J. (2003). You and Your Action Research Project. 2nd Edition. London: Routledge Falmer.

Mills, G. E. (2003). Action research: A guide for the teacher researcher, 2nd ed. Columbus, Ohio: Merrill Prentice Hall.

Somekh, B. (1989). Action Research and Collaborative School Development, in Mcbride, R. (ed). The In

service Training of Teachers: Some Issues and Perspectives. London: The Falmer Press, 160-72

University of Texas. (2011). Educational research process. Retrieved from http://www.utexas.edu/academic/ ctl/assessment/ iar/research/ plan/process.php

Jabatan Sains, Jabatan Pengajian Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Jalan Bakam, 98000 Miri, Sarawak.

(23)
(24)

MEMBANTU MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGHUBUNG KAIT PEMBOLEH UBAH MENGGUNAKAN KOTAK SECOPEM-JIM

ATEKAH TAER dan TRACY MENSAN

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu murid membuat hubung kait pemboleh ubah dimanipulasi dengan pemboleh ubah bergerak balas dengan menggunakan Kotak SeCoPem-JiM. Sasaran kajian ini terdiri daripada lima murid Tahun 6 (tiga orang lelaki dan dua orang perempuan) sebuah sekolah luar bandar di daerah Limbang. Kajian ini menggunakan model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin yang terdiri daripada empat langkah iaitu merancang, tindakan, melihat kesan tindakan dan membuat refleksi. Temu bual, soal selidik dan analisis dokumen merupakan kaedah yang digunakan untuk mengumpul data. Data yang diperoleh telah dikumpul dan dianalisis secara analisis pola dan analisis kandungan. Hasil analisis kandungan temu bual, soal selidik dan analisis dokumen menunjukkan bahawa penggunaan Kotak SeCoPem-JiM telah berjaya meningkatkan kemahiran menghubung kait pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas selain menarik minat murid dalam pembelajaran kemahiran berkenaan. Kata kunci: membuat hubung kait, pemboleh ubah dimanipulasi, pemboleh ubah bergerak

balas, Kotak SeCoPem-JiM, peningkatan minat

ABSTRACT

This action research was conducted to help improve the pupils’ skills in relating manipulated variables with the independent variables using the SeCoPem-JiM Box. Five Year Six pupils, three boys and two girls in a rural primary school in Limbang were selected as respondents of the study. Kurt Lewin's Action Research Model, which consists of a four-stages process, namely planning, conducting, evaluating, and reflecting was used. The data for this study were collected using interviews, questionnaires and document analysis. The data were analysed using patterns analysis, and content analysis. The analysis showed that using of SeCoPem-JiM Box did help improve respondents' skills in relating the manipulated variables with the independent variables and, in increasing their interest towards the teaching and learning of this particular skill.

Keywords: relating, manipulated variables, responding variables, SeCoPem-JiM Box,

increased interest

PENDAHULUAN

Sains merupakan ilmu pengetahuan yang teratur dan sistematik yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya. Pendidikan didefinisikan sebagai satu proses penyemaian ilmu secara berterusan dalam diri setiap insan. Pendidikan penting dalam proses pembentukan insan yang berkualiti sejajar dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

Pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah merupakan satu proses interaksi antara murid, sumber atau bahan P&P, dan guru yang bertujuan untuk membolehkan murid mengetahui dan menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran baru. Guru perlu bijak menyesuaikan pengetahuan dan kemahiran yang hendak disampaikan dengan tahap kemahiran, kecerdasan, pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid-muridnya. Kreativiti dan inovasi guru dapat menimbulkan minat dan merangsang murid untuk belajar.

(25)

16

Kurikulum Sains sangat memberi penekanan terhadap pemerolehan pengetahuan dan penguasaan proses sains melalui pendekatan pembelajaran berfikrah. Penguasaan Kemahrian Proses Sains (KPS) yang baik dalam kalangan murid membolehkan mereka berfikir secara kritis, dan proaktif untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam kehidupan harian dengan berkesan (Abu Hassan Kassim, 2004). KPS dibahagikan kepada Kemahiran Proses Sains Asas (KPSA), dan Kemahiran Proses Sains Bersepadu (KPSB) (Sayer & Adey, 1981; Hacker & Rowe, 1985; Garnett et al.,1985). Kemahiran mentafsir data dan maklumat (pola perubahan, membuat hubungan dan membuat kesimpulan) subkemairan KPSB yang menekankan kemahiran berfikir aras tinggi.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sebelum penyelidikan tindakan ini dijalankan, pengkaji hanya mengajar murid kemahiran menghubung kait pemboleh ubah dimanipulasi dengan pemboleh ubah bergerak balas dengan menggunakan kata kunci seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.

Rajah 1. Kata kunci untuk membuat hubungan antara dua pemboleh ubah

Nota: PM = pemboleh ubat dimanipulasi (diubah). PB = pemboleh ubah bergerak balas (diukur). Co = Corak/Pola perubahan.

Berdasarkan analisis latihan yang diberi pada Mac 2015, didapati lima orang daripada daripada 12 orang murid belum menguasai kemahiran menghubung kait pemboleh ubah dimanipulasi dengan pemboleh ubah bergerak balas. Kesilapan yang sering dilakukan oleh murid ditunjukkan dalam Rajah 2 dan Rajah 3.

Rajah 2. Murid tidak hafal kata kunci

Rajah 3. Murid tidak dapat mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasi

FOKUS KAJIAN

Fokus kajian ini berkaitan dengan cara membantu meningkatkan kemahiran murid menghubung kait pemboleh ubah dimanipulasi dengan pemboleh ubah bergerak balas.

Kata Kunci A : Jika (PM) (co) , maka (PB) (co) Kata Kunci B : Semakin (co) (PM), semakin (co) (PB).

(26)

17 Untuk itu, penyelidik telah menggunakan Kotak SeCoPem-JiM. "SeCoPem-JiM" ialah perkataan jenis mnemonic (nemonik) yang terbentuk daripada perkataan-perkataan "se(makin)", "co(rak) perubahan", "pem(boleh ubah)", "ji(ka)", dan "m(aka)" berdasarkan teknik peg, teknik kata kunci, dan teknik lokasi. Perkataan "mnemonic" ini berasal daripada perkataan Greek iaitu mnemosyne yang bermaksud "perkataan, ayat atau puisi pendek yang membantu kemahiran mengingatkan sesuatu perkara". Rajah 4 menunjukkan Kotak SeCoPem-JiM yang digunakan untuk membantu murid menghubung kait pemboleh ubah dimanipulasi dengan pemboleh ubah bergerak balas.

Rajah 4. Kotak SeCoPem-JiM

Nota: Dalam teknik mnemonik peg, SeCoPem-JiM, adalah singkatan bagi perkataan yang berikut: Se=semakin; Co=corak perubahan; Pem=pemboleh ubah; Ji=Jika; M=maka.

Penggunaan kotak ini membolehkan murid mengenal pasti kedudukan (mnemonik lokasi) pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas serta corak perubahan maklumat (mnemonik kata kunci) dalam masa yang sama. Jensen (2000) dalam bukunya Brain-based learning, menyatakan bahawa 80% daripada informasi yang diterima oleh otak adalah dalam bentuk visual; 40% daripada gentian saraf yang disambung ke otak, dihubungkan dengan retina; dan 36 000 mesej dalam bentuk visual dapat diterima oleh mata dalam masa satu jam. Caine dan Caine (1994) pula berpendapat bahawa pemahaman sesuatu perkara berpunca daripada kebolehan kita membuat hubung kait perkara tersebut dengan sesuatu yang sudah kita ketahui. Otak direka bentuk sebagai pengesan pola (pattern

detector). Oleh hal yang demikian, fungsi pendidik adalah untuk menyediakan murid

dengan pelbagai pengalaman yang membolehkan mereka melihat pola yang saling berhubung kait (patterns that connect).

Mok Soon Sang (2008), dalam Pedagogi untuk pengajaran dan pembelajaran menyatakan bahawa mengikut kajian pakar-pakar pendidikan, 75% maklumat yang diperolehi oleh manusia adalah melalui deria penglihatan, 13% melalui deria pendengaran dan selebihnya melalui deria sentuh, rasa dan bau. Implikasinya ialah deria penglihatan dan deria pendengaran merupakan dua salur deria manusia yang sangat penting sebagai penerima maklumat. Mohd. Yunus Noor (1990), dalam Psikologi dan teknik belajar

berkesan juga menyatakan bahawa penggunaan teknik belajar yang betul dan berkesan

akan mengurangkan masa dan tenaga tetapi mampu meningkatkan hasil dan kesannya.

A1 Jika (Ji) Maka (M) A2

(Pem) Pemboleh ubah dimanipulasi (PM) (Pem) Pemboleh ubah bergerak balas (PB) corak perubahan (Co) corak perubahan (Co) B1 Semakin (Se) Semakin (Se) B2

(27)

18

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan untuk membantu meningkatkan:

a. kemahiran murid untuk menghubung kait pemboleh ubah dimanipulasi dengan pemboleh ubah bergerak balas dengan menggunakan Kotak SeCoPem-JiM; dan b. minat murid untuk menjawab soalan berkaitan kemahiran menghubung kait

pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas dengan menggunakan Kotak SeCoPem-JiM.

Berdasarkan objektif-objektif yang dinyatakan, maka soalan-soalan kajian ini ialah:

a. Dapatkah penggunaan Kotak SeCoPem-JiM membantu meningkatkan kemahiran murid untuk menghubung kait pemboleh ubah dimanipulasi dengan pemboleh ubah bergerak balas?

b. Dapatkah penggunaan Kotak Secopem-JiM membantu meningkatkan minat murid untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan kemahiran menghubung kait pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas?

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah luar bandar di daerah Limbang. Lima daripada 12 orang murid Tahun Enam telah dipilih sebagai responden. Responden terdiri daripada seorang murid yang mendapat gred B dan empat orang murid yang mendapat gred C dalam ujian pencapaian mata pelajaran Sains pada bulan Mac 2015. Semua responden yang dipilih merupakan murid yang lemah dalam kemahiran menghubung kait pemboleh ubah , dan tidak berminat menjawab soalan berkaitan kemahiran tersebut. Jadual 1 menunjukkan profil responden yang dipilih untuk kajian tindakan ini.

Jadual 1

Profil responden kajian

Responden Data Latar

Jantina Bangsa Prestasi1 Ciri Khas

R1 (Murid B) Perempuan Iban 58% (C) - Lemah  Pendiam

R2 (Murid D) Lelaki Kedayan 76% (B) - Sederhana

 Cuai dalam menjawab

R3 (Murid F) Lelaki Bisaya 44% (C) - Lemah  Kurang yakin diri

R4 (Murid J) Perempuan Melayu 42% (C) - Lemah  Selalu ponteng

R5 (Murid K) Lelaki Cina 50% (C) - Lemah  Sangat pendiam Nota: 1Berdasarkan Ujian Pencapaian Sains Bulan Mac.

TINDAKAN

Dalam kitaran 1, pengkaji telah menerangkan cara menggunakan Kotak SeCoPem-JiM untuk membuat hubung kait di antara pemboleh ubah dimanipulasi dengan pemboleh ubah bergerak balas. Pengkaji telah menerangkan maksud kata-kata kunci yang terdapat dalam kotak berkenaan. Rajah 5 dan Rajah 6 menunjukkan cara penggunaan Kotak SeCoPem-JiM. Rajah 5 menunjukkan penggunaan Kotak SeCoPem-JiM jika responden memilih kata kunci A manakala Rajah 6, kata kunci B.

Langkah pertama ialah responden mengisikan petak-petak kosong dalam Kotak SeCoPem-JiM dengan butiran-butiran yang diperlukan. Seterusnya, sekiranya responden memilih kata kunci A, responden akan memulakan jawapan dari petak A.1 hingga ke petak

(28)

19 Co (Ji, Pem-PM, Co), kemudian disambung ke petak A.2 hingga ke petak Co (M, Pem-PB, Co), seperti dalam Rajah 5. Maka, jawapan responden jika memilih kata kunci A ialah "Jika jarak objek dari sumber cahaya (Pem-PM) bertambah (Co), maka ketinggian

bayang-bayang (Pem-PB) berkurang (Co)."

Rajah 5 Cara penggunaan kotak SeCoPem-JiM jika kata kunci A dipilih

Manakala, jika responden memilih kata kunci B, responden akan memulakan jawapan dari petak B.1 hingga petak PM (Se, Co, Pem-PM), dan diikuti oleh petak B.2 hingga ke petak PB (Se, Co, Pem-PB). Rajah 6 menunjukkan penggunaan Kotak SeCoPem-JiM jika responden memilih kata kunci B. Jawapan responden jika memilih kata kunci B ialah "Semakin bertambah jarak objek dari sumber cahaya (Co, Pem-PM),

semakin berkurang ketinggian bayang-bayang (Co, Pem-PB)."

Rajah 6. Langkah penggunaan Kata Kunci B Kotak Secopem-JiM (Kitaran 1)

Dalam kitaran 1, setiap responden diberikan 4 lembaran kerja yang mengandungi Kotak SeCoPem-JiM untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan kemahiran menghubung kait pemboleh ubah dimanipulasi dengan pemboleh ubah bergerak balas. Dalam kitaran 2, pengkaji telah menambah baik Kotak Secopem-JiM dengan mewarnakan petak A1 dan B1 dengan warna kuning manakala petak A2 dan B2,warna hijau. Kotak SeCoPem-JiM diwarnakan supaya menjadi tarikan visual yang senang diingati oleh murid. Langkah untuk mendapatkan maklumat di dalam Kotak SeCoPem-JiM juga telah diperhalus dari segi penggunaan nombor yang berurutan dari nombor 1 hingga nombor 6. Responden hanya perlu menyusun jawapan mengikut urutan nombor dengan betul bermula dari petak A1 dan diikuti oleh petak A2. Rajah 7 menunjukkan penggunaan Kotak SeCoPem-JiM ditambah baik, jika responden memilih kata kunci A.

1 2 3

1

2

(29)

20

Rajah 7. Penggunaan Kotak Secopem-JiM ditambah baik - Kata kunci A.

Jawapan murid jika memilih kata kunci A akan berbunyi "Jika masa bertambah, maka suhu air bertambah." Manakala, jika responden memilih kata kunci B, responden akan memulakan jawapan dari petak B1 diikuti oleh petak B2 mengikut urutan nombor 1 hingga nombor 6. Rajah 8 menunjukkan penggunaan Kotak Secopem-JiM jika responden memilih kata kunci B. Jawapan responden jika memilih kata kunci B pula akan berbunyi "Semakin bertambah masa, Semakin bertambah suhu air."

Rajah 8. Penggunaan Kotak Secopem-JiM ditambah baik - Kata kunci B

DAPATAN DAN REFLEKSI

Kemahiran menghubung kait pemboleh ubah menggunakan Kotak SeCoPem-JiM

Jadual 2 menunjukkan hasil dapatan daripada analisis dokumen berkaitan pencapaian responden dalam menguasai kemahiran menghubung kait pemboleh ubah. Jadual 2

Pencapaian kemahiran responden berdasarkan lembaran kerja Responden (R) Jumlah Betul Kitaran 1 Kitaran 2 R1 4 4 R2 4 4 R3 3 4 R4 4 4 R5 4 4

Nota: Bilangan soalan = 4.

A1 Jika ( Ji) Maka (M) A2 (pem) Pemboleh ubah dimanipulasi (PM) Masa (min) (3) Suhu air (°C) (6) (Pem) Pemboleh ubah bergerak balas (PB) 2 40 5 70 8 100 corak perubahan (co) bertambah (2) bertambah (5) corak perubahan (co) B1 Semakin (Se) (1) Semakin (Se) (4) B2 A1 Jika (Ji) (1) Maka (M) (4) A2 (pem) Pemboleh ubah dimanipulasi (PM) Masa (min) (2) Suhu air (°C) (5) (Pem) Pemboleh ubah bergerak balas (PB) 2 40 5 70 8 100 corak perubahan (co) bertambah (3) bertambah (6) corak perubahan (co) B1 Semakin (Se) Semakin (Se) B2

(30)

21 Jadual 2 menunjukkan bahawa 4 daripada 5 responden telah memberi jawaban yang betul bagi keempat-empat soalan yang diberikan. R3 memberi 3 daripada 4 respons dengan betul yang menunjukkan bahawa R3 belum betul-betul lagi menguasai kemahiran menghubung kait pemboleh ubah dalam kitaran 1. Dalam kitaran 2, kesemua responden telah memberi jawaban yang betul bagi kesemua soalan yang menunjukkan bahawa mereka telah menguasai kemahiran menghubung kait pemboleh ubah dimanipulasi dengan pemboleh ubah bergerak balas.

Jadual 3 pula menunjukkan hasil temu bual bersama-sama responden yang berkaitan dengan peningkatan kemahiran mereka dalam kemahiran KPS untuk menghubung kait pemboleh ubah. Soalan yang terlibat adalah soalan temu bual 1 dan 2. Semua responden menunjukkan respons yang positif dalam temubual yang dikemukakan dengan menyatakan YA. Ini menunjukkan murid telah memahami kemahiran menghubung kait maklumat menggunakan Kotak Secopem-JiM.

Jadual 3

Analisis respons soalan 1 dan soalan 2 temu bual berkaitan kemahiran Responden

Soalan Temu Bual Adakah Kotak Secopem-JiM

mudah difahami dan digunakan oleh kamu?

Adakah kamu dapat menjawab soalan berkaitan menghubung kait pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas dengan betul selepas menggunakan Kotak Secopem-JiM? Respons (Y1/T) Respons (Y2/T)

Kitaran 1 Kitaran 2 Kitaran 1 Kitaran 2 R1 Y Y Y Y R2 Y Y Y Y R3 Y Y Y Y R4 Y Y Y Y R5 Y Y Y Y

Nota: 1Y=Ya [Mudah, senang, faham, lebih mudah ingat]. 2Y=Ya [Dapat, boleh, semua jawapan betul].

1,2

Isyarat bahasa badan (angguk). T=tidak.

Jadual 4

Analisis item soal selidik

Item Soal Selidik

Respons1 Kitaran 1 Kitaran 2 Y1 T Y T

Penggunaan Kotak Secopem-JiM membantu meningkatkan

pemahaman saya dalam mata pelajaran Sains. 5 0 5 0

Saya mudah mengingati cara membuat hubungan antara maklumat yang terdapat di dalam jadual dengan menggunakan Kotak Secopem-JiM.

5 0 5 0

Kemahiran saya dalam membuat hubungan di antara pemboleh ubah dimanipulasi dengan pemboleh ubah bergerak balas setelah menggunakan Kotak SeCoPem-JiM ini telah meningkat.

5 0 5 0

Nota: 1Y/=Ya/Mudah/ Senang/...; bahasa badan (angguk) atau T/x=tidak...; bahasa badan (geleng)

Jadual 4 adalah dapatan analisis item soal selidik yang diberi kepada responden berkaitan dengan kemahiran menghubung kait pemboleh ubah. Item soalan yang terlibat

(31)

22

untuk kemahiran menghubung kait adalah soalan nombor 4, nombor 5 dan nombor 6. Rajah 9 menunjukkan contoh aplikasi Kotak Secopem-JiM dalam lembaran kerja (R2) Rajah 9. Contoh aplikasi Kotak Secopem-JiM dalam lembaran kerja (R2)

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa semua responden telah memahami dan menguasai kemahiran menghubung kait pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas dengan menggunakan Kotak Secopem-Jim. Dapatan kajian ini juga selaras dengan hasil dapatan kajian Jensen (2000), Caine & Caine (1994), Mok Soon Sang (2008), Mohd. Yunus Noor (1990), dan Yates (1966).

Memandangkan hal tersebut, dengan menggunakan Kotak Secopem-JiM, murid akan lebih mudah memahami maklumat dan berminat untuk menjawab soalan berkaitan dengan menghubung kait maklumat. Dengan adanya kajian keberkesanan penggunaan teknik ini, ia menyediakan satu alternatif baru bagi menyelesaikan masalah yang timbul dan dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran murid di dalam KPS yang melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi iaitu bahagian mentafsir data yang berkaitan dengan kemahiran menghubung kait maklumat.

Minat murid terhadap pembelajaran kemahiran

Analisis yang dilakukan terhadap respons responden terhadap soalan 4 dan 5 sesi-sesi temu bual ditunjukkan dalam Jadual 5. Fokus soalan 4 dan 5 ialah minat responden terhadap pembelajaran kemahiran untuk menghubung kait pemboleh ubah dimanipulasi dengan pemboleh ubah bergerak balas dengan menggunakan Kotak SeCoPem-JiM.

Jadual 5 menunjukkan bahawa semua responden telah suka dan minat menjawab soalan menghubung kait pemboleh ubah menggunakan Kotak Secopem-JiM. Jadual 6 pula, merupakan dapatan analisis item soal selidik bagi soalan nombor 1, nombor 2 dan nombor 3.

Jadual 6 pula menunjukkan bahawa semua responden menjawab ‘YA’ terhadap item 1,2, dan 3 soal selidik, dan ini menunjukkan bahawa minat responden dalam pembelajaran untuk menghubung kait pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas telah berubah daripada kurang berminat kepada berminat. Minat adalah sesuatu yang boleh dibentuk dan dikembangkan. Ianya memerlukan bimbingan daripada

(32)

23 orang di sekeliling pelajar. Kajian ini disokong oleh Abu Zahari Abu Bakar, (1988), mengatakan minat dan kecenderungan memainkan peranan untuk mempengaruhi pencapaian pelajar.

Jadual 5:

Analisis kandungan respons terhadap soalan 3, dan 4 temu bual berkaitan minat Responden

Soalan Temu Bual Adakah kamu suka

menggunakan Kotak Secopem-JiM ?

Adakah kamu lebih berminat menjawab soalan menghubung kait pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas setelah kamu faham tentang

penggunaan Kotak Secopem-JiM ini? Respons (Y1/T) Respons (Y2/T)

Kitaran 1 Kitaran 2 Kitaran 1 Kitaran 2 R1 Ya, suka. Ya, suka. Ya.. Ya, minat betul. R2 Ya, suka. Ya, suka. Ya, minat (angguk) Minat sangat. R3 Ya, ... Ya, ... Oh, semestinya Ya, minat R4 Ya. Ya, ... Mmmm...minat Ya, ... R5 Ya, ... Ya, ... Ya (senyum) Ya, minat.

Nota: 1Y=Ya [Mudah, senang, faham, lebih mudah ingat]. 2Y=Ya [Dapat, boleh, semua jawapan betul].

1,2

Isyarat bahasa badan (angguk). T=tidak.

Jadual 6

Analisis kandungan respons terhadap soalan 1, 2 dan 3 soal selidik berkaitan minat Item Soal Selidik

Respons1 Kitaran 1 Kitaran 2

Y1 T Y T

Saya seronok belajar Sains dengan menggunakan Kotak

Secopem-JiM. 5 0 5 0

Minat saya untuk menjawab soalan menghubung kait

pemboleh ubah telah bertambah. 5 0 5 0

Kotak Secopem-JiM dapat menarik minat saya untuk belajar

kemahiran menghubung kait pemboleh ubah. 5 0 5 0

Nota: 1Y/=Ya/Mudah/ Senang/...; bahasa badan (angguk) atau T/x=tidak...; bahasa badan (geleng)

Minat juga dapat membantu pelajar memperkukuhkan dan mengaplikasikan hasil pembelajaran yang dipelajari oleh mereka. Jadi minat yang ditunjukkan oleh murid boleh dilihat melalui perlakuan mereka serta respons positif yang diterima daripada murid semasa menjawab soalan.

PENUTUP

Berdasarkan dapatan analisis temu bual, dokumen dan soal selidik, didapati responden telah memahami kemahiran menghubung kait pemboleh ubah dengan menggunakan Kotak SeCoPem-JiM. Ini dapat dibuktikan apabila responden dapat mengaplikasikan penggunaan Kotak SeCoPem-JiM semasa menjawab soalan kemahiran menghubungkait pemboleh ubah di dalam lembaran kerja yang diberikan.

Secara keseluruhannya penggunaan kaedah nemonik menggunakan Kotak Secopem-JiM ini dapat membantu meningkatkan kemahiran dan minat murid menghubung kait pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas. Murid telah dapat

Gambar

gambar  yang  pertama  yang  mewakili  tajuk,  iaitu  Ab’ad.  Perkara  Sunat  Ab’ad  akan  dipamerkan pada slaid  setelah  pengkaji atau responden memilih  gambar-gambar tersebut

Referensi

Dokumen terkait

Maskipun hasil (regeneran) dari variasi soma- klonal tidak dapat diprediksi, beberapa kelebihan- nya dibandingkan dengan alat (teknik) lainnya adalah: 1) lebih murah

BTJ BANDA ACEH Kab.. Aceh

[r]

Penelitian ini bertujuan untuk menggambarkan dan memahami pengalaman psikologis penderita Diabetes Mellitus pasca amputasi, berupa penerimaan diri, adaptasi dan pengalaman stres

Berdasarkan hasil kecepatan, kerapatan, dan ketebalan pertumbuhan misellium yang paling cepat pada jamur merang dengan media biji koro pedang yaitu 12,6 cm, rapat sangat tebal, dan

Dewan Komisaris melaksanakan fungsi pengawasan atas pengelolaan Perusahaan melalui review kinerja keuangan dan operasional secara berkala termasuk isu penting terkait di

Para seniman tradisional mempunyai kedudukan sosial-ekonomis yang mantap, karena adat menjamin kebutuhan semua warga adat, sementara kegiatan seni hanya merupakan

Dengan demikian tata negara yang digariskan oleh konstitusi Republik Federal Jerman dalam kenyataannya telah berkembang menjadi tatanan yang bersifat sentral dalam bidang