Majaz aqli di dalam al-Quran
Bismillahi walhamdulillah . Tidak dapat diragui bahawa majaz ‘aqli banyak digunakan dalam al-Quran dan al –sunnah (hadith). Di sini diberi beberapa contoh daripada al-Qur’an :
Ayat dan perbuatan Sandaran Yang sebenar
“ Dan apabila di baca ayat-ayat kepada mereka maka ayat-ayatnya akan menambahkan keimanan mereka” (7:2)
(menambah keimanan)
Ayat-ayat Yang menambahkan iman sebenarnya ialah Allah s.w.t
“ Dan bagaimanakah kamu dapat memelihara dirimu jika kamu kufur kepada hari yang menjadikan kanak-kanak tua beruban “ (73:17)
(rambut kanak-kanak jadi beruban)
Hari kiamat Yang menjadikan rambut kanak-kanak itu beruban sebenarnya adalah Allah s.w.t
“Mereka telah menyesatkan ramai dari kalangan manusia” (71:24) (menyesatkan manusia)
Berhala Pemberi hidayah dan penyesat yang sebenar adalah Allah s.w.t sahaja
“Katakanlah (wahai Muhammad) nyawa kamu akan dicabut oleh malaikat maut yang ditugaskan berbuat demikian apabila sampai ajal kamu “
(mencabut nyawa)
Malaikat
maut “Allahlah yang mencabut nyawa manusia ketika kematiannya” (39:42)
“Maka tidakkah kamu lihat apa yang kamu tanam “ (56:63)
(pertumbuhan benih)
Hujan “Sesungguhnya Kami telah turunkan hujan .Kemudian kami belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuhan , lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian” (80: 25-27) “ Maka kami utuskan kepada Maryam
ruh kami (iaitu Jibrail a.s) lalu dia menyamar menjadi lelaki yang sempurna kejadiannya” (19:17) (meniup ruh)
Jibrail a.s “Lalu kami tiupkan ke dalamnya ruh ciptaan Kami” (21:91)
“Apabila Kami membacanya
hendaklah kamu mengikut bacaan Kami” (75:18)
(ajar membaca)
Jibrail a.s Allah s.w.t
“Kamu tidak membunuh mereka. Allahlah yang membunuh mereka. Dan tidaklah kamu melontar ketika mana kamu melontar tetapi Allahlah yang melontar “ (8:17)
Para ahli
sabilillah Allah s.w.t
“ Sesungguhnya balasan mereka yang memerangi Allah dan Rasulnya...” (5:33)
“Sesungguhnya mereka yang menyakiti Allah dan Rasulnya...” (33:57)
“Jika kamu menolong Allah , Allah pasti menolong kamu...” (47:7)
Allah (rah.)
Diadaptasi dari kitab “Dialah Allah” –oleh Sheikh al Muhaddith Dr. Sayyid
Muhammad bin Alawi al Maliki (terjemah oleh Engku Ibrahim bin Engku Wok Zin Al Idrus). Semoga bermanafaat.