• Tidak ada hasil yang ditemukan

perumpamaan di dalam al quran

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "perumpamaan di dalam al quran"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

perumpamaan di dalam al-quran:

Jantung Keras Seperti Batu

Jantung Yang Berfikir

Manusia berfikir dengan akalnya. Tetapi, di manakah sandaran bagi akal itu? Adakah di jantung atau di otak? Sekalipun sebahagian orang terutamanya golongan falsafah menyatakan bahawa otak adalah tempat bagi akal, Ayat al-Quran jelas menyatakan bahawa jantunglah tempatnya.

Firman Allah:

                         

179. Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

(Al-A`raf: 179) Jantung mempunyai sifat yang banyak. Natara sifat bagi jantungialah, ia mampu untuk menjadi keras dan lembut. Pada perbahasan kali ini, saya akan menjelaskan tentang jantung yang keras.

Jantung Yang Telah Sakit

Di dalam surah al-Baqarah, Allah berfirman:











































(2)

10. Dalam jantung mereka (golongan Yang munafik itu) terdapat Jantung yang keras umpama sakit yang sudah kritikal. Apa sahaja ubat yang diberikan tidak lagi mampu untuk menyembuhkan penyakit kronik berkenaan.

Jantung Yang Keras

Setelah Allah menceritakan ayat sebelum ini yang menyebutkan tentang keengganan Bani Israil mengikuti perintah Allah serta tegarnya mereka di dalam kesombongan. Bahkan, Allah telah menghidupkan orang mati di hadapan mata mereka, mereka melihat pelbagai tanda-tanda kebesaran Allah seperti makanan syurga dan bumi, tetapi mereka masih tetap berkeras untuk tidak mentaati Allah. Akhirnya Allah menurunkan ayat 74 Surah al-Baqarah. Allah bercerita secara lengkap: itu, padahal Allah tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan.

(3)

74. kemudian sesudah itu, jantung kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Sedangkan di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya Yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai terhadap apa yang kamu lakukan.

(Al-Baqarah: 72-74) Ayat yang memberikan perumpamaan jantung mereka dengan jantung batu. Ia mencela dan mencemuh Bani Israil. Seolah-olah jantung mereka itu keras seperti batu yang tidak akan menjadi lembut.

Imam Ibn Kathir merekodkan bahawa al-Aufi di dalam Tafsirnya menyatakan satu kenyataan daripada Ibn Abbas:

Setelah orang yang terbunuh itu dipukul dengan beberapa bahagian daripada lembu berkenaan, dia terus duduk. Hidup kembali seperti semula. Lalu dia ditanya: Siapakah yang membunuhmu? Dia menjawab: Anak-anak saudaraku yang membunuhku.Tetapi anak-anak saudaranya menafikan sedangkan telah jelas kebenaran di hadapan mata mereka. Lantas Allah menyebutkan:

           

kemudian sesudah itu, jantung kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi.

Jantung mereka bertambah keras sedangkan mereka telah melihat kebesaran Allah di hadapan mata mereka sendiri. Tiada ubat lagi bagi kekerasan itu. Bahkan, Allah menyatakan ia seperti batu bahkan lebih keras daripada batu.

(4)

Ada juga batu yang terbelah sehingga menyebabkan terpancarnya mata air. Demikian juga ada batu yang jatuh daripada tempat tinggi kerana takutkan Allah.

Objek Mempunyai Perasaan

Allah berfirman:

         ... 

72. Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya;

(Al-Ahzab: 72) Allah berfirman:

                   

44. langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.

(Al-Isra’: 44) Imam al-Bukhari dengan sanadnya merekodkan: Abi Humaid al-Saidi menyatakan bahawa apabila Nabi SAW melihat bukit Uhud, baginda berkata:

ُ،ههببححنهوو َانوببححيه ل

ل ييبوجه َاذوهو

Bukit kecil ini mencintai kita dan kita juga mencintainya.

(5)

Demikianlah pelbagai hadis dan ayat al-Quran menyatakan bahawa objek-objek yang terdapat di atas muka bumi ini adalah makhluk Allah. Kesemua objek berkenaan juga memuji Allah dan menyembah Allah dengan cara mereka sendiri.

Mereka taat kepada Allah sekalipun sifat mereka berbeza. Ada yang luas seperti langit, ada yang keras seperti batu, ada yang lembut seperti air, ada yang lembik seperti obor-obor, ada yang garang seperti singa. Tetapi, semuanya adalah makhluk Allah yang mempunyai perasaan dan ibadah. Namun, jantung manusia apabila telah sakit dan tenat. Ia akan keras seperti batu, bahkan lebih keras daripada itu. Ia tidak lagi dapat diubati.

Larangan Kepada Umat Islam Berjantung Keras

Justeru itu, Allah melarang umat Islam daripada mengikuti jejak Bani Israil ini. Allah berfirman:

                       

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk jantung mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka jantung mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.

(Al-Hadid: 16) Allah berfirman:

                      

(6)

dengan selaput kederhakaan)? maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu jantungnya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.

(Az-Zumar: 22) Tetapi, sifat utama umat Islam ialah seperti ayat berikut:

                 

2. Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah jantung mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

(Al-Anfal: 2)

Ubat Bagi Jantung Yang Keras

1.Beriman kepada Allah dan mencari jalan-jalan untuk meningkatkan keimanan.

Firman Allah:

             

11. Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin jantungnya; dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

(7)

Di dalam permulaan surah Ali Imran, Allah memuji orang yang berilmu. Lalu Allah menyatakan tentang mereka:

...

                             

7. ... dan orang-orang mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadaNya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang Yang berfikiran.

8. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan jantung Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

(Ali Imran: 7-8)

Referensi

Dokumen terkait

Quraish Shihab juga menafsirkan surah al-Kahfi ayat 50 yang menjadi pendukung surah al-Baqarah ayat 34 bahwa Iblis adalah dari jenis jin, yang diciptakan dari

Innallaaha yuhibbul mutawakkiliin “Sesungguhnya Allah swt menyukai orang-orang yang berbersandar dan menyerahkan hasil akhir usahanya kepada Allah swt.” Zamakhsyari

Dengan demikian, penelitian dengan menggunakan pisau stilistika dalam membedah objek kajian ayat-ayat surga dan neraka dalam al-Qur’an khususnya juz 30 perlu

Makna dari ayat tersebut adalah bahwa Allah memerintahkan kepada umatnya yang beriman untuk menjaga diri mereka dari api neraka dan menjauhkan darinya. Di samping

Di dalam al-Qur’ān ada beberapa ayat yang mengandung perumpamaan yang berkaitan dengan keledai. Keledai merupakan salah satu hewan yang Allah swt abadikan di dalam

Allah menggembirakan orang2 yang kecil hati, yang ga’ pede dengan keadaan dirinya, agar melihat Allah saja, hidup dengan penilaian Allah.. Beliau juga adalah sosok ayah

Dalam ayat ini ditegaskan bahwa Allah tidak mempunyai anak, hal ini karena proses kelahiran anak tidak mungkin terjadi dari sesuatu yang satu. Proses tersebut hanya bisa terjadi dari

Kesimpulannya tadabbur boleh dirumuskan sebagai membaca al-Quran yang disertai dengan penggunaan akal dan hati dalam memahami, menghayati dan memikirkan setiap ayat al- Quran dengan