1 1.0 Pengenalan
Terdapat pelbagai sistem ekonomi yang wujud di dunia. Dilihat dari sudut sejarah, manusia telah menyusun aktiviti-aktiviti ekonomi mereka dalam pelbagai cara yang berbeza. Kepelbagaian sistem ekonomi ini dapat dilihat dari pelbagai sudut termasuklah daripada feudalism kepada sistem ekonomi sara diri, kapitalism dan sosialis (Bowles et al, 2005: 52). Sistem ekonomi boleh didefinisikan sebagai organisasi, institusi atau mekanisme yang digunakan oleh masyarakat untuk menyelesaikan masalah asas ekonomi. Masalah asas ekonomi terdiri daripada persoalan-persoalan seperti apa yang hendak dikeluarkan, berapa yang hendak dikeluarkan, bagaimana untuk dikeluarkan dan untuk siapa dikeluarkan (Jamaliah et al, (2012: 11). Skala ekonomi itu pula terdiri daripada paling bebas hinggalah kepada jenis yang regim.
Bowles et al (2005: 52) pula menyatakan bahawa sistem ekonomi merupakan cara menyusun sumber manusia yang diperlukan dalam setiap masyarakat untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak hidup manusia. Menurut beliau lagi, tidak kira apapun jenis masyarakat dan kedudukannya, sistem ekonomi akan menentukan apa kerja yang akan dijalankan, bagaimana untuk melakukannya dan kepada siapa produk akan diedarkan. Sistem ekonomi juga merupakan hubungan antara manusia. Hubungan tersebut boleh sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Secara langsung dapat dilihat apabila berlaku hubungan secara bersemuka misalnya interaksi yang berlaku apabila seseorang individu membeli oren di kedai runcit. Manakala, secara tidak langsung pula berlaku apabila ruang spektrum antara manusia di bahagian glob yang berbeza. Misalnya, petani di Iowa menghasilkan gandum dan pada akhirnya akan muncul sebagai roti di Mesir. Hubungan yang membentuk sistem ekonomi ini akhirnya diterjemahkan ke dalam adat, undang-undang, perlembagaan, parti-parti politik dan kerjasama perdagangan. Secara umumnya, terdapat tiga jenis sistem ekonomi iaitu kapitalis, sosialis dan sistem ekonomi campuran.
2.0 Jenis Sistem Ekonomi 2.1 Sistem ekonomi kapitalis
2
membuat keputusan apa yang perlu dihasilkan, untuk siapa dan bagaimana untuk mendapatkan produk atau barangan yang dihendakinya. Dalam hal ini, urustadbir ekonomi dilakukan secara individu tanpa pemusatan atau kawalan peraturan. Keputusan bergantung kepada minat mereka sendiri. Ahli ekonomi dan para pengusaha yang beraliran kapitalis, meyakinkan bahawa ekonomi yang dikendalikan oleh individu tanpa campur tangan kerajaan merupakan sistem terbaik dalam memastikan keuntungan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara (Ridell et al, 2011: 44). Malahan, ia juga merupakan kaedah yang efisyen dan memberi manfaat kepada masyarakat. Sistem ekonomi ini memperlihatkan mekanisme harga berperanan penting dalam menentukan harga barangan di pasaran.
Permintaan dan penawaran tanpa campur tangan kerajaan mempunyai kuasa dalam
menentukan bagaimana sesuatu sumber itu diagihkan. Ini dikenali sebagai “peranan
mekanisme harga”. Sebagai contoh, sekiranya permintaan untuk sesuatu produk meningkat,
harga akan turut sama melambung naik dan keadaan ini akan meningkatkan penjualan produk di dalam pasaran. Situasi ini juga menjadi petanda kepada firma untuk mengembangkan pengeluarannya. Contoh negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalisme ini adalah USA, Kanada, Jepun dan Hong Kong.
2.2 Sistem ekonomi sosialis
3 2.3 Sistem ekonomi campuran
Sistem ekonomi campuran merupakan gabungan antara sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi sosialis (Ridell et al, 2011: 16). Dalam hal ini, kerajaan dan sektor swasta bertindak secara bersama-sama dalam menyelesaikan masalah ekonomi. Kerajaan melibatkan diri khusus dalam mengangani masalah mekanisme harga. Dalam sistem ini juga, kebanyakan barangan dan perkhidmatan diagihkan di pasaran yang mana harga ditentukan oleh permintaan dan penawaran. Manakala, pengguna bebas untuk membeli produk yang mereka kehendaki dan pekerja bebas untuk bekerja di mana-mana sahaja.
Dalam sistem ini juga, terdapat kelonggaran disesetengah kawasan dan kawalan kerajaan dalam sektor-sektor tertentu. Misalnya, kerajaan mungkin memiliki hospital dan perkhidmatan kesihatan yang tersendiri untuk memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk menikmati kemudahan tersebut. Walaubagaimanapun, ia turut membenarkan seksyen lain dalam ekonomi untuk menjalankan urus tadbir mereka agar ketidakcekapan dapat diminimakan dan penduduk pula dapat memperolehi pekerjaan sebagaimana yang mereka inginkan. Dalam erti kata yang lain, campur tangan kerajaan adalah untuk menyediakan perkhidmatan dan menjaga kebajikan masyarakat, mengekalkan undang-undang dan peraturan, mengelakkan pertindihan perkhidmatan yang mahal, mengurangkan kesan luaran (kos dan manfaat sosial), mengurangkan ketidakseragaman pendapatan, mengawal monopoli oleh individu dan menstabilkan ekonomi (Ridell et al, 2011: 16). Contoh negara yang mengamalkan sistem ekonomi campuran ialah Malaysia dan Singapura.
3.0 Sistem ekonomi kapitalis
Dari masa ke semasa ekonomi terus mengalami transformasi sehingga membawa kepada kemunculan satu sistem ekonomi baru, undang-undang, pendekatan dan peraturan baru. Menurut Ridell et al, 2011: 16, perubahan ekonomi dapat dilihat daripada corak feudalism kepada sistem kapitalis khususnya di negara-negara Barat bermula daripada abad ke-12 hinggalah abad ke-18. Sistem ekonomi kapitalis mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakannya dengan sistem ekonomi yang lain.
4
menggunakannya sepertimana yang dikehendaki. Menurut Brue et al, 2014: 30, pemilikan harta dan kebebasan untuk membuat rundingan dan kontrak mengikut undang-undang membolehkan individu dan ahli perniagaan untuk memperolehi, menggunakan dan menjual sumber harta sebagaimana yang diinginkan. Ini bererti sebarang keputusan ekonomi (apa yang hendak dikeluarkan, berapa yang hendak dikeluarkan, bagaimana untuk dikeluarkan dan untuk siapa dikeluarkan) akan ditentukan oleh agen-agen ekonomi iaitu pengeluar dan pengguna.
Selain itu, sistem ekonomi kapitalis juga dicirikan oleh kebebasan dan pilihan berniaga. Menurut Jamaliah et al, 2012, kebebasan ini merujuk kepada semua keputusan ekonomi yang diambil oleh isi rumah dan firma yang dianggap sebagai tindakan yang dilakukan atas kepentingan masing-masing. Setiap individu berhak memilih jenis pekerjaan dan membeli dengan pendapatan mereka sendiri. Pengguna pula merupakan individu yang menentukan apa yang perlu dihasilkan dan ini dikenali sebagai kuasa pengguna (Jamaliah et al, 2012). Manakala, firma atau syarikat mempunyai kebebasan untuk memilih jenis barangan yang ingin dijual, kaedah pengeluaran yang digunakan dan bebas untuk menubuhkan sebarang jenis perniagaan. Dalam konteks ini, pengeluar akan menghasilkan barangan dan memberikan perkhidmatan yang dikehendaki oleh pengguna. Walaubagaimanapun, pengeluar tetap terikat kepada undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Ciri sistem ekonomi kapitalis yang seterusnya adalah bermotifkan keuntungan. Dalam sistem ini, keuntungan merupakan matlamat utama yang ingin dicapai. Justeru, lebih banyak barangan dan perkhidmatan yang disediakan diharap dapat mendatangkan keuntungan melalui penjualannya di pasaran (Bowles, 2005: 53). Masyarakat dalam sistem kapitalis ini dilihat bekerja untuk orang lain dan menerima gaji sebagai ganjarannya. Ringkasnya, dapat dikatakan bahawa pengguna ingin memperolehi produk yang mempunyai nilai terbaik, pekerja pula inginkan memaksimumkan pendapatan dan pengeluar pula sedaya upaya cuba memaksimumkan keuntungan yang diperolehi.
4.0 Masalah Sistem Ekonomi Kapitalis
5
makroekonomi dan kesan luaran. Walaubagaimanapun, untuk tujuan perbincangan ini, hanya tiga masalah sahaja yang akan disentuh secara terperinci.
Masalah pertama sistem ekonomi kapitalis adalah penyediaan barangan awam yang tidak mencukupi. Kekurangan ini berlaku kerana sifat sistem ini sendiri yang mengutamakan keuntungan dalam aktiviti ekonomi yang dijalankan. Corak pengeluaran adalah bergantung kepada permintaan pengguna di pasaran. Oleh kerana barangan awam dianggap tidak menguntungkan malah memerlukan kos yang tinggi penyediaan atau penawaran ke atasnya kurang diberi penekanan. Pengeluaran barangan awam dianggap akan menyebabkan wujud
masalah “penunggang percuma” atau free rider problem (Brue et al, 2014: 99). Hal ini bermakna, sekiranya pihak firma menyediakan barangan awam, mereka tidak akan dapat menghalang mereka yang tidak membayar untuk menggunakannya. Misalnya, dalam kes Perlindungan Kebakaran, andai kata ada 100 orang isi rumah yang perlu membayar RM 500 setiap tahun untuk mendapatkan perlindungan tetapi ianya akan menimbulkan masalah sekiranya hanya 99 daripada mereka yang membayar dan sebuah isi rumah tidak melakukannya. Apabila yang seorang tadi mengalami kebakaran, 99 isi rumah tadi tidak dapat menghalangnya untuk mendapatkan perkhidmatan Perlindungan Kebakaran kerana sekiranya kebakaran tadi tidak dipadam, ia akan membahayakan harta mereka yang lain (Brux & Cowan, 2002:23).
Keadaan ini menunjukkan walaupun individu tadi tidak melakukan pembayaran namun dia masih boleh menjadi free rider. Jelasnya, Apabila pengeluar menyediakan barangan awam setiap orang termasuk yang tidak dikenakan bayaran akan memperolehi manfaat kerana tidak semua orang bersedia untuk membayar sesuatu yang mereka boleh perolehi secara percuma. Keadaan ini pada tanggapan pihak pengusaha akan menjadikan pengguna
sebagai “penunggang percuma” dan kadar permintaan ke atasnya akan berkurangan. Semakin
6
Selain itu, sistem kapitalis juga menghadapi masalah dari segi pendapatan yang tidak sama rata. Dalam hal ini, sistem ekonomi yang berorientasikan pasaran bebas ini telah menyebabkan meningkatnya perbezaan jurang pendapatan khususnya antara golongan kaya dan berkemampuan dengan golongan miskin atau berpendapatan rendah. Bagi mereka yang mempunyai kuasa dan berharta contohnya ahli perniagaan dan pemilik-pemilik tanah akan memperolehi lebih banyak kekayaan atau keuntungan berbanding mereka yang kurang berkuasa atau hanya bekerja sebagai pekerja bawahan bagi sesebuah firma. Keadaan ini mewujudkan situasi yang kaya terus kaya dan sebaliknya yang miskin terus menjadi miskin. Selain itu, pengagihan barangan juga berlaku secara tidak sama rata akibat kuasa beli pengguna yang tidak sama rata. Golongan yang berpendapatan tinggi cenderung untuk memiliki kuasa beli yang tinggi, manakala golongan berpendapatan rendah hanya memiliki kuasa beli yang rendah. Keadaan ini akan mewujudkan corak permintaan dan penawaran yang boleh membawa kepada ketidakmampuan golongan miskin dalam mendapatkan barangan atau produk yang dikeluarkan akibat permintaan yang tinggi dalam kalangan golongan yang mempunyai kuasa beli yang tinggi.
Seterusnya, sistem ekonomi kapitalis juga mendatangkan kesan luaran atau kos sosial. Hal ini demikian kerana sistem yang berdasarkan ekonomi bebas dan bermotifkan keuntungan ini sering berakhir dengan pengabaian ke atas alam sekitar dan kebajikan masyarakat. Kesan luaran muncul apabila kegiatan ekonomi dan pengeluaran yang dilakukan oleh sesebuah firma memberikan kesan ke atas unit-unit yang tidak terlibat secara langsung dan melebihi had atau daya tampungan alam sekitar. Contoh kesan luaran adalah pencemaran ke atas alam sekitar dan masalah kesesakan jalan raya. Keadaan ini akhirnya akan menganggu masyarakat dan mewujudkan ketidakselesaan dalam kehidupan seharian. Malangnya, masalah yang wujud ini tidak akan ditanggung oleh pengeluar. Justeru, aktiviti yang dilaksanakan oleh pengeluar haruslah sentiasa dipantau dan dikawal agar masalah yang timbul dapat dikurangkan.
5.0 Cadangan untuk mengatasi Masalah Sistem Ekonomi Kapitalis
7
terikat dengan sistem kapitalis yang memperlihatkan campur tangan kerajaan yang sangat sedikit. Hal ini demikian kerana barangan awam mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan sistem kapitalis (Brue et al, 2014: 98) menyebabkan pihak yang berkenan tidak memberikan penekanan yang sepatutnya ke atas penyediaannya.
Justeru itu, kerajaan haruslah melibatkan diri dalam hal-hal kebajikan masyarakatnya khusus dalam penyediaan barangan awam seperti kemudahan kesihatan, keselamatan, perlindungan alam sekitar dan lain-lain lagi. Dalam hal ini, sistem ekonomi campuran pada anggapan penulis adalah lebih ideal diamalkan. Hal ini kerana sistem tersebut melibatkan tindakan bersama antara kerajaan dan swasta atau firma. Dengan campur tangan kerajaan khususnya dalam hal berkaitan kebajikan masyarakat, maka barangan awam yang merupakan antara kemudahan penting yang diperlukan oleh masyarakat dapat disediakan. Penyediaan barangan awam pastinya dapat disediakan dengan adanya kewangan kerajaan yang berpunca daripada cukai-cukai tertentu seperti cukai pintu dan cukai pendapatan. Justeru, ia tidak akan memberi beban yang tinggi kepada kerajaan walaupun hakikatnya wujud free rider. Walaubagaimanapun, kerajaan juga haruslah menggalakkan dan mendorong pihak swasta untuk turut serta dalam penyediaan barangan awam khususnya perkhidmatan asas kerana mereka juga mempunyai tanggungjawab sosial ke atas masyarakat mereka sendiri.
Seterusnya, bagi masalah agihan pendapatan yang tidak sama rata, dicadangkan agar pengeluar seharusnya mengutamakan barang keperluan asas, mengeluarkan barangan yang berkualiti, murah dan memberi manfaat kepada masyarakat. Mereka perlu sedar bahawa tindakan mengutamakan permintaan khususnya daripada golongan berpendapatan tinggi akan menindas golongan berpendapatan rendah dan boleh menimbulkan masalah sosial dalam ekonomi. Selain itu, kerajaan juga haruslah turut sama dalam mengeluarkan barangan yang dikeluarkan oleh pihak swasta seperti perkhidmatan pendidikan dan kesihatan. Manakala, dari aspek pekerjaan pula, kerajaan sesebuah negara khususnya yang mengamalkan ekonomi kapitalis haruslah menyelaraskan gaji yang tetap dan berbaloi dengan usaha dan tenaga yang dicurahkan oleh para pekerja. Hal ini bagi mengelakkan berlaku diskriminasi gaji oleh pihak majikan yang tamakkan keuntungan. Majikan yang didapati melanggar peraturan dan penetapan gaji yang telah ditetapkan haruslah dikenakan hukuman dan denda yang berat.
8
isu sosial yang wujud akibat kerakusan firma mahupun pihak swasta dalam memaksimumkan keuntungan, kita tidak dapat lari daripada membincangkan mengenai peranan undang-undang dalam mengawal masalah sekeliling yang wujud akibat tindakan manusia itu sendiri. Di Malaysia misalnya, langkah undang-undang alam sekitar seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 haruslah dikuatkuasakan secara tegas dan bukan hanya sebagai undang-undang yang termaktub dalam perundang-undangan negara ini. Malahan, melalui akta 34 (A) dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling turut terdapat Prescribed Activity yang diwajibkan oleh kerajaan untuk para pemaju menjalankan kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment- EIA) bagi aktiviti-aktiviti yang dijangka memberi kesan yang signifikan ke atas alam sekeliling. Ianya bukan hanya melibatkan alam sekitar tetapi juga merangkumi penilaian ke atas komponen sosioekonomi penduduk. Contoh yang diberikan ini menunjukkan terdapatnya usaha kerajaan negara ini dalam memastikan kemampanan alam sekeliling meskipun pelbagai sumber alam sekitar terpaksa diteroka demi keperluan dan kehendak manusia yang tidak terhad. Justeru, dengan adanya usaha ini, masalah alam sekitar seperti pencemaran udara dan pencemaran sungai dapat dikurangkan.
6.0 Kesimpulan
Kesimpulannya terdapat pelbagai sistem ekonomi yang wujud iaitu sistem ekonomi kapitalis, sosialis dan campuran. Terdapat juga sistem ekonomi lain yang tidak dinyatakan dalam perbincangan ini khususnya sistem ekonomi islam yang mana pada pandangan penulis sebagai sistem ekonomi terbaik yang wajar diamalkan oleh negara-negara di dunia khususnya dalam mewujudkan keadilan sosial dan ekonomi. Selain itu, dapat juga diringkaskan bahawa sistem ekonomi kapitalis merupakan sebuah sistem ekonomi yang berpusatkan kepada pasaran bebas (laisez-faire), bermotifkan keuntungan maksimum dan kepentingan individu dengan campur tangan yang amat sedikit daripada kerajaan. Keadaan ini akhirnya menyebabkan pelbagai masalah wujud seperti penyediaan barangan awam yang tidak mencukupi, ketidakseragaman pendapatan, ketidakstabilan makroekonomi dan kesan luaran. Justeru, campur tangan kerajaan dalam mengatasi masalah yang timbul adalah perlu bagi
mengelakkan senario “yang kaya terus menjadi kaya dan yang miskin terus menjadi miskin”.
9 RUJUKAN
Bowles Samuel et al., 2005. Understanding Capitalism: Competition, Command and Change. New York: Oxford University Press.
Jacqueline M. Brux dan Janna L. Cowen. 2002. Economic Issues and Policy. 2nd Edition. UK: South-Western Publishing.
Dominick Salvatore & Eugene A. diulio. 2012. Principles of Economics. UK: McGraw- Hill Companies.
Jamaliah et al., 2012. Understanding Economics: Theory and Application. 3rd Edition. Malaysia: McGraw-Hill.
Ridell Tom et al., Economics: a Tool for Critically Understanding Society.9th Edition. UK: Pearson Education.
Roger LeRoy Miller et al. 2008. The Economics of Public Issues. 5th Edition. UK: Heater Forcier.