• Tidak ada hasil yang ditemukan

Manhaj Sastera Islam Menurut Kaca Mata S (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Manhaj Sastera Islam Menurut Kaca Mata S (1)"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

- 179 - D I N I K A , V o l u m e 9 , N u m b e r 2 , J u l y 2 0 1 1

Manhaj Sastera Islam Menurut Kaca Mata Shaykh

Abū al

-×asan Ñ

Alī al

-

Nadwī

Oleh: Mohd Shahrizal Nasir*

Abstract: This article is dedicated to discussing the aspirations and views of AbË al-Hasan ÑAlÊ al-NadwÊ, the founder of the Universal League of Islamic Literature, on the Islamic literature framework in an attempt to rectify assumptions and misconceptions on Islamic literature. Islamic literature has been assumed by many as obsolete, rigid and untangable for the fact that it is committed to the religious, value-orientation and ethical commitments in accordance to the Islamic worldview. This article highlights the meaning of Islamic literature and its concept based on al-NadwÊ point of view. Al-NadwÊ is a well-known scholar in promoting Islamic literature as an intellectual means of enlightenment to society. Without any doubt, al-NadwÊ was contribute such a great contribution to the cultural and literature studies of Islam.

Keywords:Islam, Islamic literature, moral value, tauÍÊd, al-adab.

Pendahuluan

Perbincangan mengenai sastera Islam tidak boleh lari daripada merujuk kepada aktiviti para penulis karya sastera yang berusaha memanfaatkan unsur-unsur Islam ke dalam karya mereka. Secara tidak langsung, golongan ini dilihat berusaha untuk memartabatkan seni sastera yang sejajar dengan tuntutan Islam. Dalam dunia kesusasteraan Arab, antara tokoh-tokoh yang berjuang untuk memartabatkan sastera Islam di persada dunia seperti Sayyid QuÏb, MuÍammad QuÏb, NajÊb al-KÊlānÊ, ÑImād al-DÊn al-KhalÊl, ÑAbd al-RaÍmān Ra’fat Bāshā, dan juga Shaykh AbË al-×asan ÑAlī al-NadwÊ (seterusnya al-NadwÊ).

Dewasa ini, kehadiran dan pemanfaatan sastera Islam menjadi satu kemestian. Antara lain, ia berperanan menyanggah dan menolak pendapat sesetengah ideologi sastera Barat yang mencetuskan pelbagai bentuk kebobrokan dalam kehidupan manusia. Ideologi-ideologi Barat seperti Marxisme dan Sosialisme mendapat sambutan baik dalam kalangan penggiat sastera antarabangsa. Sebagai contoh, terdapat karya Barat yang dilihat menghina Islam secara jelas seperti karya The Divine Comedy yang telah dihasilkan oleh Dante Alighieri (1265-1321), seorang sasterawan yang dilahirkan pada tahun 1265 di Florence (Dante 1993, 3). Karya ini dilihat sebagai satu manipulasi Dante terhadap peristiwa Israk Mikraj dalam Islam. Sesuatu yang melampaui batas apabila Dante dengan jelas meletakkan Nabi Muhammad dan Saidina Ali dalam neraka bersama-sama ahli maksiat yang lain dalam karyanya itu (Dante 1993, 117).

Bukan sekadar itu sahaja, dunia sastera Arab juga dirosakkan dengan kehadiran elemen-elemen yang bertentangan dengan Islam. Sesetengah para karyawan Arab dilihat telah terpengaruh dengan pemikiran, ideologi dan konvensi sastera Barat iaitu apabila mereka memanfaatkan simbol-simbol Barat dan agama Kristian dalam kesusasteraan Arab-Islam, yang diguna dan diterima pakai secara selesa tanpa bantahan yang signifikan. Sebagai contoh ialah simbol salib, iaitu yang dianggap oleh penganut Kristian sebagai lambang penderitaan Jesus

*

(2)

- 180 - D I N I K A , V o l u m e 9 , N u m b e r 2 , J u l y 2 0 1 1

kerana menebus dosa pengikutnya. Simbol ini digunakan oleh para karyawan Arab-Islam dalam karya mereka. Lebih daripada itu, menurut MaÍmËd MuÍammad Shākir, para penyair Arab yang menggunakan simbol salib dalam karya mereka mengatakan bahawa salib adalah satu simbol pengorbanan insan terhadap sesuatu perkara yang berharga (Shākir, 1415H: 72-78). ÑAbd al-Wahhāb al-Bayātī, seorang penyair berasal dari Iraq, adalah antara karyawan Arab yang kerap menggunakan simbol salib dalam karya puisinya.

Berdasarkan fenomena-fenomena ini, adalah jelas bahawa sastera Islam semakin diperlukan bagi menangkis dakyah jahat ini. Sebenarnya terdapat beberapa takrifan yang diberikan bagi merujuk kepada istilah sastera Islam. Takrifan ini dicetuskan oleh beberapa orang tokoh yang mendalami bidang sastera khususnya sastera Arab. Antaranya MuÍammad QuÏb yang menjelaskan bahawa sastera Islam adalah satu ungkapan yang indah tentang cakerawala, kehidupan dan manusia daripada tasawur Islam tentang alam ini (QuÏb, T.th: 6). Namun, dalam makalah ini, penulis tidak sekadar menurunkan beberapa takrifan ringkas tentang sastera Islam, sebaliknya makalah akan menfokuskan penelitian terhadap manhaj atau kerangka asas bagi menggambarkan keutuhan konsep sastera Islam tersebut. Pemahaman yang jelas mengenai sastera Islam menerusi manhaj atau kerangka yang lebih mendalam akan membuatkan khalayak masyarakat mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai perkara ini.

Justeru, pemilihan al-NadwÊ dan pandangannya tentang sastera Islam bagi perbincangan dalam makalah ini adalah amat signifikan. Selain banyak menulis esei-esei berbentuk eceran dalam majalah-majalah berorientasikan sastera, al-NadwÊ turut giat menulis buku berbentuk ilmiah yang khusus membicarakan sastera Islam. Posisi al-NadwÊ sebagai pengasas dan bekas pengerusi pertama Pertubuhan Sastera Islam Sedunia (RābiÏah al-Adab al-IslāmÊ al-ÑÓlamÊah) juga mengukuhkan sebab pemilihan al-NadwÊ bagi perbincangan tentang sastera Islam dalam makalah ini.

Sejarah Hidup al-

Nadwī

Nama penuh al-NadwÊ ialah AbË al-×asan ÑAlÊ al-×asanÊ al-NadwÊ. Al-NadwÊ merupakan seorang yang serba boleh. Beliau merupakan seorang pemimpin, pemikir, pendakwah dan juga pada masa yang sama adalah seorang karyawan. Beliau dilahirkan pada 6 MuÍarram 1333 HijrÊ bersamaan 23 November 1914 Masihi (al-GhËrÊ, 2005: 146). Al-NadwÊ berasal daripada sebuah keluarga berketurunan Arab. Susur-galur nasab keturunannya sampai kepada Saidina ×assan bin ÑAlī, iaitu cucuanda Rasulullah. Menjadi pengetahuan umum, bahawa al-NadwÊ merupakan seorang tokoh yang dipandang tinggi dari segi ilmu pengetahuannya. Kemuliaan al-NadwÊ ini bukan sahaja diterima daripada masyarakat sekelilingnya sahaja, malah beliau turut dikagumi dan disegani oleh masyarakat dunia secara amnya.

(3)

- 181 - D I N I K A , V o l u m e 9 , N u m b e r 2 , J u l y 2 0 1 1

Dari sudut pendidikan, al-NadwÊ telah memulakan pendidikan awalnya di rumah dan di masjid. Beliau belajar membaca huruf hijā’īyah serta belajar membaca buku-buku dalam bahasa Urdu (al-GhËrÊ, 2005: 151). Pada peringkat yang lebih tinggi, al-NadwÊ telah melanjutkan pengajiannya di Universiti Lakhore pada awal bulan Ogos tahun 1927 bagi mendalami bidang sastera Arab. Pada ketika itu, umur al-NadwÊ belum mencapai 14 tahun (al-GhËrÊ, 2005: 160). Beliau merupakan pelajar termuda di universiti berkenaan pada ketika itu, manakala kebanyakan daripada para pelajar di situ merupakan lepasan daripada sekolah-sekolah Arab. Daripada sini, secara jelas ia menunjukkan bahawa al-NadwÊ amat meminati bidang sastera Arab. Di atas minat yang tinggi inilah akhirnya mendorong al-NadwÊ untuk terus merealisasi dan memperjuangkan sastera Islam sehingga akhir hayatnya.

Berdasarkan penerangan mengenai latar belakang al-NadwÊ di atas, secara jelas ia menggambarkan keperibadian mulia yang dimiliki oleh al-NadwÊ sejak zaman kecilnya sehingga ke akhir hayatnya. Hal ini dikuatkan dengan pandangan beberapa orang tokoh Islam terhadap al-NadwÊ. Antaranya, Sayyid QuÏb menyatakan bahawa:

“...AbË al-×asan al-NadwÊ sepertimana yang saya kenali daripada sudut keperibadiannya dan penulisannya, saya mendapati bahawa dalam dirinya terdapat sekeping hati dan akal Muslim, saya mengenalinya sebagai seorang lelaki yang hidup dengan Islam dan untuk Islam, beliau bergerak atas asas pemahaman yang tepat mengenai Islam, kesemuanya ini adalah satu penyaksiaan yang saya buat kerana Allah” (al-GhËrÊ, 2005: 7).

Manakala seorang lagi tokoh besar dalam bidang dakwah Islam iaitu Shaykh YËsuf al-QaraÌāwÊ yang menyatakan bahawa:

“Pendawah besar iaitu Shaykh AbË al-×asan ÑAlÊ al-NadwÊ ialah seorang umat yang patuh, berpegang kepada manhaj salaf, tokoh ilmu yang mengamalkan ilmunya, tokoh yang sempurna, seorang yang zuhud serta sentiasa bermujahadah, pemilik buku-buku yang hebat, dan tulisan-tulisan yang hebat, serta pemberi ucapan yang bermanfaat, perlakuan beliau tidak pernah menyalahi apa yang beliau katakan, dirinya memenuhi ciri-ciri golongan salaf, ahli tasawuf, orang yang bermazhab mahupun yang tidak bermazhab, dirinya memiliki ciri-ciri golongan yang memiliki pengetahuan mengenai Islam silam dan kontemporari, sesungguhnya kata-katanya menjadi persetujuan semua, beliau disayangi kerana kebenarannya, keikhlasannya semata-mata kerana Allah, serta beliau jauh daripada kepentingan peribadi, dan keutamaan sendiri, serta ketaksuban Jahiliah...” (al-GhËrÊ, 2005: 8).

Begitu juga pendapat yang dilontarkan oleh seorang tokoh besar mengenai al-NadwÊ iaitu Shaykh ÑAbd al-×alÊm MaÍmËd. Beliau merupakan bekas Shaykh al-Azhar dan kini merupakan ketua Madrasah Sufi Moden. Beliau menyatakan pandangannya menerusi sebuah majlis ilmu di Dār al-ÑUlËm iaitu Nadwah Ulama’ India pada tahun 1975:

(4)

- 182 - D I N I K A , V o l u m e 9 , N u m b e r 2 , J u l y 2 0 1 1

Begitulah pandangan beberapa orang tokoh tentang keperibadian al-NadwÊ. Seterusnya, perkara yang lebih penting ialah untuk mengetahui sumbangan penulisan yang telah ditinggalkan oleh al-NadwÊ. Secara umum, jumlah karya al-NadwÊ mencecah 300 tajuk yang kebanyakannya ditulis dalam bahasa Arab. Antara karya-karya beliau ialah MÉdhÉ Khasara al-ÑÓlam bi InkhitÉt al-MuslimÊn (Apakah Kerugian Dunia dengan Kelemahan Muslimin), IlÉ al-IslÉm min JadÊd (Ke Arah Islam daripada Pembaharuan), IdhÉ Habbat RÊh al-ÔmÉn (Jika Bertiup Angin Keimanan), Al-ÙarÊq ilÉ al-MadÊnah (Jalan Ke Kota), RijÉl al-Fikr wa al-DaÑwah fÊ al-IslÉm (Pemuda Intelektual dan Dakwah kepada Islam), SÊrat KhÉtim al-NabÊyyÊn li al-AÏfÉl (Sejarah Rasul Terakhir untuk Kanak-kanak), NaÐarÉt fÊ al-Adab (Pandangan Tentang Sastera), dan FÊ MasÊrat al-×ayÉh (Di Jalan Kehidupan). Hakikatnya, kesemua buku al-NadwÊ berkisar tentang perjuangannya bagi memastikan masyarakat kembali kepada Islam.

Al-NadwÊ telah kembali ke rahmatullah pada hari Juma’at, 23 RamaÌān 1420 ×ijrÊ bersamaan 31 Disember 1999 Masihi (Ùariq, 1421H: 9). Latar belakang al-NadwÊ ini perlu diketahui dan difahami dengan lebih jelas agar idea atau kerangka sastera Islam dari kacanya dapat dirungkai dan difahami. Hakikatnya, penghormatan yang tinggi telah diberikan kepada al-NadwÊ. Penghormatan ini diberikan bagi menghargai segala jasa dan pengorbanan besar di sepanjang hayatnya terhadap Islam, khususnya yang berkaitan dengan sastera Islam. Perkara ini sejajar dengan keperibadian al-NadwÊ yang telah menafkahkan sebahagian besar daripada hidupnya untuk Islam dan sastera Islam.

Sastera Islam di Timur Tengah: Satu Sorotan

Hakikatnya, sastera Islam bukanlah satu perkara baru dalam Islam. Sastera Islam telah muncul sejak Islam menyinari bumi Semenanjung Tanah Arab. Ia diiktiraf sebagai antara wadah penting untuk menyebarkan dakwah Islamiah. Sastera Islam telah dimanfaatkan untuk menarik manusia agar berpegang kepada ajaran Allah serta mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, sastera Islam telah dimanfaatkan untuk mempertahankan keagungan Islam. Keadaan ini diperkukuhkan apabila para pemuisi di zaman Rasulullah telah memanfaatkan seni puisi untuk menangkis segala tomahan yang dilemparkan oleh golongan Musyrikin Mekah kepada Rasulullah dan Islam.

Rasulullah sendiri menerusi beberapa buah hadith, telah mengiktiraf peranan sastera dalam perkembangan dakwah Islamiah. Baginda turut mengakui bahawa seni sastera berupaya membawa mesej kebaikan dan hikmah yang berguna kepada masyarakat. Keadaan ini secara langsung membuktikan bahawa Islam turut mengiktiraf seni sastera yang mengajak manusia ke arah kebaikan. Sabda Rasulullah yang bermaksud:

Maksud: Sesungguhnya sesetengah daripada kata-kata yang memukau itu adalah sihir, dan sesetengah daripada ungkapan puisi itu adalah hikmah. (Hadith riwayat Ibn Mājah).

Daripada hadith ini, sekumpulan para sahabat Rasulullah telah giat menggunakan puisi untuk mempertahankan Islam daripada sebarang bentuk tomahan dan cercaan golongan Musyrikin pada ketika itu. Antara para sahabat tersebut ialah ×assān bin Thābit, KaÑab bin Mālik, dan ÑAbdullÉh bin RawāÍah. Malah ×assān bin Thābit telah menerima gelaran “pemuisi Rasulullah” kerana keindahan puisi Islam yang dihasilkannya.

(5)

- 183 - D I N I K A , V o l u m e 9 , N u m b e r 2 , J u l y 2 0 1 1

pengkritik sastera Arab dari Mesir. Menurut Ùāhā ×ussayn, sastera atau al-adab khususnya pada zaman Umayyah tiada kaitan dengan agama, ia hanya memberi pengertian puisi dan perkhabaran yang berkaitan dengannya. Menurut beliau lagi, pada zaman Abbasiah, prosa Arab serta seni kritikan sastera turut dimaksudkan sebagai al-adab. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti perluasan bidang penulisan dan pertambahan golongan intelektual dalam pemikiran masyarakat Arab pada ketika itu (×ussayn, 1991: 28). Daripada pengertian ini, secara jelas, Ùāhā ×ussayn melihat bahawa sastera atau al-adab pada kurun ke-2, ke-3 dan ke-4 Hijrah hanya memberi maksud puisi dan prosa serta yang berkaitan dengan keduanya sama ada berkaitan dengan tafsiran mahupun kritikan (×ussayn, 1991: 29). Inilah antara bentuk penyelewengan yang telah berlaku dalam dunia kesusasteraan Arab yang telah dipengaruhi oleh pemikiran Orientalis Barat. Penafian sastera atau al-adab sebagai satu wadah penting dalam penyebaran dakwah Islam dan ilmu pengetahuan telah dinafikan sama sekali. Sastera hanya difokuskan kepada karya sastera semata-mata tanpa mengakui bahawa ia juga mengandungi intipati yang lebih besar daripada sekadar sebuah karya seni. Seperti yang diketahui umum Ùāhā ×ussayn telah berguru dengan beberapa orang tokoh Orientalis antaranya Carlo Alfonso Nallino (1872-1938) yang berasal dari Itali.

Pendapat Ùāhā ×ussayn ini boleh dikira sebagai penguat kepada pendapat sesetengah pihak yang menyatakan bahawa karya sastera yang dikaitkan dengan agama akan lebih bersifat jumud apabila ia terikat dengan ketetapan-ketetapan agama. Hakikatnya, pendapat seperti ini bertujuan untuk memberi kebebasan yang sepenuhnya kepada para karyawan dalam menghasilkan karya sastera menurut cakupan minda dan nafsu masing-masing. Keadaan inilah yang akhirnya menyuburkan penghasilan karya-karya sastera yang hanya menjurus kepada keseronokan serta kosong daripada intipati yang bermanfaat buat masyarakat. Malah, terdapat segelintir karyawan yang menggunakan karya sastera mereka untuk menyebarkan ideologi yang sesat serta tidak kurang yang menggunakan bahasa-bahasa kesat dan lucah dalam karya mereka. Jika fenomena sebegini dibiarkan berleluasa, seni sastera boleh membawa masyarakat ke arah kefasikan dan kemungkaran. Justeru, perkara ini perlu ditangani dengan segera lebih-lebih lagi apabila ciri-ciri negatif tersebut terkandung dalam karya-karya sastera dewasa ini, dan ia diterima secara terbuka oleh masyarakat. Sewajarnya, keadaan ini diubah dengan menggantikan ciri-ciri tersebut dengan ciri-ciri yang memperlihatkan keindahan Islam khususnya dalam karya-karya penulis Islam. Kemasukkan unsur-unsur agama dalam seni sastera sebenarnya tidak sedikit pun menghilangkan kekuatan dan keindahan karya sastera tersebut.

Perkara inilah yang seharusnya diusahakan oleh para karyawan Muslim kontemporari masa kini. Hakikatnya, jika dirujuk kepada takrifan sastera atau al-adab secara literal, pengertian al-adab lebih merujuk kepada soal akhlak yang mulia (makārim al-akhlāq). Dalam MuÑjam Maqāyīs al-Lughahkarangan Ibn Fāris, kalimah al-adab dimaksudkan sebagai himpunan kepada kebaikan (Ibn Fāris, 1969: 74-75). Al- Zabīdī di dalam kamusnya Tāj al-ÑArūs menyatakan bahawa al-adab adalah sesuatu yang diaplikasikan oleh al-adīb (karyawan) untuk memperbetulkan manusia ke arah sifat-sifat terpuji (al-maÍāmid) dan menghindari manusia daripada sifat-sifat tercela (al-maqābih) (al-Zabīdī, 1306H: 144). Makna yang terdapat dalam kamus Tāj al-ÑArūs juga diterima pakai oleh Ibn ManÐūr di dalam kamusnya Lisān al-ÑArab. Namun terdapat pertambahan dari segi maksud perkataan “addaba” yang merupakan kata kerja terbitan daripada istilah al-adab apabila Ibn ManÐūr menyatakan bahawa ia membawa maksud “Ñallama” yang bererti mengajarkan iaitu kata kerja terbitan daripada kalimah al-Ñilm atau ilmu (Ibn ManÐūr, 1999: 93). Al-Jawharī pula dalam kamusnya al-ØiÍāÍ menjelaskan bahawa perkataan al-adab membawa dua pengertian, iaitu al-adab yang merujuk pada diri (akhlak) dan al-adab yang merujuk kepada kesusasteraan iaitu satu daripada cabang-cabang ilmu pengetahuan

(al-Jawharī, 1999: 132). Berdasarkan kamus-kamus (maÑājim) yang dirujuk di atas, adalah jelas

(6)

- 184 - D I N I K A , V o l u m e 9 , N u m b e r 2 , J u l y 2 0 1 1

(makārim al-akhlāq), dan al-adab sebagai “kesusasteraan”. Jelas di sini, bahawa intipati yang terkandung dalam karya sastera seharusnya sarat dengan perkara-perkara yang baik, berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan menyeru manusia ke arah kebaikan. Perkara-perkara inilah yang menjadi gesaan Islam agar karya sastera ditunjangi oleh asas-asas ilmu yang bermanfaat dan perkara-perkara kebaikan.

Bagi memberi penjelasan yang lebih terperinci tentang kaitan sastera dengan Islam, adalah menjadi satu keperluan untuk memahami firman Allah dalam surah al-ShuÑarā, ayat 224 hingga 227. Ayat-ayat ini memberi gambaran yang jelas tentang gesaan Islam kepada para karyawan Muslim agar mereka mengikut asas pengkaryaan yang telah ditetapkan oleh Allah. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala. Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)? Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya? Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali”(surah al-ShuÑarā: 224-227).

Daripada ayat-ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa Islam tidak sekali-kali menolak seni sastera secara mutlak. Islam telah menyediakan panduan yang cukup jelas bagi setiap insan untuk berpegang kepadanya dalam proses penghasilan karya sastera yang menepati garis panduan Islam. Antaranya seorang karyawan sastera Islam mestilah memiliki akidah Islam yang jelas, melakukan setiap perkara baik seperti mana yang diungkapkan serta sentiasa mengingati Allah secara berterusan. Mengingati Allah pada setiap masa dan ketika akan membuatkan manusia tidak akan tergelincir daripada landasan Islam yang telah ditetapkan-Nya.

Daripada firman Allah di atas juga, dapat disimpulkan bahawa isi kandungan sesebuah karya itu jauh lebih penting daripada bentuk keindahan luarannya. Hal ini jelas apabila Allah melarang para pemuisi Arab mengungkapkan kata-kata yang tidak berfaedah yang dijelaskan menerusi gambaran para pemuisi yang mengungkapkan bait-bait puisi di lembah-lembah, tanpa faedah yang terarah. Ungkapan kata-kata yang tidak membawa sebarang faedah ini, hakikatnya akan menyebabkan tiada manfaat yang akan diperolehi oleh masyarakat. Pada masa yang sama, Allah memerintahkan supaya para penyair melakukan setiap apa yang telah mereka pertuturkan dalam bait-bait puisi mereka. Justeru, amat jelas bahawa makna yang terkandung dalam karya sastera sama ada yang berbentuk puisi mahupun prosa mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan peribadi Muslim yang terbaik. Ingin ditekankan sekali lagi bahawa dalam Islam, makna yang terkandung dalam karya sastera adalah jauh lebih penting daripada bentuk keindahan luaran. Hal ini berdasarkan firman Allah dalam surah al-ShuÑarā tersebut.

(7)

- 185 - D I N I K A , V o l u m e 9 , N u m b e r 2 , J u l y 2 0 1 1

cendekiawan Arab untuk memartabatkan sastera Islam, seperti mana yang diusahakan oleh al-NadwÊ.

Ciri-Ciri Sastera Islam Menurut al-

Nadwī

Al-NadwÊ menjelaskan dalam bukunya bertajuk “Sastera Islam dan Kaitannya dengan

Kehidupan”, bahawa hanya golongan yang secara jelas menyifatkan Islam itu sebagai agama yang lemah dan sempit akan menyatakan bahawa sastera Islam itu bersifat jumud dan sempit (al-NadwÊ, 1985: 6). Sesungguhnya kehidupan Islam itu sempurna, seperti mana yang ditunjukkan dalam kehidupan Rasulullah yang menjadi gambaran contoh terbaik. Di dalam kehidupan Rasulullah, terdapat banyak contoh mengenai kehidupan yang menepati kehendak Islam.

Jika disoroti beberapa takrifan yang telah dinyatakan oleh beberapa orang tokoh sastera Arab, dapat dilihat bahawa takrifan tersebut mempunyai nilai persamaan yang agak ketara. Sayyid QuÏb merupakan antara orang yang terawal membicarakan soal sastera Islam menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan istilah ini ialah satu ungkapan yang berkaitan dengan pengalaman perasaan mengenai gambaran kehidupan (QuÏb, T.th: 87). Menerusi takrifan tersebut, perkataan “ungkapan” memberi gambaran tentang tabiat karya dan jenisnya, manakala “pengalaman perasaan” menjelaskan subjek dan objektivitinya, “gambaran kehidupan” pula menerangkan garis panduan, syarat-syarat serta tujuan pengkaryaan. Bagi MuÍammad QuÏb pula, sastera Islam bermaksud satu ungkapan yang indah tentang cakerawala, kehidupan dan manusia daripada tasawur Islam tentang cakerawala, kehidupan dan manusia (QuÏb, T.th: 6).

Selain itu, menurut ÑAbd al-RaÍmān Ra’fat al-Bāshā , sastera Islam ialah ungkapan seni yang indah dan berobjektif tentang realiti kehidupan, cakerawala, dan manusia menurut naluri karyawan, menerusi ungkapan yang berasaskan tasawur Islam tentang pencipta dan sekalian makhluk ciptaan-Nya, dan tidak ketandusan dengan nilai-nilai Islam (al-Bāshā, 1998: 113). Secara asasnya, dapat disimpulkan bahawa terdapat kemungkinan yang menunjukkan bahawa al-NadwÊ mengambil kira takrifan yang diusulkan oleh Sayyid QuÏb dan MuÍammad QuÏb dalam memberi penjelasan tentang mafhum dan manhaj sastera Islam menurut kaca matanya. Sebagai bukti, jika dilihat kepada takrif sastera Islam yang diberikan oleh Pertubuhan Sastera Islam Sedunia, iaitu yang dipengerusikan oleh al-NadwÊ sendiri, takrifan tersebut merupakan cantuman idea mengenai sastera Islam yang telah diberikan oleh tokoh-tokoh seperti yang dijelaskan sebelum ini. Pertubuhan Sastera Islam Sedunia menjelaskan bahawa sastera Islam ialah satu ungkapan seni yang berobjektif tentang kehidupan dan cakerawala yang berlandaskan tasawur Islam (rujuk laman web rasmi pertubuhan ini).

Seperti mana yang telah dijelaskan sebelum ini, sastera Islam merupakan antara wadah menarik serta berkesan dalam penyebaran dakwah Islamiah. Sebenarnya sastera Islam tidak hanya tertumpu kepada khutbah, kisah, mahupun nilai agama semata-mata. Bahkan ia turut mencakupi aspek sejarah, perihal, perbualan, penggambaran, dan juga ungkapan yang memberi kesan serta bersifat indah. Ia meliputi seni prosa dan puisi yang menarik, yang memberi kefahaman jelas mengenai sesuatu isu, serta cermin kepada kebenaran yang berlaku dalam kehidupan manusia serta kejadian cakerawala (al-NadwÊ, 1985: 21).

(8)

- 186 - D I N I K A , V o l u m e 9 , N u m b e r 2 , J u l y 2 0 1 1

Inilah antara perkara yang telah diperjuangkan oleh al-NadwÊ sebagai seorang pendakwah. Beliau telah menjelaskan secara terbuka tentang keperluan untuk memurnikan sastera menurut landasan yang ditetapkan oleh Islam. Keadaan inilah yang membawa al-NadwÊ terus memperjuangkan sastera Islam agar umat Islam benar-benar faham tentang situasi yang berlaku dalam dunia Islam hari ini. Al-NadwÊ telah menggesa agar semua tokoh-tokoh pejuang Islam khususnya yang terlibat secara langsung dalam bidang kesusasteraan agar bersama-sama beliau dalam perjuangan memartabatkan sastera Islam sebagai wadah dakwah yang berkesan. Dengan kata lain, sastera Islam pada hakikatnya mampu menaikkan imej Islam serta menzahirkan kekuatan Islam. Sastera Islam juga sentiasa menjadikan masalah umat sebagai keutamaan dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Apabila meneliti beberapa buah buku karangan al-NadwÊ khususnya yang berkaitan dengan sastera Islam seperti bukunya yang berjudul “Sastera Islam dan Kaitannya dengan Kehidupan” dan “Pemerhatian terhadap Sastera”, dapat diperhatikan beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian bagi memahami pengertian sebenar sastera Islam menurut kaca mata beliau. Daripada analisis ringkas yang dibuat, dapat dibuat kesimpulan awal bahawa perkara-perkara yang dibangkitkan oleh al-NadwÊ ini boleh dikategorikan sebagai ciri-ciri asas mengenai pengertian sastera Islam menurut pandangan beliau.

Pertama: Hubungan Sastera dengan Kehidupan

Al-NadwÊ menjelaskan bahawa sastera adalah perumpamaan bagi kehidupan dan gambaran mengenainya. Sastera memberi gambaran kepada masyarakat tentang peristiwa yang berlaku dalam kehidupan. Ia dipersembahkan dalam bentuk yang indah dan memberi kesan terhadap perkara yang ditimbulkan. Selain itu, sastera memberi gambaran mengenai cakerawala dan kehidupan dalam pelbagai bentuk. Apabila melakar sesuatu peristiwa dalam kehidupan, maka ia merupakan sebuah karya yang baik dan dihasilkan oleh pengkarya yang mahir (al-NadwÊ, 1985: 2). Dari sini, jelas menunjukkan bahawa sastera tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. Bahkan dengan sastera, pelbagai masalah boleh dirungkai dan diselesaikan. Sebenarnya, sastera juga dapat membantu bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat dalam pelbagai sudut seperti sosial, ekonomi, pendidikan, politik dan sebagainya. Dengan kata lain, sastera seharusnya memberi faedah kepada manusia dan bukan satu bentuk omongan kosong atau pun khayalan fantasi. Justeru, ikatan sastera dengan kehidupan akan menyerlahkan faedah sastera secara lebih jelas.

Sastera berfungsi sebagai perakam kepada peristiwa yang berlaku dalam kehidupan. Ia memaparkan sesuatu peristiwa sebenar iaitu dengan kata lain, sastera bukan satu khayalan yang tidak boleh diterima akal fikiran yang waras. Walaupun sesuatu peristiwa itu telah berlalu, namun mesej yang dibawa oleh karya tersebut tetap kekal sepertimana keadaan yang sebenar (al-NadwÊ, 1985: 17). Sebagai contoh, karya sastera Jahiliah telah memainkan peranan penting sebagai perakam peristiwa sejarah yang berlaku dalam kehidupan masyarakat ketika itu. Jika karya sastera pada zaman Jahiliah memiliki fungsinya yang penting, maka sastera Islam harus lebih berfungsi daripada itu. Justeru, al-NadwÊ menjelaskan bahawa sastera Islam adalah sastera yang mencakupi aspek kehidupan manusia yang luas. Keluasan skop perbincangan tentang situasi yang berlaku dalam kehidupan menerusi seni sastera akan terus berkembang sebagaimana kepesatan perkembangan hidup manusia. Hakikatnya, masyarakat akan dapat merasai kesan sesuatu peristiwa yang berlaku di tempat lain melalui penghayatan karya sastera, walaupun ianya tidak dialami oleh mereka sendiri (al-NadwÊ, 1985: 18).

(9)

- 187 - D I N I K A , V o l u m e 9 , N u m b e r 2 , J u l y 2 0 1 1

diperolehi daripada karya sastera ini kadangkala memberi makna dan kesan yang lebih mendalam daripada penyaksian dan pengalaman dalam realiti kehidupan. Keadaan ini berbalik kepada peranan sastera yang mampu memberi kesan positif dalam jiwa dan minda masyarakat melalui susunan perkataan serta mesej jelas dan benar dalam karya tersebut.

Kedua: Hubungan Sastera dengan Islam

Apabila membincangkan perkara ini, al-NadwÊ telah mengaitkan peranan bahasa Arab dalam memahami ajaran Islam. Penjelasan ini menunjukkan peri pentingnya bahasa Arab sebagai pembawa mesej Islam. Di sini, perlu diteliti satu persoalan iaitu bagaimana seorang penulis yang berhasrat untuk menyampaikan dakwah Islam melalui penghasilan karya sastera itu mampu untuk berbuat demikian, dengan keadaannya yang tidak mempunyai ilmu tentang Islam? Dengan kata lain, sebenarnya al-NadwÊ menggesa para penulis karya sastera Islam untuk memahami ajaran Islam dengan tepat, demi menjanjikan hasil karya yang berfaedah dan selari dengan Islam.

Tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Arab memainkan peranan yang penting dalam proses penyebaran dakwah Islam. Bahasa Arab telah diiktiraf sebagai bahasa utama umat Islam. Beberapa ayat al-Qur’an telah jelas memberi gambaran tentang peranan yang dimainkan oleh bahasa Arab serta ketinggian martabatnya berbanding dengan bahasa lain. Firman Allah di dalam al-Qur’an:

Maksud: Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai al-Qur’an yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya (sËrah YËsuf: 2).

Maksud: Dan sebagaimana Kami tetapkan engkau hanya penyampai, Kami wahyukan kepadamu al-Qur’an dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) ’Ummul-Qura’ dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya, serta memberi peringatan dan amaran mengenai hari perhimpunan (hari kiamat) - Yang tidak ada syak tentang masa datangnya; (pada hari itu) sepuak masuk syurga dan sepuak lagi masuk neraka (sËrah al-ShËrā: 7).

Begitu jelas penerangan Allah tentang keistimewaan bahasa Arab yang dipilih sebagai bahasa al-Qur’an. Jika seseorang penulis karya itu memahami isi al-Qur’an yang mencakupi segenap perkara berkaitan kehidupan, maka pada ketika itu, dia mampu untuk menghasilkan sebuah karya seni yang menggambarkan tasawur Islam secara tepat dan kolektif.

(10)

- 188 - D I N I K A , V o l u m e 9 , N u m b e r 2 , J u l y 2 0 1 1

bukanlah bermaksud kesemua karya sastera Islam mesti diungkap menggunakan bahasa Arab. Sebenarnya persepsi ini harus diperbetulkan kerana Islam tidak pernah sesekali memaksa para penulis karya sastera Islam untuk menggunakan bahasa Arab. Sesungguhnya Islam mengiktiraf kewujudan bahasa lain serta peranannya yang tersendiri. Oleh itu, sastera Islam memberi kebenaran yang luas kepada para penulis untuk menghasilkan karya dengan menggunakan apa juga jenis bahasa. Jika sastera Islam diwajibkan menggunakan bahasa Arab, maka sudah pasti faedah yang terdapat dalam karya tersebut tidak dapat dimanfaatkan oleh mereka yang tidak menguasai bahasa Arab. Hakikatnya, kepelbagaian bahasa yang terdapat di muka bumi ini merupakan antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Perkara ini dijelaskan menerusi firman-Nya di dalam al-Qur’an:

Maksud: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan (sËrah al-RËm: 22).

Selain itu, al-NadwÊ turut menjelaskan bahawa Islam bukan satu agama yang hanya menumpukan aspek ibadat khusus semata-mata. Islam tidak menggesa umatnya untuk mementingkan akhirat semata-mata dan meninggalkan kepentingan dunia secara mutlak. Sebaliknya, Islam adalah agama yang menggesa umatnya agar mengejar faedah dan bahagian masing-masing sama ada bagi kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi untuk kehidupan di akhirat. Firman Allah di dalam al-Qur’an:

Maksud: Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia (sËrah al-QaÎaÎ: 77).

Justeru, hal ini menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa sastera Islam hanya terhad kepada perkara-perkara yang melibatkan soal ibadat khusus semata-mata. Sebenarnya, setiap karya sastera mampu membawa mesej Islam. Hakikatnya, mesej Islam bersifat fitrah dan ia bukan satu ideologi yang jumud dan kompleks. Islam mencakupi setiap perkara dalam kehidupan seharian manusia. Oleh itu, dari sudut sastera Islam, sesebuah karya itu tidak akan dikatakan indah jika ia tidak menyelesaikan masalah-masalah dalam kehidupan dan tidak memberi sebarang manfaat untuk kehidupan duniawi dan ukhrawi (al-NadwÊ, 1985: 19).

Ketiga: Sastera Islam ialah Sastera yang Luas

(11)

- 189 - D I N I K A , V o l u m e 9 , N u m b e r 2 , J u l y 2 0 1 1

perkara yang indah dan positif sahaja, malah ia turut memaparkan isu yang negatif dan buruk sifatnya, tetapi masih dalam batasan yang ditetapkan oleh Islam (al-NadwÊ, 1985: 21). Pemaparan isu negatif dalam karya sastera Islam adalah bertujuan agar manusia mengambil pengajaran dan iktibar daripadanya. Perlu ditegaskan di sini, perkara negatif yang termuat dalam karya sastera Islam, semestinya tidak dihidangkan secara terperinci kerana tujuannya bukan untuk melihat keburukan tersebut tetapi untuk mengambil pengajaran daripadanya.

Jelaslah di sini bahawa sastera Islam itu bersifat luas dan menyeluruh. Kesemuanya dipaparkan bagi memberi manfaat dan pengajaran untuk manusia. Faedah yang diperolehi daripada karya sastera menjadi objektif utama bagi sastera Islam. Justeru, apa sahaja bentuk karya yang menyentuh soal Islam serta dipenuhi dengan pengajaran yang menepati ajaran Islam, maka ianya adalah sebahagian daripada sastera Islam. Inilah yang membuktikan bahawa Islam bersifat fitrah dan dekat dengan naluri manusia. Islam bukan satu ajaran yang bersifat retorik, tetapi ia merupakan satu panduan berguna yang memandu kehidupan ke arah kebaikan. Perlu ditegaskan di sini bahawa keterbukaan sastera Islam dalam membincangkan segenap hal kehidupan haruslah sentiasa disandarkan kepada batasan yang termaktub di dalam al-Qur’an dan Sunnah. Oleh itu, adalah wajar bagi setiap penulis untuk kembali kepada al-Qur’an dan Sunnah, iaitu dengan mengetahui isi kandungan dan maknanya agar ia dapat diaplikasikan dalam bentuk yang indah dan bermakna melalui penghasilan karya sastera.

Keempat: Sastera Islam adalah Sastera yang Membina

Seperti yang sedia dimaklumi bahawa Islam mengiktiraf kepentingan sastera. Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk terus berkarya asalkan ia menepati garis panduan yang telah ditetapkan oleh Islam. Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya dalam sËrah al-ShuÑarā, ayat 224-227. Ayat-ayat ini dengan jelas memperlihatkan pengiktirafan Allah terhadap golongan karyawan serta sifat-sifat yang perlu dimiliki oleh mereka agar aktiviti pengkaryaan menepati kehendak Islam. Hakikatnya, keredhaan Allah dalam apa juga aktiviti yang dilakukan adalah matlamat utama yang perlu dicapai oleh setiap Muslim termasuk para penulis karya sastera, Oleh itu, perlu menjadi ingatan bahawa setiap landasan yang ditetapkan Islam adalah bertujuan untuk melahirkan individu yang mematuhi perintah Allah, begitu juga kepada para penulis karya sastera. Batasan yang ditetapkan bukanlah bertujuan untuk menyempitkan skop perbincangan sastera tetapi ia bertujuan untuk memastikan faedah yang terkandung dalam karya tersebut selari dengan ajaran Islam. Justeru menurut al-NadwÊ, Islam tidak sekali-kali memberi autonomi yang mutlak kepada manusia dalam setiap tindakan mereka. Hal ini kerana, ada kalanya manusia akan mengutamakan keseronokan yang boleh membawa kepada musnahnya kebahagian insan (al-NadwÊ, 1985: 27). Perkara ini berlaku sekiranya manusia menuruti kehendak nafsu mengatasi tuntutan wahyu dan batasan kewarasan akal fikiran.

(12)

- 190 - D I N I K A , V o l u m e 9 , N u m b e r 2 , J u l y 2 0 1 1

Sastera yang bercirikan Islam akan sentiasa membawa Islam ke tahap yang tertinggi serta membangunkannya mengatasai kepercayaan karut dan khurafat ciptaan manusia. Oleh sebab kepentingan sastera ini, dapat diperhatikan bahawa golongan khalifah amat menitik-beratkan seni sastera untuk dipelajari dan dimanfaatkan oleh masyarakat seperti yang berlaku pada zaman Umayyah dan Abbasiah. Perhatian yang tinggi terhadap seni sastera oleh golongan pemerintah membuktikan bahawa sastera bukan satu wadah untuk menyampaikan omongan kosong. Aktiviti penghasilan karya sastera juga bukan satu pekerjaan yang sia-sia dan membuang masa, tetapi ia merupakan kerja makruf iaitu membawa mesej berguna untuk masyarakat. Ini dibuktikan melalui pendapat Umar ibn al-Khattab yang menyatakan bahawa seni puisi mengajak manusia untuk memiliki akhlak dan sifat terpuji, pendapat yang bernas serta pengetahuan yang luas tentang ilmu berkaitan masyarakat Arab. Perkara ini dijelaskan menerusi kata-katanya yang bermaksud:

Maksud: Suruhlah sesiapa yang hampir dengan kamu untuk mempelajari puisi; sesungguhnya ia membawa kepada ketinggian budi perkerti, pendapat yang benar, dan maklumat mengenai salasilah keturunan (al-QayrawānÊ, 1996: 43).

Pembahagian Sastera Islam Menurut al-

Nadwī

Dalam ruangan ini, makalah membincangkan pembahagian sastera Islam yang telah dibuat oleh al-NadwÊ iaitu yang pertama dikenali sebagai: Sastera Agama dan Dakwah, manakala bahagian yang kedua disebut sebagai: Sastera Umum.

Bahagian pertama yang dikenali sebagai Sastera Agama dan Dakwah lebih menjurus kepada peranan sastera dalam menyampaikan dakwah atau mesej Islam secara jelas. Ia merangkumi doa dan kata-kata bercirikan Islam yang secara langsung berkaitan dengan isi ajaran Islam. Oleh itu, dapat diperhatikan bahawa al-NadwÊ membawa contoh yang tepat apabila beliau membawa khalayak pembaca memerhatikan petikan hadith dan doa-doa yang ma’thËr daripada Rasulullah (al-NadwÊ, 1985: 27). Tidak dapat dinafikan, walaupun Rasulullah bukan seorang pemuisi malah Baginda tidak pandai mengungkap puisi, tetapi kata-katanya dan doa ma’thËr daripadanya penuh dengan keindahan dan seni balāghah yang tinggi.

Al-NadwÊ menggesa para karyawan agar menitik-beratkan apa yang disebut sebagai “Sastera Nabi” (al-Adab al-NabawÊ) yang terdiri daripada himpunan hadith dan doa-doa yang ma’thËr daripada Rasulullah. Kesemuanya ini adalah bagi memberi garis panduan kepada para karyawan agar dapat mempelajari teknik pengkaryaan yang menepati landasan Islam. Apa yang lebih penting, dapat dilihat bahawa kesemua hadith dan doa-doa tersebut bukan sahaja dihiasi dengan keindahan lafaz dan susunannya yang tertib dan menarik, malah ianya membawa makna yang mendalam serta jelas.

(13)

- 191 - D I N I K A , V o l u m e 9 , N u m b e r 2 , J u l y 2 0 1 1

Maksud: Bahawa sesungguhnya al-Qur’an itu ialah (wahyu dari Kami) yang disampaikan oleh Rasul yang mulia. Dan bukanlah al-Qur’an itu perkataan seorang penyair (sebagaimana yang kamu dakwakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu beriman. Dan juga bukanlah al-Qur’an itu perkataan seorang pawang (sebagaimana yang kamu katakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan. (al-Qur’an itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam (sËrah al-×āqqah: 40-43).

Dalam ayat yang lain, Allah menyatakan bahawa setiap kata-kata Rasulullah adalah wahyu daripada-Nya. Ia tidak datang berdasarkan gerak hati mahupun hawa nafsu dan pemikiran Rasulullah sendiri. Firman Allah di dalam al-Qur’an:

Maksudnya: “Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada al-Qur’an atau hadith) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepada-Nya” (sËrah al-Najm: 3-4).

Al-NadwÊ menjelaskan bahawa setiap butir kata-kata Rasulullah membawa makna yang berguna serta ia disesuaikan mengikut keadaan khalayak pendengar serta situasi semasa pada ketika itu (al-NadwÊ, 1985: 31). Kata-kata Rasulullah yang tergolongan sebagai wahyu Ilahi menjadi hujah kepada banyak perkara khususnya yang melibatkan penerangan kepada ayat-ayat al-Qur’an yang tidak begitu jelas maksudnya. Justeru, keindahan hadith serta doa-doa ma’thËr daripada Rasulullah perlu diteliti malah dijadikan contoh ikutan dalam penghasilan karya sastera yang bermutu tinggi menepati citarasa Islam. Menurut al-NadwÊ (al-GhËrÊ, 2005: 596):

Maksud: Marilah kita melihat kepada himpunan doa yang diungkapkan oleh Rasulullah dalam kitab-kitab hadith dan sejarah serta perang, kita lihat; Adakah seseorang daripada kita mampu – walaupun hebatnya beliau dalam sastera, dan hebatnya dalam seni kesusasteraan dan seni pengucapan – untuk mendatangkan kata-kata yang mempunyai kesan yang mendalam, makna yang terperinci, dan yang menggunakan susunan ungkapan yang kurang (tidak meleret), serta terbaik dalam memberi kesan dalam diri, dan ketenangan dalam hati serta memukau ingatan dan pemikiran.

(14)

- 192 - D I N I K A , V o l u m e 9 , N u m b e r 2 , J u l y 2 0 1 1

Maksud: Ya Allah, kepada-Mu aku mengadu akan kelemahanku, dan kurangnya strategiku, dan kehinaanku di hadapan manusia, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani, Engkaulah Tuhan bagi hamba-hamba yang lemah.

Untuk bahagian kedua pula ia dikenali sebagai Sastera Umum, iaitu sastera yang berkaitan dengan kehidupan yang berlandaskan ajaran Islam serta menurut setiap acuan yang telah ditetapkan oleh Islam (al-NadwÊ, 1985: 27). Ia lebih bersifat umum daripada Sastera Agama dan Dakwah seperti yang telah dijelaskan sebelum ini. Malah jika disoroti daripada sirah Rasulullah, pengiktirafan terhadap tema-tema sastera yang dipraktikkan semasa zaman Jahiliah yang kemudian diteruskan pada zaman Islam menunjukkan bahawa apa juga bentuk sastera yang memperihalkan kehidupan dunia, walaupun tidak mengaitkan Islam secara langsung, juga dikategorikan sebagai sastera Islam. Keadaan ini menunjukkan Islam tidak menghalang setiap perkara baik selagi ia tidak menyalahi ketetapan syara’. Namun, “perkara baik” yang dimaksudkan haruslah berlandaskan acuan Islam dan bukanlah yang dimaksudkan dengan “baik” itu menurut hati dan naluri kemanusiaan semata-mata tanpa sandaran wahyu Ilahi. Di sinilah letaknya keterbukaan Islam sebagai sebuah agama fitrah yang meraikan naluri dan perasaan manusia yang kadang-kala berkehendakan hiburan dan kegembiraan.

Justeru, tema-tema seperti pujian, hikmah, perihal dan sebagainya diteruskan pada zaman Islam, manakala tema-tema yang negatif serta boleh membawa kepada keburukan ditolak oleh Islam. Antaranya tema kebanggaan (al-fakhr) yang begitu popular dalam masyarakat Jahiliah. Mereka mengungkapkan bait-bait puisi semata-mata untuk menaikkan puak dan kabilahnya serta memberi aib dan menjatuhkan kabilah yang lain. Hal ini bertentangan dengan saranan Islam yang menyatakan semua manusia itu adalah sama nilainya di sisi Allah, hanya takwa yang membezakan antara mereka. Firman Allah di dalam al-Qur’an:

Maksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu) (sËrah al-×ujurāt: 13).

Penerimaan Sastera Umum sebagai salah satu cabang sastera Islam turut menyangkal pandangan sesetengah pihak yang mengatakan sesebuah karya itu kurang Islamnya jika tidak dihiasi oleh ayat-ayat al-Qur’an atau pun hadith-hadith Rasulullah. Sesungguhnya Islam itu tidak bersifat jumud atau tertutup terhadap setiap perkara. Pandangan yang lebih luas perlu diberikan terhadap ajaran Islam agar ia tidak dilabel sebagai sebuah agama yang mengongkong dan menyekat banyak perkara berkaitan kehidupan manusia.

(15)

- 193 - D I N I K A , V o l u m e 9 , N u m b e r 2 , J u l y 2 0 1 1

sehinggakan Baginda telah menghadiahkan KaÑab bin Zuhayr sehelai selendang Baginda. Ini menjadi bukti yang cukup jelas bahawa sastera yang indah ialah yang mengisahkan kehidupan manusia dari segenap aspek kehidupan dan inilah yang dipanggil sebagai Sastera Umum menurut al-NadwÊ.

Perbezaan antara Sastera Islami dan Bukan Islami

Al-NadwÊ ada menjelaskan bahawa titik perbezaan antara sastera Islam atau sastera Islami dengan sastera Bukan Islami ialah apabila sastera Islam mementingkan kehidupan manusia dalam segenap aspek, manakala sastera yang sebaliknya tidak menekankan perkara ini (al-NadwÊ, 1985: 19). Seperti yang telah dilihat menerusi takrifan sastera Islam, ia menggambarkan keadaan cakerawala, kehidupan dan manusia dalam karya sastera tersebut. Sastera Islam mencakupi segenap aspek kehidupan yang sekaligus menggambarkan sifatnya yang luas. Sastera Islam hanya terikat untuk memaparkan faedah yang boleh diperolehi oleh khalayak pembaca dan tidak terikat kepada kejumudan dan ketaksuban yang melampau.

Sebaliknya, sastera yang tidak bercirikan Islam (sastera Bukan Islami) ialah karya sastera yang tidak mengambil kira aspek kehidupan manusia secara menyeluruh. Karya jenis ini lebih mementingkan khayalan daripada berfungsi sebagai wadah terbaik menyelesaikan masalah yang mencengkam kehidupan manusia. Ia hanya menghidangkan keseronokan dan hiburan yang bersifat sementara iaitu sesuatu yang akan hilang apabila pembaca selesai membaca karya tersebut. Karya jenis ini hanya mengutamakan naluri dan perasaan manusia tanpa memberi input berfaedah kepada pembaca untuk dijadikan panduan dalam kehidupan seharian mereka.

Selain itu, al-NadwÊ berpendapat bahawa sastera Islam, pada satu titik ia akan bertembung degan roh Islam dan hidayahnya. Keadaan ini sepertimana yang ditunjukkan dalam sirah kehidupan Rasulullah sebagai seorang manusia contoh dan ikutan terbaik (al-NadwÊ, 1985: 20). Manakala sastera Bukan Islami akan bertembung dengan roh dan panduan berpaksikan hawa nafsu manusia semata-mata (al-NadwÊ, 1985: 20). Inilah perbezaan ketara antara sastera Islam dan sastera Bukan Islami. Perbezaan ini amat jelas menggambarkan bahawa sastera Islam itu jauh lebih sempurna berbanding dengan yang selainnya. Hal ini kerana sastera Islam didasari oleh panduan yang dicipta oleh Pencipta sekalian alam, yang sudah pasti tiada sedikit pun kekurangan dan kelemahan bagi-Nya.

Kesimpulan

Daripada perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa sastera berperanan sebagai antara wadah berkesan dalam menyampaikan mesej ilmu kepada masyarakat. Keperluan masyarakat terhadap sastera yang termasuk dalam bidang kesenian, membuatkan martabat ilmu berada pada tahap yang tertinggi. Karya sastera yang tidak mementingkan ilmu akan meletakkan karya tersebut sebagai sesuatu yang tidak bermanfaat dan bersifat sia-sia. Keseronokan yang melampau serta keindahan yang kosong daripada intipati ilmu akan membuatkan sesuatu karya itu tiada faedahnya untuk khalayak pembaca yang mengamatinya.

(16)

- 194 - D I N I K A , V o l u m e 9 , N u m b e r 2 , J u l y 2 0 1 1

masyarakat bahawa kesusasteraan adalah satu bentuk seni yang indah serta untuk hiburan semata-mata. Perkara ini mesti diperbetulkan dengan segera agar mereka turut mendapat faedah daripada karya sastera yang bermanfaat dan bermutu tinggi. Perkara inilah yang menjadi asas perjuangan al-NadwÊ tentang sastera Islam. Secara ringkasnya, beberapa perkara perlu diambil perhatian bagi menjelaskan tabiat sastera Islam menurut kaca mata al-NadwÊ:

1) Sastera Islam adalam sastera yang berpaksikan asas-asas Islam iaitu akidah Islamiah yang merupakan perkara pokok dalam risalah Islam.

2) Sastera Islam tidak mungkin dipisahkan dengan cakerawala dan kehidupan. Ia adalah sesuatu yang dekat dengan kehidupan manusia malah berfungsi sebagai satu elemen untuk meningkatkan taraf hidup insan serta menyelesaikan permasalahan yang berlaku dalam kehidupan.

3) Sastera Islam menitik-beratkan mesej serta kandungan sesebuah karya sastera. Ini tidak menafikan kepentingan struktur keindahan luaran sesebuah karya.

4) Sastera Islam bersifat global dan tidak jumud atau sempit. Sastera jenis ini tidak mensyaratkan penggunaan ayat-ayat al-Qur’an mahupun hadith-hadith Rasulullah di dalamnya. Mesej dalam sastera Islam meraikan apa juga perkara berkaitan kehidupan duniawi dan ukhrawi selagi ianya tidak bercanggah dengan ketetapan Islam.

Daftar Pustaka

al-Qur’Én al-KarÊm

al-Bāshā, ÑAbd al-RaÍmān Ra’fat, 1998, NaÍwa Madhhab IslāmÊ fÊ al-Naqd wa al-Adab. Kaherah: Dār al-Adab al-IslāmÊ.

Dante Alighieri, 1993, The Divine Comedy of Dante Alighieri, Terj. Henry F Cary, Norwalk: The Easton Press.

al-GhËrÊ, Sayyid ÑAbd al-Mājid, 2005, AbË al-×asan al-NadwÊ: al-Imām al-Mufakkir al-DaÑiyah al-MurabbÊ al-AdÊb, Beirut: Dār Ibn al-KathÊr.

×ussayn, ÙÉhÉ, 1991, Min Tārīkh al-Adab al-ÑArabī: al-ÑAÎr al-Jāhilī wa al-ÑAÎr al-Islāmī, Beirut: Dār al-ÑIlm li al-Malāyīn.

Ibn Fāris, 1969, MuÑjam Maqāyīs al-Lughah, Mesir: al-Bābī al-×alabī. Ibn ManÐūr, 1999, Lisān al-ÑArab, Beirut: Dār IÍyā’ al-Turāth al-ÑArabī. al-Jawharī, 1999, al-Øihāh, Beirut: Dār al-Kutub al-ÑIlmīyah.

al-NadwÊ, AbË al-×asan ÑAlÊ al-×asanÊ, 1985, al-Adab al-IslāmÊ wa Øillatuhu bi al-×ayah, Beirut: Mu’assasat al-Risālah.

al-NadwÊ, AbË al-×asan ÑAlÊ al-×asanÊ, 1990, NaÐarāt fÊ al-Adab, Beirut: Mu’assasat al-Risālah. Osman Khalid, 1999, Kesusasteraan Arab Zaman Permulaan Islam, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

(17)

- 195 - D I N I K A , V o l u m e 9 , N u m b e r 2 , J u l y 2 0 1 1

QuÏb, MuÍammad, T.th, Manhaj al-Fan al-IslāmÊ, Beirut: Dār al-ShurËq.

Shākir, MaÍmËd MuÍammad, 1415H, Mafāhīm Ghayr Islāmīyah, Majallah al-Adab al-IslāmÊ, MuÍarram: 72-78.

Ùariq, MuÍammad, 1421H, al-Shaykh Abū al-×asan al-Nadwī: Mūjaz Ñan ×ayātihi wa Aham

Mu’allafātihi, Majallah al-Adab al-IslāmÊ, jil. 7, bil. 26 dan 27: 7-11. al-Zabīdī, 1306H, Tāj al-ÑArūs, Mesir: al-MaÏbaÑah al-Khayrīyah.

Referensi

Dokumen terkait

menunjukkan bahwa cara pemasakan berpengaruh sangat nyata terhadap kadar protein abon lele yang dihasilkan, sedangkan penambahan tepung koro.. dan interaksinya

Perpaduan dan interaksi nilai keluarga, keterampilan dan pola interaksi yang positif menjadikan keluarga memiliki keberfungsian dalam menghadapi sebarang persoalan, mampu

Kapal motor merupakan salah satu unit penangkapan ikan yang banyak digunakan oleh nelayan di Sadeng karena bisa mengoperasikan beberapa alat tangkap dan

Dengan ini menyatakan bahwa dalam Karya Tulis Ilmiah ini tidak terdapat karya yang pernah diajukan untuk memperoleh gelar Ahli Madya di suatu perguruan tinggi,

Pola pembinaan dan bimbingan dilaksanakan melalui beberapa tahapan kegiatan yaitu mulai dari tahap awal seperti memberikan motivasi, orientasi, kepada anak asuh

Alat pemanen buah jarak pagar dirancang untuk digandengkan pada traktor yang dioperasikan oleh seorang operator. Hal ini untuk memudahkan transportasi alat dan untuk memberikan

Selain itu pasien juga mengalami bengkak pada tangan dan kakinya serta mengalami gangguan dalam BAK, yaitu BAK tidak lancar, air kencing sedikit dan warna keruh.. Karena pada