• Tidak ada hasil yang ditemukan

WAJ3106 Hubungan Etnik TAJUK 1 KONSEP KO

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "WAJ3106 Hubungan Etnik TAJUK 1 KONSEP KO"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)

WAJ3106 Hubungan Etnik

TAJUK 1 KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Sinopsis

Tajuk ini memberi pendedahan mengenai konsep budaya dari aspek epistemologi dan takrifan yang merangkumi budaya kebendaan dan bukan kebendaan. Perbincangan juga menyentuh tentang ciri-ciri budaya serumpuan yang terdapat dalam sesebuah masyarakat. Berikutnya perbincangan mengenai konsep perpaduan dan integrasi meliputi konsep-konsep dalam hubungan etnik seperti segregasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi, dan amalgamasi. Untuk menguji kefahaman pelajar diakhir perbincangan topik ini disediakan latihan kendiri.

Hasil Pembelajaran:

1. Mentakrifkan konsep budaya.

2. Menjelaskan konsep budaya kebendaan. 3. Mengenalpasti budaya bukan kebendaan.

(2)

WAJ3106 Hubungan Etnik Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini

Sub Tajuk: (i) Konsep Budaya

(ii) Konsep Perpaduan dan Integrasi

Salam sejahtera. Untuk pembelajaran kali ini kita akan bertemu melalui mod modul. Adalah diharapkan agar para pelajar PGSR dapat mempelajari dan memahami Modul Hubungan Etnik (2207) dengan lebih mendalam. Sekiranya terdapat masalah dalam memahami modul ini, anda hendaklah berhubung dengan pensyarah Kursus Hubungan Etnik yang berkaitan.

Konsep Budaya

Budaya Kebendaan Budaya Bukan

Kebendaan Ciri-ciri Budaya

Segregasi

Amalgamasi Akomodasi

Akulturasi Asimilasi

(3)

WAJ3106 Hubungan Etnik Tajuk 1 ini mengandungi sub tajuk iaitu Konsep Masyarakat; Konsep Budaya; dan Konsep Perpaduan dan Integrasi. Konsep masyarakat telah dibincang semasa interaksi bersemuka dengan pensyarah kursus. Konsep budaya dan konsep perpaduan dan integrasi diberi tumpuan dalam bahagian ini.

Anda harus faham bahawa konsep masyarakat, budaya serta perpaduan dan integrasi adalah konsep-konsep asas hubungan etnik yang saling berkaitan. Konsep-konsep ini memberi asas kepada pelajar untuk memahami tajuk-tajuk yang seterusnya.

Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan apa yang telah anda fahami sebelum tajuk ini: Latar belakang, Kepentingan Hubungan Etnik di Malaysia dan Konsep Masyarakat. Tajuk-tajuk tersebut harus memberi gambaran asas tentang kursus ini.

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang tajuk ini anda perlu membaca Bab 2 Modul Hubungan Etnik (2007), halaman 13 hingga 19 dengan merujuk kepada:

2.3 Konsep Budaya (hlm. 13)

2.4 Konsep Perpaduan dan Integrasi (hlm. 15) 2.5 Pengalaman Malaysia (hlm. 18)

Aktiviti

(4)

WAJ3106 Hubungan Etnik Peringatan

Semasa membuat latihan ini dan seterusnya, perkara-perkara berikut hendaklah diambil perhatian;

(i) Semua aktiviti yang berkaitan dengan latihan hendaklah dicatatkan dan disimpan dalam portfolio.

(ii) Bahan-bahan rujukan mestilah dikepilkan dalam sebuah portfolio. (iii) Bahan-bahan rujukan disusun mengikut tajuk-tajuk yang dipelajari.

(5)

WAJ3106 Hubungan Etnik

TAJUK 2 MASYARAKAT PLURALISTIK ALAM MELAYU

Sinopsis

Secara umumnya tajuk ini menyentuh tentang proses pembentukan masyarakat pluralistik di Alam Melayu sejak abad ke-5 Masihi yang bermula dengan kedatangan masyarakat luar seperti Arab, Cina, dan India. Pertembungan kelompok masyarakat ini mewujudkan pluralistik. Berikutnya disentuh mengenai zaman pluraliti pada era kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka yang banyak memberi sumbangan ke arah pembentukan masyarakat pluraliti di Alam Melayu melalui aktiviti ekonomi, sosial, dan politik. Perbincangan juga difokuskan kepada pembentukan masyarakat pluralistik di zaman penjajahan barat dan selepas merdeka yang menekankan kepada isu-isu politik, ekonomi, dan pendidikan. Untuk menguji kefahaman pelajar mengenai isu-isu yang telah dibincangkan diakhir topik ini, aktiviti pengukuhan disediakan.

Hasil Pembelajaran:

1. Menghuraikan secara ringkas proses pembentukan masyarakat pluralistik di Alam Melayu.

2. Menganalisis faktor-faktor yang menyumbang ke arah pembentukan masyarakat pluralistik.

3. Menjelaskan proses pembentukan masyarakat pluralistik pada zaman penjajahan barat.

(6)

WAJ3106 Hubungan Etnik Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini

Sub Tajuk: (i) Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Alam Melayu (ii) Zaman Pluraliti

Tajuk 2 ini mengandungi sub tajuk iaitu Konsep Pluraliti dan Masyarakat Pluraliti; Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Alam Melayu; dan Zaman Pluraliti. Konsep pluraliti dan masyarakat pluralistik telah dibincang semasa interaksi bersemuka dengan pensyarah kursus. Pembentukan masyarakat pluralistik di Alam Melayu dan zaman pluraliti diberi tumpuan dalam bahagian ini.

Anda harus faham bahawa konsep pluraliti dan masyarakat pluralistik sebelum memahami tajuk-tajuk dalam bahagian ini. Interaksi antara pelbagai budaya dengan budaya Alam Melayu telah berlaku sejak abad ke-5 Masihi lagi mempunyai kesan yang mendalam kepada masyarakat pluralistik di Alam Melayu. Pelajar harus memahami bahawa masyarakat pluralistik tidak wujud dalam suatu vacuum. Bahagian ini akan membantu pelajar untuk mengetahui dan menganalisis pembentukan masyarakat pluralistik di Alam Melayu. Ia merupakan komponen yang harus difahami oleh pelajar sebelum belajar tajuk-tajuk yang seterusnya.

Masyarakat Pluralistik Alam Melayu

Pembentukan Masyarakat

(7)

WAJ3106 Hubungan Etnik Cuba anda renung dan fikirkan apa yang anda faham mengenai

konsep pluraliti dan masyarakat pluralistik.

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang tajuk kedua ini, anda dikehendaki merujuk kepada Bab 3 Modul Hubungan Etnik (2007), halaman 21 hingga 26.

Mari kita rehat sebentar... Setelah mengetahui konsep asas ini, anda dikehendaki meneruskan bacaan anda di halaman 26 hingga 29.

3.3 Kemuncak Pluraliti Alam Melayu : Kesultanan Melaka (hlm. 26-27)

3.4 Pembentukan Masyarakat Pluralistik Oleh Penjajah. (hlm. 27-29)

Aktiviti

Berdasarkan pembacaan dan pengetahuan anda, huraikan faktor-faktor yang mewujudkan masyarakat pluraliti pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Jangan lupa emel kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.

SELAMAT MAJU JAYA.

(8)

WAJ3106 Hubungan Etnik

TAJUK 3 PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Sinopsis

Perbincangan dalam topik 3 ini lebih memberi penekanan kepada Perancangan Pembangunan Lima Tahun yang bermula sebelum merdeka dan selepas merdeka. Selain itu perbincangan juga menyentuh tentang pengisian dalam setiap penggal Rancangan Malaysia. Perbincangan seterusnya menyentuh mengenai isu-isu utama ekonomi yang merangkumi agihan kekayaan negara, membasmi kemiskinan, penyusunan semula masyarakat, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Negara, dan Dasar Wawasan Negara dalam konteks hubungan etnik. Pada akhir topik ini aktiviti latihan kendiri disediakan untuk menguji kefahaman pelajar.

Hasil Pembelajaran:

1. Menghubungkaitkan antara pembangunan ekonomi negara dengan hubungan etnik di Malaysia.

2. Menganalisis keberkesanan rancangan lima tahun dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.

(9)

WAJ3106 Hubungan Etnik

Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul Ini

Draf Pembangunan Rancangan Malaya

1950 - 1955

Rancangan Malaya Pertama 1956 - 1960 Rancangan Malaya Kedua 1961 - 1965 Rancangan Malaysia Pertama 1966 - 1970 *Rancangan Malaysia Kedua 1971 - 1975 *Rancangan Malaysia Ketiga 1976 - 1980 *Rancangan Malaysia Keempat 1981 - 1985 *Rancangan Malaysia Kelima 1986 - 1990 Rancangan Malaysia Keenam 1991 - 1995 Rancangan Malaysia Ketujuh 1996 - 2000 Rancangan Malaysia Kelapan 2001 - 2005 Rancangan

Pembangunan Lima Tahun

Rancangan Malaysia Kesembilan 2006 - 2010

(10)

WAJ3106 Hubungan Etnik

Sub-tajuk: (i) Pembangunan Lima Tahun (ii) Isu-isu Utama Ekonomi

Salam sejahtera. Untuk pembelajaran kali ini kita bertemu sekali lagi melalui mod modul. Adalah diharapkan agar para pelajar PGSR dapat mempelajari dan memahami modul ini dengan lebih mendalam. Sekiranya terdapat masalah dalam memahami modul ini, anda hendaklah berhubung dengan pensyarah Kursus Hubungan Etnik yang berkaitan.

Tajuk 3 ini mengandungi enam sub-tajuk iaitu Modenisasi, Hubungan Etnik dalam Konteks Modenisasi di Malaysia; Acuan Ekonomi Malaysia; Pembangunan Lima Tahun; Ciri-ciri Enik dalam Konteks Demografi, Politik dan Ekonomi; dan Isu-isu Utama Ekonomi. Empat sub-tajuk iaitu Modenisasi; Hubungan Etnik dalam Konteks Modenisasi di Malaysia; Acuan Ekonomi Malaysia; Cri-ciri Etnik dalam Konteks Demografi, Politik dan Ekonomi telah dibincang semasa interaksi bersemuka dengan pensyarah kursus. Dua sub-tajuk lagi iaitu Pembangunan Lima Tahun dan Isu-isu Utama Ekonomi diberi tumpuan dalam bahagian ini.

(11)

WAJ3106 Hubungan Etnik

Anda harus faham bahawa konsep modenisasi, hubungan etnik dalam konteks modenisasi, acuan ekonomi Malaysia dan ciri-ciri etnik dalam demografi, politik dan ekonomi perlu dilihat secara menyeluruh. Modenisasi, ekonomi negara dan hubungan etnik merupakan tiga aspek yang hubungan timbal balik dan menjadi penentu kepada pembangunan sesebuah negara. Dalam konteks tersebut, pembangunan lima tahun dan isu-isu utama ekonomi perlu difahami oleh pelajar.

Bahagian ini akan membantu pelajar melihat bagaimana isu-isu pembangunan ekonomi berkait rapat dengan isu sosial di Malaysia.

Mari kita rehat sebentar...cuba anda imbas kembali dan fikirkan apa yang telah anda belajar sebelum ini.

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang tajuk-tajuk dalam modul ini, anda perlu merujuk kepada Bab 4 Modul Hubungan Etnik (2007), halaman 50-67. Antara tajuknya:

4.3.6 Pembangunan Lima Tahun (hlm. 50-53) 4.3.7 Isu-isu Utama Ekonomi (hlm. 53-67)

Aktiviti

(12)

WAJ3106 Hubungan Etnik Jangan lupa emel kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.

(13)

WAJ3106 Hubungan Etnik

TAJUK 4 PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Sinopsis

Topik ini mengulas mengenai kerjasama politik dan kaitannya dengan hubungan etnik di Malaysia. Kerjasama politik diwujudkan dalam kalangan rakyat pada asasnya untuk melicinkan proses kemerdekaan yang menjadi prasyarat utama perlu dilaksanakan. Kerjasama ini diimplimentasikan melalui penggabungan parti politik yang dianggotai oleh pelbagai kaum. Bermula dengan penggabungan Parti MCA dengan UMNO, kemudian penggabungan antara parti MCA, UMNO dan MIC di bawah satu pakatan iaitu Parti Perikatan. Konsep kerjasama ini diperluaskan kepada parti yang mewakili kaum-kaum di Sabah dan Sarawak. Perbincangan juga menyentuh tentang pemupukan hubungan etnik secara formal dan bentuk hubungan selepas penubuhan Malaysia. Pada akhir topik disediakan aktiviti perbincangan untuk memantapkan lagi kefahaman pelajar mengenai isi kandungan yang dipaparkan dalam topik ini.

Hasil Pembelajaran:

1. Menjelaskan kepentingan kerjasama politik dalam konteks hubungan kaum di Malaysia.

(14)

WAJ3106 Hubungan Etnik Kerangka Konsep Tajuk-tajuk dalam Modul Ini

Sub-tajuk: (i) Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik

Salam sejahtera. Untuk pembelajaran Tajuk 4 melalui mod modul ini, adalah diharapkan agar para pelajar PGSR dapat mempelajari dan memahami modul ini dengan lebih mendalam. Sekiranya terdapat masalah dalam memahami modul ini, anda hendaklah berhubung dengan pensyarah Kursus Hubungan Etnik yang berkaitan.

Tajuk 4 ini mengandungi dua sub-tajuk iaitu Kemajmukan Etnik dalam Proses Politik di Malaysia dan Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik. Sub-tajuk mengenai kerjasama politik dan hubungan etnik diberi tumpuan dalam bahagian ini.

Namun begitu, anda harus faham mengenai kemajmukan etnik dalam proses politik di Malaysia sebelum membaca meneruskan pembacaan mengenai kerjasama politik dan hubungan etnik. Aspek demografi yang mencorakkan kemajmukan masyarakat Malaysia perlu difahami oleh pelajar kerana

Kerjasama Politik

Parti Perikatan

(15)

WAJ3106 Hubungan Etnik demografi turut menunjukkan komposisi etnik di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Pengetahuan tentang kemajmukan masyarakat Malaysia adalah penting untuk memahami kerjasama politik dan hubungan etnik di Malaysia.

Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan apa yang telah anda belajar dan fahami dari pembacaan sebelum ini.

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang sub-tajuk Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik, anda perlu merujuk kepada Bab 5 Modul Hubungan Etnik (2007), halaman 76 – 84.

5.5 Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik (hlm. 76-84)

Aktiviti

Berdasarkan kepada pembacaan anda, bincangkan soalan no. 4 dari Soalan-soalan Perbincangan di ms 89. Anda perlu huraikan bagaimana proses dan tindakan politik boleh memupuk hubungan etnik yang harmonis di Malaysia khususnya di sekolah anda.

Jangan lupa emel kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.

(16)

WAJ3106 Hubungan Etnik

TAJUK 5 PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Sinopsis

Topik ini mengulas tentang sejarah pengubalan perlembagaan yang merujuk kepada perlembagaan Malayan Union, perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948, Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum, Perlembagaan Kemerdekaan 1957, dan Perlembagaan Malaysia 1963. Latihan kendiri disediakan pada akhir pembelajaran untuk menguji kefahaman anda mengenai isu-isu yang telah dibincangkan.

Hasil Pembelajaran

1. Menjelaskan sejarah penggubalan perlembagaan Malaysia 2 Menjelaskan ciri-ciri asas proses penggubalan perlembagaan 3 Membanding bezakan antara ciri Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah

Melayu 1957

4 Menganalisis kandungan perlembagaan Persekutuan yang menyentuh mengenai hubungan antara kaum.

(17)

WAJ3106 Hubungan Etnik

Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul Ini

Sub-tajuk: (i) Sejarah Penggubalan Perlembagaan

Salam sejahtera. Kita bertemu lagi melalui mod modul ini. Adalah diharapkan agar para pelajar PGSR dapat mempelajari dan memahami Tajuk 5 modul ini dengan lebih mendalam. Sekiranya terdapat masalah dalam memahami modul ini, anda hendaklah berhubung dengan pensyarah Kursus Hubungan Etnik yang berkaitan.

Tajuk 5 ini mengandungi empat sub-tajuk iaitu Konsep Perlembagaan; Unsur-unsur dalam Perlembagaan; Sejarah Penggubalan Perlembagaan dan Unsur-unsur Tradisi dalam Perlembagaan yang menjadi Asas kepada Hubungan Etnik di Malaysia. Sub-tajuk ketiga iaitu Sejarah Penggubalan Perlembagaan diberi tumpuan dalam bahagian ini.

Anda harus faham konsep perlembagaan dan unsur-unsur dalam perlembagaan sebelum membaca sejarah penggubalan perlembagaan. Ini

(18)

WAJ3106 Hubungan Etnik perlembagaan lebih ketara terutamanya kepada negara Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan etnik. Aspek konsep perlembagaan dan unsur-unsur perlembagaan perlu dibincangkan oleh pelajar dengan pensyarah kursus semasa interaksi bersemuka sebelum memberi tumpuan kepada sejarah penggubalan perlembagaan di Malaysia.

Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan apa yang telah anda belajar sebelum tajuk ini.

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang Sejarah Penggubalan Perlembagaan, anda perlu merujuk kepada Bab 6 Modul Hubungan Etnik (2007), halaman 93 - 104.

6.3 Sejarah Penggubalan Perlembagaan Malaysia (hlm. 93-104)

Aktiviti

Berdasarkan kepada pembacaan anda, jelaskan sejarah penggubalan perlembagaan negara Malaysia dalam bentuk peta minda.

Jangan lupa emel kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.

(19)

WAJ3106 Hubungan Etnik

TAJUK 6 AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK

Sinopsis

Topik ini membincangkan tentang agama dan ajaran utama yang dianuti di Malaysia, iaitu Islam, Kristian, Buddha, dan Hindu. Perbincangan menyentuh latar belakang dan ajaran-ajaran penting dalam setiap agama. Walaupun terdapat perbezaan bagi setiap agama / ajaran tetapi ada juga nilai-nilai sejagat yang boleh dikongsi bersama. Maka setiap warganegara sewajarnya menghormati agama / ajaran penganut lain selain dengan Prinsip Rukun Negara yang pertama iaitu ”Kepercayaan Kepada Tuhan” dan Perkara 3 Ceraian (1) dalam Perlembagaan Malaysia yang menegaskan Islam sebagai agama Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan. Pada akhir topik ini disertakan soalan latihan kendiri dengan tujuan untuk menguji kefahaman pelajar konsep-konsep dan isu-isu yang telah dibincangkan.

Hasil Pembelajaran

1. Menerangkan agama / ajaran utama di Malaysia.

2. Menjelaskan nilai-nilai sejagat agama / ajaran utama di Malaysia.

3. Menghuraikan asas-asas hubungan etnik dalam konteks agama / ajaran utama di Malaysia.

(20)

WAJ3106 Hubungan Etnik Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul Ini

Sub-tajuk: (i) Agama Islam dan Agama-agama Lain di Malaysia

Salam sejahtera. Untuk pembelajaran ini melalui mod modul, adalah diharapkan agar para pelajar PGSR dapat mempelajari dan memahami modul ini dengan lebih mendalam. Sekiranya terdapat masalah dalam memahami modul ini, anda hendaklah berhubung dengan pensyarah Kursus Hubungan Etnik yang berkaitan.

Tajuk 6 ini mengandungi empat (4) sub-tajuk iaitu Agama Islam dan Agama- agama Lain di Malaysia; Asas-asas Hubungan Etnik dalam Konteks Agama; Pendekatan Islam Hadhari dan Membincangkan Prinsip-prinsip Islam Hadhari dalam Pembentukan Masyarakat. Sub-tajuk pertama dalam tajuk ini diberi tumpuan dalam bahagian ini.

Anda harus faham peranan agama dalam mengeratkan hubungan etnik di negara kita. Walaupun agama Islam menjadi agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh diamalkan tanpa sebarang halangan. Agama juga menjadi penanda jati diri masyarakat Malaysia.

Agama-agama di Malaysia

(21)

WAJ3106 Hubungan Etnik Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan apa yang telah anda faham dan tahu mengenai Agama Islam dan agama / ajaran lain di Malaysia dan asas-asas hubungan etnik dalam konteks agama / ajaran yang terdapat di Malaysia.

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang tajuk ini, anda perlu merujuk kepada Bab 8 Modul Hubungan Etnik (2007), halaman 143 – 151.

8.2 Agama Islam dan agama-agama lain di Malaysia (hlm. 143-151)

Aktiviti

Berdasarkan kepada pembacaan anda, bincangkan lima (5) nilai sejagat yang dikongsi bersama oleh agama / ajaran anda anuti dalam menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini dalam bentuk grafik.

Jangan lupa emel kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.

SELAMAT MAJU JAYA.

(22)

WAJ3106 Hubungan Etnik

TAJUK 7 CABARAN DAN PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Sinopsis

Topik ini menjelaskan tentang elemen pemupukan hubungan etnik dalam masyarakat Malaysia. Pemupukan hubungan etnik ini dapat dicapai sekiranya wujud persefahaman, semangat bekerjasama, persaudaraan, kemesraan, budaya ziarah menziarahi dan hormat menghormati antara kaum di negara ini. Kesemua elemen yang dijelaskan di atas perlu dihayati dan amalkan oleh rakyat Malaysia dalam proses untuk mencapai perpaduan antara kaum. Pada akhir topik ini disertakan dengan soalan-soalan untuk latihan kendiri bertujuan untuk menguji sejauh mana kefahaman pelajar terhadap konsep dan fakta-fakta yang telah dibincangkan.

Hasil Pembelajaran

1. Mengenalpasti elemen-elemen yang boleh melahirkan hubungan yang erat antara kaum.

(23)

WAJ3106 Hubungan Etnik Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul Ini

Sub-tajuk: (i) Pemupukan Hubungan Etnik dalam Masyarakat Malaysia

Salam sejahtera. Untuk pembelajaran melalui mod modul ini, adalah diharapkan agar para pelajar PGSR dapat mempelajari dan memahami modul ini dengan lebih mendalam. Sekiranya terdapat masalah dalam memahami modul ini, anda hendaklah berhubung dengan pensyarah Kursus Hubungan

Persefahaman

Budaya Ziarah Menziarahi

Hormat Menghormati

Kemesraan Persaudaraan Kerjasama

Elemen Pemupukan

(24)

WAJ3106 Hubungan Etnik Tajuk 7 ini mengandungi tiga (3) sub-tajuk, iaitu cabaran dan implikasi; pemupukan hubungan etnik dalam masyarakat Malaysia; dan bagaimanakah cabaran globalisasi mempengaruhi hubungan etnik di Malaysia?. Sub-tajuk kedua mengenai pemupukan hubungan etnik dalam masyarakat Malaysia diberi tumpuan dalam bahagian ini.

Anda harus fahami cabaran dan implikasi sebelum meneruskan pembacaan mengenai pemupukan hubungan etnik dalam masyarakat Malaysia. Ini kerana cabaran dari segi sosial, ekonomi, politik serta cabaran globalisasi turut memberi kesan kepada hubungan etnik di negara ini. Dalam konteks ini, pemupukan hubungan etnik adalah penting dan menjadi asas kepada hubungan sosial yang harmoni.

Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan apakah usaha yang telah anda lakukan sebagai guru untuk membawa generasi masa hadapan sebagai generasi yang bersatu padu.

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang sub-tajuk ini mengenai pemupukan hubungan etnik dalam masyarakat Malaysia, anda perlu merujuk kepada Bab 8 Modul Hubungan Etnik (2007), halaman 161 – 165.

8.5 Aplikasi Hubungan Etnik Dalam Kehidupan Masyarakat Malaysia (hlm. 161)

Aktiviti

(25)

WAJ3106 Hubungan Etnik

Jangan lupa emel kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.

SELAMAT MAJU JAYA.

(26)

WAJ3106 Hubungan Etnik

TAJUK 8 HUBUNGAN ETNIK: PERANAN KERAJAAN DAN MASYARAKAT

Sinopsis

Topik ini membincangkan tentang peranan masyarakat dalam proses pembentukan hubungan etnik di Malaysia. Penekanan diberi kepada peranan masyarakat dalam proses integrasi nasional, penubuhan Jabatan Perpaduan Negara, pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara dan pendekatan-pendekatan lain dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Persoalannya sejauhmana peranan masyarakat melalui faktor-faktor yang telah dibincangkan di atas memberi kesan kepada proses pembentukan hubungan etnik di Malaysia. Pada akhir topik ini disedia aktiviti latihan kendiri dengan tujuan untuk mengetahui sejauhmana kefahaman pelajar terhadap perkara yang telah dibincangkan.

Hasil Pembelajaran

1. Menjelaskan peranan masyarakat dalam proses pembentukan hubungan etnik di Malaysia.

(27)

WAJ3106 Hubungan Etnik Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul Ini

Sub-tajuk: (i) Peranan Masyarakat

Salam sejahtera. Untuk pembelajaran tajuk terakhir melalui mod modul ini adalah diharapkan agar para pelajar PGSR dapat mempelajari dan memahami modul Tajuk 8 ini dengan lebih mendalam. Sekiranya terdapat masalah dalam memahami modul ini, anda hendaklah berhubung dengan pensyarah Kursus Hubungan Etnik yang berkaitan.

Tajuk 8 ini mengandungi dua (2) sub-tajuk, iaitu Peranan Kerajaan dan Peranan Masyarakat. Peranan masyarakat diberi tumpuan dalam bahagian ini. Namun begitu, anda harus fahami peranan kerajaan yang perlu dibincangkan oleh pelajar dengan pensyarah kursus semasa interaksi bersemuka sebelum meneruskan pembacaan mengenai peranan masyarakat dalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia.

(28)

WAJ3106 Hubungan Etnik secara teratur tetapi rakyat sebagai kumpulan sasaran perlu memainkan peranan dalam memastikan keharmonian etnik sentiasa terjaga dan terpelihara.

Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan apa yang telah anda belajar mengenai peranan yang telah dimainkan oleh kerajaan bagi memastikan keharmonian etnik di Malaysia khususnya dalam sistem pendidikan kita agar keharmonian antara etnik sentiasa terpelihara.

Untuk mengetahui lebih mendalam mengenai peranan yang dimainkan oleh masyarakat dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, anda perlu merujuk kepada Bab 9 Modul Hubungan Etnik (2007), halaman 182 – 187.

9.3 Peranan masyarakat dalam konteks hubungan etnik (hlm 182-187)

Aktiviti

Berdasarkan kepada pembacaan dan pemerhatian anda, hasilkan satu laporan ringkas yang mengandungi maklumat tentang peranan sekolah anda dalam mengeratkan hubungan etnik dalam kalangan pelajar.

Jangan lupa emel kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.

SELAMAT MAJU JAYA.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian secara keseluruhan kesadaran diri mahasiswa tingkat II Akper Saifuddin Zuhri terhadap kesiapan merawat individu gangguan jiwa adalah positif yaitu 59,9 %

Tujuan pendidikan yang dirumuskan oleh al-Ghazali tersebut dipengaruhi oleh ilmu tasawuf yang dikuasainya, karena ajaran tasawuf memandang dunia ini bukan

Dari kutipan di atas, dapat dipahami bahwa amanat yang terkandung dalam novel Ada Surga di Rumahmu karya Oka Aurora adalah pesan untuk berbakti kepada orang

Dari hasil penelitian yang dilakukan dapat disarankan agar pada proses pembelajaran harus dilakukan dengan menggunakan Lembar Kerja Siswa (LKS). Penggunaan Lembar

Bahan yang digunakan adalah spons laut diambil di perairan kampung malahing kota Bontang, tween 80, air laut, pelarut metanol, HCl, pereaksi dragendorf, pereaksi mayer,

Hasil perhitungan rendamen (%) ekstrak etanol kulit batang Banyuru daerah Bantaeng, Malino dan Pare-Pare,dengan menggunakan pelarut air. Hasil Pengujian kadar air dan kadar

Maksudnya adalah terjadinya proses yang berkesinambungan dalam pengalokasian dana tersebut ( well targeted ); kedua, Daerah harus memiliki kemampuan dalam penyebaran

Berdasarkan perhitungan nilai Z-Score yang telah diperoleh, berikut merupakan hasil penelitian dari analisis Z-Score pada perusahaan yang terdaftar di Bursa