KONSEP BUDI BAHASA oleh rakyat Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh bahawa amalan budi bahasa ini sangat penting dan perlu diamalkan oleh semua warga Malaysia tidak mengira agama, pandangan politik, usia mahupun bangsa. Namun begitu, amat ketara sekali budi bahasa dan nilai nilai murni di Malaysia telah merosot. Persoalannya, mengapakah masih terdapat segelintir pihak yang enggan mengamalkan sikap berbudi bahasa? Adakah ini kerana masih terdapat golongan yang belum benar benar memahami konsep budi bahasa? Atau mungkinkah ini kerana masih ramai yang belum mengetahui kepentingan berbudi bahasa dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia. Sebelum saya menjawab dan mengulas dengan lebih lanjut soalan-soalan ini, adalah wajar bagi saya untuk menghuraikan dahulu konsep budi bahasa menurut kamus dewan dan pandangan beberapa tokoh terkemuka.
Salah satu kepentingan budi bahasa ialah mewujudkan perpaduan antara masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama di negara kita. Masyarakat yang berbudi bahasa akan saling menghormati dan menyayangi antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan adat, budaya, taraf dan umur individu. Mereka akan mengamalkan amalan yang berbudi bahasa antara anggota masyarakat seperti memberi senyuman dan ziarah menziarahi antara satu sama lain. Dalam sesuatu masyarakat, panggilan yang digunakan juga memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan kesantunan. Panggilan seperti pak cik, mak cik dan macha mungkin pada zahirnya nampak berbudi tetapi sebenarnya panggilan ini boleh dianggap sebagai agak kasar. Kita patut mencontohi bangsa Barat yang memanggil pelanggan mereka “sir”. Dalam masyarakat kita, panggilan “sir” ini boleh disamakan dengan panggilan tuan, puan dan encik. Dengan ini, masyarakat akan dapat hidup secara aman dan harmoni walaupun hidup dalam masyarakat yang berbeza daripada aspek budaya, adat dan kepercayaan. Ini seterusnya akan membantu mengelakkan pertelingkahan dan perselisian faham antara kaum selanjutnya dapat mengelakkan daripada berlakunya tragedi berdarah 13 Mei 1969. Tragedi ini telah menyebabkan kepincangan politik, ekonomi dan sosial. Peribahasa “bersatu teguh, bercerai roboh” dengan jelas menunjukkan bahawa sesuatu bangsa hanya akan mampu mengharungi cabaran lokal dan global sekiranya bangsa itu bersatu. Sekiranya bangsa itu berpecah dan bercerai disebabkan perbalahan kaum, sudah tentu bangsa itu akan menjadi lemah dan mudah dijajah oleh bangsa lain. Melalui amalan budi bahasa , sesebuah masyarakat itu akan menghormati satu sama lain seterusnya mengukhkan hubungan antara kaum dan akhirnya mengekalkan kestabilan negara dengan mudah.
memudahkan komunikasi antara dua pihak yang berurusan antara satu sama lain. Amalan berbudi bahasa sesama pemimpin negara juga akan bertambah baik. Hubungan antara negara akan bertambah baik seterusnya membina lebih banyak peluang bagi perkembangan ekonomi dan akhir sekali membantu negara untuk terus berkembang maju.
Dari sudut pandangan yang lain, industri pelancongan juga turut berkembang dengan positif. Masyarakat yang bertatasusila dan berbudi bahasa akan mempamerkan nilai-nilai murni seperti memberi layanan yang sopan dan bersopan santun terhadap pelancong asing. Hal ini penting supaya dapat memberi imej yang positif terhadap negara kita kepada pelancong. Bukan itu sahaja, pelancong juga akan mempunyai percutian yang menyeronokkan kerana beranggapan bahawa kedatangan mereka dialu-alukan dan dihargai oleh masyarakat tempatan. Negara Jepun seyogia dijadikan entiti misali kerana masyarakatnya sememangnya terkenal dengan amalan budi bahasa mereka. Misalnya, ucapan “irasshaimase” yang bermaksud selamat datang dalam bahasa Jepun pasti akan menusuk ke gegendang telinga tanpa mengira apa-apa kedai yang dikunjungi. Amalan berterima kasih juga merupakan sesuatu yang biasa dalam masyarakat Jepun dengan ucapan “arigato gozaimasu”. Tegasnya, budaya murni ini patutlah diserapkan dalam diri setiap individu di Malaysia terutamanya golongan yang berurusan dengan pelancong asing agar mereka dapat menikmati percutian yang menyeronokkan di negara kita.