• Tidak ada hasil yang ditemukan

Puisi Rampai Benua Gersang spiritualitas

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Puisi Rampai Benua Gersang spiritualitas "

Copied!
202
0
0

Teks penuh

(1)
(2)
(3)
(4)

Gunung ... 96

Perjalanan Terhenti ... 131 Lembaga Hitam ... 132

(5)
(6)

Terasing Sendiri ... 174

(7)

PRAKATA

Puisi adalah merupakan himpunan

rasa, perasaan dan memori yang

terbina

dalam

sanubari

hingga

melahirkan unggapan-unggapan puitis,

hiba, gembira, duka dan berbagai lagi

dialirkan

oleh

penulis.

Lahirnya

penulis puisi ini adalah cetus rasa

yang sukar dipendamkan di dalam

diri. Ianya tiba secara mendadak jika

tekanan emosi menyerap di jiwa,

ianya juga terjadi bilamana diri di

ambang duka dan sebaliknya.

(8)

Namun puisi mempunyai cara yang

tersendiri untuk melahirkan sifat-sifat

penulisnya. Dalam penulisan ini dapat

memaparkan warna kehidupan hanya

cuma dengan menggunakan sepotong

dua ayat atau lebih sudah dapat

merakam sebuah peristiwa dan

detik-detik bersejarah yang ingin diutarkan.

Kesegaran puisi umpama seseorang

yang terlalu haus dapat merasakan air

sumur yang sejuk lagi dingin. Dengan

sekali teguk, maka hilanglah kehausan

setahun.

Begitulah yang diibaratkan dengan

puisi, kerana dengan hanya sekali

imbas membacanya, seseorang dapat

mengetahui kisah dan peristiwa yang

dipaparkan hanya memakan masa

beberapa saat sahaja. Berbanding

dengan

penulisan

bentuk

lain,

seseorang

harus

menelaah

dan

bertekun untuk mengetahui apakah

mesej yang ingin disampaikan, jika

tidak

sudah

tentu

tidak

dapat

menghayati karya tersebut. Walau

bagaimanapun setiap bidang penulisan

mempunyai keistimewaan tersendiri,

maka begitu juga yang terdapat di

dalam penulisan puisi.

(9)

dalam pesawat, dalam bas dan

macam-macam lagi. Namun, sebuah

puisi adalah lontaran perasaan halus

yang berada dalam hati seseorang.

Luahan ini amat terpencil daripada

luahan biasa kerana luahan dalam

puisi mewakili dirinya sendiri dan

penyair mewakili diri orang lain

dengan perantaraan dirinya.

Seorang

penyair

tidak

dapat

melafazkan sesuatu secara

terang-terangan, kerana kadangkala gelodak

hati yang ingin disampaikan boleh

melukai hati seseorang. Banyak

perkara yang seseorang hadapi setiap

hari yang sukar diucapkan dengan

perkataan apalagi dengan pengucapan

kepada seseorang. Penulisan puisi

adalah

yang

terbaik

untuk

mencurahkan segala isi hati ataupun

perasaan. Bait-bait kata daripada

puisi itu adalah penjelmaan sebenar

hasrat penyair. Sama ada disedari

mahupun tidak puisi yang dihasilkan

oleh

penyair

kebanyakan

adalah

cetusan perasaannya sendiri.

(10)

adalah dalam kelompok keluarga

sastera. Kesusasteraan dalam puisi

amat jelas membezakan sifat dan

bentuk karya tersebut.

(11)

yang lain seperti cerpen, novel dan

lain-lain. Sebagaimana pendapat

Stiles (1968):

”Poetry is the language of kings, the

songs of the people, the message of

love, the snarl of hate, the sound of

joy, the wail of the tortured, the jibe

of the jester, the reflection of

wrapped in beauty”. (Kamaruddin:

1988:105)

(12)

rakyat

memohon

jasa

kebaktian

pemerintah, melafazkan hasratnya

melalui

puisi.

Seorang

isteri

melafazkan

kekecewaan

dan

kemarahan

terhadap

suaminya

melalui puisi. Seseorang yang ingin

mengkritik individu lain juga dalam

puisi. Sesungguhnya, dalam puisi

seseorang

terhibur,

seorang

menginsafi diri, seseorang beriman

kepada Allah s.w.t Dan puisi karya

yang difahami maksud tersirat yang

cuma sebentar menikmatinya.

Sebuah puisi boleh memaparkan

buih-buih kesengsaraan manusia yang

mewakil penyairnya. Seorang penyair

mengauli

permasalahan

manusia

dalam

karyanya

yang

mana

kadangkala dirinya sering mengalami

permasalahan

yang

serupa.

Terhimpun

segala

gelodak

rasa

manusia dalam karyanya sebagai

menukil perasaan manusia yang tidak

berkesempatan

dan

berpeluang

meluahkannya. Sebuah puisi bukan

sekadar terdapat bait-bait kata yang

meruntun

hati,

bahkan

puisi

meresahkan kalbu dan jiwa seseorang

dalam rintihan dan kesedihan.

(13)

manakala puisi bergantung pada

bait-bait pemilihan perkataan. Sebuah

novel tidak ditentukan panjang atau

pendek penghasilannya. Begitu juga

cerpen

adalah

karya

yang

memaparkan sedikit watak tetapi

meninggalkan kesan kepada pembaca.

Walaupun cerpen adalah penulisan

prosa bersifat pendek dan padat

tetapi ruang paparan mesejnya lebih

bebas seperti penggunaan perkataan.

Penyair

tidak

berupaya

membongkar

kata-katanya

dalam

sebuah

prosa

tetapi

bait-bait

perkataan dengan menggunakan ruang

yang terhad.. Selain itu, penyair

lebih mengutamakan sebuah puisi

membangunkan imej, irama dan

aspek bunyi. Dengan meminima

penggunaan perkataan, sebuah puisi

dilihat

menterjemahkan

permasalahan manusia dalam masa

yang amat singkat. Seseorang boleh

menikmati

mesej

dan

selaman

perasaan penyair dengan sekali lalu

membaca puisi tersebut. Namun,

sebuah cerpen ataupun sebuah novel,

pembaca tidak berupaya menyeduk

segala isi dan maksud dalam masa

yang singkat.

(14)

penghujung. Sebuah puisi boleh

diibaratkan segelas air zamzam yang

di minum oleh orang yang beriman

kepada Allah s.w.t. Dan sebuah puisi

menyimpan seribu makna, cuma

dapat difahami mereka yang mahu

memahami sebuah kehidupan. tetapi

bukan sebarangan air. Justeru,

sesebuah puisi dapat dinikmati bagi

mereka yang memahami sebuah puisi

tetapi

bukan

diminum

oleh

seseorang. Dengan segelas air dapat

menghilangkan dahaga.

Peranan puisi amat luas,

satu-satu sumber sejarah Arab pra-Islam

adalah puisi. Dalam puisi tersebut

didapati

rujukan

yang

kerap

menceritakan tentang sungai, lautan

dan peluat. Lazimnya, rujukan

sedemikian hanya terkandung dalam

puisi

pujangga

yang

tinggal

berhampiran dengan pantai atau

sungai. Kebanyakan kiasan bagi

rujukan tersebut terkandung dalam

rangkap puisi dihasilkan oleh pujangga

(A.Syed:1992). Sifat-sifat sebuah puisi

jenis menggambarkan keadaan zaman

lampau dan akan datang.

Warna-warni kehidupan berjaya diungkapkan

melalui sebuah puisi.

(15)

terungkailah

sebuah

puisi

yang

merakam

detik

pengembaraannya

penuh sejarah. Berikut adalah sebuah

puisi nukilan yang merakam kisah

sejarah yang tercatat dalam

bait-baitnya:

Usungan wanita suku Malik semasa

bertolak pada waktu pagi kelihatan

seperti kapal besar di Nawasif, seperti

kapal Rom atau kapal Ibnu Yaman;

kadang-kadang pelaut tidak mengikut

laluan

asal

dan

kadang-kadang

mengikutinya. (1992:12)

Puisi

barat

sebenarnya

banyak

dipengaruhi daripada aliran puisi

Islam kerana 1,200 tahun dahulu

benua Eropah telah di masuki Islam.

Pada 711 Masihi Islam telah menawan

Andalus (Sepanyol) yang dari rentetan

itu, sastera juga menular ke Eropah

dan sehingga bertapak masakini.

Mereka mendakwa puisi baru yang

mereka miliki sebenarnya suntikan

daripada penyair Islam. Sastera

Islam telah banyak menyumbang

perkembangan

sastera

Eropah.

Kebanyakan puisi daripada sastera

Arab menampilkan keunikan dan

identiti tersendiri.

(16)

sama. Islam pernah memasuki

Sepanyol khususnya di Provence dan

Catalonia sehinggakan Guillaume IX,

menghasilkan puisinya dipengaruhi

puisi

Islam

kerana

kebanyakan

puisinya berakhir rima yang sama.

Penciplakan barat bukan hanya pada

puisi sahaja bahkan sastera Islam.

Begitu juga teknologi pelayaran yang

berasaskan

kapal

pertama

dunia

daripada Bahtera Nabi Nuh.

(17)

yang sukar digambarkan dalam sebuah

lukisan.

Pun begitu, sebuah puisi dapat

membentuk

akhlak

dan

peribadi

manusia

secara

halus

apabila

menatapnya.

Nasihat,

teguran,

kritikan dan komen sukar dilafazkan

dengan perkataan, tetapi dengan

sebuah

puisi

dalam

dijelmakan

dengan

perkataan

yang

disusun

dengan bait-bait kata mengasyikkan

dan mempersonakan. Sesungguhnya,

sebuah puisi dapat menonton manusia

sama ada kebaikan dan kejahatan.

Cuma barangkali, yang kejahilan

sahaja yang tidak dapat memahami

perasaan penyair dalam sesebuah

puisi kerana kejahilannya menguasai

kesenimanan dirinya. Dalam Antologi

”Benua Gersang” ini memaparkan

(18)

tauladan jika sebaliknya dijadikan

sempadan.

Wiramanja

(19)

Benua Gersang

Benua

menjadi gersang

kerana kegersangan milik semua semua bijak berkata

sehingga benua menjadi gersang.

Benua

menjadi gersang

kerana kegersangan adalah kita semua menuding jari

menyalahkan benua menjadi gersang.

Benua

menjadi gersang

(20)

Rentetan Waktu

Waktu

menghampiri lembah pilu menerjah perjalanan sembilu sungai mengalir lesu

di celahan pasir dan batu di penghujung waktu

perakam segala yang palsu.

Pembohongan tanpa bukti tertanam dalam hati manusia sentiasa berdiri dalam batu bergerigi dalam hati ada sangsi dalam diri ada duri

(21)

Penulis Muda

Dialirnya segala bisikan dalam hati dalam diri biar kemersik dalam seni biar beralun bagai ombak biar menguntum bagai bunga.

Pada sekeping kertas

apalah ada untuk seorang penulis yang baru mengenali diri

yang baru mengenali dunia namun;

di segenap ruang-ruang sepi bukit dan denai

ada suara merintih yang perlu dibela yang perlu ditatang.

Tika ini dia pemimpin melakar kisah semalam dalam kertas kerana dia adalah penulis tanpa publisiti.

(22)

Bulan

Malam menangis di segenap benua melihat siang bermata biru

dan lautan sentiasa menghijau kerana masa terus mengalir tapi bilakah akhirnya? dan bagaimana nanti

bila esok terus berdukacita suara angin terus ketawa

kemudian menangis dan ketawa lagi untuk mendengar siapakah

akan disemadikan dengan siapa? ;dan sebelum kelam malam bulan menjelma

memohon kemaafan pada dunia

katanya “hari tidak sentiasa biru”

dan angin, tanah, api dan air tidak biasa menunggu lama

terhadap manusia yang tidak percaya kemusnahan dunia

mengadap

tuhan yang sentiasa

(23)

Belantara

Belukar dan rimba adalah umpama

penyambung dua suasana mimpi dan ngeri

manusia yang mengerti bahawa belantara pembawa berita.

Dalam belantara ada sebuah legenda tertanam dalam duri dulunya pentas

permainan lembing dan keris menikam pada batu

menikam pada kayu.

Yang tinggal kini bukan belantara lagi tapi duri dalam batu tapi batu dalam permata belantara diselimuti sejarah sebuah peta.

(24)

Ibubapa

Alam akan menjadi damai bila ibubapa

memeluk sebuah bukit permai mengalirkan sungai bahagia membersih sebuah kolam hati jiran sekampung bagai saudara alam akan sentosa

bila ibubapa

mengasuh anak dalam perkerti anak-pinak bersusun tali

menampi di atas pedati seluruh alam berwarna-warni dibuai angin kedamaian.

(25)

Sebuah Tasik

Sebuah tasik menjadi sepi tiada pengujung lagi

yang menghampiri membawa duri di satu persimpangan

jalannya ada cabang ke kiri tanaman senduduk ke kanan tanaman rimbia dalam airnya tenang menyimpan misteri

(26)

Sebidang Tanah

Sebidang tanah menangis dulu Pakcik yang punya

kemarin Mak Ngah yang punya semalam Pak Long yang punya kini yang lainnya

meratap petang yang hilang

Bila petang datang lagi suara seruling senja bergema melawan takbir malam derai waktu mengalir ensutan

Kini tiada jawapan yang berakhir bergema kemegahan bangsa kerana seludang diri musnah berlumpur.

(27)

Bayang Cita

Semakin dikejar bayang cita semakin deras larinya

bagai tapak kaki menjejak mentari meredah hutan batu

Semakin kencang nadi bergerak semakin gementaran jiwa bagai malam bertandang siang meredah setiap waktu

Semakin dikejar bayang cita semakin kita lemas dalam cita semakin lemas

semakin hilang suara semakin lupa waktu

(28)

Gempa Bumi

Gegar mengegar seluruh alam lurah dan belukar merekah menonjol tebing-tebing tajam segenap alam goncang

umat manusia tangis-tangisan kerana alpa.

(29)

Satu Kepastian

Tiada lagi mentari tiada membelah awan panasnya tiada melukai kerana guruh dilangit sedang bergalah

berakit memintas benua.

kisah manusia terbongkar

di atas tanah arang masih membakar di atas telaga bukit

seorang tua berazan suaranya dulu sayu kini lantang

(30)

Ranting Patah

Pabila suaranya terputus tangisan anak kecil meratap tamat kisah seorang ayah di medan tempur tanpa kalah.

Tiada bulan menyinari untuk malam yang kelam

suara isteri tersorok di sebalik sedu kerana kematian di mana-mana.

Bulan untuk malam mentari untuk siang dua suasana

(31)

Kampung Semangat

Tebing-tebing sungai dulu juram ada bijih besi kelilingnya hutan

kini jadi terang

tiada ungas mudik di ruang udara sebuah kampung baru terbina dinamakan Kampung Semangat.

Kampung Semangat diulit wajah berseri

tiang-tiang lampu terpancak paip air merentas kiri -kanan tangga batu berdiri tegak gagah dan sombong.

Kini Kampung Semangat Tiada lagi semangat

Sebuah budi temurun musnah Di jilit api moden

Hangus hitam bearang

Ditindih atas batu geriji hitam.

Kampung Semangat

Tinggal nama di atas jalan usang Dibaluti mimpi-mimpi ngeri Ditelan lumpur sungai hanyir Mengalir simpang-siur

Tiada bermudik hulu lagi.

(32)

Perkampungan Setinggan

Jalan yang sempit ada duri Pohon cemara tiada bunga Sungai di hulunya kering

Kerana kemarau panjang melanda Telaga bukit penuh sarang

(33)

Bila Neon Menyala

Bila neon menyala terang Bertindih-tindih

Laluan dihantui orang

Bersimpang-siur manusia bersuka Memimpin selera

(34)

Hutan

Rimba rana kian pupus pokok sena mati

pokok lingundi tumbang Pokok merbau

Pokok cengai menunggal

Bersama damar terdampar kelabu Melekat debu-debu kotor

Kerana mencari untung dan rugi Namun sejarah tetap sejarah Tinggal buat zaman.

Kg. Pegoh

(35)

Idilfitri

Semusim berlalu

Bagai untaian bunga gugur Satu-satu ke bumi merkah Hari menindih hati

Zaman kian pudar Melutut dan merangkap Tanpa alun tapi seni.

Di waktu manjelang idulfitri Suara dan nadiku

Kian larut dimamah sepi Ceping telingaku sayup Mengadah laungan takdir Hingga meretap

Sisa-sisa daging dan tulang-temulang.

Bak rebung menjadi buluh Bak sungai pupus satu

Aku bagai burung pulang ke sarang Bagai belut pulang ke lumpur Dan di situlah

Terselit kepiluan

(36)

Jalan Yong Peng

Kereta kupandu dalam gerak suram Di jalanan yang asing

Kami ke destinasi baru lagi asing Malam kegelapan di atas ranjang Meniduri anggasan di hutan Seluruh tanjung paya aman

Hujan berkasihan rintik-rintiknya.

Dengan tiba-tiba Lembaga penuh misteri Sergap di anjung keretaku Dalam lamunan mimpi sedar Kami sekeluarga dibuai ketakutan Aku diperhambatkan oleh syaitan Menduga keimananku

Kalimat ALLAH

(37)

Ruang Jendela Sepi

Di ruang-ruang jendela sepi

aku memerhati di perbukitan sunyi membawa lara duka yang tak pasti menuruni bukau dan lurah yang seni pada tanah merkah dan diri.

Lantas di awan berarak deras gempulan asap melekap di hati menangis tanpa henti dan tujuan beraksi tanpa mimpi

kini lara dukaku kian jauh menghilang tanpa mata dan telinga

(38)

Penoreh Getah

Keringatnya melempah ruah ke tanah gersang

jiwa dan nadi rancak berdiri membilang hidup

seorang demi seorang anaknya diasuh-ajar menjadi pendinding bangsa

menjadi rusuk keluarga.

Tapi tiada seorang jua zuriatnya meninggalkan bakti

(39)

Bibir Merah

Bibir merah mengganas menghembur kata kelat

kekadang bersilat kata tanpa langkah persis kumbang-kumbang jantan melagakan arah

begitulah jika bibit bicara sumbang bertingkat di atas bibir merah bibir merah adakalanya

(40)

Jalan Usang

Lembahnya dikikis

Lopak-lepak lubang-lubang Dalam dan maut

Tebing-tebingnya Condong ke barat Lalu runtuh

(41)

Air

Air di mana-mana

jika tiada kemarau panjang petani mahukan air

ternakan mahukan air tumbuhan mahukan air air mahukan air

supaya menjadi cair tiada air tiada udara tiada udara tiada suara tiada suara tiada kuasa air penyembuh segala setitik air sangat bernilai tika di padang pasir melarat di sebalik awan ada air

(42)

Episod Panjang

Merangkak detik-detik meniti episod panjang mentari terbit

episod panjang juga terbit episod panjang menyambungkan dua suasana siang dan malam silih berganti dan teratur mengikut paksi.

Episod Panjang

adalah perjalanan sendiri daripada sekawan semut mencari gula

membawa pulang ke dalam sarang kemudian mati sendiri

dalam gula penuh kemanisan itulah episod panjang

(43)

Sebuah Kejujuran

Apakah dinamakan kejujuran dalam diri atau dalam jiwa terselit di celahan rasa di mana letaknya kejujuran di sebalik senyuman

di sebalik pemberian atau hanya kejujuran yang kekal dalam hati? sebuah kejujuran

tidak ada setelah terbina seteru adakah kejujuran

(44)

Angin Malam

Pabila kedamaian diragut resah Sepuluh jari basah

Sepuluh lautan gelora

Tujuh perahu hanyut ke muara Air di sungai bertambah panas Angin malam membawa pesan bahawa;

detik waktu berlalu tanpa sepatu

(45)

Bungaan

Bunga berputik setiap musim Bila sinarnya kelam

Berguguran satu-satu ke bumi Layu di bibir masa yang daif Kerana

masa menjanjikan musim Musim berakhir sebuah memori ada tinta sejarah

(46)

Di Pinggir Itu

Di pinggir itu Suara anak-anak

Mendayu memanggil ayah pulang ke pangkal jalan

Mendayun ke arah muara.

Tapi hingga ke pagi

Tangisan mereka tidak galak Kini mendamaikan

Tujuh kuala sungai murni Namun di hati mereka Telah reput

(47)

Sebuah Kehidupan

Dalam setiap perjalanan ada persimpangan keliru yang runcing mengigit kaki yang tumpul di dalam tangan dalam sebuah kehidupan ada beberapa kolam ada beberapa lubang ada beberapa bauan ada beberapa warna ada beberapa keperitan sesungguhnya

di antara sebuah kehidupan manusia diekori setiap masa iblis dan syaitan

hanya punah membakar dengan zikirullah

dan sebuah kehidupan

(48)

Kekeliruan

Jangan dilangirkan darah atas pentas durjana bertahta batu permata bercahaya berpelangi.

Jangan dilangirkan kesedihan melata di singgahsana kecurangan Bertahtakan janji-janji manis Mengelirukan satu kepercayaan.

Jangan dilangirkan waktu Yang berlari tanpa kaki Menyisir hari demi hari

Bertahtakan zaman-zaman silam Cuma manusia bertuan

Kepada diri sendiri

(49)

Jika Terjadi

Jika terjadi begini Setahun laut bergelora

Setahun hujan tanpa berhenti Kemudian panas terik

Setahun berterusan tanpa hujan Bumi merkah

Lautan kerontang Bibir langit terluka Awan tidak semarak lagi

(50)

Kehilangan

Kata-kata beralun

Bagai gelombang cinta dan cita Impian menjadi nyata

Bila mahkota cinta Bersemadi di lubuk duka Angkara mungkir sebuah janji Menjadi ia satu kehilangan Tiada lagi lubuk rasa Menyentuh denai fikiran Tiada lagi rasa takut kerana mereka

sudah kehilangan cahaya itu

Namun;

kesihan isterinya

dulu penuh yakin setiap unggapan pasti tiada dusta

(51)

Usia Rapuh

Dikejauhan saujana memandang Usianya kian rapuh

Ulat-ulat kayu meratah waktu Seisi daging memberi ruang Pada pinggir-pinggir tanah Untuk lendir danau

Mengubat rumpai mati Menunggu dan memburu Usia-usia lanjut

Apa yang dicari masih tercari-cari Lautan mana lagi kepuasan itu? Yang pasti

(52)

Suara Seorang Ibu

Suara seorang ibu

Bagai bintik-bintik hujan pagi meredah kepingan atap nipah

mendamaikan tujuh saudara sengketa kadang-kadang pilunya

membawa resah di ambang duka.

Suara seorang ibu

Boleh memintal tali perahu Boleh menarik sauk

Boleh mengongcang dunia Boleh mendamaikan suara alam kadang-kadang pilunya

(53)

Hatinya

Hati dirobek bimbang Diamuk resah

Bilamana duri dan batu Umpama sekam dan padi Lautan menjadi kering Sawah seakan kawah Terbiar tanpa penghuni.

Hati boleh mati

kerna mengikutkan hati kita sering rugi dalam ragi sering terbuai dalam mimpi Tiada disedari hati semakin sepi Sesepi ia akan pergi

dan;

(54)

Lelaki Tua I

Dirembang petang Lelaki tua muncul lagi Setiap hari begitu

Bertongkat meredah sepi

Baginya hari ini tidak macam esok Berlalu ia bagai meretap daging.

Ada orang mengatakan; Anak kesayangannya Gugur di medan tempur Cuma hanya membela negara Sedangkan dia

Berjuang untuk hidup

(55)

Lebuhraya

Tiada kedengaran suara hilai tempek Dari bukit pedalaman

Yang menyaksikan mentari cerah Sesungguhnya petang itu

Tidak seperti dulu lagi.

Kini wujud

Melentang dan menyongsang Lebuhraya antarabangsa Merentangi hutan dara Meracuni penghuni tua.

Kerana;

Lebuhraya pemangkin pembangunan Memijak setiap inci tanah

Ada delima tertanam di dalam

Diperah menjadi sebatang lebuhraya Gagah dalam satu kepuasan moden.

Namun belantara itu

Pernah menjanjikan sesuatu Pada seluruh mahkluk alam Kini tiada lagi belantara

(56)

KUALA LUMPUR

Dahulu ada manik-manik tertanam di dasarmu Mengalirkan darah sastria Hati batu perwira negara Kadangkala aliranmu mati Kerana kuala berlumpur Tapi lumpurmu

Mencipta nama yang agong Di Persada dunia

Di lipatan sejarah Kerana di situ Anak-anak hayut

(57)

Sungai

Sungai pasti mengalir Tanpa segan dan silu pada detik yang beralun Kadangkala riang

Kadangkala resah

Geloramu memanjat usia Bila datang petang

(58)

Petang yang Uzur

Usah ditangisi berlalu waktu

Umpamanya menghalau titik hujan Berpiuh hujung bertembungan hilir Mengorak ke ulu hati

Pabila petang berganding malam Petang yang uzur

Berlaku lagi begini Bagi yang mengerti Petang itu untuk semua Untuk mengenali alam

(59)

Langkah Keliru

Mata sering bermain helah Di jari nafsu

Langkah-langkah keliru Menyusun tanpa haluan Bergerak tanpa paksi.

Tangan sering bermuslihat Menarik dan menghulur Tanpa sebab

Sehingga mengatur Langkah keliru.

Langkah-langkah yang diatur Punya sebab ada tersirat Yang mempunyai langkah Sering bersilat kata

(60)

Sebuah Mimpi

Resah seringkali di kepala

Hati dan fikiran berpatah-mudik Meracau tanpa tempat

Diolah rentetan peristiwa Sebuah mimpi menjelma lagi Di sebalik tabir tidur

Di sebalik tabir gelisah Namun sebuah mimpi Menjadi teman sejati

(61)

Daerah Ini

Daerah ini

Suasana bagai bermimpi

Unggas bertebangan setiap sudut Untaian-untaian hujan

Menitis dalam sebak.

Daerah ini

Keriuhan mudah pudar

Heningan malam terlalu rancak Tiada orang di pinggir jalan Bersembang dan memetik gitar.

Kerana; Daerah ini

(62)

Cint

a

Cinta pada tanah

Akan terbinalah suatu usaha Akan terserahlah segala budi.

Cinta pada waktu

Akan tersemat cita tidak terperi Akan terselit satu kehidupan.

Cinta pada kedamaian

Akan terselamat seluruh alam Akan senyap pergerakan dunia.

Cinta pada mati

(63)

Tulang-Temulang

Setiap titis darah mengalir Adalah daripada tulang

Di persimpangan satu angkara Adalah daripada tulang

Orang memukul orang Adalah daripada tulang Kini tiba masa;

Tiada lagi tulang Yang kuat bagai dulu

Berdepan dengan kecundang Kerana tulang-temulang sudah digalang

Tiada sesiapa dapat menghalang Dan berselerakan

Tanpa dikenang

(64)

Penghuni Hutan Batu

Di sisi bayang-bayang diri Ia terlena dipelukan ngeri resah sekelilinginya

Memagari hutan batu

wajah manusia jelmaan di mana-mana di bukit permai tapi berbatu

di pinggir paritan di jalanan hitam

Siang dan malam meleka Penghuni hutan batu

hidup dalam jerih kepayahan orang kerana di situ

tiada lagi orang mengenal usia tiada lagi orang mengenal bangsa tiada lagi orang mengenal agama dan tiada bertegur sapa

(65)

Satu Misteri

Satu misteri

sememangnya dicari oleh pengejar mimpi

mereka mencari dan terus mencari tiada misteri yang misteri

selagi ada misteri selagi itulah dicari

adakah misteri itu benar misteri

atau sememangnya ada pereka misteri daripada jejaring misteri

lantas;

banyak orang kata misteri di tempat misteri

sebenarnya tiada lagi misteri

bagi yang mengerti itu bukan misteri tetapi legenda misteri

yang dicipta sendiri

oleh mereka pencinta misteri dan;

banyak orang tersesat dalam misteri yang dikatakan rezeki

kerana menulis kisah misteri mengambarkan episod misteri dan sebenarnya

membuatkan manusia hidup dalam misteri apakah itu yang dicari

(66)

Dua Subuh Berlalu

Dua subuh yang berlalu Angin mengacam rasa Jiwa-jiwa jatuh terjuntai Di bawah kepingan lalu Yang sering berjalan Tanpa kaki dan mata.

Ini adalah satu jawapan Yang pasti buatmu

Yang suka melalikan subuh Yang suka melalikan waktu ia berjalan tanpa kemudi.

Manusia yang sering leka Hingga darahnya

Akan mengalir bagai dipaksa terjengkit dalam lidah yang kelu di situ tiada dapat

(67)

Bicara Sepi

Berjuta bicara sepi Tiada erti

Esok, lusa terus memanjat diri Peristiwa-peristiwa luka

jadi bahan

membalut resah sentiasa sunyi.

Berjuta bicara sepi tiada yang peduli

selagi mereka tiada mengerti apakah yang dicari

(68)

Janda

Hidupnya dirangkul masa Nyawanya derita

Gigi dan hati derai Luka satu-satu

Bagai gelombang senja Menghempas pantai menghempas diri.

Tiada siapa menampil diri memeluk senja yang datang dia tidak meminta

dia tidak mohon simpati dia tidak mahu dibelai kerana semua itu kini ia menjanda.

Terlontar waktu sedih dalam kain yang kelam tiada lagi warna gemilang namun;

cemerlang di hati tiada siapa yang tahu dia seorang wanita

(69)

Kehidupan

Merenung kehidupan bagai merenung senja di kaki langit.

Merenung kehidupan bagai mengira usia di gigi air.

Merenung kehidupan bagai menghitung malam yang menunggu siang.

Merenung kehidupan

bagai meniti jambatan usang tiada ikatan tiada bertiang.

Merenung kehidupan bagai mengasah parang menjadi sumbing dan tuding.

Merenung kehidupan

bagai mengunyah makanan di telan dan hilang

pasti ada kesudahan

jadi tidak perlu membangga kehidupan jika diri ibarat tali layar

(70)

Lelaki Tua II

Di rembang petang Lelaki tua berjalan Di atas pasir-pasir panas Dulu suaranya lantang Boleh membelah air hujan Boleh mengilas ikan di air.

Di rembang petang

Kelihatan lelaki tua keuzuran Minta dipapah ke hujung jalan Pasir-pasir membakar kulit kakinya Kulit kakinya hitam bertompok-tompok Kini dia sedari

Suaranya menjauhkan sesuatu Kehilangan segalanya

(71)

Di Desa Ini

Di desa ini

Angin meniup kencang Merempuh pohon rimbia Meruntuh pondok petani menghiba hati nelayan

Di desa ini

Panas terik membakar diri Lalang dan dedaun bergemersik Dijilat api merah

yang tiada darah.

Di desa ini

Penghuninya dalam kesamaran Mengejar kehidupan

yang mana satu kesemua anaknya

tiada mahu menjadi petani tiada mahu menjadi nelayan.

Di desa ini

begitu juga di desa-desa anak muda suka berdalih dengan janji dan budi tiada mereka

(72)

Baka Tiada Nama

Beribu juta

Benih-benih pohon teduh Mati di situ

Terbiar dan mengalir Di atas tanah

Di sungai jernih Di merata tanaman Di merata persinggahan.

Berjuta laksa Baka-baka baik

Terhumban di medan jalang Di lorong-lorong hitam

Menerbitkan kuntum-kuntum bunga Yang tiada bau dan tiada nama Sehingga lorong itu hitam

(73)

Seorang Tua

Seorang tua berlari Dulu ia mengejar bayang Meniti batas-batas reput

Kuntum-kuntum seroja gugur di tubuhnya Harumnya bawa ke senja

Lantas hingga ke malamnya

(74)

Bendang Kering

Kuhulurkan tangan menadah ke langit juga di mana-mana

memohon restui kepada Illahi biar permatang bendang biar ruang-ruang tanah menerbitkan padi berisi sesubur lalang tanpa baja meliar lagi garang.

(75)

Mimpi Dalam Mimpi

Akanku tangkis segala mimpi yang bermain dalam mimpi menyelinap dalam diri

tika tanpa sedar tapi mengerti bahawa mimpi tetap mimpi.

Sebuah mimpi

menayangkan mimpi kerana mimpi itu mimpi jangan dijadikan mimpi sebagai sandaran bukti.

Kadangkala mimpi menjadi perantara

mengingatkan perjalanan yang jauh lagi seni

lantas mimpi mengungkap kisah misteri bagi mereka yang mengerti

bukan mimpi

(76)

Sesudah Itu

Di situ kini berakhir sebuah legenda

kerana ada suara sumbang melaung keganasan

melaung kesengsaraan

sebuah kedamaian terhumban di perbukitan

memisah dua episod sejarah melayani gagak hitam

(77)

Suara

Suara boleh membelah alam

menarik gelombang bersama ombak menebas beluka raya

membelai luka semalam merebah tiang seri

memukau lidah bersilat kata.

Suara boleh membawa kedamaian menyatu seluruh alam

pepohon kayu menjadi satu menjadi senjata karat melarat akhirnya suara

(78)

Budimu

Akanku tabur budi-budimu di atas buih-buih ombak biar ia menjadi satu

bergumpalan macam gunung beralun menjadi sinar mutiara bercahaya menikam kalbu.

Akanku rangkaikan kata-kata di pohon cemara rendang di pohon akar-akar jirak

akanku teguk setitik air akar jirak pengubat segala rindu

(79)

Bila Marah

Bila marah

Segala pandangan kabur yang dilihat melata

sebuah bukit padang jarak sebuah lautan menjadi arang.

Bila marah

(80)

Kilang

Di dalam tubuh ada kilang menakungkan hati

menakungkan ilmu menakungkan budi

darah mengalir setiap sendi kekadang bibir luka

kekadang wajah pucat

kerana kilang dalam tubuh mogok perjalanan amat sukar

harga kemanusian tinggi lalu ia berhenti

(81)

Ruang

Ruang

Adakalanya sempit Adakalanya luas Bagai pantai terbiar

Bagai sungai memanjang sepi.

Ruang

adalah suatu pembalasan satu hukuman pedih satu penganugerahan kepada yang berbudi lantas ruang

menjawap segala persoalan lahir dan batin

sesungguhnya;

(82)

Kejadian

Sinar suria melempar cahaya dari langit dari awan

bila hujan menangis mereka berjabat salam mengatakan kedamaian alam mengatakan Allah s.w.t Maha Besar Maha Perkasa mereka sentiasa bersyukur.

Sinar suria menarik cahaya pabila malam berjabat tangan memberi salam pada siang malam menakutkan

kerana dia hitam legam tapi ada rahsia

untuk mereka yang tahu rahsia.

Siang itu ceria semua manusia suka

kerana ada cerita dalam cerita senja mengamit gembira orang yang putus cinta orang yang dahaga dan selalunya

senja tiada berkabus

(83)

Kerana Dia Wanita

Kata orang;

tangan yang menghayun buaian akan mengegar dunia kerna;

tangannya memotong sayur tangannya memerah pakaian tangannya memukul anak tangannya mengguli tepung tangannya tiada kering sehingga jari menggelupas.

Namun;

tiada suara simpati biarpun suaminya

mengerti tangannya penat untuk memegang bucu bantal untuk merapat ekor mata tetapi tangannya

tetap menyentuh apa saja selagi terdaya

(84)

Merajuk

Dia mencoretkan kata-kata itu dengan bermadah

dengan nyanyian dan bermadah tinggi

mengenali alam dalam bahasanya.

Dia mencoretkan kata pilu dalam sedu malam

dalam tabir senja

mengawang di kaki gunung bahasanya bahasa kalbu mencucuk liang roma.

Pabila manit air menitis itu tanda suaranya basah

dengan dendam tujuh keturunan tiada lagi menjejak kaki

(85)

Tidak Mengerti

Semua orang tidak mengerti apa yang dimengertikan

bagi mereka yang telah mengerti sebenarnya mereka tak mengerti istilah mengerti itu.

Tidak mengerti

ertinya apajua bahasa

daripada pengistilahan dan segalanya itu dimaksudkan tidak mengerti memang itulah istilahnya.

Dia tidak mengerti dengan bahasa mulut dengan bahasa kalam dengan bahasa halus apalagi bahasa tersurat.

Dia cuma mengerti

bahasa ringgit yang merah menyala yang biru mengundang

(86)

Saudara Jauh

Ayam di kepuk padi air di muara

Lalang beralun ditiup angin tiada hujan tumbuh jua di seberang

ada medan perang ada medan tegang urat kini;

ayam bukan di kepuk padi bertaburan di tengah laman mencari makan sambil berkais adakala dapat cincin

adakala dapat tahi tetapi tahi dan cincin

(87)

Warna

Warna adalah simbol Merah Jika merah

Satu petanda garang, tegas, berani Jika biru

Satu petanda lembut, ayu, setia Jika putih

Satu petanda bersih, suci, jujur Jika kuning

Satu petanda kebesaran, keagungan, kemewahan

Jika hijau

Satu petanda ketenangan, lembut dan warna agama

Jika kelabu

Satu petanda selamba, keanihan Jika jingga

Satu petanda kekaburan, keangkuhan Jika unggu

Satu petanda kelembutan, menarik Jika hitam

Satu petanda buruk, kehancuran, kegelisahan

Dan warna

(88)

Satu Coretan

Satu coretan rindu berlagu bersama pena di bawah pohon rendang

diukir resah perinduan uda dan dara coretan itu bergalah

dalam dasar ciptaan

semakin dalam semakin parah.

Bahasa coretan ada sedu bahasa coretan ada pilu pilu dan sedu

(89)

Rumput-Rumpai

Rumput-rumpai

jadi jalang pada padang ragut jadi jalang pada permainan bola di atas padang ada rumput-rumpai yang menjadikan rumput

adalah rumpai.

Jika tiada embun

rumput-rumpai tidak segar jika tiada mentari

rumput-rumpai tidak segar jika tiada dipijak

rumput-rumpai menjadi lalang sesungguhnya lalang

(90)

Pendustaan

Di pinggir itu

Suara garang bak harimau puaka Memecah setiap ruang angkasa Laungan keperitan dari mangsa Bergema ngeri dan ngilu

Dulu kedengeran suara sumbang Menangis di jalanan usang

Memdabik dada menghilai suara gagah Katanya kudratnya

Membekukan sebuah lautan Meruntuhkan kaki gunung Tetapi kini

Tanah-tanih menindih-nindih Relai tawa kepada

(91)

Penantian

Penantian menjadi seksa Mencari suatu dalam diri Memaksa sebuah perjalanan Menjadi dekat dan pendek penantian satu pemburu waktu yang sia-sia

bosan lagi membosankan.

Penantian menjadi seksa Jika hasil melukakan

Jika benar tetapi tidak pasti Lalu ia runtuh menjadi dinding Buluh dan pinang menjadi reput penantian menerbitkan permusuhan antara dua benua

(92)

Hadiah

Satu hari

Bapa kembali dari Mekah Jernih terukir di wajahnya Kerdipan cahaya memancar Setiap ruang rongga diri Kupeluk dengan tangisan Membawa reda rindu lalu Kerintihan tidak seperti dulu.

Lalu

Sebuah kupiah beserta tasbih Hadiah untuk

Kerana katanya

Rentetan waktu bagiku panjang

Supaya aku tidak menjengah rembang petang bergerigi

(93)

Dua Perbezaan Dua Suasana

Zink dan atap genting

Satu perbezaan dalam dua suasana Batu dan kayu bertingkat

Satu perbezaan dalam dua suasana Jika batu tatacara ke bukit

Jika kayu tatacara ke mentari terbit.

Merah bererti garang Darah adalah nyawa

Bernyawa satu kesombongan Begitulah perbezaan

Zink dan atap genting Masing-masing ada tatacara Masing-masing ada nilai.

Namun;

yang mana menjadi ukuran kedarjatannya antara zink dan atap genting jika dalam diri berzink dan beratap genting

(94)

Sebuah Kereta Sapu

Semalam steringnya bergegar

Meliuk-liuk umpama tongkang senget Kusyen berpejat

Berlubang merata bucu Darah-darah sering kebas Setiap penghujung perjalanan Tiada kereta sapu

Tiada urusan selesai

Dalam perantaraan sebuah bas Perkhidmatan awam yang selalu Menghelah waktu

Sering terbengkalai Di bengkel buruk Sebuah kereta sapu

Membawa erti pelanggan setia Setiap hujung minggu

(95)

Batu Karang

Karang di lautan indah Menarik di mata manusia Karang di darat huduh Lusuh setiap hari

Tiada berlawanan warna Tiada berlawanan cahaya.

Karang di lautan cantik Jadi perhiasan rumah Karang di darat buruk Pudar setiap hari

Tiada boleh membilang hari Tiada mengheret nyawa

(96)

Gunung

Di kaki gunung seorang tua bersedih Mendaki hingga ke puncak penuh sayu Dalam keletihan ia meraba resah

Seumurnya tidak dapat kerdipan cahaya diusianya perjalanan sering terhenti Jambangan cinta sebuah keluarga hancur Digilis masa dan waktu

Keadaan telah memisah dua suasana Ketentuan Allah s.w.t penyebab segala belaku begitu;

Kini seorang tua sering di situ

Gembira melihat tumbuhan memanjat gunung merenget bukit

Di celah batu ada mata air mengalir Pembasuh derita

Tapi desis hatinya berkata

Menanti jika gunung rebah ke riba dan memekik suara alam

bebas kedengaran di mana-mana dan dia berteleku

(97)

Kerana Lautan

Lautan sering tertimbus Dengan nyawa manusia Dengan nyawa haiwan

Dengan nyawa segala makhluk Dulu kemarin ia meragut nyawa Seorang ayah punya anak lapan Perahunya diragut ombak lalu bocor Semalam ia meragut nyawa

Seekor kambing mencari makan di tepi pantai

Lalu di sambar ombak

Mengheret ke tengah lautan.

Dan hari ini

Ia meragut tebing-tebing pantai Menjadi dataran bergerigi Lalu kampung nelayan Tersadai di ambang duka Nelayan menjadi resah Kerana lautan

sesungguhnya lautan menjalankan kewajiban

menentukan alam ini bergelora kadangkala damai

kadangkala kesat dengan airmata jernih jika tiada lautan

tiadalah sandaran alam

(98)

Alamat

Dia resah kerana mimpi duka berjabat tangan semalam sebab terlalu lama

tidur tiada bermain mimpi mimpi itu

Datang seorang ulamak Di celahan asap-asap hitam

Berteleku bersama sebuah kitab usang Habuk-habuk bertebangan

Lari mencari sudut.

Lagi;

Dari mimpi aneh itu

muncul satu kerdipan cahaya Melintasi seluruh angkasaraya dalam mimpi memaksanya berfikir Mungkin itu alamat

Menjangkau zaman ini memaksa dia berdiri teguh

memegang erat Al-Hadith dan Al-Quran kerana khazanah itu

banyak diperdebatkan orang banyak

(99)

Satu Kehancuran

Di celahan runtuhan asap di langit Suasana di seluruh benua gelap Khabarnya angin panas meniup arah songsang tanpa pedoman

Khabarnya juga sungai di tujuh kuala tandus Batu-batu tajam di atas gunung gugur

Membunuh makhluk di bumi Itu pertanda buruk

Mengisahkan gegaran alam reaktor pemusnah mulakan episod

Sebuah kehancuran datang Menyahut cabaran manusia yang mendustakan kenyataan bahawa udara berwarna-warni memenuhi ruang udara

memerangkap sarang hidung terjerat dalam musibah ditempa atas kezaliman ditempa atas kerakusan

(100)

Pemandu Teksi

Setiap hari

Kereta berjalur merah dan putih Merempuh kota

Merempuh desa

Melintasi setiap inci tanah Allah s.w.t. Meniti hidup gerutu

berkerikil.

Kekadang teksi itu bertindih Antara kepayahan dan keperitan Kerana mencari mimpi di dalam mimpi mengejar siang yang pendek

berlari bersama malam yang panjang.

Pemandu teksi tetap berembun Mengusung cita keluarga

Sembilan anak dan isteri di bahunya Meminta-minta sesuatu yang belum pasti Kepala pemandu teksi

(101)

Sebuah Sawah Terbiar

Sebuah sawah terbiar Menjadi rimba rana Senduduk dan lalang

bersekedudukan antara nampak dalam diam

sawah bersarang rumput jalang.

Sawah terbentang terbiar Tiada seorang menegur–sapa Menabur budi

Untuk hiasan jendela pagi untuk ukiran santapan malam.

Kini sawah terbentang Menjadi padang golf

Menabur buih peluh ternama Menitiskan tinta pahit

untuk pendokong

(102)

Seorang Penyajak

Seorang penyajak

Duduk di antara batu dan tanah Menganyam waktu demi zaman Berlangirkan bingkisan

pada sebuah karya-karya yang cuma difahami

mereka yang mengerti bahasa karya.

Di bawah unggun api sebuah kehidupan dia melakarkan sesuatu

yang sukar dibaui renteten masa merakam peristiwa semalam dan esok seorang penyajak

cuma membongkar sesuatu dalam jiwa dalam diri supaya mereka mengerti

bahasa jiwa dalam bahasa karya.

Persoalan di hatinya merintih

Bilakah datangnya suara dari arah langit Memanggil pulang

(103)

Hidup

Hidup rasa; Manis Masin

Masam

Mangkau Payau

Pedau

Pahit

Pedas

Kelat.

Hidup bau;

Hanyir Hapak

Hancing Hamis

Haget.

(104)

Penjual Nasi Lemak

Awal pagi hening Penjual nasi lemak

Penunggu di persimpangan Laluan orang ramai

Menanti setia

Pada pelanggan yang simpati Pada usianya.

Penjual nasi lemak

Kadangkala berhujan di situ Bersama nasi lemak hampir basi Kini tak punya erti

(105)

Malam Ini

Di sekitar malam ini Suara kehidupan

Tersepit di celah dua permatang hati Lalu kerinduan

Merisik sebuah legenda Dalam gemersik alam Sebuah kapal tenggelam Hingar-bingar

(106)

Sebuah Senyuman

Bila sekuntum senyuman dilontar jauh Memanjat bukit dan gunung

ia boleh menarik gelombang menjadi hamparan bukit menjadi sebuah bingkisan bahasa lama bahasa raja.

Sekuntum senyuman bak bunga kembang pagi layu diukir jambangan malam sekuntum senyum

bisa mengalirkan airmata di hujung pipi

dan kisah seorang anak gadis bermata galak pernah mengeluarkan airmata

daripada tangisan sia-sia

(107)

Sebatang Jalan

Di jalanan pulang Ada kapas hanyir Berlendir menunggu di simpang jalan Seekor ketam batu

Tersepit di dua muara sungai Airnya keruh

dan jalanan pulang Menyesatkan kerana jalan tertimbus.

Tapi;

ada orang mengali sesuatu di tepi jalan

mencari sesuatu

(108)

Mereka

Bawalah mereka pulang dengan seribu wajah

Bergayut di sebatang galah

bawalah mereka ke peraduan malam yang lenanya sehingga ke pagi

biar tenang air kedamaian dalam hati dalam diri.

Sesungguhnya mereka

dalam kesesatan dalam pemburuan tersekat di lurah bukit

yang di antaranya ada sepasang merpati putih tapi liar

sehingga memaksa mereka mengejar dan tersalah langkah dan terperangkap.

Bawalah mereka pulang

sebelum air sungai keruh di muara sebelum hujan tiada gugur

warna putih

sebelum udara tiada berwarna sebelum penafasan selesa menghirau kenikmatan alam sebelum semuanya tiada.

Akhirnya;

bawalah mereka pulang sebelum

Air sungai menangis

Kerana lautan tiada sepakat Memegang bibir pantai

(109)

Sebuah Padang

Jika ditinggalkan sebuah padang akan menjadi lalang

ada duri sembilu

dalam lalang yang tajam

miang lalang meninggalkan kesan sehingga dua zaman

manusa berperang kerana mencari aman.

Sebuah padang kini terbentuk bungkah dan batu berselerak sudah tidak ada mutiara di dalamnya

tapi sebuah padang menjadi bendang

satu medan pertempuran yang sia-sia

kerana di sebelah barat orang melihat

sebagai episod kaum

(110)

Kata-Kata

Kedua bibir selalu tersangkut dan tersekat kerana bibir gagal mengemudi kata-kata yang sukar menimbang

pedih dan manis sebuah suara.

Kata-kata sering menyelongkar bahasa marah bahasa dendam daripada hati yang tidak tenteram Ia selalu merkah di antara bibir yang melukakan

Dan kata-kata terasa kelat pabila tiada orang mendengar kata-kata yang berselindung daripada kata-kata

yang semuanya hanya pura-pura itulah;

jangan berkata-kata

(111)

Jenis Yang Sama

Jenis yang sama

Boleh merakam setiap waktu.

Jenis yang sama

Boleh mengarah setiap anggota.

Jenis yang sama

Boleh beralah dalam perdebatan.

Jenis yang sama

Awan adalah sebuah rumah

Jenis yang sama

boleh memasang pukat menjadi jerat.

Jenis yang sama

boleh menolak perahu ke gigi pantai.

Jenis yang sama

boleh menidurkan anak yang meragam.

Jenis yang sama

boleh memakan apa saja asalkan halal.

Jenis yang sama

boleh membawanya ke masjid.

(112)

Rambut

Mentari merubah wajah Memutih rerambut Sesiapa jua

Jika api-api panas Membakar liang urat Sebuah sejarah

Terpamir di antara rerambut Dan putih

Menandakan sebuah perjuangan akan berakhirnya

sebuah perjalanan menunggu saat-saatnya

“ada orang kata”

rambut yang putih

adalah cahaya dari syurga jika beramal

(113)

Takdir

Anak tukang besi Dulu miskin Ditakdirkan

Jadi pemimpin agong Ulung lagi berani.

Anak penoreh getah

Dulu terbiar kehidupannya Bagai rumput di tengah lalang Ditakdirkan

Menjadi Perdana Menteri

Suaranya lantang membelah bukit.

Anak penarik beca

dulu dihina umpama anjing Jadi hamba menjaja tiket loteri Menghirup air-air kotor

di persimpangan jalang Ditakdirkan

Memegang kuasa dunia Kerana tindakannya

(114)

Dalam Pencarian

Bayang-bayang diri Merentas rimba rana

Bergelumang ke hujung senja Melontar lembing sakti

Di sebuah bukit permai.

Lalu ada orang tua bongkok Menghayun cangkul

Mencari-cari sesuatu

Jika ada budi tertanam di dalamnya Ia akan membawa pulang

Untuk keluarga dan sanak-saudara Ia tentu gembira

(115)

Tujuh Bersaudara

Emas sebungkal di dalam kolam Bersama sekeping tanah

Dibahagi tujuh saudara.

Saudara satu menerima sebahagian Ia menjadi alpa diri

Bongkak dan takbur.

Saudara dua menerima sebahagian Ia menjadi penipu

Peminum arak dan pemabuk.

Saudara tiga menerima sebahagian Ia menjadi gila isin

Tidak meninggalkan ibadah walau sesaat.

Saudara empat menerima sebahagian Ia menjadi liar dan melarat

Terdampar menagih sempati.

Saudara lima menerima sebahagian Ia menjadi taat dan penyabar

Terkawal segala perasaan dan membela saudara.

Saudara enam menerima sebahagian Ia menjadi cepat perasa

Tidak tahan menanggung derita.

Saudara enam menerima sebahagian Ia menjadi ramah-tamah

(116)

Pengemis Tua

Pengemis tua dirempuh usia dimakan anai-anai

pada kesentosaan pada kedamaian kini dirinya

bersama rindu memanjang menanti mentari pagi yang sukar berlaku yang mustahil terjadi Jika redup tiada

dia menjejak kaki bukit yang nampak berbalam

cuba memegang awan germawan tapi tiada upaya

kerna kepedihan memanjat jiwa dalam tinta sejarah

pengemis tua

(117)

Suatu Ketika

Dulu

Pada suatu ketika

Suara ombak membelah bumi Tangisan beburung memintas angin Batu-batu berkeracak

Ke jantung dunia.

Dulu

Sewaktu belum mengenal tanah Burung merpati putih

Sayup bertebangan di awan biru Air laut payau

Ombak juga tidak mengilas gelombang Pantai tidak sempit

(118)

Satu Penantian

Saudara kehidupan

Membelah hari bersimpul Semangat berliku warna

Tiada kecundang menentang mata Menarik pipi ke kulit muka.

Terbang cemara

Seringkali memecah kedamaian Awan biru tidak selaku

Seorang pemuda suka berteleku Menanti bulan rebah

Ke riba bumi.

Kerdipan cahaya

Seolah menentang hari Waktu-waktu surut mengalir Sesepi muara berdarah Dan di situ

(119)

Suara II

Dulu suara menyelinap Membelah tabir malam sepi Merentap ruang-ruang beku Kini resah tiada tali

Kerana sungai-sungai bukit Mengalir mudik

Menentang gelombang gila.

Dulu suara menyelinap Membelah resah di hati Menenti sebuah siksa Di perlembahan sunyi

Kerana detik waktu merejam diri Melangirkan darah sendiri.

Kini suara itu

Ditepung-tawar di atas bukit Dengan cahaya lilin

(120)

Tangisan

Angin ribut

Meruntuhkan sebuah kota batu Lebuhraya terbungkang

Air laut pasang tidak menentu Jeritan ikan diair

Menggondolkan sebuah bukit.

Lalu hujan

Berdatang sembah

Menutupi setiap kamar perasaan Hingga tujuh keterunan

(121)

Tengkujuh

Rintik-rintik hujan Memanjat setiap ruang Pabila tengkujuh menjelma Suara lantang tenggelam Di dalam arus lintar Memanar setiap inci.

Rintik-rintik hujan Kini bagai

Ketulan air batu dalam freezer Kerana setiap bulan ada tengkujuh Merindui musim.

Tengkujuh

kini di mana-mana kini bila-bila

walaupun cerah di sebelah utara di selatan manusia berpayung setiap masa;

(122)

Kamar

Di kamar usang

Suasana menyepit rasa Kengerian menerpa datang Habuk-habuk kotor berterbangan Melewati usia.

Di kamar sempit Hati terguris luka

Kebahagian menyepi diri

Habuk-habuk rindu berterbangan Melewati masa.

Di kamar kotor

(123)

Akhir Ini

Dikatakan salji turun di tengah malam Di kawasan tropika

Sebagai pengganti hujan gerimis Esok lusa fajar

Tiada menyising lagi

Ombak tiada memukul pantai Berpusing arah

Sungai tiada mengalir ke hilir Maka jesteru itu;

(124)

Hati Seorang Nelayan

Di sudut perahu damai Tarian lilin di hati

Memaksa nelayan tua bermadah janji Bermuafakat teguh

Di tengah lautan ngeri.

Diiringi doa isteri Sembilan anak menanti Rezeki dan perlindungan

Namun;

Di satu sudut waktu Menanti dalam debar Segulung kain kapan

Menerpa datang tiada diundang Diketam kayu papan

Buat persemadian Sebagai penggantian Sebuah janji;

Yang teguh dan padu;

(125)

Penjara

Batu-batu bata menagih dendam Mengiling perasaan curiga

Bergayutan disegenap ruang-ruang kota Setiap inci jendela besi

Menadah ke langit garang

Pagar-pagar simen bertahta kaca Terbiar kaku tetapi berisi

Teman setiap jaring-jaring besi Membaluti setia gerak

Isi penjara

(126)

Senja

Detik ensut-ensut bergerak Meniti ragi-ragi masa

Menggereng dan menelentang Paut-berpautan

Hati semakin jauh kesayuan Pabila senja jeling mendatang Perahu mudik ke hulu

Ombak semakin ganas

Sang unggas berkebaran riang Begitulah;

(127)

Unggapan

Usah dilukis

Unggapan –unggapan di atas batu kaku Kerana setiap pinggir air tentu meleleh Di mana- mana

Walaupun setitik.

Setitik air

Bisa membawa padah bertahun Kerana semangat

(128)

Seutas Kasih

Seutas kasih

Dikerat empat berlangir di airmata Rumpun beringin rendang

Menyembah bumi

Bersamanya gugur bunga tanjung Semerbak harumnya sekampung.

Seutas kasih

Tersimpuh di pergelangan kaki Relai ketawa dari insan durjana Kerana permatang kota rapuh Digigit janji celaka

(129)

Satu Kehampaan

Semalam suara ombak memanggil Memujuk rayu nelayan tua

Memohon restu kepulangannya Keresahan di balik jendela

Membelai hampa yang amat pedih Menikam senja yang berlalu.

Semalam suara ombak memanggil Seorang nelayan pulang kerinduan Sebuah harapan terbina luas

Dengan seribu kehampaan menanti Sebuah keluarga sedih dan sayu Menunggu lesu datang menindih.

Semalam suara ombak memanggil Seutas harapan tenggelam

Bersama kepeihan jiwa Seorang nelayan tua

Mendayung perahu lemah dan lesu Jelas terbayang di anak mata Kekecewaan yang melata

(130)

Pemuzik Buta

Dalam tangannya ada mutiara Di sebelah kanan ada wangi Di sebelah kiri ada sangsi

Lalu setiap hari di persimpangan

Ia memainkan lagu sedih tetapi gembira Kerana dalam hatinya ada bintang-bintang Menerangi ke jantung hati.

Setiap hari

Di persimpangan itu ia memperhambat waktu

Menagih belai ikhsan orang laluan

(131)

Perjalanan Terhenti

Dalam resah ini

Bergumpulan asap merentas hari Merobek liang dada

Dan bunga teratai pagi gugur Meratap mimpi damai

Lalu perjalanan terlalu hampir.

Perjalanan terhenti Beku dan terlena

Dalam merak cahaya hampir padam Kini mengunjungi petang

Berteman resah gelisah

(132)

Lembaga Hitam

Eyah….kau dari situ!

Gumpalan asap hitam tebal Menjelaga hati

Pekat dan pahit.

Lembaga hitam

Seringkali menjengah wajah Merayu pulang ke jalanan lengkuk Menuntun hati patah.

Lembaga putih

Bertongkat di jendela besi

Memagari iman dalam istana suci.

Lembaga hitam Terbang dan pergi Ke arah kesamaran Luka dan pedih.

Eyah…kau dari situ!

Dari sudut kalbu yang satu kukuh dan padu

kerana;

(133)

Negaraku Negeranya Jua

Seorang anak kecul Tionghua Berlari-larian gembira

Mengibarkan bendera Berjalur

Merah, putih, kuning, dan biru Meraut wajah girang

Bendera negaraku negaranya jua Diulit bersimpul-siur

Ditiup angin mesra

Bendera Malaysia dikibarkan Penuh asyik dan takzim Bendera kecil

Gula-gula

Diperbuat dari plastik jernih Kesukaan anak-anak kecil.

Disamping itu Anak kecil Tionghua Menyanyi keriangan Lagu tanah air tercinta

“Negaraku”

kemudian beramai-ramai berambat menuju kebanggaan pada diri dan bangsa

kerana baginya tanah keramat ini tanah tumpah darahnya sesejuk airmata seorang ibu.

Lantas hatiku berkata; Mengira bahawa

Kami telah dibendung masa lam erti perkongsian

(134)

Wang

Di sebalik mimpi Ada paksaan

Kerana kertas-kertas; Merah

Biru,

Merah jingga

Selalu berada di awangan Orang muda;

Kalah kerana warna kertas Jika ia bercelak garang; biru kundang

Jika meruntun hati jadi gila Dan iman;

(135)

Satu Rahsia

Kata seorang punjangga Lautan

Boleh memunggah satu rahsia Di antara jerung-jerung ganas Ia boleh menarik tali perahu Sehingga seorang nelayan tua Malu pulang ke daratan Lalu asam di darat

Cair di antara rintik hujan Dan bukit-bukau

(136)

Hutan

Sebuah hutan tercela Masih terbakar

Mengeluarkan asap hitam Sikit-sikit.

Jari-jemari kecil

Anak tukang kayu melurut sedih Meraut wajah sayu

Kerana tiada kayu Memacak tiang pagar.

Jari-jemari kecil

(137)

Terhutang Budi

Aku tehutang budi Pada nyawa

Pada hati

Pada darah mengalir dalam tubuh Pada sendi tulang-temulang Kulit-kulit

Memegang daging dan sendi Menguatkan buku lali

Dan teristimewa sekali Lebih Maha agung Aku terhutang budi Pada ALLAH

(138)

Kota Besar

Di batu-batu terselit patung-patung Bersenda -gurau pada waktu

Hari menjelagakan zaman

Hampir pada kepingan-kepingan batu Batu-batu jadi riak

Membina sebuah kota besar Angkuh pada diri

Lalu ia

Meninggalkan sisa-sisa kenangan Peninggalan bangsa dan sejarah Namun agama ISLAM

(139)

Teruna Tua

Seorang peria tua Menangis di jalanan Melangkah lesu Menuju pesimpangan Bergapaian.

Waktu baginya

Bagai rambang petang Menyepi seribu bahasa

Bisa mengalir dalam tubuhnya Kerana digelar;

(140)

Sekuntum Mewar Merah

Sekuntum mawar merah Ada dalam taman anggerik Di antara kolam cinta Cantik dan berahi Lantas mawar merah

Dihiasi di jambangan permai

Jambangan di ukir untuk hiasan malam.

Lalu hingga ke paginya Ia layu tanpa seri lagi

Setitik embun malam menitis atasnya Kelopaknya kembali berseri

(141)

Demam

Tubuh seringkali kandas Menguatkan sendi otot

Darah daging kulit menjadi kendur Lalu seluruh tubuh berbisa

Tiada maya

Kepanasan memerik anggota Kepanasan menyeronokkan Tubuh seringkali kecundang Menjalankan tugas

Pancaindera mata dan telinga Kedua mata kabur

(142)

Kucing Hitam

Semalam anakku membelaimu Lalu mentuaku menghambatmu Larimu deras bagai air di arus Kata orang;

Kucing hitam

Lambang kehancuran Lambang ketakutan

Begitulah kata-kata moyangku.

Lalu anakku tiada membelaimu Kerana warna hitam

(143)

Seorang Broker

Setiap hari senyuman lebar dia mencari mangsa

cuba menyekang sawah terbiar cuba menyekang kebun semak Meniti dari rumah dan pejabat Membawa geran

Memperaga kata-kata dusta Terselit dalam pembohongan Lalu tanahnya tergadai Kerana maruahnya tergadai Kerana maruahnya dibeli Atas nama wang ringgit Lantas zuriatnya

(144)

Penyatuan Ummah

Di desa ini Orang berparang Kata mereka;

Menegakkan keadilan Di bawah payung Islam Berbagai risalah ditabur

Sebagai membela sebuah usaha Tapi direlaikan dengan janji kabur Ummah semakin dalam kesamaran Kerana pemimpin bermain tali Tiada satu yang tepat

Dalam membongkar satu kekaburan Lalu penyatuan ummah

Semakin renggang di dalam renggang Usahakanlah

Satukanlah Peganglah

(145)

Sebutir Nasi

Sebutir nasi Jadi darah Jadi daging Jadi tenaga

Lalu memberontak.

Sebutir nasi Menjadi basi Jika anak-anak

(146)

Traffic Jam

Bertali-arus setiap hari Berbaris pelbagai kereta Lapar;

Mewah;

Menikam kedamaian manusia Dikongkong haluan mereka Pada setiap waktu marah.

Tengahari

Pemandu bermata galak Angkuh

Keretanya jenis mahal; BMW;

SAAB; PORCHE.

Petang

Pemandu egoist Bertambah berang Kerana luxurious Terhimpit;

Bersama kereta murah DUTSUN;

TOYOTA; OPEL; Traffic jam

Referensi

Dokumen terkait

Semua definisi diatas menggambarkan bahwa brand switching atau perilaku perpindahan merek oleh konsumen merupakan perilaku negatif dalam kegiatan bisnis, dimana

Kegiatan inti dimulai dengan guru menggali informasi peserta didik, lalu masuk ke materi pembelajaran yang bersifat kontekstual yang sesuai dengan perkembangan

dikalangan suatu masyarakat. Tampaknya hal ini sangat berkait dengan banyak hal, seperti keyakinan agama, aliran falsafat yang dianut. Dengan kata lain, sanksi ini

Permasalahan yang diidentifikasi pada usaha rumput laut di Kabupaten Seram Bagian Barat adalah (1) Masalah yang menghambat terciptanya peningkatan daya saing dan

Maka dari itu untuk mempermudah institusi STMIK GI MDP dalam melakukan dokumentasi dokumen borang akreditasi pada institusi STMIK GI MDP, penulis menyusun laporan penelitian

Berbeda dengan angin kencang saat musim hujan dan peralihan yang bersifat lokal dan singkat, angin kencang saat musim kemarau biasanya berlangsung lama dan areanya cukup luas,

Sesuai dengan tema pelayanan KAJ tahun 2014 “Dipilih untuk Melayani” maka Gereja mengajak seluruh umat Paroki SanMaRe untuk semakin beriman, semakin besaudara, dan semakin berbela