• Tidak ada hasil yang ditemukan

SUMBANGAN DAN PEMIKIRAN PLATO ARISTOTLE

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SUMBANGAN DAN PEMIKIRAN PLATO ARISTOTLE"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

1

SUMBANGAN DAN PEMIKIRAN PLATO, ARISTOTLE DAN

SOCRATES DALAM DISIPLIN ANTROPOLOGI DAN

SOSIOLOGI

Ismahalil Ishak

Perkembangan ilmu sosiologi bermula di atas kesedaran manusia untuk memahami

perihal masyarakat dan anggota-anggota yang berada di dalam masyarakat tersebut.

Perkembangannya telah bermula berabad dahulu di mana perkembangannya dipelopori oleh

golongan-golongan pemikir barat. Menurut Bierstedt (1979), perkataan sosiologi hanya

digunakan pada abad ke-19 apabila Auguste Comte di dalam buku beliau iaitu Positive Philosophy membincangkan berkenaan penggunaan terminologi sosiologi yang secara umumnya bermaksud satu bidang yang mengkaji mengenai masyarakat dan hubungannya

dengan pelaku-pelaku masyarakat yang terdiri daripada institusi, kelompok dan manusia.

Beliau juga berpandangan bahawa setiap kemunculan ilmu dan pengetahuan mempunyai

sejarah yang tersendiri sebelum sesuatu ilmu itu berkembang dan diterima oleh umum.

Di dalam konteks perkembangan bidang antropologi dan sosiologi, aspek sejarah

perkembangannya perlu dilihat sejak zaman pemikir-pemikir manusia di zaman

kegemilangan tamadun Greek dan sejauhmana sumbangan pemikiran golongan ini kepada

perkembangan ilmu antropologi dan sosiologi kini. Sungguhpun antropologi dan sosiologi

adalah satu cabang ilmu moden, tidak dapat dinafikan bahawa perkembangannya juga

mempunyai perkaitan dengan perkembangan bidang falsafah ketika zaman ketamadunan

Greek di mana 3 tokoh penting yang menjadi golongan pemikir ketika itu adalah Socrates

(469-399 SM), Plato (427-347 SM) dan Aristotle (384-322 SM).

Socrates, Plato dan Aristotle merupakan golongan ahli falsafah Greek yang memikirkan

tentang permasalahan sosial dalam masyarakat secara sistematik (Abraham 1973).

Sumbangan Socrates di dalam bidang antropologi dan sosiologi hanya dapat dilihat di dalam

penulisan anak murid beliau iaitu Plato. Pemikiran Socrates lebih dikenali sebagai Socratic Thoughtdalam kalangan ahli falsafah yang menekankan aspek ‘virtue of knowledge’. Beliau banyak menghabiskan masa di pusat kegiatan ekonomi seperti pasar dan di tempat-tempat

(2)

2 Seterusnya, Plato telah menterjemahkan pemikiran Socrates di dalam memahami masyarakat

yang kompleks menerusi dua karya agung beliau iaitu The Republic dan The Laws. Kedua-dua karya ini merupakan karya agung beliau yang secara ironinya banyak memberi kesan

kepada perkembangan bidang antropologi dan sosiologi. Sumbangan yang signifikan oleh

Plato dalam membincangkan tentang struktur masyarakat dapat diperhatikan di dalam inti

pati penulisan beliau di dalam The Republic di mana karya ini merupakan inisiatif beliau dalam menggambarkan sebuah masyarakat yang ideal dan keadilan dapat diwujudkan dan seterusnya istilah ‘Idealisme’ telah terhasil (Bogardus 1960). Menurut Plato, sebuah masyarakat yang ideal perlu mempunyai tiga kelompok manusia utama iaitu pemerintah,

penjaga (tentera) dan pekerja (petani). Pengkategorian ini dilihat sebagai sumbangan utama

kepada wujudnya konsep-konsep yang penting di dalam bidang sosiologi iaitu konsep

stratifikasi sosial. Ini kerana, setiap kategori tersebut melambangkan kelas sosial seseorang di

dalam ruang lingkup masyarakat yang lebih luas. Di samping itu, setiap kategori yang

dinyatakan oleh Plato ini mempunyai adat resam mereka yang tersendiri yang membawa

kepada mereka dikategorikan kepada kumpulan tersebut. Isu kekayaan dan kemiskinan juga

wujud dalam struktur ini di mana golongan kaya terdiri daripada golongan pemerintah

manakala isu kemiskinan berlaku kepada kumpulan pekerja. Beliau juga menekankan aspek

pendidikan di dalam masyarat di mana sistem pendidikan perlu ditadbir urus oleh kumpulan

pemerintah dengan bijak dan saksama.

Penglibatan Aristotle pula di dalam sumbangan kepada perkembangan bidang antropologi

dan sosiologi lebih tertumpu kepada percambahan pemikiran gurunya iaitu Plato. Aristotle

telah meluaskan perbincangan mengenai sistem masyarakat dengan lebih mendalam menerusi

karya agung beliau iaitu The Politics yang antara lain membincangkan tentang perkara makro di peringkat negara seperti pemerintahan. Aspek kawalan sosial dan kerajaan antara subjek

penting yang dikupas di dalam karya beliau. Beliau percaya bahawa sebuah kerajaan yang

baik adalah hasil daripada kebijaksanaan seorang pemimpin dan sekelompok manusia yang

bijaksana hasil daripada sistem pendidikan yang efektif. Terdapat dua ciri kerajaan yang

efektif menurut pandangan Aristotle iaitu keakuran terhadap undang-undang oleh rakyat dan

fleksibiliti sosial undang-undang. Beliau turut membahaskan tentang kemiskinan di mana

kewujudan dua kelas iaitu kaya dan miskin akan membawa masalah kepada negara dan

beliau mencadangkan agar kelas pertengahan diwujudkan untuk memberi keseimbangan

(3)

3 Aristotle ini banyak membicarakan tentang Teori Struktur Fungsional di mana sesebuah

masyarakat itu mempunyai struktur tersendiri untuk berfungsi seperti undang-undang dan

peraturan. Pemikiran Aristotle ini juga dilihat signifikan terhadap sumbangan dalam

memahami stratifikasi sosial di dalam masyarakat dengan pengwujudan kelas menengah.

Daripada perbincangan yang dinyatakan, tidak dapat dinafikan bahawa sumbangan

ketiga-tiga pemikir klasik ini ke atas perkembangan bidang antropologi dan sosiologi, daripada

dikenali sebagai pemikiran sosial sehingga terbentuknya istilah sosiologi. Pemikiran mereka

amat signifikan sehingga kini dan menjadi epistemologi di dalam bidang antropologi dan

sosiologi. Konsep stratifikasi sosial di dalam mengkelaskan masyarakat di lihat mempunyai

perkaitan dengan pemikiran Socrates dan Plato. Pemikiran mereka sehingga kini masih

relevan sehingga ke sistem masyarakat moden. Secara amnya, sistem masyarakat moden juga

terdiri daripada kelompok-kelompok tertentu di mana kerajaan yang memerintah masih

kekal sebagai kumpulan tertinggi di dalam sesebuah struktur masyarakat. Sungguhpun

dengan proses modenisasi yang memacu negara kepada sebuah negara yang berpendapatan

tinggi, di dalam struktur masyarakat moden masih juga terdapat isu kemiskinan dalam

kalangan penduduk. Ternyata kemiskinan merupakan fenomena sosial yang telah lama

mendapat perhatian daripada ahli antropologi dan sosiologi. Antara sumbangan penting

Aristotle juga dilihat mempunyai hubungan dengan teori struktur fungsional yang dipelopori

oleh ahli sosiologi pada abad-19 dan 20 daripada aliran fungsionalisme dan strukturalisme

seperti Emile Durkhem, Tallcot Parson dan Robert Merton menerusi karya agung Aristotle

iaitu The Politics.

Rujukan

Abraham, J. H. 1973. The Origins and Growth of Sociology. United Kingdom: Penguin Books Ltd.

Bierstedt, R. 1979. Sociological Thought in the Eighteenth Century. Dlm. Bottomore, T. & Nisbet, R. (pnyt.). A History of Sociological Analysis hlm. 39. London:

Heinemann Educational Books Ltd.

Referensi

Dokumen terkait

menghadirkan gagasan yang ideal berkaitan dengan keadilan bagi kaum perempuan. Sebaliknya, Okin hadir dengan gagasan dalam rentang waktu yang sangat

Dalam setiap pengarang kitab termasuk juga Daniel Djuned, pastilah mempunyai faktor untuk mewujudkan sebuah karya yang diinginkan dari segi pemikiran mahupun

Karya ini boleh ditafsirkan dalam bentuk metafora di mana ruang yang terhad menggambarkan kaum wanita sen tiasa dalam keadaan dikongkong oleh kaum lelaki. Bagi

Beliau mengatakan, “al-Qur’ān adalah kalāmullah, bukan makhluk, tulisannya dan bacaannya adalah wahyu, di mana saja al-Qur’ān itu dibaca, yang terdapat di langit dan di bumi,

Abu Yusuf kemudian dikenal sebagai tokoh pemikir ekonomi Islam yang meletakan prinsip perpajakan di dunia, beberapa abad kemudian, karya beliau dalam bidang perpajakan dianggap

Menurut Accord Alliance (dalam Teich, 2012, p.122), interseks merupakan istilah yang digunakan untuk menggambarkan kondisi di mana seseorang dilahirkan dengan

Bertolak dari pemikiran yang demikian, pengaturan hak dan kebebasan masyarakat dengan menggunakan kriteria keadilan, menunjukkan bahwa di dalam diri manusia, ada

Kedisplinan beliau dapat dilihat mulai dari hal yang kecil seperti mengembalikan barang setelah dipakai ke tempatnya lagi, berangkat ke kantor selalu di jam yang sama setiap hari dan