• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGARUH SISTEM NILAI KELAS MENENGAH MEL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENGARUH SISTEM NILAI KELAS MENENGAH MEL"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

PROSIDING

PERSIDANGAN ANTARABANGSA DA’WAH DAN PENGURUSAN

ISLAM: PENGAMALAN DAN MASA DEPAN (IC-DAIM 2010)

ISBN: 978-967-5852-08-4

PENGARUH SISTEM NILAI KELAS MENENGAH MELAYU DALAM MEMILIH

KEPEMIMPINAN POLITIK

OLEH: HAIROL ANUAR HJ MAK DIN

1

ABSTRAK

Kepesatan arus globalisasi mendedahkan kaum Melayu khususnya kelompok kelas menengah Melayu berhadapan dengan risiko hakisan jati diri. Hal ini boleh di rujuk melalui tiga elemen iaitu kecelaruan sistem nilai, liberalisasi pemikiran dan ketirisan identiti bangsa Melayu dikalangan kelompok ini. Pengaruh sistem nilai di kalangan kelompok kelas menengah Melayu amat penting bagi kelangsungan bangsa Melayu khususnya di dalam soal mengatasi kemelut pemilihan pemimpin. Anteseden sistem nilai masyarakat kelas menengah Melayu ini bakal mencorakkan hala tuju dan survival adikuasa politik bangsa Melayu secara keseluruhannya pada masa hadapan. Justeru kajian terhadap pegangan sistem nilai amat penting di dalam menilai sejauhmanakah sistem ini berpengaruh di kalangan kelompok kelas menengah Melayu di dalam menentukan kepimpinan politik di Malaysia. Sehubungan itu kertas kerja ini akan menyentuh sebahagian daripada pegangan sistem nilai kelompok sasaran dengan mengupas beberapa isu yang berkaitan.

PENGENALAN

Sistem Nilai merupakan elemen yang amat penting dan mempunyai jalinan yang erat dengan sejarah peradaban manusia. Kegemilangan atau keruntuhan sesuatu tamadun bangsa di corakkan oleh sistem nilai masyarakatnya. Seandainya masyarakat mempunyai sistem nilai yang kukuh maka kerajaan yang dibina akan makmur dan gemilang, sebaliknya jika sistem nilai yang longgar dan seleweng dampaknya kerajaan yang dibina bakal runtuh dan musnah. Justeru pengaruh sistem nilai amat penting di dalam menjamin kelangsungan riwayat sesebuah negara bangsa.

Nilai ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang atau sesebuah institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat. Mengikut kajian sejarah, ilmu, kebijaksanaan, keadilan, dan iktidal (temperance) merupakan nilai-nilai utama dalam masyarakat. Penerimaan dan penghayatan nilai-nilai utama oleh masyarakat akan menjamin rakyat yang berpendidikan lengkap dalam hubungan masyarakat-perilaku etiket sosial dan budaya ilmu (INTAN 1991).

Islam amat menekankan soal nilai, hal ini amat kelihatan samaada secara tersurat mahupun tersirat di dalam Al-Quran dengan memperihalkan kisah-kisah para rasul yang diterangkan bermatlamatkan agar manusia mengambil iktibar daripadanya. Namun semua manusia yang telah diterangkan sehingga kini, mempunyai nilai-nilai yang sama seperti: bersikap zalim kepada Allah, menyekutukan Allah,

1

Pensyarah, Jabatan Peradaban dan Pemikiran Islam, Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa

(2)

bersikap sombong di atas bumi, memakan harta benda orang lain, melakukan seks yang sumbang dan tidak bermaruah (Harun Yahya 2004).

Sehubungan itu, teras awal penyelidikan ini yang menjadi asas perbincangan adalah dengan menganalisa terhadap perkataan ‘pengaruh’ di awal tajuk dengan ukuran yang dirujuk kepada objektif kajian:

1. Mengkaji kefahaman dan pegangan sistem nilai kelas menengah Melayu dan pengaruh sistem nilai di kalangan kumpulan kajian dalam aspek pemilihan kepimpinan politik.

2. Mengkaji hubungan (regrasi) antara sistem nilai dengan sistem politik.

3. Merumuskan korelasi antara sistem nilai kumpulan kajian dengan pemilihan kepimpinan politik.

Kefahaman dan pegangan sistem nilai kelas menengah Melayu dan pengaruh sistem

nilai di kalangan kumpulan kajian dalam aspek pemilihan kepimpinan politik

Berkualiti tinggi atau rendahnya sesebuah tamadun yang terbina akan banyak bergantung pada nilai diri manusia itu sendiri. Dalam perspektif Islam, manusia yang dipertanggungjawabkan dengan tugas berat pembina tamadun itu mestilah di sediakan, atau dalam kata lain dibangunkan, sebaik mungkin dengan nilai-nilai diri yang diperlukan (Zakaria Stapa 2009). Justeru sistem nilai merupakan elemen yang amat penting dan mempunyai jalinan yang erat dengan sejarah peradaban manusia.

Oleh yang demikian relevansi pengaruh sistem nilai adalah bagi menjamin kelangsungan riwayat sesebuah negara bangsa. Dr Mahathir Mohamed berpandangan ”Sejarah merupakan suatu khazanah yang amat bernilai. Sejarah adalah gedung pengalaman. Bangsa yang agung adalah bangsa yang menempuh sejarah dan yang mahu mempelajari dari sejarah. Sesuatu bangsa yang tidak mempelajari daripada sejarah akan terus melakukan kesalahan berkali-kali yang akan berakhir dengan kejatuhan bangsa itu. Dengan sejarah kita menghargai kehormatan diri kita” (Hairol Anuar 2010).

Bertitik tolak daripada itu, kefahaman dan pegangan sistem nilai kelas menengah Melayu wajar di kaji dan di fahami. Hal ini kerana sistem nilai mempunyai pengaruh signifikan khususnya di dalam aspek pemilihan kepimpinan politik. Kenyataan ini di perkukuhkan apabila sistem nilai dilihat sebagai elemen utama dalam kehidupan manusia. Firman Allah SWT di dalam al-Quran menyatakan:

Maksud:”Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri”

(Surah Ar-Ruum: 9)

(3)

kemerosotan sesebuah tamadun adalah disebabkan oleh putaran sejarah. Pada peringkat awal berjaya kerana didasari oleh nilai-nilai yang baik tetapi sejurus mencapai kejayaan, nilai-nilai baik mula di cemari dengan kemewahan serta penyelewengan dan dampaknya tamadun tersebut bakal runtuh. Berdasarkan sejarah, umumnya elemen keagamaan memainkan peranan yang cukup penting dalam pembinaan dan keruntuhan sesebuah ketamadunan. Sesebuah tamadun itu boleh merosot disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ketidakadilan sosial, penindasan dan kezaliman, keruntuhan moral dan kepupusan nilai dalam masyarakat, sikap tertutup serta menolak perubahan dan bencana alam (Chandra Muzaffar, Che Wan Jasimah, Hashim dan Mohd Zuhdi 2001).

Realiti masa kini seolah-olah menzahirkan kelompok kelas menengah Melayu berhadapan dengan konflik ketidakfahaman terhadap pegangan sistem nilai mereka dan seandainya tiada tindakan segera dilakukan dikhuatiri hal ini bakal memberi impak terhadap pengaruh sistem nilai yang tidak menentu di dalam aspek pemilihan kepimpinan politik. Terdapat tiga isu yang cuba di ketengahkan:

1. Kelas menengah Melayu ada masalah dengan sistem nilai.

2. Kaum Melayu terlalu obsesi terhadap fahaman “Occidentosis”(The Plague from the west). 3. Hakisan terhadap ketuanan politik Melayu.

1. Kelas menengah Melayu ada masalah dengan sistem nilai

Kecelaruan sistem nilai, liberalisasi pemikiran dan ketirisan identiti bangsa Melayu dikalangan kelompok ini, lewat masa ini amat kelihatan. Kenyataan ini adalah selari dengan pandangan Prof Diraja Ungku Aziz mengenai aliran pemikiran bangsa Melayu dan keadaan masyarakat Melayu ketika ini yang amat berlainan dan berlawanan dengan aliran pemikiran bangsa Melayu dan keadaan masyarakat Melayu masa lampau (Berita Minggu, 8 Julai 2007)

Teras yang mendasari pembinaan negara-bangsa di negara ini adalah kaum Melayu. Muktahir ini kelompok sasaran mulai berhadapan dengan gejala hakisan jati diri Melayu-Islam. Penanda aras dalam membincangkan pemasalahan ini dapat di rujuk melalui peningkatan data jenayah kolar putih. Menurut Polis Diraja Malaysia jenayah kolar putih boleh ditakrifkan sebagai kegiatan jenayah yang dilakukan oleh seorang yang dihormati dan berstatus tinggi dalam pekerjaannya. Jenayah kolar putih juga lebih teknikal dalam pelaksanaanya contoh dalam memanipulasi perakaunan, rekod kewangan, rekod inventori, rasuah, penipuan maklumat, salah guna kuasa, pecah amanah, penyelewengan, penipuan, jenayah siber dan sebagainya. Contoh: Gejala rasuah yang berleluasa secara terang-terangan mampu mengheret Malaysia kepada satu situasi yang amat membimbangkan. Pada tahun 2009 sahaja didapati seramai 500 individu telah melakukan rasuah, daripada jumlah itu, 22 orang adalah ahli politik, manakala sejumlah 191 orang penjawat awam telah melakukan rasuah, selain itu 107 orang awam turut melakukan kesalahan yang sama dan selebihnya seramai 180 pekerja swasta melakukan rasuah. Tiga jenis kesalahan yang dilakukan oleh pesalah iaitu 294 kes memberi rasuah, 108 terima rasuah, 50 tuntutan palsu; Datuk Zakaria Jaafar, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Utusan Malaysia, 17 Mac 2010).

2. Kaum Melayu terlalu obsesi terhadap fahaman “Occidentosis”(The Plague from the west)

(4)

53 tahun Malaysia mengecapi kemerdekaan dan di dalam mendayausahakan pembinaan negara-bangsa, Negara berhadapan dengan serangan arus globalisasi. Hal ini bakal menimbulkan implikasi yang pelbagai antaranya kebanjiran elemen sosial yang terasing, kemasukan budaya luar, beranekanya aktiviti perdagangan, kepesatan teknologi, penyebaran idealism, corak pemikiran baru dan kecelaruan nilai. Pengaruh sosial dan budaya merentasi fikiran terhadap seks, perkauman, peniruan tingkah laku, konflik nilai dan kuasa mempengaruhi melalui pelbagai aktiviti secara terang-terangan atau sembunyi (Mohamad Zahir 2006)

Menurut Awang Had Salleh ketirisan jati diri Melayu amat membimbangkan dan beliau berhujah dengan memilih empat petunjuk bagi mengukur kedudukan masyarakat Melayu dalam bidang sosiobudaya. Pertama, dari segi kedudukan status sosioekonomi. Kedua, dari segi penyertaan dalam kegiatan budaya tinggi seperti kesenian, kesusteraan dan kebudayaan. Ketiga, dari segi sosiomoraliti dan keempat, dari segi semangat kebangsaan dan deria jati diri dan rumusan daripada itu empat kategori penemuan telah beliau kemukakan pertama, kedudukan bangsa Melayu dalam pendidikan adalah genting. Kegentingan itu adalah dalam kedua-dua aspek, iaitu kuantiti dan kualiti. Kedua, kedudukan sosioekonomi orang Melayu belum dapat mencapai ekuiti yang wajar dalam profesion tertentu yang sebahagian besarnya bergantung kepada tahap dan jenis kelayakan yang dimiliki. Ketiga, dalam bidang kesenian kesusteraan dan kebudayaan, penyertaan orang Melayu adalah tinggi dari segi kuantiti berbanding dengan kaum lain tetapi tahap pencapaian dan penciptaan dalam bidang itu masih amat sederhana. Kalangan belia Melayu, apresiasi budaya tinggi dan murni amat ketara ditelan oleh aspresiasi budaya pop dari barat terutamanya yang menggugat jati diri bangsa mereka. Keempat, dalam bidang sosiomoraliti, penyertaan masyarakat Melayu nampaknya amat tinggi kadarnya dan membahayakan kedudukan martabat bangsa mereka. Penyertaan mereka melebihi ekuiti yang wajar berbanding kaum lain secara relatif (Pemikir, 1996). Seandainya tiada tindakan yang agreasif dilakukan di khuatiri hal ini bakal menjadi halangan besar di dalam merealisasikan aspirasi menjadi negara maju pada tahun 2020. Ini kerana Cabaran keempat Wawasan 2020 “membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti luhur” tidak dapat di tangani.

3. Hakisan terhadap ketuanan politik Melayu

Menurut Ketua Perangkawan, Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof jumlah penduduk pada tahun 2009 meningkat 1.54 peratus iaitu daripada 27.7 juta pada tahun 2008 kepada 28.2 juta pada tahun 2009. Pecahan penduduk pula terdiri daripada kaum Melayu 66.7 peratus, Cina 24.6 peratus dan India 7.4 peratus, manakala Bumiputra Sabah dan Sarawak pula 1.3 peratus (Berita Harian, 23 Januari 2010). Daripada jumlah ini bilangan belia Malaysia pada tahun 2010 dianggarkan 11.65 juta dan enrolmen di 20 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada tahun 2009 berjumlah 437,425 orang (Kementerian Pengajian Tinggi, 2010).

Menurut Kementerian Belia Dan Sukan, Golongan belia adalah merujuk kepada mereka yang berumur di antara 15 hingga 40 tahun. Pada masa ini golongan belia dianggarkan melebihi 12 juta orang atau 41.5% daripada keseluruhan penduduk negara ini yang berjumlah seramai 28 juta orang. Justeru itu kumpulan ini juga merupakan kelompok utama pengundi di Malaysia yang mampu menentukan masa depan negara melalui kaedah pemilihan pemimpin di dalam pilihan raya.Kebiasaanya, kawasan majoriti Melayu merangkumi antara 60%-70% kawasan pilihan raya (atau 114 kerusi Parlimen di Semenanjung), diikuti oleh kawasan majoriti Cina yang berkisar antara 14%-17% (atau 24 kerusi Parlimen di Semenanjung), dan kawasan yang bercampur (tidak ada etnik majoriti) antara 14%-17% juga (atau 28 kerusi Parlimen di Semenanjung) (Amer Saifude 2009).

(5)

yang berkaitan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Perkara 3: Islam sebagai agama rasmi (Abdul Latif, Ramlah Adam, Ismail Hussein, Sahol Hamid: Utusan Malaysia, 16 Mac 2010). Ketirisan kebergantungan bangsa Melayu terhadap Institusi Beraja semakin pudar apabila masyarakat Melayu selepas merdeka mula beralih angin dari terlalu bergantung kepada kedudukan institusi beraja kepada kebergantungan kepada parti-parti politik Melayu semata-mata (Chandra Muzzafar 1992). Senario ini adalah amat merbahaya terhadap kekuatan bangsa melayu. Pekara ini telah dizahirkan oleh Raja Dr Nazrin Shah didalam ucapan yang bertajuk Institusi Raja: Memperkukuh identiti bangsa-memperteguh perpaduan warga di konvensyen perdana anjuran Biro Tata Negara, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, baginda menyatakan “kekuatan bangsa (Melayu) hari ini terlalu bergantung kepada kekuatan politik. Kekuatan politik dalam sistem demokrasi boleh sementara sifatnya. Kekuatan politik boleh terancam jika berlaku terlalu banyak pertelingkahan yang bukan saja tercetus diantara parti-parti politik Melayu malah turut berlaku dalam sesebuah parti.”

Hubungan (regrasi) antara sistem nilai dengan sistem politik

Umumnya pemilihan kepimpinan politik amat terbatas dengan kaedah yang dipersetujui ramai dan diterima oleh majoriti rakyat sesebuah negara. Kaedah yang sering digunakan untuk memilih kerajaan yang diguna pakai oleh kebanyakan negara di peringkat global adalah pilihan raya yang juga elemen penting dalam amalan demokrasi (Amer Saifude 2009). Kebiasaanya kajian terhadap keputusan pilihan raya banyak di analisa oleh disiplin akademik Geografi Pilihan Raya. Sehubungan dengan itu, Taylor dan Johnston (1979) berpendapat geografi pilihan raya adalah kajian yang berkaitan dengan geografi pengundian, pengaruh geografi terhadap pengundian dan pengaruh geografi terhadap perwakilan. Sementara Johnston dan rakan-rakan (2000), merumuskan geografi pilihan raya adalah kajian aspek geografi yang berkaitan dengan pengurusan, kelakuan dan keputusan pilihan raya. Bidang tumpuan dalam geografi pilihan raya agak luas umpamanya kajian pengurusan ruangan pilihan raya, variasi ruangan corak pengundian, pengaruh faktor setempat ke atas sikap berpolitik dan pembuangan undi, serta corak ruangan perwakilan dan variasi ruangan kuasa dan polisi. Bagi Glassner (1996), terdapat beberapa bidang baru yang harus ditumpukan dalam kajian geografi pilihan raya iaitu peranan ideologi kepada keputusan pilihan raya, proses pembentukan kerajaan, fungsi sesebuah negara dan kaitan ekonomi dunia dengan pengundian (Amer Saifude 2009). Justeru kajian terhadap sistem nilai boleh dianggap baru dalam bidang geografi pilihan raya khususnya dalam menilai sejauhmanakah sistem ini berpengaruh di kalangan kelompok kelas menengah Melayu di dalam menentukan kepimpinan politik di Malaysia.

(6)

terbesar ialah pengaruh keluarga, terutamanya di negara-negara membangun. Tetapi di Britain turut didapati 90% pengundi mengundi parti yang sama seperti yang dipilih oleh bapa mereka, dan 6) Kebanyakan pengundi menghubungkan sesuatu parti itu dengan imej-imej tertentu yang agak tetap dan mereka mengundi berdasarkan imej (stereotype) ini dan bukannya perkiraan-perkiraan rasional tentang isu-isu tertentu. Hasil penemuan kajian ini amat penting sebagai teras di dalam penyelidikan ini untuk meninjau sejauh manakah pengaruh sistem nilai di kalangan kelas menengah Melayu di Malaysia dalam memilih kepimpinan politik.

Justeru

hubungan (regrasi) antara sistem nilai dengan sistem politik dapat ditinjau melalui

pendekatan politik kerana pendekatan ini merupakan paling popular di dunia Islam kini. Tonggak kepada pendekatan ini ialah kekuasaan politik yang menjadi matlamat kepadanya dan menjadi kayu ukur bagi menilai sama ada sesuatu kerja berjaya atau sebaliknya (Mahmood Zuhdi 2009).

Melalui penyelidikan ini secara tidak langsung dapat menjawab adakah hasil penyelidikan di atas selari ataupun bertentangan dengan pemikiran dan tindakan kelas menengah Melayu atau mengesahkan adakah anutan sistem nilai kelompok kajian ini mempunyai pengaruh dalam penentuan kriteria pemilihan kepimpinan politik di Malaysia.

Korelasi antara sistem nilai kumpulan kajian dengan pemilihan kepimpinan politik

Nilai-nilai yang ada dalam masyarakat dan negara Islam sekarang sebenarnya boleh disifatkan sebagai campuran antara nilai-nilai Islam dan nilai-nilai jahiliah. Di dalamnya terdapat unsur-unsur Islam yang original dan unsur-unsur jahiliah yang mendatang. Oleh sebab itu, membezakannya antara individu dan masyarakat serta juga sistem pemerintahan yang ada dalam menentukan apa-apa sifat kepada masyarakat ini sangat penting sekali. Apa-apa hukum yang boleh dikaitkan dengan sistem atau masyarakat berkenaan tidak semestinya dikenakan juga ke atas individu di dalamnya. Begitulah juga sifat yang ada pada sistem masyarakat berkenaan tidak semestinya ada pada masyarakat itu sendiri dan individu-individu di dalamnya (Mahmood Zuhdi 2009).

Pemimpin dalam Islam bukan seorang yang memiliki kekuasaan tanpa had kerana ada peraturan syariat yang mengikat peraturan norma yang mengarahkannya, serta pelbagai undang-undang yang menghadkannya. Peraturan dan undang-undang yang dibuat bukan oleh dirinya sendiri atau pun parti yang menyokongnya, tetapi peraturan yang dibuat Tuhan untuk seluruh manusia (Dr Yusuf al Qaradhawy 2009). Oleh yang demikian kawalan ini mampu diterjemahkan lagi melalui prinsip-prinsip demokrasi iaitu pemilihan pemimpin politik melalui pengundian di dalam pilihan raya.

Kepimpinan ialah suatu subjek yang menarik perhatian kerana sering dikaitkan dengan pengaruh, kuasa, dan kekayaan. Ada yang berpendapat bahawa kepimpinan ialah suatu topik tentang masa depan, hala tuju, serta nasib bangsa (Khairil Annas 2009). Manakala syariat Islam telah mewajibkan kepada kaum muslimin untuk sentiasa mempunyai seorang pemimpin bagi kehidupan masyarakat Islam, baik masyarakat itu besar atau kecil, baik kelompok itu bersifat tetap mahupun sementara (Abdul Qadir Djaelani 2001). Pemimpin dan rakyat mempunyai hubungan secara langsung dan berhubung kait antara satu sama lain. Justeru jalinan antara sistem nilai dikalangan kelas menengah Melayu begitu relevan dalam soal pemilihan pemimpin. Rasionalnya adalah dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi maka kumpulan kelas menengah Melayu ini adalah kelompok pengundi yang terbesar sekali.

(7)

taburan kawasan pilihan raya parlimen di Malaysia. Kebiasaanya, kawasan majoriti Melayu merangkumi antara 60%-70% kawasan pilihan raya, diikuti oleh kawasan majoriti Cina yang berkisar antara 14%-17% dan kawasan yang bercampur (tidak ada etnik majoriti) antara 14%-17% juga (Amer Saifude 2009).

Bersandarkan fakta bahawa seorang pemimpin dipilih oleh rakyat secara demokarasi maka Dr Yusuf al Qaradhawy menegaskan rakyat turut diminta pertanggungjawabannya, membetulkannya jika dia menyeleweng, atau menarik balik kekuasaanya jika dia terus menyeleweng daripada undang-undang. Setiap rakyat berhak menolak dan tidak mentaati pemimpin jika perintahnya merupakan perbuatan maksiat kepada Allah SWT. Justeru kelas menengah Melayu yang kritis dan mempunyai kuasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan wajib peka didalam ketidaktentuan iklim politik pada masa kini.

Peralihan arah pemikiran kelas menengah Melayu ini perlu dianalisa memandangkan keputusan pilihan raya 2008 telah menzahirkan beberapa bentuk persoalan antaranya; Adakah politik pengundian berasaskan kaum semakin berkurangan? Namun begitu analisis parti secara individu mencadangkan politik perkauman masih lagi berlaku dalam pilihan raya umum ini (Amer Saifude 2009). Perubahan nilai golongan ini mula nampak ketara apabila kemelut ketidakstabilan politik mula melanda apabila kedapatan segolongan kelas menengah Melayu mula mempertikaikan hak mereka sendiri di dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam Perkara 153: hak istimewa orang Melayu dan bumiputera, Perkara 152: yang berkaitan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Perkara 3: Islam sebagai agama rasmi (Abdul Latif, Ramlah Adam, Ismail Hussein, Sahol Hamid: Utusan Malaysia, 16 Mac 2010).

Firman Allah SWT di dalam al-Quran menyatakan:

Maksud:“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan dibumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredai-Nya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganku dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka”.

(Surah al-Nur: 5)

Pemimpin dan rakyat mempunyai hubungan secara langsung dan berhubung kait antara satu sama lain. Justeru jalinan antara sistem nilai dikalangan kelas menengah Melayu begitu relevan dalam soal pemilihan pemimpin. Rasionalnya adalah dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi maka kumpulan kelas menengah Melayu ini adalah kelompok pengundi yang terbesar sekali. Di Malaysia pemimpin mesti berupaya membawa perubahan positif lagi signifikan dan memperkenalkan gagasan yang merentasi sempadan dan halangan. Rakyat sudah cukup matang untuk menilai pemimpin mereka. Mereka tidak mahu lagi mendengar retorik, sebaliknya mereka mahukan hasil dan perubahan. Gelombang perubahan menuntut ahli-ahli politik yang bukan sahaja tersenyum, tetapi kaya dengan gagasan dan berpewatakan baik (Khairil Annas Jusoh 2009).

(8)

sealiran dengan pemikiran mereka. Senario ini bakal kelihatan melalui manifestasi

pengundian di dalam pilihan raya khususnya di dalam memilih kepimpinan politik.

PENUTUP

Sistem Nilai amat berpengaruh didalam menjamin kelangsungan survival sesebuah kerajaan. Hal ini diterjemahkan melalui kepimpinan sesebuah kerajaan dan cerminan kuasa kepimpinan adalah dengan merujuk kepada masyarakatnya khususnya golongan yang muda dan terpelajar. Hal ini kerana diandaikan keadaan sudah berubah. Tahap pendidikan masyarakat Melayu pada keseluruhannya jauh lebih tinggi berbanding dengan masa dahulu. Kelas menengah Melayu sudah bertambah besar dan makin membesar. Kelas pekerja Melayu juga telah bertambah besar. Urbanisasi semakin pesat. Segala perkembangan ini telah menjadikan sebahagian masyarakat Melayu lebih bebas dalam pemikiran dan tindakannya. Mereka enggan bertaatsetia tanpa soal. Mereka tidak semudah mengikut telunjuk para pemimpin (Chandra Muzaffar 1992) apatah lagi dalam soal pemilihan kepimpinan. Bangun atau runtuhnya sesebuah peradaban hanya dapat dicongak melalui sistem nilai yang menjadi doktrin masyarakatnya. Justeru relevansi terhadap kajian sistem ini amat penting dan wajar moga kita tidak mengulangi kesilapan generasi terdahulu dan seandainya ada kepincangan terhadap nilai maka tidak terlewat untuk perbaikinya.

(9)

RUJUKAN

Al-Qur’an al-Karim. 1995. Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian al-Qur’an. Kuala

Lumpur. Bahagian Hal-Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.

Abdul Qadir Djaelani. 2001. Negara Berdaulat Dalam Perspektif Islam. Kuala Lumpur. Pustaka Dini.

Amer Saifude. 2009. Geografi Pilihan Raya Malaysia. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.

Awang Had Salleh. 1996. Masyarakat Melayu Dalam Pendidikan Dan Sosiobudaya. Dlm. Pemikir. Julai-September.

Chandra Muzaffar, Che Wan Jasimah, Hashim dan Mohd Zuhdi. 2001. Tamadun Islam dan Tamadun

Asia. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.

Chandra Muzaffar. 1992. Pelindung?. Pulau Pinang. Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN).

Hairol Anuar. 2010. Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Patriotisme. Bandar Seri Putra. Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Akademik KUIS.

Haron Yahya. 2004. Kaum-Kaum Yang Pupus. Kuala Lumpur. Saba Islamic Media.

Institut Tadbiran Awam Negara. 2008. Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur. INTAN.

Khairil Annas. 2009. Evolusi Kepimpinan 1: Tinjauan Teori-Teori Terpilih. Kuala Lumpur. Kasturi Jingga Corporation.

Mahmood Zuhdi. 2009. Pengungkapan Semula Politik Islam Melalui Pendekatan Islam Hadhari. Dlm. Jurnal Hadhari. Bil 2.

Mohamad Zahir. 2006. Belia Dan Pembangunan Modal Insan: Merealisasikan Masyarakat Sejahtera. Dlm. Konvensyen Kebangsaan Agenda Pembangunan Sosial Ke Arah Pembentukan

Masyarakat Sejahtera dan Saksama. 1-2 Jun 2006.

Syed Ahmad Hussein. 1996. Pengantar Sains Politik. Kuala Lumpur. DBP dan USM.

Willam R.Roff. 2005. Nasionalisme Melayu. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.

Yusuf al Qaradhawy. 2009. Agama dan Politik: Wawasan Ideal dan Menyanggah Kekeliruan Pemikiran Sekular-Liberal. Kuala Lumpur. Alam Raya Enterprise.

Referensi

Dokumen terkait

bahwa berdasarkan ketentuan Pasal 16 ayat (1) Peraturan Komisi Pemilihan Umum Nomor 13 tahun 2010 tentang Pedoman Teknis Tata Cara Pencalonan Pemilihan Umum Kepala Daerah dan

Dipandang dari sisi penelitian, menurut Dennings terdapat tiga paradigma besar dalam penelitian teknik informatika atau ilmu komputer, yakni teori, eksperimen yang merupakan

Jenis penelitian yang dilakukan adalah survei bersifat deskriptif yaitu untuk mengetahui keberadaan zat pewarna rhodamin B yang terdapat pada lipstik dan untuk

buah jambu biji merah dengan sari buah sirsak dan konsentrasi gum arab memberikan pengaruh berbeda sangat nyata (P<0,01) terhadap kadar air dan memberikan pengaruh

pembuangan dan itu mengakibatkan dampak bagi lingkungan di sekitar tetapi sekarang banyak ditemukan cara atau solusi untuk menangani dampak-dampak yang dihasilkan oleh limbah,

Dalam gambar Tuak yang digambar oleh Arkan terdapat objek: satu telor besar yang bentuknya tidak bulat, tiga telor yang besarnya sedang berada di tengah, lima telor yang kecil

Penelitian ini dilakukan dengan tujuan untuk mengevaluasi produkstifitas dan kualitas hijauan pastura di BPTUHPT Padang Mengatas melalui menganalisis komposisi botani, produksi

Deskriptor diambil berdasar- kan jumlah panelis yang menyatakan bahwa suatu soal diperkirakan mampu dijawab benar oleh siswa minimal lebih dari separoh (1/2) dari