• Tidak ada hasil yang ditemukan

Seni dan kanak kanak docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Seni dan kanak kanak docx"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Pengenalan

Menurut Prof Dr Abdul Shukor Hashim dan rakan (2011:63), kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud “membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi”. Kamus Dewan,(2002) mentakrifkan kreativiti sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan dan mengembangkan sesuatu idea baru daan asli. Dalam konteks ini, ianya merujuk kepada kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kratif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatuyang tidak ada sebelumnya.

Kesimpulannya Kreativiti didefinisikan sebagai kemampuan untuk mencipta sesuatu yang unik, berguna, bernilai dan ia berkait rapat dengan kemahiran membuat dan imaginasi. Untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif, maka ianya harus mempunyai kecerdasan kreatif, dan kecergasan kreatif. Justeru itu, sebagai seorang guru kita peru merangsang minda murid ke arah melahirkan pembentukan individu yang kretaif khasnya kepada kanak-kanak

Kanak- kanak dan seni

(2)

Seni boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri, penilaian yang menentukan elemen-elemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni, di dalam menyampaikan idea, emosi, perasaan, kepercayaan di dalam bentuk yang difikirkan paling efektif

Aktiviti seni dan kraf kanak-kanak menekankan pembentukan jiwa kanak-kanak ke arah aktif dan kreatif serta berupaya mencipta sesuatu yang baru. Dalam aktiviti seni dan kraf, kanak-kanak diberikan kebebasan untuk berfantasi berdasarkan imaginasi dan kreativiti masing-masing. Aktiviti seni dan kraf kanak-kanak bukan terhad kepada pameran di galeri seni. Ia juga merupakan strategi dan kaedah pembelajaran untuk membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur bahasa, emosi, sosial, fizikal, kognitif, kreativiti dan kerohanian, sikap dan nilai agar dapat membentuk insan secara menyeluruh.

Kepentingan seni pada kanak-kanak

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni lukis yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Kepentingan pengajaran mata pelajaran Seni Lukis kepada kanak-kanak terbahagi kepada Aspek Kognitif, Aspek Fizikal, Aspek Kreativiti, Aspek Persepsi serta Aspek Sosial dan Emosi.

(a) Aspek Kognitif

Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.

(b) Aspek Fizikal

(3)

(c) Aspek Kreativiti

Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir.

(d) Aspek Persepsi

Murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.

(e) Aspek Sosial dan Emosi

Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial. Selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.

Keinginan Asas Kanak-kanak

I. Keinginan untuk bergerak secara bebas, Berjaya dan diiktiraf, diterima dan disanjung (hasil karya dipuji dan dipamerkan)

II. Keinginan untuk bersaing, ketangkasan fizikal dan memahami (pertandingan) III. Keinginan untuk meneroka, pencapaian kreatif dan meluahkan perasaan (bagi

(4)

Kanak-kanak dan seni lukis

Melukis sebagai Medium Komunikasi.

Disini melukis dilihat sebagai satu aspek emosi dan juga sosial.Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Melalui lukisan, mereka mencurahkan segala perasaan mereka semasa melakukan aktiviti, ini merupakan satu bentuk ekspresi diri. Sebagai contoh ciri-ciri pengunaan warna didalam lukisan mengambarkan perasaan seseorang itu seperti warna biru yang melambangkan keamanan dan kedinginan.

Melukis juga dapat menyampaikan mesej yang ingin disampaikan kepada orang lain. Dengan demikian, aspek komunikasi satu hala tercapai. Malahan, sewaktu aktiviti melukis, terdapat perhubungan antara rakan-rakan dalam menjayakan sesuatu proses pengkaryaan. Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk:

Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri.

Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. Ini boleh dilihat sebagai faktor fizikal.

(5)

Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem).

Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka.Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.

Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Kanak-kanak perlu dibekalkan dengan alatan yang bersesuaian untuk dapat merangsang daya imaginasi mereka. Kreativiti dapat dihasilkan dengan memanipulasikan objek alam.

KESIMPULAN

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Menurut Koster (2001), hasil kerja seni berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak yang akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga dia membesar.

Menurut Victor Lowenfeld, aktiviti seni dapat disesuaikan mengikut perkembangan kreatif dan mental dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan melalui cara-cara yang sesuai kepada tahap perkembangan dan pertumbuhan yang sihat dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, intelek dan estetik. Dengan ini perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akan berlaku dengan sihatnya tanpa disedari.

(6)
(7)

BIBLIOGRAFI

Mohd Azhar Abdul Hamid (2004). Kreativiti : Konsep Teori dan Praktis. Universiti Teknologi Malaysia.

Donald Herberholz, Barbara Herberholz – 9th ed (2002). Artworks For Elementary

Teachers: Developing Artistic and Perceptual Awareness. Mc Graw Hill.

Chua Yan Piaw (2011). Panduan Revisi Esensi Pendidikan Seni Visual SPM. Pearson Longman.

Rahil Mahyuddin , Habibah Elias, Maria Chong Abdullah (2005). Psikologi Kanak-kanak dan Remaja. Universiti Putra Malaysia.

http://imann9969.blogspot.com/2009/07/nota-hbae1203-perkembangan-seni-kanak.html

http://www.oocities.org/zulmz65/senikanakanak1.pdf

http://eprints.ptar.uitm.edu.my/2371/1/LP_ABDUL_SYUKOR_HASHIM_07_24.pdf

http://en.wikipedia.org/wiki/Viktor_Lowenfeld

Referensi

Dokumen terkait

terhadap anak kelompok A di Taman Kanak-kanak Kartika III-16 Glodogan dengan judul “Pengembangan Kemampuan Kreativitas Seni Rupa dengan Kegiatan Menggambar Bebas pada Anak

NINA TRIANA. Hubungan antara Status Gizi Masa Lalu Anak dan Partisipasi Ibu di Posyandu dengan Kejadian Tuberkulosis pada Murid Taman Kanak-Kanak. Dibimbing oleh Dr. SITI

PENGARUH IKLIM ORGANISASI, KOMITMEN ORGANISASIONAL, DAN MOTIVASI TERHADAP KEPUASAN KERJA GURU TAMAN KANAK-KANAK.. KRISTEN

Seni rupa tahap 2 Praktek mikro teaching atau peer teaching Keterampilan Menjelaskan 12 Praktek simulasi pembelajaran. Seni rupa

 Soalan KBAT – Mengenal pasti pergerakan membaling bola mengikut arah jam dengan daya yang diperlukan untuk sampai ke sasaran. Apa-apa aktiviti yang difikirkan sesuai

Kaitan usaha dan energi yaitu besar usaha yang dilakukan oleh suatu gaya dalam proses apa saja adalah sama dengan besar energi yang dipindahkan. Usaha oleh

(5 minit) aktiviti menggunting bentuk pada lembaran kerja. memberikan perhatian terhadap apa yang ingin ditunjukkan oleh guru. 2) Guru menunjukkan contoh. bentuk yang telah

Simpulan Merujuk pada pemaparan hasil dan pembahasan mengenai penerapan metode demonstrasi dan unjuk kerja pada strategi pembelajaran di sentra seni pada anak usia taman kanak - kanak