Rujukan Kami : UTM.J.17.03.04.01/10.12/22 ( 18 ) Tarikh : 21 Februari 2021
NOTIS KEPADA PELAJAR
BIL.1/2021
Semua Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia 81310 Johor Bahru
Johor
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR SESI AKADEMIK 2020/2021
Berikut merupakan peraturan urusan penginapan kolej kediaman pelajar bagi Sesi Akademik 2020/2021:
1.0 URUSAN PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR SEMPENA CUTI
SEMESTER I BAGI SESI 2020/2021
Sukacita dimaklumkan bahawa Cuti Semester I bagi Sesi 2020/2021 akan bermula pada 28 Februari (Ahad) sehingga 13 Mac 2021 (Sabtu). Garis panduan berkenaan pengurusan penginapan kolej kediaman pelajar sempena Cuti Semester I Sesi 2020/2021 adalah seperti berikut:
1.1. Pengosongan Bilik, Kebersihan Bilik dan Keselamatan Harta Benda
Persendirian
2
1.1.1.1. Memastikan kebersihan bilik kediaman masing-masing.
1.1.1.2. Menyusun dan mengemas perabot-perabot sedia ada.
1.1.1.3. Mematikan semua suis di bilik.
1.1.1.4. Mengunci tingkap dan pintu bilik masing-masing.
1.1.1.5. Membuang semua sampah sarap yang terdapat di dalam bilik.
1.1.2. Caj denda dan pembersihan beserta ganti rugi akan dikenakan sekiranya pelajar gagal mematuhi peraturan di atas.
1.2. Pemulangan Kunci Bilik
1.2.1. Tarikh akhir pemulangan kunci bilik adalah pada 27 Februari
2021 (Sabtu) sebelum jam 5.00 petang.
1.2.2. Pelajar yang gagal memulangkan kunci setelah tarikh cuti bermula akan didenda dan perlu membayar sewa mengikut jenis bilik sehingga kunci dipulangkan.
1.2.3. Pelajar dikehendaki melengkapkan “Borang Perakuan
Mengosongkan Bilik” yang boleh didapati di Pejabat Kolej.
1.2.4. Pelajar tidak dibenarkan membuat pemulangan kunci bilik melalui rakan. Pihak kolej tidak akan bertanggungjawab ke atas kegagalan pemulangan kunci tersebut.
1.2.5. Kunci bilik perlu dipulangkan dalam keadaan sempurna dan lengkap. Kunci yang tidak lengkap, hilang dan rosak akan dikenakan ganti rugi atau denda sebanyak RM25.00 / RM50.00 mengikut jenis kunci.
1.2.6. Jika terdapat perabot / peralatan yang rosak / hilang disebabkan kecuaian, denda atau ganti rugi akan dikenakan kepada pelajar mengikut harga semasa.
1.3. Penyimpanan Barang Semasa Cuti
1.3.1. Pihak kolej tidak menyediakan kemudahan menyewa bilik masing-masing untuk menyimpan barang kegunaan sendiri sepanjang tempoh Cuti Semester I Sesi 2020/2021.
1.3.2. Walau bagaimanapun, pihak kolej kediaman akan menyediakan
stor penyimpanan barang secara percuma bagi pelajar yang
ingin menyimpan barang bermula dari 23 Februari 2021 hingga
13 Mac 2021 pada waktu pejabat.
1.3.3. Sekiranya pelajar ingin memohon untuk mengambil barang dari stor penyimpanan barang perlu hadir ke pejabat bagi urusan tersebut dan kelulusan adalah bergantung kepada budi bicara pihak pengurusan kolej.
1.3.4. Pelajar dinasihatkan supaya merujuk kepada prosedur dan jadual penyimpanan dan pengambilan barang serta lokasi stor di kolej kediaman yang mungkin berbeza mengikut kolej kediaman masing-masing.
1.3.5. Tiada perkhidmatan penyimpanan barang disediakan kepada pelajar yang tidak menginap di kolej kediaman UTM pada semester hadapan termasuklah pelajar yang akan tamat pengajian dan menjalani latihan industri.
1.4. Prosedur Umum Penyimpanan Barang di dalam Stor Semasa Cuti
1.4.1. Pelajar dinasihatkan supaya menggunakan kotak bagi
memudahkan penyusunan barang. Hanya 2 Kotak sahaja dibenarkan untuk setiap pelajar.
4
1.4.2. Barangan yang dibenarkan disimpan di stor adalah barangan yang tidak berharga, tidak akan digunakan segera dan tidak penting. Barangan yang bernilai atau penting contohnya seperti dokumen/sijil, buku-buku, pakaian, komputer bimbit dan sebagainya yang dianggap bernilai adalah dilarang untuk disimpan di stor.
1.4.3. Pastikan semua kotak atau barangan yang disimpan di dalam stor telah ditandakan dengan butiran pelajar untuk mengelakkan kehilangan dan diletakkan di lokasi yang telah ditetapkan.
1.4.4. Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan kotak atau barangan di luar Stor Penyimpanan Barang. Pihak pengurusan kolej tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan kotak yang diletakkan di luar stor. Denda sebanyak RM25.00 per kotak akan dikenakan kepada pelajar yang meletakkan kotak selain kawasan penyimpanan barang yang ditetapkan oleh pihak kolej kediaman.
1.4.5. Pihak kolej tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan barang / peralatan yang disimpan dalam Stor Penyimpanan Barang.
1.4.6. Stor hanya akan dibuka mengikut jadual yang ditetapkan oleh kolej kediaman masing-masing sahaja.
1.5. Penyewaan Semasa Cuti
1.5.1. Pelajar yang ingin menginap di kolej kediaman semasa Cuti Semester I Sesi 2020/2021 boleh membuat penyewaan di semua kolej kediaman UTM. Pelajar perlu mengikut arahan pihak pengurusan untuk penetapan blok yang dibenarkan untuk sewaan.
1.5.2. Perkhidmatan bas dalam kampus tidak disediakan sepanjang cuti semester dan kemudahan makanan hanya boleh diperolehi daripada arked-arked tertentu sahaja.
1.5.3. Penentuan bilik dan blok semasa penyewaan akan ditetapkan oleh pihak pengurusan kolej.
1.5.4. Bayaran untuk penyewaan semasa cuti adalah secara tunai. Bayaran secara “Debit Charge” adalah tertakluk kepada kelulusan pihak kolej.
1.5.5. Pelajar yang menyewa dikehendaki mengisi Borang Mendiami Kolej Semasa Cuti yang boleh didapati di pejabat kolej. Pas kebenaran akan dikeluarkan kepada pelajar semasa urusan pendaftaran dan mengambil kunci.
2.0 URUSAN PERMOHONAN KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR BAGI SEMESTER II
SESI 2020/2021
Sesi perkuliahan Semester II Sesi 2020/2021 akan bermula pada 14 Mac 2021. Walau bagaimanapun, merujuk kepada Pekeliling Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) pada 15 Februari 2021, pihak Universiti telah memutuskan kemasukan pelajar secara fizikal bermula 1 Mac 2021 adalah secara berperingkat mengikut kategori pelajar yang dibenarkan sahaja. Sehubungan itu, proses permohonan kolej kediaman pelajar bagi Semester II Sesi 2020/2021 adalah seperti berikut:
2.1 PENEMPATAN PELAJAR DI KOLEJ KEDIAMAN
6
BIL JENIS
PELAJAR TEMPATAN ANTARABANGSA
1 Pra Ijazah Tinggal dalam
kampus
Tertakluk kepada kekosongan di kolej
kediaman
2 Pasca Ijazah Tertakluk kepada kekosongan di kolej
kediaman yang dikhususkan
3
Latihan Industri/ Latihan Mengajar
Tinggal di dalam kampus sekiranya penempatan Latihan Industri/ Latihan
Mengajar adalah di dalam UTM
2.1.2 UTM juga memberikan kemudahan bagi golongan pelajar berikut
untuk tinggal di dalam kampus:
2.1.2.1 Penempatan pelajar PALAPES adalah di Kolej Tun Dr. Ismail dan perlu mendapatkan pengesahan sebagai ahli daripada markas PALAPES.
2.1.2.2 Penempatan pelajar SUKSIS adalah di Kolej Tuanku Canselor dan perlu mendapatkan pengesahan sebagai ahli daripada markas SUKSIS.
2.1.2.3 Permohonan untuk rumah pelajar berkeluarga adalah melalui borang khas yang boleh diperolehi di Pejabat Kolej Perdana.
2.2 PROSES PERMOHONAN KOLEJ KEDIAMAN
2.2.1 Pelajar perlu membuat permohonan kolej kediaman dengan menghantar emel kepada kolej yang dipohon. Emel kolej kediaman adalah seperti berikut:
BIL. KOLEJ KEDIAMAN EMEL NO. TELEFON
1 Kolej Tun Razak
(KTR) [email protected] 07-5530542
2 Kolej Tun Hussein Onn
(KTHO) [email protected] 07-5532593
3 Kolej Tun Dr. Ismail
(KTDI) [email protected] 07-5531951
4 Kolej Tuanku Canselor
(KTC) [email protected] 07-5535658
5 Kolej Perdana (KP) pejabatkolejperdana
@utm.my 07-5536609
6 Kolej 9 dan 10
(K9&K10) [email protected] 07-5535015
7 Kolej Datin Seri Endon
(KDSE) [email protected] 07-5537702
8 Kolej Dato Onn Jaafar
(KDOJ) [email protected] 07-5537708
2.2.2 Untuk makluman, Kolej Rahman Putra (KRP) dan Kolej Tun Fatimah (KTF) telah dikhususkan sebagai Pusat Pengasingan (Isolasi) UTM.
2.2.3 Permohonan yang dibuat perlu melampirkan surat kelulusan masuk ke kampus daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
2.3 PENGAMBILAN KUNCI BILIK
2.3.1 Dokumen yang diperlukan semasa mengambil kunci adalah
seperti berikut:
2.3.1.1 Surat kebenaran masuk ke kampus daripada Jabatan
Hal Ehwal Pelajar.
2.3.1.2 Surat pelepasan tamat tempoh isolasi daripada Pusat Kesihatan Universiti (sekiranya pelajar perlu menjalani isolasi).
2.3.2 Pelajar hanya dibenarkan mengambil kunci setelah tamat tempoh isolasi selama 10 hari atau mendapat surat kelulusan khas pengecualian isolasi dari Universiti.
8
2.3.3 Pelajar yang mendapat kebenaran masuk ke kampus dan perlu menjalani proses isolasi selama 10 hari tidak dibenarkan
mengambil barang di stor sebelum proses isolasi selesai.
Pelajar perlu membuat persediaan sendiri bagi menjalani proses isolasi di KRP dan KTF.
2.3.4 Bagi pelajar yang telah graduan dan tidak lagi menginap di asrama dibenarkan untuk mengambil barang di stor setelah mendapat kelulusan daripada JHEP. Pelajar perlu hadir ke pejabat untuk proses permohonan membuka stor dan diberikan masa selama 45 minit untuk menyelesaikan tujuan tersebut.
2.4 SENARAI KOLEJ KEDIAMAN YANG DITAWARKAN
2.4.1 Kolej kediaman yang ditawarkan bagi Semester II 2020/2021 adalah seperti berikut:
BIL. PERINGKAT
PENGAJIAN KOLEJ JENIS BILIK JANTINA
1 Pra Ijazah i. KTR ii. KTHO iii. KTDI iv. KTC v. KP vi. K9/10 vii. KDSE i. Seorang ii. Berdua Lelaki dan Perempuan 2 Pasca Ijazah Tempatan / Antarabangsa KRP (G29) dan KTDI (MA01) i. Seorang
dengan bilik air Lelaki
KDOJ i. Seorang Lelaki
KTF (H25) dan KTHO (L12)
i. Seorang
dengan bilik air Perempuan
2.5 KADAR SEWA BILIK KOLEJ KEDIAMAN
2.5.1 Pelajar dinasihatkan merujuk LAMPIRAN 1 (Kadar Sewa Bilik Kolej Kediaman) bagi memilih bilik yang sesuai dengan keperluan pengajian masing-masing.
2.6 CAJ SEWAAN KOLEJ KEDIAMAN
2.6.1 Caj kolej kediaman akan bermula dari tarikh pengambilan kunci sehingga akhir semester iaitu pada 24 Julai 2021.
2.6.2 Caj kolej kediaman akan didebitkan secara automatik ke dalam akaun pelajar. Jumlah caj yang didebit adalah mengikut kadar bilik yang ditetapkan.
2.6.3 Pelajar yang keluar dari kolej kediaman setelah mendaftar masuk perlu membayar keseluruhan sewa untuk semester tersebut seperti yang dinyatakan pada perkara 2.6.1.
2.6.4 Bagi pelajar yang telah membuat bayaran yuran kolej kediaman tetapi masih berhasrat keluar sebelum habis semester, yuran kolej kediaman mereka tidak akan dikurangkan.
2.7 LATIHAN INDUSTRI / LATIHAN MENGAJAR
2.7.1 Pelajar yang menjalani latihan industri atau latihan mengajar di
dalam kawasan kampus UTM dibenarkan untuk menetap di
kolej kediaman UTM selepas menjalani isolasi.
3.0 HAL-HAL LAIN
3.1 Pihak Universiti berhak mengeluarkan barang-barang milik pelajar yang tinggal di kolej kediaman tanpa kebenaran. Selain caj sewa dan denda, tindakan disipilin boleh diambil terhadap pelajar yang gagal untuk mengosongkan bilik mereka apabila diarahkan berbuat demikian oleh pentadbiran kolej kediaman.
3.2 Segala jenis kenderaan yang ditinggalkan hendaklah diletakkan di tempat letak kenderaan yang disediakan. Kenderaan tidak dibenarkan sama sekali disimpan di dalam blok dan bilik pelajar.
10
3.3 Pelajar yang mendiami asrama semasa cuti tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Kaedah-kaedah UTM (Tatatertib Pelajar) 1999 dan segala peraturan yang dikeluarkan oleh pihak Universiti.
Diharap semua pelajar mengambil maklum urusan penginapan pelajar bagi cuti Semester I Sesi 2020/2021 dan proses permohonan kolej kediaman Semester II Sesi 2020/2021 seperti yang telah ditetapkan dan memanfaatkan kemudahan penginapan sedia ada di dalam kampus.
Sekian, terima kasih.
“Prihatin Rakyat: Darurat Memerangi COVID-19” “Berkhidmat untuk Negara kerana Allah”
Saya yang menjalankan amanah,
PROF. MADYA SR. DR. MAIMUNAH BINTI SAPRI
Pengerusi
Bahagian Pengurusan Perniagaan (BMD)
Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM Johor Bahru
s.k - Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)
- Timbalan Naib Canselor (Akademik)
LAMPIRAN 1
KADAR SEWA KOLEJ KEDIAMAN SEMESTER II SESI 2020/2021
Kolej Jenis Bilik
Kadar Sewa/Hari Pelajar
Tempatan
Pelajar Antarabangsa
Kolej Rahman Putra
Seorang dengan bilik air RM 8.00 RM20.00
Seorang RM 6.00 RM15.00
Berdua RM 4.00 RM12.00
Kolej Tun Fatimah
Seorang (Executive) RM 30.00 RM30.00
Seorang dengan bilik air RM 8.00 RM20.00
Seorang RM 6.00 RM15.00
Berdua RM 4.00 RM12.00
Kolej Tun Razak
Seorang dengan bilik air RM 8.00 RM20.00
Seorang RM 6.00 RM15.00
Berdua RM 4.00 RM12.00
Kolej Tun Hussein Onn
Seorang dengan bilik air RM 8.00 RM20.00
Seorang RM 6.00 RM15.00
Berdua RM 4.00 RM12.00
Kolej Tun Dr Ismail
Seorang (Executive) RM 40.00 RM40.00
Seorang dengan bilik air RM 8.00 RM20.00
Seorang RM 6.00 RM15.00
Berdua (Executive) RM 25.00 RM25.00
Berdua (Blok MA) RM 5.00
RM12.00
Berdua RM 4.00
Kolej Tuanku Canselor Seorang RM 6.00 RM15.00
Berdua RM 4.00 RM12.00
Kolej Perdana Seorang RM 6.00 RM12.00
Berdua RM 4.00 RM10.00
Kolej 9 & 10 Seorang RM 6.00 RM12.00
Berdua RM 4.00 RM10.00
Kolej Datin Seri Endon Seorang RM 6.00 RM12.00
Berdua RM 4.00 RM10.00
12
LAMPIRAN 1
Jenis Rumah Pelajar Tempatan/
Bulan Pelajar Antarabangsa/ Bulan Apartmen 2 Bilik RM450.00 RM480.00 Apartmen 2 + 1 RM520.00 RM550.00 Apartmen 2 + 1 Deluxe RM740.00 RM770.00 Apartmen 2 + 1 Suite RM1070.00 RM 1100.00