• Tidak ada hasil yang ditemukan

UNIT-5FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG): PEMIKIRAN DAN AMALAN DALAM PROFESION KEGURUAN.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "UNIT-5FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG): PEMIKIRAN DAN AMALAN DALAM PROFESION KEGURUAN."

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

menjadi teras kepada pembentukan pemikiran dan amalan guru-guru Malaysia dari aspek pengetahuan, keterampilan, sahsiah dan etika guru. Analisiskan komponen Standard Guru Malaysia ke arah melahirkan guru Malaysia yang bertaraf dunia. Aktiviti: Anda perlu mencari maklumat dari sumber perpustakaan dan internet.

 http://www.smktunkuputera.com/data/SGM/cd/SGM_files/SGM(e-Book).pdf  http://aadcice.hiroshima-u.ac.jp/e/publications/sosho4_2-08.pdf

 http://www.medc.com.my/medc/seminar_medc/fromCD/pdf/159.pdf 5.1 Nyatakan Falsafah Pendidikan Guru dan jelaskan kandungannya

b) Kandungan Falsafah Pendidikan Guru

Kandungan Penjelasan Contoh

Berpekerti mulia Guru yang bersedia meletakkan kepentingan kepada

orang lain (murid, ibu bapa, masyarakat) melebihi diri. Berpandangan

progresif dan saintifik

Guru sentiasa berfikiran positif, proaktif, inovatif dan motivatif. Mempunyai minda yang ke hadapan dan sentiasa memperkembangan ilmunya.

Bersedia menjunjung aspirasi negara

Guru yang sentiasa meletakkan hasrat dan matlamat negara sebagai yang utama.

Menyanjung warisan kebudayaan negara

Meletakkan diri sebagai role model untuk mengekalkan nilai-nilai yang menjadi warisan kebudayaan negara agar menjadi teladan kepada murid, ibu bapa dan masyarakat. Menjamin

perkembangan individu

Sentiasa memberikan keutamaan dan mempastikan setiap murid diberikan peluang mengembangkan potensi secara menyeleruh dan bersepadu yang merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani secara terbimbing dalam aktiviti pengajaran & pembelajaran dan kokurikulum dan kurikulum tersembunyi.

Memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu

Guru perlu mengekalkan keharmonian dalam masyarakat majmuk dengan menekankan unsur bersatu padu dalam aktiviti yang dijalankan dan memastikan murid-murid pelbagai kaum sentiasa berinteraksi antara satu sama lain.

Memelihara suatu masyarakat yang

Sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk membuat keputusan. Berlaku adil dalam membuat

a) FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) ADALAH DENGAN HASRAT UNTUK MENDIDIK YANG BERPEKERTI MULIA, BERPANDANGAN PROGRESIF DAN SAINTIFIK, BERSEDIA MENJUNJUNG ASPIRASI SERTA MENYANJUNG WARISAN KEBUDAYAAN NEGARA, MENJAMIN PERKEMBANGAN INDIVIDU DAN MEMELIHARA SUATU MASYARAKAT YANG BERSATU PADU, DEMOKRATIK, PROGRESIF DAN BERDISIPLIN.

(2)

Memelihara suatu masyarakat yang progresif

Memberi penekanan kepada aspek inovatif, kreatif, analitikal, kritikal, holistik, bersepadu dalam melaksanakan tugas bagi membentuk murid yang dapat berfikiran secara progresif dan saintifik. Guru perlu menekankan kaedah inkuiri-penemuan dan kaedah dapatan bagi memupuk sifat gemar menyiasat dan mereka cipta.

Memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin

Mempastikan keharmonian, keselamatan dan keamanan menerusi penerapan nilai etika dan peraturan yang mesti dipatuhi oleh murid agar membentuk masyarakat yang cemerlang.

5.2 Apakah yang dimaksudkan profesional?

Tokoh Definisi

Soedijarto

(1990) Mendefinisikan professional sebagai perangkat atribut-atribut yangdiperlukan guna menunjang suatu tugas agar sesuai dengan standard kerja yang diinginkan. Dari pendapat ini, sebutan standard kerja merupakan factor pengukuran atas bekerjanya seorang atau kelompok orang dalam melaksanakan tugas.

Rumusan anda:

5.3 Merujuk kepada Rajah 5.2, lengkapkan ciri-ciri guru profesional dari aspek pengetahuan, keterampilan dan sahsiah.

K P F 3 0 1 2 : Pe rk e m b a n g a n P e n d id ik a n d i M a la y si a : Fa ls a fa h d a n D a sa r

(3)

Rajah 5.2: Ciri-ciri guru profesional

5.4 Apakah kriteria yang menunjukkan profesion keguruan sebagai kerjaya profesional?

Kriteria Keterangan

Bersemangat tinggi dalam perkhidmatan

Guru yang sentiasa ghairah dan teruja untuk memberikan yang terbaik dalam perkhidmatannya. Contohnya guru ini akan hadir ke sekolah sebelum waktunya, masuk dan keluar kelas tepat waktunya, berfikiran terbuka, proaktif, inovatif dan motivatif.

Bermatlamat yang jelas

Guru yang tahu apa yang dibuat tanpa disuruh atau diberi arahan. Meletakkan perkara yang terpenting dan segera untuk diberi keutamaan. Manakala perkara yang tidak penting dikemudiankan dan perkara yang tidak berkaitan diabaikan. Contohnya guru ini memikul amanah dan melaksanakan dengan terbaik untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh dirinya sendiri atau pihak lain.

Berkemahiran mengurus bilik darjah

Guru ini cekap dalam mengurus bilik darjah yang ia bertugas di dalamnya. Kecekapan itu dapat dilihat dalam bentuk kawalan disiplin murid, keceriaan murid dan kelas dan tindakan rutin di dalam bilik darjah yang berkesan (kebersihan kelas, kesihatan murid, rekod murid dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran). Contohnya guru ini sentiasa mempastikan ketetapan masa, suasana kelas yang ceria dan bersih dan murid sentiasa memberikan tumpuan terhadap pengajarannya.

Berkebolehan komunikasi yang baik

Guru yang dapat menyampaikan pengajarannya dengan berkesan. Suara yang lantang, bahasa yang halus, sebutan yang jelas, intonasi yang betul, arahan yang tepat dan ayat-ayat yang gramatis yang diselangselikan dengan elemen “humor”. Contohnya guru ini sentiasa menghidupkan suasana pembelajaran di mana murid-murid merasa terhibur dan tidak bosan sepanjang kelas berlangsung.

Jangkaan yang tinggi terhadap murid

Guru yang sentiasa beranggapan setiap muridnya adalah insan yang istimewa yang mempunyai potensi untuk berjaya jika diberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang betul dengan cara yang berkesan. Contohnya guru ini sentiasa memberi galakan kepada murid untuk mencuba menyelesaikan masalah dalam semua perkara (akademik, sukan, persatuan dan sebagainya).

Berupaya memberi yang terbaik

Guru yang meletakkan kepentingan perkhidmatannya melebihi kepentingan diri sendiri dengan kebolehan memberi yang terbaik kepada murid-muridnya demi masa depan mereka dan yang terbaik dalam tugas-tugas khasnya untuk kejayaan sekolah. Contohnya guru ini akan memberikan kelas pemulihan khas atau kelas tambahan kepada murid-muridnya yang masih belum menguasai isi kandungan topik-topik yang diajar tanpa sebarang bayaran.

Hubungan yang berkualiti dengan pelajar, ibu bapa,

Guru ini dapat mewujudkan hubungan yang berkualiti dan mengekalkan dan mengekalkan keharmonian dalam perkhidmatannya. Contohnya guru ini sentiasa menganggap murid-murid seperti anaknya, bergaul mesra dengan ibu

K P F 3 0 1 2 : Pe rk e m b a n g a n P e n d id ik a n d i M a la y si a : Fa ls a fa h d a n D a sa r

(4)

majikan dipercayai. Lazimnya guru seperti ini akan diraikan jika beliau bertukar/bersara, ketiadaannya begitu dirasai oleh sekolah, rakan dan murid, keberadaannya memberi semangat yang berkobar-kobar.

5.5 Merujuk Rajah 5.3, lengkapkan kandungan Kod Etika Guru dan nyatakan peranannya.

Tanggungjawab Guru Keterangan

a) Tanggungjawab kepada murid

Guru hendaklah mempunyai tingkah laku yang merupakan tanggungjawab terhadap murid. Tanggungjawab ini termasuk : - Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal lain.

- Bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama. - Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberi contoh yang baik kepada murid.

a)

Tanggungjawab guru kepada murid

b) Tanggungjawab

guru kepada ibu bapa c) Tanggungjawab guru kepada masyarakat dan negara d) Tanggungjawab guru kepada rakan

sejawat dan profesion keguruan Pengajaran & Pembelajaran PIBG Integriti Taat & Patuh Kerja-sama Modal insan Sepunya Profesional K P F 3 0 1 2 : Pe rk e m b a n g a n P e n d id ik a n d i M a la y si a : Fa ls a fa h d a n D a sa r

Rajah 5.3: Kod Etika Keguruan Malaysia

(5)

- Membimbing dan mengajar seseorang murid dalam bilik darjah sendiri atau dalam mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

- Memelihara dan memperbaiki tahap kecekapan ikhtisas menerusi penyelidikan, lawatan, menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, seminar atau mesyuarat supaya pengajaran mencapai kualiti yang tinggi.

b) Tanggungjawab kepada ibu bapa

Guru mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa murid. Oleh itu, guru hendaklah :

- Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

- Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama erat antara institusi pendidikan dengan rumah tangga dan menganggap semua maklumat yang diberi oleh ibu bapa tentang keadaan rumah tangga atau tentang anak mereka adalah sulit, dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali mereka yang berhak mengetahuinya.

- Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan atau maklumat itu secara teliti dan bijaksana.

- Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedududukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.

- Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

c) Tanggungjawab kepada masyarakat dan negara

Guru hendaklah bertingkah laku dan menjalankan tanggungjawabnya dengan mengambil kira keperluan masyarakat dan negara. Maka dengan itu guru hendaklah :

- Elakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kpentingan pelajar, masyarakat, negara atau bertentangan Rukun Negara.

- Memupuk dalam diri pelajar dengan sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua, menghormati adanya perbezaan, kebudayaan, keturunan dan agama.

- Menghormati masyarakat setempat di tempat berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai warganegara dan sentiasa mengambil bahagian dalam kegiatan kemasyarakatan. - Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.

- Memberi sumbangan untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan, kecendekiawanan masyarakat.

- Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat, dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.

K P F 3 0 1 2 : Pe rk e m b a n g a n P e n d id ik a n d i M a la y si a : Fa ls a fa h d a n D a sa r

(6)

d) Tanggungjawab kepada rakan sejawat dan profesion keguruan

Guru juga mempunyai tanggungjawab terhadap rakan sejawatan dalam profesion yang sama. Oleh itu hendaklah :

- Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh maruah seseorang guru.

- Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai seorang guru.

- Berusaha menunaikan tanggungjawabnya dengan rajin dan bersungguh-sungguh serta sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

- Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru menceburi profesion keguruan.

- Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan.

- Menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

5.6 Lengkapkan Rajah 5.4 yang berkaitan Standard Guru Malaysia (SGM) dan analisis komponen standard yang terkandung di dalamnya.

Komponen Standard Analisis Contoh K P F 3 0 1 2 : Pe rk e m b a n g a n P e n d id ik a n d i M a la y si a : Fa ls a fa h d a n D a sa r STANDARD KEPERLUAN Asas Penentuan Standard & Keperluan

S1 : Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan

S2 : Pengetahuan dan Kefahaman S3 : Kemahiran Pengajaran &

Pembelajaran

- Misi Nasional

- Falsafah Pendidikan Kebangsaan - Falsafah Pendidikan Guru - Tatasusila Profesion Keguruan - Etika Kerja Kementerian Pelajaran K1 : Kelayakan Masuk Program Latihan Guru

K2 : Latihan Pentaksiran & Penilaian

K3 : Kolaborasi

K4 : Infrastruktur & Infostruktur K5 : Jaminan Kualiti Guru Unggu l Guru Unggu l Modal Insan Modal Insan Rajah 5.4: Komponen Standard Guru Malaysia (SGM)

(7)

a) Pengetahuan & kefahaman

Ilmu / pengetahuan yang berkaitan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan. Menurut Shulman (1986) terdapat 7 jenis pengetahuan yang setiap guru mesti kuasai untuk menjadi guru yang berkesan :

- Pengetahuan tentang pedagogi umum - Pengetahuan tentang kandungan subjek

- Pengetahuan tentang pedagogi kandungan subjek - Pengetahuan tentang kurikulum

- Pengetahuan tentang pelajar

- Pengetahuan tentang konteks pendidikan

- Pengetahuan tentang matlamat, tujuan dan nilai pendidikan

b) Kemahiran teknik & kaedah

Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan pelajaran dengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga mesti mempunyai kemahiran-kemahiran berikut :

- Interpersonal - Intrapersonal - Komunikasi - Teknologi - Kemahiran Profesional - Pengurusan masa - Pengurusan kelas c) Nilai profesional

Nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif, motivatif, proaktif dan patuh kepada Etika Profesionalisme Keguruan.

“Because public school teacher are government employees and because of their leadership roles with students, they are often expected by the public at large and their school system superiors to conform to certain codes of personal behaviour that are not usually imposed upon other adults.”

(Myers & Myers, 1995)

K P F 3 0 1 2 : Pe rk e m b a n g a n P e n d id ik a n d i M a la y si a : Fa ls a fa h d a n D a sa r

Referensi

Dokumen terkait

3.4 Memahami berpikir kronologi, perubahan dan kesinambungan dalam kehidupan bangsa Indonesia pada aspek politik, sosial, budaya, geografis, dan pendidikan sejak masa

Fraktur tengkorak yang menyertainya dijumpai pada 85-95% kasus, sedang sisanya (9%) disebabkan oleh regangan dan robekan arteri tanpa ada fraktur terutama pada kasus

Silabus disusun berdasarkan Standar Isi, yang di dalamnya berisikan Identitas Mata Pelajaran, Standar Kompetensi (SK) dan Kompetensi Dasar (KD), Materi Pokok/Pembelajaran,

easil penelitian mengenai pola asuh makan ditemukan bahwa sebagian besar batita mengalami ketidakseimbangan pemenuhan zat giziI kurangnya dukungan yang diberikan oleh pelaku

Penelitian yang dilakukan oleh Mohamad Abdul Khamid dkk (2012 ) telah menemukan genus Escherichia pada lindi sampah dapur didusun sukunan Yogyakarta, Ia juga menjelaskan

[r]

Daya inverter tiga fasa yang akan digunakan harus sesuai dengan besarnya daya maksimum dari beban yaitu minimal sebesar 28.775 kW, oleh karena itu dipilih

Dan buat kamu yang kebingungan mencari produk obat disfungsi ereksi di apotik yang manjur dengan kualitas terbaik, aman tanpa menyebabkan efek samping serta harganya