• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kertas Kerja Kempen Sifar Ponteng

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kertas Kerja Kempen Sifar Ponteng"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

KERTAS KERJA

KERTAS KERJA

KEMPEN SIFAR PONTENG

KEMPEN SIFAR PONTENG

SK SELANCAR 2

SK SELANCAR 2

(2)

SECANGKIR MADU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapatlah saya merakamkan sepatah dua kata dan terima kasih kepada semua AJK Kempen Sifar Ponteng Sekolah Kebangsaan Selancar 2 khususnya Badan Pengawas & Disiplin bersama Unit Bimbingan & Kaunseling kerana diberi kesempatan untuk dimuatkan dalam buku program ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada warga guru SK. Selancar 2 yang bertungkus lumus dan memberi komitmen yang tinggi serta kerjasama dalam menjayakan program ini.

Sebagai guru yang mendidik anak bangsa, ilmu yang telah ditimba di institut perguruan adalah  perlu dicurahkan serta dipraktikan di sekolah supaya modal insan yang akan lahir nanti benar-  benar mempunyai kualiti serta mencakupi keseluruhan aspek jasmani, emosi, rohani dan

sosialnya. Anak-anak didik ini perlu diingatkan tentang kepentingan menghadiri sesi  pembelajaran agar mereka tidak tercicir dalam segala aspek.Saya menyeru kepada semua guru yang terlibat agar menjalankan tanggungjawab dengan sepenuh hati. Besarlah harapan saya agar  Kempen Sifar Ponteng ini dapat mencapai objektif seterusnya menjadi pemangkin kecemerlangan sekolah kita,Moga-moga berkat usaha tuan puan diberkati olehNya, InsyaAllah.

Sekian terima kasih.

( IMRAN B RAMLI ) Penasihat Program. Gotong royong perdana,

(3)

SK. Selancar 2.

SETANGKAI MAWAR 

 BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM   ASSALAMMUALAIKUM W.B.T 

Alhamdulillah dan syabas diucapkan kepada semua rakan guru SK. Selancar 2, yang dipertanggungjawabkan untuk menjayakan Program Kempen Sifar Ponteng bagi tahun ini. Dengan izin Allah program yang dirancang ini akan dijadikan pemangkin kecemerlangan sekolah yang sememangnya ‘Sentiasa Cemerlang’

Jutaan terima kasih buat Tuan Guru Besar Encik Imran b Ramli atas sokongan dan dorongan  beliau dalam usaha merealisasikan impian menjalankan aktiviti Kempen Sifar Ponteng yang  julung-julung kali diadakan di SK. Selancar 2 ini.

Di kesempatan ini juga, saya merakamkan jutaan tahniah kepada warga SK. Selancar 2 yang  bersatu hati demi kecemerlangan sekolah yang tercinta. Harapan saya, matlamat dan objektif    program dapat dicapai 200 peratus demi melahirkan modal insan yang bertanggungjawab,  berdisiplin dan mengamalkan budaya cintakan sekolah yang menjadi tunjang kecemerlangan

sekolah kita. Semoga semua program Kempen Sifar Ponteng ini dapat dilaksanakan sepenuhnya serta memenuhi keperluan Falsafah Pendidikan Negara.

Sekian, terima kasih.

(ZURAINI MAT JUSUH)

Pengerusi gotong royong perdana, Guru Penolong Kanan HEM,

(4)

SK. Selancar 2.

1.0 PENDAHULUAN

:-Jawatankuasa Unit Disiplin & Pengawas bersama Unit Bimbingan & Kaunseling  bercadang untuk mengadakan Program Kempen Sifar Ponteng bagi mengurangkan salahlaku  ponteng di kalangan murid-murid SK Selancar 2.Laporan salah laku murid dari data Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM )Kementerian Pelajaran Malaysia menunjukkan bahawa  ponteng sekolah merupakan salahlaku utama di kalangan murid sekolah.Berdasarkan analisis data salahlaku disiplin murid seperti dilaporkan jelas membuktikan bahawa gejala ini terus  berlaku walaupun pelbagai usaha telah dijalankan bagi menangani gejala tersebut.Murid-murid

ini adalah aset bernilai negara kerana merekalah yang akan memacu kegemilangan negara suatu masa nanti.Bagaimana individu ini akan menjadi pemimpin yang berketrampilan andaikata pada awal-awal lagi mereka tidak komited untuk memikul tanggungjawab terhadap kepentingan hadir ke sekolah?Melalui Kempen Sifar Ponteng ini murid-murid perlu diberi kesedaran agar  tidak ponteng sekolah selain mewujudkan sikap bertanggungjawab terhadap diri sendiri .Melalui sikap-sikap positif ini maka akan lahirlah insan-insan yang berdisiplin tinggi dan akhirnya kita dapat sedikit sebanyak mengurangkan gejala-gejala sosial yang sangat hebat melanda negara pada masa ini.

Kempen ini akan dijalankan selama 3 bulan iaitu 190 hari bermula bulan April sehingga   bulan Jun .Kesediaan untuk datang ke sekolah merupakan salah satu faktor yang penting di

dalam peningkatan pencapaian seseorang pelajar. Rasa tanggungjawab untuk hadir ke sekolah tanpa paksaan membuatkan pelajar dapat belajar dalam keadaan yang selesa, tenang dan gembira selain secara tidak langsung ia juga dapat meningkatkan motivasi seseorang pelajar itu untuk berjaya. Melalui kempen ini, murid-murid dapat memupuk sikap bertanggungjawab,   berdisiplin, berperibadi tinggi, semangat cintakan sekolah dan yang penting dapat memberi

(5)

Bagi para guru, aktiviti ini dapat meningkatkan lagi tahap pengurusan kerja, cara  berkomunikasi selain ia dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kita.. Bagi pihak ibu bapa   pula, aktiviti kempen ini dapat membanteras gejala-gejala tidak sihat yang mungkin akan  berlaku ketika anak-anak mereka ponteng..

Berketepatan dengan kempen ini di mana ia dapat memberikan penekanan kepada  perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dari segi jasmani, mental, sosial dan rohani.

Perkembangan yang menyeluruh ini akan membantu murid-murid sekolah mencapai potensi   pada peringkat optimum supaya menjadi insan yang seimbang, berakhlak mulia,  bertanggungjawab, mahir berfikir dan berkeupayaan mencapai kesejahteraaan serta memberi

sumbangan kepada masyarakat dan negara.

2.0 TUJUAN

:-Tujuan mengemukakan kertas kerja ini adalah untuk memohon kebenaran mengadakan Program Kempen Sifar Ponteng di SK Selancar 2.

3.0 NAMA PROGRAM

:-“Kempen Sifar Ponteng”

4.0 TEMA PROGRAM

:-“Genap 190 Hari Saya Di Sekolah”

5.0 MATLAMAT

:-5.1 Program ini diharapkan dapat mengurangkan salahlaku ponteng sekolah di kalangan murid-murid SK Selancar 2.

(6)

5.2 Ia diharap dapat menyedarkan betapa pentingnya untuk datang ke sekolah selain secara tidak langsung dapat mengurangkan gejala-gejala tidak sihat dan memastikan bilangan salahlaku disiplin lain turut menurun dengan menurunnya bilangan murid yang ponteng.

6.0 OBJEKTIF

:-6.1 Memberikan kesedaran kepada murid mengenai kepentingan hadir ke sekolah.

6.2 Mewujudkan sikap bertanggungjawab terhadap diri

6.3 Untuk menyemai sikap berdisiplin, bertanggungjawab, cintai sekolah serta peranan murid-murid dalam kecemerlangan sekolah.

6.4 Mewujudkan semangat motivasi yang tinggi dalam diri setiap murid untuk datang ke sekolah.

7.0 FORMAT PERLAKSANAAN

:-7.1 Aktiviti dalam kelas ( Mewarna Gambar- Pra Sekolah , PKBP dan Tahap 1 ) ( Melukis Poster – Tahap 2 )

( Menulis esei - Tahap 2 )

Satu mesyuarat antara jawatankuasa telah diadakan dan mesyuarat sebulat suara telah bersetuju untuk mengadakan aktiviti-aktiviti tersebut.

- Aktiviti ini dikendalikan oleh guru-guru Pendidikan Seni & B. Malaysia pada masa mata  pelajaran tersebut.

- Untuk pertandingan menulis esei murid-murid akan diberi suatu tempoh untuk penghantaran esei.Guru pada sesi pembelajaran hanya bertindak sebagai pemudahcara.

7.2 Pembacaan Ikrar ( dilaksanakan di perhimpunan rasmi pada setiap hari Isnin )

7.3 Pembacaan Cogankata ( dilaksanakan pada setiap perhimpunan pagi-Selasa hingga Jumaat)

Cogankata : ’Kami Tak Nak Ponteng! Kami Suka Ke Sekolah! Ponteng? Tidak Lagi! ’

(7)

* Untuk pengenalan,cogankata ini akan dibaca di perhimpunan rasmi pada hari Isnin.

8.0 PENGANJUR

:-Unit Disiplin & Pengawas Unit Bimbingan & Kaunseling

9.0 TARIKH

:-10.0 TEMPAT :

10.1 Kelas masing-masing

11.0 PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN

:-11.1 Murid – murid Sk. Selancar 2

12.0 RASIONAL PEMILIHAN TEMPAT

Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana :

12.1 Lebih mudah mengawal murid-murid.

12.2 Guru-guru tidak perlu meninggalkan kelas

12.3 Alatan seperti warna mudah diambil dan dipulangkan.

12.4 Keselesaan murid-murid melakukan aktiviti

(8)

13.1 Seperti di lampiran

:-14.0 PENUTUP

:-14.1

Program KEMPEN SIFAR PONTENG ini adalah salah satu rancangan terbesar  Jawatankuasa Unit Disiplin bagi tahun 2011 . Program ini bergerak bersama Unit Bimbingan & Kaunseling kerana mengambil kira kepentingan peranan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dalam memberi pengaruh sihat terhadap rakan-rakan mereka.Ianya juga dapat bergerak dan dilaksanakan dengan sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak terutamanya dari ibubapa dan guru-guru juga dari kalangan murid-murid itu sendiri. Kehadiran ke sekolah merupakan faktor  yang amat penting dalam menjamin kecemerlangan diri , bangsa , agama dan negara. Sikap ini  perlu diterapkan dalam diri seawal usia yang muda kerana ini dapat dijadikan satu budaya sihat

kanak-kanak tersebut sehinggalah ke peringkat dewasa kelak. Diharap dengan terlaksananya  program ini ia dapat menimbulkan kesedaran dikalangan semua pihak tentang pentingnya untuk 

hadir ke sekolah disamping dapat mengurangkan gejala-gejala sosial yang melanda negara. Bagi murid kempen ini merupakan satu pendedahan yang sangat positif dalam pembangunan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga hubungan sosial. Diharapkan juga program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua pihak juga dapat dijalankan lagi pada masa yang akan datang bagi mewujudkan satu masyarakat yang bertanggungjawab , amanah dan  berketrampilan berketepatan dengan slogan sekolah iaitu "Sentiasa Cemerlang".

(9)

JAWATANKUASA PENGELOLA KEMPEN SIFAR PONTENG SEKOLAH KEBANGSAAN SELANCAR 2, ROMPIN

PENASIHAT

GURU BESAR

EN IMRAN B RAMLI

PENGERUSI

GPK HEM 

PN ZURAINI BT MAT JUSUH

NAIB PENGERUSI I

GPK PENTADBIRAN 

EN MOHAMAD ARIFFIN B SAHRAN

PENYELARAS PROGRAM I

GURU DISIPLIN 

EN NOR PARIF PADILAH B SAIDIN

PENYELARAS PROGRAM II

GURU UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING 

PN NOR’AIN BT AHMAD SETIAUSAHA PN ROHIZA BT KHAMIS BENDAHARI PN JULIYANA BT JANTAN J/K KECIL

AJK UNIT DISIPLIN

EN MOHD NIZAR ABU BAKAR  PN ROHIZA KHAMIS

PN JULIYANA BT JANTAN PN INDAH SUHAIDA BT ISMAIL

EN ROSLI ABD RAHMAN

AJK UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

(10)

EN PARIF PADILAH B SAIDIN PN ROHIZA BT KHAMIS PN INDAH SUHAIDA BT ISMAIL

PN MARZITA BT ZULKIFLI ROSLI MOHAMED

PENYELARAS

BIL AKTIVITI PENYELARAS

1 PEMBACAAN IKRAR EN NOR PARIF PADILAH

2 PEMBACAAN COGANKATA EN SYUKRI MUSTAFA

* GURU BERTUGAS

3 PERTANDINGAN MEWARNA PN MARZITA

4 PERTANDINGAN MELUKIS POSTER PN JULIYANA 5 PERTANDINGAN MENULIS ESEI ( BM) EN MOHD NIZAR 

6 HADIAH

PN INDAH SUHAIDA PN ROHIZA KHAMIS

(11)

BAJET PROGRAM KEMPEN SIFAR PONTENG SK SELANCAR 2

 PERTANDINGAN MEWARNA ( SETIAP KELAS )

Tempat pertama RM 4 x 8 RM 32 Tempat kedua RM 3 x 8 RM 24 Tempat ketiga RM 2 x 8 RM 16

Jumlah RM 72

 PERTANDINGAN MELUKIS POSTER ( SETIAP KELAS )

Tempat pertama RM 4 x 7 RM 28 Tempat kedua RM 3 x 7 RM 21 Tempat ketiga RM 2 x 7 RM 14

Jumlah RM 63

 PERTANDINGAN MENULIS ESEI

Tempat pertama RM 4 x 7 RM 28 Tempat kedua RM 3 x 7 RM 21 Tempat ketiga RM 2 x 7 RM 14

Jumlah RM 63

LAIN-LAIN KOS

( Kertas pembalut hadiah,pelekat dan kertas warna ) RM 26

JUMLAH KESELURUHAN – RM 224.00

SUMBER KEWANGAN

 Unit HEM

 Sumbangan PIBG

(12)

Referensi

Dokumen terkait

Selain itu, hendaknya kita sadari bahwa di masa sekarang ini negara Indonesia berada dalam suatu persaingan yang semakin ketat sehingga kinerja perusahaan menjadi

Remaja merupakan aset bangsa yang menjadi generasi negara Indonesia pada masa yang akan datang. Harapan untuk remaja Indonesia yaitu agar remaja mampu berupaya menjadi