• Tidak ada hasil yang ditemukan

DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI"

Copied!
118
0
0

Teks penuh

(1)
(2)
(3)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kurikulum Standard Sekolah Rendah

MODUL PENGAJARAN

DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI

(SAINS)

TAHUN 2

Terbitan

Bahagian Pembangunan Kurikulum

(4)

Cetakan Pertama 2011

© Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian

artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara

apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain

sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan

Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks

Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

(5)

iii

KANDUNGAN

Muka

surat

1. Kandungan

iii

2. Pendahuluan

1

3.

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang

1

4. Kurikulum

Modular

Berasaskan Standard

1

5. Modul

Sains

2

6.

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran

4

7. Pentaksiran

5

8. Sains

Hayat

8.1 Semuanya

Cukup

8.2 Jalan-Jalan Cari makan

8.3 Selesanya

Rumahku

8.4 Inilah Hasil Tanganku

8.5 Comelnya

Anakku

8.6 Anak Siapa Ni?

8.7 Pi Mai Pi Mai Tang Tu

8.8 Hebatnya

Air

8.9 Hidup

Sihat

8.10 Sinarilah Hidupku

8.11 Kecil Jadi Besar

7

17

25

31

33

39

49

61

69

75

83

9. Sains

Fizikal

9.1 Penyuluh

Hidupku

9.2 Ehh… Macam Samalah

91

97

10.

Teknologi dan Kehidupan Lestari

(6)
(7)

1

1. Pendahuluan

Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan

perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang, dan

bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek jasmani, emosi,

rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan

berakhlak mulia.

Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat

holistik, Standard Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dibangunkan

bagi memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan

membebankan selaras dengan pemantapan kurikulum sebagai fokus

utama teras kedua Plan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.

2.

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang

Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi

membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketrampilan.

Tunjang (Rajah 1) merupakan domain-domain utama yang saling

menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang

dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang

adalah:

1. Komunikasi

2.

Kerohanian, Sikap dan Nilai

3. Kemanusiaan

4.

Literasi Sains dan Teknologi

5.

Fizikal dan Estetika

6. Ketrampilan

Diri

Setiap tunjang terdiri daripada elemen-elemen mata pelajaran tertentu

yang mana ada di antara mata pelajaran tersebut diajar sebagai satu

mata pelajaran dan ada yang digabungkan beberapa mata pelajaran dan

dipersembahkan dalam bentuk tema.

3. Kurikulum

Modular

Berasaskan Standard

Kurikulum Sekolah Rendah digubal dalam bentuk pernyataan standard

kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid.

Standard kandungan dan standard pembelajaran diorganisasikan dalam

bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan

nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid. Komposisi

Kurikulum Tahap 1 menekankan kepada penguasaan 3 M iaitu Menulis,

(8)

2

Mendengar, dan Mengira serta Menakul. Pada masa yang sama,

kemahiran asas ICT, Perkembangan fizikal, kognitif, penguasaan

kemahiran generik, Perkembangan sosioemosi, sahsiah, sikap dan nilai

diterapkan melalui pengajaran dan pembelajaran.

3.1 Standard

Kandungan:

Pernyataan tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan

boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi

aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

3.2

Standard

Pembelajaran

Standard pembelajaran merupakan hasil pembelajaran yang boleh

diukur dan mesti dikuasai oleh murid. Objektif perlakuan ini

mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran saintifik, kemahiran

berfikir, sikap saintifik dan nilai murni yang sesuai dengan Standard

Kandungan yang dinyatakan. Penulisan Standard Pembelajaran

juga menunjukkan kedalaman dan skop bagi hasil pembelajaran

yang perlu dicapai.

4.

Modul Teras Tema bagi mata pelajaran Sains

Terdapat dua dokumen yang disediakan dalam melaksanakan pengajaran

dan pembelajaran Sains dalam kurikulum transformasi ini iaitu:

INSAN SEIMBANG

FIZIKAL & ESTETIKA

Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri

Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

KOMUNIKASI

Penggabungjalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi secara verbal dan non verbal dalam bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil.

KETRAMPILAN DIRI

Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

LITERASI SAINS & TEKNOLOGI

Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran saintifik dan sikap saintifik menerusi inkuiri.

Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik untuk menyelesaikan masalah.

Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi seperti alat, cara, teknik dan proses untuk memudahkanmelaksanakan sesuatu dalam kehidupan seharian.

KEMANUSIAAN

Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan & alam sekitar setempat, negara & global

Penghayatan semangat patriotisme & perpaduan

KEROHANIAN, SIKAP & NILAI

Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap & nilai

(9)

3

4.1 Modul Pengajaran Teras Tema: Dunia Sains dan

Teknologi

Satu modul pengajaran telah disediakan untuk membantu

guru dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu Dunia Sains

dan Teknologi. Modul ini mengandungi beberapa unit di

mana setiap unit mengandungi gabungan beberapa

standard pembelajaran. Setiap unit dalam modul pengajaran

mempunyai masa yang dicadangkan. Cadangan masa ini

bukanlah sesuatu yang wajib dipatuhi kerana guru boleh

mengadaptasikan cadangan aktiviti yang terdapat di dalam

unit yang disediakan dengan mengambil kira kebolehan dan

persekitaran murid. Contoh yang terdapat dalam modul ini

hanya meliputi sebahagian daripada keseluruhan standard

sains yang ditetapkan bagi murid Tahun 1.

Modul ini disediakan dengan menggunakan pendekatan

masteri di samping menggabungjalinkan

pendekatan-pendekatan pedagogi lain yang sesuai. Penerapan elemen

ICT, keusahawanan serta kreativiti dan inovasi disisipkan di

mana yang sesuai dalam modul ini bagi membimbing guru

dalam melaksanakannya. Modul ini menyediakan aktiviti

untuk murid yang berpencapaian tinggi melalui aktiviti

pengayaan dan murid yang lemah melalui aktiviti pemulihan

supaya semua murid dapat mencapai Standard

Pembelajaran yang telah ditetapkan.

Penilaian yang disediakan bagi sesuatu unit dalam modul ini

adalah bersifat diagnostik bagi membolehkan guru

mengesan kefahaman murid. Guru mestilah menggunakan

maklum balas daripada diagnostik ini bagi melaksanakan

tindakan susulan samada aktiviti pemulihan atau

pengayaan. Aktiviti dan lembaran aktiviti yang disediakan

untuk pengayaan dan pemulihan disediakan mengikut tahap

kebolehan murid bagi mencapai standard pembelajaran

yang sama bagi unit tersebut. Sekiranya 80% daripada

murid di kelas tersebut telah menguasai standard

pembelajaran, guru bolehlah beralih kepada unit yang baru.

Diharapkan pendekatan masteri ini akan mengurangkan

bilangan murid yang tercicir.

Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dalam modul ini telah

mengambil kira amalan terbaik bagi membantu murid

mencapai standard pembelajaran yang ditentukan di

sampingkan menyediakan suasana learning is fun semasa

(10)

4

pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun,

cadangan aktiviti yang terdapat di dalam modul ini bukanlah

sesuatu yang muktamad. Guru digalakkan untuk

mengubahsuaikan modul yang bersesuaian dengan murid

serta peralatan yang terdapat di sekeliling mereka. Guru

juga digalakan untuk membina modul p&p yang bersesuaian

dengan murid mereka. Dengan ini, guru berpeluang

mengembangkan kreativiti mereka sendiri.

Penulisan modul ini mengambil kira aktiviti yang dapat

melibatkan murid secara aktif, supaya mereka dapat berfikir

secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif. Aktiviti-aktiviti yang

dicadangkan merupakan aktiviti yang dapat membentuk

pemikiran murid.

4.2

Modul Pembelajaran Teras Tema: Dunia Sains dan

Teknologi

Selain daripada Modul Pengajaran, Modul Pembelajaran

juga disediakan. Modul Pembelajaran ini mengandungi

lembaran kerja untuk kegunaan murid. Di samping itu

terdapat penerangan ringkas mengenai topik yang dipelajari

bagi membantu murid menjawab soalan-soalan lembaran

kerja yang disediakan. Lembaran Kerja yang disediakan

mempunyai aras kesukaran yang berbeza. Guru

seharusnya dapat memanfaatkan Lembaran Kerja yang

disediakan bagi menangani kebolehan murid yang pelbagai

di dalam kelas yang sama. Aktiviti murid dan modul

pengajaran dan pembelajaran yang disediakan adalah

saling melengkapi bagi mencapai standard kandungan dan

standard pembelajaran yang dihasratkan.

5.

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains ini guru boleh

mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard

Kandungan dan Standard Pembelajaran.

 Inkuiri

 Konstruktivisme

 Pembelajaran konstektual

 Pembelajaran interaktif

 Pembelajaran koperatif

 Perbincangan

(11)

5

 Simulasi

 Projek

 Kajian lapangan

 Pembelajaran Masteri

 Kecerdasan pelbagai

 Penyelesaian masalah

Pelaksanaan pendekatan pengajarandan pembelajaran yang dijalankan

haruslah dipelbagaikan bagi mengekalkan minat murid. Penentuan

kaedah pengajaran dan pembelajaran haruslah berdasarkan kepada

kandungan kurikulum, kebolehan dan kepelbagaian jenis kecerdasan

murid serta sumber dan prasarana yang ada.

6.

Pentaksiran

Pentaksiran haruslah dilaksanakan apabila sesuatu unit itu telah selesai

dijalankan. Pentaksiran berasaskan sekolah bentuk formatif di mana

guru boleh menggunakan hasil murid seperti lembaran kerja, folio murid

dan secara lisan untuk membuat pentaksiran. Pentaksiran juga boleh

berbentuk lisan di mana murid dapat menunjuk atau memberi

penerangan bagaimana mereka menyediakan hasil kerja. Guru

seharusnya mengambil kira untuk membuat pentaksiran bukan hanya

pada hasil akhir tetapi juga semasa proses pembelajaran itu berlaku.

Guru boleh menggunakan hasil pentaksiran ini untuk tindakan

seterusnya seperti merancang pengajaran dan pembelajaran serta

menyediakan bahan yang sesuai.

(12)
(13)

  SEMUANYA CUKUP

7   

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

Topik: SEMUANYA CUKUP

Ringkasan: Melalui topik ini, murid akan mempelajari mengenai keperluan asas haiwan iaitu makanan, air, udara dan tempat perlindungan.

Standard Kandungan:

Sains Hayat

2.1 Memahami haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup.

Standard Pembelajaran:

2.1.1 Mengenal pasti keperluan asas haiwan iaitu makanan, air, udara dan tempat perlindungan.

2.1.2 Menaakul kepentingan keperluan asas kepada haiwan.

2.1.7 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

Tempoh: 60 minit

Sumber: 1. Hamster (atau sebarang haiwan peliharaan yang sesuai) 2. Kad keperluan asas haiwan (Lampiran)

3. Lembaran Kerja 1 dan 2 = Pentaksiran. 4. Lembaran Kerja 3 = Pemulihan.

5. Lembaran Kerja 4 = Pengayaan.

Aktiviti:

Aktiviti 1

1. Guru menunjukkan hamster yang dipelihara di dalam sangkar.

(Nota : Guru boleh menggantikan haiwan lain mengikut keadaan)

2. Guru bersoaljawab dengan murid tentang hamster tersebut. Contoh:

Guru : Bagaimana kamu memastikan hamster ini terus hidup?

Murid : Saya beri makan dan minum, cikgu .

Guru : Kenapa kita pelihara hamster ini dalam sangkar? Murid : Takut kucing makan, cikgu.

Guru : Kenapa kita guna sangkar dan bukan bekas yang bertutup?"

Murid : Takut dia mati, cikgu.

3. Guru membimbing murid untuk menyatakan keperluan asas untuk haiwan hidup adalah makanan, air, udara dan tempat

perlindungan.

4. Murid menjawab Lembaran Kerja 1.

(14)

  SEMUANYA CUKUP

8   

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

Aktiviti 2

1. Guru membawa murid keluar dari bilik darjah dan menuju ke kawasan lapang di sekitar sekolah untuk menjalankan satu aktiviti.

2. Guru membahagikan kelas kepada dua kumpulan iaitu:  Kumpulan A sebagai 'rusa'

 Kumpulan B sebagai 'keperluan asas haiwan'.

3. Guru meminta kedua-dua ahli kumpulan untuk berdiri menghadap satu sama lain.

4. Setiap ahli kumpulan 'rusa' diberi satu setkad keperluan asas haiwan iaitu makanan, udara, air dan tempat perlindungan.

5. Kumpulan 'keperluan asas haiwan' pula diminta memilih satu kad keperluan asas haiwan sama ada makanan, udara, air atau tempat perlindungan.

6. Guru meminta ahli kumpulan 'keperluan asas haiwan' yang mendapat kad keperluan asas haiwan membuat isyarat seperti berikut:

i) meletakkan tangan di atas kepala - tempat perlindungan ii) meletakkan tangan di perut - makanan

iii) meletakkan tangan di kerongkong - air iv) meletakkan tangan di hidung - udara

7. Ahli kumpulan 'rusa' dikehendaki mencari keperluan asasnya dari kumpulan 'keperluan asas haiwan' yang membuat isyarat

tersebut.

8. Guru dan murid menjalankan aktiviti 6 dan 7 di atas berulang kali sehingga terdapat ahli kumpulan 'rusa' yang mendapat semua keperluan asasnya.

9. Ahli kumpulan rusa yang tidak mendapat keperluan asas yang cukup dikira mati dan dikeluarkan daripada permainan.

10. Guru memainkan permainan ini beberapa kali dengan mengubah bilangan ahli kumpulan dalam kedua-dua kumpulan bagi

memberi peluang kepada murid untuk menjadi rusa dan keperluan asas haiwan.

11. Guru membuat perbincangan dengan murid berkaitan maksud yang tersirat di sebalik permainan rusa dan keperluan asas hidupnya berdasarkan permainan yang telah dijalankan.

12. Murid menjawab Lembaran Kerja 2, 3, 4 dan 5 selepas permainan rusa dan keperluan asas hidupnya dimainkan.

(15)

  SEMUANYA CUKUP

9   

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

Pentaksiran 1. Murid menjawab Lembaran Kerja 1 dan 2.

Aktiviti Pemulihan

1. Murid menjawab Lembaran Kerja 3.

Aktiviti Pengayaan

1. Murid menjawab Lembaran Kerja 4.                                                

(16)

  SEMUANYA CUKUP

10   

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2  

MAKANAN

           

KEPERLUAN ASAS HAIWAN

            LAMPIRAN   

TEMPAT

PERLINDUNGAN

 

AIR

   

UDARA

(17)

  SEMUANYA CUKUP     11   

HAIWAN DAN KEPERLUAN HIDUPNYA

1. Haiwan tergolong dalam kumpulan benda hidup.

2. Keperluan hidup haiwan ialah:

i) makanan

ii) air

iii) udara

iv) tempat perlindungan

3. Haiwan memerlukan keperluan asas yang tertentu

untuk terus hidup.

Tarikh

Nota

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

(18)

  SEMUANYA CUKUP     12   

Tarikh

Warnakan keperluan asas yang betul bagi haiwan-haiwan

berikut.

Markah:

/ 4

Lembaran Kerja 1

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

Bola

Makanan

Baju

Tempat perlindungan

Sekolah

Udara

Air

(19)

  SEMUANYA CUKUP     13   

Tarikh

Bulatkan keperluan asas haiwan yang betul mengikut

gambar.

Markah:

/ 4

Lembaran Kerja 2

 

air

makanan

makanan

udara

           

tempat

perlindungan

udara

tempat

perlindungan

air

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

(20)

  SEMUANYA CUKUP     14   

1. Keperluan asas haiwan ialah :

i. m ____k ____n____ ____ .

ii. ___ ___ r.

iii. u___ a ___ a.

iv. t ___m ___a___ p___r___i___d___ ___g ___ ___.

1. Haiwan memerlukan _________________, ___________,

_____________ dan ________________

_______________________ untuk terus hidup.

 

makanan air udara

tempat perlindungan

Tarikh

Isikan tempat kosong dengan huruf yang betul.

Lembaran Kerja 3

Markah:

/ 8

Isikan tempat kosong dengan perkataan yang betul.

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

(21)

  SEMUANYA CUKUP     15   

Penyiasatan Selepas

beberapa hari

air

daun

Belalang mati kerana

kekurangan_______________.

jaring

daun belalang

Belalang mati kerana

kekurangan________________.

jaring

air

belalang

Belalang mati kerana

kekurangan_______________.

 

Tarikh

Isikan tempat kosong dengan perkataan yang betul.

Lembaran Kerja 4

Markah:

/ 3

penutup

 

 

belalang

air makanan udara

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

(22)
(23)

  JALAN - JALAN CARI MAKAN

17   

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

Topik: JALAN - JALAN CARI MAKAN

Ringkasan: Melalui topik ini, murid akan mempelajari mengenai keperluan asas haiwan iaitu makanan. Murid diperkenalkan dengan haiwan dan jenis makanan yang dimakan oleh haiwan tersebut.

Standard Kandungan:

Sains Hayat

2.1 Memahami haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup.

Standard Pembelajaran:

2.1.3 Memberi contoh haiwan dan makanan yang dimakan. 2.1.4 Mengelaskan haiwan mengikut makanan yang dimakan iaitu

makan tumbuhan sahaja, makan haiwan sahaja atau makan tumbuhan dan haiwan.

2.1.6 Menyatakan kepentingan haiwan kepada manusia, tumbuhan dan haiwan lain.

2.1.7 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

Tempoh: 60 minit

Sumber: 1. Dokumen persembahan 'powerpoint' mengenai haiwan mengikut

jenis makanannya.

2. Lembaran Kerja 1 dan 2 = Pentaksiran. 3. Lembaran Kerja 3 = Pemulihan.

4. Lembaran Kerja 4 = Pengayaan.

Aktiviti:

1. Guru meminta murid membayangkan sejenis haiwan yang pernah dilihat.

2. Guru meminta murid menamakan haiwan tersebut dan menjelaskan jenis-jenis makanan yang dimakan oleh haiwan tersebut.

contoh :

Guru : Ali, haiwan apakah yang kamu pilih? Ali : Saya pilih lembu, cikgu.

Guru : Lembu makan apa, Ali? Ali : Lembu makan rumput, cikgu.

3. Guru meneruskan aktiviti di atas dengan mengambil beberapa contoh lain yang diberikan oleh murid.

4.  Guru membimbing murid membuat penyataan bahawa haiwan memakan makanan yang berbeza.

(24)

  JALAN - JALAN CARI MAKAN

18   

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

5.   Guru menyenaraikan beberapa jenis haiwan di papan tulis dan menyoal murid jenis makanan yang dimakan oleh haiwan tersebut.

contoh :

Lembu Ayam Harimau

rumput daun

nasi cacing

daging

6.   Guru membimbing murid membuat pengitlakan bahawa haiwan boleh dikelaskan kepada :

 haiwan yang makan haiwan sahaja,  haiwan yang makan tumbuhan sahaja,  haiwan yang makan tumbuhan dan haiwan. 7. Murid menjawab Lembaran Kerja 1 hingga 4.

Pentaksiran 1. Murid menjawab Lembaran Kerja 1 dan 2.

Aktiviti Pemulihan

1. Murid menjawab Lembaran Kerja 3.

Aktiviti Pengayaan

1. Murid menjawab Lembaran Kerja 4.  

(25)

JALAN - JALAN CARI MAKAN

19

HAIWAN DAN JENIS MAKANANNYA

1. Haiwan boleh dikelaskan mengikut jenis makanan

yang dimakan.

2. Terdapat tiga jenis kumpulan haiwan iaitu:

i)

haiwan yang memakan haiwan sahaja, contoh:

singa

katak

ikan lumba-lumba

ii)

haiwan yang memakan tumbuhan sahaja

contoh:

gajah

zirafah

lembu

kambing

iii)

haiwan yang memakan haiwan dan tumbuhan,

contoh:

beruang

ayam

itik

Tarikh

Nota

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

(26)

JALAN - JALAN CARI MAKAN 20

Tarikh

Suaikan haiwan (A) dengan makanannya (B).

Markah:

/ 4

Lembaran Kerja 1

A

B

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

(27)

JALAN - JALAN CARI MAKAN

21

itik kambing lembu harimau helang

tikus beruang buaya cicak belalang

burung pipit kuda arnab singa ayam

Makan haiwan

sahaja

Makan tumbuhan

sahaja

Makan haiwan dan

tumbuhan

Tarikh

Kelaskan haiwan-haiwan berikut berdasarkan makanan

yang dimakan.

Markah:

/

15

Lembaran Kerja 2

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

(28)

JALAN - JALAN CARI MAKAN 22

Tarikh

Tuliskan A, B atau C dalam petak bernombor di bawah

seperti contoh yang diberikan.

Lembaran Kerja 3

Markah:

/ 5

Makan haiwan sahaja

A

B

Makan tumbuhan sahaja

Makan haiwan dan tumbuhan

C

C

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

(29)

JALAN - JALAN CARI MAKAN

23

1. Gambar di bawah menunjukkan dua kumpulan haiwan

mengikut makanan yang dimakan.

a) Haiwan yang manakah di antara berikut tergolong

dalam kumpulan A?

A . Unta B. Kuda

C. Musang

b) Haiwan yang manakah di antara berikut tergolong

dalam kumpulan B?

A . Ayam B. Kerbau

C. Ikan

2. Kuda merupakan haiwan yang makan

___________________ sahaja.

3. Ayam merupakan haiwan yang makan

___________________ dan _____________________.

4. Singa merupakan haiwan yang makan

___________________ sahaja.

Tarikh

Berikan jawapan bagi soalan-soalan di bawah.

Lembaran Kerja 4

Markah:

/ 6

Kumpulan A

Kumpulan B

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

(30)
(31)

  SELESANYA RUMAHKU

25   

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

Topik: SELESANYA RUMAHKU

Ringkasan: Melalui topik ini, murid akan mempelajari mengenai keperluan asas haiwan iaitu tempat perlindungan.

Standard Kandungan:

Sains Hayat

2.1 Memahami haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup.

Standard Pembelajaran:

2.1.5 Mengenal pasti tempat tinggal haiwan seperti sarang, reban, lubang, atas pokok, kandang, gua, di dalam air, dalam tanah, di celah batu atau kayu.

2.1.7 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

Tempoh: 60 minit

Sumber: 1. Gambar haiwan dan tempat perlindungannya.

2. Dokumen persembahan powerpoint haiwan dan tempat

perlindungannya.

3. Lembaran Kerja 1 = Pentaksiran. 4. Lembaran Kerja 2 = Pemulihan. 5. Lembaran Kerja 3 = Pengayaan.

Aktiviti:

Aktiviti 1

1. Guru membawa murid keluar dari bilik darjah ke kawasan yang mempunyai sama ada batu, pasu bunga atau kayu yang reput di sekitar kawasan sekolah.

(Nota: guru telah mengenal pasti kawasan ini terlebih dahulu) Kawasan batu / pasu bunga

i. Guru perlu mengangkat batu-batu /pasu bunga tersebut dengan perlahan.

ii. Guru meminta murid melihat sama ada terdapat haiwan-haiwan kecil di bawah batu / pasu bunga dan di atas tanah. iii. Guru mengingatkan murid supaya tidak menyentuh haiwan

yang dilihat.

iv. Murid diminta merekodkan pemerhatian mereka dengan menamakan haiwan-haiwan yang tinggal di bawah batu / pasu bunga.

v. Guru meletakkan kembali batu / pasu bunga tersebut ke tempat asalnya.

(32)

  SELESANYA RUMAHKU

26   

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

Kawasan kayu reput

i. Guru meminta murid membuat pemerhatian untuk melihat sebarang tanda-tanda kehadiran haiwan pada kayu reput tersebut.

ii. Guru menguis kayu reput itu dengan ranting untuk melihat laluan serangga.

iii. Murid diminta merekodkan pemerhatian mereka dengan menamakan haiwan-haiwan yang tinggal di bawah kayu reput.

2. Guru meminta murid-murid kembali ke dalam bilik darjah selepas aktiviti pemerhatian selesai.

Aktiviti 2

1. Guru menunjukkan gambar beberapa jenis haiwan dan tempat perlindungannya.

2. Guru meminta murid mengenal pasti haiwan dan tempat tinggal yang ditunjukkan.

3. Murid menjawab soalan guru berdasarkan gambar-gambar tersebut:

contoh:

Guru : Haiwan apakah yang kamu lihat? Murid : Ayam dan anak-anaknya, cikgu. Guru : Di manakah haiwan ini tinggal? Murid : Reban ayam, cikgu.

4. Guru membuat pembentangan powerpoint berkaitan haiwan dan tempat perlindungannya.

5. Guru memberi peluang kepada beberapa murid untuk menyelesaikan aktiviti yang terdapat dalam persembahan

powerpoint tersebut (Lampiran).

6. Guru membimbing murid untuk membuat kesimpulan bahawa haiwan perlu mempunyai tempat tinggal yang menjadi satu daripada keperluan asasnya.

7. Murid menjawab Lembaran Kerja 1 hingga 3.

Pentaksiran 1. Murid menjawab Lembaran Kerja 1.

Aktiviti Pemulihan

1. Murid menjawab Lembaran Kerja 2.

Aktiviti Pengayaan

1. Murid menjawab Lembaran Kerja 3.  

(33)

  SELESANYA RUMAHKU     27   

HAIWAN DAN TEMPAT PERLINDUNGAN

1. Satu daripada keperluan asas haiwan ialah tempat

perlindungan.

2. Tempat perlindungan haiwan ini adalah dihasilkan

sendiri oleh haiwan tersebut atau dibina oleh

manusia.

3. Contoh tempat perlindungan haiwan adalah seperti

berikut:

sarang

burung

lebah

labah-labah

tebuan

reban atas pokok

ayam, itik monyet, orang utan

lubang di dalam air

arnab, ketam nipah ikan, udang, ketam

kandang gua

lembu, kuda, kambing kelawar, beruang

dalam tanah

cacing tanah

Tarikh

Nota

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

(34)

  SELESANYA RUMAHKU     28   

                                                                             

Tarikh

Padankan tempat perlindungan dengan haiwan yang betul.

Gunakan pensel warna yang berbeza.

Markah:

/ 3

Lembaran Kerja 1

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

(35)

  SELESANYA RUMAHKU     29   

s + a + n + g + k + a + r =

sangkar

1.

        

s + a + r + a + n + g = ________________

2.

        

l + u + b + a + n + g = ________________

3. r + e + b + a + n = ________________

4. d + a + l + a + m t + a + n + a + h = __________ __________

5. g + u + a = ______________

6. k + a + n + d + a + n + g = ________________

7. a + t + a + s p + o + k + o + k = _________ __________

8. d + i d + a + l + a + m a + i + r = ____ ____________ ______

9. d + i c + e + l + a + h b + a + t + u = ____ _______ _______

10. d + i c + e + l + a + h k + a + y + u = ____ _______ _______

Markah:

/

10

Tarikh

Sambungkan huruf untuk membentuk perkataan.

Lembaran Kerja 2

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

(36)

  SELESANYA RUMAHKU     30   

   

Tarikh

Kumpulkan haiwan berdasarkan tempat perlindungan.

Lembaran Kerja 3

Kandang Dalam

air Sarang

1 1 1

2 2 2

3 3 3

 

lembu

 

ketam

 

ikan

 

kuda

 

labah-labah

 

udang

 

lebah

 

kambing

 

burung

 

Markah:

/

9

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

(37)

  INILAH HASIL TANGANKU

31   

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

Topik: INILAH HASIL TANGANKU

Ringkasan: Melalui topik ini, murid akan membina 'sarang burung' sebagai gerak kerja kreativiti merentas kurikulum sains.

Standard Kandungan:

Sains Hayat

2.1 Memahami haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup.

Standard Pembelajaran:

2.1.5 Mengenal pasti tempat tinggal haiwan seperti sarang, reban, lubang, atas pokok, kandang, gua, di dalam air, di dalam tanah, di celah batu atau kayu.

2.1.7 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

Tempoh: 30 minit

Sumber: 1. Gambar sarang burung

2. Beg kertas pembungkus kertas, bekas plastik 3. Gam

4. Rumput dan ranting kering

Aktiviti:

1. Guru meminta murid menyatakan keperluan asas haiwan berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka.

(Nota: Murid telah diajar mengenai keperluan asas haiwan dalam

sesi pengajaran dan pembelajaran sebelum ini)

2. Guru menjelaskan kepada murid yang mereka akan membuat 'sarang burung' dengan menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan oleh guru.

3. Guru menunjuk cara membuat sarang burung dengan melekatkan rumput-rumput kering pada mangkuk kertas sehingga bentuk sarang burung terhasil.

4. Guru meminta murid membuat sarang burung mengikut kreativiti masing-masing dengan menggunakan sama ada mangkuk kertas, bekas sabun pencuci pinggan atau bekas marjerin.

Nota: guru telah meminta murid menyediakan bahan-bahan untuk

aktiviti ini terlebih dahulu yang dibawa dari rumah masing-masing.

5. Guru meminta murid meletakkan hasil kerja mereka di belakang kelas dan dilabelkan dengan nama masing-masing.

6. Guru membuat penilaian terhadap hasil kerja murid.

Pentaksiran Murid membina sarang burung untuk dinilai hasil kerja oleh guru.

Aktiviti Pemulihan - Aktiviti Pengayaan -  

(38)
(39)

  COMELNYA ANAKKU

33   

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

Topik: COMELNYA ANAKKU

Ringkasan: Melalui topik ini, murid akan mempelajari mengenai cara pembiakan haiwan.

Standard Kandungan:

Sains Hayat

2.3 Memahami tumbesaran haiwan

Standard Pembelajaran:

2.3.1 Mengenal pasti cara haiwan membiak iaitu melahirkan anak dan bertelur.

2.3.2 Mengelas haiwan berdasarkan cara pembiakan.

2.3.6 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

Tempoh: 60 minit

Sumber: 1. Dokumen persembahan 'powerpoint' mengenai haiwan dan cara pembiakannya.

2. Kotak tisu. 3. Telur ayam.

4. Lembaran kerja 1 = Pentaksiran. 5. Lembaran kerja 2 = Pemulihan. 6. Lembaran kerja 3 = Pengayaan. Aktiviti:

1. Guru memegang sebuah kotak tisu yang mempunyai sebiji telur ayam di dalamnya.

2. Guru meminta murid meneka benda (telur) yang terdapat di dalam kotak itu.

3. Guru meminta seorang murid mengambil telur tersebut dan menunjukkan kepada murid-murid yang lain.

4. Guru menyoal murid mengenai benda tersebut.

contoh :

Guru : Ini apa murid-murid? Murid : Telur ayam, cikgu.

Guru : Dari mana datangnya telur ini? Murid : Dari ayam, cikgu.

Guru : Kenapa ayam bertelur?

Murid : Untuk dapatkan anak ayam, cikgu.

5. Guru menjelaskan bahawa ayam bertelur untuk membiak.

6. Guru menjelaskan kepada murid bahawa mereka akan melihat persembahan 'powerpoint' mengenai pelbagai haiwan dan cara pembiakan masing-masing.

(40)

  COMELNYA ANAKKU

34   

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

7. Murid menjawab soalan guru mengenai beberapa perkara berdasarkan persembahan 'powerpoint' yang ditunjukkan.

Contoh : Apakah cara pembiakan haiwan yang dapat kamu perhatikan?

Guru : Bagaimana itik membiak? Bagaimana gajah membiak? (dan sebagainya)

8. Guru menuliskan di papan tulis nama haiwan yang dilihat dalam persembahan 'powerpoint ' dan cara haiwan itu membiak iaitu sama ada melahirkan anak atau bertelur.

9. Guru menjalankan sesi perbincangan dengan murid berkaitan contoh-contoh haiwan yang melahirkan anak dan haiwan yang bertelur.

10. Murid menjawab Lembaran Kerja 1 hingga 3.

Pentaksiran 1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 1.

Aktiviti Pemulihan

1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 2.

Aktiviti Pengayaan

1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 3.  

(41)

  COMELNYA ANAKKU     35   

Tarikh

Nota

PEMBIAKAN HAIWAN

1. Haiwan membiak dengan cara :

 melahirkan anak

 bertelur

2. Contoh haiwan yang melahirkan anak:

lembu, kerbau, kambing, gajah, singa, harimau,

ikan paus dan ikan lumba-lumba.

3. Contoh haiwan yang bertelur :

katak, udang, ketam, ikan, ular, labah-labah,

burung, ayam dan itik.

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

(42)

  COMELNYA ANAKKU     36   

kambing

tupai

katak

   

ikan

rusa

ikan paus

itik

ular

Tarikh

Suaikan haiwan dengan cara pembiakannya.

Markah:

/

8

Lembaran Kerja 1

melahirkan

anak

bertelur

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

(43)

  COMELNYA ANAKKU     37   

                                         

Cara pembiakan : i) _________________

ii) _________________ ______________________

Tarikh

Padankan anak-anak haiwan dengan ibunya. Tuliskan dua

cara pembiakan.

Markah:

/

8

Lembaran Kerja 2

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

(44)

  COMELNYA ANAKKU     38   

semut monyet

burung

beruang ular kerbau

dugong ikan

paus

kambing

biawak penyu ketam

lipas unta

Bertelur

Melahirkan anak

Tarikh

Senaraikan haiwan mengikut cara pembiakannya.

Lembaran Kerja 3

Markah:

/

14

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

(45)

  ANAK SIAPA NI?

39   

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

Topik: ANAK SIAPA NI?

Ringkasan: Melalui topik ini, murid akan mempelajari mengenai tumbesaran haiwan.

Standard Kandungan:

Sains Hayat

2.3 Memahami tumbesaran haiwan

Standard Pembelajaran:

2.3.3 Mengenal pasti perubahan yang berlaku pada haiwan sejak dilahirkan iaitu membesar dari segi perubahan rupa dan pertambahan saiz.

2.3.4 Mengenal pasti anak haiwan yang menyerupai ibunya dan yang tidak menyerupai ibunya.

2.3.5 Merekod perubahan tumbesaran haiwan seperti rama-rama atau katak dari segi rupa dengan memerhati haiwan sebenar. 2.3.6 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau

lisan.

Tempoh: 60 minit

Sumber: 1. Dokumen 'powerpoint' mengenai haiwan dan pembiakannya.

2. Carta kitar hidup rama-rama. 3. Carta kitar hidup katak. 4. Akuarium dan telur katak.

5. Lembaran Kerja 1, 2 dan 3 = Pentaksiran. 6. Lembaran Kerja 4 = Pemulihan.

7. Lembaran Kerja 5 = Pengayaan.

Aktiviti:

1. Murid menonton persembahan 'powerpoint' mengenai pelbagai haiwan dan cara pembiakan masing-masing.

2. Murid menjawab soalan guru mengenai beberapa perkara berdasarkan persembahan 'powerpoint' tersebut.

Contoh :

Guru : Apakah cara pembiakan haiwan yang dapat kamu perhatikan?

Murid : Beranak dan bertelur, cikgu.

Guru : Adakah anak-anak haiwan ini mempunyai rupa dan bentuk yang sama dengan ibunya? Murid : Ada yang sama, ada yang tak sama, cikgu.

(46)

  ANAK SIAPA NI?

40   

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

3. Guru menjelaskan kepada murid bahawa terdapat dua keadaan iaitu:

i) terdapat anak haiwan yang tidak menyerupai ibunya pada peringkat awal hidupnya

ii) terdapat anak haiwan yang menyerupai ibunya pada peringkat awal hidupnya tetapi berbeza dari segi saiz.

4. Guru menjalankan sesi perbincangan dengan murid berkaitan perubahan rupa bentuk anak haiwan bermula dari ia dilahirkan atau ditetaskan sehinggalah ke peringkat dewasa dengan memberi contoh.

5. Guru meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran mengenai kitaran hidup rama-rama atau katak dengan menjalankan aktiviti berikut:

Kitaran hidup rama-rama

i) Guru meminta murid melihat nota berkaitan kitaran hidup rama-rama. (guru tayang)

ii) Guru menyoal murid mengenai bilangan peringkat dalam kitaran hidup rama-rama.

iii) Guru menjelaskan bahawa peringkat hidup rama-rama ini sentiasa berulang.

iv) Guru memberikan setiap murid sehelai kertas lukisan dan mengarahkan murid menghasilkan habitat rama-rama dengan menggunakan ranting dan daun, gam dan pensel warna.

v) Guru meminta murid melekatkan gambar telur, ulat beluncas, kepompong dan rama-rama dewasa pada 'habitat' tersebut.

vi) Guru meminta murid menceritakan mengenai kitaran hidup rama-rama yang mereka hasilkan.

(47)

  ANAK SIAPA NI?

41   

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

Kitaran hidup katak

i) Guru meminta murid melihat nota berkaitan kitaran hidup katak.

ii) Guru menyoal murid mengenai bilangan peringkat dalam kitaran hidup katak.

iii) Guru menjelaskan bahawa peringkat hidup katak ini sentiasa berulang.

iv) Guru memberikan setiap murid sehelai kertas lukisan dan mengarahkan murid melukis habitat katak dengan menggunakan pensel warna.

v) Guru meminta murid melekatkan gambar telur, berudu dan katak dewasa pada 'habitat' tersebut.

vi) Guru meminta murid menceritakan mengenai kitaran hidup katak yang mereka hasilkan.

6. Murid membuat pemerhatian ke atas telur katak yang disimpan dalam akuarium selama 2 dua minggu sehingga telur menetas menjadi berudu dan katak. Murid diminta merekodkan

pemerhatian perubahan rupa bentuk katak.

Pentaksiran 1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 1 dan 2.

Aktiviti Pemulihan

1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 3 dan 4.

Aktiviti Pengayaan

1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 5.  

(48)

 

ANAK SIAPA NI?

    42   

TUMBESARAN HAIWAN

1. Selepas dilahirkan atau ditetaskan daripada telur,

anak-anak haiwan sama ada akan:

 mempunyai rupa dan bentuk yang sama

dengan ibunya, atau

 tidak mempunyai rupa dan bentuk yang

sama dengan ibunya

2. Anak haiwan yang menyerupai ibunya semasa

dilahirkan akan terus membesar sekiranya

mendapat keperluan asas yang mencukupi

dengan mengalami perubahan saiz.

3. Contoh anak haiwan yang tidak menyerupai

ibunya selepas ditetaskan ialah rama-rama dan

katak.

4. Anak rama-rama dan katak akan mengalami

perubahan rupabentuk mengikut fasa-fasa

tertentu, contohnya:

kitar hidup rama-rama

 

 

kitar hidup katak

 

Tarikh

Nota

telur  berudu katak

muda

katak dewasa

telur ulat

beluncas

kepompong  rama - rama

dewasa

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

(49)

 

ANAK SIAPA NI?

   

43   

kitar hidup rama-rama

 

kitar hidup katak

 

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

(50)

 

ANAK SIAPA NI?

    44   

Tarikh

Padankan anak haiwan dengan haiwan dewasa.

Markah:

/

4

Lembaran Kerja 1

         

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

(51)

 

ANAK SIAPA NI?

    45   

cheetah singa badak sumbu

ayam lembu gajah

_____________________ _____________________ ______________________

_____________________ _____________________ ______________________

Tarikh

Namakan contoh haiwan yang mempunyai anak yang

serupa bentuk dengannya berpandukan perkataan di

bawah.

Markah:

/ 6

Lembaran Kerja 2

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

(52)

 

ANAK SIAPA NI?

    46   

kuda lembu katak kupu-kupu

labah-labah rama-rama kerbau

cicak kucing nyamuk

pepatung ayam udang

Anak menyerupai ibu

pada peringkat awal

hidupnya

Anak tidak menyerupai ibu

pada peringkat awal

hidupnya

kucing udang

1 8

2 9

3 10

4 11

5 12

6

7

Tarikh

Kelaskan haiwan-haiwan berikut mengikut contoh yang

diberi.

Lembaran Kerja 3

Markah:

/

12

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

(53)

 

ANAK SIAPA NI?

   

47   

a.

Kitar hidup rama-rama

b. Kitar hidup katak

Tarikh

Lembaran Kerja 4

Markah:

/

8

Tuliskan huruf mengikut urutan yang betul.

 

A

B

C

A

B

 

C

D

D

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

(54)

 

ANAK SIAPA NI?

   

48   

1. Haiwan membesar dengan berlakunya perubahan

_____________ dan pertambahan ____________.

A. rupa, warna B. rupa, saiz C. saiz, rupa

2. Haiwan manakah mempunyai anak yang menyerupai

bentuknya?

A. Gajah B. Katak C. Kupu-kupu

3. Anak katak dinamakan ______________.

A. Anak katak B. Jentik-jentik C. Berudu

4. Y dalam kitaran hidup rama-rama di bawah ialah

______________.

A. Berudu B. Jentik-jentik C. Kepompong

Markah:

/ 4

Tarikh

Bulatkan jawapan yang betul.

Lembaran Kerja 5

Telur

 

Ulat beluncas

 

Y

 

Rama-rama

 

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

(55)

  PI MAI PI MAI TANG TU…..

49   

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

Topik: PI MAI PI MAI TANG TU…..

Ringkasan: Melalui topik ini, murid akan mempelajari mengenai pergerakan haiwan.

Standard Kandungan:

Sains Hayat

2.4 Memahami pergerakan haiwan

Standard Pembelajaran:

2.4.1 Menjelaskan cara haiwan bergerak seperti berjalan, merangkak, terbang, berenang, menjalar, mengengsot, merayap, berlari dan melompat.

2.4.2 Menggambarkan cara haiwan bergerak seperti ikan berenang, burung terbang, lembu berjalan, kura-kura merangkak, ular menjalar, siput babi mengengsot, semut merayap, kuda berlari dan katak melompat melalui aktiviti simulasi.

2.4.3 Menaakul kepentingan pergerakan kepada haiwan.

2.4.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.

Tempoh: 60 minit

Sumber: 1. Dokumen persembahan 'powerpoint' lagu 'Lompat katak lompat'

2. Dokumen persembahan 'powerpoint' lagu 'Tinggi di awan'.

3. Lembaran Kerja 1 dan 2 = Pentaksiran. 4. Lembaran Kerja 3 = Pemulihan.

5. Lembaran Kerja 4 dan 5 = Pengayaan.

Aktiviti:

1. Guru meminta seorang murid (dinamakan A) datang ke hadapan kelas.

2. Murid A diminta berdiri menghadap rakan-rakan sekelasnya buat seketika sebelum diarahkan kembali ke kerusinya.

3. Guru meminta murid-murid menyatakan cara murid A bergerak ke hadapan kelas.

contoh :

Guru : Bagaimanakah A bergerak ke hadapan? Murid : A berjalan, cikgu.

4. Guru menyoal murid-murid mengenai contoh haiwan yang bergerak seperti murid A iaitu berjalan.

5. Guru seterusnya menjelaskan bahawa berjalan merupakan satu cara haiwan bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

6. Guru menyoal murid selain dari berjalan, apakah cara lain murid boleh datang ke hadapan kelas.

(56)

  PI MAI PI MAI TANG TU…..

50   

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

contoh :

Guru : Selain berjalan, boleh kamu berikan cara lain untuk kamu datang ke hadapan?

Murid : Kita boleh berlari, cikgu.

7. Guru menggunakan persembahan 'powerpoint' untuk memperdengarkan lagu 'Lompat katak lompat'.

8. Murid diminta menyanyikan lagu tersebut bersama-sama berpandukan lirik yang ditunjukkan di skrin putih. (Lampiran) 9. Murid diminta menyatakan dua aktiviti yang dijalankan oleh katak

berdasarkan lagu tersebut. contoh :

Cikgu : Ali, apakah yang dilakukan oleh katak tersebut?

Ali : Katak lompat dan berenang, cikgu. 10. Guru menjelaskan bahawa katak bergerak dengan cara

melompat di darat dan berenang semasa berada di dalam air. 11. Guru menggunakan persembahan 'powerpoint' untuk

menunjukkan pelbagai cara haiwan bergerak berdasarkan standard pembelajaran 2.4.2. (Lampiran). Guru memintan murid melakonkan cara haiwan bergerak.

12. Guru membincangkan dengan murid mengenai kepentingan haiwan bergerak dengan merujuk kepada nota murid.

13. Guru meminta murid menyatakan perkara yang mungkin berlaku sekiranya haiwan tidak bergerak.

Soalan:

Guru : Apa akan jadi jika haiwan tidak boleh bergerak?

Murid : (Jawapan murid)

Guru : Bolehkah haiwan mendapat makanan jika tidak bergerak?

Murid : (Jawapan murid)

14. Guru menyebut beberapa nama haiwan dan murid diminta melakukan simulasi cara haiwan-haiwan tersebut bergerak. 15. Guru kemudiannya menjalankan permainan 'meneka haiwan'

berdasarkan pergerakan yang dilakonkan oleh murid.

16. Guru membimbing murid membuat kesimpulan bahawa haiwan bergerak dengan pelbagai cara.

17. Guru menggunakan persembahan 'powerpoint' untuk

memperdengarkan lagu 'Tinggi di awan' dan bernyanyi bersama-sama murid. (Lampiran)

(57)

  PI MAI PI MAI TANG TU…..

51   

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

Pentaksiran 1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 1 dan 2.

Aktiviti Pemulihan

1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 3.

Aktiviti Pengayaan

1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 4 dan 5.                                                

(58)

  PI MAI PI MAI TANG TU…..

52   

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

   

Lirik lagu 'Lompat katak lompat'

   

Lompat lompat lompat katak lompat,

Lompat melompat dalam kolam,

Berenang-renang bersukaria,

Sambil menyanyi ria.

Lampiran

(59)

  PI MAI PI MAI TANG TU…..

53   

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

Lirik lagu 'Tinggi di awan'

   

Lihatlah lihatlah di langit biru,

Burung berterbangan berkawan-kawan,

Riangnya riangnya rasa hatiku,

Ingin ku bersama tinggi di awan.

 

       

(60)

PI MAI PI MAI TANG TU     54   

HAIWAN BERGERAK

1. Haiwan bergerak untuk :

 

 mencari makanan

 melarikan diri daripada musuh

 mencari tempat untuk hidup

 mencari pasangan untuk membiak

2. Haiwan boleh bergerak dengan pelbagai cara,

contohnya:

Tarikh

Nota

berenang

ikan

, berudu, itik,

penyu, dugong

terbang

kelawar,

burung

,

rama-rama

merangkak

buaya,

kura-kura

berjalan

lembu

, gajah,

harimau

berlari

kuda

, harimau,

rusa

merayap

semut

,

ulat gonggok

mengengsot

siput babi

menjalar

ular

melompat

katak

,

kanggaru,arnab

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

(61)

PI MAI PI MAI TANG TU     55   

Singa

( Terbang / Berjalan )

 

Kura-kura

( Merangkak / Melompat )

Katak

( Melompat / Berlari )

   

Ikan

( Berenang / Merangkak )

Zirafah

( Berjalan / Menjalar )

Ular sawa

( Mengengsot / Menjalar )

Kelawar

( Terbang / Berjalan )

 

Gajah

( Merangkak / Berjalan )

Tarikh

Bagaimanakah haiwan-haiwan ini bergerak? Bulatkan

jawapan yang betul.

Markah:

/

8

Lembaran Kerja 1

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

(62)

PI MAI PI MAI TANG TU     56   

Tarikh

Padankan pergerakan yang betul bagi haiwan berikut.

Markah:

/

5

Lembaran Kerja 2

   

Berlari

     

Terbang

     

Melompat

   

Mengengsot

     

Merangkak

 

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

(63)

PI MAI PI MAI TANG TU     57   

1. Haiwan manakah boleh melompat?

2. Haiwan manakah boleh berenang?

3. Haiwan manakah boleh berlari?

4. Haiwan manakah boleh merangkak?

5. Haiwan manakah boleh terbang?

Tarikh

Bulatkan jawapan yang betul.

Lembaran Kerja 3

Markah:

/

5

                   

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

(64)

PI MAI PI MAI TANG TU     58   

1. Rajah menunjukkan lapan jenis haiwan.

a) Namakan dua jenis haiwan yang boleh berenang.

i) _________________________ ii) __________________________

b) Namakan dua jenis haiwan yang boleh terbang.

i) _________________________ ii) __________________________

c) Namakan dua jenis haiwan yang boleh melompat.

i) _________________________ ii) __________________________

d) Namakan dua jenis haiwan yang boleh merangkak.

i) _________________________ ii) __________________________

Markah:

/

8

Tarikh

Tuliskan jawapan yang betul.

Lembaran Kerja 4

         

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

(65)

PI MAI PI MAI TANG TU     59   

1. Itik ___________________________ di atas permukaan air

kolam.

2. Ular __________________________ untuk bergerak.

3. Burung ________________________ di udara.

4. Unta boleh ______________________ laju.

5. Siput babi ______________________ untuk bergerak.

 

Markah:

/

5

Tarikh

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Lembaran Kerja 5

mengengsot

 

berlari

 

terbang

 

menjalar

 

berenang

 

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

(66)
(67)

  HEBATNYA AIR

61   

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

Topik: HEBATNYA AIR

Ringkasan: Melalui topik ini, murid akan mempelajari mengenai keperluan asas tumbuhan iaitu air.

Standard Kandungan:

Sains Hayat

3.1 Memahami keperluan asas tumbuhan.

3.2 Menyedari tumbuhan mempunyai keperluan asas untuk hidup.

Standard Pembelajaran:

3.1.1 Mengenal pasti keperluan asas tumbuhan iaitu air, udara dan cahaya matahari.

3.1.2 Menaakul tentang kepentingan air, udara dan cahaya matahari kepada tumbuhan dengan menjalankan penyiasatan.

3.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK , penulisan atau lisan.

3.2.1 Menjaga tumbuhan dengan memberikan keperluan asasnya bagi memastikan ia hidup dan subur.

Tempoh: 60 minit

Sumber: 1. Cawan plastik. 2. Kapas.

3. Biji benih kacang hijau.

4. Lembaran kerja 1 = Pentaksiran. 5. Lembaran kerja 2 = Pemulihan. 6. Lembaran kerja 3 = Pengayaan. 7. Lembaran kerja 4.

Aktiviti:

Aktiviti 1:

1. Guru membuat persediaan awal.

 Menyediakan dua keratan pokok yang berdaun.(berbatang lembut)

 Satu keratan dimasukkan ke dalam bikar yang berisi air.

 Satu keratan dimasukkan ke dalam bikar yang tidak berisi air.

 Dibiarkan selama tiga hari.

2. Murid membuat pemerhatian dan menjawab soalan guru. Contoh soalan:

a. Apakah yang dapat kamu perhatikan? b. Kenapa daun itu layu?

c. Kenapa daun yang satu lagi tidak layu? Aktiviti 2:

1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang keadaan tumbuhan pada musim kemarau dan hujan.

2. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.  Kumpulan 1 : tumbuhan musim kemarau  Kumpulan 2 : tumbuhan musim hujan.

(68)

  HEBATNYA AIR

62   

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

3. Murid membuat lakonan keadaan tumbuhan mengikut musim. Contoh :

Guru: Sekarang musim kemarau telah tiba.

Murid: Kumpulan musim kemarau akan melakonkan keadaan tumbuhan.

Guru memberi arahan musim seterusnya dan kumpulan tersebut ditukar musim untuk memastikan semua murid dapat melakukan lakonan yang berlainan.

Aktiviti 3:

1. Guru membuat persediaan awal.

 Rendamkan beberapa biji benih kacang hijau semalaman.

 Semai biji benih itu di atas kapas yang lembap di dalam cawan plastik sehingga biji benih bercambah. 2. Guru membentuk beberapa kumpulan murid untuk

menjalankan penyiasatan.

3. Setiap kumpulan dibekalkan dengan dua cawan plastik dan dua gumpal kapas yang sama besar.

4. Murid melabelkan cawan plastik tersebut dengan A dan B. 5. Murid mencelup satu gumpal kapas ke dalam air.

6. Murid memasukkan kapas yang dicelup ke dalam cawan plastik A dan kapas yang tidak dicelup dimasukkan ke dalam cawan plastik B.

7. Murid memasukkan anak pokok ke dalam setiap cawan plastik tersebut.

8. Murid meletakkan kedua-dua cawan plastik di tepi tingkap dan dibiarkan selama tiga hari.

9. Sepanjang tiga hari, murid membuat pemerhatian tentang hasil penyiasatan.

10. Murid menjawab lembaran kerja 4.

11. Selepas tiga hari, guru membuat perbincangan dengan murid tentang hasil penyiasatan.

Contoh soalan:

a. Apakah perbezaan anak pokok di dalam cawan A dan di dalam cawan B.

b. Kenapakah anak pokok di dalam cawan B layu? c. Kenapakah anak pokok di dalam cawan plastik A hidup

sihat?

d. Adakah anak pokok layu disebabkan kekurangan cahaya matahari?

(69)

  HEBATNYA AIR

63   

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

f. Adakah kamu fikir air perlu untuk tumbuhan hidup dan sihat?

12. Murid membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian mereka iaitu tumbuhan memerlukan air untuk hidup.

13. Murid melukis gambar mimik muka pada cawan plastik yang mengambarkan perasaan anak pokok.

14. Murid berbincang apa yang perlu dilakukan untuk memastikan tumbuhan mereka hidup sihat.

Pentaksiran Murid menjawab Lembaran Kerja 1

Aktiviti Pemulihan

Murid menjawab Lembaran Kerja 2

Aktiviti Pengayaan

Murid menjawab Lembaran Kerja 3  

(70)

HEBATNYA AIR 

64   

KEPERLUAN ASAS TUMBUHAN

1. Keperluan asas tumbuhan ialah:

a. air

b. cahaya matahari

c. udara

                

Tarikh

Nota

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

(71)

HEBATNYA AIR 

65   

Tarikh

Lukiskan pemerhatian kamu dalam jadual yang

Markah:

/ 10

Lembaran Kerja 1

Kapas kering

Kapas basah

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

(72)

HEBATNYA AIR 

66   

Tarikh

Suaikan berdasarkan gambaran yang betul.

Markah:

/ 8

Lembaran Kerja 2

disiram setiap

hari

tidak disiram

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

(73)

HEBATNYA AIR  67   

A.

                 

B.

 

Tarikh

Lukiskan keadaan tumbuhan selepas beberapa hari.

Lembaran Kerja 3

Markah:

/ 10

                                  

Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2

Referensi

Dokumen terkait

Narang - Moderate road Operational Public roads Rural roads 0 2806 Jalan Andi Tonro - Moderate road Operational Public roads Urban roads 0 2811 Jalan Andi

 75 - 400 DPL meliputi wilayah Kecamatan Mojosongo, Teras, Sawit, Banyudono, Sambi, Ngemplak, Simo, Nogosari, Karanggede, Andong ,Klego, Kemusu, Wonosegoro, Juwangi dan

Ungkapan warisan yang selalu digunakan dalam hubungan dengan kehidupan kekal bagi orang percaya, menegaskan bahwa keselamatan di dalam Kristus adalah

Tujuan dalam penelitian ini adalah untuk mengetahui apakah ada pengaruh yang signifikan antara kompetisi dalam kegiatan belajar ekonomi terhadap motivasi belajar

The system of Legal order of zakat management integrates the principle of intermediation of zakat social fund and connects normative framework of the zakat management

Pada kenyataannya, pada budaya digital ini, manusia mengalami pelipatan sosial, yaitu terjadinya penaklukan ruang oleh waktu lewat kemajuan teknologi

PENGGUNAAN METODE SUKU KATA MELALUI REPOSISI BUNYI DALAM MENINGKATKAN KEMAMPUAN MEMBACA PERMULAAN ANAK TUNAGRAHITA SEDANG KELAS II SLB C SUMBERSARI.. Universitas Pendidikan

Pada periode ini, terjadi perubahan gaya ekonomi komunikasi yang menjadikan perekonomian semakin menguat karena hadirnya berbagai kemajuan dibidang teknologi