Page | 1 PANDUAN UNTUK PEMOHON –FIRMA GUAMAN ASING BERKELAYAKAN
Di bawah Akta Profesion Undang (Pindaan) Akta 2012 dan Profesion Undang-Undang (Pelesenan Perkongsian Antarabangsa dan Firma Guaman Asing Berkelayakan dan Peraturan Pendaftaran Peguam Asing) (“Peraturan) dibuat di bawah ini, Firma Guaman Asing (“FLF”) boleh membuat permohonan di bawah seksyen 40G Akta untuk mendapatkan lesen Firma Guaman Asing Berkelayakan (“QFLF”).
(1) Sebuah firma guaman asing dilesenkan sebagai QFLF tidak akan memerlukan firma undang-undang Malaysia sebagai seorang rakan kongsi. Liberalisasi akan bermula dengan tawaran awal sehingga lima lesen QFLF, ruang seperti ini telah diwujudkan sebagai menyokong Pusat Kewangan Islam Antarabangsa (“MIFC”) Kerajaan Malaysia sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam ucapan dasarnya pada 22 April 2009. Oleh yang demikian lesen QFLF akan dibenarkan kepada FLF yang telah membuktikan kepakaran dalam Kewangan Islam Antarabangsa yang mana boleh menyokong dan menyumbang kepada inisiatif MIFC.
(2) Sebuah firma guaman asing boleh membuat satu permohonan kepada Majlis Peguam untuk mendapatkan lesen QFLF dengan menggunakan Borang B dalam Peraturan.
(3) FLF perlu bereputasi baik dan tidak ada FLF mahupun mana-mana peguam-peguamnya tertakluk kepada mana-mana tindakan disiplin bidang kuasa atau pernah dahulunya diambil tindakan disiplinkan untuk mana-mana kesalahan disiplin. FLF juga tidak menjadi pihak kepada mana-mana prosiding jenayah atau sivil yang boleh menjurus kepada tindakan disiplin diambil terhadap firma oleh mana-mana bidang kuasa.
(4) Bidang amalan dibenarkan dijelaskan sebagai transaksi yang dikawal oleh undang-undang Malaysia dan sekurang-kurangnya satu lagi undang-undang-undang-undang negara, atau transaksi dikawal oleh mana-mana undang-undang selain daripada undang-undang Malaysia semata-mata. Dalam kes QFLF, kerja pengawalan di bawah undang-undang Malaysia dibuat disebabkan oleh seorang atau lebih peguam bela dan peguam cara asing Mahkamah Tinggi Malaya memiliki sijil yang sah dan masih laku untuk menjalankan amalan.
(5) Perkara yang berikut secara khusus dikecualikan daripada bidang amalan yang dibenarkan; iaitu undang-undang pentadbiran dan perlembagaan; pemindahan hak; undang-undang jenayah; undang-undang keluarga; undang-undang probet termasuk wasiat, kematian tak berwasiat, probet dan pentadbiran; undang-undang amanah apabila pemberi amanahnya seorang individu; undang-undang yang berkaitan dengan aktiviti amal dan yayasan, sama ada pemberi amanahnya seorang individu atau sebuah perbadanan; perbankan runcit termasuk pinjaman koporat atau perdagangan kepada perusahaan kecil dan sederhana; pendaftaran paten dan cap dagang; menyertai atau mengemukakan pliding di mana-mana mahkamah keadilan di Malaysia, mewakili pelanggan membuat sebarang prosiding dalam mahkamah tertentu atau memberi nasihat, sama ada atau tidak dengan tujuan utama ialah untuk menasihati pelanggan dalam mengendalikan prosiding sedemikian; dan menyertai dalam mana-mana
Page | 2 perbicaraan di hadapan kuasi kehakiman atau badan kawal selia, pihak berkuasa atau tribunal di Malaysia.
(6) FLF sepatutnya, pada pendapat Majlis Peguam, mempunyai kepakaran dan pengalaman guaman yang relevan dalam bidang amalan dibenarkan. Untuk tujuan memastikan sama ada seorang peguam memenuhi tempoh kepakaran guaman yang relevan dan pengalaman yang diperlukan, mana-mana tempoh yang digunakan untuk menghadiri mana-mana kursus, pengajian pasca siswazah, artikel, pelatihan atau latihan seumpamanya dalam bidang amalan yang dibenarkan tidak akan diambil kira. Bidang amalan yang dibenarkan bagi FLF dalam IP dijelaskan sebagai transaksi yang dikawal oleh undang-undang Malaysia dan sekurang-kurangnya satu undang-undang lain negara, atau satu transaksi yang dikawal hanya dengan mana-mana undang-undang selain daripada undang-undang Malaysia.
Untuk tujuan mempamerkan kepakarannya dalam Kewangan Islam Antarabangsa, FLF perlu menyediakan maklumat berikut:
(a)satu rumusan transaksi FLF dalam kewangan Islam pada masa 5 tahun lalu, dengan butiran nilai kewangan dan kerumitan-kerumitan transaksi;
(b) rekod prestasi FLF atau kedudukannya di peringkat global sebagai sebuah firma undang-undang utama dalam Kewangan Islam Antarabangsa;
(c) bilangan peguam dengan kepakaran Kewangan Islam Antarabangsa yang akan ditempatkan di pejabat Malaysia dan butiran penyertaan mereka dalam transaksi-transaksi Kewangan Islam Antarabangsa pada masa 5 tahun lalu;
(d) bidang pengamalan Kewangan Islam Antarabangsa yang FLF akan tawarkan di Malaysia, khususnya bidang itu tidak ditawarkan oleh firma-firma guaman Malaysia dan FLF lain;
(e) tahap yang pejabat Malaysia akan berfungsi sebagai sebuah ibu pejabat untuk rantau Asia; dan
(f) pelanggan Kewangan Islam Antarabangsa bukan rakyat Malaysia yang FLF berikan perkhidmatan daripada pejabatnya di Malaysia.
(7) Sekurang-kurangnya dua orang peguam asing di QFLF yang menjadi rakan kongsi ekuiti di FLF mesti tinggal di Malaysia tidak kurang daripada 182 hari dalam mana-mana tahun kalendar.
(8) Bilangan peguam Malaysia di QFLF seharusnya tidak kurang daripada 30% jumlah bilangan peguam dalam firma itu, melainkan sebaliknya ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilihan.
(9) Seorang peguam Malaysia diambil bekerja dalam QFLF tidak layak untuk mendapatkan satu perakuan amalan di bawah Bahagian III Akta Profesion Undang-Undang 1976.
(10) Curriculum vitea peguam Malaysia dalam QFLF hendaklah mengandungi maklumat yang berkaitan dengan:
(i) sejarah pekerjaan;
Page | 3 penting;
(iii) pencapaian profesional
(11) QFLF juga akan tertakluk kepada keperluan dalam soal insurans tanggung rugi profesional pada satu tahap yang sesuai dengan sifat dan tahap perniagaan mereka dalam memenuhi seksyen 78A Akta. Dalam kes ini QFLF dikehendaki menyediakan satu salinan polisi perlindungan insurans globalnya dan perlu memastikan bahawa nama QFLF dimasukkan ke dalam polisi ini dalam tempoh tiga puluh (30) hari permohonan QFLF diluluskan. Satu salinan polisi insurans yang disemak hendaklah dihantar kepada Majlis Peguam untuk rekod.
(12) QFLF hanya diperlukan bagi membeli perlindungan insurans tanggung rugi selepas notis secara bertulis dari Majlis Peguam memberitahu bahawa permohonan QFLF telah diluluskan, tetapi QFLF dikehendaki mengemukakan kepada Majlis Peguam satu salinan perlindungan insurans dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh surat kelulusan Majlis Peguam. QFLF dikehendaki mendapatkan insurans Tanggung Rugi Profesional daripada Jardine Lloyd Thompson Sdn Bhd (“JLT”) yang boleh dihubungi secara terus untuk semua pertanyaan yang berkaitan dengan Insurans Tanggung Rugi Profesional di alamat:
Jardine Lloyd Thompson Sdn Bhd
Suite 10.2 10th Floor Faber Imperial Court 21A Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur Tel: 03-2723 3388 Fax: 03-2723 3301 www.praktis.com.my
(13) QFLF mesti memberitahu Majlis Peguam dalam tempoh tujuh hari (7) mana-mana perubahan material terhadap polisi/polisi-polisi insurans tanggung rugi profesional yang berkaitan dengan tanggung rugi terhadap kerugian akibat daripada tuntutan yang berkaitan dengan tanggungjawab awam bersangkutan dengan peruntukan perkhidmatan guaman dalam atau dari Malaysia oleh QFLF. Perubahan material termasuk, tetapi tidak terhad kepada, perubahan penanggung insurans, terma dan syarat perlindungan dan jumlah perlindungan insurans.
(14) FLF perlu mengemukakan satu rancangan perniagaan (“Rancangan Perniagaan”) 3 tahun bersama-sama borang permohonannya kepada Majlis Peguam. Rancangan Perniagaan akan mengandungi tetapi bukan dibataskan kepada sebarang cadangan untuk pemindahan teknologi dan kepakaran yang sesuai dalam bidang amalan yang dibenarkan dan sumbangan dicadangkan FLF bagi pertumbuhan dan pembangunan dalam pasaran perkhidmatan guaman Malaysia terutamanya dalam bidang Kewangan Islam Antarabangsa termasuk juga pelaksanaan Rancangan Perniagaan. FLF perlu membuat aku janji bahawa tiada pengubahsuaian material akan dibuat kepada Rancangan Perniagaan tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu Majlis Peguam. Rancangan Perniagaan , juga akan memasukkan maklumat berikut:
Page | 4 (ii) nombor peguam Malaysia di QFLF;
(iii) skop QFLF dalam soal bidang amalan; (iv) skop QFLF dalam soal jangkauan geografi;
(v) unjuran peningkatan bilangan peguam/rakan kongsi (tentukan bidang amalan dan senioriti);
(vi) unjuran tumbuhan pendapatan;
(vii) pelaburan teknologi dalam QFLF (peralatan/perisian/pangkalan data dan sokongan);
(viii) rancangan latihan untuk kakitangan profesional; dan
(ix) mana-mana maklumat material lain (misalnya cadangan tarikh permulaan QFLF) (15) Fi permohonan untuk lesen QFLF sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan 13 (Jadual Kedua) ialah RM15,000.00. Pemohon perlu memastikan bahawa bayaran dibuat sebelum permohonan dikemukakan dan sertakan salinan resit bersama-sama permohonan. Kaedah pembayaran ialah seperti yang berikut:
(i) Bayaran melalui Capaian Langsung Kad Kredit Majlis Peguam Malaysia (Visa/ MasterCard):
Lengkapkan surat Kebenaran Bayaran melalui Capaian Langsung Kad Kredit Majlis Peguam Malaysia dan hantar melalui faks ke talian 03-20502133 atau mengirim e-mel kepada [email protected].
(ii) Cek: Bayaran hendaklah dibuat atas nama "Majlis Peguam" (iii) Pemindahan Wang Melalui Bank:
Nama Akaun: Majlis Peguam
No. Akaun: 301-022166-001
Alamat Bank: HSBC Bank Malaysia Berhad
No. 2 Leboh Ampang 50010 Kuala Lumpur Kod Pemindahan: HBMBMYKL
Catatan: Bayaran tidak akan dipulangkan meskipun permohonan yang dibuat tidak berjaya.
(16) Setelah permohonan diluluskan, Majlis Peguam akan mengeluarkan satu lesen dengan menggunakan Borang E.
(17) Dalam tempoh tiga (3) bulan bagi setiap penghujung tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh permulaan lesen, QFLF dikehendaki mengemukakan satu laporan tahunan dan penyata kewangan tahunan yang diaudit tentang perniagaannya. Laporan tahunan hendaklah mengandungi maklumat berkaitan dengan:
(i) prestasi operasi QFLF yang berkaitan sasaran atau penanda aras yang ditetapkan IP dalam Rancangan Perniagaannya;
(ii) Cadangan rancangan, jika ada, tentang memperluaskan atau menstruktur semula operasi QFLF, termasuk tetapi tidak terhad kepada perubahan bilangan peguam dan
Page | 5 pekerja lain dan skop amalan QFLF (misalnya perubahan bidang amalan undang-undang atau kawasan geografi yang diberi khidmat); dan
(iii) amaun kumulatif keuntungan yang diperolehi dan penyata kewangan tahunan QFLF yang diaudit.
(18) Lesen QFLF sah untuk satu tempoh permulaan tiga tahun, melainkan ia terlebih dahulu dibatalkan.
(19) Majlis Peguam boleh, apabila menerima satu permohonan secara bertulis dan bayaran fi yang ditetapkan, membaharui lesen QFLF tertakluk kepada syarat-syarat mungkin dikenakan.
(20) Semua QFLF akan dikawal oleh Majlis Peguam. Akta memperuntukan penubuhan Jawatankuasa Pemilihan yang akan bertanggungjawab untuk mempertimbangkan semua permohonan, dan untuk membuat syor untuk meluluskan/tidak meluluskan permohonan kepada Majlis Peguam. Jawatankuasa Pemilih akan dipengerusikan bersama oleh Peguam Negara dan Presiden Bar Malaysia dan kesemuanya mempunyai lima orang ahli. Majlis Peguam akan berkhidmat sebagai Sekretariat untuk Jawatankuasa Pemilihan. Oleh yang demikian, semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada Majlis Peguam dengan menggunakan borang yang ditetapkan dalam Peraturan.
(21) Semua QFLF perlu mematuhi peraturan dan pengawalan yang sama yang dikenakan terhadap peguam bela dan peguam cara di Semenanjung Malaysia.