• Tidak ada hasil yang ditemukan

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 2)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 2)"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

WPK 1813

Motivasi dan Emosi

(Minggu 2)

Pensyarah

(2)

SINOPSIS

-

Modul ini akan merangkumi konsep dasar berkaitan

dengan beberapa aspek: Pelbagai pendekatan dan

teori tentang motivasi dan emosi - Gambaran tentang

bagaimana teori-teori dan prinsip-prinsip motivasi

dapat diterapkan dalam tingkah laku manusia

-Penilaian tentang teori-teori tersebut dari perspektif

(3)

Pelbagai Pendekatan Dan Teori

Tentang Emosi

(4)

DEFINISI EMOSI

Menurut Kamus Bahasa Melayu (1994), emosi bermaksud perasaan pada jiwa yang kuat seperti sedih, marah dan lain-lain.

Oxford Advanced Learners’ Dictionary (1995), menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dan pelbagai jenis kasih sayang, keriangan, benci, takut, cemburu, keseronokan atau gangguan pada perasaan.

The Oxford Dictionary of Current English (1986) pula menyatakan emosi

sebagai perasaan yang kuat dari dalam terutamanya daripada aspek mental atau naluri, seperti kasih sayang ataupun takut.

Muhammad Uthman Najati (1993), emosi merupakan bangkitan perasaan dan rasa dalaman hasil tindak balas seseorang terhadap sesuatu perkara, pengalaman dan peristiwa yang berlaku seperti emosi takut, marah, kecewa, gembira, suka dan kasih sayang

(5)

DEFINISI EMOSI

Dalam istilah Psikologi, emosi merupakan bahasa dalaman seseorang yang berkait rapat dengan tindak balas (fizikal) daripada sensitiviti

perasaan dalaman dan luaran (pergaulan sosial).

Ia adalah suatu pergerakan dalam minda yang dikeluarkan oleh

pengaruh luaran. Minda adalah pasif dan sentiasa menerima semua yang terlintas untuk mempengaruhinya.

Apabila minda tersebut bangkit untuk menunjukkan apa yang dirasainya, maka itulah yang dimaksudkan sebagai emosi.

(6)

BENTUK-BENTUK EMOSI

Berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an, hadith dan pendapat para ulama’, kejadian manusia adalah terdiri daripada unsur jasmani dan rohani, maka Islam tidak pernah menafikan tentang

wujudnya emosi dalam diri manusia.

Malah al-Qur’an telah menggambarkan beberapa bentuk emosi yang terdapat dalam diri manusia seperti :

Emosi Takut

Iman al-Ghazali dalam menghuraikan emosi takut telah

mengibaratkan ia sebagai sesuatu yang menikam dan terbakar di dalam hati disebabkan oleh datangnya sesuatu perkara yang sangat dibenci dan tidak diingini.

(7)

DALIL EMOSI TAKUT

Firman Allah s.w.t dalam surah al-An’am ayat 15 yang mana telah menjelaskan tentang emosi takut yang wujud pada manusia.

ٍمي ِظَع ٍم ْوَي َباَذَع يِّب َر ُتْيَصَع ْنِإ ُفاَخَأ يِّنِإ ْلُق

Maksud-Nya : Katakanlah: "Sesungguhnya Aku takut akan azab hari

yang besar (hari kiamat), jika Aku mendurhakai Tuhanku."

Berdasarkan ayat-ayat al-Quran yang menyentuh tentang emosi

takut, Muhammad Uthman Najati dalam bukunya Qur’an wa Ilm

al-Nafs telah membahagikan perasaan takut yang ada pada manusia

kepada beberapa jenis iaitu takut kepada Allah s.w.t, manusia dan juga takut kepada kematian serta kemiskinan.

(8)

BENTUK-BENTUK EMOSI

Emosi Marah

Emosi marah merupakan salah satu perasaan yang timbul apabila manusia berasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara.

Kebiasaannya ia diiringi oleh perubahan fisiologi seperti muka menjadi

marah, anggota badan menggeletar, pergerakan dan pertuturan bercelaru. Kadang-kala ia diiringi oleh kelakuan luaran seperti cacian, deraan, kutukan dan dendam.

Emosi marah adalah antara naluri semulajadi manusia yang dijadikan oleh Allah s.w.t untuk keperluan hidupnya. Sebagai satu sifat yang semulajadi, pada asalnya mempunyai emosi marah bukanlah suatu kecacatan atau kekurangan manusia. Namun begitu, emosi marah ini boleh menjadi sifat yang keji, jika kemarahan itu menimbulkan perasaan dendam dan

(9)

DALIL EMOSI MARAH

Emosi marah yang tidak dapat dikawal boleh membawa keburukan dan merosakkan diri sendiri serta orang lain. Allah s.w.t turut

menyeru manusia supaya menahan marah seperti dalam firmannya dalam surah Ali Imran ayat 134.

ِنَع َنيِفاَعْلا َو َظْيَغْلا َنيِمِظاَكْلا َو ِءا َّرَّضلا َو ِءا َّرَّسلا يِف َنوُقِفْنُي َنيِذَّلا

َنيِنِسْحُمْلا ُّب ِحُي ُ َّللَّا َو ۗ ِساَّنلا

Maksud-Nya : (Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya),

baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.

(10)

BENTUK-BENTUK EMOSI

Emosi Benci

Emosi benci mempunyai kebaikan dan keburukannya.Kebaikannya ialah apabila manusia benci melihat kemungkaran yang berlaku akan mendorong manusia untuk memperbetulkan keadaan tersebut manakala keburukannya pula ialah apabila emosi benci tidak dapat dikawal boleh membawa kepada permusuhan dan pergaduhan serta pertelingkahan.

Kesan positifnya ialah perasaan malu dapat menghalang seseorang itu daripada melakukan perkara melampaui batas, memalukan, menjatuhkan maruah dan sebagainya. Kesan negatifnya pula ialah apabila perasaan malu dalam diri seseorang itu terlampau malu tidak bertempat, mereka mungkin menghadapi kesukaran dalam berbagai perkara seperti

berhadapan dengan orang ramai, tidak yakin membuat sesuatu perkara dan sebagainya.

(11)

Dalam al-Quran yang menceritakan tentang wujudnya emosi benci dalam diri manusia. Hal ini sebagaimana dalam Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 216.

ۖ ْمُكَل ٌرْيَخ َوُه َو اًئْيَش اوُه َرْكَت ْنَأ ٰىَسَع َو ۖ ْمُكَل ٌه ْرُك َوُه َو ُلاَتِقْلا ُمُكْيَلَع َبِتُك

َنوُمَلْعَت َلَ ْمُتْنَأ َو ُمَلْعَي ُ َّللَّا َو ۗ ْمُكَل ٌّرَش َوُه َو اًئْيَش اوُّب ِحُت ْنَأ ٰىَسَع َو

Maksud-Nya : Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang

itu adalah sesuatu yang kamu benci. boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui,

sedang kamu tidak Mengetahui.

(12)

Emosi Malu

Setiap manusia mempunyai perasaan malu baik lelaki atau wanita. Perasaan ini menjadikan manusia menyedari kepentingan perilaku yang baik dan mengelak daripada melakukan sesuatu yang

dikatakan memalukan.

Hal ini membantu mereka mengawal tingkah laku mereka sendiri. Berbagai-bagai perasaan bercampur aduk ketika seseorang

mengalami malu. Ini termasuklah perasaan takut, berminat, tertekan dan nyaman.

(13)

Emosi Sedih

Emosi sedih akan timbul bilamana seseorang berhadapan dengan keadaan yang mengecewakan, menggelisahkan atau muncul sebagai akibat penderitaan kerana luka atau sakit.

Emosi sedih boleh membuatkan seseorang itu berasa tertekan dan murung. Justeru, apabila seseorang berasa sedih, dia hendaklah mengawal perasaan itu dengan sebaiknya. Membuat aktiviti seperti bersenam, berjumpa kawan-kawan dan sebagainya dapat melupakan seketika perasaan sedih itu. Jika boleh, kongsi perasaan sedih itu

bersama teman rapat agar perasaan sedih dapat dikurangkan.

BENTUK-BENTUK EMOSI

(14)

DALIL EMOSI BENCI

Islam lebih menganjurkan umatnya supaya tidak bersedih kepada perkara-perkara yang melalaikan dan bersedih sehingga

melemahkan diri serta sehingga melahirkan kata-kata mengkufurkan Allah s.w.t. Dalam al Qur’an ada menjelaskan mengenai emosi

sedih. Hal ini sebagaiman firman Allah s.w.t dalam surah al Baqarah ayat 277.

ْمُهَل َةاَك َّزلا ا ُوَتآ َو َة َلََّصلا اوُماَقَأ َو ِتاَحِلاَّصلا اوُلِمَع َو اوُنَمآ َنيِذَّلا َّنِإ

َنوُن َزْحَي ْمُه َلَ َو ْمِهْيَلَع ٌف ْوَخ َلَ َو ْمِهِّب َر َدْنِع ْمُه ُرْجَأ

Maksud-Nya : Sesungguhnya orang-orang yang beriman,

mengerjakan amal saleh, mendirikan shalat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. tidak ada kekhawatiran

(15)

KEPENTINGAN EMOSI

1. Kelangsungan Hidup (Survival)

Emosi memberi isyarat (alert) apabila keperluan sebagai manusia biasa tidak dipenuhi. Misalnya apabila manusia berada dalam

kesunyian oleh kerana keperluan untuk berhubung dengan orang lain tidak dipenuhi.

Selain itu, apabila manusia merasa takut yang disebabkan keperluan untuk keselamatan tidak dipenuhi. Apabila kita

diketepikan (rejected) disebabkan keperluan yang diterima tidak dipenuhi.

(16)

2. Membuat Keputusan

Emosi menjadi punca maklumat berharga iaitu dengan membantu

manusia membuat keputusan Menurut kajian apabila sistem hubungan emosi dalam otak terjejas atau rosak, manusia tidak akan dapat membuat keputusan walaupun yang mudah kerana dia tidak tahu bagaimana dia akan rasa tentang pilihannya.

3. Membuat Jangkaan / Meramal Tingkahlaku

Melalui emosi dapat meramal tingkahlaku sendiri dan tingkahlaku orang lain. Melalui pergerakkan tubuh individu mahupun reaksi individu dapat menunjukkan akan keadaan emosi individu tersebut. Contohnya emosi suka yang mana dapat diterjemahkan melalui reaksi senyuman dan

ketawa. Melalui reaksi tersebut dapat dibuat jangkaan bahawa seseorang individu itu sedang berada dalam kegembiraan.

(17)

4. Menentukan Batasan

Emosi memberikan isyarat apabila diri tidak selesa dengan perlakuan seseorang. Jika percaya dengan emosi dan yakin dapat menyatakan perasaan akan

dimaklumkan apa kita rasa atau berasas tidak selesa sebaik wujud rasa tidak selesa. Tindakan ini membantu kita menetapkan batasan untuk menjaga

kesejahteraan, kesihatan fizikal dan mental.

5. Komunikasi

Emosi membantu kita berkomunikasi dengan orang lain. Ekspresi wajah dapat menyampaikan maklumat tentang apa yang kita rasa pada waktu itu. Misalnya seorang individu berada dalam perasaan sedih, tersinggung, perlukan

pertolongan dan sebagainya. Jika kita berupaya membaca gerak tubuh atau isyaratnya, kita dapat membantu dan menunjukkan empati. Melalui emosi juga membantu dalam komunikasi tanpa suara.

(18)

KEPENTINGAN EMOSI

6. Kegembiraan

Emosi juga menjadi penting dalam membantu mengetahui bagi manusia bahawa mereka gembira apabila merasa gembira. Apabila merasa gembira kita berasa puas hati, selesa, nikmat perasaan yang datang apabila keperluan emosi dipenuhi. Oleh itu, emosi menjadi perkara penting dalam membawa penafsiran perasaan gembira dan

suka.

7. Penyatuan

Emosi mungkin punca potensi utama menyatukan umat manusia pelbagai agama, bangsa, budaya malahan pegangan politik. Emosi adalah bersifat menyeluruh

(universal) yang mana merangkumi empati, belas kasihan, kerjasama dan kemaafan. Emosi juga boleh memecah belahkan umat emosi sepertimana emosi benci dan

marah. Melalui perasaan benci dan marah dapat menimbulkan permasalahan dalam perhubungan seperti dalam institusi rumahtangga yang membawa kepada berlakunya kes-kes penceraian mahupun anak lari dari rumah.

(19)

PERKEMBANGAN EMOSI

Sejak awal kelahiran, manusia sentiasa berkembang dan terus berkembang dalam pelbagai sudut pertumbuhan fizikal, psikologi, mental dan sebagainya. Emosi juga adalah suatu bentuk daya kognitif yang terbentuk dan

berkembang secara peringkat demi peringkat semenjak awal kelahiran.

1. Emosi Idea

Secara umumnya peringkat ini menggambarkan bahawa ekspresi penyampaian emosi adalah berada di peringkat permulaan. Manusia

menyampaikan emosinya secara tidak sedar dan ia keluar daripada naluri semula jadi bawah sedar. Seorang kanak-kanak dapat merasakan sesuatu perasaan tetapi tidak dapat menyatakan mengapa, bagaimana dan siapa yang menyebabkan timbulnya perasaan tersebut. Emosi yang disampaikan lebih dalam bentuk tindak balas gerakan fizikal.

(20)

PERKEMBANGAN EMOSI

2. Emosi Pemikiran

Emosi akan berkembang ke peringkat yang seterusnya iaitu apabila seseorang mampu mengaitkan emosi dengan pemikiran. Pengalaman daripada apa yang dilihat, didengar dan dialami direkodkan secara langsung sebagai reaksi emosi. Reaksi-reaksi tersebut akan disimpan dalam memori yang akan digunakan dalam proses pemikiran kelak. Pada peringkat awal kanak-kanak, kebolehan di dalam memahami emosi dan puncanya semakin meningkat. Pengawalan emosi kanak-kanak mula meningkat termasuklah kemampuannya untuk menerima kekecewaan serta menjadi seorang yang fleksibel dalam mengawal emosi dan dorongan.

(21)

3. Faktor-Faktor Perkembangan Emosi

Terdapat beberapa faktor membawa kepada perkembangan emosi manusia antaranya faktor kepintaran yang mana manusia yang lebih pintar adalah lebih peka kepada keadaan bahaya.

Apabila diri sering terdedah kepada perkara bahaya maka emosi

manusia akan terbentuk seperti emosi takut, cemas dan sebagainya. Selain itu, faktor jantina juga membawa kepada perkembangan emosi. Perempuan mempunyai ekspresi atau emosi takut melebihi sekiranya dibandingkan dengan lelaki.

(22)

PERKEMBANGAN EMOSI

Faktor lain adalah seperti status sosioekonomi, keadaan fizikal, hubungan sosial, kedudukan dalam keluarga dan personaliti.

Apabila manusia itu berada dalam kumpulan dan kumpulan itu membawa pengaruh emosi yang sama membuatkan semua ahlinya juga beremosi. Hal ini juga membantu kepada perkembangan emosi dari sudut hubungan sosial. Kanak-kanak tidak berasa yakin malahan berasa takut dalam

sesuatu perkara. Perkara ini boleh dikaitkan dengan personaliti manusia. Personaliti kurang berkeyakinan melahirkan beberapa bentuk emosi seperti takut, malu dan sebagainya.

(23)

CARA PENGURUSAN EMOSI

1. Mengenal Emosi Diri Sendiri

Seseorang individu itu perlulah cuba mengenal pasti atau cuba menyedari apakah emosi yang sedang dihadapi yang berlegar di fikiran serta apakah punca kepada timbulnya emosi tersebut. Kemudiannya, cuba kuasai

emosi tersebut. Dengan kata lain, fikiran boleh menyebabkan wujudnya satu perasaan dan setelah wujudnya perasaan, maka timbullah keinginan untuk diperlakukan melalui perbuatan atau perlakuan.

2. Mengurus Emosi Sendiri

Seseorang individu itu perlulah pandai mengambil peluang mengawal emosi yang sedang menguasai diri. Emosi itu datang tanpa diundang

tetapi diri sendiri yang menentukan berapa lama emosi itu menguasai diri dan apakah ia mendatangkan positif atau negatif.

(24)

CARA PENGURUSAN EMOSI

3. Mengenali Emosi Orang Lain

Seseorang individu itu perlu mengenali perasaan diri sendiri dahulu, kemudiannya barulah cuba untuk mengenali, memasuki dan

menjelajahi emosi individu yang lain pula atau dengan kata lain empati. Cara ini perlu bagi mengelakkan kekeliruan emosi

terutamanya apabila ada individu lain yang mahu mencurahkan emosi mereka.

4. Memotivasikan Emosi Yang Negatif

Seseorang individu itu perlulah menjadikan emosi yang negatif itu sebagai satu alat untuk meningkatkan keupayaan dalam berfikir, merancang dan menyelesaikan sebarang masalah. Emosi yang negatif sebagai pemangkin kepada perubahan emosi yang positif.

(25)

CARA PENGURUSAN EMOSI

5. Mengendali Perhubungan Melalui Komunikasi

Setelah mengenali emosi orang lain dan berjaya serta

berupaya mengurus diri sendiri, maka perhubungan yang positif dan keakraban dapat dibentuk dan diwujudkan.

Perhubungan dan keakraban ini boleh diwujudkan dengan lebih baik lagi melalui komunikasi dan ia boleh mengekspresikan

(26)
(27)

RUJUKAN

Fariza Md. Sham (2005), Tekanan Emosi Remaja Islam. Latihan Ilmiah, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti

Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia) h. 6

Abdul Rashid Mohamed, & Mohamad Daud Hamzah. (2005), Kajian Korelasi Emosi Malu Dengan Pencapaian Akademik Di Kalangan Mahasiswa Melayu. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil 20, h.154-155

Mohammad Ali Toha Assegaf. (2010), 365 Tips Sehat Ala

(28)

Referensi

Dokumen terkait

Tingkat kesesuaian kesesuaian materi instrumen evaluasi dengan indikator pada RPP, kesesuaian materi instrumen evaluasi dengan materi yang terkandung dalam

Syarat pembacaan, bahkan raison'detre (alasan utama) memanglah demikian, yakni adanya perbedaan apa yang ingin dibaca (teks), tetapi pada saat yang sama pembaca aktif dan

Stroke hemoragik adalah stroke akiat pecahnya pemuluh darah sereral dengan perdarahan ke Stroke hemoragik adalah stroke akiat pecahnya pemuluh darah sereral

Laporan Akhir ini disusun untuk memenuhi syarat menyelesaikan pendidikan Diploma III pada Jurusan Teknik Elektro Program Studi Teknik Listrik Politeknik Negeri

Torin BIG RED Aluminum Jack.. Dalam tutorial ini, kita akan menggunakan Solidworks Simulasi untuk melakukan analisis stres pada jack lantai aluminium dibangun. oleh Torin. Kami

Teori perilaku terencana sebelumnya telah diterapkan pada penelitian-penelitian terdahulu untuk memprediksi perilaku konsumen terhadap produk hijau dan ketahanan teori

Yang menjadi masalah adalah bagaimana jaksa penuntut umum berusaha untuk meyakinkan hakim berdasarkan alat bukti yang sah bahwa seseorang telah melakukan pemalsuan

Demam tinggi, anoreksia dan sering muntah menyebabkan pasien dehidrasi dan haus. Pada pasien ini perlu diberi banyak minum, yaitu 1,5 sampai 2 liter dalam 24 jam. Dapat diberikan