• Tidak ada hasil yang ditemukan

Esei Pengajian Am Penggal 3 STPM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Esei Pengajian Am Penggal 3 STPM"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

Punca-Punca Pemanasan Global 1. aktiviti manusia yang tidak terkawal

2. pembebasan gas-gas yang berbahaya secara tidak terkawal 3. kegiatan perindustrian

4. Pembakaran terbuka

5. pembinaan bangunan pencakar langit

Kita sering melihat kesan pencemaran alam yang banyak berlaku pada masa ini. Keadaan ini sudah berubah jika dibandingkan dengan suatu masa dahulu iaitu udaranya lebih nyaman serta keadaan cuaca yang tidak terlalu panas. Perkara ini membolehkan manusia menjalani kehidupan dengan selesa. Walau bagaimanapun, keadaan bumi pada masa kini yang terlalu panas telah memberikan kesan negatif kepada kehidupan manusia dan juga alam sekitar. Hal ini diibaratkan seperti manusia hidup di dalam balang kaca yang panas. Oleh hal yang demikian, masyarakat seharusnya tahu punca-punca yang menyebabkan pemanasan global ini berlaku agar dapat mencari ikhtiar untuk menaganinya.

Terdapat banyak punca yang menyebabkan pemanasan global, antaranya perkara itu disebabkan oleh aktiviti manusia yang tidak terkawal di dunia ini. Hal ini demikian kerana perkara yang sering kita lihat yang melibatkan aktiviti manusia seperti penerokaan hutan dan pertanian pindah. Mereka membakar kawasan yang telah dijadikan kawasan pertanian untuk dijadikan sebagai baja organik dan mereka membuka pula pertanian baharu di kawasan lain untuk mendapatkan hasil pertanian yang lebih banyak. Namun begitu, secara tidak langsung pembakaran tersebut telah menyebabkan haba terperangkap di udara dan akhirnya menyebabkan suhu semakin panas.

Selain itu, faktor lain yang menyebabkan berlakunya pemanasan global ialah pembebasan gas-gas yang berbahaya secara tidak terkawal. Menurut data yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, Amerika Syarikat telah disenaraikan sebagai pengeluar gas karbon dioksida terbesar dunia dengan jumlah 60005 tan. Peningkatan gas karbon dioksida di atmosfera merupakan penyebab utama pemanasan global yang terhasil daripada pembakaran bahan api fosil, penggunaan minyak petrol dan pembakaran arang batu. Oleh hal yang demikian, pihak yang terlibat secara langsung dalam kes tersebut wajar melakukan anjakan paradigma dan menyembuhkan luka yang dialami oleh bumi ini. Masyarakat juga harus mengatasi masalah ini sebelum „nasi menjadi bubur‟.

Di samping itu, kegiatan perindustrian turut menjadi faktor pemanasan global berlaku. Hal ini demikian kerana kegiatan perindustrian yang pesat membangun akan menghasilkan gas-gas berbahaya seperti karbon monoksida. Para saintis di Amerika Syarikat telah membuat ramalan bahawa peningkatan

(2)

suhu bumi akan berlaku sebanyak 45 darjah celcius menjelang tahun 2030. Oleh itu, masyarakat janganlah mengamalkan peribahasa “Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Oleh hal yang demikian, mereka seharusnya mencegah perkara-perkara negatif sebelum berlaku selaras dengan pepatah, „mencegah lebih baik daripada mengubati‟.

Pembakaran terbuka juga menjadi punca berlakunya pemanasan global di muka bumi kita ini. Banyak pembakaran terbuka yang telah dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Kesan daripada kegiatan tersebut menyebabkan gas karbon dioksida terhasil serta terbebas di udara dan seterusnya memerangkap haba. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan seharusnya memperketat undang-undang agar mereka tidak berani membuat sebarang kesalahan di muka bumi ini. Rentetan daripada perkara itu, masalah jerebu yang sering melanda dunia juga akan berkurangan. Kita seharusnya sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna, iaitu sebelum keadaan bumi kita ini menjadi lebih melarat lagi.

Namun begitu, masih terdapat faktor lain yang menjadi penyebab kepada pemanasan global seperti pembinaan bangunan pencakar langit. Di bandar besar seperti Kuala Lumpur, bangunan-bangunan tinggi yang tersergam indah itu juga sebenarnya memberikan impak negatif kepada muka bumi kita ini. Hal ini demikian kerana pantulan daripada matahari yang menembusi cermin bangunan boleh menyebabkan haba terperap di kawasan atmosfera. Dengan cara ini, masyarakat seharusnya janganlah mengambil mudah seperti melepaskan batuk di tangga, dengan mengejar segala arus pembangunan tetapi menyebabkan kesan negatif kepada hidupan lain. Maka, jelaslah bahawa ketidakseimbangan manusia mengeksploitasi khazanah bumi merupakan faktor berlakunya pemanasan global.

Kesimpulannya, nilai kemanusiaan yang semakin menipis, iaitu senipis kulit bawang ini merupakan faktor tercetusnya pemanasan global di muka bumi ini. Sehubungan dengan itu, setiap individu dan insan di dunia ini perlu memupuk semangat cinta akan alam sekitar agar bumi yang sedang sakit ini dapat dipulihkan semula. Kita berharap agar fenomena pemanasan global yang sedang melanda dunia sekarang ini akan berakhir dengan segera agar keselamatan dan kesejahteraan hidup makhluk di dunia ini akan berkekalan. Pihak kerajaan pula perlulah lebih peka terhadap masalah global yang semakin bernanah ini malah perlu menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas agar masyarakat lebih prihatin dengan nasib bumi ini. Oleh itu, Mahatma Gandhi pernah berkata, “kita tidak mewarisi alam ini daripada datuk nenek kita, tetapi kita meminjamnya daripada anak cucu kita”.

Soalan : Malaysia adalah antara negara yang aktif dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara selatan. Ulas pernyataan ini.

(3)

2. Membentuk suatu sistem perdagangan atau order ekonomi dunia 3. Mencadangkan kerjasama yang lebih rapat antara negara Selatan

4. Mewakili negara-negara Selatan dalam Kumpulan G-15 dan Kumpulan G-77

5. Mewujudkan hubungan perdagangan yang lebih dinamik dalam kalangan negara Selatan.

Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia merupakan antara salah satu diantara negara selatan yang aktif dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara selatan. Terdapat pelbagai langkah yang telah diambil oleh negara kita, Malaysia dalam memperjuangkan ekonomi tersebut.

Malaysia telah mewujudkan dialog dengan negara-negara utara yang dikenali sebagai Dialog Utara-Selatan. Hal ini melibatkan perjuangan antara negara-negara perindustrian dengan negara dunia ketiga mengenai isu ekonomi. Sebagai contoh, melalui Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Perdangangan dan Pembangunan (UNCTAD), Kerjasama Ekonomi Antarabangsa (CIEC), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (EOCD). Jelaslah bahawa, Dialog Utara-Selatan menjelaskan keperluan menyusun semula ketidakseimbangan perdangangan dan pembayaran yang berpunca daripada sikap negara-negara utara yang tiada usaha membantu ekonomi negara-negara selatan.

Selain itu, sistem perdagangan atau order baharu ekonomi dunia dapat dibentuk. Hal ini demikian kerana, Malaysia mendapat sokongan daripada 77 buah negara selatan. Malaysia menuntut supaya negara-negara utara mengurangkan sikap tidak adil dalam beberapa perkara. Contohnya, penghapusan sekatan perdagangan, bayaran hutang negara Selatan, menyedia bantuan dan pemindahan teknologi, pembabitan negara Selatan dalam membuat keputusan tentang Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), peluasan pasaran dan penentuan semula tarif serta syarat perdagangan

Di samping itu, Malaysia mencadangkan kerjasama yang lebih rapat antara negara selatan. Hal ini demikian kerana, untuk mengelak dominasi negara utara tehadap ekonomi dunia. Contohnya, bekerjasama dalam aspek perdagangan, kewangan, sains dan teknologi. Dengan ini, Malaysia perlu membuat perjanjian dengan kumpulan negara selatan. Jelaslah, kerjasama lebihi rapat dapat dilaksanakan dengan memperjuangkan ekonomi negara selatan.

Malaysia juga telah mewakili negara-negara selatan dalam Kumpulan G-15 dan Ku,pulan G-77. Hal in demikian, untuk merangka strategi kerjasama selatan yang lebih utuh. Contohnya, merancang kerjasama bidang sains dan teknologi dan penubuhan Pusat Pertukaran data Pelaburan Prdagangan dan Teknologi

(4)

Selatan (SITTDEC). sidang kemuncak pertama telah dijayakan oleh malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 1990. Jelaslah, Malaysia dapat memeperjuangkan kepentingan ekonomi negar selatan dalam mewakili negara selatan dalam Kumpulan G-15 dan Kumpulan G-77.

Akhir sekali, Malaysia juga mewujudkan hubungan perdagangan dalam kalangan negara selatan. Hal ini demikian sebagai usaha untuk mencari rakan dagang baharu. Contohnya, pada Ogos tahun 2009, Lembaga Perindustrian Malaysia (MIDA) berhasrat menggalakkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara malaysia dengan negara selatan. dengan ini, hubungan deplomatik yang rapat dan terjalin secara berterusan dalam persidangan badan sedunia. jelaslah, Malaysia telah mewujudkan hubungan perdagagan yang lebih dinamik dalam ekonomi negara-negara selatan.

Secara kesuluruhannya, Malaysia amat mementingkan kestabilan ekonomi negara supaya negara akan lebih maju dan stabil. Kestabilan ekonomi sesebuah negara terletak pada kekuatan negara tersebut. Seluruh rakyat Malaysia daripada semua lapisan mesyarakat harus membuktikan bahawa Malaysia mampu untuk menjadi antara negara terbaik didunia dengan memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara selatan secara aktif tersebut.

Langkah meningkatkan pelaburan asing

Pelaburan asing merupakan salah satu sumber utama bagi pembangunan negara. Kemasukan pemodal-pemodal asing menyebabkan pendapatan negara meningkat, mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk dan meningkatkan kemajuan dalam aktiviti ekonomi. Oleh itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai langkah bagi menggalakkan pelaburan asing di negara ini.

Langkah pertama yang dijalankan ialah mengadakan skim galakan kepada para pemodal. Skim galakan merupakan daya tarikan yang mustahak untuk menggalakkan pelaburan asing. Dalam usaha ini, kerajaan telah memberi beberapa kelebihan kepada pemodal yang bertaraf perintis seperti pengecualian cukai untuk tempoh tertentu. Dalam usaha membolehkan pemodal asing melabur di sini, kerajaan juga harus melonggar peraturan pelaburan dengan membenarkan rakyat asing memiliki ekuiti yang lebih besar sehingga 100% dalam sesuatu projek atau perniagaan.

Selain itu, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menghantar rombongan perdagangan bagi menarik pelaburan dari luar negara. Rombongan-rombongan ini bertujuan untuk menyedarkan pelabur asing mengenai potensi pelaburan di Malaysia sama ada melalui seminar pelaburan, mesyuarat atau laporan media massa. Maklumat-maklumat pelaburan untuk pelabur asing juga disampaikan menerusi pejabat Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia di seberang laut.

Di samping itu, kerajaan Malaysia juga menyediakan kawasan perindustrian dan kemudahan infrastruktur yang sempurna. Penyediaan tapak perindustrian dan kemudahan infrastruktur ini bertujuan untuk menarik minat pemodal-pemodal asing untuk memajukan perusahaan baru di sini. Dengan adanya

(5)

prasarana yang lengkap, sudah tentu ini akan memudahkan pelabur asing melaksanakan projek pelaburan mereka di sini kerana ia menjimatkan kos penyediaan kemudahan asas yang diperlukan.

Kerajaan Malaysia juga tidak ketinggalan memajukan bidang teknologi dan kemahiran tenaga pekerja bagi menarik ramai pelabur asing. Selaras dengan matlamat ini, kerajaan telah melaksanakan rancangan latihan kepakaran demi meningkatkan kemahiran dan kecekapan guna tenaga tempatan. Tambahan pula, kerajaan melalui pelbagai agensi telah mempergiat program penyelidikan dan pembangunan memperkenalkan teknik untuk pengeluaran moden dan lain-lain.

Pelabur asing yang hendak menanam modal di sesebuah negara harus memasti pelaburan mereka adalah terjamin. Oleh itu, kestabilan politik merupakan faktor utama untuk menggalakkan lagi sektor ini. Sekiranya keadaan politik tidak stabil dan berlaku krisis perkauman, ini sudah tentu akan menjejaskan keyakinan para pelabur dan mendorong mereka beralih ke negara lain. Kerajaan Malaysia juga telah menandatangani Perjanjian Jaminan Pelaburan dengan negara-negara asing yang bermatlamat untuk memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan memiliknegarakan mana-mana syarikat asing di negara ini. Perjanjian ini dapat menambahkan keyakinan pelabur asing dan menggalakkan kemasukan modal asing ke negara ini.

Kesimpulannya, pelaburan asing akan terus meningkat sekiranya kerajaan Malaysia berusaha menyediakan suasana yang kondusif dan menjamin keselamatan pelaburan asing di negara ini. Walau bagaimanapun, di sebalik keghairahan menarik pelaburan asing, kita harus sentiasa berhati-hati agar tidak mendatangkan implikasi negatif yang boleh membebankan negara.

SOALAN : Pembangunan Malaysia amat bergantung pada pelaburan asing. Kerajaan bukan sahaja perlu mengekalkan pelaburan asing tetapi juga meningkatkan pelaburan asing. Jelaskan. PENDAHULUAN:

Pelaburan merupakan elemen penting dalam menentukan pertumbuhan ekonomi yang berterusan. Kemasukan pelaburan asing amat penting kepada sesebuah negara yang sedang membangun terutama Malaysia. Terdapat pelbagai cara yang dilakukan oleh kerajaan untuk menarik pelabur asing.

ISI MANFAAT 1:

Manfaat pelaburan asing ialah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk terutama dalam sektor perindustrian sama ada tenaga buruh mahir atau separuh mahir. Kewujudan peluang pekerjaan akan mengurangkan kadar pengangguran di negara ini. Selain itu, kemasukan pelabur asing dari negara maju seperti Amerika Syarikat dapat meningkatkn pendapatan negara melalui pengaliran masuk mata wang

(6)

asing dari negara asing. Kemasukan pelaburan asing akan meningkatkan KDNK ( Keluaran Dalam Negara Kasar ) negara dan menjamin pertumbuhan ekonomi yang pesat.

ISI MANFAAT 2:

Selain itu, kemasukan pelaburan asing dalam sesebuah negara dapat meningkatkan teknologi dan berlaku pemindahan teknologi. Pemindahan teknologi dan perkongsian kepakaran untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan mampu bersaing di peringkat global seperti Projek Baja Urea Asean. Kemasukan syarikat multinasional akan menyebabkan kemajuan dalam sektor perindustrian. Contohnya, R&D (Penyelidikan dan Pembangunan ) dalam reka bentuk model kereta, sistem enjin dan aksesori dalam pengeluaran kereta Proton melalui kerjasama syarikat Jepun menyebabkan industri automobil negara mampu bersaing dengan pasaran antarabangsa.

ISI LANGKAH 3:

Pelbagai langkah dijalankan oleh kerajaan untuk menggalakkan pelaburan asing. Antara langkah yang dilakukan ialah menyediakan kemudahan prasarana dan infrastruktur yang lengkap. Kemudahan asas yang lengkap seperti jaringan pengangkutan yang cekap, sistem telekomunikasi dan bekalan air dan elektrik. Prasarana yang lengkap dapat menarik pelabur asing untuk melabur terutama dalam sektor perkilangan.Contohnya, penyediaan tapak kilang yang strategik dan mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi dapat menarik minat pemodal asing untuk membuka kilang di negara ini.

ISI LANGKAH 4:

Penyediaan galakan pelaburan atau insentif merupakan daya tarikan untuk menarik minat pelabur asing untuk membuat pelaburan.Kerajaan telah memberi galakan pelaburan kepada pemodal asing seperti taraf printis iaitu pengecualian cukai dalam tempoh 10 tahun kepada pelabur asing, di samping itu, kerajaan melonggarkan peraturan pelaburan dengan membenarkan rakyat asing memiliki ekuiti yang tinggi sehingga seratus peratus dalam sesuatu projek.

PENUTUP:

Secara keseluruhannya, pelaburan asing dijangka meningkat sekiranya Malaysia berusaha menyediakan suasana yang kondusif dan menjamin keselamatan pelaburan asing di negara ini.

(7)

Tenaga nuklear

Tenaga nuklear biasanya dikiatkan dengan senjata moden yang digunakan sebagai alat pemusnah alam yang dapat membawa kecelakaan kepada kehidupan manusia sejagat. Akan tetapi, perkembangan positif yang telah dicapai dalam dunia sains hari ini menunjukkan tenaga nuklear juga berperanan dalma pembangunan sesebuah negara.

Jelaskan penyataan ini.

Pengenalan

- Kemajuan sains membolehkan manusia memanfaaatkan kelebihan tanaga nuklear - Penggunaan tanaga nuklear banyak membantu manusia dalam pelbagai bidang

- Namun demikian, penghasilan & penggunaan tenaga nuklear juga mendatangkan kesan negatif

Isi-isi Kebaikan

. Tenaga nukelar penting dalam bidang perubatan

- alat pengimbas CAT & laser digunakan untuk membuat diagnosis penyakit - Kobalt-60 digunakan untuk membunuh kanser

- Radioisotop fosforus dapat merawat tumor otak - Pensterian alatan perubatan lebih sempurna

- Hal ini dapat meningkatkan taraf kesihatan manusia

. Tenaga nuklear penting dalam bidang pertanian

- Tenaga ini digunakan untuk mengesan pengambilan baja oleh tumbuhan-tumbuhan - Sinaran gamma dapat memandulkan serangga perosak serangga

- Dengan cara ini, bilangan serangga perosak dapat dikawal - Mutasi aruhan menghasilkan baka tanaman yang lebih baik - Sinaran nuklear dapat mengubah den tanaman

(8)

. Tenaga nuklear juga penting dalam sektor perindustrian - Teknologi nuklear mengesan kebocoran paip bawah tanah

- Pengawalan ketebalan dan sambungan paip serta pengukuran kehausan enjin juga dapat dijalankan - Alat komunikasi canggih seperti satelit dan Internet turut memerlukan teknologi ini

. Tenaga nuklear merupakan tenaga alternatif yang baik

- Dari segi kos seunit, tenaga nuklear lebih murah daripada petroleum - Lojinya tidak memerlukan kawasan yang luas

- Di negara maju, tenaga nuklear digunakan dengan meluas - Industri berat dapat dijalankan

Keburukan

. Bahan radioaktif daripada tanaga nuklear mengancam kesihatan manusia - Kemalangan di loji nuklear akan menyebabkan kebocoran bahan radioaktif - Manusia akan terdedah kepada bahaya radiasi

- Hal ini membahayakan nyawa manusia

- Orang yang terkena radiasi akan mati atau mengalami mutasi genetik - Generasi muda yang dilahirkan menghidap penyakit kanser yang pelbagai

. Keselamatan dunia terancam akibat perlumbaan senjata nuklear

- Negara- negara berkuasa besar berlumba- lumba untuk menghasilkan senjata nuklear - Senjata kimia yang digunakan semasa Perang Vietnam sudah cukup menakutkan manusia - Peperangan dengan menggunakan senjata nuklear akan melenyapkan tamadun manusia di bumi - Bom atom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki membawa kesengsaraan hidup

(9)

Kesimpulan

- Bahaya sisa radioaktif nuklear amat mengerikan

- Oleh itu, wajarlah kita berwaspada dalam menggunakan tenaga nuclear

Keganasan antarabangsa

Pengenalan

Keganasan beerti penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti pengeboman, pembunuhan, dan penculikan untuk mendapatkan tuntutan politik daripada sesuatu pihak. Perbuatan ini mungkin disebabkan oleh pertentangan ideologi politik, kegawatan ekonomi, atau pihak pemerintah. Keganasan tidak membawa sebarang faedah selain mengheret negara yang terbabit ke pinggir kehancuran.

Kesan – kesan

1. Keselamatan negara tidak terjamin akibat keganasan. pergolakan politik akan menyebabkan rakyat melakukan keganasan. Ucapan yang berapi-api oleh pemimpin akan membakar perasaan penyokongnya. Pemimpin mungkin menghasut penyokongnya melakukan keganasan. Sebagai akibatnya, mereka yang menyertai tunjuk perasaan akan bertindak liar seperti merosakkan harta benda dan melakukan pembunuhan. Keadaan ini mengancam keselamatan rakyat dan negara.

2. Ekonomi negara akan runtuh akibat keganasan sebagai contoh, keganasan mencetuskan pembunuhan yang kejam di Indonesia. Keadaan politik yang tidak stabil menyebabkan pelabur tidak berani melabur di sana, malah ada pelabur yang terpaksa menarik pelaburan mereka keluar dari Indonesia. Akibatnya, ekonomi Indonesia terjejas dengan teruk. Keganasan yang berlaku di sebuah negara juga akan menjejaskan ekonomi dunia. Sebagai contoh, serangan pengganas terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat menyebabkan harga saham seluruh dunia jatuh. Hal ini menjejaskan ekonomi banyak negara.

3. Industri pelancongan juga terjejas akibat keganasan.perbuatan merampas kapal terbang akan mengebom bangunan oleh pengganas menyebabkan banyak orang tidak berani melancong ke luar negara. Mereka juga tidak akan melancong ke negara-negara yang dilanda pergolakan politik yang rakyatnya sentiasa mengadakan tunjuk perasaan berbentuk ganas. Sebagai akibatnya, bilangan pelancong yang melancong ke luar negara berkurang. Ekonomi negara-negara yang bergantung pada pelancongan teruk terjejas. Penerbangan antarabangsa juga terjejas dan hal ini menyebabkan banyak syarikat penerbangan mengalami kerugian besar atau terpaksa gulung tikar.

(10)

4. Mangsa perang kehilangan kebebasan dan keselamatan diri. mangsa perang sentiasa dibayangi maut. Mereka mungkin dibunuh oleh askar-askar pihak lawan. Untuk mengelakkan serangan bom, penduduk terpaksa bersembunyi di tempat perlindungan yang dibina khas jika ada. Jika tidak, rakyat terpaksa melarikan diri ke kawasan yang selamat dengan berjalan kaki beratus-ratus kilometer jauhnya. Mangsa yang tidak berdosa akan kehilangan tempat tinggal. Mereka juga kehilangan orang yang tersayang kerana terkorban dalam peperangan. Dalam keadaan sedemikian, tidak ada hak kebebasan diri lagi. Tidak ada pihak yang dapat menjamin keselamatan seseorang.

Langkah – langkah/cara mengatasi

1. Penguatkuasaan undang-undang penting untuk mengatasi keganasan.pihak polis dan tentera harus bertindak dengan cepat terhadap keganasan. Keganasan yang kecil juga harus dibanteras. Hal ini demikian kerana tanpa tindakan awal, keganasan akan merebak sehingga hilang kawalan. Mereka yang mencetuskan rusuhan dan tunjuk persaan mesti dikenakan hukuman berat. Negara-negara harus menggubal undang-undang khas untuk membolehkan tindakan segera diambil terhadap pengganas. Sebagai contoh, Malaysia mempunyai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan segara terhadap mana-mana pihak yang mengancam keselamatan negara. Dengan cara inilah keselamatan dan keamanan negara dapat dikekalkan.

2. Sikap bertolak ansur dan kesederhanaan.pihak pembangkang dan rakyat sesebuah negara tidak harus menuntut sesuatu yang keterlaluan daripada kerajaan. Semua pihak juga harus bertolak ansur dalam mengatasi masalah. Segala hal hendaklah diselesaikan dengan cara rundingan. Perbuatan mengadakan tunjuk perasaan, merusuh, atau melakukan keganasan untuk mencapai sesuatu tujuan tidak akan dapat mendatangkan kebaikan kepada mana-mana pihak. Perbuatan seperti ini hanya akan mengucar-kacirkan negara dan meruntuhkan sistem politik dan ekonomi negara.

3. Kerjasama antarabangsa juga penting untuk mengatasi keganasan semua negara perlu bekerjasama untuk membanteras keganasan yang ada rangkaian antarabangsa. Jabatan perisikan negara-negara perlu bertukar-tukar maklumat tentang kegiatan keganasan yang diperoleh. Negara-negara yang terlibat harus menggiatkan latihan bersama antara pihak polis dan pihak tentera. Negara-negara di dunia juga boleh menyekat aliran wang kumpulan pengganas.

(11)

Faktor – factor

1. Terlalu mengikut perasaan marah yang bermaharajalela dalam diri perasaan marah yang sememangnya dibekalkan oleh Allah dalam diri setiap manusia, sekiranya tidak dikawal bahkan menguasai diri, akan membawa kepada kebinasaan sama ada kepada individu yang sedang marah itu, atau kepada orang lain dan benda-benda lain yang ada disekelilingnya. Kemarahan yang tidak dikawal, memberi impak yang cukup besar dalam kehidupan seharian seseorang itu. Sekiranya kemarahan menguasai kelompok atau jumlah individu yang ramai, maka kemusnahan yang akan terjadi jauh lebih besar skalanya. Ia menyebabkan peperangan sehingga berupaya memusnahkan sebuah Bandar, bahkan sesebuah Negara dan sebuah tamadun.

2. Sikap tamak yang menguasai diri.Sikap tamak dalam diri seseorang menyebabkan timbul rasa untuk menguasai sesuatu. Maka dari situlah timbul niat untuk memerangi seseorang ataupun sesebuah Negara untuk mendapatkan apa yang dikehendakinya itu. Secara tidak langsung, keganasan juga akan berlaku dalam masa tersebut demi untuk mencapai matlamatnya. Sikap tamak terhadap kuasa dan kekayaan membuta mata seseorang sehinggakan tidak dapat membezakan antara yang baik mahupun yang buruk. Mereka tidak lagi peduli akan kesan daripada keganasan yang akan berlaku itu nanti.

3. Lambang kemegahan.Penaklukan sesebuah Negara membawa maksud yang besar kepada seseorang yang pentingkan diri sendiri. Itu membawa lambang kemegahan kepada diri mereka dan mereka sanggup membuat apa saja untuk menakluk sesebuah Negara tersebut. Sebagai contoh, Amerika Syarikat yang memerangi Iraq demi untuk membalas dendam. Dengan itu, AS akan mendapat kembali namanya yang telah tercemar akibat peristiwa 11 September dahulu. Kesan daripada peperangan tersebut, AS berasa megah dan meletakkan Negara mereka sebagai Negara yang paling kuat di dunia ini.

SOALAN : Belakangan ini, beberapa peristiwa telah mengancam wilayah maritim Malaysia dan kerajaan perlu menangani keadaan ini agar impak negatifnya dapat dibendung. Huraikan.

ANCAMAN : 1. Kegiatan Lanun

2. Tuntutan Bertindih Antara Beberapa Negara 3. Pencemaran Laut

4. Pencerobohan Laut

(12)

5. Pematuhan undang-undang antarabangsa 6. Perkongsian bersama

7. Penguatkuasaan maritim negara 8. Pendidikan laut

Saban hari, Malaysia sering dihangatkan dengan isu yang dapat mengancam keamanan dan kesejahteraan. Isu ancaman di wilayah maritim telah menggugat keamanan agak serius yang hanyat diperkatakan. Kerajaan telah menyediakan langkah awal bagi menangani masalah tersebut supaya dapat menjaga kesejahteraan Malaysia. Fenomena yang berkaitan dengan kegiatan ilegal di laut mengancam keamanan maritim saat ini. Beberapa peristiwa yang telah mengancam maritim Malaysia dan perlu ditangani agar impaknya dapat dibendung.

Ancaman:

Antara ancaman maritim Malaysia ialah kegiatan lanun. Hal ini demikian kerana puak lanun sering didalangi oleh kumpulan pelampau atau pengganas seperti Al-Qaeda. Sebagai contoh, mereka sentiasa dibekalkan dengan senjata yang canggih untuk mengancam wilayah maritim Malaysia. Bahkan saluran tertentu diatur agar bahan pampasan dapat dijual ke negara mundur yang lain.

Selain itu, tuntutan bertindih antara beberapanegara merupakan ancaman terhadap maritim Malaysia. Hal ini demikian kerana majoriti negara Barat sering menjajah dan memporak-perandakan maritim Malaysia menyebabkan keamanan laut tidak tenteram. Sebagai contoh, kuasa asing sering merampas segala yang menjadi hak rakyat tempatan terutamanya keamanan dan sumber asli. Jelaslah bahawa ancaman maritim Malysia disebabkan tuntutan bertindih antara beberapa negara.

Langkah-langkah:

Di samping itu, langkah untuk menangani ancaman maritim ialah penguatkuasaan maritim negara. Hal ini demikian kerana keselamatan maritim Malaysia perlu diambil kira demi menjaga keamanan negara daripada diceroboh. Sebagai contoh, kesatuan Eropah perlu menghantar kapal perang untuk melindungi kapal dagang dan persiaran dengan lebih keap. Hal ini dapat menangani masalah ancaman maritim daripada pihak lanun.

(13)

Seterusnya, pendidikan laut juga adalah langkah yang penting untuk menangani ancaman maritim. Hal ini demikian kerana dengan adanya pendidikan di setiap pusat maritim mampu melatih tentera laut untuk mencegah pencerobohan oleh pihak pengganas. Sebagai contoh, para pelatih di pusat maritm akan di latih melalui pendidikan laut agar ancaman maritim dapat ditangani.

Tambahan pula, pematuhan undang-undang antarabangsa juga merupakan langkah terbaik untuk menangani masalah ancaman maritim. Hal ini demikian kerana setiap pelatih mestilah mematuhi setiap peraturan antarabangsa untuk mencegah kegiatan lanun di laut. Sebagai contoh, para pelatih tidak melanggar peraturan negara. Jelaslah bahawa hal ini dapat mencegah ancaman terhadap maritim Malaysia.

Penutup:

Secara keseluruhannya, pihak maritim perlu memainkan peranan yang penting demi keamanan dan keselamatan negara daripada di ancam serta meninggalkan impak yang negatif.

Subject: KARANGAN KEGANASAN ANTARABANGSA Pengenalan

Keganasan beerti penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti pengeboman, pembunuhan, dan penculikan untuk mendapatkan tuntutan politik daripada sesuatu pihak. Perbuatan ini mungkin disebabkan oleh pertentangan ideologi politik, kegawatan ekonomi, atau pihak pemerintah. Keganasan tidak membawa sebarang faedah selain mengheret negara yang terbabit ke pinggir kehancuran.

Kesan – kesan

1. Keselamatan negara tidak terjamin akibat keganasan.Ø pergolakan politik akan menyebabkan rakyat melakukan keganasan. Ucapan yang berapi-api oleh pemimpin akan membakar perasaan penyokongnya. Pemimpin mungkin menghasut penyokongnya melakukan keganasan. Sebagai akibatnya, mereka yang menyertai tunjuk perasaan akan bertindak liar seperti merosakkan harta benda dan melakukan pembunuhan. Keadaan ini mengancam keselamatan rakyat dan negara.

2. Ekonomi negara akan runtuh akibat keganasan.Ø sebagai contoh, keganasan mencetuskan pembunuhan yang kejam di Indonesia. Keadaan politik yang tidak stabil menyebabkan pelabur tidak berani melabur di sana, malah ada pelabur yang terpaksa menarik pelaburan mereka keluar dari Indonesia. Akibatnya, ekonomi Indonesia terjejas dengan teruk. Keganasan yang berlaku di sebuah negara juga akan menjejaskan ekonomi dunia. Sebagai contoh, serangan pengganas terhadap Pusat Dagangan Dunia

(14)

(WTC) di Amerika Syarikat menyebabkan harga saham seluruh dunia jatuh. Hal ini menjejaskan ekonomi banyak negara.

3. Industri pelancongan juga terjejas akibat keganasan.Ø perbuatan merampas kapal terbang akan mengebom bangunan oleh pengganas menyebabkan banyak orang tidak berani melancong ke luar negara. Mereka juga tidak akan melancong ke negara-negara yang dilanda pergolakan politik yang rakyatnya sentiasa mengadakan tunjuk perasaan berbentuk ganas. Sebagai akibatnya, bilangan pelancong yang melancong ke luar negara berkurang. Ekonomi negara-negara yang bergantung pada pelancongan teruk terjejas. Penerbangan antarabangsa juga terjejas dan hal ini menyebabkan banyak syarikat penerbangan mengalami kerugian besar atau terpaksa gulung tikar.

4. Mangsa perang kehilangan kebebasan dan keselamatan diri.Ø mangsa perang sentiasa dibayangi maut. Mereka mungkin dibunuh oleh askar-askar pihak lawan. Untuk mengelakkan serangan bom, penduduk terpaksa bersembunyi di tempat perlindungan yang dibina khas jika ada. Jika tidak, rakyat terpaksa melarikan diri ke kawasan yang selamat dengan berjalan kaki beratus-ratus kilometer jauhnya. Mangsa yang tidak berdosa akan kehilangan tempat tinggal. Mereka juga kehilangan orang yang tersayang kerana terkorban dalam peperangan. Dalam keadaan sedemikian, tidak ada hak kebebasan diri lagi. Tidak ada pihak yang dapat menjamin keselamatan seseorang.

Langkah – langkah/cara mengatasi

1. Penguatkuasaan undang-undang penting untuk mengatasi keganasan.Ø pihak polis dan tentera harus bertindak dengan cepat terhadap keganasan. Keganasan yang kecil juga harus dibanteras. Hal ini demikian kerana tanpa tindakan awal, keganasan akan merebak sehingga hilang kawalan. Mereka yang mencetuskan rusuhan dan tunjuk persaan mesti dikenakan hukuman berat. Negara-negara harus menggubal undang-undang khas untuk membolehkan tindakan segera diambil terhadap pengganas. Sebagai contoh, Malaysia mempunyai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan segara terhadap mana-mana pihak yang mengancam keselamatan negara. Dengan cara inilah keselamatan dan keamanan negara dapat dikekalkan.

2. Sikap bertolak ansur dan kesederhanaan.Ø pihak pembangkang dan rakyat sesebuah negara tidak harus menuntut sesuatu yang keterlaluan daripada kerajaan. Semua pihak juga harus bertolak ansur dalam mengatasi masalah. Segala hal hendaklah diselesaikan dengan cara rundingan. Perbuatan mengadakan tunjuk perasaan, merusuh, atau melakukan keganasan untuk mencapai sesuatu tujuan tidak akan dapat mendatangkan kebaikan kepada mana-mana pihak. Perbuatan seperti ini hanya akan mengucar-kacirkan negara dan meruntuhkan sistem politik dan ekonomi negara.

(15)

3. Kerjasama antarabangsa juga penting untuk mengatasi keganasan.Ø semua negara perlu bekerjasama untuk membanteras keganasan yang ada rangkaian antarabangsa. Jabatan perisikan negara-negara perlu bertukar-tukar maklumat tentang kegiatan keganasan yang diperoleh. Negara-negara yang terlibat harus menggiatkan latihan bersama antara pihak polis dan pihak tentera. Negara-negara di dunia juga boleh menyekat aliran wang kumpulan pengganas.

Faktor – faktor

1. Terlalu mengikut perasaan marah yang bermaharajalela dalam diri.Ø perasaan marah yang sememangnya dibekalkan oleh Allah dalam diri setiap manusia, sekiranya tidak dikawal bahkan menguasai diri, akan membawa kepada kebinasaan sama ada kepada individu yang sedang marah itu, atau kepada orang lain dan benda-benda lain yang ada disekelilingnya. Kemarahan yang tidak dikawal, memberi impak yang cukup besar dalam kehidupan seharian seseorang itu. Sekiranya kemarahan menguasai kelompok atau jumlah individu yang ramai, maka kemusnahan yang akan terjadi jauh lebih besar skalanya. Ia menyebabkan peperangan sehingga berupaya memusnahkan sebuah Bandar, bahkan sesebuah Negara dan sebuah tamadun.

2. Sikap tamak yang menguasai diri.Ø Sikap tamak dalam diri seseorang menyebabkan timbul rasa untuk menguasai sesuatu. Maka dari situlah timbul niat untuk memerangi seseorang ataupun sesebuah Negara untuk mendapatkan apa yang dikehendakinya itu. Secara tidak langsung, keganasan juga akan berlaku dalam masa tersebut demi untuk mencapai matlamatnya. Sikap tamak terhadap kuasa dan kekayaan membuta mata seseorang sehinggakan tidak dapat membezakan antara yang baik mahupun yang buruk. Mereka tidak lagi peduli akan kesan daripada keganasan yang akan berlaku itu nanti.

3. Lambang kemegahan.Ø Penaklukan sesebuah Negara membawa maksud yang besar kepada seseorang yang pentingkan diri sendiri. Itu membawa lambang kemegahan kepada diri mereka dan mereka sanggup membuat apa saja untuk menakluk sesebuah Negara tersebut. Sebagai contoh, Amerika Syarikat yang memerangi Iraq demi untuk membalas dendam. Dengan itu, AS akan mendapat kembali namanya yang telah tercemar akibat peristiwa 11 September dahulu. Kesan daripada peperangan tersebut, AS berasa megah dan meletakkan Negara mereka sebagai Negara yang paling kuat di dunia ini.

Referensi

Dokumen terkait

3 Spammer yang melakukan spam di Twitter dengan menduplikasi

diklasifikasikan sebagai pinjaman yang diberikan atau piutang, aset keuangan yang diklasifikasikan dalam kelompok dimiliki hingga jatuh tempo atau aset keuangan yang

Hasil penelitian menunjukkan bahwa (1) aplikasi anti-etilen Aminoethoxyvinylglycine(AVG) tidak berpengaruh nyata terhadap masa simpan dan mutu buah manggis, (2)

Sistem pengelolaan pendidikan, penelitian, pelayanan/ pengabdian kepada masyarakat, dan kerjasama harus terintegrasi dengan penjaminan mutu program studi untuk

Aplikasi dari ajaran wu chang terhadap perilaku dalam bekerja yang diterapkan oleh umat Khonghucu di Krian memiliki perbedaan secara signifikan antara yang dilakukan oleh orang tua

Setelah mengetahui beberapa pendapat dan permasalahan yang ada, tulisan ini meneliti tentang hubungan timbal balik antara variabel Investasi Asing Langsung, Ekspor dan PDB

Selanjutnya, dipilihnya penelitian kualitatif karena kemantapan peneliti berdasarkan pengalaman penelitiannya dan metode kualitatif dapat memberikan rincian yang lebih

Hal ini diketahui dari adanya perbedaan rara-rata skor awal (pre-test) dan rata-rata akhir (post test) yang dicapai peserta didik pada kelas eksperimen. Data awal