• Tidak ada hasil yang ditemukan

Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1.docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1.docx"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

Nota Ringkas Pengajian Am Penggal 1 (siri 1)

KONSEP NEGARA

Konsep Negara ada sempadan

ada sistem pemerintahan ada rakyat/pemastautin tetap

Sempadan negara yang beradaulat ada sempadan yang jelas

sempadan membolehkan negara yang beradaulat ditadbir dengan sistematik

sempadan menentukan bidangkuasa politik,ekonomi dan mobiliti sosial negara yang berdaulat

Sistem pemerintahan komponen utama negara yang berdaulat ialah badan perundangan,badan eksekutif,dan badan kehakiman Rakyat persamaan bangsa,agama,budaya dan bahasa melahirkan

semangat nasionalisme yang tinggi

gagasan 1 Malaysia bertujuan satupadukan rakyat CIRI-CIRI NEGARA BERDAULAT

Ciri-Ciri Negara Berdaulat merdeka berkuasa berwibawa beridentiti

Merdeka bebas daripada belenggu penjajah bebas membuat keputusan Berkuasa sendiri berkuasa membuat keputusan

perlembagaan membahagikan kuasa kepada 3 badan iaitu perundangan,eksekutif dan kehakiman

setiap badan tidak boleh dipengaruhi atau dicampuri badan eksekutif dipilih melalui pilihanraya

badan perundangan yang gubal undang-undang ialah Dewan Rakyat dan Dewan Negara,

badan kehakiman menentukan hukuman ke atas pelanggaran undang-undang

Berwibawa berupaya mempengaruhi dan menguasai rakyat memiliki kuasa politik yang stabil

mampu menjamin keamanan dan keselamatan rakyat mempunyai kekuatan ekonomi

mempunyai modal insan yang berkualiti ada perpaduan kaum

Beridentiti sendiri contohnya Malaysia negara Islam sederhana Malaysia bersahabat dengan semua negara

Malaysia berkecuali, tidak menyokong mana-mana blok kuasa besar

asasnya ialah bendera,jata negara dan lagu kebangsaan PERLEMBAGAAN

Perlembagaan sumber undang-undang tertinggi jadi panduan kepada pemerintah

beri perlindungan dan jaminan kepada rakyat perlembagaan bertulis/tidak bertulis

ada ciri-ciri keluhuran ada sifat ketertinggiannya boleh dipinda tapi bersebab

Perlembagaan Malaysia dokumen rasmi yang mengandungi segala peraturan

menjadi panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara dan melaksanakan kuasa

ada 15 bahagian,183 perkara

peruntukkan kuasa kepada kerajaan persekutuan,negeri,tempatan perlembagaan bertulis

Perlembagaan Bertulis kebal

sukar dipinda

(2)

mahkamah ada kuasa untuk tafsir undang-undang dan melindungi perlembagaan

contohnya perlembagaan Malaysia

perlembagaan Malaysia ialah model Westminster dari Britain Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketertinggian dan keagungan perlembagaan Ciri-Ciri Keluhuran

Perlembagaan mengatasi kuasa YDPAmengatasi kuasa parlimen mengatasi kuasa Jemaah Menteri mengatasi mahkamah

undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah tidak sah dan terbatal

undang-undang negeri mesti selaras dengan perlembagaan Malaysia

mahkamah ada kuasa untuk batalkan akta yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia

Ketertinggian Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi

undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia dianggap terbatal

parlimen tidak boleh meluluskan undang-undang yang bercanggah mahkamah berkuasa membatalkan undang-undang yang

bercanggah

YDPA tidak boleh mengatasi perlembagaan Malaysia Sebab-Sebab Perlembagaan

Boleh Dipinda memperoleh suara majoriti biasa dari Dewan Rakyat dan Dewan Negara memperoleh majoriti dua pertiga dari Dewan Rakyat dan Dewan Negara

memperoleh majoriti dua pertiga dari Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan perkenan Majlis Raja-Raja

memperoleh majoriti dua pertiga dari Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan persetujuan Yang DiPertua Negeri jika di Sabah dan Sarawak

Pindaan Perlembagaan Yang

Perlu Perkenan Majlis Raja-Raja kewarganegaraanAkta Hasutan dan Kebebasan Bercakap Majlis Raja-Raja

Raja dan Yang dipertua Negeri Bahasa Kebangsaan

Kedudukan istimewa orang Melayu

Kedudukan istimewa Bumiputera Sabah dan Sarawak Hak yang sah bagi kaum-kaum lain

Kuasa perundangan Majlis Raja-Raja Pindaan Perlembagaan Negeri

Perlu Perkenan Yang Dipertua (Sabah Dan Sarawak

Kuasa Dewan Undangan Negeri Sabah.Sarawak Agama,bahasa,dan hak istimewa kaum Bumiputera Sabah,Sarawak

Kuasa dan struktur Mahkamah Tinggi Borneo Pindaan Perlembagaan Negeri

Yang Perlu Perkenan Sultan(Negeri

Beraja)Ydpa(Negeri Tiada Raja) Dan Ydp(Sabah,Sarawak)

Kedudukan sultan/YDP Negeri Kedaulatan sultan/YDP Negeri

Kuasa pengampunan sultan/YDP negeri Keistimewaan Dewan Undangan Negeri Pindaan Perlembagaan Negeri

Yang Perlu Persetujuan 2/3 Adun Sumpah/ikrarBilangan kerusi dalam DUN Pemilihan DUN

Pelantikan DUN

PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Peruntukan Perlembagaan

Persekutuan

Kewarganegaraan hak asasi warganegara bahasa Melayu

agama Islam

kedudukan istimewa orang Melayu

kedudukan istimewa Bumiputera Sabah & Sarawak 1.KEWARGANEGARAAN

(3)

pendaftaran isteri dan anak warganegara naturalisasi

penggabungan wilayah Kewarganegaraan Melalui Kuat

Kuasa Undang-Undang lahir di Malaysia < Hari Malaysialahir di Malaysia > Hari Malaysia

ibubapa lahir di Malaysia/pemastautin tetap

bapanya bekerja dengan kerajaan Malaysia di luar negara dan kelahiraannya di daftarkan dengann Pejabat Konsul Persekutuan atau didaftarkan dengan kerajaan Malaysia jika lahir di

Sabah,Sarawak,Singapura dan Brunei dalam tempoh 1 tahun Kewarganegaraan Secara

Pendaftaran

ibu atau bapanya warganegara Malaysia,dia berumur < 21 tahun didaftarkan jadi warganegara

suaminya warganegara Malaysia, jika isterinya ingin jadi warganegara Malaysia, dia mesti bermastaututin di Malaysia selama 2 tahun,kelakuan baik,masih berkahwin,perkahwinannya didaftarkan di Malaysia

individu yang berumur 18 tahun atau lebih yang lahir di Malaysia sebelum Hari Merdeka,jika ingin jadi warganegara Malaysia mesti berpengetahuan dalam Bahasa Melayu,kelakuan baik,ingin tinggal tetap di Malaysia

Kewarganegaraan Secara

Naturalisasi/Masukan untuk warganegara asing yang ingin jadi warganegara Malaysia mesti berumur > 21 tahun, telah tinggal tetap di Malaysia selama 10 tahun,kelakuan baik,tahu berbahasa Melayu

Kewarganegaraan Secara

Percantuman Wilayah mereka yang jadi warganegara Malaysia cara begini ialah penduduk Sabah,penduduk Sarawak,penduduk

Singapura,penduduk United Kingdom dan tanah jajahannya serta pemastautin tetap di Sabah dan Sarawak

Cara-Cara Penamatan

Kewarganegaraan secara sukarelasecara paksa Penamatan Kewarganegaraan

Cara Sukarela umurnya > 21 tahunwaras fikirannya

tidak mahu jadi warganegara Malaysia Penamatan Kewarganegaraan

Cara Paksa ada kerakyatan negara lainuntuk warganegara cara masukan dan pendaftaran shj tidak setia kepada negara Malaysia

derhaka kepada Malaysia ketika peperangan derhaka ketika berniaga

menjalankan aktiviti dengan musuh Malaysia dipenjara > 12 bulan

didenda >RM5000

tinggal di negara lain > 5 tahun secara berterusan

tinggal di negara asing tetapi mendaftar dengan Pejabat konsulat Persekutuan

2.HAK ASASI WARGANEGARA MALAYSIA Hak Asasi Warganegara

Malaysia Dia tidak boleh dibunuh kecuali menurut undang-undangDia tidak boleh ditahan polis > 24 jam jika tiada perintah tahanan daripada majistret/pegawai daerah

Dia perlu diberitahu sebab-sebab dia ditangkap oleh pihak berkuasa

Jika dia ditangkap, dia berhak dibela oleh peguam Dia tidak boleh dijadikan hamba abdi

Dia boleh diberi kerja paksa mengikut undang-undang Dia berhak mendapat perlindungan undang-undang

Jika dia dibebaskan,dia tidak boleh didakwa atas kesalahan yang sama

Dia berhak memohon harbeas corpus jika dia ditahan secara tidak sah

Dia berhak menikmati kesamarataan

Dia tidak boleh didiskriminasikan dari segi agama, keturunan, tempat lahir atau jantina

Dia bebas bergerak di mana-mana bahagian Malaysia Dia berhak bermastautin di mana-mana bahagian Malaysia

(4)

Dia bebas bercakap

Dia bebas berhimpun secara aman Dia bebas menubuhkan persatuan Dia bebas beragama

Dia bebas memiliki harta Sekatan-Sekatan Terhadap

Kebebasan Hak Asasi

Kerajaan berkuasa untuk menahan dan menghukum sesiapa yang mengancam keselamatan negara (undang-undang subversif) Kerajaan berkuasa untuk mengenakan perintah berkurung dan menembak serta membunuh sesiapa yang mengingkari undang-undang darurat tanpa perbicaraan (Undang-undang-undang Darurat) Para pelajar dilarang bergerak aktif dalam politik (Akta Universiti dan Kolej Universiti)

Tidak boleh membocorkan rahsia kerajaan(Akta Rahsia Rasmi) Badan-badan penerbitan dan media elektronik tiada kebebasan untuk membangkitkan isu-isu sensitive yang boleh mengancam keselamatan negara (Akta Mesin Cetak dan Penerbitan)

Rakyat dilarang menabur fitnah dan membangkitkan isu sensitif, iaitu hak istimewa orang Melayu,bahasa,kuasa raja dan

kewarganegaraan

Berkuasa untuk mengawal kemasukan rakyat dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak (Hak Istimewa Sabah dan Sarawak)

3.BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara tetapi bahasa lain bebas digunakan

4.AGAMA ISLAM

Agama Islam Agama Islam ialah agama persekutuan/agama rasmi tetapi agama lain juga bebas diamalkan

5.KEDUDUKAN ISTIMEWA Kedudukan Istimewa Orang

Melayu Hak istimewa orang Melayu dalam perkhidmatan awam,biasiswa,permit,kuota,ekonomi dan pendidikan adalah di bawah YDPA tetapi kaum bukan Melayu mendapat perlindungan sewajarnya

Kedudukan Istimewa

Bumiputera Sabah,Sarawak Hak istimewa orang Melayu dalam perkhidmatan awam,biasiswa,permit,kuota,ekonomi dan pendidikan adalah di bawah YDPA tetapi kaum bukan Melayu mendapat perlindungan sewajarnya

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN Kepentingan Perlembagaan Keamanan

perpaduan kestabilan politik kestabilan sosial

Keamanan Hak yang sama kepada semua warganegara Hak asasi dijamin

Warganegara bebas berpersatuan,beragama dan memiliki harta Perpaduan Perlembagaan digubal berdasarkan kontrak sosial yang

dipersetujui oleh semua kaum

Bahasa,agama,pemerintahan beraja,kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dipersetujui bersama Agama islam ialah agama persekutuan/agama rasmi tetapi agama lain bebas diamalkan

Kestabilan politik/sosial Perlembagaan menjadi panduan untuk memerintah Malaysia supaya pentadbiran cekap,jujur,adil,telus dan licin

SISTEM & STRUKTUR

PEMERINTAHAN MALAYSIA YDPA-Badan eksekutif-PM dan kabinet Badan perundangan-parlimen Badan kehakiman-mahkamah

SISTEM PEMERINTAHAN Malaysia ialah sebuah negara persekutuan Ketua negara ialah YDPA

Sistem pemerintahan ialah demokrasi berparlimen Agama Islam ialah agama rasmi

(5)

Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan

YDPA berada di kemuncak Badan Perundangan,Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman

Negara Persekutuan Ialah negara yang ada pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan(kerajaan pusat) dan Kerajaan Negeri

Kedua-dua kerajaan mentadbir negara berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia

Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kuasa pemerintahan berdasarkan Senarai Negeri, Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama

Kerajaan Persekutuan ada 3 peringkat kerajaan iaitu kerajaan pusat,kerajaan negeri dan kerajaan tempatan

Demokrasi Berparlimen Maksudnya pemerintahan secara perwakilan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya

Sistem ini berasaskan konsep Raja Berlembagaan,yakni YDPA sebagai ketua negara

Kuasa diagihkan antara 3 komponen utama pemerintahan iaitu Badan Perundangan,Badan Kehakiman dan Badan Eksekutif Kerajaan diketuai oleh Perdana Menteri yang dipilih daripada parti yang mendapat majoriti dalam pilihan raya umum

Perdana Menteri menjalankan kuasa eksekutif dengan dibantu oleh kabinet atau Jemaah Menteri yang dipilih daripada kalangan ahli Parlimen/ bukan

Raja Berperlembagaan Ketua negara persekutuan

Hanya boleh didakwa di Mahkamah Khas

Raja Permaisuri Agong menduduki tempat kedua selepas YDPA Berkuasa dalam memelihara adat istiadat orang Melayu

Mengetuai pentadbiran agama Islam di negeri baginda

Ketua agama Islam di Pulau Pinang,Sabah,Sarawak dan Wilayah Persekutuan

Kuasa pemerintahan terletak di tangan YDPA tetapi kuasa eksekutif dijalankan oleh Perdana Menteri dan kabinetnya

Kuasa setakat diperuntukkan oleh Perlembagaan

Menjadi Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia dengan kuasanya dilaksanakan oleh Majlis Angkatan Tentera

Mengisytiharkan darurat apabila keselamatan negara terancam Memperkenankan rang undang-undang yang digubal di Parlimen sebelum menjadi undang-undang yang sah

Kuasa Budibicara YDPA Melantik Perdana Menteri

Memperkenan atau tidak permintaan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen

Meminta mesyuarat Raja-Raja Melayu diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan dengan

kedudukan,keistimewaan dan kehormatan Raja-Raja Melayu

Penggal 1 _ Malaysia Kekal Berdaulat

Topik 1 - KONSEP Apa itu Negara?

Negara adalah satu kawasan yang mempunyai penduduk yang tetap dan berdaulat , sempadan yang diiktiraf dan diperintah oleh sebuah kerajaan.

Cara pembentukan sebuah Negara

Cara pembentukan setiap negara di dunia ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Walau apapun sejarah pembentukannya, terdapat beberapa ciri yang harus di patuhi untuk diiktirafkan sebagai sebuah negara. Ciri-ciri ini adalah ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa. Ciri-ciri utama yang harus dimiliki untuk diik tirafkan sebagai sebuah negara adalah mempunyai:

i. sempadan yang tetap dan diiktirafkan oleh masyarakat antarabangsa ii. penduduk yang tetap

iii. kerajaan yang teratur dan memberi perkhidmatan awam

(6)

v. hubungan diplomatik dengan negara-negara lain serta pengiktirafan

vi. Lambang negara antaranya seperti perlembagaan, agama rasmi, dan simbol

vii. kegiatan ekonomi yang terancang. Terlibat dalam ekonomi domestik dan antarabangsa viii. kemudahan sosial seperti pendidikan

SISTEM KERAJAAN SESEBUAH NEGARA

Pembentukan sesebuah negara selalunya bukannya terdiri daripada satu kawasan pemerintahan tetapi terdiri daripada lebih dari satu kawasan pemerintahan (beberapa negeri bercantum untuk menjadi sebuah negara. Contohnya Malaysia adalah cantuman 14 buah negeri). Percantuman sebegini berlaku secara sukarela ataupun dicantumkan secara paksa oleh kuasa penjajah. Percantuman sebegini membawa pada dua kuasa pemerintahan iaitu pentadbiran kerajaan “pusat” dan juga kerajaan “negeri”. Kerajaan merujuk kepada institusi yang akan mentadbir dan mengurus hal-ehwal negaranya .Corak pembahagian kuasa kerajaan pusat dan negeri membawa pada jenis sistem kerajaan negara tersebut. Sistem–sistem kerajaan yang terdapat di dunia adalah:

i. Kerajaan Persekutuan

- negara dibentuk berasaskan gabungan kuasa politik beberapa negeri - kuasa politik dibahagi di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. - berlaku perkongsian kuasa di antara kerajaan pusat dan negeri

- kerajaan pusat mempunyai autonomi terhadap beberapa perkara dan begitu juga dengan kerajaan negeri - tiada berlaku penindasan kuasa oleh satu pihak terhadap pihak yang lain

- Contoh negara yang mengamalkan sistem ini adalah Malaysia, India, Amerika Syarikat dan Kanada ii. Kerajaan Konfederasi

- negara juga dibentuk berasaskan gabungan kuasa politik beberapa negeri - namun tidak berlaku perkongsian kuasa

- kuasa kerajaan sepenuhnya terletak pada kerajaan negeri - kerajaan pusat hanya mempunyai kuasa terhad sahaja - kerajaan ini tidak wujud lagi pada masa kini

-contoh: Konfederasi Jerman Utara 1867-71 iii. Kerajaan Kesatuan

- negara dibentuk berasaskan gabungan kuasa politik beberapa negeri - juga tidak berlaku perkongsian kuasa

- kerajaan pusat mempunyai segala kuasa kerajaan - kerajaan negeri mempunyai kuasa yang terhad

- kerajaan pusat berkuasa membatalkan undang-undang yang diluluskan di peringkat negeri - Contoh: Denmark ,Britain,Sweden, New Zealand, Perancis dan Norway.

BENTUK NEGARA

Selain dari sistem kerajaan , bentuk sesebuah negara juga dibezakan mengikut ketua negara tersebut. Setiap negara diasaskan mengikut salah satu daripada jenis kerajaan seperti yang dijelaskan di atas iaitu kerajaan persekutuan, kerajaan kesatuan ataupun kerajaan konfederasi. Selain dari iti, setiap negara juga mempunyai seorang ketua di mana beliau memegang jawatan sebagai ketua negara. Ketua negara boleh dianggap sebagai simbol kedaulatan negara tersebut. Dalam dunia terdapat dua jenis ketua negara iaitu:

a. Raja atau Ratu – Negara yang mempunyai seorang raja atau ratu sebagai ketua maka ianya dikenali sebagai Negara Beraja. Negara-negara beraja boleh dibahagikan lagi kepada dua iaitu:

i. Raja Mutlak

ii. Raja Berperlembagaan

b. Presiden – Negara-negara yang tidak mempunyai raja akan diketuai oleh seorang presiden. Negara yang diketuai oleh seorang presiden dikenali sebagai Negara Republik. China adalah sebuah negara republik kerana diketuai oleh seorang presiden manakala Malaysia pula adalah sebuah negara Raja Berperlembagaan kerana diketuai oleh seorang raja (Yang Dipertuan Agong).

IDEOLOGI KERAJAAN SESEBUAH NEGARA

Setiap Negara yang dibentuk harus juga mempunyai sebuah kerajaan yang kukuh. Ini juga merupakan suatu ciri utama sebuah Negara. Sebuah kerajaan yang baru dibentuk boleh memilih ideologi kerajaan mereka. Di antara ideologi kerajaan yang terdapat di dunia adalah

:-a. Demokrasi

(7)

- konsep “kerajaan untuk rakyat dan oleh rakyat - kebebasan persamaan dan hak-hak

- sistem pilihanraya

- kemenangan berasaskan jumlah undi yang terbanyak bagi individu atau parti politik - utamakan kebebasan,persamaan dan hak-hak rakyat

- mula diamalkan oleh orang-orang Yahudi di Athens b. Komunisme

- diperkenalkan oleh Karl Marz, Lenin Stallin dan Mao Ts Tung - melaungkan slogan “sama rata, sama rasa’

- faktor pengeluaran dan milik rakyat dihakmilikan oleh negara - Kini hanya diamalkan dengan sepenuhnya di Cuba

c. Fasisme

- diperkenalkan oleh Mussoli dari Itali - kuasa mutlak di tangan pemimpin negara

- raykat diwajibkan untuk berkorban untuk pemimpin d. Nazisme

- diperkenalkan oleh Adolf Hitler di Jerman - menghalalkan kekejaman

e. Sosialisme

- negara mengamalkan dasar tutup pintu

- matlamat asas untuk menghakmilikan semua kekayaan menjadi hak negara f. Autokratik

- mempunyai persaingan politik yang terhad

- pemimpin-pemimpin menekankan kepada nasionalisme

- biasanya menggunakan paksaan, kekerasan dan ugutan untuk memperoleh kepatuhan dan kesetiaan rakyat - kebebasan media dan kehakiman dikawal rapi

Kebanyakan negara di dunia menggunakan sistem kerajaan berideologi demokrasi.

Ideologi komunisme terkenal pada satu masa dulu namun dengan robohnya blok Soviet Union maka kemasyhuran komunisme mula berkurangan dan kebanyakan negara yang pada satu masa dulu mengamalkan ideologi komunisme kini

mengamalkan ideologi demokrasi.

SEJARAH RENGKAS PEMBENTUKAN NEGARA MALAYSIA

1. Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Walaupun terdapat petempatan dan pemerintahan sejak awal namun sejarah Malaysia

selalunya dikaji bermula dari Kesultanan Melayu Melaka. Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan

oleh Parameswara sekitar tahun 1400an boleh dikategorikan sebagai sebuah negara di mana

kesultanan tersebut mempunyai sempadan, penduduk yang tetap, satu sistem kerajaan, simbol

kedaulatan dan hubungan diplomatik. Melaka pada masa itu boleh dianggap sebagai sebuah‘negara’

kesatuan dan beraja mutlak. Kedaulatan Melaka telah bertakhta lebih kurang 100 tahun iaitu

sehingga dijajah oleh Portugis pada tahun 1511.

2. Zaman Penjajahan Portugis

Bermula dari kedatangan Portugis pada tahun 1511 , Melaka dan beberapa buah negeri

Melayu yang lain telah berada di bawah kuasa penjajahan Portugis. Sewaktu penjajahan kedaulatan

negeri-negeri Melayu tergadai. Portugis telah berkuasa sehingga 1641. Selepas Portugis Belanda

pula menjajah Melaka dari 1641 sehingga 1824. Selepas Belanda negeri-negeri tanah Melayu telah

berada di bawah jajahan British sehingga 1957.

(8)

3. Zaman Penjajahan Belanda

Belanda telah menjajah Melaka dari 19641 hingga 1824.

4.

British

di

Tanah

Melayu

1796

Bitish memperolehi Pulau Pinang. Negeri Kedah telah menyerahkan Pulau Pinang kepada Syarikat

Hindia Timur.

1819

British telah berjaya untuk mendaptkan Singapura.

1824

Memperolehi kedaulatan sepenuhnya terhadap Singapura dari Johor dan juga mendapatkan Melaka

selalui Perjanjian Inggeris Belanda. Perjanjian ini juga telah membahagi nusantara Melayu kepada

dua bahagian di mana bahagian diambil oleh Belanda dan satu lagi oleh British.

1826

Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dicantumkan untuk menjadi Negeri-Negeri Selat

1846

Pulau Labuan telah menjadi sebuah tanah jajahan British selepas diserahkan oleh Sultan Brunei.

1874

Perak menerima seorang wakil British selepas menandatangani Triti Pangkor.Juga seorang pegawai

British telah dihantar untuk menolong Sultan Selangor dalam pemerintahan. Sungai Ujong (salah

sebuah daripada sembilan buah negeri kecil yang kemudiannya bersatu menjadi Negeri Sembilan)

menjadi naungan British juga

1887

Pahang menerima seorang wakil British

1888

Kedua-dua Sarawak dan Borneo Utara telah menjadi negeri-negeri naungan dan kekal

sehingga 1941

1889

Negeri Sembilan telah dibentuk dan menerima seorang wakil British.

1895

Perak, Selangor, negeri Sembilan dan Pahang telah bersatu untuk menubuhkan Negeri-Negeri

Melayu Bersekutu. (Persekutuan pertama di Semenajung)

1909

Mengikut Triti Siam telah memindahkan hak pertuanan, perlindungan dan pentadbiran

Kedah,Perlis,Kelantan dan Trengganu kepada Britain. Seorang pegawai dilantik untuk setiap negeri

tersebut1914 - Negeri Johor menerima seorang pegawai. Kelima-lima negeri mempunyai badan

perundangan,pentadbiran dan kehakiman masing-masing sehingga Perang Dunia Kedua.

1941

Perang Dunia Kedua dan tanah Melayu berada di bawah pemerintah tentera Jepun

1945

Perang

Dunia

Kedua

tamat

1946

British kembali ke Tanah Melayu dengan cadangan Malayan Union.Negeri Melaka, Pulau Pinang dan

sembilan negeri Melayu yang lain akan bercantum dibawah satu pemerintahan. Pembentukan

Malayan Union telah ditentang oleh rakyat khasnya orang-orang Melayu.

1948

Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dengan persetujuan semua pihak. Percantuman

Semenanjung Melayu buat pertama kali tetapi tidak memenuhi syarat Negara.

(9)

1957

Kemerdekaan daripada British. Tanah Melayu telah diistiharkan sebagai sebuah Negara yang

berdaulat dan diterima menjadi ahli PBB.

1963

Pembentukan Malaysia di mana Persekutuan Tanah Melayu,Singapura,Sabah dan Sarawak telah

bercantum

1965

Singapura keluar dari cantuman Malaysia .

Topik 2 -KONSEP PERLEMBAGAAN

Takrif dan konsep perlembagaan - K. Ramanathan (1989):

- “prinsip-prinsip asas yang mengasaskan sesebuah negara, memastikan bagaimanakah sesuatu keputusan kerajaan itu akan dibuat, bagaimana kuasa akan diagih-agihkan antara institusi-institusi kerajaan, menetapkan satu kewibawaan ideal sesebuah negara itu dan memperkenalkan satu sistem pemerintahan seperti termaktub sama ada dalam undang-undang, adat mahupun Majlis Piagam Perjanjian”.

PENGENALAN

• Perlembagaan ditakrifkan sebagai satu kumpulan peraturan dan undang-undang yang menentukan organisasi kerajaan dan pembahagian kuasa antara badan-badan pemerintah khasnya eksekutif, perundangan dan kehakiman.

• Setiap negara mempunyai sejarah pembentukan perlembagaannya. JENIS PERLEMBAGAAN

Terdapat dua jenis perlembagaan di dunia

iaitu:-1.Perlembagaan bertulis-Parlimen memperolehi kuasa daripada Perlembagaan

2.Perlembagaan tidak bertulis-Parlimen boleh membuat, menggubal atau meminda apa jua jenis undang-undang tanpa sekatan. Kuasa tertinggi terletak pada Parlimen dan bukan

pada perlembagaan.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN DI MALAYSIA • Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.

• Hal-hal pentadbiran negara tertera di dalam perlembagaan. Ketertinggian Perlembagaan Malaysia menggambarkan beberapa ciri.

• Di antaranya adalah:

i. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.

ii. Perlembagaan harus dijadikan sebagai panduan dalam menggubal undang- undang negara

iii. Sebarang penggubalan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan akan terbatal setakat mana yang bercanggah

iv. Parlimen dan badan perundangan lain seperti Dewan Undangan Negeri, pihak eksekutif dan kehakiman juga mendapat bidang kuasa masing-masing dari perlembagaan.

v. Ketua negara iaitu Yang Di Pertuan Agong juga menjalankan tugasnya mengikut Perlembagaan. Mengenali Kandungan Perlembagaan Malaysia

• Perlembagaan Malaysia mempunyai 183 Perkara. Setiap perkara dibahagikan kepada beberapa fasal. Selain dari itu perlembagaan juga mempunyai 13 jadual.

• 183 Perkara dalam perlembagaan dibahagikan kepada 15 bahagian

(10)

Peruntukkan Utama Dalam Perlembagaan Malaysia • hak asasi

• kewarganegaraan

Topik 6 SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA

Sistem pemerintahan negara mempunyai tiga badan iaitu perundangan, eksekutif dan kehakiman

LATAR BELAKANG KEHAKIMAN MALAYSIA

- Perlembagaan menentukan doktrin pengasingan kuasa antara ketiga-tiga badan ini. - Perlembagaan menentukan bidang kuasa kehakiman dan mahkamah.

- Badan Kehakiman mengimbangkan kuasa antara badan Perundangan dan badan Eksekutif

- Kehakiman bebas daripada kawalan badan-badan perundangan dan eksekutif serta politik semasa menjalankan tugasnya.

- Ketua Hakim Negara adalah ketua dalam badan ini yang mengetuai semua hakim.

- Teradapat dua kumpulan mahkamah dalam sistem kita iaitu Mahkamah-mahkamah Awam dan Mahkamah- mahkamah khas

- Mahkamah Awam membicara kes-kes untuk orang awam tanpa kira pangkat, umur, jawatan atau pekerjaan. Hukuman adalah sama untuk semua.

- Mahkamah-mahkamah Khas pula membincarakan kes mengikut fungsi tertentu.Contohnya Mahkamah Syariah hanya membicarakan kes-kes yang berkaiatan dengan agama Islam dan hanya membicarakan orang-orang yang beragama Islam sahaja.

PENTADBIRAN MAHKAMAH

- Ketua Pentadbir mahkamah-mahkamah adalah Ketua Pendaftar. Pejabat ketua pendaftar mengendalikan perkara-perkara keadilan dan pentadbiran di Mahkamah.

- Ketua pendaftar dibantu oleh Pendaftar Mahkamah Rayuan, Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya dan Pendaftar mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak

- Pejabat pendaftar adalah dibawah kawalan Jabatan Perdana Menteri - Ketua pendaftar mentadbir mahkamah di bawahnya

- Setiap jenis mahkamah mempunyai ketua pendaftarnya sendiri

- Ketua pendaftar setiap mahkamah bertanggungjawab terus kepada Ketua Hakim Negara dan beliau dibantu oleh timbalan-timbalan, pegawai kanan, pegawai pentadbir dan pegawai lain di mahkamah.

FUNGSI-FUNGSI KEHAKIMAN

Badan kehakiman bertanggungjawab untuk:

- mentadbir keadilan kes sivil dan jenayah secara saksama

- melindungi hak-hak asasi rakyat daripada sebarang pencabulan oleh pihak individu atau kerajaan. - mentafsirkan undang-undang

- badan kehakiman juga berkuasa untuk mentafsir Perlembagaan Persekutuan.

- pihak mahkamah boleh mengistiharkan sesuatu undang-undang atau tindakan badan perundangan atau eksektif tidak sah.

- badan kehakimana juga mempunyai kuasa untuk membatalkan undang-undang yang bercanggahan dengan Perlembagaan setakat mana yang bercanggah.

- boleh membicarakan kesalahan yang berlaku di atas kapal terbang atau laut yang didaftarkan di Malaysia.

(11)

Topik 1 : Malaysia Kekal Berdaulat

1.0 Konsep dan Ciri Negara Berdaulat

1 .1 Negara

1.1.1 Definisi Negara

i. Sesebuah masyarakat bebas yang menduduki kawasan atau wilayah dalam had sempadan

tertentu dan diperintah oleh sesebuah kerajaan. atau

ii. Suatu kelompok masyarakat yang mendiami sebuah wilayah fizikal yang mempunyai sempadan

dan ditadbir atau diperintah oleh sebuah kerajaan. atau

iii. Satu wilayah tertentu yang didiami oleh sesuatu bangsa dan mempunyai institusi pemerintah

yang berkesan. atau

iv. Satu masyarakat atau komuniti yang mendiami sesebuah kawasan atau wilayah secara tetap dan

diperintah oleh sebuah kerajaan.

1.1.2 Konsep Negara Berdaulat

Negara yang berdaulat ialah negara yang mempunyai penduduk yang menetap di satu wilayah dan

mempunyai sempadan yang jelas selain itu mempunyai kerajaan yang berupaya untuk mengawal

hal-ehwal dalam negara serta kebebasan mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara

lain.

1.2 Ciri-ciri Negara Berdaulat

i. Sempadan / wilayah yang jelas

ii. Penduduk tetap untuk sesebuah negara bangsa.

a. Jumlah b.. Bangsa

iii. Kerajaan sah & sistem pentadbiran teratur.

iv. Negara berdaulat & berupaya mengawal hal-ehwal dalam negeri / negara.

5

v. Hubungan diplomatik

1.3 Sistem Kerajaan dan Peranan

1.3.1 Sistem Kerajaan

1.3.1.1 Definisi Kerajaan

Badan atau institusi yang bertanggungjawab menjalankan fungsi-fungsi pengurusan dan

pentadbiran sesebuah negara.

atau

Institusi yang mengurus dan mentadbir hal ehwal negara. Kerajaan terbahagi kepada tiga komponen

utama iaitu:

i. Badan Petadbiran (Eksekutif) ii. Badan Perundangan (Judisiari) iii. Badan Kehakiman

(Legislatif)

(12)

1.3.1.2 Sistem Kerajaan

Definisi : institusi pemerintahan sesebuah kerajaan yang :

i. bertanggungjawab menggubal dan

ii. melaksanakan dasar-dasar kerajaan seperti Parlimen,Majlis

Raja-raja,Kabinet,kementerian dan mahkamah.

1.3.1.3 Peranan Kerajaan

Menentukan arah tadbir urus negara demi keamanan, kesejahteraan warga negara.

Menyediakan Kemudahan Ekonomi

Menyediakan Pelbagai Perkhidmatan

Memastikan Keamanan dan Ketenteraman

Menstabilkan Persaingan

Perlindungan Alam Sekitar

Penyediaan Keperluan Asasi

1.4 Jenis-jenis Kerajaan Dunia

1.4.1 Kesatuan

Ø

Ciri-ciri : pemerintahan melalui pemusatan kuasa.

Ø

Kerajaan Pusat menghendaki semua negeri melepaskan semua kuasa pemerintahan kepada

Kerajaan Pusat

Ø

Kuasa pentadbiran tempatan/negeri dijalankan melalui arahan daripada Kerajaan Pusat.

Contoh negara : Britain

1.4.2 Konfederasi

ØCiri-ciri : Kerajaan Negeri memiliki kuasa mutlak. Kerajaan Pusat memiliki kuasa

terhad.

Dokumen yang mewujudkan pertubuhan bersama antara negeri lebih merupai perjanjian @

permuafakatan bukan perlembagaan.

(13)

Contoh negara : Tiada negara yg mengamalkan jenis kerajaan ini

1.4.3 Persekutuan

Ciri-ciri: Suatu sistem pemerintahan terdiri daripada gabungan Kerajaan Pusat dan

Kerajaan Negeri.

Ø

Kerajaan Negeri punyai kuasa autonomi ke atas perkara yang tak memerlukan

keseragaman.

Antara kuasa mutlak Kerajaan Negeri ialah: 1. hutan 2. tanah 3. air 4. galian

Ø

Kerajaan Pusat mempunyai kuasa sepenuhnya ke atas perkara-perkara berhubung dengan

luar negara & perkara-perkara umum seperti pelajaran & kewangan.

Kesimpulan Pembahagian Kuasa antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri :

Jenis Kerajaan

Kerajaan

Pusat

Kerajaan

Negeri

Kesatuan

Ya

Konfederasi

Ya

Persekutuan

Ya

Ya

2.0 Pembentukan Malaysia

2.1 Kemerdekaan Tanah Melayu

Tunku Abdul Rahman membentuk Parti Perikatan.

Kesan : Membuka mata British untuk membenarkan penduduk Tanah Melayu mentadbir

sendiri negaranya.

Perpaduan anatara tiga kaum utama; Melayu, Cina dan India menghasilkan Perjanjian London

(8 Februari 1956) dan memerdekakan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

2.2 Penubuhan Malaysia

Pembentukan persekutuan baru dirancang berlaku pada 1 jun 1963.

Beberapa isu berkaitan bantahan Indonesia dan Filipina tentang pembentukan Malaysia

melambatkan pengisytiharan hingga 16 september 1963.

Penangguhan ini kerana PBB membuat pungutan suara dari Sabah (Borneo Utara) dan

Sarawak tentang pembentukan Malaysia.

(14)

Pembentukan Malaysia pada 16 september 1963 menggabungkan Malaysia, Sabah, Sarawak

dan Singapura.

Dua masalah besar timbul diawal penubuhan :

o

Indonesia menuntut Malaysia

o

Filipina menuntut Sabah

Singpura keluar dari Malaysia pada tahun 1965.

2.3 Sebab Pembentukan Malaysia

2.3.1 Keselamatan

Penubuhan gagasan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan komunis yang makin

bertambah di Singapura dan Wilayah Borneo.

Harapan melalui penubuhan gagasan baru ini => kestabilan politik mengekang ancaman

komunis.

2.3.2 Mengimbangi Penduduk

Penubuhan gagasan Malaysia mengelakkan ketidakseimbangan kaum.

2.3.3 Kemajuan Ekonomi Bersama

Penubuhan gagasan Malaysia membolehkan kelima-lima buah kawasan menikmati kemajuan

ekonomi bersama-sama.

Mewujudkan satu pasaran yang luas menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri

pertanian.

Sumber alam Tanah Melayu,Sabah,Sarawak dan Brunei dapat dimanfaatkan untuk

mengukuhkan ekonomi.

2.3.4 Mempercepat Proses Kemerdekaan

Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Sabah,

Sarawak, Brunei dan Singapura.

2.4 Proses Pembentukan Malaysia

(15)

Tujuan JPPM :

i. memberitahu orang ramai tentang Malaysia

ii. mengumpulkan sambutan terhadap Malaysia

iii. menyediakan memorandum tentang cara pembentukan Malaysia

JPPM memberi peluang kepada pemimpn Sabah dan Sarawak mengemukakan pandangan

tentang gagasan Malaysia.

Satu memorandum disusun semula dan dihantar ke Suruhanjaya Cobbold (23 Februari 1962).

Kandungan memorandum ialah :

o

Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia

o

Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan.

o

Agama Islam => agama Persekutuan tetapi, rakyat bebas beragama

o

Bahasa Melayu => bahasa kebangsaan tetapi, bahasa lain masih boleh digunakan.

o

Hak istimewa seperti Orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak

o

Sabah, Sarawak berhak mengawal imigresennya sendiri.

o

Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.

2.5. Penentangan Gagasan Malaysia

Filipina menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Sulu tetapi gagal.

Akhirnya Filipina mengiktiraf Persekutuan Malaysia pada Jun1966.

Indonesia melancarkan dasar konfrontasi terhadap gagasan Malaysia. Indonesia meminta

Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi mendapatkan pandangan penduduk

Sabah dan Sarawak tentang penubuhan gagasan Malaysia.

o Laporan PBB : penduduk Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia. Indonesia tidak dapat

menerima keputusan ini.

o Persetujuan telah dicapai antara Tun Abdul Razak dengan Adam Malikdi Bangkok dan

Perjanjian damai ditandatangani di Jakarta pada 11 Ogos 1966.

2.6 Akta Malaysia

Akta yang menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah membentuk

negara Malaysia.

2.6.1 Pihak yang terlibat meluluskan Akta Malaysia.

1. Parlimen British

2. Parlimen Tanah Melayu

(16)

3. Dewan Perhimpunan Singapura

4. Majlis Undangan Sarawak

5. Majlis Undangan Sabah.

2.6.2 Kandungan perjanjian Akta Malaysia 1963.

1. Semua urusan hal ehwal luar menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

2. Agama Islam merupakan agama Persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah tetapi agama lain bebas

diamalkan.

3. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh

digunakan.

4. Bagi negeri Sarawak dan Sabah,bahasa rasmi ialah bahasa Inggeris sehingga 10 tahun selepas Hari

Malaysia.

5. Negeri Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam.

6. Sarawak memperoleh 24 kerusi,Sabah 15 kerusi dan Singapura 15 kerusi bagi perwakilan parlimen

dalam pilihanraya.

7. Rakyat bumiputera di sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di

Persekutuan Tanah Melayu.

Referensi

Dokumen terkait

bahwa intervensi pasar nilai tukar mata uang asing bila tidak disertai dengan koordinasi sertai dengan koordinasi negara anggota di dalam menetapkan kebijakan moneter hanya

Hasil penelitian adalah sebagai berikut : (1) peran kepala sekolah dalam mengembangkan kultur sekolah, yaitu sebagai kepemimpinan, sebagai inovator, sebagai

Bronkiolitis biasanya terjadi setelah kontak dengan orang dewasa atau anak besar yang menderita infeksi saluran nafas atas yang ringan.Bayi mengalami demam ringan

Penelitian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui : (1) Asal – usul upacara Larung Sesaji telaga Sarangan, (2) tujuan diadakannya upacara Larung Sesaji telaga Sarangan,

Puji syukur kepada Allah SWT atas rahmat dan karunia-Nya, sehingga penulis dapat menyelesaikan penyusunan skripsi dengan judul “FAKTOR - FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

; KAL&gt;N,AN TPA &lt; +ER,AS PERUSAHAANP SKPEM+UAT KESETSAPU IJUK 1 PRIN,APUS PERUSAHAANP EM+UAT KASURKESET 2 +A?EN

Penyelesaian integrasi Peta Sebaran Lokasi Pengaman Pantai skala 1:50.000 untuk 10 provinsi (Jawa Barat, Banten, DKI Jakarta, DI Yogyakarta, Jawa Tengah, dan Jawa Timur,

Wisuda Institut Teknologi Telkom diselenggarakan sedikitnya 1 (satu) kali dalam setiap tahun akademik yang tertuang dalam kalendar pendidikan. Biaya pelaksanaan