Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Nama Kursus Perkembangan Mata Pelajaran Sejarah dalam Pendidikan di Malaysia (The Development of History Subject in Malaysian Education)
Kod Kursus SJH1024
Kredit 4 (4+0)
Jam Kontak 160 jam
Bahasa
Pengantar Bahasa Melayu
Prasyarat Tiada
Semester Pertama
Hasil
Pembelajaran 1. Menjelaskan pengertian istilah dan konsep Sejarah. (1.1)
2. Membincangkan perkembangan mata pelajaran Sejarah dalam sistem pendidikan di Malaysia.(2.3)
3. Menghuraikan matlamat pendidikan Sejarah di Malaysia (2.2)
4. Menghubungkaitkan kurikulum pendidikan Sejarah dengan hasrat pembinaan negara bangsa dan perpaduan di Malaysia.(4.4)
5. Menganalisis kurikulum Sejarah yang diajar di sekolah rendah dan menengah (6.1)
Sinopsis Kursus ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh perspektif yang lebih luas tentang kedudukan dan perkembangan mata pelajaran Sejarah dalam sistem pendidikan di Malaysia. Kurikulum Sejarah direka bentuk bagi mencapai matlamat utama pendidikan yang ingin melahirkan satu bangsa Malaysia yang unggul dan bersatu padu. Kursus ini turut memberi pendedahan untuk mendalami pengetahuan asas tentang perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan berkait dengan mata pelajaran Sejarah
This course aims to expose students the broader perspective on the history of the subject position in the Malaysian education system. The curriculum has been designed in accordance with the educational goals and the needs of Malaysia which emphasis unity and quality of citizenship. This course also gives exposure to deepen knowledge basis of the changes that occurred in the system associated with historical subjects.
Bil Tajuk Kandungan Jam
1. Pengertian Istilah
Pengertian pendidikan di Malaysia
Pengertian kurikulum tersurat dan tersirat
Pengertian pendidikan Sejarah4
2. Kedudukan dan Perkembangan Mata Pelajaran Sejarah
Mata pelajaran Tawarikh di sekolah rendah semenjak tahun 1956
Mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran teras KBSM sekolah menengah sejak 1988
Perbezaan antara kurikulum Sejarah baru dan lama
Sejarah merentas kurikulum dalam subjek Kajian Tempatan sekolah rendah
Mata pelajaran wajib di peringkat SPM
Perubahan KBSR kepada KSSR
Kedudukan mata pelajaran Sejarah di peringkat pengajian tinggi.8
3 Matlamat Pendidikan Sejarah
Gambaran lengkap tentang Sejarah negara Malaysia- Keperibadian bangsa - Semangat patriotik
Menghargai tokoh dan sumbangannya
Pemantapan kewarganegaraan- Membentuk generasi upaya ekonomi, sosial dan politik negara.
Pemupukan perpaduan dan pembinaan masyarakat bersatu padu- Alat membangunkan bangsa dan negara
Pedoman perencanaan hala tuju negara8
4. Kandungan
Kurikulum Sejarah
Kurikulum yang bersifat futuristik dan berdaya saing
Keseimbangan antara aspek teori dan amali.
Penekanan terhadap fakta dan tahun diminimumkan.
Penekanan ke atas penghayatan dan iktibarperistiwa sejarah.
Kurikulum yang seimbang, progresif dan dinamik.
Berpusatkan pelajar, realistik dan praktikal.
Menunjukkan pendemokrasian Sejarah.
Sejarah milik bersama.
Menjurus kepada meningkatkan integrasi kaum
Bersifat holistik dan komprehensif
Sejarah perlu merentas kurikulum5. Kurikulum Sejarah Ke arah
Pembentukan Perpaduan
Alat deduktif tunjang pendidikan kebangsaan
Pembinaan dan penyatuan bangsa
Menanamkan kesedaran, toleransi dan kepekaan berkongsi tanggungjawab terhadap masa depan negara.
Membangkitkan imej baru negara bangsa Malaysia
Pembentukan bangsa Malaysia yang bersemangat perpaduan dan kekitaan.
Proses mendidik melalui pelbagai kaedah pengajaran dan teladan.12
6. Disiplin Ilmu
Sejarah
Sejarah Politik
Sejarah Ekonomi
Sejarah Masyarakat
Sejarah Pendidikan
Sejarah Sosial8
7 Kurikulum Sejarah di Sekolah
KLSR dan pengenalan Tawarikh
KLSM dan Sejarah
Kajian Tempatan menggantikan mata pelajaran Sejarah sekolah rendah.Bil Tajuk Kandungan Jam
Sejarah mata pelajaran teras di peringkat KBSM
Penilaian mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah
Penilaian mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah menengah
KSSR mewajibkan mata pelajaran Sejarah
Sejarah wajib lulus di peringkat KBSMJumlah 60
Pentaksiran Kerja Kursus : 50% Peperiksaan : 50%
Jam
Pembelajaran
Jam Pembelajaran Bersemuka 60 Jam Jam Pembelajaran Bukan Bersemuka 100 Jam
Rujukan Asas
Abd.Rahim Abd Rashid.(1999). Pendidikan Sejarah, Falsafah Teori dan Amalan. Kuala Lumpur: Percetakan Cergas Publication Sdn Bhd. Aini Hassan & Siti Hawa Abdullah.(2008) Sejarah Perkembangan
Kurikulum Sejarah di Malaysia
Zainal Abidin Abdul Wahid (1972). Sejarah Malaysia Sepintas Lalu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rujukan Tambahan
Abdul Razaq dan Andi Suwirta.2007. Sejarah dan Pendidikan Sejarah: Perspektif Malaysia dan Indonesia. Bandung: Historia Press.
Carr, E.H (1965). What is History. Harmondworth. Middlesex: Penguin Books Ltd.
Collingwood, R.G.(1966 ). The Idea of History : Oxford University Press Khoo Kay Kim. (1974/1976). Penulisan Sejarah Sosial Malaysia. dlm.
Jurnal Sejarah. Jld. XIII.
Muhd Yusof Ibrahim.(1997). Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah.kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhd Yusof Ibrahim (1986). Pengertian Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.