• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pelayar dan Kapal Kapal Buatan Melayu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pelayar dan Kapal Kapal Buatan Melayu"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Pelayar dan Kapal-Kapal Buatan Melayu.

Oleh: Benign Nor Hafeez

1- Empayar-empayar bangsa Melayu purba sememangnya terkenal sebagai empayar maritim yang hebat. Kerajaan-kerajaan seperti Srivijaya dan Melaka, sekadar menyebut beberapa nama, adalah kerajaan-kerajaan Maritim, kerajaan-kerajaan yang bergantung kepada aktiviti-aktiviti laut daripada sekecil-kecil nelayan biasa kepada pedagang-pedagang yang menjalankan aktiviti perdagangan antarabangsa melalui jalan laut.

2- Sebelum kedatangan orang-orang Eropah yang kononnya membawa kemodenan lagi, orang-orang melayu sememangnya sudah lama terkenal sebagai pelayar-pelayar yang hebat dan bangsa yang amat mahir dengan ilmu pelayaran dan pembuatan kapal-kapal besar. Lanun-lanun melayu adalah diantara lanun-lanun yang amat ditakuti pada suatu

masa dahulu.

Replika Kapal yang digunakan oleh Lanun dari Kepulauan Melayu

3- Maka tidak hairan lah pelayar Portugis yang terkenal, Ferdinand Magellan menggunakan khidmat orang melayu untuk membantunya didalam misi-misi pelayarannya merentas lautan mencari kepulauan rempah. Anda mungkin tidak kenal siapa itu Henry The Black ataupun Enrique tetapi anda pasti pernah mendengar nama Panglima Awang atau Panglima Hitam bukan?

(2)

5- Memetik Lynda Shaffer yang disebut sebagai berkata pelayar-pelayar Melayu merupakan pelayar-pelayar yang mempunyai ilmu laut yang tinggi, berlayar merentasi lautan beribu-ribu batu tanpa bantuan kompas atau carta-carta bertulis. Pelayar-pelayar melayu menggunakan angin, bintang, warna air laut, rupa bentuk gelombang laut untuk mengetahui lokasi. Mereka boleh tahu kedudukan sebuah pulau walaupun mereka masih berjarak 30 batu dari pantainya hanya dengan melihat tabiat burung-burung tertentu, haiwan dan tumbuhan laut dan juga rupa bentuk gelombang pada permukaan laut.

6- Malah pelayar-pelayar China telah mengetahui tentang orang-orang melayu dari seawal kurun ke 3. Shaffer seterusnya dipetik sebagai berkata:

The Chinese also knew these islanders as builders and as the crews of ocean going vessels engaged in long distance over seas trade. The Chinese in fact appear to have learned much from these sailors. The Malays independently invented a sail, made from woven mats reinforced with bamboo, at least several hundreds years B.C.E and by the time of the Han Dynasty (206 CE to 221 CE) the Chinese were using such sails.

7- Gaspar Correia. pencatit berbangsa Portugis telah mencatitkan seperti berikut sewatu armada perang Portugis bertembung dengan sebuah kapal melayu dari Aceh menjelaskan bahawa sisi kapal tersebut sangatlah tinggi sehingga tiada siapa yang berani untuk cuba memanjatnya dari mana-mana kapal Portugis. Kapal tersebut seolah tidak tercalar dengan serangan Portugis kerana kapal tersebut mempunyai 4 lapis perisai dan meriam Portugis yang paling besar pun hanya mampu menembusi dua lapisan sahaja

8- Keadaan ini telah memaksa Gabenor pada waktu itu menghantar kapal perang terbesarnya iaitu Flor De La Mar. Walaupun demikian, kapal perang Aceh tersebut masih mampu menahan serangan selama 2 hari dua malam dan hanya tewas apabila pihak Portugis berjaya memusnahkan sirip kemudinya. Correia telah dipetik sebagai mengatakan seperti berikut:

Her sides were so high that no one dared board her from any of the Portuguese ships;naos,caravellas and gales and she remained unscathed by the Portuguese fire because she had four layers of sheathing and the largest Portuguese artillery could only penetrate two. At length the governor sent out his own nao the Flor de la Mar. Inspite of this the jong managed to fend of the Portuguese attacks for two days and two nights and only succumbed when the Portuguese succeeded in removing her rudders which she carried outside as on the barges of Ribatejo.

9- Didalam buku The Golden Chersonese And The Way Thither yang ditulis oleh Isabella L Bird yang mengembara ke Timur Jauh pada tahun 1879 ada mengatakan selepas daripada kejatuhan Kota Melaka ke tangan Portugis, empayar melayu Aceh telah cuba menawan kembali Kota Melaka dengan segerombolan kapal-kapal perang mencecah 500 buah yang mana 100 daripadanya adalah jauh lebih besar dari mana-mana kapal yang pernah dibina di Eropah. Bird dipetik sebagai berkata:

(3)

malacca more than once with a fleet, according to the annalist of more than five hundred sail, one hundred of which were of greater size than any then constructed in Europe and the warriors and mariners that it bore amounted to sixty thousand commanded by the King in person.

10- Saya seterusnya cuba membelek-belek beberapa forum-forum tempatan dan luar negara yang ada membincangkan tentang kapal-kapal buatan Melayu ini. Didalam satu surat bertarikh 28 November 1587, yang ditulis oleh Dom Paulo Lima de Pereira kepada Raja Philip yang menguasai Portugal dan Sepanyol ada menyebut tentang beberapa kapal perang milik Johor yang berjaya ditewaskan oleh Portugis ketika percubaan Portugis untuk menawan Johor Lama dan Kota Batu. Diantara kapal-kapal tersebut, terdapat sejenis kapal besar yang dipanggil Galleons.

No estreito, e nas estancias defronte da cidade se queimarão passante de mil embarcações entre Juncos ballos, e somas, e muitos balões, queimarão mais dous galeões, oito Gales, e algumas fustas, e lancharas,

Terjemahan:

In the Strait and the anchorage before the city, more than 1,000 vessels were burnt, among these junks, bâlos, sômas and many balões, two more galleons, eight galleys, some foists and lancharas.

11- Galleons ini juga ada disebut didalam satu lagu sumber PortugisBatalhas e Combates Marinha Portuguesa: 1580-1603” yang dipetik sebagai menyebut:

nos esteiros a norte e a sul da cidade foram incendiados cerca de dois mil navios, entre naus, gales, juncos, galeotas, fustas, lancharas, bantins, champanas e outros de menor

porte !

O rei de Jor perdeu quatro mil soldados que lhe foram mortos em combate pelos portugueses e outros três mil que lhe foram mortos durante a retirada pelos javos que

levava consigo.

Terjemahan:

In the estuaries north and south of the city, about two thousand ships were burned, among them naus, galleys, junks, galliot, foists, lancharas, bantins, champanas and other

lesser crafts !

The king of Jor lost four thousand soldiers who have been killed in combat by the Portuguese and three thousand who have been killed during the withdrawal by ‘javos’ he carried.

(4)

Rentasan sebuah Galleon

13- Pada sekitar tahun 1580an, hanya beberapa buah negara sahaja di Eropah yang mempunyai kemampuan dan kepakaran untuk membina Galleons, seperti Turki, Portugal, Sepanyol dan England. Belanda hanya mula membina Galleons pada sekitar tahun 1590an atau 1600an. Perancis lansung tidak mempunyai armada laut sehinggalah kurun ke 17. Galleon pertama mereka hanya dibeli pada 1620an daripada Belanda. Hanya Aceh dan Johor sahaja negara bangsa bukan eropah yang menjadi pengeluar

Galleons pada sekitar 1580an ke 1600an.

14- Setelah membuat sedikit rujukan-rujukan mengenai Galleon-Galleon melayu ini, saya mendapati ianya adalah sejenis kapal perang besar yang dipanggil Kura-kura ( cora-cora) yang kadang-kadang memerlukan sehingga 90 orang pendayung. Kapal Kura-Kura ini banyak digunakan di Maluku. Pihak Belanda memanggilnya Kapal Perang Ambon. Pada awal kurun ke 16, kapal Kura-Kura ini sangat digeruni oleh pelayar eropah setelah lakarannya tersebar luas.

Kura-kura Melayu yang menggentarkan Eropah.

(5)

lah juga kanu-kanu bersayap ini akan dijumpai. memetik Fletcher yang menyebut seperti berikut:

Referensi

Dokumen terkait

Simulasi model ANSWERS dengan parameter input faktor C harian menunjukkan bahwa konversi hutan menyebabkan kehilangan air dari DAS Nopu Hulu sebesar 115441,O

Berdasarkan hasil penelitian dan pembahasan maka dapat ditarik kesimpulan Terdapat perbedaan signifikan (berdasarkan statistik) antara hasil belajar fisika melalui

Program bank sampah dengan tingkat pendapatan keluarga nasabah bank sampah di Kecamatan Ciputat Timur memiliki korelasi sangat lemah (0.001%) dan tingkat kepuasan

Beberapa artefak yang ditemukan baik dari hasil penggalian maupun yang sudah berada di permukaan tanah yaitu batu-batu berbentuk kala; makara; batu berelief guirlande, gapa, pilar

Hasil ini lebih efektif bila dibandingkan dengan penggunaan enzim yang harus dilakukan dalam sistem batch serta memerlukan kontrol suhu yang ketat dan

Maka secara keseluruhan faktor yang paling dominan mempengaruhi motivasi kerja pegawai pada Dinas Kebudayaan dan Pariwisata Kota Pekanbaru adalah faktor pemeliharan,

Oleh sebab itu, strategi yang perlu diusung adalah fokus pada pengembangan iptek yang sesuai realita kebutuhan dan/atau menjadi solusi bagi persoalan nyata sehingga: (1)

Kesimpulannya adalah seni merupakan ekspresi seorang seniman yang ada dalam pikirannya yang kemudian dituangkan pada suatu bidang. Baik yang bersifat dua