• Tidak ada hasil yang ditemukan

DSKP KSSM Bahasa Arab Tingkatan 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "DSKP KSSM Bahasa Arab Tingkatan 1"

Copied!
64
0
0

Teks penuh

(1)
(2)
(3)

Title Pag e

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

Bahasa Arab

Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran

Tingkatan 1

Terbitan Terhad Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum

(4)

Terbitan 2015

© Kementerian Pendidikan Malaysia

(5)

Rukun Negara v

Falsafah Pendidikan Kebangsaan vi

Kata Pengantar vii

Pendahuluan 1

Matlamat 2

Objektif 2

Kerangka Kurikulum Standard Sekolah Menengah 3

Fokus 4

Kemahiran Abad Ke-21 5

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi 6

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 7

Elemen Merentas Kurikulum 9

Pentaksiran 11

Organisasi Kandungan 13

Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi 15

Domain dan Situasi 38

Templat Ayat 42

(6)
(7)

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;

Memelihara satu cara hidup demokratik;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN

(8)

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang

dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia

yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”

(9)

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula dilaksanakan pada tahun 1989. KSSM digubal bagi memenuhi keperluan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 agar kualiti kurikulum yang dilaksanakan di sekolah menengah setanding dengan standard antarabangsa. Kurikulum berasaskan standard yang menjadi amalan antarabangsa telah dijelmakan dalam KSSM menerusi penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) untuk semua mata pelajaran yang mengandungi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Pentaksiran.

Usaha memasukkan Standard Pentaksiran di dalam dokumen kurikulum telah mengubah landskap sejarah sejak Kurikulum Kebangsaan dilaksanakan di bawah Sistem Pendidikan Kebangsaan. Menerusinya murid dapat ditaksir secara berterusan untuk mengenalpasti tahap penguasaannya dalam sesuatu mata pelajaran, serta membolehkan guru membuat tindakan susulan bagi mempertingkatkan pencapaian murid.

DSKP yang dihasilkan juga telah menyepadukan enam tunjang Kerangka KSSM, mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai serta memasukkan secara eksplisit Kemahiran Abad Ke-21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Penyepaduan tersebut dilakukan untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sebagaimana tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Bagi menjayakan pelaksanaan KSSM, pengajaran dan pembelajaran guru perlu memberi penekanan kepada KBAT dengan memberi fokus kepada pendekatan Pembelajaran Berasaskan Inkuiri dan Pembelajaran Berasaskan Projek, supaya murid dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21.

Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penggubalan KSSM. Semoga pelaksanaan KSSM akan mencapai hasrat dan matlamat Sistem Pendidikan Kebangsaan.

Dr. SARIAH BINTI ABD. JALIL Pengarah

(10)
(11)

PENDAHULUAN

Kurikulum Bahasa Arab di peringkat sekolah menengah mula diperkenalkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 1977. Apabila Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dilaksanakan, kurikulum Bahasa Arab turut digubal semula selaras dengan keperluan pada ketika itu. Seterusnya, pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) mulai tahun 2017, menuntut Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) menggubal kurikulum Bahasa Arab yang merupakan kesinambungan daripada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dengan mengambil kira keperluan generasi baru serta sesuai dengan keperluan abad ke-21.

Kurikulum standard Bahasa Arab sekolah menengah digubal selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan, sehingga mampu berinteraksi dengan bebas (independent proficiency). ِApa yang dihasratkan dalam PPPM ini bertepatan dengan ketetapan Common European Framework of Reference For Language (CEFR) yang mensasarkan kebolehan seseorang berinteraksi dalam wacana sosial.

(12)

MATLAMAT

Kurikulum standard Bahasa Arab di peringkat sekolah menengah bermatlamat memperkukuhkan kemahiran berbahasa murid agar kemampuan mereka dalam interaksi sosial dan akses kepada pengetahuan dapat dipertingkatkan serta dapat membentuk sahsiah diri melalui pengamalan nilai-nilai murni.

OBJEKTIF

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum standard Bahasa Arab peringkat menengah rendah berkeupayaan untuk:

1. Mendengar perkataan, rangkai kata, ayat dan perenggan berkisar perkara lazim baginya, memahami serta dapat memberi respons yang betul;

2. Bertutur dalam pelbagai konteks yang lazim baginya dengan sebutan yang fasih dan penggunaan perkataan, rangkai kata, ayat serta perenggan yang betul;

3. Membaca pelbagai bahan yang ringkas dan mudah berkaitan perkara lazim baginya, memahami serta dapat memberi respons yang betul;

4. Menulis tentang perkara lazim baginya melalui penggunaan perkataan, rangkai kata, ayat dan perenggan yang betul;

(13)

KERANGKA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dibina berasaskan enam tunjang, iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Keterampilan Diri; Perkembangan Fizikal dan Estetika; serta Sains dan Teknologi. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama

lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan membangunkan modal insan yang menghayati nilai-nilai murni berteraskan keagamaan, berpengetahuan, berketerampilan, berpemikiran kritis dan kreatif serta inovatif sebagaimana yang digambarkan dalam Rajah 1.

(14)

FOKUS

Kurikulum standard Bahasa Arab sekolah menengah dibina dengan memberi fokus kepada kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis yang merentasi domain serta situasi yang digariskan dalam CEFR; merangkumi domain personal, sosial, pekerjaan dan pendidikan.

Melalui proses tersebut berlaku pemerolehan dan penguasaan kosa kata. Manakala aspek tatabahasa diajar secara implisit iaitu lebih menekankan aspek aplikasi dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan.

Pada peringkat sekolah menengah, murid sepatutnya berada pada tahap independent user yang mampu menyatakan pandangan dan berinteraksi secara bebas dalam wacana sosial. Perincian tahap tersebut adalah seperti Jadual 1.

Jadual 1: Tahap Rujukan Am Bahasa Arab KSSM

Tingkatan 1 - 3 Tingkatan 4 - 5

Boleh memahami idea utama dalam teks yang mudah berkaitan perkara yang lazim baginya.

Boleh memahami idea utama dalam teks yang kompleks berkaitan perkara yang konkrit dan abstrak.

Boleh menangani pelbagai situasi yang mungkin timbul semasa berada dalam lingkungan kawasan di mana bahasa Arab dituturkan.

Boleh berinteraksi dengan lancar dan spontan di mana interaksi dengan penutur jati dapat berlaku secara biasa (natural) dan santai tanpa memberi tekanan kepada mana-mana pihak.

Boleh menghasilkan teks yang ringkas dan mudah berkaitan diri dan perkara yang lazim baginya.

Boleh menghasilkan teks yang jelas dan kompleks berkaitan pelbagai topik.

Boleh mendeskripsi pengalaman, impian, cita-cita dan peristiwa serta boleh memberi alasan dan penjelasan secara ringkas kepada pendapat dan cadangan yang diutarakan.

(15)

KEMAHIRAN ABAD KE-21

Satu daripada hasrat KSSM adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai Kemahiran Abad Ke-21 dengan memberi fokus kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan kerjaya yang berteraskan amalan nilai murni. Kemahiran Abad Ke-21 bermatlamat untuk melahirkan murid yang mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan dalam profil murid seperti dalam Jadual 2 supaya berupaya bersaing di peringkat global. Penguasaan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam kurikulum Bahasa Arab menyumbang kepada pemerolehan Kemahiran Abad Ke-21 dalam kalangan murid.

Jadual 2: Profil Murid

Profil Murid Penerangan

Berdaya Tahan

Mereka mampu menghadapi dan mengatasi kesukaran, mengatasi cabaran dengan kebijaksanaan, keyakinan, toleransi dan empati.

Mahir Berkomunikasi

Mereka menyuarakan dan meluahkan fikiran, idea dan maklumat dengan yakin dan kreatif secara lisan dan bertulis, menggunakan pelbagai media dan teknologi.

Pemikir

Mereka berfikir secara kritikal, kreatif dan inovatif; mampu untuk menangani masalah yang kompleks dan membuat keputusan yang beretika. Mereka berfikir tentang pembelajaran dan diri mereka sebagai pelajar. Mereka menjana soalan dan bersifat terbuka kepada perspektif, nilai dan tradisi individu dan masyarakat lain. Mereka berkeyakinan dan kreatif dalam menangani bidang pembelajaran yang baru.

Kerja Sepasukan

Mereka boleh bekerjasama secara berkesan dan harmoni dengan orang lain. Mereka menggalas tanggungjawab bersama serta menghormati dan menghargai sumbangan yang diberikan oleh setiap ahli pasukan. Mereka memperoleh kemahiran interpersonal melalui aktiviti kolaboratif, dan ini menjadikan mereka pemimpin dan ahli pasukan yang lebih baik.

Bersifat Ingin Tahu

(16)

Berprinsip

Mereka berintegriti dan jujur, kesamarataan, adil dan menghormati maruah individu, kumpulan dan komuniti. Mereka bertanggungjawab atas tindakan, akibat tindakan serta keputusan mereka.

Bermaklumat

Mereka mendapatkan pengetahuan dan membentuk pemahaman yang luas dan seimbang merentasi pelbagai disiplin pengetahuan. Mereka meneroka pengetahuan dengan cekap dan berkesan dalam konteks isu tempatan dan global. Mereka memahami isu-isu etika / undang-undang berkaitan maklumat yang diperoleh.

Penyayang/ Prihatin

Mereka menunjukkan empati, belas kasihan dan rasa hormat terhadap keperluan dan perasaan orang lain. Mereka komited untuk berkhidmat kepada masyarakat dan memastikan kelestarian alam sekitar.

Patriotik Mereka mempamerkan kasih sayang, sokongan dan rasa hormat terhadap negara.

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dinyatakan dalam kurikulum secara eksplisit supaya guru dapat menterjemahkannya dalam pengajaran dan pembelajaran bagi merangsang pemikiran berstruktur dan berfokus dalam kalangan murid. Penerangan KBAT adalah berfokus kepada empat tahap pemikiran seperti Jadual 3.

Jadual 3: Tahap Pemikiran Dalam KBAT

Tahap Pemikiran Penerangan

Mengaplikasi

Menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara.

Menganalisis

Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan.

Menilai

Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan nilai serta memberi justifikasi.

(17)

KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

KBAT merangkumi kemahiran berfikir kritis, kreatif dan menaakul dan strategi berfikir.

Kemahiran Berfikir Kritis

Kebolehan untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.

Kemahiran Berfikir Kreatif

Kemampuan untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu yang baharu dan bernilai dengan menggunakan daya imaginasi secara asli serta berfikir tidak mengikut kelaziman.

Kemahiran Menaakul

Keupayaan individu membuat pertimbangan dan penilaian secara logik dan rasional.

Strategi Berfikir

Cara berfikir yang berstruktur dan berfokus untuk menyelesaikan masalah.

KBAT boleh diaplikasikan dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran dan peta minda serta penyoalan aras tinggi untuk menggalakkan murid berfikir.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(18)

Strategi pembelajaran berpusatkan murid merupakan aktiviti yang melibatkan komunikasi dua hala samada di antara guru dan murid mahupun sesama murid di dalam bilik darjah. Melalui strategi ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berfokus kepada hasil pembelajaran dan pencapaian murid.

Pelbagai aktiviti pengajaran berpusatkan murid boleh dilaksanakan seperti Pembelajaran Berasaskan Inkuiri, Pembelajaran Koperatif, Sumbang Saran, Simulasi, Tunjuk Cara, Permainan, Projek dan Lawatan.

Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

Strategi ini merupakan pendekatan pembelajaran yang melibatkan proses meneroka alam semula jadi dan berasaskan lima fasa: (i) menyoal; (ii) memeriksa atau menyelidik; (iii) mereka cipta; (iv) membincangkan; dan (v) membuat refleksi.

Pembelajaran Koperatif

Strategi ini memerlukan kerjasama murid yang mempunyai pelbagai kebolehan untuk mencapai satu matlamat yang sama dalam bentuk kumpulan. Peranan setiap ahli diperlukan untuk menunjukkan kefahaman mereka melalui agihan tugas yang diberikan. Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi daripada gerak kerja berkumpulan ini akan mendorong murid

untuk saling berkongsi maklumat bagi mencapai objektif pembelajaran. Contoh aktiviti pembelajaran koperatif; Student Team Achievement Division, Jigsaw, Round Robin, Round Table, Team Game Tournament, Team Accelerated Instruction dan Tea Party.

Sumbang Saran

Tujuan strategi sumbang saran dilakukan adalah untuk menggalakkan pemikiran murid secara imaginasi dan kreatif. Murid digarap untuk memberi sumbangan idea dalam bentuk jawapan, kesimpulan, fakta dan penerangan. Secara amnya, sumbang saran meliputi aktiviti yang sarat dengan idea murid, kepelbagaian idea, idea spontan mahupun perkembangan idea dari murid lain. Selain itu, murid juga tidak digalakkan untuk mengkritik idea rakan yang lain.

Simulasi

(19)

Permainan

Strategi ini merupakan strategi yang paling diminati oleh murid. Kanak-kanak akan memperolehi pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu dengan minat, tujuan dan faedah mereka.

Pembelajaran Berasaskan Projek

Objektif utama pelaksanaan projek adalah untuk pemerolehan pengetahuan yang baharu atau penggunaan pengetahuan sedia ada. Penerangan tentang tugas secara terperinci dan berulang kali serta jelas bagi setiap peranan dan tanggungjawab mereka adalah sangat penting untuk mencapai objektif pembelajaran mereka melalui kerja projek ini.

Pembelajaran Luar Bilik Darjah

Aktiviti ini merupakan aktiviti sokongan yang mampu menjadikan murid lebih mengingati apa yang telah dipelajari. Selain itu, aktiviti ini juga boleh menghindarkan perasaan bosan murid selama belajar di dalam bilik darjah.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses p&p selain yang ditetapkan dalam Standard Kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen-elemen di dalam EMK adalah seperti berikut:

Bahasa

 Penggunaan bahasa pengantar yang betul perlu dititikberatkan dalam semua mata pelajaran.

 Semasa p&p bagi setiap mata pelajaran, aspek sebutan, struktur ayat, tatabahasa, istilah dan laras bahasa perlu diberi penekanan bagi membantu murid menyusun idea dan berkomunikasi secara berkesan.

KelestarianAlam Sekitar

 Kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa murid perlu dipupuk melalui PdP semua mata pelajaran.

(20)

Nilai Murni

 Nilai murni diberi penekanan dalam semua mata pelajaran supaya murid sedar akan kepentingan dan mengamalkannya.

 Nilai murni merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan yang menjadi amalan dalam kehidupan harian.

Sains Dan Teknologi

 Menambahkan minat terhadap sains dan teknologi dapat meningkatkan literasi sains serta teknologi dalam kalangan murid.

 Penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat membantu serta menyumbang kepada pembelajaran yang lebih cekap dan berkesan.

 Pengintegrasian Sains dan Teknologi dalam PdP merangkumi empat perkara iaitu:

i. Pengetahuan sains dan teknologi (fakta, prinsip, konsep yang berkaitan dengan sains dan teknologi);

ii. Kemahiran saintifik (proses pemikiran dan kemahiran manipulatif tertentu);

iii. Sikap saintifik (seperti ketepatan, kejujuran, keselamatan); dan

iv. Penggunaan teknologi dalam aktiviti P&P.

Patriotisme

 Semangat patriotik dapat dipupuk melalui semua mata pelajaran, aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat.

 Semangat patriotik dapat melahirkan murid yang mempunyai semangat cintakan negara dan berbangga sebagai rakyat Malaysia.

Kreativiti Dan Inovasi

 Kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi untuk mengumpul, mencerna dan menjana idea atau mencipta sesuatu yang baharu atau asli melalui ilham atau gabungan idea yang ada.

 Inovasi merupakan pengaplikasian kreativiti melalui ubah suaian, membaiki dan mempraktikkan idea.

 Kreativiti dan inovasi saling bergandingan dan perlu untuk memastikan pembangunan modal insan yang mampu menghadapi cabaran abad ke-21.

(21)

Keusahawanan

 Penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid.

 Ciri keusahawanan boleh diterapkan dalam p&p melalui aktiviti yang mampu memupuk sikap seperti rajin, jujur, amanah dan bertanggungjawab serta membangunkan minda kreatif dan inovatif untuk memacu idea ke pasaran.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

 Penerapan elemen TMK dalam p&p memastikan murid dapat mengaplikasi dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang dipelajari.

 Pengaplikasian TMK bukan sahaja mendorong murid menjadi kreatif malah menjadikan p&p lebih menarik dan menyeronokkan serta meningkatkan kualiti pembelajaran.

 TMK diintegrasikan mengikut kesesuaian topik yang hendak diajar dan sebagai pengupaya bagi meningkatkan lagi kefahaman murid terhadap kandungan mata pelajaran.

PENTAKSIRAN

Pentaksiran merupakan proses pengumpulan maklumat melalui pelbagai sumber seperti kerja rumah, kerja projek, ujian dan sebagainya. Pentaksiran bertujuan sebagai indikator untuk menilai pencapaian murid dalam memperoleh pengetahuan, menguasai kemahiran dan mengamalkan nilai di samping menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Pentaksiran juga menyokong pembelajaran murid dan memberi maklum balas yang berguna kepada pihak berkepentingan (stake holder) seperti pentadbir, guru, murid dan ibu bapa/penjaga tentang perkembangan murid. Oleh itu, penting bagi guru mereka bentuk instrumen pentaksiran yang sah, boleh dipercayai serta autentik.

(22)

Pentaksiran yang menyeluruh perlu dirancang dengan baik dan dijalankan secara berterusan sebagai sebahagian daripada aktiviti di bilik darjah. Usaha guru dalam melaksanakan pentaksiran yang holistik di samping membantu memperbaiki kelemahan murid akan membentuk ekosistem pembelajaran yang seimbang.

Dalam usaha memastikan pentaksiran formatif membantu meningkatkan keupayaan dan pencapaian murid, guru harus menggunakan strategi pentaksiran yang mempunyai ciri-ciri berikut:

 Mengambil kira pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari oleh murid dan mentaksir sejauh mana mereka memahami.

 Dalam bentuk yang pelbagai seperti pemerhatian terhadap aktiviti yang dijalankan, projek dan sebagainya.

 Direka bentuk bagi membolehkan murid mempamerkan pelbagai keupayaan pembelajaran.

 Adil kepada semua murid.

 Mengambil kira pelbagai aras kognitif, afektif dan psikomotor.

Jadual 4: Tafsiran Umum Tahap Penguasaan KSSM Bahasa Arab Tahap

Penguasaan Tafsiran

1

Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

2

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

3

Murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu.

4

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan beradab; iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

5

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, tekal dan bersikap positif.

6

(23)

ORGANISASI KANDUNGAN

Kurikulum standard Bahasa Arab sekolah menengah merangkumi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Pentaksiran yang dibina berteraskan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis yang merentasi domain dan situasi ditetapkan.

Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi serta dapat memberikan respons.

Kemahiran Bertutur

Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid berbicara untuk menyampaikan idea, maklumat dan perasaan dengan sebutan, intonasi dan gaya bahasa yang sesuai.

Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan yang fasih dan intonasi yang betul memahami, serta dapat memberikan respons.

Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menggunakan perkataan, rangkai kata, ayat dan perenggan untuk menyampaikan idea, maklumat dan perasaan melalui pelbagai bentuk penulisan.

Domain dan Situasi

Penetapan kosakata dalam kurikulum standard Bahasa Arab sekolah menengah dipilih berdasarkan kepada domain dan situasi yang digariskan dalam CEFR merangkumi domain personal, sosial, pekerjaan dan pendidikan.

Templat Ayat

(24)

Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi

Setiap kemahiran bahasa dalam kurikulum standard Bahasa Arab sekolah menengah dinyatakan dalam lajur utama iaitu Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Manakala Standard Prestasi pula diletakkan di akhir setiap kemahiran.

Jadual 5: Definisi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

Standard Prestasi

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh

persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Suatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

(25)

STANDARD KANDUNGAN, STANDARD PEMBELAJARAN

DAN

(26)
(27)
(28)

تحما رايعم ملعتلا رايعم

ظحاما

1.1 تتتتتتتتتتساا

تتتتتتتتتت

ظتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتيكاڇتلا تتتتتتتتتتتتتتتتتتتتت ل تتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتسااڣ ظسح ما

ڂاا ب : لع ظل طلا ٖٙڃي

1.1.1 ٖيٕٚت

ظيكاڇتلا عا سما

اك ما ن ڜم :

أ اك ما يف ضإا ظيكڇتلا

ٚه ظ ږسا ڜم ڗ

ٕٚفم ننؤمڣ ٚك٘م

ب اك ما يتعنلا ظيكڇتلا

ٚه ظ ږسا ڜم ڗ

ٕٚفم ننؤمڣ ٚك٘م

1.1.1 ڗي ڄيفا لا

ظيكاڇتلا ڣ عا سما

ظيكاڇتلا

با كما

ب

1.1.1 ساا

ظيكاڇتلا فينصتڣ

يف ض ڣ

ي عن ب

1.1.1 ساا

ظيكاڇتلا ل ږ فلا ٙ ظ ڣ

ب

يكاڇتلا يف ضإا ظ :لثم

سٖٙما ٚيٖم

لصفلا سيئٙ

ي عنلا ظيكاڇتلا :لثم

يظنلا لصفلا

(29)
(30)
(31)

مي قتلا رايعم

تسم ا اجنإا اي تسما ليصفت

ٖيٕٚت ظيكاڇتلاڣ لكلا ظل طلا ل جلاڣ

عا سما اٖيٕٚت

حيحص ب

ڈيي ت ظل طلا ڗي

ل جلاڣ ظيكاڇتلاڣ لكلا عا سما

ڇيغڣ عا سما حيحص اڈيي ت

ب

ب حيحص سا يلعف ڣأ يٚيٚحت ڣأ ي فش عا سما ل جلاڣ ظيكاڇتلاڣ لكلل ظل طلا سا ڣأ يٚيٚحت ڣأ ي فش عا سما ل جلاڣ ظيكاڇتلاڣ لكلل ظل طلا سا حيحص سا يلعف

ب ظنم ڃيٚط ڣأ يٚيٚحت ڣأ ي فش عا سما ل جلاڣ ظيكاڇتلاڣ لكلل ظل طلا سا حيحص سا يلعف

ب ظنم ڃيٚط بعٕٚطمڣ

ڣأ يٚيٚحت ڣأ ي فش عا سما ل جلاڣ ظيكاڇتلاڣ لكلل ظل طلا سا حيحص سا يلعف

(32)
(33)

تحما رايعم ملعتلا رايعم

ا ظحام

ب أ

س :عٙ شإا ڊلت ،ه٘ه ،ڊلٗ ،ا٘ه

ه : لتصفنما ٚئ تضلا

،ـتنأ ،ږته ،يته ،اته

نأ ،ـنأ ڜحن ، نأ ،ږ

ٕ ف تتتتساا اڣٕأ

: ،ڜتتتتتم ، ْږتتتتتك ،ڜتتتتيأ ، تتتتتم

ْله

ڝ :فڣٚتتتتتتتتتظلا

تتتتتتتتتمأ ، اٙڣ ، اتتتتتتتتتف ، ـتتتتتتتتتحت ،

ظن ج ، ڗي

1.1.1 اٖخ تتساا

يهفتتشلا :ٚتتجلا فڣٚتتتحل

تتف ي ، تتتلع ،

لا ب ، ، م ْڜ الا ، ب

1.1.1 ڢتتتتتتتتتتي لعمڣ ڢتٚتتتتتتتتتتسأڣ ڢتتتتتتتتتتسفن فتتتتتتتتتتصاام ٚتتتتتتتتتتكٗ

ڢئ ڂٖصأڣ ي فش

(34)

تحما رايعم ملعتلا رايعم

ا ظحام

1.1 تتتتتتتڃطن ظتتتتتتتيكاڇتلا ڄتتتتتتطن

ماٖخ تتتتتتساڣ حيحتتتتتص ي فتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتش ظتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتسح

ما ڂاا ب : لع ظل طلا ٖٙڃي

1.1.1 :نيح ڜم حيحص ڃطن ظيكاڇتلا ڄطن

أ جٙ خمڣ فڣٚحلا فص

ب ـئااصلاڣ ـمااصلا

1.1.1 ڄتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتطن

ظتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتيكاڇتلا كتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتسلاڣ اڇبنل تتتتتتتتتتتتتتتتتتتت

ب حيحصلا

1.1.1 اٖخ ساا

يهفشلا ل

ظيكاڇتل اك ما

ن :ڜم

أ اك ما يف ضإا ظيكڇتلا

ٚه تظ ږتسا ڜتم ڗ

ننؤمڣ ٚك٘م ٕٚفم

ب اتتك ما يتتتعنلا ظتتيكڇتلا

ٚه تتظ ږتتسا ڜتتم ڗ

ڣ ٚك٘م ٕٚفم ننؤم

1.1.1 ڢتتتتتتتتتتي لعمڣ ڢتٚتتتتتتتتتتسأڣ ڢتتتتتتتتتتسفن فتتتتتتتتتتصاام ٚتتتتتتتتتتكٗ

ڢئ ڂٖصأڣ ي فش

ب ڜم ٕٖع بظيكاڇتلا

يف ضإا ظيكاڇتلا :لثم

سٖٙما ٚيٖم

لصفلا سيئٙ

ي عنلا ظيكاڇتلا :لثم

يظنلا لصفلا

(35)
(36)
(37)

مي قتلا رايعم

تسم ا اجنإا اي تسما ليصفت

ڄطن ظل طلا ل جلاڣ ظيكاڇتلاڣ لكلا

ڃطن حيحص ب

ڄتتتتتتتتتتتطن ظتتتتتتتتتتتل طلا

لتتتتتتتتتتت جلاڣ ظتتتتتتتتتتتيكاڇتلاڣ تتتتتتتتتتت لكلا تتتتتتتتتتتڃطن

حيحتتتتتتتتتتتص

ڣ تتتتتتتتتتتب كتتتتتتتتتتتسلاڣ تتتتتتتتتتت يغن لاڣ اڇبنل

حيحصلا فڂالاڣ ب

سا ل جلاڣ ظيكاڇتلاڣ لكلا ظل طلا اٖخ ما ظس نت

ڂاا ي فش

ب

سا ظيكاڇتلاڣ لكلا ظل طلا اٖخ ل جلاڣ

ما ظس نت ڂاا

ي فش ب ظنم ڃيٚط

سا ظيكاڇتلاڣ لكلا ظل طلا اٖخ ل جلاڣ

ما ظس نت ڂاا

ي فش بعٕٚطمڣ ظنم ڃيٚط

تتتتتتسا لاڣ تتتتتت لكلا ظتتتتتتتل طلا اٖخ ظتتتتتتتيكاڇت

لتتتتتتت جلاڣ ما ظتتتتتتس نت

تتتتتتتڂاا ي فتتتتتتتش

عٕٚتتتتتتتطمڣ تتتتتتت ظنم تتتتتتڃيٚط

(38)
(39)
(40)
(41)
(42)

مي قتلا رايعم

تسم ا اجنإا اي تسما ليصفت

ل جلاڣ ظيكاڇتلاڣ لكلا ظل طلا ع اٚڂ ع اٚڂ

حيحص ڄطنلا نيح ڜم

ب

لتتتتتت جلاڣ ظتتتتتتيكاڇتلاڣ تتتتتت لكلا ظتتتتتتل طلا ع اٚتتتتتتڂ ع اٚتتتتتتڂ

حيحتتتتتتص نتتتتتتيح ڜتتتتتتم

ڄتتتتتتطنلا ڣ

تتتتتتب تتتتتت يغن لاڣ اڇبنل

لا فڂالاڣ كسلاڣ حيحص

ب

ا ع اٚڂ ل جلاڣ ظيكاڇتلاڣ لكلا ظل طل

حيحص ع اٚڂ ب عيتسااڣ ږ فلا م

ب

ل جلاڣ ظيكاڇتلاڣ لكلا ظل طلا ع اٚڂ حيحص ع اٚڂ

ب عيتسااڣ ږ فلا م ب ظنم ڃيٚط

ل جلاڣ ظيكاڇتلاڣ لكلا ظل طلا ع اٚڂ حيحص ع اٚڂ

ب عيتسااڣ ږ فلا م بعٕٚطمڣ ظنم ڃيٚط

لا ع اٚتڂ لتت جلاڣ ظتيكاڇتلاڣ ت لكلا ظتل ط

حيحتص ع اٚتڂ ب عيتتسااڣ ږتت فلا تم

عٕٚتتطمڣ ت ظنم تڃيٚط

(43)

اتكلا راهم تحما رايعم

ملعتلا رايعم ظحاما

1.1 ت ك

ت لكلا تت ك

حيحتتتتتتتتتتتتتتتتتتص تتتتتتتتتتتتتتتتتتيئام

تتتيٚيٚحت ماٖخ تتساڣ ظسح ما

ڂاا ب : لع ظل طلا ٖٙڃي

1.1.1 اڃن لكلا لڃن

ب حيحص

1.1.1 ڄتتتيبطت

ا

تتت ك يتتتف يتتتس سأا تتتيئامإا ٖتتتعااڃل

ب لكلا

1.1.1 اك ما ڋ عفأل يٚيٚح لا اٖخ ساا

:ڜم ن

أ لا

ٚئ ضلل ٙ ضما لعف ،ږه ،يه ،اه

ڜحن ، نأ ،ږ نأ ،ـنأ ،ـنأ

ب ٚئ ضلل ٚمأا لعف

ږ نأ ،ـنأ ،ـنأ

1.1.1 اٖخ تتتتتتتتتتتتتتساا

يٚتتتتتتتتتتتتتتيٚح لا تتتتتتتتتتتتتتسأل

بتتتتتتتتتتتتتتس نم

: لع ڈيكڇتلا م ڂاا لل أ ماڣ ٕٚفما ؛عٚه ظلا سأا

ىث لاڣ ج

ٚك٘م ڣ ا ثنؤم

طشنأ هٗا ن ڜيڣٖت

: فصااما

ڗأ ظل ط لك ڜم ږلعما ظلطي به ڂٖصأ ٖحأ ٙ خي

ڗأ ظل ط لك ڜم ظلطي ږث ڢڃيٖص صي بٙأ

ب لك

(44)

تحما رايعم ملعتلا رايعم

ظحاما

ب ڊلت ،ه٘ه ،ڊلٗ ،ا٘ه :عٙ شإا سأ

ه : لتصفنما ٚئ تضلا

،ـتتنأ ،ږته ،يته ،اته

ڜحن ، نأ ،ږ نأ ،ـنأ

ٕ ف تتتتتساا اڣٕأ

: ،ڜتتتتتم ،ږتتتتتك ،ڜتتتتتيأ ، تتتتتم

له

ڝ :فڣٚتتتتتتتتتتظلا

تتتتتتتتتتمأ ، اٙڣ ، اتتتتتتتتتتف ، ـتتتتتتتتتتحت ،

ظن ج ، ڗي

1.1.1 اٖخ تساا

يٚتيٚح لا :ٚتجلا فڣٚتحل

تف ي ، تلع ،

لا ب ، ، م ْڜ الا ، ب

1.1.1 ڢتتتتتتتتي لعمڣ ڢتٚتتتتتتتسأڣ ڢتتتتتتتسفن فتتتتتتتصاام ڜيڣٖتتتتتتتت

(45)

تحما رايعم ملعتلا رايعم

ظحاما

1.1 ظتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتيكاڇتلا تتتتتتتتتتتتتتتتتتتتت ك

حيحتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتص تتتتتتتتتتتتتتتتتتتتت ك تتتتتيئام ماٖخ تتتتتتساڣ

تتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتيٚيٚحت ظتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتسح

ما ڂاا ب : لع ظل طلا ٖٙڃي

1.1.1 ب حيحص اڃن ظيكاڇتلا لڃن

1.1.1 ا ڄيبطت

ت ك يتف يتس سأا تيئامإا ٖعااڃل

بظيكاڇتلا

1.1.1 اٖخ ساا

يٚيٚح لا ل

ظيكاڇتل : لع ڈيكڇتلا م

أ اتتتتتتتك ما يف تتتتتتتضإا ظتتتتتتتيكڇتلا

ږتتتتتتتتسا ڜتتتتتتتم ڗ

ه ظ ننؤمڣ ٚك٘م ٕٚفم ٚ

ب ٚه تظ ږتسا ڜتم ڗاك ما يتعنلا ظيكڇتلا

ننؤمڣ ٚك٘م ٕٚفم

1.1.1 لا ڜياكت

ظيكاڇت ب ي عنلاڣ يف ضإا

1.1.1 ڢتتتتتي لعمڣ ڢتٚتتتتتسأڣ ڢتتتتتسفن فتتتتتصاام ڜيڣٖتتتتتت

ئ ڃ ڢئ ڂٖصأڣ ظيكاڇتلا

ب

يف ضإا ظيكاڇتلا :لثم

سٖٙما ٚيٖم

لصفلا سيئٙ

ي عنلا ظيكاڇتلا :لثم

(46)

تحما رايعم ملعتلا رايعم

ظحاما

1.1 تت ك لتت جلا تتن اك ما

تتتتلع تتتت لك تتتتبٙأ ڜتتتتم تتتتت ك تتتتت ڂأا ٖتتتتتحلا حيحتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتص تتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتيئام

ڣ ماٖخ تتتتتتسا تتتتتتيٚيٚحت

ظسح ما

ڂاا ب : لع ظل طلا ٖٙڃي

1.1.1 ب حيحص اڃن ل جلا لڃن

1.1.1 تتت ك يتتتف يتتتس سأا تتتيئامإا ٖتتتعااڃلا ڄتتتيبطت

بل جلا

1.1.1 ل جلا ڜياكت

ظتلااڃلا ڄفڣ يلعفلاڣ ي ساا

عٕٖحما ب

1.1.1 ڢئ ڂٖتتتتتتتصأڣ ڢتتتتتتتي لعمڣ ڢتٚتتتتتتتسأڣ ڢتتتتتتتسفن تتتتتتتصڣ

ي فتتتتتتش لتتتتتت ج يتتتتتتف

تتتتتتيڇبخ ظتتتتتتلااڃلا ڄتتتتتتفڣ تتتتتتيت

:عٕٖحما أ يڇبخ

بثم

ب تتتتتتيڇبخ

م تتتتتتيفن ما اك تتتتتتن ڜتتتتتتم ( تتتتتتيف نلا ا

+ ) ٙ تتتتتتضما لتتتتتعفلا ،يتتتتتته ،اتتتتتته ٚئ تتتتتتضلل

(47)

تحما رايعم ملعتلا رايعم

ظحاما

1.1.1 ل سأا ڜياكت

؛عٕٖحما ف ساا اڣٕأ

ْله ،ڜم ، ْږك ،ڜيأ ، م

1.1.1 ك

جإا ڜع

ل سأا ب

1.1.1 ٚتتماڣأا ږيٖتتڃت

اكما تتن ڜتتم لتتعف ٚئ تتضلل ٚتتمأا

ـنأ ، ـنأ ، ږ نأ ب

1.1. ٖتتتتتتتتتتتتڃت

ږي يهااتتتتتتتتتتتتتنلا اكما

تتتتتتتتتتتتن ڜتتتتتتتتتتتتتم ) تتتتتتتتتتتتتيه نلا ا

+ لا ٙ ضما لعف )

(48)

تحما رايعم ملعتلا رايعم

ظحاما

1.1 تتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتت ك لا

لتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتت ج

( تتتتتتتتتتتتتتتتتتط اڇتما عٚتتتتتتتتتتتتتتتتتتڃفلا

اك ما ) طيتتتتتتتتتتتتسبلا تتتتتتتتتتتتن

تتتتتتتلع لتتتتتتت ج تتتتتتتبٙأ ڜتتتتتتم تتتتت ڂأا ٖتتتتتحلا تتتتت ك

حيحتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتص تتتتتتتتتتتتتتتتتتتتتيئام

ڣ ماٖخ تتتتتتسا تتتتتتيٚيٚحت

ظسح ما

ڂاا ب : لع ظل طلا ٖٙڃي

1,1,1 ب حيحص اڃن عٚڃفلا لڃن

1,1,1 تتت ك يتتتف يتتتس سأا تتتيئامإا ٖتتتعااڃلا ڄتتتيبطت

بعٚڃفلا

1,1,1 يتتتف ڢئ ڂٖتتتصأڣ ڢتتتي لعمڣ ڢتٚتتتسأڣ ڢتتتسفن تتتصڣ

ب يٚيٚحت ط اڇتم ل ج

1,1,1 اٖ

خ طيسبلا صاصنلا ب ل كشأ ل

:يه طيسبلا صاصنلا ڋ كشأ 1 لصفلا يظنت ڋڣٖج

1 سٖٙما طيٚخ

1 ٕايما ٖيع ڂ ط

1 عٚكفما

1 يع جلل يميظن لا لكي لا

1 فالا

1 ضيفخ لا ڗاع

(49)

مي قتلا رايعم

تسم ا اجنإا ما ليصفت

اي تس

ب حيحص اڃن ل جلاڣ ظيكاڇتلاڣ لكلا ظل طلا لڃن

ك ل جلاڣ ظيكاڇتلاڣ لكلا ظل طلا ب يس سأا يئامإا ٖعااڃلل ڃبط حيحص ك

سا ل جلاڣ ظيكاڇتلاڣ لكلا ظل طلا اٖخ يٚيٚحت

يف ڂاام بس نم

ب

سا ل جلاڣ ظيكاڇتلاڣ لكلا ظل طلا اٖخ ت

يٚيٚح يف

ڂاام بس نم

ب ظنم ڃيٚط

يٚيٚحت ل جلاڣ ظيكاڇتلاڣ لكلا ظل طلا اٖخ سا يف

ڂاام بس نم

بعٕٚطمڣ ظنم ڃيٚط

يٚيٚحت ل جلاڣ ظيكاڇتلاڣ لكلا ظل طلا اٖخ سا يف

ڂاام بس نم

عٕٚطمڣ ظنم ڃيٚط

(50)
(51)
(52)
(53)
(54)
(55)
(56)
(57)
(58)
(59)
(60)
(61)

PANEL PENGGUBAL

1. Idrus bin Abdul Rahman Bahagian Pembangunan Kurikulum 2. Safian bin Adam Bahagian Pembangunan Kurikulum 3. Nor Zakiah binti Zaidon Bahagian Pembangunan Kurikulum 4. Arifin bin Mamat, Prof. Madya Dr. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 5. Mat Taib bin Pa, Dr. Universiti Malaya

6. Jefridin bin Pilus, Dr. IPG Kampus Pendidikan Islam 7. Mohamad Redzuan bin Mohd. Khalil, Dr. IPG Kampus Pendidikan Islam 8. Khairiel bin Moktar Jabatan Pendidikan Negeri Melaka 9. Aziyun binti Othman SMA Rantau, Negeri Sembilan

10. Aziz bin Yusof SMK Sultan Alauddin Riayat Shah 1, Muar, Johor 11. Ikbal Zahin bin Mohamed SMK Seri Jengka, Maran, Pahang

12. Mohd Farizan bin Hasan SMAP Labu, Negeri Sembilan

13. Mohd Saudi bin Abdullah SMKA Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor 14. Noor Raihan binti Ghazali SMK Jalan Tiga, Bangi, Selangor

15. Norazah binti Mohd Tahir SMK Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur 16. Nur Azlina binti Mustapha SMK Desa Cempaka, Nilai, Negeri Sembilan 17. Rose’afidah binti Md. Taib SMK Mantin, Negeri Sembilan

(62)
(63)
(64)

Referensi

Dokumen terkait

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN..

Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum... Terbitan

KSSM digubal bagi memenuhi keperluan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 agar kualiti kurikulum yang dilaksanakan di sekolah menengah

Murid boleh merancang sesuatu aktiviti yang baharu atau mengimprovisasi berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari untuk meningkatkan penguasaan kemahiran

Kurikulum ini juga memberi peluang kepada murid untuk mengaplikasikan semua pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari dalam bidang Nyanyian, Ensembel Muzik,

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Satu penetapan

Matlamat kurikulum sains untuk sekolah menengah adalah untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai

Berdasarkan penelitian terhadap standard-standard kompetensi yang ada, maka standard kompetensi guru bahasa Arab yang dicadangkan dalam kajian ini merangkumi aspek kurikulum, pedagogi,