1.1 Sinopsis
Topik ini membincangkan konsep-konsep penting dalam penilaian dan pentaksiran bahasa Melayu iaitu pentaksiran, pengujian, penilaian. Di akhir topik, para pelajar akan menjalankan beberapa aktiviti serta menjawab beberapa soalan untuk menguji pemahaman anda. Rujukan lanjut melalui sumber internet, perbincangan dalam talian serta aktiviti kolaboratif bersama pensyarah anda boleh juga dilakukan.
Tahukah anda, penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P & P), bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi pelajar. Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar
1.2 Hasil pembelajaran 1.2.1. Konsep pentaksiran 1.2.2. Konsep pengujian 1.2.3. Konsep penilaian
1.2.4. Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
1.3 Kerangka Konsep
1.4 Pentaksiran
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi hal-hal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal-hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula
Pengertian dan Konsep
Pentaksiran Pengujian Penilaian
Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan
melibatkan operasi, dapatan dan hasil. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah:-
i. Instrumen
ii. Kumpulan yang ditaksir iii. Respon
iv. Kumpulan yang menaksir v. Skor
1.5 Pengujian
Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik.
Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu.
Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran
Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pre- test.
Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru.
jika guru menguji tahap kefahaman murid Tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini tidak menggalakkan.
1.6 Penilaian
Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating, obtaining, and
providing useful information for judging decision alternatives.
Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat
pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.
Kepentingan Penilaian Ujian Di Bilik Darjah
Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah untuk:
mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang
sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar.
menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar
mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.
membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan
teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.
menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat
lemah dalam pencapaian mereka.
membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta
kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat meningkatkan pengajaran mereka; dan
membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka
1.7 Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian Rajah 1.
Berdasarkan rajah di atas, kita dapati ketiga-tiga konsep berkenaan mempunyai perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan atau objektif sesuatu penghakiman produk P&P membabitkan ketiga-tiga aspek bekenaan.
PENILAIAN
Arahan:
Anda dikehendaki mengumpul satu set bahan ujian bulanan, semester dan akhir tahun. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, sila jawab soalan-soalan dibawah; a. Sila nyatakan tujuan-tujuan pengujian, pengukuran, dan penilaian
dilakukan.
b. Sila buat catatan dan rumusan tentang perbezaan antara konsep- konsep pengujian, penilaian, dan pengukuran ini dalam bentuk grafik.
c. Sejauh manakah kertas ujian bulanan, semester dan akhir tahun yang dibina menepati ciri-ciri pentaksiran yang berkesan?
2.1 Sinopsis
Sebagaimana yang anda tahu,Taksonomi Bloom merujuk pada taksonomi yang dibuat untuk tujuan pendidikan. Taksonomi ini pertama kali disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956 dan seterusnya Domain Krathwohl. Dalam hal ini, tujuan pendidikan dibahagi kepada beberapa domain (ranah, kawasan) dan setiap domain tersebut diperincikan berdasarkan hierarkinya. Dalam panduan pembelajaran ini, dua aspek ini akan dibincangkan serta aktiviti yang berkaitan boleh dijalankan bersama pensyarah anda untuk memudahkan pemahaman anda. Selamat berjaya !
2.2 Hasil Pembelajaran
2.2.1. Menghuraikan konsep pentaksiran, pengujian, dan penilaian. 2.2.2. Menjelaskan taksonomi Bloom, taksonomi Solo, dan domain Krathwohl.
2.2.3. Membina jadual spesifikasi ujian dan soalan ujian Bahasa Melayu; 2.2.4. Menilai dan memilih jenis dan kaedah penilaian kemahiran bahasa dan
sistem bahasa Melayu dan melaksanakan pemarkahan ujian Bahasa Melayu.
2.3 Kerangka Konsep
2.4 Taksonomi Bloom
Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain, iaitu:
1. Cognitive Domain (Domain Kognitif), melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan keterampilan berfikir.
2. Affective Domain (Domain Afektif) melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek perasaan dan emosi, seperti minat, sikap, apresiasi, dan cara penyesuaian diri.
3. Psychomotor Domain (Domain Psikomotor) mengenai perilaku-perilaku yang menekankan aspek keterampilan motor seperti tulisan tangan, berenang, dan mengoperasi mesin.
Taksonomi
dan
Domain
Taksonomi
Bloom
Domain Kognitif
Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap. Domain ini terdiri dari dua tahap iaitu:
i. Pengetahuan
ii. Kemampuan dan Keterampilan Intelektual
Pengetahuan (Knowledge)
Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi, fakta-fakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar, dan sebagainya.
Pemahaman (Comprehension)
Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan, jadual , diagram, arahan, peraturan, dan sebagainya.
Aplikasi (Application)
Pada tahap ini, seseorang pelajar memiliki kemampuan untuk menerapkan gagasan, prosedur, metodologi , rumus, teori dan sebagainya di dalam persekitaran sebenar.
Analisis (Analysis)
Sintesis (Synthesis)
Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu menjelaskan struktur atau pola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali data atau maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk penyelesaian yang diharapkan..
Penilaian (Evaluation)
Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap penyelesaian, gagasan, metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang sesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya.
Domain Psikomotor
1. Persepsi
2. Persediaan (Set) 3. Respons Terpimpin 4. Mekanisme (Mechanism)
5. Respon Tampak yang Kompleks (Complex Overt Response)
2.5 Domain David Krathwohl Domain Afektif
Penerimaan (Receiving/Attending) Tanggapan (Responding)
Penghargaan (Valuing)
Pengorganisasian (Organization)
Arahan:
Anda dikehendaki membuat rujukan dan memahami Taksonomi Bloom dan Domain Krathwolh. Setelah itu, anda dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberikan.
1. Analisis soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peperiksaan akhir tahun
di sekolah anda dari segi:
a. Aras kesukaran/ kognitif Taksonomi Bloom.
b. Sila nyatakan bilangan soalan yang dianalisis mengikut aras Bloom. c. Sila huraikan sejauh manakah penggunaan Domain Krathwohl dalam soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peperiksaan akhir tahun untuk setiap kelas di sekolah anda.
Lawatilah laman web berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut:-
1. http://www.nwlink.com/~Donclark/hrd/bloom.html
2. http://classweb.gmu.edu/ndabbagh/Resources/Resources2/krath stax.htm
3.1 Sinopsis
Jadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalan-soalan ujian secara spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item/ soalan. JSU dikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification. JSU merupakan matrik dua paksi iaitu paksi “Kandungan” (menegak) dan paksi “Aras Kemahiran” (melintang).
3.2 Hasil pembelajaran
3.2.1. Memahami aspek-aspek dalam penyediaan JSU 3.2.2. Penggunaan JSU dalam pembinaan item ujian
3.3 Kerangka konsep
3.4 Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU) Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran.
Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.
Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.
Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain.
Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran. Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%.
3.5 Kepentingan JSU
Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan. Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
Memberikan panduan untuk membentuk format ujian.
Bil Bentuk Soalan Objektif
Kemahiran
Aras Kognitif
Bidang/Topik/Topik Kecil Jam
1 2 3 4 5
6
Jumlah
Item
1.1 Sejarah Perkembangan Bahasa
Melayu 5 4
Definisi, alat artikulasi, cara
3.6 Langkah-langkah Membina JSU
Langkah 1: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji Langkah II: Tentukan soalan yang akan dibina itu a. soalan objektif (30 soalan)
b. 1 markah bagi 1 item
c. jumlah soalan bagi setiap topik dikira: = Jumlah masa X Jumlah soalan
Jumlah Masa keseluruhan
Langkah III: Tentukan model aras kesukaran item
Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom Tiga domain: kognitif, afektif, dan psikomotor
Domain Kognitif
Langkah IV: Apakah jenis ujian yang akan diuji?
Ujian objektif
Ujian struktur
Langkah V:
Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dll)
Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah – soalan sukar)
Pemarkahan
Langkah VI
Nyatakan mata pelajaran
Nyatakan tingkatan
Susunan nombor soalan mengikut tajuk
Rumusan
Arahan:
Anda dikehendaki menyediakan kertas 1 Peperiksaan Semester yang telah ditetapkan. Kertas 1 mengandungi 20 soalan objektif.
Tetapkan bilangan item, peruntukan masa dan peratusan item mengikut aras
kognitif berdasarkan topik dalam sukatan pelajaran.
Sediakan satu JSU berdasarkan format ditetapkan.
Layarilah laman web berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan;
1. http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article123.pdf 2. http://www.geocities.com/kheru2006/iv.htm
4.1 Sinopsis
Anda telah membincangkan konsep penilaian dan kepentingannya dalam pendidikan serta P&P di dalam bilik darjah. Dengan itu, dalam proses menilai ini, guru sewajarnya dapat menentukan dengan jelas kedudukan ujian sebagai alat penilaian dalam pendidikan. Ujian bermaksud bahan-bahan yang tertulis yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Dalam topik ini anda, kita akan membincangkan bagaimana untuk membina bahan-bahan ujian untuk para pelajar kita dan pada akhir topik ini, anda bolehlah menjawab soalan-soalan dalam aktiviti yang diberi serta berbincang dengan pensyarah anda. Hasil tugasan anda perlu dimasukkan dalam folio pembelajaran anda.
4.2 Hasil Pembelajaran
4.2.1. Memahami serta menghuraikan konsep-konsep ujian.
4.2.2. Memahami serta menghuraikan proses pembinaan soalan objektif. 4.2.3. Memahami serta menghuraikan proses pembinaan soalan subjektif. 4.2.4. Mengaplikasikan kemahiran pembinaan soalan .
4.3 Kerangka Konsep
4.4 Pendahuluan
Selaku guru bahasa kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan ujian dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pembelajaran pelajar, kelemahan dan kekuatan pelajar-pelajar dalam pembelajaran mereka. Ini berguna bagi guru untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti P&P.
4.5. Jenis-jenis Ujian
Berikut ialah beberapa jenis ujian iaitu ujian objektif dan ujian subjektif.
4.5.1. Ujian Objektif
Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau yang paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz.
Pembinaan
Ujian
Item Respons Bebas i. Jenis soalan:
contoh:
a) Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas)
b) Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai
kasut)
ii. Item Melengkapkan Penyataan contoh:
a) Kita mesti _______bermain sekarang kerana hujan sudah
turun.
b) Saya terpaksa ________ adik saya kerana emak saya
bekerja.
Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)
Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu ialah format salah-betul, padanan, dan aneka pilihan.
Item Salah - Betul
Item Padanan
Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek/ perkara yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/ perkara di sebelah kanan.
Kata Bilangan Contoh
1. Kata Adjektif Sifatan A. Gadis cantik itu anak Pak Zaini. 2. Kata Adjektif
Pancaindera
B. Budak baik selalu dipuji.
3. Kata Adjektif Bentuk C. Jalan bengkok ke kampung itu telah ditutup. 4. Kata Adjektif Perasaan D. Dia amat rindu akan emaknya.
Item Aneka Pilihan
Item aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang berikut.
a. Item aneka pilihan berbentuksoalan
b. Jenis jawapan terbaik
Item Jenis Cantuman Teknik Kloz
Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah . Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu. Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.
4.5.2. Soalan Subjektif
Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:- Item Jenis Struktur
Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian
Antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah:
i. Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat “Kesahan” (validity)
a. Kesahan Isi
b. Kesahan Ramalan
c. Kesahan Serentak
d. Kesahan Gagasan
ii. Kebolehpercayaan Ujian
Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan dan ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang diuji.
Rumusan
Arahan :
Anda dikehendaki membaca dan memahami aspek-aspek pembinaan ujian dan sila sediakan carta pengurusan grafik bagi perkara-perkara yang berikut:
a. Senaraikan dan huraikan garis panduan membina item objektif dan esei.
b. Sila bina 24 item objektif aneka pilihan untuk menguji kemahiran tatabahasa bagi pelajar anda. Item yang anda bina mestilah merangkumi 4 soalan untuk setiap aras iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.Tunjukkan soalan-soalan yang dibina itu kepada guru
panitia Bahasa Melayu dan bincangkan bersamanya tentang kelebihan dan kelemahan pembinaan item objektif tersebut berdasarkan garis panduan membina item ujian objektif. Aplikasikan atau ujikan item tersebut kepada pelajar anda. Kemudian buat laporan menyeluruh tentang pencapaian pelajar anda dan kaitkan keputusan itu dengan item yang telah dibina dari segi kelebihan atau kelemahannya.
Layari Internet untuk mendapatkan maklumat lanjut;
1. http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article123.pdf 2. http://www.usm.my/education/publication/JPP23-
Jenis Penilaian bahasa
Ujian Format if
Ujian Sumat if
Ujian Kefasihan
Ujian Kemajuan
Ujian Bakat
Ujian Pencapaian
5.1 Sinopsis
Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan mendalami jenis penilaian bahasa yang boleh digunakan oleh guru dalam menjalankan proses p&p Bahasa Melayu. Jenis penilaian tersebut merangkumi ujian
Formatif,Sumatif, Ujian Kefasihan, Kemajuan, Ujian Bakat, Pencapaian.
5.2 Hasil Pembelajaran
5.2.1 Menghuraikan dan menjelaskan jenis penilaian bahasa. 5.2.2 Menganalisis dan membanding-beza jenis penilaian.
5.2.3 Menerangkan dan menganalisis ujian kefasihan, kemajuan dan ujian bakat, pencapaian.
5.3 Kerangka Konsep
5.4 Ujian Formatif dan Sumatif
5.5 Ujian Formatif
Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.
5.6 Ujian Sumatif
Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa.
Terdapat beberapa jenis ujian, iaitu ujian formatif, ujian sumatif,ujian kefasihan,ujian kemajuan, ujian bakat dan ujian pencapaian. Perbezaan antara ujian formatif dan sumatif pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka masa P&P atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji.
5.7 Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif
Ujian Formatif Perbezaan Ujian Sumatif
1. Maklum balas kepada pelajar
5.8 Ujian Bakat, Ujian Pencapaian, Ujian Kefasihan dan Ujian Kemajuan Manakala ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalam
menguasai bahasa asing.
Ujian Pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah murid-murid telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah dipelajari.
Ujian Kefasihan pula bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.
Ujian Bakat
Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur bahasa seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata. Melalui ujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan
sebagainya. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat.
Ujian Pencapaian
Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran.Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set ujian yang berlainan. Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos.
Ujian Kefasihan
Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya. Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan mereka.
Arahan
1. Anda dikehendaki mendapatkan seberapa banyak maklumat yang berkaitan dengan tajuk di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.
2. Kemudian buat banding beza antara kaedah-kaedah penilaian bahasa yang telah dihuraikan di atas menggunakan borang pengurusan grafik.
Sila ambil satu contoh kaedah penilaian bahasa di atas untuk menilai satu kemahiran bahasa. Nyatakan kesesuaian dan keberkesanan kaedah tersebut untuk menguji kemahiran bahasa yang telah anda pilih itu.
6.1 Sinopsis
Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.
6.2 Hasil Pembelajaran
6.2.1 Menghuraikan kaedah penilaian melalui portfolio.
6.2.2 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui pemerhatian.
6.2.3. Menganalisis dan mengaplikasi kaedah penilaian melalui pemerhatian penilaian melalui portfolio.
Kaedah Penilaian
Bahasa
Penilaian M elalui
Port folio
Penilaian M elalui
Pem erhat ian
6.3 Kerangka Konsep6.4 Penilaian Melalui Porfolio
Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh.
6.4.1 Tujuan Portfolio Tujuan portfolio ialah untuk :
Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan. Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka
secara sistematik.
Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi.
6.4.2 Kegunaan Portfolio
menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment). menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan.
digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred.
menilai secara sumatif pembelajaran.
menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar
6.4.3 Ciri-ciri Portfolio
(a) Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat, halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan.
(c) Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan, komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran.
(d) Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan.
(e) Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif.
6.4.4 Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina. Portfolio Kerja Harian
Portfolio Hasil Terbaik Portfolio Dokumen
6.4.5 Bagaimana Menilai Portfolio?
Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.
Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir. Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah ini.
E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan
J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru
A 3 Membentuk suku kata
Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar.
Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.
6.4.6 Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio Sesebuah portfolio mengandungi:
Senarai semak yang disediakan oleh guru Nota-nota yang disediakan oleh guru Catatan jurnal
Buku log
Refleksi kendiri murid Gambar dan foto
6.4.7 Kebaikan Penilaian Portfolio
Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajajaran dan pembelajaran Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian muri-murid Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid-murid Dapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman
kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru.
6.5 Penilaian Melalui Pemerhatian.
6.5.1 Jenis Pemerhatian
Berdasarkan tujuan dan aspek yang hendak dinilai:
Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan. Memerhati apa yang telah dirancang secara ‘open ended’. Memerhati untuk jangka pendek dan uangk panjang. 6.5.2 Strategi Pemerhatian
Berterusan mengikut keperluan yang dirancang.
Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru.
Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif,psikomotor, bahan dan persekitaran.
Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang dijalankan.
6.5.3 Pelaksanaan Proses Pemerhatian
Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian. Antaranya ialah:
Kualiti Pemerhatian Bentuk Perancangan Jenis-jenis Pemerhatian
6.5.4 Fungsi Pemerhatian
Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran.
Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran.
6.6 Rumusan.
Anda perlu ingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakan tetapi untuk menjamin kesahihan dapatannya agak sukar. Penilaian cara ini biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai, pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan, dan sikap bias serta prasangka penilai.
1. Anda dikehendaki mendapatkan maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.
2. Anda juga dikehendaki membuat penilaian murid dalam kelas anda
berdasarkan penilaian portfolio. Sediakan laporan ringkas tentang kelebihan dan kelemahan kaedah penilaian tersebut.
7.1 Sinopsis
Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.
7.2 Hasil Pembelajaran
7.2.1Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui kontrak pembelajaran.
Kaedah Penilaian
7.4 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran
7.4.1 Cara Pelaksanaan
Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk
keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.
Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan
proses pelaksanaan tugasan.
Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar
berdasarkan kriteria yang ditentukan.
Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau
penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan.
7.4.2 Fungsi Kontrak Pembelajaran
Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan :
a. pelajar mengenal pasti dan merekod,
b. menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri,
c. mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai
matlamat tersebut.
7.4.3 Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan?
Penilaian objektif tugasan
Hasil Pembelajaran
Penilaian
Format / Bentuk
7.4.4 Format Kontrak Pembelajaran
Sebaliknya sesetengah kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara tidak formal tetapi terancang dan jelas.
7.5 Penilaian Melalui Soal Jawab
Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam P&P, Bahasa Melayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar.
7.5.1 Cara Pelaksanaan
1. Pilih satu bahan pengajaran grafik untuk sesi pengajaran Bahasa Melayu kelas KBSR, anda mahu menguji dan menilai murid melalui kaedah soal jawab, sediakan soalan-soalan yang sesuai untuk menguji pemahaman murid tentang grafik. Sediakan rumusan tentang pencapaian murid anda dan keberkesanan kaedah tersebut.
2. Bagaimana anda menjalankan Penilaian Kontrak Pembelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Huraikan dengan contoh-contoh yang tepat dan cara pelaksanaannya.
Kaedah Penilaian
Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan. Modul ini membincangkan tajuk penilaian melalui projek sahaja. Tajuk penilaian melalui kertas kerja akan disampaikan ketika interaksi bersemuka.
8.2 Hasil Pembelajaran
8.2.1 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui projek 8.2.2 Menganalisis dan mengaplikasi kaedah penilaian melalui projek
8.3 Kerangka Konsep
8.4 Penilaian Melalui Projek
Apakah tujuan pembelajaran Projek ini?
Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa tujuan berikut:
Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.
Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan
inovasi.
Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang
terdapat di luar bilik darjah.
Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah kepada tahap hasil disediakan.
8.5 Ciri-ciri Penilaian Projek
Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ). Jangka masa yang panjang
Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.
Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif. Tidak ada satu jawapan yang benar.
Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan projek atau dalam kumpulan.
Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu. Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiran
merancang, integrasi pengetahuan, kebolehan membuat tugasan bersama orang lain.
Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji/membentukkan sesuatu. Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu.
Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.
8.6 Jenis-jenis penilaian Projek
Latihan dan soalan ‘open-ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis.
Extended tasks assignment seperti menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model.
Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi.
Tugasan prestasi – drama, lakonan, persembahan, poster atau model.
8.7 Langkah-langkah untuk menjalankan Projek. Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek. Langkah 2 : Penilaian awal projek.
Arahan:
1. Anda dikehendaki membaca dan memahami tajuk di atas, kemudian sila lengkapkan pengetahuan anda dalam borang pengurusan grafik yang sesuai.
2. Anda memberi tugasan membuat satu projek tentang galakan membaca dalam kalangan murid-murid di sekolah anda. Murid-murid secara berkumpulan akan menghasilkan pelbagai bahan dan produk, anda dikehendaki menyediakan senarai semak yang lengkap untuk menilai keberkesanan produk atau bahan yang dihasilkan oleh murid.
Tahniah !
Anda telah berjaya menamatkan Modul Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dengan jayanya. Pastikan anda membuat latihan yang diberikan untuk membolehkan anda menguasai modul ini.
Arahan:-
Soalan 1 hendaklah dibincangkan bersama pensyarah / tutor anda.
Soalan 2 hendaklah dijawab secara bertaip dan diserahkan kepada pensyarah/tutor anda.