• Tidak ada hasil yang ditemukan

Simetri Dinamik Mencari Keindahan Seni R

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Simetri Dinamik Mencari Keindahan Seni R"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

Persidangan Meja Bulat Seni Islam Alam Melayu: Kesedaran, Pengisian dan Transformasi 2012

Simetri Dinamik: Mencari Keindahan Seni Rupa Islam

Sezaman di Malaysia dalam Gabungan Matematik dan Estetik

Alina Abdullah

Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak

alina@fskik.upsi.edu.my

ABSTRAK

Memang sudah diketahui umum bahawa simetri adalah prinsip harmoni yang paling penting dalam alam sejadi, dan tiadalah keterlaluan jika dikatakan bahawa simetri, khususnya simetri dinamik, adalah prinsip asas yang telah sekian lama telah menjadi struktur tersembunyi yang mendasari karya seni terbaik yang pernah dihasilkan dalam sejarah seni. Makalah ini akan menumpukan pada unsur Simetri Dinamik yang telah dirumuskan secara sistematik oleh Jay Hambidge pada tahun 1920-an. Prinsip Simetri Dinamik yang digunakan ialah Persegi Segiempat Pusaran. Unsur-unsur Simetri Dinamik ini kemudiannya akan ditentuluarkan pada beberapa karya seni rupa sezaman Malaysia yang memanifestasikan kesenian Islam sebagai usaha untuk menjelaskan tentang struktur tersembunyi yang mendasari gubahan karya-karya ini. Struktur gubahan karya-karya ini seharusnya berkait erat dengan makna yang ingin ditampilkan oleh para seniman. Karya-karya yang dipilih adalah karya lukisan mujarad, yang berlandaskan pada prinsip-prinsip Seni Islam.

Keywords: symmetry, dynamic symmetry, Malaysian contemporary Islamic art, paintings, composition

Pengenalan

And it was then that all these kinds of things thus established received their shapes from the Ordering One, through the action of Ideas and Numbers.1

(Plato, Timaeus)

Simetri merupakan prinsip harmoni yang paling asasi di alam sejadi dan juga dalam

hasil seni. Prinsip ini juga mendasari kesatuan hukum keindahan. Maka, tidaklah

keterlaluan jika dianjurkan bahawa simetri merupakan prinsip yang mendasari

1 Maka demikian sebaik sahaja tercipta lalu segala jenis benda inipun mendapat rupa-bentuk

(2)

struktur dan komposisi karya seni terbaik yang pernah dihasilkan dalam sejarah

peradaban manusia. Sebagai contohnya, prinsip ini boleh ditemui dalam karya-karya

seni Arab, Muslim, Cina dan Iran.2

Namun begitu, jenis simetri yang digunakan dalam karya seni tersebut di atas

adalah bersifat statik: iaitu simetri yang berkeadaan tetap, dan setiap unit bentuknya

disusun teratur di tengah atau pada satah (plane) karya seni. Walau bagaimanapun,

terdapat sejenis simetri lain yang boleh kita teliti pada seni orang Greek dan juga

Mesir, iaitu Simetri Dinamik.

Jika dilihat dari segi sejarahnya, teori Simetri Dinamik pertama kalinya

dirumus secara sistematik pada tahun 1920-an oleh Jay Hambidge, berdasarkan kajian

teliti ke atas bangunan-bangunan klasik seperti Parthenon dan Kuil Apollo di Tenea.

Menurut Hambidge, Simetri Dinamik ini adalah sejenis simetri yang khas di mana

anggota sesuatu organisme––seperti cengkerang atau susunan dedaun pohon––

disusun secara beraturan dan dengan demikian membangkitkan kehidupan dan

pergerakan.3 Nilai hebatnya terletak pada tenaga peralihan atau pergerakan dari suatu

bentuk kepada bentuk yang lain yang menghasilkan proses modulasi yang sempurna

dalam hasil karya.

Pada dasarnya, simetri dinamik ini berasaskan konsep pepenjuru segiempat

sama Euklid dan menggunakan nisbah tertentu dan puncakuasa segiempat sama

khusus yang mana segiempat sama Keratan Keemasan (Golden Section)4 adalah

satu-satunya bahagian yang paling penting5.

Berdasarkan hakikat inilah maka kajian ini akan menumpukan perhatian pada

latar seni Malaysia untuk mengkaji atau mengesan unsur-unsur simetri dinamik yang

mendasari manifestasi karya seni Islam sezaman.

Seni Rupa Sezaman di Malaysia

2Hambidge, Jay. The Elements of Dynamic Symmetry, 1967, msxii-iii.

3

Ibid., m.s. xv.

4

Golden Section is the ratio of the longer to the shorter side of a rectangle which has the value of 1.618.

(3)

Manifestasi estetika Islam dalam seni rupa, khususnya dalam konteks sezaman di

Malaysia tercetus pada tahun 1971, apabila kerajaan Malaysia menganjurkan Kongres

Kebudayaan Kebangsaan. Kongres ini telah membawa kepada penggubalan ‘Dasar

Kebudayaan Kebangsaan’6 yang menekankan peri pentingnya manifestasi keagungan

Islam dan identiti tradisi dalam apa jua bentuk usaha seni dan budaya.

Tetapi manifestasi semangat dan nurani estetika Islam dalam karya seni

sezaman Malaysia semakin terserlah nyata setelah tercetusnya Revolusi Iran pada

tahun 1979,7 yang mendorong cita kebangkitan Islam hampir di seluruh dunia.

Ternyata kesan ini meresap laksana dakwat di air, sehingga telah mengubah latar citra

Malaysia pada ketika itu. Rentetan itu, artis seperti Syed Ahmad Jamal, Ahmad

Khalid Yusuf, Sulaiman Esa, sekadar menyebut sebahagian daripadanya sahaja, telah

memanifestasikan estetika seni Islam dan tradisi dalam karya mereka. Kebanyakan

artis ini menggunakan bentuk dan imej mujarad dan selalunya menjelmakan reka

corak geometri dalam karya8 dan juga motif kaligrafi dan konotasi Qur’an.

Atas hal yang sama, banyak kajian telah dilakukan oleh para ahli akademik

untuk memberi penjelasan teori dan juga ilmiah terhadap karya-karya sebegini. Pun

begitu, kajian tentang struktur karya-karya ini hanya bertumpu pada prinsip yang

statik9, tanpa menyentuh kepentingan prinsip simetri yang dinamik.

Prinsip Dinamik Semetri

Sebelum menjengah analisis karya, akan kita lihat terlebih dahulu apakah prinsip

Semetri Dinamik dan bagaimanakah pembentukan elemen dalam prinsip Simetri

Dinamik ini. Sesuai dengan namanya, Simetri Dinamik ini bersifat dinamik, ataupun

6

Kandungan prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini, unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima, dan yang akhirnya, Islam menjadi unsur yang penting dalam menentukan kebudayaan kebangsaan.

7 Lihat Zainol Shariff, “Towards an Alter-Native Vision: The idea of Malaysia art scene since 1980”,

m.s. 79 dlm. National Art Gallery. Vision and Idea: Relooking modern Malaysian Art, T.K. Sabapathy (ed.). Kuala Lumpur: National Art Gallery, 1994.

8Ibid., m.s. 84. 9

(4)

pergerakan. Dalam kajian ini, pengkaji akan memilih prinsip Segiempat Pusaran

(Whirling Square) berdasarkan kepada apa yang telah dijelaskan sebelum ini.10

Selanjutnya, kajian kecil ini akan menerangkan bagaimanakah pembentukan punca

atau sifat dan elemen Segiempat Pusaran ini.

Terlebih dahulu ingin diingatkan di sini bahawa kajian ini tidaklah pula

hendak menjelaskan rumusan matematik yang rumit, namun ia hanya sekadar

menerangkan pembentukan geometri yang mudah. Seeloknya kita tinggalkan sahaja

perkiraan matematik itu kepada pakarnya. Menurut Hambidge––selain yang telah

dijelaskan pada awalnya––Simetri Dinamik juga merupakan gubahan ruang atau

kawasan, dimana setiap satunya berharmoni dengan yang lain11. Berdasarkan ini,

bermula dengan segiempat sama yang dibahagi separuh, dan diukur pada bahagian

yang separuh itu sehingga pepenjurunya (Rajah 1). Kiraan penambahan ini menjadi

fraksi 0.618 daripada 1.0 (ukuran segiempat sama) (Rajah 2). Jadi, penambahan

panjang pepenjuru separuh ini membentuk segiempat tepat yang dinamakan Persegi

Segiempat Pusaran (Whirling Square Rectangle)12. Segiempat ini dinamakan

sedemikian kerana apabila kita melukis garis silang pada segiempat ini, dan garis

silang pada puncanya, maka terhasillah pusaran sama seperti pola utama rekabentuk

orang Greek (Rajah 3).

Daripada ini, dapat kita hasilkan petak dalam segi yang lebih besar atau

petak-petak dalam urutan yang membawa kepada ukuran dalam ringkasan 1, 2 , 3, 5, 813

(Rajah 4). Apa yang dipanggil ‘Pusaran’ ialah apabila kita menyambung setiap

pepenjuru dengan garisan yang berterusan, maka terhasillah lengkungan pusaran

(Rajah 5) yang nyatanya telah terbukti bahawa pola ini banyak terdapat dalam alam

sejadi (Rajah 6). Seterusnya apabila menggunakan garis silang yang sama pada Rajah

3, dan penambahan garis silang tersebut pada pepenjuru yang lain, kita telah

menghasilkan struktur asas untuk ditentutularkan pada satah karya (Rajah 7).

10 Lihat mukasurat 3.

11 Hambidge, Jay. The Elements of Dynamic Symmetry. New Haven: Yale University Press, 1920,  m.s. 8.

12

Ibid. m.s.18, “Thus, we may call this “the rectangle of the whirling squares”, because its continued reciprocals cut off squares.”

(5)

Daripada penjelasan ini, maka dapat kita lihat hubungan antara Persegi

Segiempat Pusaran (PSP) dengan Keratan Keemasan yang digunakan orang Greek

dan juga nombor siri Fibonacci. Telah terbukti sebenarnya prinsip ini diilhami

daripada pemerhatian imitasi alam sejadi yang berteraskan matematik atau khususnya,

geometri, yang sememangnya ciptaan Tuhan yang sangat sempurna.14 Perkara ini

membawa kepada keindahan struktur, yang daripada segi esoteriknya, beraspirasi

untuk membina mikrokosmik (alam kecil) karya seni, sepertimana Tuhan mencipta

makrokosmik (alam besar).15

Rajah 1: Pembentukan Punca PSP

Rajah 2: Pembentukan PSP

(6)

Rajah 3: Garis silang pada PSP

Rajah 4: Petak-petak yang berurutan pada PSP

(7)

Rajah 6: Pusaran atau Nisbah Keemasan dalam alam sejadi (sumber: http://fredfields.blogspot.com/2010/08/using-golden-rectangle.html)

(8)

Kaedah Kajian

Menurut Faruqi16, terdapat tiga peringkat tafsiran dalam Seni Islam iaitu Qur’an

sebagai takrifan Tauhid atau melampaui pemikiran, Qur’an sebagai model kesenian,

dan Qur’an sebagai ikonografi kesenian. Dalam peringkat pertama dan kedua ini,

Faruqi membincangkan tentang ciri bentukan asas dalam penterjemahan estetika

tauhid. Antaranya ialah pemujaradan (abstraction), struktur bermodul, gabungan

berturutan, pengulangan, dinamik dan kerumitan. Berdasarkan teori seni ini, maka

pemilihan karya dilakukan untuk menentukan ciri-ciri kesenian Islam. Tetapi tidak

kesemua prinsip ini berada dalam sesebuah karya yang dipilih, hanya terkandung

sebahagian daripadanya.

Sementara kajian geometri pula hanyalah menumpukan pada struktur geometri

yang tersembunyi seperti yang dijelaskan dalam Rasa’il, iaitu geometri yang bersifat

teori, yang berasaskan pada pemahaman dan pengetahuan.17 Manakala penjelasan

kritis bagi analisis ini berpandukan pada teori Formalisme18 iaitu menekankan pada

bentukan sesuatu karya dan, dalam hal ini, dikhususkan pada bentukan jenis garisan

dan rupabentuk.

Rentetan ini, sebuah karya daripada dua orang artis terkenal Malaysia dipilih,

iaitu karya Syed Ahmad Jamal yang bertajuk “Sirih Pinang” serta karya Ismail Zain

yang bertajuk “Untitled”.

Analisis Gubahan Struktur

1. Analisis Gubahan Struktur Karya 1

16 Al-Faruqi, Cultural Atlas of Islam, 1986. 17

Menurut Gonzalez (2001), “prinsip asas (susunan matematik) yang dikembangkan oleh para pemikir Muslim abad pertengahan, sebagaimana misalnya oleh Ikhwan al-Safa’ yang menulis dalam Rasa’il: Prinsip geometri hadir dalam kesemua seni; setiap seniman, jikalau dia menetapkan ukuran dalam seninya sebelum dia mula mengerjakannya maka itu berkaitan dengan suatu teori geometri, yakni ilmu mengenai dimensi-dimensi dan kandungannya… geometri gunaan mengandungi ilmu mengenai ukuran-ukuran dan maknanya, dan mengikat mereka antara satu-sama lain, dan dapat difahami menerusi penglihatan dan dirasa menerusi sentuhan. Geometri yang bersifat teori pula adalah sebaliknya, yakni, pengetahuan dan pemahaman semata-mata.” M.s 75.

18

Teori formalisme yang dikembangkan oleh Roger Fry dan Clive Bell menekankan pada prinsip karya seni dari segi bentukan, iaitu pada aspek zahir seni–– iaitu elemen dan prinsip seni ––seperti,

(9)

Karya 1, yang bertajuk “Untitled”, oleh Ismail Zain menepati sebahagian

ciri manifestasi seni Islam. Jika dilihat pada ukuran Karya 1, maka

didapati bahawa satah karya ini terdiri daripada sembilan Persegi

Segiempat Pusaran (PSP) mendatar dan empat PSP menegak (Rajah 9).

Jadi, apabila kita gunakan asas gubahan prinsip PSP, maka akan terhasil

struktur seperti Rajah 10. Dapat dilihat bahawa garis dasar satah Karya 1

terdiri daripada enam segiempat yang dibahagi samarata. Garisan

melintang A-B di tengah-tengah membahagi dua petak di atas dan bawah

yang terletak di kiri dan kanan satah. Manakala garis menegak C-D pula

adalah garis pembahagi tengah, yang juga dijadikan dasar untuk

merekaletak rupa dan garisan berwarna-warni yang terletak di

tengah-tengah satah. Manakala susunan rupa yang terletak pada sekitar titik

kepentingan (point of interest) F dan G lebih banyak bilangannya daripada

F dan H (Rajah 10).

Tetapi apa yang lebih menarik lagi di sini adalah ukuran setiap satu

daripada petak-petak yang bersusun di kiri dan kanan hampir menyerupai

gabungan dua PSP dan satu segiempat sama (Rajah 11). Akhirnya rupa

yang berada di bahagian atas sekali menghampiri ukuran dua gabungan

(10)

Rajah 8: Karya 1, Untitled, Ismail Zain, 1988, Akrilik atas kanvas, 90 cm x 120 cm. (Sumber: National Art Gallery19)

Rajah 9: Susunan PSP pada satah karya

19 National Art Gallery. Ismail Zain: Retrospective Exhibition 1964-1991. Kuala Lumpur: National Art

(11)

Rajah 10: Prinsip PSP ditentutular pada satah karya

(12)

Rajah 12: Prinsip PSP pada imej

(13)

2. Analisis Gubahan Struktur Karya 2

Karya 2 yang dipilih turut bermanifestasikan ciri-ciri seni Islam, iaitu

sebuah karya Syed Ahmad Jamal yang bertajuk “Sirih Pinang” (Rajah 13).

Rencana bentuk karya 2 nyata agak berbeza sedikit daripada Karya 1. Jika

dilihat pada Rajah 14, satah karya ini mengandungi dua Prinsip PSP yang

bertindan iaitu A-B dan C-D. Berdasarkan hal ini, struktur yang terhasil

daripada gubahan garisan berdasarkan Prinsip PSP dapat dilihat dalam

Rajah 15. Terdapat lima titik perhatian yang terhasil daripada rencana

bentuk ini. Dan daripada itu, dapat dilihat bahawa titik perhatian 3 dan 5

merupakan titik perhatian yang paling berkesan. Pada titik perhatian 3,

terdapat imej yang dinamakan awan larat mendominasi satah karya pada

kawasan tersebut. Pada titik 5 pula, terdapat warna cerah yang bertumpu

pada bahagian tengah satah, dan seterusnya menarik deria untuk bertumpu

pada kawasan tersebut. Manakala garis persilangan A-C dan B-D pula

menjadi garis dasar keseluruhan satah, yang mana rupa dua cerminan

segitiga di kiri dan kanan dapat dilihat dengan jelas. Rupa seolah-olah

pohon nipah pada bahagian tengah kanan satah pula berada di antara dua

garisan tengah. Dan akhirnya, garisan segitiga C-D pula membentuk

(14)

Rajah 13: Karya 2, Sirih Pinang, Syed Ahmad Jamal, 1986, Akrilik atas kanvas, 197 x 196 cm. (Sumber: Dzul Haimi Md. Zain (2008))20

Rajah 14: Pembinaan PSP yang menghasilkan struktur

20 Dzul Haimi Md. Zain. Pelukis dan Peristiwa: Syed Ahmad Jamal. Kuala Lumpur: RA Finearts,

(15)

Rajah 15: Prinsip PSP ditentutular pada satah karya

Kesimpulan

Daripada analisis di atas maka jelaslah bahawa satah lukisan-lukisan mereka

mempunyai struktur Prinsip PSP yang tersembunyi––atau secara umumnya

mempunyai Simetri yang Dinamik yang beraturan berteraskan perkiraan matematik––

yang menjadikan keseluruhan karya mengandungi nilai estetika yang indah. Seperti

yang dijelaskan oleh Sayyed Hossein Nasr, seni indah, atau seni manifestasi Islam ini

dicirikan oleh, antaranya, harmoni yang berkadar, kejelasan matematik, dan pelbagai

lapis simetri.21 Namun, tidak perlu di sini untuk menitikberatkan sama ada artis-artis

berkenaan menggunakan prinsip ini secara sedar mahupun tidak kerana sudah

menjadi fitrah manusia gemar akan keindahan—yang mana keindahan itu

sesungguhnya cerminan alam sejadi22 ciptaan Tuhan. Menurut Nasr lagi, keindahan

ini seterusnya menjadi bayangan “Keindahan Agung Wajah Bermaha Seri” yang

(16)

mana kita sebagai manusia akan mengalaminya apabila kita berada dalam makam

“firdausi”23. Jika kita lihat pula pada Ibn Sina, beliau telah menggariskan, berdasarkan

tatacara tertentu, nilai-nilai keindahan yang mengalir dalam benda-benda wujud yang

membawa kepada prinsip yang telah sekian lama menjadi asas dalam seni Islam,

yakni “kesatuan dalam kepelbagaian”:

Tuhan bersifat Maha Indah lagi Maha Agung, dan Dia-lah asal-usul bagi segala

keharmonian, kerana setiap keharmonian berlaku dalam kepelbagaian gubahan

dan gabungan, lalu akhirnya menghasilkan kesatuan dalam kepelbagaian.”24

Daripada apa yang telah dijelaskan di atas, ternyata teras kepada estetika Islam

ini terkandung dalam sabda Rasullullah s.a.w, iaitu “Allah itu Indah, dan suka akan

keindahan”. Dan akhirnya, tidak adalah bukti yang lebih tepat lagi daripada sabda

Rasul, melainkan Firman Tuhan yang bermaksud:

“…Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya.” (13:8);

Dan lagi:

“Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (imbangan).”

(55:7)

(17)

Bibliografi

Al Faruqi, Ismail. The Cultural Atlas of Islam. New York: Macmillan Publishing Co., 1986

Arnheim, Rudolf. Review of Fearful Symmetry: The Search for Beauty in Modern Physics, by Zee, A. Leonardo, vol. 21, no. 4 (1988): 457-8.6): 241-5.

Brading, Katherine. “Mathematical and Aesthetic Aspects of Symmetry.” Review of

From Summetria to Symmetry: The Making of a Revolutionary Scientific Concept, by Goldstein, B.R. Metascience, vol. 19 (2010): 277-80.

Dzul Haimi Md. Zain. Formal Values in Timurid Miniature Painting. Kuala Lumpur: Penerbitan Fargoes, 1989.

. Pelukis dan Peristiwa: Syed Ahmad Jamal. Kuala Lumpur: RA Finearts, 2008. Emmer, Michele. “Visual Art and Mathematics: Comments on the Meaning of

Order.” Leonardo, vol. 15, no. 1 (1982): 65-6.

Engler, Gideon. “From Art and Science to Perception: The Role of Aesthetics.”

Leonardo, vol. 27, no. 3 (1994): 207-9.

Erickson, Bryce. “Art and Geometry: Proportioning Devices in Pictorial Composition.” Leonardo, vol. 19, no. 3 (1986): 211-15.

Fischler, Roger. “On the Application of the Golden Ratio in the Visual Arts.”

Leonardo, vol. 14, no. 1 (1981): 31-2.

Gonzalez, Valérie. Beauty and Islam: Aesthetics in Islamic Art and Architecture, London: I.B. Tauris, 2001.

Hambidge, Jay. Dynamic Symmetry: The Greek Vase. New Haven: Yale University Press, 1920.

. The Elements of Dynamic Symmetry. New York: Dover Publications Inc., 1967.

Jacobs, Michael. The Art of Composition. New York: Doubleday, 1926.

Jolly Koh. Artistic Imperatives: Selected Writings and Paintings. Selangor: Maya Press, 2004.

Kalajdzievski, Sasho. Math and Art: An Introduction to Visual Mathematics. New York: CRC Press, 2008.

Knight, Terry W. “Infinite Patterns and Their Symmetries.” Leonardo, vol. 31, no. 4 (1998): 305-12.

Krathwohl, D.R. and Anderson, L.W. A Taxonomy for Learning, Teaching, and Assessing: A Revision of Bloom’s Taxonomy of Educational Objectives. Boston, MA: Allyn & Bacon, 2001.

Loeb, Arthur L. Color and Symmetry. New York: John Wiley & Sons, 1971.

. “Structure and Patterns in Science and Art.” Leonardo, vol. 4, no. 4 (1971): 339-46.

Lutz, L. “Dynamic Symmetry as an Archetype: A Reunification of Mathematics and Art”. (Ph.D. diss., University of Illinois, 1973).

McWhinnie, Harold J. “A Review of the Use of Symmetry, the Golden Section and Dynamic Symmetry in Contemporary Art.” Leonardo, vol. 19, no. 3 (1986): 241-5.

(18)

Muliyadi Mahamood. Seni Lukis Moden Malaysia: Era Perintis hingga Era Pluralis (1930-1990). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd., 2004.

Nasr, Sayyed Hossein. The Garden of Truth: the vision and practice of Sufism, Islam's mystical tradition, New York: HarperCollins, 2007.

National Art Gallery. Vision and Idea: Relooking modern Malaysian Art, T.K. Sabapathy (ed.). Kuala Lumpur: National Art Gallery, 1994.

. Ismail Zain: Retrospective Exhibition 1964-1991. Kuala Lumpur: National Art Gallery, 1995.

Prater, Micheal. “Art Criticism: Modifying the Formalist Approach.” Art Education, vol. 55, no. 5 (2002): 12-7.

Papadopoulo, Alexandre. Islam and Muslim Art, transl. by Wolf, Robert E., New York: Harry N. Abrams, 1979.

Ruzaika Omar Basaree. “Art, Mathematics and Philosophy: A Study of the Geometrical and Cosmological Principles in Traditional Malay Art and Design”. (Ph.D. diss., Univerisity of Malaya, 2003).

Seabolt, Betty Oliver. “Defining Art Appreciation.” Art Education, vol. 54, no. 4 (2001): 44-9.

Sentap! Contemporary Visual Art Magazine. Kuala Lumpur: Teratak Nuromar, 2010. Shubnikov, A.V. and Koptsik, V.A. Symmetry in Science and Art. New York: Plenum

Press, 1974.

Sommers, Peter van. “Commentary on Symmetry as a Superprinciple of Science and Art.” Leonardo, vol. 31, no. 2 (1998): 146-9.

Speiser, Andreas. “Symmetry in Science and Art.” Daedalus, vol. 89, no. 1 (1960): 191-8.

Thurston, Carl. “The Principles of Art.” The Journal of Aesthetics and Art Criticism, vol. 4, no. 2 (1945): 96-100.

Voloshinov, Alexander V. “Symmetry as a Superprinciple of Science and Art.”

Leonardo, vol. 29, no. 2 (1996): 109-13.

Referensi

Dokumen terkait

Potensi yang dimiliki oleh kawasan wisata di Kecamatan Cisarua cukup tinggi dan berada pada daerah pegunungan yang memiliki nilai ekologis tinggi sehingga untuk

9 Pengangkutan udara juga merupakan pengangkutan utama yang menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Kawasan

Secara etimologi (bahasa) birokrasi adalah cara pemerintah yang dijalankan oleh pegawai bayaran yang tidak terpilih oleh rakyat; cara pemerintah yang sangat dikuasai

Fang Deng mengerti keadaan memilih salah satu anak dan meninggalkan satu anak, tidak dapat dihindari ada kamu, fnomena kematian saya, dan dia juga akhirnya mengerti

Untuk mendapatkan data yang valid dalam penelitian sering sulit dilakukan, oleh karena itu, maka validitas hasil penelitian dapat diuji melalui pengujian reliabilitas dan

Adapun tujuan komunikasi pada sosialisasi hukum, keselamatan, dan keamanan serta keberadaan anjungan fasilitas operasi minyak dan gas bumi adalah untuk mencapai

“Perencanaan Sarana Kebugaran dan Relaksasi dengan Penerapan Tema Sportif di Samarinda adalah sebuah sarana atau tempat untuk mencapai maksud dan tujuan yaitu untuk berolahraga

diketahui bahwa pada uji multikolinieritas terdapat masalah multikol pada ekspor dan jumlah penduduk sedangkan pada uji heterokedastisitas dan autokorelasi tidak ditemukan