• Tidak ada hasil yang ditemukan

Teori dan Model Pengajaran Pendidikan Is

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Teori dan Model Pengajaran Pendidikan Is"

Copied!
27
0
0

Teks penuh

(1)

TEORI DAN MODEL

PENGAJARAN PENDIDIKAN

ISLAM

Dr. Ghazali bin Darusalam

Jabatan Asas Pendidikan & Kemanusiaan

Fakulti Pendidikan

Universiti Malaya

drgha@um.edu.my

ABSTRAK

(2)

Pelbagai teori telah dikemukakan oleh mereka untuk memperkayakan amalan dan pelaksaanan Pendidikan Islam di sokolah yang menyentuh; tujuan dan matlamat Pendidikan Islam, isi kandungan Pendidikan Islam, interaksi guru – pelajar, pedagogi pengajaran, proses pembelajaran, martabat ilmu, sumber pengetahuan, fungsi pendidik, dendaan dan ganjaran, percampuran pelajar, kesesuaian masa belajar, disiplin, kurikulum dan lain-lain. Disamping itu mereka juga telah mengemukakan pelbagai model pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam seperti Ibnu Khaldun mencetuskan dua model Pendidikan Islam; pertama, model ‘Malakat Pemerolehan Ilmu Pengetahuan’ dan model kedua adalah model ‘Kitaran Proses Pengajaran dan Pembelajaran’. al-Qabisi juga mencipta dua model; pertama, model ‘Pemusatan dan Perhubungan Ilmu’ dan model kedua, adalah model ‘Pemusatan dan Perhubungan Dalam Pembinaan Kurikulum’. Ibnu Sahnun pula memperkenalkan Model ‘Pemeringkatan Mata Pelajaran’. Tidak ketinggalan juga Ibnu Sina yang memaparkan Model ‘Urutan Berarah Peringkat Pembelajaran’, al-Ghazali dengan Model ‘Urutan Prograsif Ilmu’ dan Rafa’ah Rafi’e al-Tahtawi melalui modelnya ‘Markhalah Punun al-Maddah’.

Pendahuluan

(3)

sezaman dengan kesultanan Melayu Melaka. Manakala pendidikan Islam dari aspek sistem pendidikan kebangsaan telah dilaksanakan sejak hampir suku abad yang lalu.

Dengan itu pertumbuhan dan perkembangan sistem pendidikan Islam yang agak tersusun di Malaysia masih lagi sesuatu yang baru, sekitar usia 40 tahun yang bertitik tolak daripada Laporan Rahman Talib 1960 baru lahirnya pemikiran-pemikiran terhadap hala tuju pendidikan Islam. Maka dengan sebab itulah bahan-bahan rujukan tentangnya amat terbatas dan kurang khususnya dari aspek asas-asas metodologi dan pedagogi pendidikan Islam dalam hubungannya di Malaysia. Terdapat sebilangan kecil buku-buku atau bahan-bahan bacaan pendidikan Islam di pasaran tempatan yang diimport dari pelbagai negara Islam dalam teks asal berbahasa Arab yang kurang diketengahkan oleh para sekolar tempatan kerana kemampuannya menguasai bahasa Arab yang menjadi faktor kurangnya rujukan khazanah pendidikan Islam. Ketiadaan buku yang spesifik terus menjurus kepada amalan pedagogi pendidikan Islam sedangkan guru-guru agama di sekolah rendah dan menengah serta para pelajar di fakulti pendidikan sama ada di Institusi Perguruan dan universiti begitu memerlukannya.

Asas-asas ilmu pendidikan Islam yang dijadikan sumber bahan bacaan sama ada sebagai rujukan, hujah, perbincangan dan isme oleh guru dan mereka yang terlibat dengan pemikiran pendidikan Islam kebanyakannya merujuk kepada sistem dan amalan pendidikan Barat. Mereka jarang mengenegahkan teori dan model pendidikan Islam yang berasaskan daripada tassawwur Islam baik dari segi pedagogi mahupun daripada aspek falsafah dan metodologinya. Seperti yang dinyatakan tadi, ini disebabkan kebanyakan bahan tersimpan dalam khazanah perpustakaan dalam bahasa Arab yang belum diterjemahkan ke dalam bahasa tempatan. Bukan masalah kualiti atau utilitinya tetapi disebabkan oleh lemah daya faham terhadap penguasaan bahasa Arab. Jika tidak ada usaha untuk menterjemah dan mengarangnya semula nescaya khazanah berharga ini akan terus bersemadi di perpustakaan tanpa disentuh oleh jari para sarjana pendidikan Islam tempatan.

(4)

kepentingannya baik sebagai bahan bacaan atau kepenggunaannya di bilik-bilik darjah dan kelas tidak boleh dinafikan sama pentingnya dengan bidang-bidang agama yang lain.

Barangkali sarjana Islam kita telah terlupa bahawa ayat al-Quran yang pertama sekali dibawa oleh malaikat Jibrail a.s kepada junjungan besar nabi Muhammad Rasulullah s.a.w ialah ayat 1 hingga 5 Surah al-‘Alaq yang bermula dengan kalimah ‘Iqra’. Bukankah ia menyentuh secara langsungnya tentang aspek ‘baca’ yang sinonim dengan Ilmu Pendidikan?

Ta’rif Pendidikan Islam

Mengikut ‘Abdul Qādir Syiekh Idris (1978)Pendidikan Islam bermaksud; satu proses pengajaran dan pembelajaran yang menghimpunkan beberapa suruhan, tegahan,

hukum-hukum, adab-adab, kelebihan dan kewajipan belajar yang dibantu dengan bahan pengajaran berasaskan kepada al-Qur’an dan al-Hadith.

Manakala Muhammad Munir Musa (1971) menjelaskan maksud pendidikan (al-Tarbiyah) sinonim dengan Ta‘lim, al-Adab’ dan Tahzib’, kalimah ‘al-Tarbiyah’ berasal daripada perkataan ‘Rabbi’ bererti; yang memelihara, yang melahirkan, membina kekuatan aqliyah dan khuluqiyah yang berteraskan kalimah ‘Rab’ dengan ciri-ciri berasaskan maksud ‘ketuhanan’. Dengan itu sumber, proses dan tujuan pendidikan Islam mestilah dari kalimah tauhid ini. Beliau juga menjelaskan pendidikan Islam adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang disandarkan kepada ‘manhaj’ dan ‘asalib’ ajaran Islam bagi mencapai tujuan mencari ilmu, kemahiran dan pengalaman (Muhammad Munir Musa (1980).

Pendidikan Islam menurut ‘Abdul Gani al-Nāwawi (1986),adalah manhaj Allah s.w.t ke atas makhluknya bagi tujuan ubudiyah. Pendidikan Islan ialah pendidikan yang selaras dengan iradah-iradah makhluk bagi menepati kehendak-kehendak Khaliq.

(5)

daripada kalimah 'ilm' yang bererti proses memberi pengetahuan kepada manusia yang merujuk kepada pendidikan dewasa (andragogi) (‘Abdul Fatah Jālal, 1977).

Adnan Yusopp (2000) dalam tulisannya menyatakan pendidikan Islam adalah

satu usaha yang berterusan dalam menyampaikan ilmu, membentuk kemahiran dan memupuk penghayatan Islam berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah sepanjang hayat bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Tujuan Pendidikan Islam

Pendidikan Islam dalam konteks keperguruan adalah bermatlamatkan melahirkan insan yang berilmu berkeperibadian mulia, berkemahiran dan bersikap positif untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat (Bahagian Pendidikan Guru, 1997).

Tujuan Pendidikan Islam seperti yang dinukilkan oleh ‘Abdul Kadir Syeikh Idris (1978) secara keseluruhannya ialah menghidupkan roh, akal fikiran dan mengembangkan fizikal. Sedangkan ‘Ajil Jasim al-Nasyāmi (1992) berpendapat tujuannya adalah untuk melahirkan ‘al-Mawatin al-Sholeh’ atau anak bangsa yang sholeh. Pendapat yang sama juga dinyatakan oleh ‘Abdul Rahman al-Rifa‘ie Baqrah (1993), yang menyatakan tujuan pendidikan Islam adalahuntuk melaksanakan apa yang dituntut oleh al-Qur’an dan Hadis serta memenuhi kehendak-kehendak manusia kepada hidup beragama. ‘Abdul Fatah Jalāl (1977) pula berpendapat tujuannya juga adalah untuk mengajak manusia keseluruhannya kepada 'Dienullah' dengan tujuan dakwah, inzar, menjauhkan syirik dan kekufuran, menyuruh mengagongkan Allah dan mengikut pimpinan dan teladan Rasulullah s.a.w. Lebih terperinci lagi Mokhtar Shafie (1995) menghuraikan tujuan Pendidikan Islam adalah untuk melahirkan seorang muslim yang

(6)

Teori Dan Model Pendidikan Islam

Teori dan model pengajaran pendidikan Islam pada umumnya menggunakan pendekatan pendekatan ‘developmental’ berdasarkan kepada kesinambungan penguasaan kecekapan, kemahiran dan amalan yang simbang antara aspek teori dan praktikal (Bahagian Pendidikan Guru, 1997). Menurut Teuku Iskandar (1986 ), teori didefinisikan sebagai:

pendapat yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara, asas-asas kasar yang menjadi dasar pembentukan (perkembangan) sesuatu pengetahuan atau pendapat mengenai cara-cara membuat sesuat’.

Begitu juga Terry Boswell and Cliff Brown (1999) menjelaskan teori sebagai; an argument on the cases used to construct it dan introduce contextual and case -specific explanations. Mengikut pendapat sekolar timur seperti ‘Abdullah Amin

al-Nukmy (1995) teori atau nazari adalah sama erti yang membawa maksud; sesuatu yang sifatnya praktikal, sedangkan Ibnu Khaldun (1945) dalam kitab al-Muqaddimah menjelaskan nazari (teori) bermaksud; satu pandangan serta melatakkannya dalam pembahagian akal manusia selain ‘tamyiz’ (perbezaan) dan ‘tajribi’ (percubaan).

Daripada beberapa definisi teori di atas, dapatlah disimpulkan teori membawa maksud; satu pandangan atau pendapat yang praktikal serta mempunyai sesuatu dasar dan asas yang boleh dibuktikan secara tajribi.

Model Pendidikan Islam hendaklah diasaskan kepada ‘tauhidik paradigma’ yang merupakan penyempurnaan kontrak antara manusia dan Allah s.w.t iaitu asasnya ialah nilai etika tauhid seperti mana yang dijelaskan oleh Yem Ismail (1989).Teuku Iskandar (1986) mendefinisikan model sebagai,‘ragam, cara, barang tiruan yang sama seperti yang asal tetapi lebih kecil. Sebaliknya Tunku Sarah (1997) menjelaskan model boleh dijelamakan dalam bentuk rajah urutan, contoh yang berajah, rangka, struktur dan bentuk luaran yang dapat dilihat secara gambaran kesimpulan atau pictured description.

(7)

meliputi segala fungsi dan sistem sesuatu institusi dan aliran pendidikannya seperti pengajaran (teaching), penyelidikan (research) dan perkhidmatan kemasyarakatan (public service). Model-model ini boleh dipecahkan kepada sub-sistem model seperti model instruksionil (struktur) dan model managenil (pengurusan). Model-Model Pendidikan Islam dibina untuk menterjemahkan ketiga-tiga fungsi sistem dalam bentuk behavioral objective. Ada tiga fasa pembinaan model-model pendidikan Islam;

i. model yang dibina berasaskan kepada corak institusi pendidikan ii. model yang dibina berasaskan sistem pendidikan

iii. model yang dibina daripada fasa institusi sosial.

Pembinaan model-model ini tidak terhad kepada tiga fasa ini sahaja bahkan ia boleh diperluaskan lagi kepada model serantau, model sedunia dan lain-lain lagi. Model juga sebagai alat (tool) untuk menilai secara kuantitatif bagaimana sesuatu sistem itu berlaku (Hassan Langgulung, (1979).

Teori-teori dan model-model pendidikan Islam telah banyak dikemukakan oleh para sarjana Pendidikan Islam melalui idea-idea mereka yang mendahului masa dan digunapakai oleh para sarjana pendidikan moden hingga ke hari ini. Keistimewaan teori dan model pengajaran mereka terletak pada keaslian idea, nilai ilmiahnya yang tinggi berdasarkan sumber utama ajaran Islam iaitu, al-Qur’an dan Hadith.

Pendidikan Islam yang syumul dapat diterjemahkan kepada model yang mencakupi fasa tadi. Berdasarkan teori pendidikan dari beberapa tokoh sarjana terkenal yang berkecimpung dalam lapangan pendidikan Islam pengkaji cuba membina model pendidikan Islam mereka dalam bentuk re-constructure yang baru.

Tokoh dan para sarjana pendidikan Islam yang akan dikemukakan nanti merupakan pencetus utama dalam idea dan pemikiran terhadap pendidikan Islam yang semuanya menambahkan wacana dan warisan pendidikan Islam. Teori, model dan kaedah pendidikan Islam daripada sarjana pendidikan Islam telah menjadi asas terhadap teori, model dan kaedah pendidikan Islam sekarang.

(8)

Abdul Karim Dan Hassan al-Zabnu (1968) meriwayatkan, nama sebenar Ibnu Khaldun ialah Abdul Rahman bin Khaldun (732 H-808H / 1332M-1408M) lahir di Tunis. Keluarganya dari kalangan tokoh-tokoh ilmuan yang terkenal. Ibnu Khaldun dibesarkan dalam lingkungan suasana keilmuan yang tinggi ditengah kekuasaan kerajaan Bani Abbasiah. Ibnu Khaldun belajar dengan ramai ulama Islam yang terkenal dengan ketinggian ilmunya dan sepanjang masa hidup Ibnu khaldun dihabiskan dengan mengembara mencari ilmu dan sekaligus mengajar, dengan itu lapangan pendidikan Islam beliau amat luas mencakupi pelbagai jenis dan skop ilmu seperti, Falsafah, al-Qur’an, Bahasa, Hadith, Feqah, Mantik, Kebudayaan, Sosiologi, Pendidikan dan Sejarah.

Yang menariknya Ibnu Khladun belajar berbagai jenis ilmu ini daripada sumber perintis ilmu yang pertama. Ibnu Khaldun menganut mazhab Imam Malik, hidup dalam dua zaman di Andalusia, Granada di Barat dan Tunis (Afrika) serta Mesir di Timur. Dari segi kerjayanya beliau pernah menjadi utusan raja Qasytalah dan pernah menjadi hakim di mahkamah Mesir disamping mengajar di beberapa buah institusi pengajian tinggi di Marocco, Tunisia, Granada dan Mesir (Abdullah Amin al-Nukmy, 1995).

Tujuan mendedahkan teori pendidikan menurut beliau adalah untuk menggambarkan bahawa strategi, kaedah dan teknik pengajaran pendidikan Islam telah wujud secara waqi’e (reality) sebagaimana yang telah dipraktikkan oleh ulama’ Islam di masa silam. Banyak teori pendidikan yang dikemukakan oleh Ibnu Khaldun sepanjang pembabitannya dalam dunia pendidikan Islam yang boleh dipecahkan kepada tajuk-tajuk kecil seperti berikut :

1) Definisi pendidikan.

Menurut Ibnu Khaldun, pendidikan ialah proses pengajaran dalam tingkahlaku individu yang timbul secara terpaksa kerana individu perlukan ilmu pengetahuan, proses pendidikan berlaku secara asimilasi antara warisan masyarakat yang saling ambil mengambil, pengaruh mempengaruhi. Pengetahuan juga bermaksud; sejumlah pengalaman yang diperolehi oleh individu dengan perantaran pintu pengetahuan. Pengetahuan bersifat konkrit, naqli, rohani dan akli.

2) Interaksi guru dengan murid.

(9)

pelajar dapat meneliti, mengkaji dan bersungguh-sungguh dalam memperdalami sesuatu.

3) Penggunaan kaedah

Kaedah mengajar bukanlah satu sahaja tetapi ia pelbagai kaedah yang mengikut tahap pelajar, suasana dan perbezaan mengikut negera Islam. Tiada satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terbaik melainkan ia sesuai mengikut suasana pengajaran guru.

4) Kedudukan ilmua

Menuntut ilmu adalah wajib pada sepanjang masa, ilmu hendaklah dituntut daripada guru-guru yang mempunyai kemampuan ilmiahnya. Individu hendaklah sentiasa menyintai ilmu dan sesudah itu mengajarkannya kepada orang lain.

5) Proses pengajaran

Ketika guru mengajar, guru perlu sentiasa memerhatikan murid-muridnya, guru juga dikehendaki memahami masalah, kesukaran yang dihadapi oleh muridnya serta berusaha menyelesaikannya.

6) Cara individu menerima ilmu pengetahuan.

Manusia berbeza dalam usaha memperolehi pengetahuan bergantung kepada perbezaan keperibadian seseorang. Sebahagiannya ada kemampuan yang lebih tinggi daripada orang lain maka ia dapat memperoleh pengetahuan dalam masa yang singkat. Sebahagian lagi, susah memperoleh pengetahuan maka

penerimaan ilmu kepadanya menjadi sukar dan lambat. 7) Sumber-sumber pengetahuan.

Terdapat empat sumber pengetahuan: i) pengamatan akal (undang-undang logik)

dengan membuat hipotesis-hipotesis untuk membuat kesimpulan. ii) percubaan dan penyaksian

manusia menggunakan pancainderanya untuk memperolehi pengetahuan. iii) pengetahuan rohani

penyaksian secara rohani melalui bimbingan dan panduan daripada Allah s.w.t.

(10)

ia dikhususkan hanya kepada para rasul dan nabi. 8) Persiapan untuk belajar.

Terdapat dua bentuk persiapan individu untuk belajar; i) kesediaan - bagi peringkat kanak-kanak, dan ii) kematangan - bagi peringkat remaja (umum). 9) Pemaduan teori dan praktik.

Semua ilmu hendaklah diajar terlebih dahulu dalam bentuk teori dan kemudiannya dipadukan dalam bentuk praktik agar ia lebih mantap dan berkesan.

10) Tujuan pendidikan.

Terdapat tujuh tujuan pendidikan;

i) sebagai mempersiapkanan agama untuk individu ii) mempersiapkan akhlak

iii) mempersiapkan sosial iv) mempersiapkan lapangan kerja

v) mempersiapkan pemikiran dan idea vi) mempersiapkan ilmu-ilmu praktikal vii) persediaan untuk lapangan kerjaya, 11) Fungsi pendidikan.

Ada empat fungsi pendidikan ; i) agama

ii) kecerdasan dan ideologi iii) sosial dan pekerjaan

iv) pendidikan sebagai pelengkap hidup. 12) Kurikulum.

Kurikulum bermaksud; satu set pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi method, teknik, tujuan dan alat pengajaran sekolah. Kurikulum terbatas pada maklumat-maklumat dan pengetahuan sahaja yang diberikan kepada murid dalam kelas termasuklah aktiviti-akitivitinya. Kurikulum juga bermaksud; sejumlah pengalaman pengajaran yang diperoleh murid di bawah bimbingan dan asuhan sekolah dengan tujuan melaksanakan tujuan pendidikan secara tertib. Pengalaman ini adakala diperoleh oleh murid dalam sekolah dan di luar sekolah. Faktor-faktor yang mempengaruhi kurikulum seperti :

(11)

ii) sosial iii) pendidikan iv) kebudayaan dan

v) elemen lain yang saling berenteraksi seperti falsafah masyarakat dan keluarga.

Dasar-dasar pembinaan kurikulum meliputi; i) pengalaman pendidikan

ii) persekitaran pelajar

iii) dasar dan nilaii yang ada dalam falsafah masyarakat (adat dan sosial), iv) unsur-unsur yang sihat dan sesuai dengan kehendak individu, masyarakat dan negara.

v) sesuatu yang memberi pengalaman kepada pelajar vi) psikologi pelajar

vii) agama dan viii) akhlak. 13) Masa belajar.

Tempoh masa belajar dibahagikan kepada dua jangkamasa; i) peringkat kanak- kanak selama 16 tahun dan

ii) peringkat umum selama 15 tahun. 14) Sifat-sifat guru.

Guru mestilah memiliki sifat berikut;

i) menjaga kedudukan, kehormatan dan kemuliaan diri dihadapan murid ii) mencipta situasi pembelajaran

iii) pengasih dan penyayang serta sentiasa bermanis muka di hadapan murid iv) menahan marah.

15) Ganjaran dan hukuman.

(12)

memberi kerjasama dan bersifat lemah lembut, jika gagal barulah digunakan hukuman itu pun dalam keadaan yang amat terpaksa setelah pujukan dan amaran di atas gagal. Hukuman berbentuk pukulan dibolehkan dalam keadaan amat terpaksa dimana tiada lagi jalan lain, pukulan tidaklah sehingga menyakiti tubuh hingga berbahaya dan tidak boleh lebih daripada tiga kali sebatan.

Terdapat dua model pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam mengikut Ibnu Khaldun yang boleh diringkaskan seperti berikut :

Model 1 : Model Malakat Pendidikan Islam Ibnu Khaldun

AP CPP IN (5AP) (6CPP)

M6 6

M5 5

T M4 4

IA

AQ M3 3 N

M2 2

M1 1

IN

Petunjuk:

AP = Alat Pengetahuan (paling asas), meliputi 5 pancaindera manusia:, deria rasa (lidah), sentuhan (tangan), pendengaran (telinga), penglihatan(mata) dan penciuman (hidung).

(13)

N = Nazari

CPP = Cara peroleh pengetahuan, meliputi 6 peringkat, 1. peringkat pancaindera, 2. peringkat membuat tanggapan, 3. peringkat pengetahuan rohani, 4.

peringkat pentaakulan, 5. peringkat pengetahuan baru, 6. peringkat wahyu M = Malakat 1 : tabiat, malakat 2 : kecerdikan, malakat 3 : kemahiran, malakat :4 tanggapan, malakat 5 : pengetahuan dan ilmu. malakat : 6. Mukjizat Allah s.w.t

IN = Ilmu naqli (Wahyu) IA = Imu aqli

IN = Ilmu nazari

Model malakat pendidikan Ibnu Khaldun menjelaskan, alat pengetahuan yang paling asas ialah pancaindera yang lima terdiri daripada:

i) Rasa (mulut/lidah)

ii) Sentuhan (tangan/kulit).

iii) Pendengaran (telinga)

iv) penglihatan (mata)

v) penciuman (hidung)

Lima alat pengetahuan ini disokong dengan penggunaan akal yang terdiri daripada akal tajribi yang diperolehi melalui percubaan dan tanggapan. Ertinya menanggapi sesuatu dengan mengait-ngaitkan diantara beberapa perkara. Ia melahirkan tasdiq (kebenaran) bukan lagi menggambarkan. Melalui akal tajribi seseorang itu mampu memberi pendapat dan berfikir untuk meemperolehi pengalaman. Ini diikuti oleh akal nazari (mentaakul dalam bentuk teori). Untuk memperolehi ilmu mengenai sesuatu dibuat melalui pentaakulan, jenis ini mengumpulkan antara tassawwur (gambaran) dan tasdiq (kebenaran). Kedua-dua jenis akal ini melahirkan beberapa malakat. Malakat bererti kemahiran, tanggapan, pengetahuan dan ilmu, ia juga sesuatu sifat yang sedia ada secara fitrah, tertanam dalam jiwa, ia sifat yang kukuh yang dicapai dengan menggunakan perbuatan yang berulang-ulang sehingga terbentuknya sifat, sifat yang berulang-ulang akan menjadi kebiasaan, kebiasaan yang diulang-ulang akan membentuk tabiat, tabiat inilah yang akan kekal dan sebati dalam jiwa manusia. kecerdikan bermula daripada sini. Asas-asas malakat ini kemudiannya melahirkan pengetahuan meliputi beberapa peringkat berikut:

(14)

Malakat 2 (kecerdikan) menghasilkan tanggapan pengetahuan, menanggapi benda-benda yang nyata dengan fikiran yang ada disebalik indera, dengan tanggapan otak ia dapat merakamkan benda-benda yang diinderai, difahamkannya kemudian ditapis untuk menjadi bentuk-bentuk yang lain . Malakat 3 (kemahiran) memberi pengetahuan rohani iaitu ilmu yang dianugerah oleh Allah swt seperti ilham.

Malakat 4 (pentaakulan ) melahirkan taakul minda dimana manusia akan terus menerus sepanjang hidupnya mencuba untuk mencari pengetahuan.

Malakat 5 (pengetahuan dan ilmu) memberi pengetahuan baru.

Malakat 6 (mukjizat) memberi pengetahuan dalam bentuk wahyu. Ilmu yang diperolehi melalui pancaindera dan disusun oleh akal tajribi dan nazari kemudiannya diperingkatkan melalui malakat-malakat sehingga menghasilkan enam perolehan pengetahuan berakhir dengan ilmu aqli iaitu ilmu-ilmu yang bukan menjadi tujuan kepada ilmu itu sendiri dan ilmu nazari atau ilmu-ilmu dalam bentuk teori yang mana kedua-dua jenis ilmu ini disorot oleh ilmu naqli, ilmu naqli adalah imu-ilmu yang menjadi tujuan kepada ilmu-ilmu itu sendiri (Ibnu Khaldun, 1945).

Model 2 - Kitaran Proses Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

D S

P3

D S A T

P2

D S A T

P1

A T

Petunjuk:

(15)

Ibnu Khaldun menjelaskan, ilmu patut diajarkan melalui proses bermula daripada (A) beransur-ansur kemudiannya (T) berturut-turut, diikuti dengan (D) memperdalamkannya sehinggalah (S) menyeluruh mencakupi semua aspek tajuk pelajaran. Untuk beraleh kepada tajuk pelajaran yang lain (baru) proses kitaran ini hendaklah diulang-ulang ‘daur wa tadaddaur’ dari peringkat rendah P1, peringkat pertengahan P2 hinggalah peringkat tinggi P3.

2 Teori Dan Model Pendidikan Islam Mengikut al-Qabisi.

Abdullah Amin al-Nukmy (1995) menukilkan nama penuh al-Qabisi ialah Abul Hassan bin Muhammad bin Khalaf al-Ma’afari al-Qairawani, Abul Hassan terkenal dengan panggilan al-Qabisi, iaitu sempena nama sebuah bandar di Tunis tempat beliau dibesarkan. Lahir pada tahun 324H- 420H /913M-1009M) iaitu pada abad ke-4 hijriah.

Mengikut Abdul Rahman Muhammad al-Dibagh (1968), al-Qabisi banyak menimba ilmu dari ulama-ulama yang terkenal di Iskandariah, Tunis, Qairawan dan mengembara mencari ilmu di sekitar Mesir dan Afrika. Al-Qabisi adalah seorang yang amat menyintai ilmu daripada ulama-ulama terkenal di Kaherah dan Hijaz dan tokoh-tokoh fikir semasa. Biarpun beliau buta, namun beliau mempunyai ilmu agama yang luas mencakupi ilmu pendidikan, mendalami ilmu al-Qur’an, Hadis dan sanad-sanadnya, Feqah dan Usul serta Bahasa. Beliau bermazhab Maliki. Al-Qabisi sangat terkenal dan termasyur di tengah-tengah kalangan ilmuawan Islam, sangat tawadu’, warak dan zuhud. Fatwanya dipegang oleh penduduk-penduduk Mesir dan Tunis.

(16)

Teori-teori Pendidikan Islam menurut al-Qabisi boleh dipecahkan kepada tajuk-tajuk kecil seperti berikut :

1) Tujuan pendidikan.

Al-Qabisi menyatakan hanya ada dua sahaja tujuan pendidikan iaitu untuk agama dan Akhlak. Tujuan agama adalah kerana ia menyediakan ilmu-ilmu asas untuk kegunaan manusia sebagai hamba Allah dan tujuan pendidikan kedua ialah pendidikan mestilah boleh mengubah tingkahlaku akhlak seseorang. 2) Faktor-faktor yang mempengaruhi pendidikan.

Iaitu faktor keluarga dan madrasah. Pendidikan keluarga adalah pendidikan informal yang pertama yang perlu disambung oleh pendidikan formal sebagai pelengkap.

3) Pendidikan pelajar-pelajar perempuan.

Pelajar perempuan dilarang diajar kesusasteraan kerana ia boleh

membahayakan kepada perkara-perkara lain. Hanya beberapa jenis ilmu sahaja yang dibolehkan diajar kepada kanak-kanak perempuan atas alasan sebahagian ilmu boleh membawa fitnah dan sebahagian ilmu lainnya dapat memelihara keselamatan dirinya.

4) Percampuran pelajar perempuan dan lelaki dalam satu kelas.

al-Qabisi menolak kelas yang dicampurkan antara pelajar lelaki dan perempuan atas alasan boleh merosakkan akhlak.

5) Status guru.

Guru mestilah mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang yang diajar dimana kelulusan guru hendaklah mengatasi ilmu pelajar. Qabisi mengkritik guru-guru yang sering meminta-minta hadiah daripada pelajar dan keluaragnya dan dianggap sebagai seorang guru yang bodoh dan patut dikecam.

6) Pembinaan kurikulum.

Kurikulum mesti dibina berasaskan kepada al-Qur’an dan Hadis serta menjaga kepentingan agama dan akhlak.

7) Pembahagian ilmu. Ilmu ada dua bahagian;

i) ilmu asasi :

al-Qur'an - untuk melepasi kefardhuan,

(17)

Bahasa - untuk menghindari daripada kesalahan-kesalahan membaca al- Qur’an dan pembuka kepada pelbagai jenis ilmu yang lain. Khat - untuk membina nilai-nilai estetika.

ii) ilmu tambahan :

Mathematik - untuk memperdalami ilmu Faraid

Pidato - untuk fasihkan lidah dan kemahiran bercakap

Sejarah - untuk menyontohi jejak perjalanan ulama-ulama agong. 8) Masa belajar.

Masa belajar bermula pada waktu pagi, petang hingga ke magrib, diselangi dengan masa rehat yang pendik antara keduanya. Cuti mingguan selama dua hari bermula petang hari khamis hingga jumaat, hari sabtu mula persekolahan.

9) Ganjaran dan dendaan.

Qabisi menjelaskan ia adalah peraturan yang wajib bagi menjaga disiplin pelajar. Ganjaran baik ialah seseorang merasa lega jiwanya ketika memperoleh pujian dan hadiah, sebaliknya dendaan dan hukuman memberi rasa sakit segi jiwa dan fizikal.

Qabisi mengingatkan, kanak-kanak sentiasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan kepada penjagaan, pengarahan, pemerhatian dengan cara yang lemah lembut, bermanis muka dan teguh pendirian. Proses memberi hukuman hendaklah dibuat secara berperingkat-peringkat, dimulai dengan membuat celaan, memberi peringatan, memarahi dan akhir sekali

memukulnya. Hukuman bukan tujuan , dengan itu jangan memukul mereka ketika marah kerana dikuatiri pulukan itu akan melampau batas dan memudharatkan diri murid. Pukulan dibolehkan hanya 3 kali sebatan sahaja jika kesalahan yang sama diulang boleh dipukul sebanyak 10 kali. Elakkan dari memukul kepala dan muka, sebaik-baik tempat pukulan ialah di kaki belakang. Alat atau benda pukulan hendaklah benda yang lunak/lembut. Cara pukulan hendaklah sederhana dan jangan sehingga meninggalkan kesan.

10) Dispilin untuk menjaga peraturan. Ada lima proses :

(18)

iii) elakkan sifat membeza-bezakan pelajar iv) sentiasa mengawai tingkahlaku pelajar dan v) konsisten.

Al-Qabisi mengkritik disiplin dan pelbagai peraturan yang ketat kerana ia tidak sesuai dengan fitrah manusia (Abdullah Amin al-Nukmy, 1995).

al-Qabisi adalah pelupor pertama yang memperkenalkan model neuklitik atau model ‘pemusatan dan perhubungan‘ dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam. Beliau memperkenalkan dua model berikut:

Model 1 - Pemusatan dan Perhubungan Ilmu.

Ilmu asas

Ilmu tambahan

Model di atas menjelaskan, Pendidikan Islam perlu bermula dengan memberi input ilmu-ilmu asas yang terdiri daripada ilmu turath al-Islami seperti: al-Qur’an, Hadith, Aqidah, Sirah, Akhlak dan sebagainya dalam kelumpuk ilmu al-Dieni sebelum beraleh kepada ilmu-ilmu tambahan seperti; Bahasa, Matematik, Khat, Sejarah dan lain-lain.

Model 2 - Model Pemusatan dan Perhubungan Dalam Pembinaan Kurikulum Falsafah masyarakat. Kaedah dan teknik pengajaran. Psikologi pelajar. Tradisi dan adat masyarakat. Tujuan pendidikan. Ilmu teras.

(19)

Model di atas menjelaskan, kurikulum pendidikan Islam semestinya berasaskan kepada pembinaan-pembinaan ilmu teras seperti ilmu al-Qur’an dan akhlak disamping menjelaskan tujuan-tujuan pendidikan yang terdiri daripada tujuan agama dan akhlak.

Kurikulum juga terbina berasaskan apa yang sedia ada dalam masyarakat dengan mengikut adat dan tradisi yang telah menjadi amalan serta kebiasaan dalam sesebuah masyarakat agar ianya sesuai dan serasi dengan aspirasi masyarakat tersebut. Seterusnya pembinaan kurikulum pendidikan Islam hendaklah juga mengutamakan psikologi murid agar kaedah dan teknik pengajarannnya sesuai dengan tahap dan kemampuan para pelajar. Akhir sekali diberi ruang dan penekanan yang besar dalam membina kurikulum pendidikan Islam ialah misi dan visi pendidikan Islam dalam aliran falsafahnya yang tersendiri.

3 Teori Dan Model Pendidikan Islam Mengikut Ibnu Sahnun.

Beliau adalah Muhammad bin Said bin Habib al-Tanwahi al-Qairawani al-Sahnuni, hidup antara tahun 202-256H. Ibnu Sahnun dari kalangan keluarga yang amat cintakan ilmu, ayahnya seorang ilmuawan dan bertugas sebagai Qadhi. Ibnu Sahnun banyak mengarang kitab, lebih daripada 20 buah kitab telah dihasilkan dalam berbagai ilmu. Kitab pendidikan Islam yang masyhor dari beliau ialah ‘Adab al-Mu’allimin’ yang ditulis ketika beliau mengajar di Tunisia, Afrika. Menurut Muhammad Munir Musa (1981) teori pendidikan Islam beliau ialah mengenai:

1) Kelebihan al-Qur’an dari segi belajar dan mengajar.

2) Keperluan menyediakan tempat belajar dikalangan pelajar lelaki dan perempuan. 3) Ketika mengajar hendaklah menggunakan sumber ‘maddi al-ta’ lim’ atau bahan

pengajaran.

4) Mengutamakan kaedah hafazan al-Qur’an samada sepenuhnya, separuh sahaja atau satu pertiga dan satu perempat daripada keseluruhan al-Qur’an sebelum mempelajari ilmu-ilmu lain. Beliau berpendapat para pelajar hendaklah mempelajari ilmu al-Qur’an terlebih dahulu sebelum mempelajari ilmu lain kerana al-al-Qur’an akan memberi roh kepada akal dan hati seperti cahaya yang menerangi dan menyingkap kepada pelbagai ilmu lain.

5) Tingkahlaku pelajar bermula daripada amalan sholat.

(20)

Model pendidikan Ibnu Sahnun boleh dilakarkan mengikut model pemeringkatan seperti berikut:

Model Pemeringkatan Mata Pelajaran Ibnu Sahnun

T3 T2

T1

Petunjuk :

T1 = Pemeringkatan permulaan T2 = Pemeringkatan lanjutan T3 = Pemeringkatan tinggi

Pada peringkat permulaan kurikulum dan pendidikan hendaklah menekankan pendidikan al-Qur’an, dengan menekankan tulisan dan bacaan sebagai alat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. setelah itu beralih kepada pemeringkatan lanjutan terdiri daripada pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ibadah, sebagai amalan ubudiyah dan keagamaan dan akhir sekali peringkat tinggi dengan mempelajari adab-adab masyarakat dan peraturan negara.

4 Teori Dan Model Pendidikan Islam Mengikut Ibnu Sina.

Muhammad Munir Musa (1981) menukilkannama penuh Ibnu Sina ialah Syiekh al-Rais Abu Ali al-Khussain bin Abdullah bin al-Hassan bin Ali Ibnu Sina (370-428H). Ayahnya salah seorang ahli ‘Balakh’ yang silsilah keturunannya sampai kepada Imam al-Bukhary. Ibnu Sina adalah seorang ulama’ yang terkenal menguasai pelbagai bidang ilmu seperti; al-Tibb (ilmu perubatan), Mathematik, Bahasa, Mantik, Falsafah, Sains, Pendidikan, Sosiologi dan sebagainya. Ibnu Sina pernah berguru dengan Ibnu Muskawaih. Beliau telah mempertemukan ilmu akli dan syari’ah, ilmu tabi’ie dengan ilmu wahyu. Idea-idea dan teori-teori pendidikan beliau adalah seperti berikut:

1) Pelajar yang telah menguasai pelajaran al-Qur’an dan Usul Bahasa akan dapat melalui ilmu-ilmu lain dengan mudah.

2) Mengajar dengan didahului kaedah beransur-ansur kemudiannya secara ‘kulli’ melalui penyusunan maklumat.

(21)

4) Pengajaran terhadap kanak-kanak perlu menggunakan pendekatan kasih sayang, lemah lembut dengan ditegaskan disiplin dan gertakan.

5) Asas untuk memudahkan proses mengingat dengan cara melatih menghafaz syair-syair (Taufiq al-Tawil, 1967).

Model pendidikan Islam Ibnu Sina boleh disimbulkan melalui model urutan berarah seperti berikut:

Model Urutan Berarah Ibnu Sina

PK PR PD

FO

IN

MPK MPR MPD

Petunjuk :

IN = Informal

PK = Peringkat Kanak-Kanak PR = Peringkat Remaja PD = Peringkat Dewasa

MPK = Mata Pelajaran Peringkat Kanak-Kanak MPR = Mata Pelajaran Peringkat Remaja MPD = Mata Pelajaran Peringkat Dewasa FO = Formal

Peringkat pembelajaran secara informal bermula daripada peringkat kkanak dimana ibu bapa dan pihak keluarga bertanggungjawab ke atas pendidikan anak-anak, mata pelajaran yang dititik beratkan ialah ‘maddah‘ al-Qur’an, ibadah dan bahasa dengan pengisian menulis dan membaca serta pelajaran amali. Ini diikuti dengan pembelajaran diperingkat ‘al-sabab’ remaja atau belia yang menekankan ilmu-ilmu Usul dan Akhlak dan akhir sekali proses pembelajaran diperingkat tinggi atau dewasa dengan pengisian ilmu-ilmu Mantik dan Falsafah. Anak panah menunjukkan arah proses pembelajaran dan pengajaran yang bersifat beransur-ansur daripada informal( insitusi keluarga) kepada formal ( institusi rasmi).

(22)

Nama penuh beliau ialah Abu Hamid Muhamamd bin Muhammad al-Ghazali ( 450-505H) dilahirkan di Khurasan, Iran. Al-Ghazali adalah seorang ahli pemikir agong sehingga digelar Hujjatul Islam. Beliau menguasai ilmu kalam, ilmu hikmah, falsafah, tassawwur dan sebagainya, mengajar di beberapa buah ‘nizam’ di kota Bagdad. Kitab beliau yang terkenal ialah ‘Ihya’ Ulum al-Dien‘ .

Teori-teori pendidikan Abu Hamid Muhamamd bin Muhammad al-Ghazāli yang diketengahkan adalah seperti berikut:

1) Pendidikan adalah sepenting-penting perkara, ibubapalah yang mencorakkan pendidikan anak-anaknya.

2) Pendidikan kanak-kanak bermula dengan memperbaiki akhlak dan ilmu kesehatan disamping pengajian al-Qur’an, Hadith dan Sejarah.

3) Dari segi pendidikan amali, al-Ghazali memberatkan konsep suruhan dan tegahan berserta alasannya.

4) Guru perlu mengelakkan sifat riya’, takbur, mengharapkan puji-pujian dan sanjungan. Guru hendaklah bersifat dengan sifat zuhud terhadap dunia kerana kebahagiaan datangnya daripada Allah s.w.t dan bukannya daripada harta dunia. 5) Mengutamakan pelajaran adab dalam pergaulan. Elakkan sifat-sifat keji.

6) Sabar ketika menempuh kesulitan dalam pengajaran kerana kesabaran bererti berani. 7) Mengutamakan kesihatan badan dengan selalu berriadah seperti memanah dan

9) Ilham juga merupakan salah satu dari sumber ilmu, ilham mampu memberi jawapan sesuatu yang luar daripada pengamatan akal (Badāwi al-Tabānah (t.t).

10) Pembinaan kurikulum mestilah berasaskan kepada tiga komponen; i) Ulum Naqliah

terdiri daripada ilmu wahyu (al-Qur’an dan Hadis) ii) Ulum Lisaniyah

(23)

iaitu ilmu akal yang berkait dengan falsafah yang terdiri daripada:

Riyadhiyat, Mantiqiyat, Tabi’iyat, Siyasiyat dan Khuluqiyat (Muhammad Munir Musa, 1981).

Model pendidikan Islam al-Ghazali dinyatakan dalam bentuk ‘model prograsif‘ seperti berikut :

Model Urutan Prograsif al-Ghazali

IF

IP UA

IT UL

UN

Petunjuk:

UN = Ulum Naqliah IT = Ilmu Teori UL = Ilmu Lisaniyah IP = Ilmu Praktikal UA = Ilmu Aqliah IF = Ilmu Falsafah

Kurikulum pendidikan Islam hendaklah dibina berteraskan ‘Ulum Naqliah’ , ilmu-ilmu wahyu berasaskan kepada al-Qur’an dan Hadis, diterapkan ke dalam sistem pendidikan melalui pelajaran-pelajaran berbentuk ‘ilmu teori’ seperti bacaan dan hafazan. Kemudian berkembang kepada ‘Ulum Lisaniyah’ yang mengamalkan ‘ilmu Praktikal’ seperti praktis-praktis ibadah dan akhlak iaitu melalui perkataan dan perbuatan. Matlamat pembinaan dan pengisian kurikulum dalam proses pengajaran dan pembelajaran di madarasah ialah proses melahirkan insan yang sempurna ‘Ulum Aqliah’nya melalui proses ‘Ilmu Falsafah‘ yang terdiri daripada ;

(24)

iv) Siasiyat v) Khuluqiyat.

6 Teori Dan Model Pendidikan Islam Mengikut Rafa’ah Rafi’e al-Tahtawi.

Beliau lahir di Tahtawi, Mesir (1216-1290H/1801-1875M) dinisbahkan kepada al-Tahtawi bagi tempat kelahirannya. Silsilah keturunan beliau hingga kepada Hussain Ibnu Fatimah al-Zahra’ binti Rasulullah saw. Beliau belajar di al-Azhar dan menjadi pensyarah di sana bergaul dengan ramai ulama’-ulama’ yang terkenal seperti; syeikh Abd Samad al-Ansori, syeikh Abu Hassan al-Ansori dan lain-lain. Antara kitab beliau yang masyhor ialah al-Mursyid al-Amin fi tarbiyah al-Banat wa al-Banin.

Mengikut Abdullah Amin al-Nukmy (1995), teori pendidikan Islam Rafa’ah Rafi’e al-Tahtawi adalah seperti berikut:

1) Pendidikan asas bagi seseorang pelajar ialah mata pelajaran yang berkaitan dengan pembinaan akhlak, akal dan jiwa.

2) Pendidikan individu adalah sebaik-baik pendidikan sebagai persediaannya menjadi anggota sebuah masyarakat.

3) Membahagikan proses pembelajaran kepada tiga markhalah: i) Pembelajaran al-Ibtida’i

Pembelajaran peringkat awal yang berlandaskan kepada pengisian kurikulum dalam bentuk kemahiran bacaan dan tulisan yang

mengandungi mata pelajaran al-Qur’an, ilmu usul, matematik, taknikal dan bahasa.

ii) Pembelajaran al-Thanawiyah al-Tajhizi

Pembelajaran peringkat menengah, sesuai untuk kemajuan dan

pembangunan. Mata pelajarannya seperti, geografi, sejarah, mantik, kimia, matematik dan bahasa-bahasa asing.

iii) Pembelajaran al-‘aliyah

Pembelajaran peringkat tinggi, ilmu-ilmu yang diajar terdiri daripada ilmu- ilmu takhassus seperti; feqah mazahib, perubatan, falaq, geografi dan ilmu- ilmu lain dalam kumpulan ilmu fardhu kifayah sehingga mampu

mengeluarkan mujahid-mujahid (ekspetis-ekspetis) dalam bidang masing- masing.

(25)

dan cintakan kerjayanya.

Model Pendidikan Islam mengikut Rafa’ah Rafi’e al-Tahtawi boleh dilakarkan mengikut model ‘Markhala Punun al-Maddah’ berikut :

Model Markhalah Punun al-Maddah Rafa’ah Rafi’e al-Tahtawi

P1 P2 P3

M1 M2 M3

Petunjuk :

M1 = Markhalah 1 ( peringkat al-‘Ibtidaiyah )

P1 = Pelajaran 1 ( al-Qur’an, Usul, Matematik, Teknikal dan Bahasa) M2 = Markhalah 2 ( peringkat al-Thanawiyah al-Tajhizi )

P2 = Pelajaran 2 ( Geografi, Sejarah, Mantik, Sains, Matematik dan Bahasa asing). M3 = Markhalah 3 ( peringkat al-‘Aliyah ).

P3 = Pelajaran 3 ( Fiqh Mazahib, Perubatan, Falaq, Geografi dan ilmu-ilmu fardhu kifayah yang lain).

Proses pembelajaran dibahagikan kepada tiga markhalah (peringkat) dengan didahului oleh M1 markhalah 'Ibtidaiyah’ (rendah) dimana kanak-kanak mempelajari ilmu-ilmu P1 seperti; al-Qur’an, Ilmu Usul, Matematik, Teknikal (Kemahiran Hidup) dan ilmu Bahasa. Kemudiannya diikuti dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat M2 markhalah ‘Thanawiyah’ (menengah) dengan P2 pelajaran seperti; Geografi, Sejarah, Mantik, Sains (Kimia), Matematik dan Bahasa asing. Akhir sekali M3 markhalah ‘Aliyah’ (maktab dan universiti) dengan P3 bidang-bidang 'takhassus’ dan kepakaran seperti; Fiqh Mazahib, Perubatan, Astronomi, Geografi dan sebagainya.

Rumusan

(26)

menghayati maksud dan tujuan pendidikan Islam diajar di sekolah sebelum mengaplikasikan segala teori dan model-modelnya kerana muqadimah yang baik akan berakhir dengan natijah yang berhasil.

Bibilografi

‘Abdul Fatah Jālal (1977). Min Usul Tarbiyah fi Islam. Kaherah : Dār al-Ma‘arif.

‘Abdul Qadir Syiekh Idris (1978). al-Tarbiyyah al-Islamiyah wa Turuk al-Tadris. Sudah : Dar al-Sudaniyyah.

Adnan Yusopp (2000). Keperluan Kurikulum Pendidikan Islam : Pelaksanaan dan Cabarannya, Mesyuarat/Bengkel Pedagogi Pengajaran Pembelajaran

Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Qiraat Tarannum Pensyarah-Pensyarah Maktab Perguruan. 30 Oktober – November 2000, Kementerian Pendidikan Malaysia : Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.

Bahagian Pendidikan Guru (1997). Sukatan Pelajaran Pengajian Islam. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Boswell, T. and Brown, C. (1999). The Scope of General Theory : Methods for Thinking Deductive and Inductive Comperative History. Dalam Sociological Methods and Research (ms. 34-43). 28(2), Nov. 1999. London : Sage

Publication.

Ghazali, ‘Abu Hamid Muhamamd bin Muhammad al- (t.t). Ihya' Ulumuddin. Tahqiq Dr. Badwi Tabanah. Mesir : Dar Ihya' al-Khutub al-Arabiyah, Juz. 1.

Hassan Langgulung (1979). Pendidikan Islam : Suatu Analisa Sosio-Psikologi. Kuala Lumpur : Pustaka Antara.

Idrisi, ‘Abdul Qādir Syiekh (1978). Tarbiyah Islamiyah wa Turuq al-Tadrisukh. Sudan : Dār al-Sudaniyah.

Khaldun, Ibnu (1945). al-Muqaddimah. Beirut : Matba'ah al-Adabiyah.

(27)

Kaherah : Alam al-Kitab.

Muhammad Munir Musa (1971). al-Tarbiyah al-Islamiyah : Usuluha wa Tatauwiruha fi al-Bilad al-Arabi. Kaherah : Alam al-Kitab.

Muhammad Munir Musa (1980). al-Tarbiyyah al-Islamiyah : Usuluha wa Tatauwiruha fi al-Bilad al-‘Arabi. Kaherah : ‘Alam al-Kitab.

Nasyāmi, ‘Ajil Jasim al- (1992). Tarikh al-Bana al-Tarbāwi al-Islāmi. Kuwait : Dār al-Da‘wah.

Nāwawi, ‘Abdul Gani (1986). Tarbiyah Islamiyah Baina Asholah wa al-Mu'assarah. Qatar : Dār al-Qatri.

Nukmy, ‘Abdullah Amin al- (1995). Kaedah Dan Kurikulum Pendidikan Islam Menurut Ibnu Khaldun Dan al-Qabisi. Kuala Lumpur : Pustaka Syuhada Rifa‘ie Baqrah, ‘Abdul Rahman al- (1993). Asar al-Tarbiyah al-Bai‘iyah fi al-Islām.

Sa‘udiah ‘Arābiya : Jām‘iah al-Imām Muhammad bin Sa‘ud. Rondenshus, W. S and Sampon, R. (1999). Assessing Direct and Indirect

Effects in Multilevel Designs with Latent Variable. Dalam Sociological Methods And Research (ms. 112-134). 28(2), Nov. 1999, London : Sage Publication.

Tawil, Taufiq al- (1967). Asas al-Falsafah. Kaherah : al-Nahdhah al-Mesriyah. Tabanah, Badawi (t.t), Tahqiq Kitab Ihya' Ulumuddin. Mesir : Dar Ihya'

al-Khutub al-Arabiyah, Juz. 1.

Teuku Iskandar (1986). Kamus Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Tunku Sarah Tunku Mohd. Jiwa (1997). Pembinaan Model Penerapan Nilai Dalam

Pengajaran di IPT. Tesis Ph.D, Fakulti Pendidikan, Universiti kebangasaan Malaysia.

Yem Ismail (1989). Pengurusan Islam Bagi Rantau Asia dan Pasifik. Dalam Berita Bahagian Pendidikan Guru. 6(2), Januari 1987.

Referensi

Dokumen terkait

Aktivitas belajar siswa dalam pembelajaran keterampilan menulis karangan narasi melalui penerapan model think talk write berbantuan media gambar seri meningkat dari

Model meritokrasi partai juga dapat diartikan sebagai kecakapan integritas dan kenegarawanan sosok tokoh partai yang berpengaruh, sehingga nantinya – pengelolaan dan

- Agar kegiatan pembuatan kerajinan daur ulang sampah di Kampung Wisata Pancer dapat terus meningkat kemanfaatannya bagi masyarakat, dapat dijadikan sebagai wisata edukasi

Dari hasil homogenisasi sel bahan bakar nuklir pada reaktor cepat dengan bahan bakar uranium-plutonium nitride dan pendingin Pb-Bi, didapatkan grafik penampang

Dapat disimpulkan, persepsi para perantau asal Kabupaten Padang Pariaman mengenai tradisi pemberian uang japuik dalam adat perawinan Padang Pariaman di kota Bandar

Anak Usia Sekolah yang belum memiliki Kartu Indonesia Pintar dan mendaftar untuk memperoleh layanan pendi dikan keagamaan Islam pada pesantren tersebut, berda sarkan pengajuan

Bahwa dari 4 (empat) pipe processor yang diundang untuk mengikuti tender, terbukti hanya ada 2 (dua) pipe processor yang mampu memenuhi persyaratan yang ditetapkan

Belakangan yang berlaku di wilayah Jakarta dan sekitarnya serta sebagian besar di wilayah tanah Batak Toba ada yang disebut sebagai, “ulaon sadari” yang mengandung