• Tidak ada hasil yang ditemukan

Cina Peranakan Melaka Singapura dan Pula

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Cina Peranakan Melaka Singapura dan Pula"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

Seminar Sejarah dan Masa Depan Masyarakat Peranakan Malaysia 2012

Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2012, pada 28 Disember 2012 (Jumaat) di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka, Bukit Baru, Melaka

Cina Peranakan Melaka, Singapura dan Pulau Pinang Dari Segi Sejarah

Ding Choo Ming Felo Penyelidik Utama Institut Alam & Tamadun Melayu

Universiti Kebangsaan Malaysia Emel: dingukm@gmail.com

Abstrak

Alam Melayu sudah terbuka kepada peradaban luar sebelum Empayar Srivijaya (650 – 1200 Tahun Masihi) lagi yang berpusat di Palembang. Sejak dahulu lagi, kota-kota pelabuhan di pesisir Alam Melayu sudah menjadi tempat pertemuan orang Melayu dengan orang bukan Melayu di tempat-tempat itu yang bukan sahaja sudah menjadi pusat perniagaan dan pentadbiran, tetapi juga tempat pertemuan, malahan wadah tumpuan (melting pot) pelbagai bangsa, budaya, agama, bahasa dan perdagangan. Dengan terbentuknya masyarakat Cina peranakan hasil daripada perkahwinan campur antara orang lelaki Cina dengan wanita rumpun Melayu di Alam Melayu, satu proses multilingualisme and multiculturisme yang cukup hebat telah berlaku terus menerus. Proses itu berkemuncak dan bermakhkotakan kebudayaan Cina peranakan, yang meliputi karya sastera Cina peranakan yang setengahnya dipertuturkan, manakala yang lain ditulis, kemudian diterbitkan dalam bentuk buku dan disiarkan di dada akhbar Cina peranakan di Melaka, Singapura dan Pulau Pinang, iaitu Negeri-Negeri Selat (1846-1941) di era penjajahan Inggeris. Kini, pantun, syair dan dondang sayang. Cina peranakan itu adalah sebahagian daripada mozek kebudayaan Cina peranakan hasil daripada penyesuaian kebudayaan Cina, Melayu dan Inggeris yang lebih besar skopnya, termasuk seni bina, masak dan pertukangan tangan yang unik di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Kesemua itu mencerminkan interaksi dan pengaruh kebudayaan yang telah diwarisi Cina peranakan lebih 100 tahun dahulu.

Sedikit Asal Usul Mesyarakat Cina Peranakan

(2)

lagi transaksi bisnes boleh dijalankan, selain maklumat yang diperlukan lebih mudah diperoleh dari tempat lain (Ng Chin Keong 1983). Mungkin disebabkan itulah juga Clammer (1979: 7) mengatakan “The babas represent an essentially urban phenomenon and this is reflected in residence, occupation, materials culture and preference for an urban melieu as context for way of life”. Oleh sebab bilangan mereka yang terlibat dalam perniagaan adalah jauh lebih besar daripada di bidang aktiviti yang lain, maka sudahlah terbentuk imej stereotaip orang Cina sebagai bangsa peniaga. Dengan membawa barang-barang dari China ke Alam Melayu dan hasil mahsul dari Alam Melayu ke China, peniaga itu telah memulakan perdagangan antarabangsa China-Alam Melayu, selain memulakan hubungan lain antara China – Melaka, khususnya (Rudolph 1998:77).

Dari segi sejarah, ramai orang Cina telah berdagang dan berniaga, malahan menetap di Alam Melayu sejak Dinasti Ming (1368 – 1644) lagi (Liang Liji 1996; Wang Gungwu 1984 & 1995). Berikutan pelayaran Zheng He ke Nanyang, lebih ramai orang Cina telah berhijarah ke Indonesia, Tanah Melayu, Borneo, Kalimantan dan Thailand. Keadaan itu hampir-hampir terhenti sepanjang masa kerajaan Mancu atau Dinasti Ching (1644 – 1911) yang melarang emigrasi, lebih-lebih lagi wanita Cina sehingga tahun 1853. Selain itu, lelaki Cina, terutamanya anak sulong, dikehendaki adat resam dan ajaran Konfusiansme yang dipegang orang Cina untuk menjaga ibu bapa semasa hidup dan memuja roh mereka setelah meningggal dunia. Halangan itu bertambah besar dengan pegawai kastam di pelabuhan China menggunakan undang-undang yang berkuata kuasa masa itu untuk memeras ugut dan meminta rasuah daripada mereka yang pulang atau keluarga mereka yang masih di China. Namun, disebabkan keadaan sosial dan ekonomi yang huru-hara, akibat pergolakan politik berikutan Revolusi Taipan (1848-64) di satu pihak, dan dasar pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu menggalakkan pekerja lelaki untuk bekerja di lombong bijih timah, ladang getah dan sektor pertanian di British Malaya di satu pihak yang lain, maka sekali lagi sudah tercetus gelombang penghijrahan orang Cina ke Nanyang di pinggir abad ke 19.

Orang Cina yang datang di peringkat awal itu berbeza daripada yang datang terkemudian (Gosling 1964). Antara perbezaan yang nyata adalah pendatang Cina awal adalah suku Hokkien dari Fujian. Mereka diikuti suku Teochew dan Hakka dari Kwantung. Di sini ingin dinyatakan bahawa kesemua mereka telah “merantau” ke India Timur (Indonesia) lebih awal daripada ke Tanah Melayu. Oleh sebab fakta sejarah itulah, pendatang Cina yang awal ke Melaka itu tidak semestinya datang dari China, kerana ada ramai juga telah datang dari Indonesia (Rudolph 1998:77). Misalnya, bapa Lee Kuan Yew, mantan Perdana Menteri Singapura, adalah Cina peranakan suku Hakka dari Pulau Bangka, Indonesia, sementara ibunya seorang nyonya (Clammer 1980: 10).

Melaka, Tempat Asal Cina Peranakan di Tanah Melayu

Clammer (1975, 1976, 1979 & 1980), Claudine Salmon (1987), Tan Chee Beng (1980, 1981 & 1982), Philip Lee Thomas (1986) dan Rudolph (1998) telah mengkaji pembentukan masyarakat dan kebudayaan Cina peranakan di Melaka, Singapura dan Pulau Pinang. Daripada kajiannya, Claudine Salmon mengatakan:

(3)

of Chinese descent was that it often gave up using writing and even spoken Chinese and turn to Malay instead” (1987: 441).

Sehubungan itu, Clammer (1980: 12) pula mensifatkan komuniti Cina peranakan di Melaka sebagai “… a more integrated community, closer to the ideal type of baba community… It is perhaps the most Malayanized of the three.” Ini juga bermakna Melaka bukan sahaja mempunyai komuniti Cina baba yang tertua di Tanah Melayu, tetapi juga tempat asal Cina peranakan yang berhijrah kemudiannya ke Singapura dan Pulau Pinang. Antara Cina peranakan dari Melaka yang berpindah ke Singapura adalah Chee Kim Guan, Soh Guan Chuan, Sit Boon Tiong dan Ang Choon Seng. Kesemua mereka adalah pedagang yang berjaya, malahan sudah menjadi kaya raya di Singapura. Merekalah juga yang menjadi pengasas persatuan Cina, seperti Khing Tek Whay (Yao 1982: 215). Antara sebab utama mereka berpindah ke Singapura dan Pulau Pinang ialah pembentukan Negeri-Negeri Selat yang terdiri daripada Melaka, Singapura dan Pulau Pinang pada tahun 1826, yang telah membuka banyak peluang baru di tempat baru. Tarikan mereka ke Singapura khususnya adalah kerana kepentingan bisnes dan komers setelah Singapura menjadi pelabuhan bebas pada tahun 1819 dan juga dinaik taraf menjadi ‘ibu kota” Negeri Selat yang dahulunya terletak di Puluau Pinang pada 1832. Antara tahun 1819 hingga 1867, sudah ada lebih kurang 55,000 orang Cina di Singapura, iaitu lebih kurang 65% daripada keseluruhan penduduk pulau itu (Png Poh Seng 1969). Seterusnya pada tahun 1881, terdapat 9,527 orang Cina peranakan daripada keseluruhan orang Cina yang berjumlah sebanyak 86,766 orang di Singapura (Rudolph 1998: 103). Demikian juga pengaliran Cina peranakan dari Melaka ke Pulau Pinang. Sekiranya hanya ada 60 buah keluarga orang Cina di pulau itu setahun selepas Francis Light “menakluki’ pada 1786, tetapi ratusan Cina peranakan dari Melaka dan Indonesia sudah datang beberapa tahun kemudian.

Walaupun tidak ada catatan Ma Huan, ahli sejarah yang menyertai pelayaran Zheng He ke Melaka pada awal abad ke 15, tentang penempatan orang Cina di Melaka, tetapi Rudolph (1998: 96 memetik Ward & Grant 1830) mengatakan terdapat 4,510 orang Cina di Melaka pada tahun 1827. Selanjutnya Rudolph (1998:76 memetik Leupe 1936 dan Purcell 1947:123), antara yang lain, mengatakan sudah ada 300 – 400 pekedai, tukang dan petani Cina peranakan di Melaka pada tahun 1600an – 1640an. Sehubungan itu, Celliah (1947:3 dipetik Rudolph 1998:78) menunjukkan komposisi penduduk di Melaka pada tahun 1666: daripada 4,884 orang di bandar dan persekitarannya, terdapat 145 orang Belanda, 1,469 orang Portugis dan peranakannya, 426 orang Cina, 547 orang Islam, 488 orang Melayu, 103 orang Bugis dan 1,607 orang hamba abdi. Seterusnya Rudolph (ibid) mengatakan: “the burgeoning of a Chinese settlement in Malacca under the Dutch can be attributed to to the Dutch policy towards the Chinese …” yang antara sebab-sebab yang diberi ialah orang Cina didapati rajin, baik sebagai pekerja, pekedai dan usahawan, penambang dan tukang, maka menjadi sumber utama cukai pendapatan yang sangat diperlukan kerajaan Belanda masa itu. Dasar itu bertentangan dengan yang diamalkan pemerintahan Portugis dahulu yang ingin membolot monopoli bisnes kerana tidak mahu persaingan, maka tidaklah dapat menarik orang asing, termasuk orang Cina, ke Melaka sebelum itu.

(4)

there in Melacca long before British came…” (ibid: 51), memandangkan istilah Straits Born Chinese telah digunakan pegawai tadbir Inggeris untuk merujuk orang Cina peranakan di Melaka (yang telah diserahkan kerajaan Belanda kepada kerajaan Inggeris pada tahun 1824 dengan Singapura (ditakluki Stamford Raffles untuk kerajaan Inggeris pada tahun 1819) dan Pulau Pinang (ditakluki Francis Light untuk kerajaan Inggeris pada tahun 1786) dan kesemua kota pelabuhan tadi ditadbir sebagai Negeri-Negeri Selat pada tahun 1826. Berdasarkan fakta sejarah, pendapat Clammer itu boleh dipertikaikan. Antara sebabnya ialah pertama, akulutrasi antara orang Cina-Melayu sudah berlangsung ratusan tahun dahulu sebelum abad ke 19. Kedua, Straits Born Chinese tidak boleh disamakan dengan Cina peranakan. Ketiga, walaupun Straits Born Chinese adalah rakyat British masa itu, tetapi bukan semua mereka itu Cina peranakan dan juga bukan semua Cina peranakan itu Straits born Chinese.

Walaupun komuniti Cina peranakan sudah terbentuk sebelum era penjajahan Inggeris, dengan ramai daripada mereka sudah berjaya dari segi ekonomi sebelum itu (Blusse 1981). tetapi dasar kerajaan penjajahan Inggeris di Negeri-Negeri Selat telah menolong memantapkan status ekonomi, sosial dan politik Cina peranakan di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura (Clammer 1980). Antara sebab utama kejayaan mereka ialah tidak banyak persaingan, selain fakta bahawa mereka juga mempunyai jaringan perniagaan yang luas, justru telah berniaga di Alam Melayu sejak ratusan tahun dahulu, apatah lagi mempunyai kelebihan teknikal. Kelebihan teknikal yang dimaksudkan itu ialah setiap kapal yang digunakan pedagang Cina sekitar tahun 1840an itu boleh memuat barang-barang seberat 250 – 400 tan (Boggars 1955 & Dobbin 1996). Barang-barang itu terdiri daripada ubat, seramik, kain sutera, besi, pisau, jarum, kertas, tea, arak, Barang-barang makan dan keperluan yang lain, selain ratusan orang kelasi dan penumpang (Lim 1873: 23). Kelebihan lain pada mereka juga banyak, termasuk mereka adalah pedagang yang kaya, lebih-lebih yang telah mempunyai jalinan perdagangan. Menurut Yao (1982: 211): “This upper stratum of Chinese merchants enjoyed significant econmic power through their vital role in the Quan-Zhang trade network originating from the Fujian coast.”

Sampai di sini ingin ditambah bahawa bukan semua Cina perakanan di Negeri-Negeri Selat itu kaya, kerana terdapat juga ratusan Cina peranakan yang miskin. Yang menarik ialah berasaskan hubungan kekeluargaan dan jaringan bisnes, mereka yang berniaga runcit pada mula-mulanya sudah dapat membesarkan perniagaan masing-masing pada akhirnya. Selain itu, ramai juga orang Cina yang makan gaji pada mula-mula sudah membuka kedai, berladang dan mengurus bisnes sendiri setelah mengumpul pengalaman dan wang yang cukup. Yang berpendidikan dan yang pandai mengarang pula telah menubuhkan syarikat pencetakan untuk menerbitkan buku, akhbar dan majalah. Disebabkan peluang yang diberi dan yang terbuka semasa di Negeri-Negeri Selat, banyak orang Cina peranakan lain sudah menjadi peguam, doktor perubatan, tukang nujum, penulis dan kerjaya lain yang tidak pernah dilakukan datuk nenek mereka dahulu. Ini termasuk membangunkan industri perlombongan, pembalakan, perkapalan, perbankan, perladangan, pemprosesan barang-barang, pembuatan, serta memperkenalkan sistem kongsi kancu, pertukangan, kraft tangan, pelayaran dan pertanian.

(5)

peranakan boleh memainkan peranan penting sebagai orang tengah antara orang Inggeris dengan Cina totok dan juga orang Melayu, kerana mereka tahu berbahasa Melayu dan Inggeris, selain bersikap lebih terbuka berbanding dengan Cina totok. Yang menarik ialah kejayaan mereka bukan sahaja berterusan, malahan dipertingkatkan sekaligus diperkembangkan sepanjang masa penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Dari banyak segi, konsep kronisme dan pilih kasih (favoritisme) telah ada ketika itu. Jaringan, jalinan dan hubungan luar biasa itu telah juga membolehkan Cina peranakan memasuki hampir kesemua aktiviti ekonomi dan bisnes. Dengan itu, kemuncak ekonomi komuniti Cina peranakan di Melaka, Singapura dan Pulau Pinang telah sampai ke kemuncaknya di era penjajahan Inggeris. Itulah mungkin antara sebab-sebab yang mendorong Clammer mendakwa pembentukan masyarakat Cina peranakan adalah hasil dasar penjajahan Inggeris di Tanah Melayu seperti yang disebut tadi.

Sampai di sini ingin dinyatakan bahawa bermodalkan semangat penerokaan, berani mencuba, lebih-lebih lagi banyak peluang baru telah dibuka penjajah Inggeris, banyak saudagar dan usahawan Cina peranakan telah menjadi kaya raya. Mereka inilah juga telah menjadi tokoh yang penting dan dikagumi di bidang masing-masing. Antaranya ialah Tan Tock Seng (1798 – 1830), Tan Kim Seng (1805 – 1864), Choa Chong Long (1788 - 1838), Lim Boon Keng, Song Ong Siang, C. C. Tan, Tan Boon Chin dan Thio Chan Bee. Song Ong Siang dan Lim Boon Keng boleh dikatakan sebagai Cina peranakan yang istimewa dalam industri penerbitan juga. Kedua-dua mereka boleh disifatkan sebagai Kedua-dua biji bintang yang menyinari langit sejarah Cina peranakan di pinggir abad ke 19 di Negeri-Negeri Selat. Mereka telah dianugerahi biasiswa Queen untuk belajar di England.

Legasi Kebudayaan Cina Peranakan di Melaka, Singapura & Pulau Pinang

Antara legasi kebudayaan Cina peranakan yang unik dan yang dikagumi ialah pantun Cina peranakan yang mereka terbitkan sendiri di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Sehingga akhir tahun 2000, sebanyak 15,612 rangkap pantun, syair, seloka dan gurindam telah dikarang lebih kurang seratus Cina peranakan daripada tahun 1889 hingga tahun 1950an dan telah diterbitkan dalam buku dan akhbar seperti yang ditunjukkan dalam rajah I di bawah ini:

Rajah I: Karya Pantun Cina Peranakan dalam Buku dan Akhbar Mengikut Bandar

Bil Tempat Penerbit Tajuk

1 Singapura Koh Yew Hin Mohamad bin Noor Ta Kuup - Ini pantun karang-karangan, 1889. 100 ms*

2 Singapura Denodaya Lim Hock Chee - Buku sahyer dan pantun Melayu … 1890, 89 ms*

3 Singapura Bintang Timor, 28 Noevember

1894?-4 Singapura Koh & Co Baba Kim Teck & Chia Ai Chin - Panton-panton dondang sayang, 1916. 29ms*

5 Singapura Tp** Chan Kim Boon - Pantun champor-bawor, 1912 (BDJ)***

6 Singapura Koh & Co. Cherita rampay rampay dan panton dondang sayang, 1916, 32p.

7. Singapura Tp** Na Tian Piet - Shaer almarhoean Beginda Sultan Abubakar … 1896, 200 ms*

(6)

Vol. 1, 1911, 106 ms*

9 Singapura Koh & Co Panton dondang sayang baba baba peranakan Vol. II, 1912, 99ms*

10 Singapura Koh & Co Panton dondang sayang baba baba peranakan Vol. III, 1916, 100ms*

11 Singapura Koh & Co Panton dondang sayang baba baba peraanakan Vol. IV, 1916, 113ms*

12 Singapura Koh & Co Panton dondang sayang baba baba peranakan Vol. V, 1916, 117ms*

13 Singapura Encik Bulat – Pantun dondang sayang dengan cerita berakal BDJ***

14 Singapura

Khabar Uchapan Baru, 4 Feb 1926 – 15 Jan 1931

15 Singapura Bintang Peranakan 11 Okt 1930- 13 Jun 1931. 16 Singapura Kabar Slalu 5 Jan 1924 - 15 April 1924

17 Singapura Hussain bin Haji Mohd

Said

Lim Hock Choon - Malay pantun book

18 Singapura Sri Peranakan 14 May

1932-19 Singapora

Story Teller 30 Jun 1934-

20 Singapura Chin Inn Wan Boon Seng - Nyanyian extra-turns & pantons, kerconchongs, sambols, 1933. 53ms* 21 Singapura Chew Yow Wan Boon Seng - Panton dondang sayang &

nyanyi-an lain-lain, 1931. 60ms*

22 Singapura Chin Inn Wan Boon Seng - Panton shaer Nyai Dacima, 1933. 54ms*

23 Singapura Chin Inn Wan Boon Seng - Shaer peranakan kawin, 1933. 50ms*

24 Singapura Sing Bro Wee Chin Kam - Shaer puji-pujian, 1938. 62ms* 25 Melaka Tan Seng Poh Chia Kim Teck – Panton dondang sayang baba

baba peranakan, vol. I , 1950. 49ms*.

26 Melaka News &

Stationary Lim Hock Choon - Panton dondang sayang, Vol.I, 25ms*

27 Melaka News &

Stationary

Lim Hock Choon - Panton dondang sayang, Vol. II. 19??, 99ms*

28 Melaka News &

Stationary

Lim Hock Choon - Panton dondang sayang, Vol. IV, 19??, 25ms*

29 Melaka Radio

Malaysia

Panton baba peranakan, 199?, 4ms*p.

30 Melaka Majlis

Kebudayan

Dondang sayang – seni tradisi negeri Melaka, 1984.

31 Melaka Persatuan

Peranakan

(7)

Cina Malaysia

32 Pulau Pinang Criterion Aboo & Pinch – Inilah shak-yer Checki… 1912, 103ms*

33 Pulau Pinang Criterion Aboo & Pinch – Inilah shakyer Sinyor Layla, 1912. 107ms*

34 Pulau Pinang Criterion Lim H. Louis dll – Penghiboran hati – Malay songs, 1924. 118ms*

35 Pulau Pinang Tp** Lim Eng Teik – Pantun hiboran, 1966. 84ms* * ms – muka surat

** Tp = tidak diketahui penerbitnya *** BDJ = Belum dijumpai buku ini.

Kajian ke atas pantun Cina peranakan mesti dibuat dalam konteks sastera Cina peranakan Negeri-Negeri Selat yang hanya bermula dengan adanya kerja pendokumentasian yang telah dilakukan Tan Chee Beng dan Claudine Salmon khususnya, dan Oong Hak Ching dan lain-lain amnya pada 1980an. Dalam kajiannya, Claudine Salmon (1987: 446) telah memberi pemerhatiannya tentang perkembangan itu dengan mengatakan

“… it is interesting to note this varied selection of works for the year 1889 alone. It is reminiscent of the beginning of the great Sino-Malay literary movement which began in Java in about 1880. This even suggests the possibility that the two movements were connected”.

Dalam rencana itulah juga beliau telah menyatakan persamaan dan perbezaan antara sastera Cina peranakan di Indonesia dan Tanah Melayu. Antara persamaan itu ialah banyak karya sastera Cina peranakan dealam bentuk prosa di kedua-dua negara itu adalah ‘terjemahan bebas’ daripada novel di China. Demikianlah yang dicatatkan Wang Boon Seng dalam Chrita Dulu-kala Bernama Wakang atau Chap Puek Loh Kuen Ong Di Zaman Swee Tiow (Singapore: Wan Boon Seng, 1931), iaitu “semuanya disalin-kan trus deri Keok-Chek, bukan copy deri buku Java Romanised Malay.” Senarai karya Chrita Dulu-kala itu boleh dirujuk dalam rencana Ding (2012-307-314).

Walaupun bahasa Cina peranakan sudah banyak diperkatakan Blagden (1931), Wilkinson (1904), Teo Boon Seong & Lim Beng Soon (1999), Pakir (1984 & 1986), Abdullah Hassan (1974), tetapi beberapa ciri utama tentangnya patut diberi perhatian untuk membolehkan kita tidak memandang rendah terhadap bahasa itu, yang telah dianggap Drewes (1981), misalnya, sebagai bahasa rendah. Antaranya ialah bahasa Cina peranakan itu tidaklah standard dalam erti banyak perubahan telah dilakukan Cina peranakan. Antara sebab utama terjadinya perubahan itu ialah mereka tidak pernah diajar dan belajar membaca dan menulis bahasa Melayu seperti yang digunakan orang Melayu elit dan yang terpelajar seperti di sekolah pondok atau sekolah Melayu. Sebaliknya, pengetahuan Cina peranakan tentang bahasa Melayu adalah sekadar bahasa Melayu pasar dan bahasa pertuturan yang memang tidak stabil, malah berubah-ubah dari masa ke masa, dari tempat ke tempat dan daripada seorang penutur kepada seorang penutur yang lain. Pandangan rendah terhadap bahasa semacam ‘rojak’ itu bukan sahaja kerana ia tidak standard, malahan seakan-akan sudah rosak dan korup. Lihat contoh perubahan sebutan, ejaan dan struktur ayat bahasa Cina peranakan dalam ‘Pendahulu-an’ kepada Cherita Rampay Rampay dan Panton Dondang Sayang (First Edition. Printed and published by Koh & Company, Singapore, 1916): “Ada pun ini buku di glarkan “Cherita Rampay Rampay” sebab banyak cherita

(8)

memberi NASIHAT, dan kalu sobat sobat membacha tentu menjadi suka dan kalu simpan di hati tentu mendapat nasihat yang baik…. Dan lagi ada juak di dalam ini buku satu shair “Si Hong Ann” pasal kapal itu yang tenglam…. Pantun Dondang Sayang yang bharu pun ada lah juak kita masuk kan sikit dalam ibi buku…. Kita harapkalu ada apa apa silap dalam ini buku sobat-sobat skalian ma’fkan saja. KOH & CO. Singapore, August 1916.”

Perubahan-perubahan itu, sama ada sengaja atau tidak, telah dilakukan tanpa menyedari akibat salah faham, kekeliruan dan juga kebingungan pembaca yang akan timbul daripada perubahan sebutan (Phoon 1972) selain perubahan makna perkataan yang terlibat (Pakir 1984), misalnya. Kekeliruan dan salah faham yang dimaksudkan itu sukar dielakkan antara penggunaan perkataan, misalnya ‘cari’ dengan ‘carik’, ‘lari’ dengan ‘larik’. Yang menarik ialah penggunaan bahasa Cina peranakan masa itu sudah juga mendapat perhatian daripada Abdullah Munsyi (1966) yang mengatakan:

“Shahadan akan pun pelajaran segala saudagar-saudagar itu hanya mereka itu berkehendak bertutur Melayu supaya hendak menjalankan pekerjaan perniagaan sahaja dan yang ada hendak membaca surat-surat kiriman juga, tiadalah mereka itu menchari perkataan yang sulit-sulit atau pelek-pelek dan dalam-dalam dan bahasa kitab-kitab atau raja-raja atau jalan bahasa dalam karang-mengarang atau dalam shaer-shaer, melainkan dipelajarinya bahasa basahan atau bahasa psaar… Maka sebab itulah yang mana hujung tiada diketahuinya asal boleh ia bertutur jadilah: ‘lu’ dan ‘gua’, nikin rumah’, ‘bilang sama ada dia’, dan ‘pergi dapat itu wang’ dan sebagainya. Asal orang mengerti cukuplah…”

Yang dimaksudkan Abdullah Munsyi dengan kata-katanya Asal orang mengerti cukuplah itu memang adalah fungsi utama bahasa kita gunakan juga. Tidak kira apa juga sebab perubahannya, bahasa Cina peranakan tidak wajar dpandang lebih rendah mutunya berbanding bahasa Melayu standard yang digunakan dalam hikayat Melayu, misalnya, yang ditulis elit Melayu di istana Melayu. Ini disebabkan bahasa Cina peranakan tidak pernah bersaing dengan bahasa Melayu standard, selain ia telah berkembang untuk dapat memenuhi fungsi asas bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi, untuk berfikir, untuk perpaduan, untuk membentuk identiti, untuk menyampaikan isi hati dan buah fikiran, untuk mendapat pendidikan, untuk perniagaan, untuk pentadbiran dan untuk berhibur, antara banyak yang lain.

Sementara itu, perkara yang tidak kurang menarik berhubung dengan pengembangan bahasa Melayu di kalangan Cina peranakan masa itu ialah galakan yang diberi editor akhbar Bintang Timur (6 April 1895) kepada Cina peranakan untuk mempelajari bahasa Melayu:

(9)

Walau bagaimanapun, sehingga kini belum lagi diketahui bagaimana generasi baru Cina peranakan seratus tahun dahulu itu pandai memperkembangkan bahasa pertuturan itu menjadi bahasa persuratan. Sedikit jawapan kepada soalan ini mungkin boleh didapati daripada pendidikan formal yang mereka terima daripada sekolah mubaligh Inggeris. Generasi baru Cina peranakan itu hanya tahu membaca dan menulis bahasa Melayu Rumi setelah memasuki sekolah mubaligh yang berbahasa Inggeris yang dibangunkan kerajaan penjajah Inggeris di bawah naungan London Missionary Society (O’Sullivan 1988: 45). Masa itu orang Melayu di Tanah Melayu masih menggunakan tulisan Jawi. Sehubungan itu, sekolah mubaligh Anglo Chinese College di Melaka, misalnya, menawarkan kursus sepenuh masa selama enam tahun. Sepanjang tempoh pengajian itu, murid-muridnya telah diajar bahasa Inggeris, bahasa Cina dan akaun. Semua murid-murid itu dibayar stipend 3 rupee dalam tahun pengajian yang pertama dan 8 rupee pada tahun pengajian yang terakhir. Sistem pendidikan itu dipuji sebagai yang terbaik, selain satu-satunya yang boleh dimasuki rakyat biasa di Tanah Melayu dewasa itu. Sehubungan itu, O’Sullivan menambah: “By 1827, the Anglo-Chinese College [in Malacca] was well into its most productive period of secondary education. …Under the six-years contract, a Chinese student could expect to read and understand the Chinese classics and read and write the English language.”. Pujian itu juga disebabkan bahasa Inggeris adalah bahasa berprestij tinggi dalam erti kata pelajar yang lulus peperiksaan yang ditetapkan itu boleh mendapat kerja sebagai kerani di jabatan kerajaan kolonial atau di syarikat milik orang Inggeris. Seperkara yang penting ialah Cina peranakan yang tahu bahasa Inggeris mempunyai status sosio-ekonomi lebih tinggi berbanding dengan Cina totok dan orang Melayu yang tidak tahu bahasa asing itu. Manfaat sosio-ekonomi seperti itulah telah menyebabkan lebih banyak anak Cina peranakan dihantar ke sekolah mubaligh di Negeri Selat berbanding dengan yang dihantar ke China (O’Sulivan 1988), termasuk Chan Kim Boon yang akan disebut nanti.

Walaupun tidak standard, tetapi bahasa Cina peranakan itu sangat popular. Disebabkan kepopularannya, pertubuhan dakwa ugama Kristian telah juga menggunakannya untuk menterjemahkan kitab injil ke dalam bahasa itu dalam kempen mereka memancing Cina peranakan memeluk ugama Kristian (Rafferty 1984: 263). Contoh terjemahan hims dalam bahasa Cina peranakan ialah Shair Puji-Pujian oleh Wee Chin Kam (1938). Kepopularan bahasa itu yang berasaskan bahasa Melayu telah mengalahkan kedudukan bahasa Jawa, Sunda, Bugis, Makassar, Sasak dan lain-lain yang dipelajari Cina peranakan di Indonesia sehinggakan hampir kesemua karya sastera Cina peranakan di Tanah Melayu dan Indonesia hanya didapati dalam bahasa itu. Dalam karya sastera itu ada banyak kata-kata pinjaman daripada dialek Hokkien khususnya, dan Teochew and Hakka secara am.

Tertarik kepada pantun khususnya dan syair dan gurindam secara amnya, banyak Cina peranakan boleh berjual beli pantun, sekaligus memperkembangkan dondang sayang ke peringkat yang lebih tinggi. Sehubungan itu, kehebatan Baba Chia Kim Tek yang pernah diberi gelaran Raja Pantun Baba juga diketahui telah mengarang Panton Dondang Sayang Baba Baba Peranakan (1950). Selain mengarang, beliau sering muncul di upacara, pesta atau perayaan sempena majlis perkahwinan orang muda, harijadi orang tua, hari lahir bayi dan sebagainya yang diamalkan masyarakat Cina peranakan dahulu dan sehingga kini masih menjadi buah mulut di kalangan Cina peranakan. Antara contoh pantun dondang sayang yang popular daripada Baba Chia Kim Tek adalah:

Pulau Pinang tiga persegi

Bertentang dengan tanah seberang

(10)

Orang berbudi tentu tak rugi

Harapan jugak dikenang orang. Zaman sekarang ringgit berguna Budi yang baik terbuang lalu. Pergi ke pulau menggali ubi

Singgah ke beting dilayar jugak Sepuluh kali kita berbudi Kalau miskin terbuang jugak

Buah cempedak di hutan duri Sekelian jemputan datang mengadap Bawak gurindam yang halus bahasa. Bunga kembang jangan diharap Tentu tak lama lekat di tangkai.

Selain Chia Kim Tek, pengarang lain yang lebih awal dan juga yang tidak kurang hebat mereka berpantun dondang sayang adalah Koh Hun Teck yang mengarang Cherita Rampai-Rampai dan Pantun Dondang Sayang (1916) dan Wan Boon Seng yang mengarang Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-lain (1931). Yang menarik ialah banyak pantun dondang sayang telah juga disiarkan di akhbar Sri Peranakan (1832- ), Kabar Slalu (1924-25), Kabar Uchapan Baru (1926-27), Bintang Pranakan (Oktober 1929 – Jun 1931) dan Bintang Timur (1894- ) Sehubungan itu, perlu dinyatakan bahawa pengarangan pantun dondang sayang hanyalah sebahagian daripada legasi pantun daripada Cina peranakan masa 100 tahun dahulu. Antara yang berbakat, kreatif, konsisten dan mengkagumkan tidak lain daripada Na Tien Pit, Siow Hay Yam, Lee Eng Seng, Baba Cheong Tat, Batek, Tan Beng Teck, Soon Seck Kum, Lim Hock Soon dan Koh Hun Teck. Selain mengarang pantun dan syair dalam bentuk buku, mereka juga menyiarkan pantun dan syair di akhbar yang disebut tadi. Mereka yang prolifik dan sangat berbakat itu boleh menandingi kehebatan pengarang Cina peranakan di Indonesia seperti Kwee Tek Hoey dan Tan Boon Bean, misalnya, yang sudah diberi gelaran “pengarang serba bisa” dan “pengarang seribu wajah” (Myra Sidharta 1996 & 1996a).

(11)

“Dengan hormat kita membri tau yang kini buku Panton Tiga Volume kita suda kluar kan dan sobat sobat semua banyak suda melaku kan yang mana suda di kluar kan dan sobat sobat ada mintak buku baru lagi, ya-itu kita skrang ini chap buku yang ka-ampat (Volume 4) dengan berbrapa penat dan lekas. Ini lah penghabisan nya. Dan jikalu ada pun panton baru lagi, tentu lah lambat lagi baru bolay di sedia kan… Jikalu ada silap apa apa di dalam ini buku, kita harap seklian pembacha bolay ma’afkan (Pendahuluan Panton Dondang Sayang Baba Baba Pranakan, Volume IV, First edition 1916)

Promosi seumpama itu juga telah digunakan dalam buku Lim Hock Soon dengan penerbitnya menyelitkan kata-kata yang berikut:

“Pantun ini saya keluarkan dari book pantun karangan saorang yang biasa dan chukop mengerti, dari itu tuan-tuan sekalian janganlah sayang mengeluarkan sedikit wang buat membeli-nya, boleh di-bilangkan ialah satengah daripada perkara yang terutama kita simpan saorang satu, buat mehilangkan ronsing dan susah hati, pada tempoh tuan-tuan kelepasan dari pe-ker-an bersenang-senang diri berbaring di-kerosi sandar bacha-lah satu persatunya, tuan nanti dapat tahu bagaimana kebagosan dan kegunaannya’ (Malay Pantun Book, Singapura, 1929).

Memang pemasaran buku adalah duri dalam daging semua penerbit buku dan akhbar sehingga har ini. Disebabkan masalah kewangan, tidak ada akhbar Cina peranakan boleh bertahan lama. Akhar Bintang Pranakan yang diterbitkan Wan Boon Seng hanya bertahan sebanyak 34 keluaran dari 11 Oktober 1930 hingga Jun 1931(Oong Hak Ching 1978). Demikian juga dengan akhbar Kabar Slalu yang diterbitkan pada Januari 1924 itu hanya bertahan selama 100 keluaran sebelum ditutup pada 16 Mei 1924 (Salmon 1987: 439). Ia mengalami nasib yang sama seperti akhbar-akhbar Cina peranakan yang lain: masalah kewangan berikutan bilangan pembacanya semakin kurang.

Tidak kira bagaimana sejarah percetakan dan penerbitan Cina peranakan itu bermula dan bertahan, aktiviti penerbitan buku dan akhbar itu adalah kemuncak literasi dan juga perkembangan bahasa Cina peranakan di Tanah Melayu. Daripada tahun 1890an sehingga Perang Dunia II (1939-1945), banyak akhbar Cina peranakan sudah diterbitkan. Demikian juga dengan buku pantun/ syair dalam bahasa Cina peranakan (lihat rajah 1). Selain itu, banyak juga novel Cina, Inggeris dan Ferancis sudah disadur ke dalam bahasa Cina peranakan seperti yang sudah disebut tadi

Beberapa Tokoh Pengarang Pantun Cina Peranakan

(12)

peribadi di rumahnya, seperti yang lazim dilakukan Cina peranakan di Pulau Pinang masa itu. Setelah meningkat usia belasan tahun, dia telah dihantar ke Fuzhou Naval School di China. Disebabkan masalah kesihatan, dia tidak dapat meneruskan cita-citanya untuk menjadi pegawai tinggi dalam tentera laut. Masalah kesihatanlah yang juga telah membuatnya mencari tukang nujum yang memberitahunya bahawa dia akan mati pada usia 25 tahun. Oleh sebab tidak dapat meneruskan pengajiannya, tambahan pula dia sangat rindukan emaknya, dia pulang ke Pulau Pinang untuk bersama emaknya yang sudah menjadi balu. Oleh sebab resah dan jemu menunggu hari kematiannya, dia merantau ke Singapura pada 1872. Semasa bekerja di Syarikat Aitken & Rodyk di Singapuralah dia telah menterjemahkan karya sastera Cina yang berikut di masa lapang:

a. Sam Kok (1892 – 1896), b. Shuihu Zhuan (1899 – 1902), c. Xi Hou Ji (1911 –1913), d. Hong Keow (1891 – 1893), e. Hnoh Bee Yean (1891 –1892).

Beliau meninggal dunia di Singapua pada usia 69 tahun, iaitu 44 tahun lebih lama daripada usia 25 tahun seperti yang ditilik tukang nujum. Seperti yang disebut tadi, beliau telah menjadi terkenal setelah “menterjemahkan” Sam Kok, yang telah diterbitkan antara 1892 hingga 1896, sebanyak 30 jilid dan sebanyak 4,622 muka surat. Kemasyuran namanya dimantapkan dengan “penterjemahan” karya-karya yang lain itu. Sehubungan itu, kegigihan dan ketabahannya dalam bidang “penterjemahan” itu telah disanjung Claudine Salmon (1981) yang mensifatkannya sebagai

‘a most conscientious translater’….He included list at the beginning of several installments, giving Chinese expressions used in the Malay version, with a translation or an expression in Malay and sometimes in English too.”

Pengarang Cina peranakan yang lain yang ingin diperkenalkan di sini adalah Na Tian Piet. Dia lahir di Bengkulu, Sumatera, pada sekitar tahun 1836 (Claudine Salmon 1992). Semasa di Riau, beliau berulang alik antara Aceh, Deli dan tempat-tempat lain di Sumatera selama beberapa tahun kerana urusan perdagangan sebelum berhijrah ke Singapura pada tahun 1894. Berugama Kristian, dia mendapat pendidikan di sekolah di Dutch East Indies. Disebabkan latar belakang pendidikannya, maka bahasa yang digunakannya berbeza daripada pengarang Cina peranakan di Negeri-Negeri Selat (Salmon 1987: 454). Semasa di Singapura, dia mengirim pantun dan syairnya untuk disiarkan di akhbar berbahasa Melayu di Jawa, khususnya Pemberita Betawi dan Bintang Timur dengan menggunakan nama samarannya, Pena Langit. Dia juga bertugas sebagai koresponden di syarikat akhbar Pemberita Betawi. Dalam Shaer Kiriman Kapada Mektaib Dinegri Palembang (Bintang Timor, 13 Disember 1894), dia membayangkan telah menulis kepada Bintang Timor di Singapura ketika masih tinggal di Palembang:

Umor panjang beta bersebda, tuan mekatib di Palembang ada, jangan-lah tuan berhati gonda, apa perkara di hati sudah.

(13)

Sultan Abubakar di Negeri Johor, yang diterbitkan pada 1896. Buku setebal 200 halaman dengan 1,380 rangkap syair itu menceritakan majlis perkahwinan puteri Sultan Abu Bakar pada tahun 1894 yang disaksikannya sebagai tetamu undangan pihak istana. Majlis perkahwinan itu diceritakan di celah-celah kisah Sultan Abu Bakar yang lain, yang kemudiannya gering, dan mangkat dengan disusuli upacara perkebumian pada tahun 1895. Dia menyatakan kisah Sultan Abu Bakar itu ditulis sebagai amanah untuk menjaga tradisi adat Diraja. Selain itu, hubungan peribadinya dengan istana dan raja telah secara langsong membuatnya lebih dihormati di Johor Baru. Penghormatan itu telah juga membuatnya diberi mandat untuk menceritakan hal-hal yang disampaikannya. Sehubungan itu, Claudine 1987) mendapati karya itu telah memberi “a faithful, detailed and realistic description”. Ulasan tambahan daripada Claudine terhadap karya itu adalah:

“He gives extremely lively and detailed account of the wedding ceremony of the daugher of Sultan Abu Bakar and the grandiose funeral of Sultan Abu Bakar. This syair gives an insight into the possible links between the China peranakan and the Malay Sultans. It also provides information on the pomp and tastes of the princesses at the end of the 19th century’. (1987:454)

Seterusnya ingin diperkatakan pengarang Cina peranakan yang lain yang prolific, Siow Hay Yam, yang juga terkenal sebagai penterjemah, penulis pantun dan syair. Legenda Cina Sam Pek Ing Tai yang diterjemahkannya telah disiarkan di Kabar Slalu dari Januari hingga April 1924. Selain menulis dan berkarya, dia juga pernah dilantik sebagai setiausaha di Chinese Directory and Press Ltd, Singapura. Sehubungan itu, dia juga telah berkongsi dalam menerbitkan Kabar Uchapan Baru (1926) dan Kabar Bintang Timur News (1930), setelah akhbar Kabar Slalu ditutup.

Seorang lagi pengarang Cina peranakan yang lahir di Indonesia, dan menerbitkan karya-karyanya di Negeri Selat ialah Lim Hock Chee. Lahir di Aceh, dia adalah penyaer dan juga penterjemah. Dia telah menterjemahkan Wanhua Lou (maknanya Astaka 10,000 Bunga) (Salmon 1987: 38), selain menggubal Buku Sahyer Dan Pantun Melayu, Sahyer Burung, Sahyer Mimpi dan Sahyer Malam Siang, S’klian Bunga DiRancak jadikan satu Panyanyi-an Sahyer Buat Penghiboorkan Hati (Singapore: Denodaya Press, 1890).

Selain itu, pengarang Cina peranakan Negeri Selat yang lain yang mengarang pantun, membuat terjemahan dan juga penerbit adalah Wan Boon Seng. Lahir di Singapura, dia menggunakan nama samaran Panah Pranakan untuk karyanya di akhbar Bintang Pranakan (1931) dan Sri Pranakan (1932), selain nama samaran Ber To Song-soo dalam menterjemahkan Ow Liat Kok Chee (1931). Dia adalah tokoh Cina peranakan yang bersungguh-sungguh memperkembangkan kebudayaan Cina peranakan, selain pernah berkongsi dengan Goh Cheng Lim, yang mempunyai bisnes besar dalam perkapalan, dan juga mantan pengarah Malaysia Advocate, dalam melancarkan akhbar Kabar Slalu pada Januari 1924 (Salmon 1987: 439). Pengarang Cina peranakan lain yang diketahui serba sedikit biodatanya adalah Tan Beng Teck. Dia ialah pengarah syarikat Chip Hock Co yang khusus memperdagangkan minuman keras dan makanan sebelum merantau ke Jepun. Sekembalinya dari Jepun, dia menjadi peniaga yang pertama di Singapura mengimport barangan dari Jepun. Tetapi, bisnsenya tidak berjaya. Dia juga adalah penterjemah (Salmon 1987: 445).

(14)

samaran Lucifer di akhbar Bintang Timur dan Kabar Slalu? Siapa pula Nai Chun, Bertie Amstrong dan Rev A. Lamont? Sampai di sini ingin dinyatakan bahawa tidak kira siapa mereka yang lain-lain itu, sumbangan setiap orang itu bukan sekadar membuka mata kita kepada kehebatan mereka masing-masing, tetapi juga peranan mereka telah mewajarkan pihak yang berkuasa di Malaysia untuk menambah satu bab baru dalam buku sejarah perkembangan sastera di Tanah Melayu. Mereka bukan sahaja juru cakap masyarakat yang berkenaan, tetapi juga adalah perintis penghubung kebudayaan Cina peranakan dengan kaum peribumi di Tanah Melayu. Di dalam tangan merekalah telah berlaku Malaysianization of Chinese literature dan Chinesization of Malay literature sekitar seratus tahun yang lalu

Singapura, Sebagai Pusat Baru Kebudayaan C Peranakan

Penumpuan penebit di bandar-bandar besar, terutamanya Singapura bukan sahaja kerana di situlah tumpuan kegiatan ekonomi, tetapi juga di situlah terentangnya jaringan perniagaan dan komers yang dikehendaki semua peniaga, justru sudah mempunyai teknologi percetakan, kemudahan pengangkutan dan prasarana komunikasi, lebih-lebih lagi agen pemasaran dengan lebih baik dari tempat lain, maka membolehkan buku dan akhbar yang diterbitkan dapat disebarkan dengan lebih cepat dan lebih luas ke tempat-tempat lain di Tanah Melayu, Indonesia, British North Borno and Sarawak (Song Ong Siang 1923; Bogaars 1955; Ng Chin Keong 1983). Daripada segi perangkaan, lebih banyak buku dan akhbar Cina peranakan telah diterbitkan di Singapura berbanding dengan Melaka atau Pulau Pinang (lihat rajah I) dan juga dokumentasi Proudfoot (1986 & 1993). Dari segi demografi, sepanjang era penjajahan Belanda di Melaka, bilangan Cina peranakan di Melaka telah berkurang daripada 2,161 orang pada tahun 1750 kepada 1,006 orang pada tahun 1817. Pengurangan itu disebabkan perpindahan mereka ke Singapura dan Pulau Pinang (Rudolph 1998: 93 memetik Bradell 1861 dan Hoyt 1993:24). Yang lebih menarik ialah keadaan hidup Cina peranakan di Singapura sudah bertambah baik dari masa ke masa. Peningkatan taraf hidup itu besar peranannya dalam mengembangkan kegiatan sastera, seni dan budaya. Sehubungan itu, Claudine Salmon (1987: 444) mengatakan sudah ada sembilan buah penerbit buku Cina peranakan di Singapura sekitar tahun 1889. Penerbit buku itu boleh juga dianggap yang paling awal di kota raya itu. Antaranya ialah Poo Wah Hean Press, Koh Yew Haan Press, Kim Sek Chye Press and the Mercantile Press. Sementara itu, penerbit yang menjadi buah mulut Cina peranakan di Negeri-Negeri Selat dan tempa lain masa itu ialah Koh & Company, yang sudah menerbitkan lima jilid Pantun Dondang Sayang Baba Baba Peranakan pada 1911. Selain itu, kesemua syarikat akhbar Cina peranakan juga terletak di Singapura. Buku dan akhbar yang diterbitkan di kota itu telah diedarkan ke kedai runcit dan kedai buku di tempat lain, termasuk Kelang, Ipoh, Taiping, Kuching di Tanah Melayu, dan juga Phulet di Thailand. Di Singapura sahaja sudah ada kedai buku Tan Tiow Swan yang juga menyiarkan iklan buku dan akhbar yang boleh dibeli atau disewa. Selain itu, pihak akhbar Story Teller juga menyediakan boring pesanan buku untuk memudahkan orang ramai membeli buku dan melanggan akhbarnya. Rujuk iklan dan borang pesanan buku dalam buku Ding (2008: 196-197, 209).

(15)

pasaran itu pula terbatas kepada Cina peranakan yang tahu bahasa Cina peranakan yang amat berbeza daripada bahasa Melayu. Kalau demikian, pembaca buku dan akhbar Cina peranakan masa itu tentulah kecil. Sebabnya ialah kebanyakan Cina peranakan yang tua dan yang ada masa lapang untuk membaca, tetapi tidak tahu membaca. Sebaliknya, generasi muda Cina peranakan yang tahu membaca tetapi tidak ada masa untuk berbuat demikian, kerana mereka dikehendaki mencari nafkah hidup dan sibuk. Selain itu, kaum wanita yang ingin membaca, tetapi tidak tahu membaca kerana maslaah buta huruf, selain sibuk mengurus rumah tangga, memasak, menyulam dan lain-lain kerja yang difikirkan lebih penting. Dengan kata lain, bilangan pembaca yang sedikit itulah sasaran utama penerbitan masa itu. Disebabkan kekangan seperti itu, maka bukan sahaja penerbitan akhbar tidak boleh bertahan lama, tetapi juga tidak banyak buku dapat diterbitkan. Pendek kata, sejak awal-awal lagi bilangan kecil pembaca Cina peranakan adalah duri dalam daging penerbitan akhbar Cina peranakan. Masalah itu bertambah serious lagi berikutan akhbar Cina peranakan dalam bahasa Cina peranakan terpaksa bersaing dengan akhbar Cina peranakan dalam bahasa Inggeris yang juga diusahakan Cina peranakan yang sama, termasuk Song Ong Siang. Namun demikian, kelab, persatuan, perpustakaan dan juga kedai menyewa buku boleh menolong membuka sedikit pasaran penerbitan buku dan akhbar Cina peranakan yang sempit itu. Antara persatuan di Singapura yang telah disenaraikan Clammer (1980: 73) adalah ‘the Straits Chinese British Association, Straits Chinese Recreation Club, Straits Chinese Reading Club, Straits Chinese Litterary Association, Chinese Christian Association’. Kepada senarai itu wajar ditambah Persatuan Baba Nyonya, seperti The Gunung Sayang Association of Singapore yang ditubuhkan pada 1910 dan lain-lain di Melaka dan Pulau Pinang, selain Kheng Tek Whay (Yao 1982: 215).

Tenggelamnya Kegemilangan Kebudayaan Kerana Perang

Sepanjang era penjajahan British, Cina peranakan berpihak kepada kerajaan British. Sikap pro-British itu bukan sahaja menguntungkan mereka, tetapi juga menguntungkan pentadbiran pro-British masa itu dari segi ekonomi, sosial dan politik (Yao 1982: 211). Di sini ingin ditambah bahawa kejayaan sosio-ekonomi Cina peranakan masa itu juga disebabkan mereka pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di Alam Melayu, selain diberi peluang keemasan oleh penjajah Inggeris untuk berniaga, berdagang dan merokai kegiatan lain, setelah mereka diterima dengan baik oleh masyarakat Melayu. Sampai di sini ingin diulangi pendapat Clammer (1980:1) yang menyatakan:

“Baba culture is a rare and beautiful blend of the dominant elements of the Malaysian and Singaporean cultural traditions – Chinese, Malay and English. But the result of this blending is not simply a random mixture, a potpourri of bits and pieces. It is a genuine synthesis – something which not only incorporates but also transcends the component parts out of which it springs.”

(16)

generasi baru Cina peranakan masa itu sudah bersedia untuk menerokai bisnes baru di bidang penerbitan, penjualan, dan penyebaran buku dan akhbar, sebagai sumber ekonomi baru. Perkembangan itu bukan sahaja didorong semakin banyaknya Cina peranakan sudah tahu menulis dan membaca bahasa Melayu rumi, tetapi juga semakin banyak Cina peranakan sudah mempunyai pendapatan boleh guna (disposable income). Kesemua itu adalah pertanda bahawa taraf hidup mereka sudah menjadi semakin baik, tinggi dan kukuh, maka membolehkan mereka menyedari pentingnya pendidikan, pelajaran dan hiburan. Kesemua faktor itu, antara banyak yang lain, membuatkan Cina peranakan menjadi semakin berjaya, selain menikmati status sosial yang semakin tinggi. Yang kaya itu dapat mendirikan rumah yang besar, dengan dihiasi perabut yang mahal yang dimport dari China, England, Perancis dan Belanda. Kemewahan mereka juga ditunjukkan dengan kerap kali diadakan parti dan pesta di rumah mereka dari masa ke masa. Merekalah juga penderma wang kepada institusi awam, seperti sekolah, rumah sakit, rumah yatim, memberi biasiswa dan mendirikan tokong serta persatuan perniagaan Cina. Gabungan kesemua faktor itu mungkin telah juga membuat orang Inggeris mengasingkan orang Cina peranakan daripada Cina totok kepada dua kumpulan sosial yang berbeza. Kepercayaan orang Inggeris kepada Cina peranakan akhirnya membuat mereka dilantik sebagai Kapitan untuk mewakili semua orang Cina, walaupun bilangan Cina peranakan tidaklah sebanyak bilangan Cina totok. Perkembangan itu “terhenti” setelah ramai Cina peranakan menjadi mangsa di hujung pedang askar Jepun dalam Perang Dunia II (1939-1945) dan setelah kerajaan British keluar dari Tanah Melayu.

Bahan Rujukan

Abdullah Munsyi. Hikayat Abdullah. Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1966.

Bladgen, C. O. Corrigenda to Malay and other words collected by Pigaftta. Journal of the Royal Asian Asial Society of Great Britain and Ireland (1931): 857 – 861.

--- A Chinese-vocabulary of Malacca Malay words and phrases collected between AD 1404 – 1511 (?) Bulletin of the School of Oriental and African Studies 6 32): 715 – 49.

Blusse. L.Batavia, 1619 – 1740: the rise and fall of a Chinese colonial town. Dlm

Indonesian Languages And Literature. ed by Nigel Phillips and Khaidir Anwar.

London: Indonesian Etymological Project, 1981.

Bogaars, G. The effects of the opening of the Suez Canal on the trade and development of Singapore. JMBRAS 28:1 (1955): 99 – 143.

Chang, Queeny. Memoirs of a nyonya. Singapore: Eastern University Press, 1983. Chia, Felix. The babas. Singapore: Times Books International, 1980.

--- Ala sayang! A social history of babas and nyonyas. Singapore: Eastern University Press, 1983.

Clammer, John R. Overseas Chinese assimilation and reinification: a Malaysian case study. Southeast Asian Journal of Social Science 3:2 (1975): 9-24

--- Religion and assimilation in Straits Chinese society.’ Review of Southeast Asian Studies 6 (1976): 25-52.

--- The ambiguity of identity: ethnicity maintenance and change among the Straits Chinese community of Malaysia and Singapore. Singapore: ISEAS, 1979

--- The Straits Chinese. Dlm The changing role and status of Malacca, by K. S. Sandhu and Paul Wheatley. Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1979.

(17)

Malaysia and Singapore. Singapore: University of Singapore Press, 1980.

Ding Choo Ming. Pantun Peranakan Baba: Mutiara Gemilang Negeri-Negeri Selat. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2008..

--- Sastera Peranakan Baba Mencari Rumahnya Dalam Buku Sejarah Sastera Melayu: 289-314. Dlm Kajian Baru Pengarangan Manuskrip dan Kreativiti Pantun Melayu. Bangi: Penerbit Insitut Alam & Tamadun Melayu, 2012..

--- Pantun Pilihan Peranakan Baba Negeri Selat, 1910-1930an. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2012.

Drewes, G. W. J. Balai Pustaka and its antecedent.: 97 – 104. Dlm Indonesian languages and literature, ed by Nigel Phillips and Khaidir Anwar. London: Indonesian Etymological Project, 1981

Gosling, L. A. P. Migration and assimilation of rural Chinese in Trengganu. Dlm

John Bastin and R. Roolvink (ed). Malayan and Indonesian studies. Clarendon: Oxford University Press, 1964.

Gwee Thian Hock, William. Mas sepuloh, baba conversational gems. Singapore: Armour Publications. 1993.

H. S. L. Penghiboran hati. Penang, 1924.

Kwee, B John. Chinese Malay literature of the peranakan Chinese in Indonesia 1880 – 1942. Tesis Ph D. University of Auckland, 1977.

Lim How Seng. [Unity and diversity in nineteenth century Chinese society in Singapore]. Sin Chew Jit Poh, 31 July 1973.

Low Kim Chuan. Dondang sayang in Melaka. BA academic exercise. Monash University, 1976.

Ng Chin-Keong. Trade and society: the Amoy network on the Chinese coast, 1683 – 1735. Singapore: Singapore University Press, 1983.

Oong Hak Ching. Bahasa Melayu peranakan dan perkembangan penggunaannya dalam masyarakat Cina peranakan sebelum Perang Dunia II. Jebat 11 (1981/82): 107- 130. O’Sullivan, R. L. ‘The Anglo-Chinese College and the early Singapore Institution.’ JMBRAS 61:2 (1988): 45 – 62.

Png Poh Seng. The Straits Chinese in Singapore: a case of local identity and cultural accommodation’. Journal of Southeast Asian History 10:1 (1969): 95 – 114. Proudfoot, Ian.‘A formative period in Malay book publishing. JMBRAS 59: 2 (1986): 101 – 132.

Purcell, Victor. The Chinese of Southeast Asia. London: Oxford University Press, 1965. Rafferty, Ellen. Languages of the Chinese of Java: an historical review. Journal of Asian Studies 43 2 (1984): 247 – 273.

Rudolph, Jurgen. Reconstructing identities: a social history of the babas in Singapore. Aldershot: Ashgate, 1998.

Salmon, Claudine. Literature in Malay by the Chinese in Indonesia: a provisional annotated bibliography. Paris: Editions de la Maison des Sciences de 1’Homme, 1981.

--- Writings in Romanized Malay by the Chinese of Malaya: a preliminary study. : 441 – 492. Dlm Traditioal Chinese fiction in Asia (17th – 20th centuries). Beijing: International Culture Publishing Corp, 1987.

(18)

Indonesia. Jakarta: Grasindo, 1996

Shellabear, W. G. Baba Malay: an introduction to the language of the Straits-born Chinese’ Journal of the Straits Branch of the Royal Asiatic Society 65 (1913): 49-63.

Sidharta, Myra. Contemporary peranakan women writers, h. 165 –184. Dlm

Claudine Salmon (ed) Le Moment Sino-Malais de la literature Indonesienne (Cahier a’Archipel 19) 1992.

---. Kwee Tek Hoay, pengarang serba bisa (1885 – 1952): 323 – 342. Dlm Leo Suryadinata (ed) Sastera peranakan Tionghoa Indonesia. Jakarta: Grasindo, 1996 --- Tan Hong Boean, pengarang seribu wajah (1905 – 1983): 348 – 378.

Dlm Leo Suryadinata (ed) Sastera peranakan Tionghoa Indonesia. Jakarta: Grasindo, 1996

Song Ong Siang. One hundred year’s history of the Chinese in Singapore. London: John Murray, 1923.

Suryadinata, Leo (ed). Sastera peranakan Tionghoa Indonesia. Jakarta: Grasindo, 1996.

--- Kebudayaan minoritas Tionghua di Indonesia. Jakarta: Gramedia, 1989. --- Post war kungfu novels in Indonesia: a preliminary survey: 623 – 635. Dlm

Claudine Salmon (ed) Literary migration …

--- Dari sastera peranakan ke sastera Indonesia:. 5- 51. Dlm Leo Suryadinata (ed) Sastera peranakan Tionghoa Indonesia. Jakarta: Grasindo, 1996.

--- Gouw Peng Ling dan sastera Indonesia modern’ Journal of South Seas Society 41: 1&2 (1996): 41- 46.

--- Pengkajian sastera peranakan Tionghoa Indonesia: sebuah catatan: 183 – 209.

Dlm Leo Suryadinata (ed) Sastera peranakan Tionghoa Indonesia. Jakarta:

Grasindo, 1996

Tan Chee Beng. Baba Malay dialect? JMBRAS 53: 1 (1980): 150 – 166.

--- Baba Chinese publications in Romanized Malay. Journal of Asian and African Studies 22 (1981): 158 – 193.

--- Mengenai sebuah pantun baba dan perkhawinan dulukala orang China. Journal Sejarah Melaka 7 (1982): 42 – 53.

Teo Lay Teen. A baba Cinese translation.’ Kertas-Kertas Pengajian Tionghua. 2 (Disember 1983): 225 – 250.

Thomas. Philip Lee. Anonymous Malay poetry. Pacific Quarterly Moana 2 (1982): 60 – 70.

--- Like tigers around a piece of meat: the baba style of dondang sayang. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, 1986.

Yao Souchou. Ethnic boundaries and structural differentiation: an anthropological analysis of the Straits Chinese in the nineteenth century Singapore. Sojourn 2:2 (1982): 209 – 230.

Referensi

Dokumen terkait

Manfaat dari karya tulis ini adalah memberikan kontribusi pemikiran dan gambaran umum kegiatan pengembangan Hutan Tanaman Industri (HTI) karet dalam hal

Hasil dan kesimpulan dengan menggunakan metode CDS diperoleh nilai makespan minimum dan penjadwalan yang optimal yang terdapat pada iterasi ketiga dengan nilai makespan

Berdasarkan hasil penelitian, mengenai Implementasi Kebijakan Hygiene Sanitasi Pengelolaan Makanan dan Minuman Pada Fasilitas Umum di Kota Palangka Raya diketahui bahwa

Pengujian lapangan dilakukan dengan menguji turbin angin vertikal savonius sudu U, dan dengan penambahan NACA 0012 yang disimulasikan dengan kipas yang sudah

Dalam literatur yang dimiliki peneliti dan hasil study pustaka didapatkan unity 3D ini juga bisa diterapkan dalam penggunaan untuk teknologi AR • Perangkat lunak Vuforia

Surat Ijin Usaha Perdagangan (SIUP) adalah surat ijin untuk dapat melaksanakan kegiatan usaha perdagangan. SIUP merupakan salah satu perijinan yang perlu dimiliki

karya mengalami “kerusakan atau kebinasaan” pada karakter-karakternya sehingga keberadaannya berpengaruh terhadap kehidupan sosial. Konflik yang terjadi dalam karya

Dari penelitian yang diteliti peneliti menunjukkan bahwa hasil yang dilihat dari 5 kriteria : 1) pencapaian tujuan progrom PUAP Desa Gledeg sudah efektif bisa dilihat