• Tidak ada hasil yang ditemukan

Generasi Baru Orang Melayu and Orang Buk

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Generasi Baru Orang Melayu and Orang Buk"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

Papers13

Generasi Baru Orang Melayu & Orang Bukan Melayu Dalam Sastera Melayu Tentang Hubungan Kaum

Ding Choo Ming

Watak Yew Seng dalam novel Interlok (2003), Abdullah Hussain mewakili keturunan orang Cina yang lahir di negara ini. Dia mungkin juga adalah contoh generasi baru rakyat Malaysia dengan pemikiran dan identitinya yang baru berbanding dengan orang dari generasi lama. Mengenai perkembangan itu, Abdullah Hussain menjelaskan bahawa daripada pergaulannya dengan orang Melayu, Yew Seng mendapati orang Cina tidak berbeza daripada orang Melayu. Dia menambah bahawa walaupun miskin dan ketinggalan di banyak bidang, tetapi orang Melayu adalah juga manusia seperti orang Cina dan manusia yang lain, maka mereka bukanlah Hua na, orang yang kurang bertamadun dan tinggal di hutan, seperti yang disebut ayahnya. Mereka juga bukan wu zen, orang pakar illmu hitam, seperti yang sentiasa ditulis orang Cina, lebih-lebih lagi bukan Malai kuai, seperti yang dikatakan orang Sankah (2003: 345). Itulah antara sebabnya Yew Seng marah ayahnya pada suatu malam kerana kata-kata kasar yang dilontarkan ayahnya kepada orang Melayu. Oleh sebab tidak tahan lagi dengan sikap ayahnya, dia telah membuat keputusan dengan tegas untuk meninggalkan rumahnya yang dia anggap sudah berubah menjadi neraka. Daripada apa yang terbentang itu, sudah ternyata adanya konflik generasi antara anak dengan-bapanya seperti yang dipetik dalam nota kaki ini. 1

1 Abdullah Hussain (2003: 345): Keana persahabatan dengan anak-anak

(2)

Generasi baru watak Yew Seng juga berbeza daripada watak Perumal yang tidak sahaja amat ortodoks, tetapi juga memuja orang putih. Sehubungan ini, elok direnung bersama perbualan Perumal sehubungan itu seperti yang dipetik dalam nota kaki ini.2

Sampai di sini ingin ditanya: adakah tanggapan penulis Melayu seperti Abdullah Hussain terhadap orang Melayu Baru itu ada kaitan dengan konsep tentang orang Melayu Baru yang dibayangkan ahli jawatankuasa peraduan mengarang novel pada tahun 1995 yang ditaja Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) bersama-sama sebuah lagi syarikat yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Selangor? Sepintas lalu kita dapati konsep itu ada kaitan dengan cita-cita pembentukan orang Melayu Baru. Dalam pengertian yang luas itu ternyata bahawa konsep orang Melayu Baru itu memang adalah yang berdasarkan pemikiran yang positif dan yang pro-aktif di satu pihak dan menolak pemikiran yang negatif, pesimis dan suratan takdir di satu pihak yang lain.

Dalam kontek ini, orang Melayu Baru bukan sahaja menghormati sejarah dan tamadun masa lalu, tetapi juga menghargai potensi manusia baru, selain kuasa sains dan teknologi, lebih-lebih lagi yang pada mereka yang didapati sudah mempunyai jiwa besar dalam menghadapi cabaran abad ke dua puluh satu. Contoh yang nyata tidak lain daripada Basir dalam novel Subuh (1964), karya Atan Long. Sehubungan itu, semua orang Melayu Baru yang berjaya yang telah digambarkan kedua-dua orang penulis itu didapati telah melengkapkan diri mereka dengan keperluan dunia moden, iaitu kuasa baru mereka yang didapati daripada cara-cara mereka melihat diri dan orang lain. Malah, beberapa ciri-ciri orang yang berjaya itu telah diceritakan dalam cerpen Kalau

2 "Perlu memang perlu, tuan besar," jawab Perumal… "Kami tak mau

(3)

Sudah Kehendak Hati (1941), karya Melan Abdullah, kira-kira 60 tahun dahulu lagi.

Kisah dalam Kalau Sudah Kehendak Hati berkisar di sekitar watak Kamirah, seorang gadis yang terpelajar. Dia melayan pelanggan yang datang ke kedai yang dibuka ayahnya dengan baik sehinggakan sudah menarik perhatian ramai lelaki yang muda. Ayahnya mengingatkannya untuk berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. Suatu hari, dia yang membeli ais dari gerai Kudri sudah tertarik dengan kemahiran Kudri. Selepas itu, Kamirah sudah berubah menjadi pelanggan tetap di gerai Kudri. Tetapi abangnya, Kasnun, yang bermata duitan, tidak suka adik perempuannya berkawan dengan Kudri yang berasal daripada keluarga yang miskin. Jadi, Kasnun membuat cerita palsu yang menyebabkan Kurdri dipenjarakan selama tiga bulan. Marah dengan perbuatan abangnya ke atas Kudri, Kamirah menuduh Kasnun menggelapkan wang ayahnya. Ini menyebabkan Kasnun dipenjarakan selama dua tahun. Disebabkan jujur dan tekun menjalankan perniagaan, ayah Kamirah, seorang peniaga sendiri, ingin anak perempuannya berkahwin dengan Kudri selepas dia keluar dari penjara. Mesej di sini adalah Kudri yang mewakili generasi baru Melayu itu adalah orang berani dan cekal, maka sanggup berniaga kecil-kecilan di pusat kota raya Singapura yang sibuk.

Berbalik kepada Basir dalam novel Subuh dan Yew Seng dalam novel Interlok, mereka adalah juga contoh generasi muda Malaysia yang baru. Mereka kelihatan ‘moden’ dan mengharapkan suatu yang baru, dan bukannya masa lalu. Mereka juga didapati dinamik dan berani untuk menyatakan isi hati dan perasaan mereka sebagai generasi muda Malaysia. Mereka sedar Malaysia adalah negara yang baru muncul dengan banyak peluang yang baru, maka tidaklah seperti ibu bapa mereka yang hanya mengikut cara berfikir yang lama dan melakukan sesuatu yang lama. Yang menarik ialah mereka tidak mengutuk yang lama, selain mengetahui bahawa pembangunan negara yang baru amat memerlukan fikiran, pandangan, pemahaman dan cara membuat kerja yang baru. Mereka tahu pemahaman yang baru akan membawa perubahan kepada kedudukan mereka sebagai warganegara sebuah negara yang baru. Pendek kata, mereka juga adalah agen perubahan.

(4)

Basir yang mahu berkahwin dengan Lucy di pejabat yang sama dengannya dalam novel Suboh dengan Lucy yang dipanggil Rosimah setelah dia memeluk ugama Islam dengan rela hatinya. Perkembangan seumpama itu boleh juga dipandang sebagai perubahan jenis baru atau normal baru (new normal – istilah yang dipopularkan Xi Ging Ping, presiden China).

Sama ada perkembangan baru itu boleh diterima oleh lebih ramai orang belumlah diketahui. Yang pasti ialah ibu bapa Basir yang menentang kahwin campur anaknya itu sudah menerima Basir dan Lucy dan cucu mereka, Basri, di akhir novel itu. Penerimaan itu bolehlah ditafsirkan sebagai masyarakat Melayu secara umumnya sudah menerima kahwin campur antara kaum. Perkahwinan campur itu akan menjadi lebih popular jika lebih ramai lagi pasangan orang muda daripada kaum yang berlainan mahu mengikut jejak langkah Basir dan Lucy.

Sudah dinyatakan dalam makalah ‘Pembangunan dan Penulis Melayu Baru Dalam Sastera Melayu Tentang Hubungan Kaum’ bahawa pembangunan dan keharmonian antara kaum adalah tema dalam peraduan mengarang yang dianjurkan DBP dan GAPENA (Persatuan Penulis Nasional Malaysia) pada tahun 1958. Untuk memenanginya, novel yang ditulis untuk pereaduan itu dikehendaki memperkatakan tema yang ada kaitan dengan matlamat kerajaan hendak membina generasi Melayu Baru dalam erti kata yang luas seperti yang dinyatakan sebelum ini. Wawasan generasi baru Melayu untuk masyarakat dan masa depan yang baru itu telah memberi ilham kepada penulis Melayu generasi baru untuk mengadun wawasan, imaginasi, impian dan cita-cita mereka dengan cara yang berbeza dalam penulisan karya mereka.

Datang daripada latar belakang yang berbeza-beza, kumpulan penulis ini didapati kuat, selain sangat komited untuk menulis tentang isu yang akan memberi tempat yang tertentu dalam sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu. Walaupun hasrat mereka mungkin selaras dengan matlamat pemimpin parti politik, tetapi ada perbezaan antara kedua-duanya. Perbezaan itu boleh dilihat dalam novel Subuh, Lingkaran, Interlok, Biru Warna, misalnya.

(5)

mereka. Jika pemimpin parti politik itu terdiri daripada tokoh korporat, kaptain industri dan peniaga yang berjaya dibentuk DEB, tetapi watak-watak dalam karya sastera itu pula terdiri daripada orang muda yang dinamik, yang cekal, yang berani, yang dapat menyesuaikan diri, yang serba boleh, yang mematuhi undang-undang dan yang tidak gentar menghadapi risiko, termasuk graduan baru daripada universiti khususnya. Watak dan cerita yang berjaya dalam karya-karya sastera itu juga melambangkan peluang yang unik yang datang selepas kemerdekaan negara itu telah membuka peluang yang baik kepada semua rakyat Malaysia untuk bekerjasama dalam membina masa depan bersama-sama. Kisah-kisah dalam karya-karya sastera itu tidak dijumpai dalam buku sejarah atau ucapan pemimpin politik.

Sehububngan pembangunan, Dasar Ekonomi Baru, misalnya, yang didapati telah dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia II dari tahun 1971 hingga 1975 itu untuk menyusun semula struktur masyarakat Malaysia sekaligus mengurangkan penguasaan orang Cina dan asing dalam ekonomi Malaysia itu adalah untuk memperbaiki kedudukan ekonomi orang Melayu khususnya dan juga orang bukan Melayu yang lain secara umum. Dasar itu adalah pengganti Rancangan Malaysia I (1966-1970) untuk menangani masalah kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia. Untuk mengelakkan berulangnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, Rancangan Malaysia II telah dianggap untuk meningkatkan penyertaan orang Melayu dalam pembangunan ekonomi negara selaras dengan objektif kerajaan Malaysia dalam penyusunan semula masyarakatnya.

Selama ini, pertumbuhan ekonomi di Malaya dan Malaysia telah membuka jalan baru kepada kemunculan orang Melayu dan Cina baru. Sekiranya sebahagian besar kelas menengah Melayu baru selepas kemerdekaan negara adalah hasil pembentukan pembangunan ekonomi kapitalis kerajaan, maka kelas menengah orang Cina sebelum itu adalah juga disebabkan pembangunan ekonomi Malaya masa penjajahan British dahulu. Pendek kata, kesemua mereka sudah menikmati manfaat daripada pembangunan ekonomi negara ini. Misalnya watak Pak Sudin dalam novel Subuh dan Cing Huat dalam novel Interlok.

(6)

pemahaman kita tentang mereka sebagai contoh identiti orang Melayu dan orang Cina yang baru dalam negara baru. Kita sudah lihat generasi muda itu sudah lain dengan generasi tua orang Melayu seperti Pak Sudin dan juga Cing Huat. Walaupun Pak Sudin dan Cing Huat sudah tua dari segi usia, tetapi mereka juga telah berubah setelah menyedari kesilapan yang mereka lakukan pada masa lalu. Yang dimaksudkan itu ialah Pak Sudin sudah berubah sikapnya daripada menentang kepada menerima perkahwinan campur antara Basir dengan Lucy dalam novel Subuh dan Cing Huat sudah berubah sikapnya daripada menjauhkan diri daripada orang Melayu yang dipandang rendah pada masa lalu kepada ingin mendekati mereka dalam novel Interlok. Perubahan mereka datang daripada kesedaran mereka terhadap perubahan yang berlaku di sekitar mereka dalam sebuah masyarakat berbilang kaum, maka mendapati perlu membuat perubahan untuk dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru. Jika tidak, mereka tidak dapat hidup dengan bahagia di negara ini yang sudah berubah daripada masyarakat majmuk kepada masyarakat yang berbilang kaum.

Perubahan sikap sesetengah orang Melayu terhadap kaum Cina sudah mulai dirasai dalam cerpen Mencari lsteri (1929) daripada Muhammad Yusuf Ahmad yang telah juga menggesa orang Melayu belajar daripada orang Cina. Nasihat daripada Muhammad Yusuf Ahmad dalam cerpennya sehubungan itu juga boleh dibaca dalam nota kaki ini. 3

Walaupun Ishak Haji Muhammad dalam cerpen Anak Dibuat Denak (1938) dan Harun Aminurasshid dalam cerpennya Kerana Mata Dacing, Hati Saya Terpancing (1946) mencari sebab-sebab tentang kemiskinan orang Melayu di tanah air mereka yang memang kaya dengan hasil mahsul. Oleh sebab itu, kalau Ishak dan Harun didapati mempersalahkan orang Cina, tetapi penulis Melayu yang lain pula mendapati masalah kemiskinan dan ketinggalan orang

3 Orang-orang China rajin dan kuat bekerja dan tidak pula mereka itu

(7)

Melayu dapat diatasi dengan mereka sendiri mengubah sikap dan tabiat. Sehubungan itu, Asmaranda dalam cerpen Surat dari Mekah (1961) menceritakan Kang Giman dan isterinya menjual tanah kepada orang Cina untuk mendapatkan wang bagi menunaikan haji di Mekah. Selain itu, dalam novel Interlok (1971), Abdullah Hussain menceritakan Pak Musa telah menggadai hartanya kepada Cing Huat supaya dapat hidup seperti orang kaya yang dicemburui orang kampung.

Sebaliknya, kita juga sempat membaca kisah kejayaan

orang Melayu miskin tetapi telah dapat membebaskan diri daripada kuku kemiskinan dalam cerpen Jimat dan Cermat (1938) daripada Husain Abdul Hadi. Dipendekkan ceritanya, Fakih Ramat yang miskin itu susah hidupnya pada mula-mulanya. Walaupun tidak mempunyai kebun getah atau sawah padi untuk dikerjakan, tetapi dia telah menjual pinang dan dapat menyimpan wang yang didapatinya. Disebabkan sangat berjimat dan untuk belanja, dia menggunakan wang daripada penjualan kelapa dan gula Melaka, sementara isterinya menokok

(8)

sendiri. Untuk mendapat yang dia mahu, Nawi telah meninggalkan kampung untuk mencari kerja di tempat lain, manakala Salam menetap di kampungnya untuk menjalankan urusan penternakannya.

Selepas bekerja keras selama tujuh tahun, Salam dan keluarganya sudah menjadi kaya, malah dipanggil sebagai Tauke Lam; sedangkan Nawi yang makan gaji sebanyak 18 ringgit sebulan itu mendapati gajinya tidak cukup untuk hidup dengan gayanya telah menjual harta yang diwarisi daripada ibu bapanya untuk menampung perbelanjaannya. Dengan kata lain, Nawi dan keluarganya hidup dalam kemiskinan, dan sebaliknya, Salam dan keluarganya hidup bahagia di kampung yang tenang.

Selain itu, tema untuk menjadi bebas sebagai satu cara untuk mengembalikan rasa harga diri sudah dengan sendirinya mengingatkan khalayak pembaca Melayu kepada sekumpulan orang muda yang telah berjaya menubuhkan syarikat yang ada kaitan dengan pertanian dalam novel Mari Kita Berjuang (1941) karya Abdullah Sidek dan juga cerpen Jimat Dan Cermat (1938), tulisan Husain Abdul Hadi. Kesemua itu adalah contoh tentang kelahiran usahawanan orang Melayu yang berjaya.

(9)

Yang penting ialah banyak perubahan dan perkembangan baru telah berlaku selepas kemerdekaan negara dalam erti kata ia telah membuka peluang yang baru kepada rakyat negara ini untuk meninggikan taraf hidup mereka dengan memperkasakan diri mereka. Sebagai intelek awam, penulis generasi baru Melayu tahu bahawa orang yang dinamik, yang terpelajar dan yang berfikiran terbuka, terutamanya yang generasi muda, telah merebut peluang itu sebagai satu jalan untuk mara ke depan.

Mengenai hakikat Tanah Melayu adalah negara yang kaya dengan banyaknya peluang untuk menjadi orang yang berjaya, Abdullah Hussain dalam novelnya Interlok (2003: 133) telah menceritakan bagaimana Cing Huat yang bekeras kerja itu telah berjaya di Malaya yang murah rezeki dengan wang yang boleh dicari di merata-rata tempat: di atas pokok dan di perut bumi.4

Selain itu, kata kunci lain yang lain di sini ialah pembelajaran. Di sini, ramai penulis Melayu menggesa orang Melayu supaya belajar daripada kejayaan orang Cina. Untuk ini, Awang Salleh dalam novelnya Biru Warna (1966: 21) mengatakan seperti yang dipetik dalam nota kaki ini.5

Sehubungan kejayaan orang Cina, Abdullah Hussain dalam Interlok (2003: 180-1) telah juga menyusur galurkan sejarah awal orang Cina memulakan perniagaan di kampung Melayu dengan membeli kedai daripada orang Melayu dengan

4 Tetapi di sini kita semua sama. Soal duit tak ada musuh, musuh ialah

orang-orang yang mau menghalang kita cari makan," jawab pendayung sampan itu memberikan fikirannya tentang falsafah hidup di kota Singapura kepada puaknya yang baru sampai…. "Orang kata di negeri ini banyak duit, di atas pokok ada duit, di dalam tanah ada duit."

5"Nah! Choba kau tengok orang2 China di-darat 'tu. Mereka ta' ada kerja

(10)

menunjukkan contoh yang ditinggalkan ayah Cing Huat. Secara umum, orang Cina akan merebut peluang yang boleh membawa tuah, Mereka didapati berani dan suka cabaran. Taktik dan strategi itu terdedah dalam perbualan antara Kim Sui dan Kim Lock setelah Kim Sui menyatakan hasratnya untuk pulang ke Pulau Pinang setelah mengetahui sudah tidak ada hutan lagi yang boleh dibuka untuk ditanam pokok getah di tempat yang dia tahu. Satu jalan keluar baginya ialah dengan membeli sekeping tanah atau pergi ke Simpang Empat kerana dia mendapat tahu ada kedai yang dijual orang Melayu. 6

Selain kisah kejayaan orang Melayu, Abdullah Hussain dan Atan Long, Arena Wati, Hassan Ali dan penulis yang lain juga telah menceritakan pelbagai jenis, bentuk dan cara interaksi antara orang Melayu dengan orang Cina. Dengan berbuat demikian, mereka memperkatakan beberapa cabaran dan implikasinya ke atas pembentukan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia dengan rakyatnya yang sudah dapat mengatasi jurang perbezaan antara kaum. Selama ini, hubungan yang baik antara kaum sudah dibina atas asas banyaknya perkara yang biasa dalam kehidupan seharian kita. Ini termasuk pertolongan daripada jiran tetangga dalam masa kecemasan seperti yang diceritakan dalam cerpen Bidan Tarik (1969) oleh Othman Rasul bahawa Swee Kee cemburu dengan Mak Itam, bidan kampung, walaupun isterinya, Mei Lin, telah lama berkawan baik dengan Mak Itam. Tetapi, Mak Itam terpaksa dipanggil pada saat-saat yang terakhir, dalam keadaan yang terdesak, untuk menolong Mei Lin melahirian anak. Maklumlah bukan sahaja hospital sangatlah jauh, tetapi juga talian telefon pada masa itu sudah terputus.

Isi cerita itu lebih kurang sama dalam cerpen lsteri Leong Beranak (1966) oleh A. Wahab Ali, yang menceritakan Leong

6"Mula-mula gua ingat mau buka tanah tanam getah, tetapi semua tanah

(11)

dan keluarganya yang telah bertahun-tahun tinggal berjiran dengan orang Melayu. Mereka tidak ada masalah untuk hidup di kampung Melayu itu. Leong, seorang pekebun sayur diberi binatang yang ditembak oleh jiran Melayunya dari masa ke masa. Tetapi, disebabkan hasutan daripada So Ha, hubungan antara Leong dengan jiran Melayunya sudah tercalar Tetapi, Ahmad dan isterinya masih rela memberi pertolongan kepada isteri Leong dalam melahirkan anak.

Moral daripada kedua-dua buah cerita tadi ialah kita tidak tahu dengan pastinya seluas atau sedalam mana kebaikan hati orang yang kita kenali, tidak kira mereka itu sama ada kawan, lebih-lebih lagi sebagai jiran, sehingga kita sendiri menghadapi masalah di luar kawalan kita. Dalam kedua-dua buah cerpen tadi, keluarga Cina itu tahu jiran mereka daripada orang Melayu maka sentiasa prihatin terhadap kebajikan mereka. Kalau demikian, orang Melayu adalah orang harapan mereka, dan bukannya orang asing. Merekalah yang dapat menolong mengatasi masalah yang terdesak di depan mata mereka. Hanya dengan pertolongan segera daripada jiran Melayu pada saat yang kritikal itulah kejadian tragik, termasuk kemungkinan kematian, dapat dielakkan. Peristiwa itu adalah peringatan kepada semua orang bahawa semangat muhbibah dan perasaan kemanusiaan memang hidup dengan suburnya dalam lubuk hati rakyat Malaysia, tidak kira keturunan kaumnya.

Tetapi apakah pandangan dan fikiran Leong dan Swee Kee

(12)

Pertolongan sesama manusia kerana perasaan kemanusiaan, tanpa sedikitpun unsur prasangka perkauman juga telah diceritakan dalam novel Sisa Laut (1964) oleh Wijaya Mala dan novel Bangsal (1991) daripada Wan Ahmad Ismail. Kedua-dua karya sastera tadi adalah contoh lain daripada sekian banyaknya kisah tentang pertolongan sesama manusia tanpa bibit perbezaan kaum dalam masa kesusahan. Dalam Sisa Laut, diceritakan encik Tan sudah mewakili Kapten Mamat dan semua kelasi Melayu yang lain dan keluarga mereka yang sama ada terbunuh atau tercedera selepas kapal mereka diserang tentera Belanda di perairan Indonesia dengan pihak majikan syarikat perkapalan. Walaupun perundingan itu gagal untuk mendapatkan pampasan ganti rugi bagi kelasi dan keluarga mereka, tetapi dengan cara ini sudah kelihatan komitmen yang besar daripada kumpulan kelasi untuk membina tali persahabatan di kalangan mereka tanpa mengira perbezaan kaum.

Moral cerita ini sama dengan yang dikisahkan dalam cerpen Kami dan Mogok (1977) karya Jaya bahawa tiada beban yang lebih berat daripada rasa bersalah daripada berdiam diri, tidak mahu bercakap dan berpeluk tubuh, tidak mahu bertindak, walaupun tahu peristiwa yang berlaku. Juga disebabkan perasaan kemanusiaan, lebih-lebih lagi merasa belas kasihan, maka teman-teman yang lain tergamak untuk mogok demi kepentingan kawan sekerja yang dipecat secara tidak adil. Begitu juga dalam novel Bangsal, diceritakan Lim Seng Thong, seorang peniaga yang penyayang dan tahu sangat semangat bertolak ansur. Dengan tidak mahu bertindak balas setelah bangal operanya dibakar Husin Riuh, maka sudah dapat dielakkn konflik perkauman yang berkemungkinan besar akan menumpahkan darah, jika terjadi.

(13)

(1971) daripada Dharmala NS, Syonan-to 2614 (1964) karya Arena Wati, Kalau Sudah Kehendak Hati (1941) nukilan Melan Abdullah, dan Harapan dan Pengorbanan (1969) hasil pena Darussalam, antara yang lain.

Kalau dalam cerpen Isteri Leong Beranak, orang Melayu yang menolong orang Cina, tetapi dalam novel-novel Bangsal, Sisa Laut dan Detik-Detik Cemas, kami dapati orang Cina telah menolong orang Melayu dengan cara yang berbeza. Karya-karya itu berbeza daripada Syair Berjual Beli, Anak Dibuat Denak, Kerana Mata Dacing, Hati Saya Terpancing, Dolly – Bidadari dari Shanghai and Istana Berembun yang didapati anti-orang Cina dan penjajah British pada zaman sebelum merdeka dengan orang Melayu dieksploitasi, ditindas, diperah dan terpinggir.

Walaupun unsur-unsur eksploitasi, layanan buruk dan diskriminasi masih ada, tetapi penulis seperti Wan Ahmad Ismail, Wijala Mala dan A. Samad Ismail dalam karya-karya mereka tadi cuba mendekati orang bukan Melayu yang juga sudah berinteraksi dengan orang Melayu. Walaupun yang diceritakan itu mungkin didapati radikal bagi sesetengah orang Melayu lain yang ada pendapat yang mungkin berbeza, tetapi perubahan sikap orang Melayu itu juga adalah sebahagian daripada perubahan dan perkembangan baharu yang berlaku di Malaya dan kini Malaysia, malah seluruh dunia selepas Perang Dunia II.

Dalam arus perubahan itu banyak masalah sudah diatasi. Ini juga menunjukkan kuasa manusia individu yang datang daripada hubungan antara manusia. Bagi penulis Melayu generasi baru itu, umat manusia, perasaan kemanusiaan, keamanan negara dan kesejahteraan bersama rakyat adalah lebih penting daripada pertentangan politik dan kepentingan kaum. Kesemua karya itu mengatakan semua manusia telah dijalini silaturahim, kualiti penting dari segi kemanusiaan.

Dilihat dalam kontek dan latar belakang itulah kita dapati lazimnya dalam hidup ini banyak perkara yang berlaku itu adalah yang satu membawa kepada yang lain, seolah-olah ada tindakbalas yang berantai (chain-reaction) yang merantaikan perkara-perkara itu, seperti ‘buat baik dibalas baik, dan buat jahat dibalas jahat’.

(14)

berlaku dan yang ada kaitan dengan hubungan antara kaum itu telah juga ditunjukkan dalam cerpen Harapan dan Pengorbanan (1969) karya Darussalam. Ia menceritakan seorang ibu Cina telah memberi bayinya kepada seorang ibu Melayu yang anaknya telah meninggal dunia. Tajuk cerpen yang membayangkan harapan dan pengorbanan itu besar maknanya kerana ia adalah lambang harapan baru untuk rakyat Malaysia secara kiasan. Kisah itu didapati sangat mencuit hati pembaca setidak-tidaknya dalam erti kata wanita Melayu itu sangat mengharapkan boleh mempunyai bayi di satu pihak, sementara wanita Cina itu pula mendapati bayi yang baru dilahirkannya itu hanya akan menambah beban kewangan keluarganya yang sudah miskin di satu pihak yang lain. Cerpen ini juga mencerminkan realiti dalam masyarakat kita kerana ibu saya juga telah memberi bayi perempuan yang baru lahir kepada seorang jururawat Melayu di Hospital Lumut, Perak.

Selain itu, setelah dianalisa dengan lebih lanjut kita akan dapati cerpen Isteri Leong Beranak (1966) daripada A Wahab Ali itu boleh juga ditafsirkan sebagai satu aspek lagi dalam proses perubahan yang diperkatakan ini. Perubahan yang berlaku itu adalah Leong sudah mengubah sikapnya menjauhkan diri daripada jiran Melayunya masa dahulu kepada mendekatinya kerana perlunya kebergantungan itu untuk terus hidup di kampung Melayu.

(15)

untuk masa depan yang lebih baik.

Serentetan peristiwa itu telah juga didokumentasikan dalam Interlok dengan maksud masa depan negara baru juga ditanggung generasi muda yang boleh menentukan kemandirian dan makna kemerdekaan yang akan membawa kesejahteraan dan kemakmuran kolektif. Generasi muda dalam novel ini diwakili watak Seman daripada keluarga Melayu Pak Musa, watak Yew Seng dan Poh Eng daripada keluarga Cina Cing Huat dan watak Ramakrishnan daripada keluarga Maniam, keturunan orang India. Mereka adalah generasi baru yang lahir di Tanah Melayu.

Yew Seng dan Poh Eng, generasi baru keturunan Cina yang lahir di negara ini tidak tahu negara asal nenek moyang mereka, China atau saudara mara di negara itu. Sebaliknya mereka rapat dengan kawan mereka daripada orang Melayu, termasuk Seman, anak Pak Musa, dan juga Lazim, seorang guru yang terlatih. Seterusnya, Ramakrishnan, anak Maniam adalah seorang polis yang mahu menjaga kepentingan semua kaum dalam masa yang sukar (Mohd Hanafi Ibrahim, 2001: 279). Dengan kata lain, generasi muda itu sumber asli yang paling berharga bagi Malaysia kerana mereka mempunyai tanggapan baru yang berbeza dengan yang dipunyai ibu bapa mereka terhadap masa depan negara, lebih-lebih lagi mereka amatlah berbeza daripada generasi muda yang lain yang biasanya berjiwa memberontak di satu pihak dan mahu mereka diberi kebebasan di satu pihak lain seperti kebanyakan orang muda di negara barat. Sebaliknya, mereka itu adalah seperti watak Kamal dan Lee Bee Fung dalam cerpen Pengabdian (1963) daripada Awang Had Salleh.

(16)

kawan Melayunya. Lihatlah pandangan Cing Huat tentang Yew Seng dan Poh dalam petikan dalam nota kaki ini.7

Mesej dalam kisah tersebut adalah rakyat Malaysia perlu mendekati satu sama lain untuk memahami kelebihan dan kelemahan masing-masing dengan lebih baik, dan bukannya dengan menolak, lebih-lebih lagi menjauhkan diri satu sama yang lain, kerana orang keturunan Cina dan India juga sudah menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia. Mereka tidak boleh dianggap sebagai pendatang lagi seperti sebelum kemerdekaan. Itulah asas model baru bagi rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama untuk dapat hidup bersama-sama dengan aman damai dan gembira antara satu dengan yang lain, selain dapat meraikan perbezaan mereka satu sama lain dan saling menghormati dengan semangat muhibah. Melalui pemaparan watak Yew Seng yang menganggap orang Melayu memang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang Cina, dan bukannya pandangan menghina mereka daripada generasi tua yang datang dari China dan India, seperti Cing Huat dan Perumal yang menganggap orang Cina dan India mempunyai kebudayaan yang lebih besar dan tinggi berbanding dengan kebudayaan Melayu.

Dalam karya-karya itu, seperti dalam karya-karya yang lain, termasuk Bangsal, Sisa Laut, Embun dan Tanah, Isteri Leong Beranak dan Mereka Tidak Mengerti, tidak ada perbezaan antara orang Melayu, Cina dan India dari segi kebudayaan, kepandaian, kebolehan, tetapi semua wataknya sudah dibentangkan sebagai manusia yang dijalini perasaaan kemanusiaan, kasih sayang dan kepentingan bersama untuk hidup dengan aman dan damai.

Sehubungan itu, Arena Wati telah juga mengisahkan contoh kejayaan orang Cina, Melayu dan India yang bekerjasama dalam novelnya Lingkaran (1977: 2-3). Dia menceritakan pekerja Melayu, India dan Cina sudah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melaksanakan

7 Abdullah Hussain 2003: 440: Luar pengetahuan Cing Huat, anaknya, Yew

(17)

tugas yang berbeza-beza pada masa yang sama dalam mendirikan rumah dengan mengibaratkan kerja yang berlainan itu sebagai kelopak bunga tiga warna, maka kelihatan sangsatlah romantik bila dipandang. Antara kerja-kerja yang perlu dilakukan itu adalah meletakkan batu asas, menggali tanah, mencampur simen, mendirikan tiang, memasang bumbung, membuat lantai, membuat dinding. 8

Jalinan yang terbina antara mereka pada mula-mulanya sebagai rakan sekerja itu sudah diperkuatkan dengan disiplin kerja yang bukan sahaja telah mengikat mereka sebagai orang professional, tetapi juga telah mewujudkan hubungan silaturahim yang merentasi jurang perbezaan kaum. Dengan kata lain, mereka yang datang sama-sama sebagai orang asing itu telah menjadi rakan sekerja yang mempunyai misi yang sama dan sudah menjadi kawan yang baik sehinggakan bersedia untuk berkorban demi menjalin tali persahabatan itu. Oleh sebab itu, bila ada seorang didapati susah, kawannya akan tampil ke depan untuk menolong, seolah-olah mereka adalah saudara dalam sebuah keluarga yang besar. Kisah seumpama itu telah juga diceritakan dalam novel Sisa Laut (1964), karya Wijaya Mala.

Sudah disebut tadi bahawa dalam karya Wijaya Mala ini encik Tan telah berunding dengan pihak pengurusan syarikat perkapalan untuk mendapatkan pampasan ganti rugi bagi pihak kelasi Melayu atau keluarganya dalam kemalangan. Demikian juga dalam cerpen Hati Ah Fook Selebam Malam (1970), Adam A. Kadir menceritakan Datuk Bahrin banyak menolong Ah Fook untuk meneruskan hidupnya menjual ikan di kampung Melayu.

Seterusnya dalam novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur (1982), Keris Mas telah menceritakan Datuk Indera Idris adalah orang Melayu yang pertama berkongsi dengan ahli perniagaan Cina, Datuk Tan Ong Seng, dalam melombong bijih timah di Wilayah Tualang. Selain itu, dalam novel Interlok

8 Orang Melayu dan orang Cina bekerja dalam bahagian pembangunan

(18)

(2003: 303), Abdullah Hussain menceritakan Maniam sudah menolong Musa yang menghadapi diskriminasi kaum dalam mencari kerja di lombong orang Cina dan estet getah yang dikuasai orang India.

Dalam kesemua karya yang tersebut itu, kita sudah ditunjukkan bagaimana hubungan yang baru sudah terbina antara orang Melayu dengan orang bukan Melayu, dan juga bagaimana ikatan persahabatan atas dasar pengalaman yang sama dikongsi itu dikembangkan untuk sepanjang hayat. Dalam hal ini, kita boleh lihat pelaksanaan wawasan 1Malaysia dan Wawasan 2020 yang menekankan keterangkuman semua rakyat Malaysia untuk membina perpaduan negara.

Rujukan

A Wahab Ali. Isteri Leong Beranak. Dewan Bahasa, Ogo 1966. Aban Port Swettenham, Jangan Berharap Makan Gaji Sahaja.

Warta Ahad, Bil. 96, 28 Feb. 1937.

Abdullah Hussain. Interlok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1971 & 2003.

Abdullah Sidek. Mari Kita Berjuang. Singapore: H. Hashim bin H Abdullah, 1941.

Abroad Mahmud. Nyawa Balasannya. Mingguan Malaysia, 27.7.1969.

Adam A. Kadir. Hati Ah Fook Selebam Malam. Mingguan Malaysia, 15.3.1970.

Arena Wati. Syonan to 2604. Berita Minggu, 20 Dis1964.

Arena. Wati. Lingkaran. Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1965;

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1977. Asmaranda. Surat dari Mekah. Mastika, April 1961.

Atan Long. Subuh. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1964.

Awang Had Salleh. Biru Warna. Kuala Lumpur: Usaha Penerbitan Menara, 1966.

Awang Had Salleh. Pengabdian. Berita Harian, 6.6.1963.

Darussalam. Harapan dan Pengorbanan. Utusan Zaman, 7.9.1969.

Dharmala N.S. Notis 24 Jam. Mingguan Malaysia, 23.5.1971. Harun Aminurrashid. Kerana Mata Dacing, Hati Saya Terpancing

Hiburan, Nov 1946.

(19)

Ibrahim Omar. Embun dan Tanah. Kuala Lumpur: Pustaka Melayu Baru, 1965.

Ishak Haji Muhammad. Anak Dibuat Denak. Utusan Zaman, 12 – 19.6.1938.

Jaya. Kami dan Mogok. Mastika, Nov 1955.

Keris Mas. Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982.

Melan Abdullah. Kalau Sudah Kehendak Hati. Utusan Zaman, 18.10.1941.

Mohd Hanafi Ibrahim. The Historical Order of Malaysian Socioculture in Interlok: 267-281. IN Malay Literature: Interlok Special Issue. 24: 2 (2011).

Muhammad Yusof Ahmad. Mencari Isteri. Majalah Guru, 1 Ogo 1928 - 1 Mei 1929).

Othman Rasul. Bidan Tarik. Mingguan Malaysia, 24.8.1969. Shahnon Ahmad. Rentong. Melaka: Toko Buku Abbas Bandung,

1965.

Wan Ahmad Ismail. Bangsal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991.

Referensi

Dokumen terkait

bahwa berdasarkan ketentuan Pasal 16 ayat (1) Peraturan Komisi Pemilihan Umum Nomor 13 tahun 2010 tentang Pedoman Teknis Tata Cara Pencalonan Pemilihan Umum Kepala Daerah dan

Luaran yang kami harapkan dari program kreativitas mahasiswa kewirausahaan (PKM-K) yang kami jalankan adalah terciptanya inovasi produk berupa Mukenah-In-Rok yaitu

Berdasarkan deskriptif perubahan nilai rata-rata (mean) rasio DER (Debt to Equity Ratio) mengalami peningkatan, namun hasil tersebut tidak cukup kuat untuk membuktikan adanya

pembuangan dan itu mengakibatkan dampak bagi lingkungan di sekitar tetapi sekarang banyak ditemukan cara atau solusi untuk menangani dampak-dampak yang dihasilkan oleh limbah,

Masukkan variabel laju pertumbuhan ekonomi, jumlah penduduk, rata-rata lama sekolah, indeks pembangunan manusia, produk domestik regional bruto, jumlah penduduk melek

Tabel 3 menunjukkan terdapat perbedaan yang bermakna secara statistik pada perubahan skor tingkat pengetahuan, sikap dan perilaku ibu serta tingkat kecukupan energi,

Hal ini terbukti bahwa setelah diberikan terapi musik klasik Mozart, 53,3% remaja putri mengalami nyeri ringan dan 46,7% remaja putri lainnya mengalami nyeri

Vania Ardelia, 111211132043, Intensi Berhenti Merokok pada Wanita Emerging Adult Ditinjau Dari Prediktor Theory of Planned Behavior, Skripsi, Fakultas Psikologi Universitas