• Tidak ada hasil yang ditemukan

Emperialisma Colonialisma di Vietnam ole

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Emperialisma Colonialisma di Vietnam ole"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN

LATARBELAKANG VIETNAM DAN PERANCIS

2.0 SETUJU ATAU TIDAK TENTANG KEUNTUNGAN HANYA KEPADA PERANCIS DAN SEBILANGAN GOLONGAN KAYA VIETNAM.

2.1 PENTADBIRAN PERANCIS

Dalam pentadbiran Perancis, ianya melibatkan cara pentadbiran secara langsung yang

mana ianya melibatkan asimilasi dan kesatuan1. Dalam pendekatan polisi kolonisasi

Perancis di Vietnam, ianya menekankan tentang kesaksamaan, persaudaraan dan

kebebasan yang seharusnya diaplikasikan kepada sesiapa yang berbangsa Perancis,

tanpa mengira bangsa mahupun warna kulit. Dalam proses asimilasi ini, ianya telah

ditekankan pada masa pentamadunan terhadap orang gasar. Ianya boleh dikatakan

sebagai proses peralihan bangsa dalam menjadikan orang bukan Perancis menjadi

orang Perancis. Dalam aspek kesatuan pula, ianya melibatkan kerjasama antara

golongan pemerintah dengan golongan yang diperintah, yang mana dua-dua pihak ini

memainkan peranan masing-masing dalam membangunkan negara. Kesatuan ini

bukannya bermaksud dalam menjadikan kesemua bangsa menjadi satu bangsa atau

identiti, ianya hanya bertujuan dalam tindakan yang hanya melibatkan kerjasama

antara golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.

Dalam pentadbiran perancis juga, ianya menekankan konsep kolonialism, iaitu

menjajah kawasan atau negara yang lemah dan menjadikannya sebagai sumber untuk

mendapatkan sumber ekonomi yang diinginkan. Dalam aspek ini, dalam pembangunan

pusat kolonisasi di Vietnam, ianya memisahkan kawasan Vietnam kepada dua iaitu

1“French Policy” dalam

(2)

kawasan utara dan selatan Vietnam2. Dalam era kolonisasi perancis ini, ianya

memperkenalkan sistem pertanian atau sistem perladangan yang menjadikan orang

Vietnam sebagai tenaga buruh bagi membangunkan tanah tersebut. Walaupun

kebanyakannya mempunyai tanah untuk dibangunkan, namun ianya dalam plot yang

kecil dan ada diantaranya merupakan tanah bagi sebilangan orang kaya Vietnam3.

Apabila Perancis menguasai Vietnam, ianya memecahkan Vietnam kepada tiga

daerah iaitu Kawasan Utara (Tonkin), Kawasan Tengah (Annam) dan Kawasan Selatan

(Cochinchina), yang mana peraturan kolonisasi Perancis lebih kepada penindasan

secara politik dan pengekploitasian melalui ekonomi4. Perancis mengasaskan

perladangan getah dan barangan agrikultur yang lain bagi memenuhi keperluan

pasaran. Indochina dikenali sebagai Koloni berkepentingan ekonomi oleh Kerjaan

Perancis. Pembiayaan bagi Kerajaan Koloni bermula dengan mengenakan cukai

terhadap penduduk tempatan dan kerajaan Perancis mengasaskan perdagangan hampir

monopoli terhadap barangan Opium, Garam dan Arak Beras5. Barangan dagangan itu

menjadi 44% sumber pendapatan bagi perbelanjaan kerajaan koloni pada tahun 1920

namun mula menurun kepada 20% pada 1930 kerana kepelbagaian ekonomi. Bank Utama Koloni merupakan Banque de l’Indochine yang diasaskan pada 1875 dan

bertanggungjawab dalam penempaan mata wang koloni. Iany menjadi bank kedua

yang paling banyak pelabur pada tahun 1940 selepas Algeria dengan pelaburan

sebanyak 6.7 milion Francs6.

2.1 PENTADBIRAN PERANCIS

Pada awal tahun 1930, perancis mula mengekploitasi Vietnam untuk bahan mentah dan

untuk mempelbagaikan sumber ekonomi koloni. Cochinchina, Annam dan Tonkin

menjadi sumber perdagangan teh, beras, kopi, lada, arang, zink dan tin sementara

2“French Colonialism in Vietnam” dalam

http://www.fsmitha.com/h2/ch14viet.htm diakses pada 20 Mac 2013. 3Ibid

4

Federal Research Division, 2005, Vietnam, Library of Congress, hlmn 3 5

Daughton J.P, 2011, Behind the Imperial Curtain: International Humanitarian Efforts and the Critique of French Colonialism in the Interwar Years, Versailles; French Historical Studies, hlmn 503-528

6

(3)

cambodia menjadi pusat untuk tanaman padi dan lada. Hanya Laos sahaja yang tidak

mempunyai ekonomi yang berdaya saing walaupun pembalakan dijalankan di sana

dalam skala yang kecil7.

Pada masa yang sama, bidang automibil yang semakin meningkat menjadikan

Indochina (Vietnam) menjadi pengeksport getah, dan tanaman dilaksanakan di

sepanjang tanah koloni terutamanya di Annam dan Cochinchina. Ini menjadikan banyak

pelabur yang melabur ke Vietnam kerana getah yang dihasilkan terutamanya syarikat

Michelin. Disebabkan pelaburan yang semakin meningkat ini menjadikan perancis

membuka kilang yang menghasilakn tekstil, rokok, bir dan simen yang kemudiannya

diekspot keseluruh empayar Perancis.

2.2 DASAR YANG DIJALANKAN

Salah satu dasar dalam membangunkan ekonomi Vietnam adalah dengan mengajar

kebudayaan Perancis kepada masyarakat Vietnam. Sebelum tahun 1920 lagi, Perancis

telah memberikan sistem persekolahan dalam mendidik orang Vietnam untuk berbicara

dalam bahasa Perancis dan juga membentuk budaya Perancis dalam diri pelajar dan

remaja Vietnam8. Ianya juga merupakan salah satu syarat untuk menyertai sistem

pentadbiran kolonisasi Perancis. Gangguan besar terhadap ekonomi perancis. Aktiviti

pertanian sara diri telah digantikan dengan ekonomi pasaran.

Di bawah pemerintahan kolonisasi Perancis, terdapat dasar yang menghalang

orang Vietnam untuk menjelajah ke kawasan luar dari daerah mereka sendiri tanpa

pengenalan diri dan juga dilarang untuk berjumpa untuk menjalankan aktiviti sosial.

Ianya diimplementasikan oleh Polis Kolonial berdasarkan kerjasama Kerajaan Perancis

7

Mason C, 2005, A Short History of Asia (2nd ed), New York; PALGRAVE MACMILLAN, hlmn 281. 8“French Colonialism in Vietnam” dalam

(4)

dan Agen Vietnam. Kesalahan yang dilakukan itu boleh menyebabkan pelaku

dipenjarakan atas budi bicara Majistret Perancis9.

Pada tahun 1930, lebih dari 80 peratus sawah padi di Cochinchina dimiliki oleh

25 peratus Tuan Tanah, dan 57 peratus di kawasan luar bandar merupakan petani tidak

bertanah yang bekerja di kawasan estet. Walaupun di keadaan di kawasan Utara agak

baik, namun petani yang tidak mempunyai tanah di kawaan Annam mempunyai jumlah

sebanyak 800, 000 dan di Tonkin hampir kepada 1 Juta. Cukai yang tinggi dan bunga

pinjaman yang tersangat tinggi menyebabkan beban kepada petani ini semaikn

bertambah kerana ketidakupayaan dalam menanggung cukai tersebut kerana

kehidupan yang miskin dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Lebih dai 90

peratus ladang getah dimiliki oleh Perancis. Dua pertiga lombong batu arang di Vietnam

dieksport ke negara-negara yang lain yang mana jumlah eksport mencapai 2 juta tan

pada tahun 1927. Sektor pembuatan terhad kepada simen dan tekstil, yang mana

sebahagiannya menjadi keperluan bagi Perancis sendiri. Kilang-kilang kapal dan senjata

dibina ketika Dinasti Nguyen dirobohkan ketika zaman koloni Perancis. Kebanyakan

industri Kraf selamat, namun begitu ianya dihasilkan seiring dengan standard barangan

Perancis menjadikan barangan tersebut hanya mapu untuk dibeli oleh pihak Koloni

Perancis dan Orang Kaya Vietnam10.

2.3 KESAN PENTADBIRAN

Terdapat gangguan besar terhadap ekonomi perancis. Aktiviti pertanian sara diri telah

digantikan dengan ekonomi pasaran11. Barang-barang yang dihasilkan adalah untuk

dijual dan untuk mendapatkan keuntungan. Hal ini menyebabkan kebanyakkan

penduduk kampung tidak mempunyai tanah dan menjadi pekerja yang berkerja di

ladang-ladang besar, lombong dan kilang yang dimiliki oleh orang-orang perancis atau

9 “Colonial Administration” dalam

http://lcweb2.loc.gov/cgi-bin/query/r?frd/cstdy:@field(DOCID+vn0027) diakses pada 21 Mac 2013.

10 “Colonial Administration” dalam

http://lcweb2.loc.gov/cgi-bin/query/r?frd/cstdy:@field(DOCID+vn0027) diakses pada 21 Mac 2013.

11

(5)

Indochina yang kaya12. Manakala Indochina di bwh pentadbiran Vietnam mempunyai

sumber seperti getah, beras sutera dan mineral. Hasil jualan barangan ini member

keuntungan kepada Perancis. Sebagai balasannya mereka mendapat kemudahan

seperti jalan perhubungan yang baik, pendidikan barat dan aktiviti industri

diperkenalkan13. Selain itu, para petani yang bekerja di bawah Perancis dikera untuk

bekerja melebihi 12 jam dan ada yang kepenatan dan ada juga yang mati14. Ada juga

perkara hukum menghukum yang mana petani atau pekerja yang tidak mencukupi

kuota pengeluaran pada hari tersebut akan dihukum dan ada juga terpaksa lari kerana

tidak sanggup untuk bekerja dengan keadaan yang sedemikian15

Ekonomi memberi keuntungan kepada Perancis. Sebagai contoh beras yang

merupakan makanan utama tidak mencukupi bagi rakyat tempatan. Kebanyakkannya

dieksport di luar Negara16. Orang Vietnam telah dibuat untuk berasa rendah diri di

Negara merka sendiri. Ditulis oleh seorang Nasionalis pada 190817. “Sama ada dalam

surat khabar, atau surat, atau perbualan, Perancis sentiasa memegang kami dalam

kebencian dan penghinaan. Mereka menganggap kita bukan semata-mata sebagai liar,

tetapi sebagai anjing dan babi. Bukan sahaja mereka tidak melayan kita sebagai sama, tetapi kepada mereka kita adalah sesuatu yang kotor dan busuk, perlu dielakkan.”

Penjajahan Perancis mempunyai kesan yang teruk terhadap sistem pemilikan tanah

kepada penduduk Vietnam. Hal ini menyebabkan system pemilikan tanah berlaku

secara tidak seimbang. Ianya membentuk golongan kelas kaya dan pemilik tanah yang

tamak iaitu berbangsa perancis mahupun Vietnamese katolik18.

Sewa tanah yang dikenakan kepada penduduk mencecah kepada 60% daripada

hasil tanaman mereka untuk setahun dan pinjaman mereka pada kadar bunga purata

Nguyen Khac Vien, Histoire du Vietnam, editions socials, Paris, 1974. 14

Mason C, 2005, A Short History of Asia (2nd ed)

, New York; PALGRAVE MACMILAN, hlmn 281. 15

Ibid

16

Philipe Devillers, Histoire du Vietnam de 1940 a 1952. Paris 1952. 17

Joseph Buttinger, Vietnam : A Dragon Embattled, Phaidon Press, Oxford. 1967. 18

(6)

penyewa tanah. Akibatnya ada petani yang menjadi hamba19. Sesetengah petani

berpindah ke Bandar menjadi buruh kasar. Buruh-buruh inilah yang menjadi rakyat

jelata yg akhirnya menjadi satu ancaman besar kepada kuasa perancis20.

Pada Tahun 1907, kerajaan jepun cuba utk berbincang tentang tarif yg sesuai

utk eksport ke indochina, namun gagal kerana sistem proteksinism diasaskan pada

1928 apabila berlakunya peningkatan dalam tarif barangan jepun dan china21. Perancis

dan jepun mencapai persetujuan pada pertengahan 1932 tentang perdagangan antara

jepun dan Indochina tetapi merosot pada penguhujung 1940-an22. Pada awal hubungan

pasca-perang antara Jepun dan Indochina, perancis menuntut pampasan yang

berjumlah $2 bilion untuk Vietnam sahaja, namun setelah perbincangan mencapai

persetujuan, kerajaan Vietnam menerima sebanyak $55.6 Juta dalam pampasan,

pinjaman kerajaan dan pinjaman kerjasama ekonomi peribadi. Impak Peperangan

Vietnam terhadap ekonomi Jepun menyebabkan Jepun memperoleh sebanyak $292

milion pada 1967 dan meningkat kepada $467 Juta tiga tahun kemudian23. Semasa

zaman koloni Perancis, etnik Cina memegang jawatan tinggi dalam hampir kesemua

sektor ekonomi terutamanya dalam perniagaan borong dan runcit dan perdagangan

beras terutamanya di kawasan selatan24. Pada tahun 1925, terdapat 5,000 pegawai

Eropah yang dibawa masuk ke dalam Vietnam untuk memerintah.

19 Ibid. 20

Ibid. 21

Mendl W (Ed.), 2001, Japan and South East Asia, London; Routledge Taylor & Francis Group, hlmn 410. 22

Ibid, hlmn 411. 23

Ibid, hlmn 413. 24

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian yang telah dilakukan oleh penulis di BRI Syariah KCP Purwodadi dapat disimpulkan bahwa dalam pengelolaan manajemen risiko layanan BRIS Online,

Sumber daya manusia merupakan faktor terpenting yang dapat menentukan berhasil atau tidaknya suatu proyek. Potensi setiap sumber daya manusia yang ada dalam proyek seharusnya

(6) Pendidikan Profesi Guru (PPG) sebagaimana dimaksud ayat (1) adalah program pendidikan yang diselenggarakan untuk mempersiapkan lulusan S1 kependidikan dan S1/D4

Tidak ada pengatasnamaan atau jaminan, baik secara langsung maupun tidak langsung dari BNI SEKURITAS atau pun pihak-pihak lain dari Grup BNI, termasuk pihak-pihak lain dari

Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk

Populasi dalam penelitian ini adalah seluruh karyawan yang bekerja di CV Sujiwo Kusuma, Klaten berjumlah 63. Jumlah subjek 63 ini dipergunakan semua sebagai

Sejauh pengamatan peneliti, penelitian mengenai perbedaan adversity quotient pada mahasiswa yang mengikuti Objective Structured Clinical Skills (OSCE) berdasarkan motivasi

Mengevaluasi indikator kinerja utama tahunan LPPM secara makro berkenaan dengan luaran (output) dan hasil (outcome) LPPM terutama untuk mewujudkan keunggulan program