POLITEKNIK BANTING SELANGOR
JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI
GARIS PANDUAN BAGI PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR SESI II 2021/2022
1.0 PENGENALAN
Pada sesi II 2021/2022 proses pendaftaran Kolej Kediaman dan Proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) adalah amat berbeza daripada norma asal kerana dunia mengalami musibah yang luar biasa iaitu serangan penyakit COVID-19 amnya dan negara Malaysia khususnya mengalami musibah yang sama. Oleh itu, bagi menghadapi kehidupan kampus dan proses PdP dengan norma baharu (new Norms) maka semua pelajar hendaklah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) dan Politeknik Banting Selangor yang telah ditetapkan agar semua warga PBS di dalam keadaan selamat dan harmoni. Untuk memastikan proses PdP pelajar senior berjalan dengan lancar dan sempurna terdapat beberapa perkara yang perlu dilaksanakan oleh pelajar iaitu mematuhi semua peraturan institusi serta membuat bayaran yuran pengajian dan membuat bayaran yuran Kolej Kediaman. Selain itu, pelajar juga dikehendaki mendaftar Kolej Kediaman, mendaftar politeknik dan mendaftar kursus bagi sesi II 2021/2022. Tarikh dan masa pendaftaran pelajar senior ke Kolej Kediaman PBS adalah seperti jadual 1.0 berikut:
Jadual 1.0: Tarikh dan Masa Pendaftaran Kolej Kediaman
Jabatan Pelajar DKM Pelajar DTP, DAM
Tarikh 3 Mac 2022 4 Mac 2022
Masa 9.00 pagi – 1.00 tgh 9.00 pagi – 12.00 tgh Tempat Kafeteria Mas Kafeteria Mas
PINDAAN 01
2 | Sesi II 2021/2022 2.0 PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) SEMASA PANDEMIK COVID-19
Garis panduan peraturan keselamatan ini bertujuan untuk penyelarasan pendaftaran pelajar senior bagi sesi II 2021/2022 pengajian semasa Pandemik COVID-19. Oleh itu pelajar yang berkeperluan hadir ke kampus hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:
1. Pelajar yang diminta hadir ke kampus pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan bagi melancarkan proses pendaftaran Kolej Kediaman dan terkawal pada satu-satu masa.
2. Semua pelajar dikehendaki membuat ujian saliva kendiri dengan menggunakan test kit yang dikhaskan oleh Medical Device Authority (MDA) dalam tempoh 24 jam sebelum melapor diri ke PBS. Bukti ujian pengesanan saliva seperti rajah 1.0 di bawah hendaklah ditunjukkan kepada petugas di pintu masuk PBS.
Rajah1.0: Pembuktian melaksanakan Ujian Saliva Kendiri
3. Mengikut SOP MKN pada hari ke-6 dan ke-14 semasa berada di kampus PBS semua pelajar perlu melaksanakan ujian pengesanan COVID-19 Saliva. Oleh itu, semua pelajar dikehendaki membawa dua (2) kit ujian pengesanan COVID-19 Saliva yang belum digunakan.
4. Pelajar DIWAJIBKAN mengisi Borang Pengisyhtiharan Kesihatan Pelajar Politeknik Banting Selangor (PBS) dengan jujur sejujurnya bagi membasmi penularan wabak pandemik COVID-19 semasa mendaftar di Kolej Kediaman PBS.
5. Proses Pendaftaran Kolej Kediaman akan dilaksanakan mengikut norma baharu seperti pemeriksaan suhu badan, sanitasi kelengkapan dan beg pelajar, penggunaan pensanitasi tangan, pemakaian pelitup muka dan pengamalan penjarakan fizikal haruslah dipatuhi sepanjang masa.
Semua pelajar dibenarkan masuk ke kampus mengikuti proses Pdp
(lengkap vaksinasi, tidak lengkap vaksinasi dan menolak vaksinasi).
3 | Sesi II 2021/2022
Pelajar yang lengkap vaksinasi adalah mereka yang telah menerima vaksinasi seperti jadual 2.0 berikut:
Jadual 2.0: Klasifikasi pelajar lengkap vaksinasi
Dos Pertama Dos kedua Dos Penggalak status
AstraZeneca AstraZeneca Lengkap
Pfizer Pfizer Lengkap
Sinovac Sinovac AstraZeneca / Pfizer Lengkap 6. Pelajar yang tidak lengkap vaksinasi dan yang menolak vaksinasi
dikehendaki untuk:
i. Melaksanakan ujian pengesanan COVID-19 menggunakan kaedah RT-PCR dan berkeputusan negatif 3 hari sebelum masuk ke kampus.
ii. Sepanjang berada di kampus pelajar perlu melaksanakan ujian pengesanan COVID-19 menggunakan kaedah RTK-Ag seminggu sekali
Semua perbelanjaan ujian pengesanan COVID-19 adalah di bawah tanggungan pelajar.
7. Pelajar yang berstatus Person Under Investigation (PUI) atau Person Under Surveillance (PUS) atau telah tersenarai dalam kategori Kontak Rapat Pesakit COVID-19 oleh KKM TIDAK DIBENARKAN mendaftar sehinggalah pelajar tersebut kembali sembuh / selesai menjalani arahan kuarantin. (Sila kemukakan Surat Pelepasan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) kepada Penasihat Akademik (PA)/KJHEP).
8.
Pelajar yang bergejala COVID-19, mempunyai gejala batuk, selsema, sakit tekak, sukar bernafas dan suhu badan melebihi 37.5°C TIDAK DIBENARKANmendaftar di Politeknik Banting Selangor sehingga pelajar sembuh.
9. Hanya dua (2) orang waris sahaja yang dibenarkan untuk mengiringi pelajar semasa hari pendaftaran di kampus PBS. Waris TIDAK DIBENARKAN turun dari kenderaan dan memasuki kawasan Kolej Kediaman PBS.
10.
Pelajar dikehendaki memuat turun aplikasi MySejahtera di telefon
bimbit masing-masing bagi merekodkan pergerakan setiap masa pada setiap lokasi yang telah dikunjungi.4 | Sesi II 2021/2022 11. Bagi mencegah penularan wabak virus COVID-19 semua pelajar dinasihatkan membawa sendiri pelitup muka dan pensanitasi tangan (hand sanitizer) sepanjang berada di Politeknik Banting Selangor.
12. Pelajar diminta memaklumkan dengan segera kepada PA/Felo/JHEP sekiranya terdapat maklumat terkini berkaitan COVID-19 dikalangan ahli keluarga pelajar dalam tempoh pengasingan.
13. Semua pelajar DIWAJIBKAN menginap di Kolej Kediaman dan pelajar diminta agar BERADA DI BILIK MASING-MASING sepanjang tempoh pengasingan iaitu selama tujuh (7) hari bermula dari tarikh melapor diri.
14. Pelajar yang membawa kenderaan diminta mendaftarkan kenderaan dengan pihak PBS.
15. Sepanjang tempoh pengajian, ibu bapa / penjaga adalah dipohon untuk TIDAK DIGALAKKAN MELAWAT PELAJAR di Kolej Kediaman PBS dan pelajar juga perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan Kolej Kediaman untuk sebarang urusan pulang atau keluar dari Kolej Kediaman PBS bagi mengelakkan risiko jangkitan COVID-19.
16. Pelajar diminta untuk akur dengan arahan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan peraturan institusi yang dikemaskini dari semasa ke semasa.
17. Pelajar diminta sentiasa memakai pelitup muka, kerap mencuci tangan, sentiasa mengekalkan penjaran fizikal dan elakkan berkumpul di kawasan sempit, sesak dan sembang dekat sepanjang masa.
5 | Sesi II 2021/2022 3.0 KADAR YURAN BAGI SESI II 2021/2022
Jadual 3.0: Kadar bayaran yuran sesi II 2021/2022 BIL. JENIS
BAYARAN JUMLAH (RM) KAEDAH BAYARAN TEMPOH
1
Yuran
Pengajian 200.00 Bayaran secara online menggunakan JomPAY (sila laksanakan bayaran
secara berasingan)
25 Februari 2022 sehingga
3 Mac 2022 2 Yuran Kolej
Kediaman 476.00
4.0 TATACARA MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN DAN YURAN ASRAMA DI BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)(melalui JomPay)
Pada setiap awal pengajian semester bermula, semua pelajar diminta menjelaskan Yuran Pengajian dan Yuran Kolej Kediaman di pusat pengajian masing-masing agar proses PdP berjalan dengan sempurna. Oleh itu, untuk menjelaskan bayaran tersebut maka pelajar hendaklah mengikuti beberapa langkah yang telah ditunjukkan di dalam buku ini secara terperinci bagi mengelakkan kesilapan berlaku semasa pembayaran dilakukan.
4.1 MAKLUMAT PENTING
Semua pelajar diminta mematuhi dan memahami arahan ketika membuat pembayaran yuran pengajian dan yuran kolej kediaman di BIMB. Pihak Politeknik KPT tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan yang berlaku dalam proses pembayaran semua yuran.
4.1.1. KAEDAH PEMBAYARAN YURAN
Bayaran boleh dibuat melalui saluran berikut:
A. JomPay
1. Log masuk ke perbankan pilihan dalam talian atau mobile banking
6 | Sesi II 2021/2022
2. Pilih JomPay pada menu Pay Bills
3. Buat pilihan akaun pengguna dan isi maklumat berikut:
i. Biller Kod Politeknik Banting = 629485
ii. Reference 1: Nombor kad pengenalan PELAJAR tanpa (-) contoh 031229105384
iii. Reference 2: Nombor telefon PELAJAR.
contoh 0197524352
iv. Jumlah: Sila semak Jadual 1: Senarai Bayaran Pelajar Senior Sesi II 2021/2022
4. Menyemak semula maklumat sebelum mengesahkan (CONFIRM) pembayaran.
200 : 629485
Biller code = 629485
Reference 1 : Nombor kad pengenalan pelajar Reference 2 : Nombor telefon pelajar Amount : Jumlah bayaran
Biller code = 629485
Reference 1 : Nombor kad pengenalan pelajar
Amount : Jumlah bayaran (sila rujuk jadual bayaran)
7 | Sesi II 2021/2022
5. Unique JomPay Reference Number akan dipaparkan setelah transaksi
bayaran berjaya dilakukan.
6. Pelajar diwajibkan mencetak maklumat bayaran ini bagi tujuan simpanan dan sebagai rekod pendaftaran pelajar
5.0 PERSEDIAAN DAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEBELUM DAN SEMASA PENDAFTARAN POLITEKNIK
Sebagai seorang pelajar PBS yang akan mengikuti pengajian pada setiap semester maka saudara/saudari hendaklah mengemukan dokumen yang diperlukan oleh pihak PBS serta menjelaskan segala bayaran yang dikenakan agar proses pengajian berjalan lancar.
a. PERSEDIAAN SEBELUM PENDAFTARAN SECARA DALAM TALIAN Pelajar dinasihatkan untuk bersiap sedia dengan dokumen berikut sebelum
pendaftaran dilaksanakan bagi melancarkan proses pendaftaran dan menyusun mengikut turutan berikut:
i. Laksanakan pembayaran yuran pengajian sehari (1) sebelum melaksanakan pendaftaran secara dalam talian
b. PENDAFTARAN POLITEKNIK SECARA DALAM TALIAN DI iHELP
Laksanakan Pendaftaran Politeknik di dalam sistem SPMP (iHELP- Lapor diri Pelajar Senior)
Biller code = 629485
Reference 1 : Nombor kad pengenalan pelajar Amount : Jumlah bayaran
Nombor rujukan bayaran
8 | Sesi II 2021/2022 c. PENDAFTARAN KURSUS
Pendaftaran kursus akan dilaksanakan secara dalam talian melalui iDAFTAR di dalam SPMP dengan bantuan/nasihat penasihat akademik.
6.0 PROSES PENDAFTARAN
Proses pendaftaran politeknik akan berlaku ketika sesi pengajian bermula dan ianya akan berulang untuk semester berikutnya sehinggalah pelajar menamatkan pengajian di Politeknik Banting Selangor. Selain itu juga pelajar hendaklah mendaftar Kolej Kediaman dan kursus pada setiap semester. Bagi memudahkan urusan pendaftaran maka pelajar hendaklah mengikut carta alir yang telah dikemukakan.
6.1 CARTA ALIR AKTIVITI PENDAFTARAN PENGAJIAN PELAJAR SENIOR SESI II 2021/2022
Rajah 1: Carta Alir Proses Pendaftaran Pengajian Pelajar Senior Sesi II 2021/2022
-TAMAT- Mula
Bayar Yuran Pengajian/ Kolej Kediaman/
Insuran
Pendaftaran Politeknik Secara dalam talian melalui sistem SPMP- iHELP (iHELP – Lapor diri Pelajar Senior)
Pendaftaran Kursus secara atas talian oleh pelajar dengan bimbingan penasihat
akademik
Tamat
Selepas 25 Februari 2022 Sehingga 3 Mac 2022
Tarikh Penting
Sebelum 7 Mac 2022
Sebelum 7 Mac 2022 Pendaftaran Kolej Kediaman
(Bagi pelajar yang kembali ke kampus)
Pada 3 Mac 2022 (Pelajar DKM) 4 Mac 2022 (Pelajar DAM dan DTP)