halaman
1
KARNIVAL PENDIDIKAN ISLAM : SMKA SEGAMAT JOHAN KESELURUHAN
SMKA Segamat : Seramai 22 orang peserta dari SMKA Segamat telah menyertai Karnival Pendidikan Islam Peringkat Daerah Segamat pada 28 Mac 2015 yang lalu. Pasukan SMKA Segamat yang dipimpin oleh Ust. Hadi Bin Mohamed Suhaimi ini telah meraih 8 kedudukan Johan daripada 11 acara yang disertai berbanding 4 kedudukan Johan
KEMBARA MPSM BERSAMA SMKA SEGAMAT
Majlis ucapan dan motivasi turut disertai bersama oleh semua guru dan pelajar SMKA Segamat yang diadakan dalam dewan Luqman al-Hakim. Majlis berakhir dengan sesi bergambar kenang-kenangan dan jamuan makan tengahari. Semua tetamu meneruskan program Kembara MPSM selepas solat Zohor. Tuan Pengetua mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang turut menjayakan program ini.
SMKA Segamat : SMKA Segamat telah menyambut ketibaan rombongan Kembara MPSM Kebangsaan pada 28 Mac 2015 yang lalu.
Seramai 70 orang Pengetua dari seluruh negara telah tiba pada jam 9.30 pagi dan disambut mesra oleh warga SMKA dengan paluan kompang selamat datang. Sebelum masuk ke dewan para tetamu telah disajikan dengan persembahan kawad daripada platun Kadet Remaja Sekolah (KRS) Perempuan SMKA Segamat.
adalah bukti kesungguhan peserta dan guru-guru pembimbing untuk meningkatkan prestasi akademik khasnya dalam bidang Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Tuan Pengetua mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada semua yang terlibat serta berharap kontinjen Segamat akan meraih kejayaan yang cemerlang di peringkat negeri
an
2
KEMBARA MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN ( MPSM ) DI SMKA SEGAMAT ( 29 MAC 2015 )
LATIHAN RUMAH SUKAN AKHIR ( 29 MAC 2015 )
SUKAN OLAHRAGA MSSD SEGAMAT ( 23-26 MAC 2015 )
alaman
3
EDITORIAL BULETIN INSPIRASI SEMANGAT EDISI 11/2015
Penasihat > Ust. Mohd. Fauzan bin Mohamed Mokhtar Editor > Ust. W Zainuzzaman bin Wan Abdullah
Penolong Editor > Ust. Rumaja bin Sarmin
Terbitan > Unit Perhubungan & Dokumentasi, SMKA Segamat
“ Di mata orang kecil, perkara kecil menjadi besar. Di mata orang besar,
perkara besar menjadi kecil ”
an
4
BIL NAMA JAWATAN
1 PM. HJ. AHMAD NAWAWI BIN YAAKOB YANG DIPERTUA 2 EN. SOPI BIN MOHAMAD NAIB YANG DIPERTUA
3 PN. HAFSAH BINTI OON SETIAUSAHA
4 EN. MUHAMAD SOLEHUDDIN BIN RIDZUAN PEN. SETIAUSAHA 5 PN. FATIMAH ASILAH BINTI OMAR BENDAHARI 6 CIK NUR AJILAH BINTI FAZIL PEN. BENDAHARI 7 EN. ABD HADI BIN MOHAMED SUHAIMI AJK GURU
8 EN. RUMAJA BIN SARMIN AJK GURU
9 EN. NOOR MOHAMAD BIN JUPRY AJK GURU 10 PN. HAJAH RUZANA BINTI MOHD SAM AJK GURU 11 CIK DIANA BINTI ZAKARIA AJK GURU 12 CIK NOOR ASLIDA BINTI RAMLI AJK GURU 13 EN. SABRI BIN HAMID AJK IBU BAPA 14 EN. TUMIN BIN YATMAN AJK IBU BAPA 15 EN. SHAFI’IE BIN KHALID AJK IBU BAPA 16 EN. HISHAM BIN AWANG AJK IBU BAPA 17 EN. JULIZA BINTI JAMIAN AJK IBU BAPA 18 PN. JALILAH BINTI SARPIN AJK IBU BAPA 19 EN. JEFRI AL BAHARIN BIN AZIZ JURUAUDIT 1 20 EN. MINHAT BIN HJ. IBRAHIM JURUAUDIT 2
JAWATANKUASA PERSATUAN IBUBAPA GURU
(PIBG) SMKA SEGAMAT
SESI 2015/2016
alaman
5
an
6
alaman
7
an
8
alaman
9
PENCAPAIAN SMKA SEGAMAT DALAM KARNIVAL PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH KPM DAERAH SEGAMAT
TARIKH: 28 MAC 2015 / TEMPAT: SMK BANDAR PUTRA,
segamat JOHAN
TILAWAH PUTERA:
MOHAMAD FAZRUL BIN ZULKURNAIN
HAFAZAN PUTERA:
MUHAMMAD ZULFAHMI BIN
SHAFIE
HAFAZAN PUTERI:
ANIS SOFIA BINTI SIDEK
SYARAHAN AGAMA PUTERA:
MUHAMMAD FAHMI HELMI
BIN JAMIL
SYARAHAN AGAMA PUTERI:
NURUL IZZATI BINTI JUNAIDI
JOHAN NAIB JOHAN
KHAT PUTERA:
MOHD FARHANUDDIN
BIN HISHAM
KHAT PUTERI:
NURUSSAADAH BINTI MOHD
FARIDZ
KUIZ AGAMA:
FARZIYATUL FIRZANAH BT DZIYAUL AFRAZ
NURFARAHAIN BINTI BAHRUDIN NUR HADIRAH BINTI MUHAMAD NOR
BERZANJI PUTERI:
NUR HIDAYAH BINTI HAMRI
KETIGA
NASYID:
MUHAMMAD ALIFF BIN RUSLIN @ ROSLIN MUHAMMAD SAFIY SYAZANI BIN SUKRI MUHAMAD HANIF AMIR BIN JOHARI MUHAMMAD ANAS BIN MOHD HASSAN MUHAMMAD FIRDAUS BIN YAAKOP MUHAMMAD FATHI BIN NADZRUDIN FARHAN SYAHMI BIN BAHARUDIN
MOHD TAUFIQ BIN MOHD KHAIRUL ANUAR MUHAMMAD ALIF KAMARUDIN
an
10
BICARA ILMU 9 : PROGRAM KESEDARAN KOMUNITI ASEAN/2
alaman
11
Berikut ini dijelaskan secara ringkas tentang sebab-sebab terjadinya peperangan di mana Rasulullah SAW terlibat di dalamnya.
1 Perang Waddan, tidak terjadi pertempuran sebab tidak bertemu dengan pasukan Quraish.
Ikatan perjanjian damai dilakukan dengan Bani Dhamrah.
2. Perang Buwath, tidak dapat menyusul kafilah Quraish.
3. Perang Dzul ‘Usyairah, tidak terjadi kontak senjata, Rasulullah SAW mengadakan ikatan perjanjian damai di jalur kafilah dagang itu dengan kabilah Bani Mudlij dan sekutu-sekutu Bani Dhamrah.
4. Perang Badar pertama, tidak terjadi kontak senjata sebab pasukan Muslimin tidak dapat mengejar pasukan Quraish yang telah menyerang dan merompak/menjarah tempat-tempat penggembalaan di daerah pinggiran Madinah.
5. Perang Badar Al-Kubra terjadi kerana Quraisy menginginkan terjadinya kontak senjata (perang) dengan pasukan Muslimin, walaupun kafilah dagang mereka telah memasuki jalur yang aman. Akhir pertempuran pasukan Muslimin memenangkan peperangan Badar Al-Kubra ini.
Terdapat sekitar 68 orang tawanan perang (Suku Quraish) yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk diperlakukan dengan baik, sabdanya SAW: “Perlakukanlah tawanan itu dengan baik.”
Sebahagian tawanan menebus kebebasan mereka dengan membayar antara 1000 Dirham sampai 4000 Dirham kerana mereka orang kaya.
Sementara ada sebahagian tawanan yang dibebaskan tanpa membayar tebusan kerana mereka tergolong miskin. Dan ada sebahagian lagi yang dibebani mengajar anak-anak kaum Muslimin sebelum dibebaskan kerana mereka adalah di antara orang-orang yang terpelajar.
6. Perang Bani Qainuqa’ (Kaum Yahudi) di Madinah adalah disebabkan Kabilah Bani
Qainuqa’ telah melanggar perjanjian dengan pihak Rasulullah dan membantu Quraisy untuk memusuhi Islam. Tidak terjadi pertempuran kerana Bani Qainuqa’ telah keluar dari Madinah.
Bani Qainuqa’ kalah dalam peperangan tanpa pertumpahan darah setelah dikepung oleh pasukan Muslimin selama 15 hari. Keputusan Rasulullah SAW terhadap Bani Qainuqa’ yang kalah adalah diusir keluar dari Madinah dengan meninggalkan senjata-senjata dan peralatan pertukangan emas, tetapi boleh membawa anak- anak, isteri dan harta benda mereka bersama.
7. Perang Bani Sulaim, terjadi kerana Rasulullah SAW mengetahui persiapan yang mereka lakukan untuk menyerang Muslimin di Madinah tetapi tidak terjadi pertempuran sebab Kabilah Bani Sulaim dan Bani Ghatafan melarikan diri dan meninggalkan harta benda mereka.
8. Perang Sawiq, terjadi kerana Rasulullah SAW mengetahui persiapan yang mereka lakukan untuk menyerang Muslimin di Madinah tetapi tidak terjadi pertempuran sebab lepasnya pasukan musuh iaitu kaum Quraisy Makkah dari kejaran pasukan kaum Muslimin.
9. Perang Dzu Amar, terjadi kerana Rasulullah SAW mengetahui persiapan yang mereka lakukan untuk menyerang Muslimin di Madinah tetapi tidak terjadi pertempuran sebab Kabilah Bani Tsalabah dan Bani Muharib telah melarikan diri, dan pasukan kaum Muslimin menempati (menguasai) perkampungan mereka sekitar sebulan.
10. Perang Bahran, terjadi kerana Rasulullah SAW mengetahui persiapan yang mereka lakukan untuk menyerang Muslimin di Madinah tetapi tidak terjadi pertempuran sebab Kabilah Bani Sulaim melarikan diri dan pasukan kaum Muslimin menempati (menguasai) perkampungan mereka sekitar dua bulan.
…….bersambung
Sirah Perang Rasulullah S.A.W
SIRI PERTAMA
alaman
12
Muhasabah Diri
halaman
13
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yangg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib &
masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan, berjalan kaki dan berjalan dengan muka. Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
……….bersambung
Kisah Mahsyar
halaman
14
\\\\\
Surah al-Isra’: 70 - 72
Terjemahan Surah Al-Isra’
[70] Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah memuliakan anak-anak Adam; Kami (Allah) angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami (Allah) beri mereka rezeki daripada yang baik-baik, dan Kami (Allah)
lebihkan mereka atas kebanyakan makhluk yang telah Kami (Allah) ciptakan.
[71] (Ingatlah) suatu hari yang Kami (Allah) akan memanggil tiap-tiap manusia dengan imam (pemimpin) mereka. Dan sesiapa yang diberikan kitabnya di tangan kanannya, maka mereka itu akan membaca kitabnya
itu, dan mereka tidak dianiaya sedikit pun.
[72] Dan sesiapa yang buta di sini (dunia ini), nescaya di akhirat (nanti)
dia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat jalan.
halaman
15
IKHFA' SYAFAWI
Ikhfak Syafawi : apabila huruf Mim sukun (mim mati) bertemu dengan huruf Ba’ yang berbaris, hukum bacaannya didengungkan.
Cara mengenali Ihfak Syafawi Dikenali dengan melihat huruf mim yang pertama tidak berbaris (ﻢ)
diikuti dengan huruf ب yang berbaris.
Cara bacaan Ihfak Syafawi
Sebutan hendaklah didengungkan sebanyak 2 harakat dengan
merapatkan dua bibir.
Huruf Ihfak Syafawi
Huruf ikhfa' syafawi satu sahaja iaitu huruf Ba'.
Contoh Ihfak Syafawi
alaman