1
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA [KES NO: 22/4-143/18]
DI ANTARA CHING SUET YEEN
DAN
SHENG BANG ENTERPRISE (M) SDN BHD
AWARD NO. 800 TAHUN 2018
DI HADAPAN : Y.A. DATO’ FREDRICK INDRAN X.A. NICHOLAS Pengerusi (bersidang berseorangan)
TEMPAT : Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur
TARIKH RUJUKAN : 13.11.2017
TARIKH SEBUTAN : 12.02.18, 05.03.18, 09.04.18
TARIKH BICARA : -
PERWAKILAN : Pihak Menuntut - Hadir
Bagi pihak syarikat - Chong Chuang Yee, Eksekutif Pentadbiran (Ong Pooi Hong, Eksekutif Pentadbiran bersamanya)
RUJUKAN
[1] Pada 13.11.2017 Yang Berhormat Menteri dalam menj alankan kuasanya di bawah seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967, merujukkan pertikaian berkaitan pemecatan kerja Ching Suet Yeen (“Pihak Menuntut”) oleh majikannya Sheng Bang Enterprise (M) Sdn. Bhd. (“Pihak Syarikat”) ke Mahkamah ini untuk pengel uaran suatu award.
AWARD
2
[2] Sebutan pertama untuk kes ini telah diadakan pada 12.02.2018 seterusnya sebutan kedua telah diadakan pada 05.03.2018 dan sebutan ketiga diadakan pada 09.04.2018. Pada tarikh sebutan 09.04.2018 Mahkamah telah menerima surat dari pada Pihak Menuntut bertarikh 09.04.2018 (rujuk Kand. (8) fail Mahkamah) yang memaklumkan bahawa kedua - dua belah pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan kes ini dan Pihak Menuntut ingin menarik balik kesnya terhadap pihak Syarikat tanpa kebebasan untuk m emfailkannya semula di Mahkamah.
[3] Atas penarikan balik kes tersebut Mahkamah dengan ini memerintahkan kes ini dibatalkan tanpa kebebasan untuk menghidupkan semula di Mahkamah.
DIPERTURUNKAN DAN BERTARIKH PADA 11 APRIL 2018
(DATO’ FREDRICK INDRAN XA NICHOLAS) PENGERUSI
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KUALA LUMPUR