• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERMOHONAN PROJEK ARUS PERDANA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "PERMOHONAN PROJEK ARUS PERDANA"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

1

Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) UKM

GARIS PANDUAN PERMOHONAN

PROJEK ARUS PERDANA

U

NIVERSITI

K

EBANGSAAN

M

ALAYSIA

N a t i o n a l U n i v e r s i t y o f M a l a y s i a

(2)

2

PERMOHONAN PROJEK ARUS PERDANA

I. Latar Belakang

Projek Arus Perdana diperkenalkan pada tahun 2009. Ini selaras dengan keputusan Mesyuarat Pengurusan Universiti Bil 28/2008 pada 5 Disember 2008 yang telah meluluskan Dasar Pengurusan Dana Universiti Penyelidikan 2009. MPU Bil 1/2009 pada 6 Januari 2009 pula telah meluluskan Dasar Agihan Dana Universiti Penyelidikan 2009. Salah satu agihan yang terkandung dalam Dasar Agihan Dana UP 2009 adalah Projek Arus Perdana (di dalam MPU diluluskan namanya sebagai Projek Mega) yang diletakkan di bawah Geran Universiti Penyelidikan.

II. Definisi Projek Arus Perdana

Projek Arus Perdana adalah projek penyelidikan baru yang dikenalpasti oleh Nic Penyelidikan dan mestilah merangkumi semua bidang rentas disiplin. Projek Arus Perdana juga mestilah selari dengan strategik dan keperluan Nic Penyelidikan dan Universiti.

III. Tujuan Projek Arus Perdana

Tujuan Projek Arus Perdana ini adalah untuk mengembang dan mengukuhkan penyelidikan Nic Penyelidikan dan output projek mestilah dapat menyumbang kepada KPI universiti penyelidikan.

IV. Kriteria Pemilihan Projek Arus Perdana

Setiap permohonan Projek Arus Perdana boleh merangkumi kelompok dan kumpulan penyelidikan di bawah Nic Penyelidikan dan ia merupakan:

1. Penyelidikan di perbatasan ilmu dan di ambang ufuk.

2. Penyelidikan gunaan

3. Penyelidikan yang membentuk dasar/polisi yang memberi impak kepada Negara.

(3)

3

V. Kelayakan

1. Projek Arus Perdana ini dinilai berasaskan merit projek dan mengikut strategik dan keperluan Nic Penyelidikan masing-masing.

2. Projek Arus Perdana akan dilakukan dengan pembidaan terbuka, bukan terikat dengan kuota Nic Penyelidikan.

3. Ahli penyelidik dalam setiap Projek Arus Perdana boleh terdiri daripada mana-mana ahli dalam mana-mana kumpulan Penyelidikan Berdaftar.

VI. Syarat-syarat permohonan

Syarat-syarat permohonan Projek Arus Perdana adalah seperti berikut:

1. Mestilah berbentuk multi disiplin/kumpulan.

2. Bidang kajian mestilah menyumbang kepada tema Nic Penyelidikan masing-masing yang menjadi fokus kepada Universiti dan Negara serta berpotensi untuk mendapat dana luar/antarabangsa.

3. Ketua Projek bagi Projek Arus Perdana hanya boleh mengetuai satu projek sahaja. Ketua Projek juga tidak lagi dibenarkan untuk menjadi penyelidik bersama dalam mana-mana Projek Arus Perdana yang lain.

Walau bagaimanapun, penglibatan sebagai Penyelidik Bersekutu (berperanan sebagai penasihat/menyumbangkan kepakaran) bagi mana-mana projek Arus Perdana lain, adalah dibenarkan. Nilai FTE sebagai Penyelidik Bersekutu adalah tidak dikira.

4. Penglibatan sebagai penyelidik bersama hanya dibenarkan dalam dua projek Arus Perdana sahaja.

5. Hanya Kumpulan yang mendapat ‘rating’ 3.5 ke atas pada penilaian KPPU yang layak memohon.

(4)

4

Tempoh projek adalah selama 2 tahun dan jumlah dana yang diluluskan adalah untuk keseluruhan tempoh projek. Namun demikian penyelidik dibenarkan untuk membuat perancangan tempoh projek maksimum 5 tahun, dan agihan dana akan dipertimbangkan selepas tahun kedua projek tertakluk kepada prestasi projek yang memuaskan.

VIII. Skop Pembiayaan

Skop belanjawan Projek Arus Perdana merangkumi Vote 11000 (Upah dan Elaun untuk pegawai kontrak dan sementara, Vote 14000 (Elaun Kerja Lebih Masa), Vote 21000 (Perjalanan dan Pengangkutan), Vote 22000 (Pengangkutan Barang), Vote 23000 (Perhubungan dan Utiliti), Vote 24000 (Sewaan), Vote 26000 (Bahan Peralatan Penyelidikan), Vote 27000 (Bekalan & Bahan-bahan lain), Vote 28000 (Baik Pulih Kecil dan Ubahsuai), Vote 29000 (Perkhidmatan dan Perkhidmatan Khas/Belanja Pakai Habis) dan Vote 35000 (Aksesori dan Peralatan). Perincian bagi setiap Vote adalah seperti berikut:

1. Vote 11000 (Upah dan Elaun untuk pegawai kontrak dan sementara)

i. Melantik Felo Pasca Doktoral, Pembantu Penyelidik (RA) dan Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) mengikut kadar bayaran yang ditetapkan oleh UKM. Pelantikan ini diuruskan oleh CRIM.

ii. Melantik kakitangan selain yang dinyatakan pada perkara VIII.1.i di atas bagi tujuan membantu dalam penyelidikan. Pelantikan ini diuruskan oleh Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar.

2. Vote 14000 (Elaun Kerja Lebih Masa)

Kerja lebih masa yang dilakukan bagi menjalankan kerja-kerja penyelidikan berkaitan.

(5)

5

3. Vote 21000 (Perjalanan dan Pengangkutan)

i. Perjalanan dalam dan luar negara bagi tujuan menghadiri persidangan, seminar atau bengkel untuk membentangkan hasil penyelidikan atau melakukan sebahagian daripada penyelidikan.

ii. Perjalanan yang dibenarkan adalah berdasarkan perancangan yang telah diluluskan dalam Borang Cadangan Penyelidikan, dan ia tertakluk kepada prosedur dan peraturan yang ditetapkan oleh Universiti.

4. Vote 22000 (Pengangkutan Barang)

Melibatkan pengangkutan kapal atau pengangkutan udara dan akaun amanah kumpulan wang insurans.

5. Vote 23000 (Perhubungan dan Utiliti) Telefon, faksimili, pos dan lain-lain.

6. Vote 24000 (Sewaan)

Sewaan hanya dibenarkan untuk bangunan, peralatan, pengangkutan dan barangan lain yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan.

Sewa pengangkutan mestilah dibuat dengan syarikat pengangkutan berlesen.

7. Vote 26000 (Bahan Peralatan Penyelidikan)

Hanya perbelanjaan yang berkaitan dengan penyelidikan sahaja boleh dibuat (termasuk bahan pakai habis seperti bahan kimia, bahan kaca, pelarut dan sebagainya berkaitan).

8. Vote 27000 (Bekalan & Bahan-bahan lain)

Semua bekalan dan bahan-bahan lain termasuk haiwan, pokok dan benih untuk penyelidikan.

(6)

6

9. Vote 28000 (Baik Pulih Kecil dan Ubahsuai)

Hanya perbelanjaan untuk baik pulih dan peningkatan keupayaan peralatan atau lain-lain barang yang berkaitan dengan penyelidikan dibenarkan dalam tempoh projek sahaja.

10. Vote 29000 (Perkhidmatan dan Perkhidmatan Khas/Belanja Pakai Habis)

i. Perkhidmatan - Lain-lain perkhidmatan termasuk percetakan, hospitaliti, honorarium, perkhidmatan profesional, konsultasi, penggunaan komputer, pemprosesan data dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan projek penyelidikan.

ii. Perkhidmatan Khas/Belanja Pakai Habis - Perbelanjaan perkhidmatan khas merangkumi kos menghadiri kursus jangka pendek untuk mempelajari teknik-teknik khusus yang berkaitan dengan projek penyelidikan.

11. Vote 35000 (Aksesori dan Peralatan)

i. Hanya pembelian peralatan khas dan aksesori (termasuk meningkatkan keupayaan peralatan sedia ada) yang berkaitan dengan projek penyelidikan dibenarkan.

ii. Pembelian Komputer/ Notebook adalah dibenarkan tertakluk kepada perakuan pihak pengurusan.

IX. Prosedur Permohonan

Permohonan Projek Arus Perdana mestilah mematuhi prosedur seperti berikut:

1. Permohonan mesti menggunakan Borang Permohonan Projek Arus Perdana yang boleh diperolehi daripada laman web Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM). Permohonan perlu dikemukakan kepada CRIM dalam tempoh yang ditetapkan dan mematuhi jadual

(7)

7

kerja yang ditetapkan oleh pihak Universiti. Jadual Kerja adalah seperti pada Lampiran 1.

2. Proposal penyelidikan perlu disediakan oleh ketua projek dengan kerjasama daripada ahli-ahli projek (penyelidik bersama) dalam mana- mana kumpulan yang diputuskan oleh pihak Nic Penyelidikan masing- masing atau penyelidik bersama yang dikenal pasti oleh Ketua Projek.

X. Penilaian Projek

1. Semua kertas cadangan Projek Arus Perdana perlu dihantar kepada CRIM untuk tujuan penilaian luar. Ketua NIC diminta mencadangkan dua orang penilai luar yang sesuai dengan bidang kepakaran.

2. Bengkel penilaian di peringkat Nic Penyelidikan akan diadakan setelah keputusan penilai luar diperolehi.

3. Projek Arus Perdana yang telah dipilih di peringkat Nic Penyelidikan dikemukakan kepada CRIM dan pihak CRIM akan mengadakan proses penilaian dan memilih projek-projek yang terbaik.

4. Semua keputusan penilaian adalah muktamad.

XI. Pemantauan Prestasi Projek

Laporan kemajuan projek akan dipantau dan dinilai pada setiap tahun dalam Bengkel Pemantauan dan Penilaian Projek Penyelidikan yang akan diadakan pada setiap tahun oleh pihak Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi.

XII. Laporan Akhir Projek

Laporan akhir projek perlu dikemukakan dalam tempoh 3 bulan selepas projek tamat.

TAMAT Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi Universiti Kebangsaan Malaysia

(8)

8

Referensi

Dokumen terkait

Selain bom atom dan bom hidrogen yang digunakan Amerika serikat dan Uni Soviet dalam Perang Dingin, masih banyak lagi perkembangan iptek di bidang persenjataan yang

Pengukuran dan analisis konsentrasi kadar protein dalam larutan dilakukan dengan menggunakan prinsip absorbansi dan transmisi cahaya yang merupakan dasar dalam penentuan

Penelitian ini bertujuan untuk menghasilkan Aplikasi Pencarian dan Pemesanan Hotel di Kota Pagar Alam berbasis web yang bisa mempermudah Pemilik Hotel dalam

Dengan ini menyatakan bahwa skripsi dengan judul “Pengaruh Pre dan Post Heating pada Proses Gas Metal Arc Welding (GMAW) terhadap Struktur Mikro dan Kekuatan

Berdasarkan data hasil penelitian, diperoleh persepsi remaja tentang pemilihan jodoh berdasarkan Sunnah Nabi dari 43 subjek yang diteliti terdapat 6 orang atau

Hubungan Dukungan keluarga dengan Kualitas Hidup Pasien gagal Ginjal Kronis yang Menjalani Terapi Hemodialisa di RSUP Haji Adam Malik Medan.. Sumaetra Utara :

(output) dalam suatu proses (process) transformasi yang terorganisir, dimana ciri-ciri dari informasi yang baik yaitu : 1) Reliable yang meliputi bebas dari kesalahan dan

Meski demikian, secara umum, baik totok maupun peranakan menjadi lebih diterima oleh masyarakat pribumi ketika bersama identitas Tionghoa mereka melekat identitas Muslim, yang